Roslan SMS Corner |
Apabila diplomasi gagal (1/3/13) Posted: 01 Mar 2013 07:05 AM PST Rasional dan rundingan akhirnya tidak dihargai, akibatnya jalan akhir adalah kekerasan berpunca dari sikap dangkal dan sia-sia. Saya merujuk kepada peristiwa di Lahad Datu yang siang tadi telah mengorbankan dua orang anggota pasukan keselamatan kita dengan tiga lagi tercedera. Mereka dilaporkan telah diserang oleh mortar yang dilepaskan oleh kumpulan Sultan Kiram dari Sulu terhadap kenderaan mereka. Akibat sikap yang tidak menghargai rundingan itu dan percaya pada keganasan dan kekerasan seramai 10-12 anggota kumpulan Sulu itu telah terkorban dalam suasana haru-biru di Kg Tanduo Lahad Datu Sabah itu. Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat dan Allahyarham Koperal Sabaruddin Daud dari pasukan komando Polis Vat 69 yang terkorban dalam kejadian tersebut. Bagi saya tiada pihak yang untung dalam kejadian tragis ini. Kita kesal kerana pihak Sultan Sulu enggan berunding untuk menyelesaikan konflik sebaliknya merestui tindakan ganas ini. Keupayaan mereka yang terlibat dalam rundingan dipihak Malaysia juga perlu diteliti dan disemak kepakarannya. Malaysia perlu melahirkan pasukan perunding yang pakar dalam situasi cemas seumpama ini supaya kejadian tragis seumpama ini dapat dielak dimasa hadapan. Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh yang terkorban. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan