. |
- Ayuh Pertahankan Bumi Kita
- Aku dan Tokguru: Pertemuan 24 Februari
- Aziz Jangan Kotori Masjid Dengan Khutbah P Raya
- Hindarkan Kejadian Ini Terus Berlaku di Kelantan
Posted: 01 Mar 2013 02:49 AM PST TRAGEDI Serangan sekumpulan rakyat selatan Filipina yang mengakui sebagai pewaris kerajaan Sulu ke atas bumi Malaysia di Lahad Datu Sabah sesuatu yang mengejut dan mendukacitakan. Kejadian seperti itu sepatutnya sudah tidak berlaku lagi selepas Sabah merdeka dan menyertai Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia) sudah 50 tahun.
Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia sebelum menerima Sabah sebagai wilayah baru bersama Singapura, seharusnya memuktamadkan segala perkara itu dengan kerajan Filipina khasnya dan mana-mana pihak bersangkutan termasuk puak yang mengakui pewaris kesulutan Sulu yang ada hak ke atas Sabah. Mana-mana perkara dirasakan bakal berbangkit diberesi dulu sebelum menerima Sabah dan Sarawak. Gunanya untuk tidak timbul masalah dikemudian hari. Gara-gara kurang cermat dan teliti itu atau tiada penyelesaian secara pakej maka terjadilah pencerobohan seperti sedang berlaku kini.
Kita percaya yang akan menyerang dan menggayang negera kita bukan saja etnik serumpun tetapi orang asing juga yang bersifat tomak dan mahu menjadi raja lambat laun akan melakukannya. Sekiranya kerajaan Malaysia berwaspada dan berpandangan jauh di dalam perkara ini apa yang meletus kini tidak akan terjadi. Pihak yang menggelarkan pewaris kerajaan Sulu tidak akan berani bertindak sewenang-wenang itu. Tetapi inilah bahananya apabila pemimpin Malaysia bermula dari zaman Tunku Abdul Rahman Al Haj hingga ke zaman orang bijak Mahathir Mohamad gagal atau tidak cuba menyelesaikan apa-apa isu berbangkit di peringkat international. Misalnya Malayisa di era Mahathir dianggap gembilang dan hebat, tetapi disebabkan kehebatan dan sanjungan dunia itu Mahathir gagal menyelesaikan berbagai perkara berbangkit di Sabah dan Sarawak. Bukan saja perkara berbangkit di peringkat international membabit puak pemisah di Filipina dan pihak-pihak tertentu tetapi perkara berbangkit dalam negeri (Sabah dan Sarawak) juga gagal. Contohnya isu tuntutan 20 perkara rakyat Sabah dan Sarawak yang kini dijadikan modal untuk menyerang Kuala Lumpur. Berbalik kepada peristiwa pencerobohan yang kini makin kritikal menghirankan kenapa penceroboh itu dibiarkan sampai berminggu? Kumpulan seramai kira-kira 150 orang itu mula memasuki perairan kita di Kampung Tandou, Lahad Datu 11 Februari lalu. Hari ini sudah masuk hari ke 18 hari. Tempoh itu adalah satu tempoh yang panjang di mana kalau ianya sebiji benih sudah tumbuh dan memecah beberapa helai daun dan sudah mula menetaskan akar tunjang. Membiarkan ia berada dan bertapak di tanah air kita begitu lama ia kurang bijak dan membahayakan keselamatan negara. Apa alasan pun kelambatan atau kegagalan menanganinya satu kesilapan besar yang perlu diakui. Dan hari ini apa yang dibimbangi sudah pun berlaku. Sudah ada dilaporkan yang terkorban akibat pertempuran di antara puak penceroboh dengan pasukan keselamatan kita. Dua orang anggota komando polis kita dilaporkan maut akibat terkena serpihan mortar puak penceroboh. Sementara ada laporan tidak disahkan pihak penceroboh juga ikut sama terbunuh. Adalah diharap kenyataan rasmi dari kedua pihak Malaysia dan penceroboh (Filipina) dapat dikeluarkan untuk tidak menimbulkan sebarang prasangka boleh memburukan keadaan. Di sini tidak penting mencari pihak mana yang memulakannya sikap ganas, tembak. Hakikatnya bumi Lahad Datu sudah mula menelan darah. Malang lagi darah itu adalah darah umat Islam. Jika dilihat kepada nasak keturunan agama dan bangsa, tidak sepatutnya puak penceroboh itu yang mengakui kesulutan Sulu berketurunan Rasulullah (kononnya) menyerang dan negara orang yang pemerintahannya juga beragama Islam. Kalaulah benar Sabah adalah daerah dan jajahan takluknya pihak kesultan Sulu boleh menuntutnya di mahkamah timbang tara dunia, (ICJ) bukan bertindak ala zaman kuno. Hari ini peperangan di meja perundingan bukan menerusi pertarungan fizikal yang menentukan siapa menang dan siapa kalah dengan kekuatan fizikal. Perluru hari ini adalah hujah dan fakta bukan mortar, keris pedang, meriam atau bom. Secara peribadi saya tidak mahu melihat isu ini berpanjangan. Tetapi lebih untuk melihat di manakah kesalahan dan kelemahan semua pihak. Dari sebelah kita kenapa ia dibiarkan berminggu-minggu untuk menamatkan segera pencerobohan itu. Bukankah kita ada hubungan diplomatik dengan Filipina kenapa tidak meminta bantuan atau 'nasihat' dari kerajaan Filipina untuk melengsaikannya segera boleh? Malaysia sepatutnya perlu segera meminta penjelasan dari kerajaan Filipina mengenai status penceroboh itu. Apakah ianya di bawah perlindungan Filipina ataupun mereka bergerak sendiri? Kalau mereka bergerak sendiri kerajaan Malaysia harus bertindak atas tujuan dan matlamat memelihara kedaulatan buminya sendiri. Begitu juga kalau ia dilindungi Filifina saluran diplomatik lain juga boleh digunapakai. Apabila Malaysia lambat bertindak dan membiarkan penceroboh berlamaan di situ menyebabkan mereka keras kepala. Perdana Menteri Najib Razak tidak perlu berlembut dalam situasi kritikal dan mencabar kedudukan dan kedaulautan negara begitu. Mereka perlu dilengsaikan segera tanpa memberi masa tawaran yang agak panjang. Sedikit menghairakan apabila perdana menteri seperti membiarkan keadaan itu. Gara-gara itu timbul berbagai andaian kononnya ia sengaja dibiarkan kerana ada motif politik. Konon Najib mahu Lahad Datu dan Sabah didaruratkan memandangkan kedudukan UBN di negeri berkenaan sudah tidak berdaya lagi. Jadi apabila diadakan darurat Sabah tidak boleh diadakan pilihan raya umum, dan dengan mudah Umno akan menang. Dalam kata lain pencerobohan atau tragedi itu disandiwarakan? Begitukah? Saya sendiri tidak percaya kalau ini teori dan formula. Nampak sangat Najib terdesak dan sanggup melakukan apa saja termasuk soal keselamatan dan maruah negara untuk kepentingan dirinya. Jadi saya menolak spekulasi nakal begitu. Sebaliknya saya meletak kepanjangan tempoh pencerobohan itu ada sangkut paut dengan kelemahan Najib sebagai pemimpin nombor satu negara serta para pakar perang negara kita dalam menasihati Najib. Dari sisi lain apa yang berlaku di Lahad Datu itu satu ujian buat Najib, mengenai keselamatan negara dan sejauh mana kecekapan beliau dalam menyelesaikan isu-isu sebesar itu. Ia memberi pengjaran berguna kepada Najib bahawa untuk mengatasi isu seperti itu bukan senang dan mudah. Najib belum ada pengalaman dalam hal ini kecuali kes al Mauanah Bukit Jenalik. Sesungguhnya kejadian itu menguji Najib. Menguji wibawa, maruah dan juga kerbolehannya memimpin negara. Sekiranya Najib gagal menyelesaikan, atau kejadian itu menelan korban banyak baik di sebelah kita atau penceroboh itu, pemerhati akan membuat kesimpulan Najib tidak layak menjadi pemimpin kerana tidak bijaksana menjadi 'penarik rambut dalam tepong'. Najib hanya layak dan mampu menjadi seorang bermulut merah saja. Bagi saya tidak melapau kalau pencerobohan itu akan memakan mangsa korban lebih banyak ia memberi implikasi buruk kepada Najib. Orang boleh memaksa Najib melepas jawatan. Paksaan itu juga akan terheret kepada sepupunya Hishamuddin Hussein sebagai Menteri Dalam Degeri dan juga Ahmad Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan. Mereka kena bertanggungjawab atas tragedi itu dan tidak boleh dianggap ia hanya seperti isu stadium runtuh atau jambatan (flyover) runtuh. Menjadi pemimpin bukan setakat untuk menawan ketua bahagian agar mencalonkan diri kita, atau lebih hebat memperdayakan rakyat dengan pelbagai habuan agar mengundi kita. Tetapi menjadi ketua negara ialah tanggungjawab memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terjamin dan utuh. Apakah selepas ini Sabah pula akan hilang dari kerajaan Malaysia? Kalau Sabah setakat hilang dari Umno tidak menjadi masalah, yang bimbangnya Sabah akan mengikut jejak Singapura meninggalkan Malaysia? Disebabkan sikap acuh tidak acuh dan alpa kepentingan sejarah bangsa dan negara kita kehilangan Batu Putih, sebahagian Pulau Sipadan apakah selepas ini ada pula wilayah tertentu di Sabah tidak akan menjadi milik kita? Akhirnya saya berseru kepada Najib dan juga kepada ahli politik lain, berhenti sekejap untuk merebut kuasa sebaliknya duduk dan berfikirlah sejenak mencari jalan dan ikhtiar untuk mencegah perbuatan pencerobohan itu yang kini mahu mencuri negara kita. Saya rasa Anwar Ibrahim adalah antara pemimpin yang boleh diajak untuk mempertahankan negara dari para penceroboh. Umno usahlah degil. Korbankan pendirian dan sikap ego anda untuk berpadu dengan orang lain juga. Sesungguhnya dengan sebelah tangan kita tidak mampu berbuat lebih baik dari orang yang memilki dua belah tangan. Melayu kini dicaing-caingkan menjadi tiga belah tangan. Aduhhhhh. Penadol untuk Mat ... Mat mana lagi, Mat Maslan lah. [wm.kl. 6:24 pm 01/03/13] | ||||
Aku dan Tokguru: Pertemuan 24 Februari Posted: 28 Feb 2013 11:03 PM PST Catatan Bertemu Tokguruku (1) Bagi saya berjumpa dan berbicara dengan Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan satu tuah dan peluang keemasan. Walaupun sudah acap kali saya dapat bersamanya dalam keadaan eksekusif – ada kalanya dari satu waktu solat membawa ke solat lain, tetapi bukan bermakna saya sudah puas. Jauh sekali terasa istimewa malahan terasa makin sayup pula dengannya selepas sesuatu pertemuan itu.
Sebab itu tatkala saya diberikan ruang, saya guna sepenuhnya. Saya manfaatkan sebaik mungkin agar masa itu tidak akan sia-sia dan terbiar begitu saja. Hatta hidangan yang disajikan saya enggan menjamahnya kerana tidak mahu membazirkan masa. "Eh enta tak berahi (gemarkan) kueh ni?" begitulah kata Tokguru pada satu pertemuan bila beliau menyedari saya tidak makan dan menyentuh hidangan. Di hadapan kami tersedia berbagai kueh mueh yang dikirim oleh seseorang. "Takkk... suka togkuru, makan lah dulu," balas saya sambil memerhati beliau makan. Bagi saya yang memuliakannya melihat dalam apa jua bentuk gerak-gerinya, senyum dan tawa kecilnya semuanya indah dan cintik. Kepada saya untuk bersamanya bukan perkara senang walaupun ia bukan sesulit untuk berjumpa perdana menteri. Pergi atau tunggu saja masa waktu solat di masjid di Pulau Melaka, pasti akan dapat bersua dengannya. Tokguru tidak akan pernah mengecewa dan menghampakan harapan sesiapa untuk bertemu dan memohon bantuan darinya. Sifat dan keperibadian inilah menjadikan dia dihormati dan dikasihi oleh semua orang, baik ahli parti, maupun musuh partinya. Bukan saja orang Melayu tetapi semua bangsa, India, Cina, Siam, Orang Asli dan lain-lain. Di sinilah kehebatan beliau mampu menundukkan orang, menjadikan kasih dan bersimpati kepadanya dengan ketinggi akhlak dan pekertinya. Kalau kebetulan beliau tiada urusan lain, sebaik bersalam selepas solat, dia akan pelawa naik ke rumahnya yang terletak di serambi masjid, dihidangkan air dan kueh mueh sekadar apa-apa yang ada. Merujakan dia akan mengangkat sendiri makanan atau minuman dan melayani tetamu tanpa dikelaskan darjat atau pangkat. Sebenarnya sifat ini adalah warisan para guru-guru atau alim ulamak yang tawaduk dan penuh dengan sifat qa'naah. Ruang tamu dan empat atau lima kerusi sedarha itulah tempat duduk dan bersimpuh tetamu, hatta kalau al Sutan mengunjunginya di ruang itulah juga tempat bagida beradu dan berbicara dengan beliau. Di kala ini darjatnya sebagai MB atau pemimpin tertinggi PAS tidak dipakai langsung, ditanggal dan dia jadilah seperti kawan atau sahabat kita tanpa terasa dipisahkan oleh darjat. Demikian humblenya beliau. Orang yang tidak mengenali beliau tidak sangka dia adalah MB dan mungkin disangkakan sebagai pelayan di dalam rumah saja. Justeru, pertemuan semalam (24 Februari 2013), di hotel penginapannya di Kuala Lumpur saya guna dan mengambil manfaat sepenuhnya. Saya tidak membazirkan kerana dialah mutiara saya dan pendeta saya, yang amat mahal harganya. Dalam situasi hari ini kesihatannya mulai terganggu tidak kerap dia boleh meluangkan masa banyak untuk berbicara. Tidak terlampau kalau dikatakan, hanya dia sahaja guru ataupun wali yang menzahirkan bebayangan perteduhan kepada saya. Tiada guru atau tok guru lain yang saya kunjungan untuk memecahkan apa-apa ilmu atau pun ilham dan waridat tentang sesuatu kecuali beliau. Satu masa dulu semasa hayat Ashaari Muhammad, (Almaruhum) (pemimpin jemaah Arqam) masih ada, dialah salah seorang lagi tempat saya bernaungan dan berbicara mengenai ilmu dan juga sejarah tamadun Islam. Kandati saya bukan ahli jemaah al Arqam tetapi saya merapatkan dirinya kerana terpesona dengan gaya hidup dan keluasan sempadan perjuangannya. Bagi saya Ashaari berjiwa seorang penakluk, ini menyebabkan saya tertarik kepadanya. Kepada saya orang-orang agamawan, berpendidikan seperti mereka adalah 'muktabah' ilmu terbaik buat saya untuk menyelongkarkan segaka macam disiplin ilmu agama, menerima pandangan dan pengislahan dari segi teori dan praktikal agama. Sore itu Tok guru memberi ruang sebaiknya untuk saya. Dia mungkin sudah dapat meneka apakah isi kandungan atau butir bicara yang hendak dibincangkan kepadanya. Seorang kahsyaf sepertinya mengetahui apa yang terkandung dalam sanubari. Dia sudah arif saya tidak akan saja-saja untuk menemui dengan membuat temujanji terbih dahulu kalau tidak ada hak-hal mustahak. Dia sudah dapat menyangka apakah kepentingan dan kemustahakan itu. Jadi kehadiran saya ditunggu dan pegawai-pegawainya, memberi kesempatan yang seluas kepada saya untuk berintraksi dengan tok guru. "Abang Ti... sulit ke dengan tok guru ni," tanya Wan Zulefli pembantu atau asoib peribadinya untuk mengetahui natijah dan tujuan pertemuan. "Tidak, sikit sulit.. sikit terbuka, terbuka!," jelas saya untuk tidak meletakkan pertemuan dengan tokguru begitu eksklusif pada sore itu. Penjelasan itu menyenangkan Wan Zul untuk menguruskan perbualan saya dengan tokguru semahunya dan sesempurnanya. Juga untuk mensesuaikan dirinya di mana dia harus berada nanti. Seorang pembantu lain menyiapkkan seteko tea "O" dengan sedikit kueh, martabat, buah-buahan sebagai pengiring pertemuan. Ketika saya sampai Tokguru masih di dalam biliknya, beradu. Saya cukup mengerti fiil orang alim dan ulamak mereka akan tidur selepas Zohor sebagai sunnah. Pertemuan sepautnya selepas Zohor tetapi kerana lambat menerima maklumat, saya kendurkan selepas Asar. "Elok selepas Asar Zul, waktu Zohor dah panjang, mungkin tok guru hendak berihat," balas saya kepada Zul. "Tak apa abang Ti, ni tok guru dah menunggu sedang baca surat khabar," bagi tahu Zul lagi. Saya sedikit serba salah ketika itu, Namun kerana untuk memberi kerihatan kepada tok guru saya menemuinya selepas Asar. Alhamdulilah pertemuan itu berlangsung hampir mencecah Isyak. Saya faham tok guru perlukan masa rihat yang banyak sebab itu dia tidak berada di rumah Kelantan, tetapi memilih hotel untuk berihat. Kalau dia berada di rumah Kelantan tetamu akan datang tidak putus-putus, dan tokguru pula seorang yang tidak tahu dan tergamak menghampakan tetamunya. Lagipun di sebelah pagi beliau menghadiri majlis akad nikah cucundanya di Shah Alam. Lebih kurang 10 minit saya berada di ruang tamu menanti tokguru bangkit. Zul serba salah dan cuba hendak mengejut tok guru tetapi saya mencegahnya. "Tak pa Zul... ana bukan pun apa, saja saja nak berjumpa dengan tok guru, tak puas petang semalam," jelas saya. Petang semalam semasa majlis Himpunan Muslimat di Perantau di Taman Melawati saya sudah bersama tokguru, berada dalam hidangan sama. Di situ saya sudah asyik memerhati tok guru makan dan merakam gambarnya. Saya suka melihat tok guru mencubit lauk, mengaul nasi kemudian disuapnya. Cara dia mengunyah nasi seakan ada irama dan gendang mengangungkan Allah s.w.t. dan Nabi s.a.w. Irama dan gendang itulah yang ingin saya ketahui makrifatnya. Hajat besar dalam pertemuan ini mengenai sesuatu yang dapat dikesan apa yang diperolehinya di Makkah. Saya ingin tahu dan penjelasan lanjut mengenai perkara itu. Dan selebihnya tentulah perihal ehwal politik dan calon pilihan raya. [wm.kl.12:26 pm 01/03/13] Bersambung dengan catatan topik-topik perbualan dengan Tokguru. | ||||
Aziz Jangan Kotori Masjid Dengan Khutbah P Raya Posted: 28 Feb 2013 07:14 PM PST TAZKIRAH JUMAAT Cadangan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Aziz Yusuf untuk mengkaji diadakan khutbah khas Jumaat berhubung pilihan raya pada asasnya baik. Sememangnya masjid digunakan untuk memberi penerangan dan penjelasan kepada orang ramai mengenai apa-apa saja isu untuk kebaikan masyarakat dan negara. Saolnya apakah khutbah yang bakal dikaji kemudian disediakan (teks) itu baik dan tidak bertentangan dengan prinsip agama dan demokrasi? Ini kerana isi khutbah tidak boleh senget sebelah atau berbau perkara-perkara mungkar, memfitnah, mengadu domba atau pun menyeru agar ditinggalkan satu pihak dan diambil satu pihak yang lain. Khutbah juga tidak boleh menyinis dan memperli mana-mana pihak, sebaliknya perlu diberikan pencerahan dan hidayah. Dalam hal ini bolehkah SPR memastikan mereka tidak bias kepada mana-mana pihak. Apakah isu khutbah itu nanti akan berpusar kepada soal tanggungjawab seseorang warga negara, kewajiban mengundi atau memilih pemimpin saja? Atau ianya termasuk juga menjelaskan mengenai cara-cara hendak mengundi, memangkah dan sebagai? Pengakuan Aziz khutbah itu tidak akan menjadi bahan kempen. Apakah boleh dipercayai kepada kata-kata dan pengakuan itu. Selama ini pengerusi SPR tidak pernah membebaskan dirinya dari belenggu ghaib memihak kepada pihak kerajaan. Walaupun suruhanjaya itu bertanggungjawab kepada kerajaan, Yang di-Pertuan Agong tetapi sesetengah tindakan menjelaskan ia bias atau cenderong kepada kerajaan bahnkan sesegtengah tindakannya tunduk dan sujud kepada kuasa politik. Dalam erti kata lain ia tidak bebas sebebas-bebasnya. Apa-apa tindakan SPR tertakluk atas kehendak dan aspirasi kerajaan atau penguasa politik. Ambil contoh mengenai persempadanan kawasan pilihan raya. Apa yang dilaksanakan oleh SPR mengenai tanggungjawab ini ialah melakar kawasan mengikut kehendak atau aspirasi pihak penguasa politik. Cis... Kalau dilihat kepada peta kawasan sempadan pilihan raya yang disediakan oleh SPR ia 'tidak gamak' langsung, huduh dan bengkang bengkok tidak mengikut tompokan penduduk sebenarnya kerana mengikut kehendak orang-orang tertentu. SPR tidak pernah bebas dirinya dalam soal ini. Misalnya kerana pihak kerajana bimbang kepada kawasan majoriti Melayu dianggap sebagai musuhnya maka SPR membentuk kawasan atau persempadanan yang tidak membentuk majoriti Melayu. Manakala kawasan Melayu yang padat yang patut dipecahkan kawasan, mewujudkan satu lagi kawasan tidak dilakukan kerana bimbang akan berlaku penambahan kawasan parlimen kemudian menguntungkan pembangkang. Jadi semangat persempadanan dan tanggungjawab SPR itu bukan lagi berasaskan tanggungjawabnya sebenarnya sebaliknya menjadi pengikut telunjuk pihak-pihak tertentu demi politik mereka. SPR hari ini adalah rubber stamp kepada penguasa politik dalam kerajaan semata-mata. Kalau dalam perkara yang wajib begini pun SPR terkulat-kulat macam pacat dalam hujan apakah dengan khutbah yang menjadi medium khas kepada orang Islam dan Melayu itu SPR tidak akan tersasar? Saya tidak mahu menyebut masjid tidak boleh dijadikan medan politik, bahkan masjidlah medan politik sebenarnya. Politik yang wajar dibawa masuk ialah politik bersifat sejagat dan bukan politik 'pendek akal' untuk menjana kemenangan sesuatu pihak. Saya tidak yakin cadangan Abdul Aziz itu merupakan cadangan yang adil kerana berdasarkan sifat dan sikap ditunjukkan oleh SPR ini sebelum banyak menunjukkan ia berat sebelah. Aziz walaupun berusaha untuk diterima sebagai adil tetapi beliau masih gagal. Makanya tidak perlulah khutbah khas mengenai pilihan raya. Atau pun kalaulah diinginkan juga boleh saja masjid memberi ruang kepada khatib dari PAS, PKR sama untuk turut menyampaikan khutbah. Paling special berilah peluang kepada Abdul Hadi Awang, Anwar Ibrahim sama untuk berkhutbah di samping Mohd Najib Razak atau Muhyiddin Mohd Yassin atau pun Noh Omar. Biarlah mereka baca dan rakyat boleh nilai isi kandungan khutbah mereka serta darjat keIslaman yang mereka miliki. (Ohya terlupa Mahathir Mohamad juga boleh diberi peluang sama). Saya tidak percaya kalau khutbah itu diserahkan kepada khatib membaca tesk khutbah disediakan ianya khutbah yang bermanfaat dan menepati aspirasinya. Pasti isinya akan lari daripada tujuan sebenarnya dan elemen politik dan kempen tetap ada. Mungkin awal-awal lagi tajuk khutbah itu dimasukan perkataan 1 Malaysia. Justeru moleklah cadangan Aziz itu 'dipunggungi' dan cukuplah untuk SPR berkempen menjelaskan perihal pilhan raya itu di dalam televisyen dan akhbar sahaja. Saya dapat mengagak kenapa cadangan itu dibuat ialah untuk mempengaruhi pengundi Melayu dan Islam kerana yang berada di masjid pada hari Jumaat ialah orang Melayu beragama Islam. Umno pula kali ini sangat mengharapkan sokongan Melayu seratus peratus. Aziz juga memaklumkan cadagan itu datangnya dari sebuah NGO. Apakah NGO itu Perkasa(m) atau pun Perkida? Kepada Abdul Aziz kalau pun hendak membantu dan memastikan kerajaan yang memberi peluang kepada anda bekerja, kemudian berkhidmat sebagai pengerusi SPR dengan gaji puluhan ribu sebulan, carilah cara dan kaedah lain. Cukuplah ... jangan mencemari suruhanjaya itu yang kini sudah berbolot dengan selut dan kemungkaran. Isu senarai daftar pengundi masih belum bersih lagi. Pelbagai kepalsuan yang ditemui di dalam senarai pengundi masih belum dijawab secara tuntas oleh Aziz. Jangan anda cuba menambahkan kekotoran dengan menaiki masjid pulak membawa kempen psikologis untuk kemenangan UBN. [wm.kl.10:58 am 01/03/13] | ||||
Hindarkan Kejadian Ini Terus Berlaku di Kelantan Posted: 28 Feb 2013 03:28 AM PST TENGUK & PERHATI
Apakah maksud semburan dengan cat warna hijau itu mahu agar Setiausaha Politik Perdana Menteri itu menyertai PAS? Papan iklan ini di pasang di dalam kawasan sekolah Padang Garong berdekat lampu isyarat jalan Padang Garong - Hospital Kota Bharu Kelantan. Dukacita saya katakan kenapa kejadian vandalisme sebegini berlaku juga di negeri Kelantan sebuah negeri yang dianggap sebagai universiti politik dan matang politik. Kalau kejadian seperti ini, (di mana banyak papan iklan atau gambar pemimpin Pakatan Rakyat di simbah cat, dikoyak atau dibakar di luar Kelantan) ianya biasa saja. Orang luar Kelantan terutamanya di negeri-negeri kawasan kubu UBN masih belum bertamadun dan dapat menerima kemunculan iklan atau poster pembangkang yang semakin rancak akhir-akhir ini. Mereka menjadi senak perut melihat banner atau iklan gergasi parti Pakatan Rakyat yang mereka merasakan tidak berhak dipacak di negeri-negeri menjadi kubu Umno. Tidak diketahui siapa yang menyimbah cat hijau ke atas wajah Fatmi itu dan apakah ianya dari vandalisme PAS atau budak-budak nakal dan gatal tangan? Atau pun boleh jadi juga ia dilakukan sendiri oleh budak-badak Umno sendiri sebagai everse psikolig untuk memburuk-burukkan PAS. Dalam politik boleh terjadi apa saja. Biasanya dalam melakukan kerja-kerja jahat dan tidak bertamadun ini Umno suka menggunakan cat berwarna merah saja. Semasa bas gelajah merdeka milik PKR ke Kelantan tidak lama dulu bas itu yang diparking di lapangan letak kereta di hadapan istana Balai Besar disimbah cat merah dan cermin hadapannya dilontar benda keras. Begitu juga dengan nasib yang menimpa kenderaan presiden "R" ia juga disimbah dengan cat berwarna merah. Jadi apabila cat hijau digunakan untuk menutup wajah Fatmi ia menjadi tanda tanya. Persoalan lain juga timbul kenapa hanya papan iklan di situ saja yang menjadi mangsa, manakala papan iklan di tempat lain yang di pasang di serata Bandaraya Kota Bharu Bandaraya Islam tidak dii usik. Apapun semua pihak harus prihatin dan mengambil berat agar kejadian seperti ini tidak berlaku lagi. Hormatilah tatasusila politik Kelantan. Berpolitiklah secara tertib dan tunjuklan sifat dan perangai politik matang dan cerdik. Dalam pada itu pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandaraya Islam (MKPKB-BI) hendaklah bertindak tegas terhadap pemasangan iklan dan banner politik di dalam permis mereka. Sesetengah pemasangan banner dan iklan dilakukan secara sambrono menyebabkan ia mencacatkan bandaraya berkenaan. Saking banyaknya pelbagai banner dan papan iklan menjadikan Kota Bharu sebagai wilayah publiti terbesar di negara ini. Walaupun MPKB-BRI menjana keuntungan di sebalik pemasangan iklan itu, namun soal keselesaan, kebersihan dan kecantikan majlis perbandaran itu hendaklah dijaga dan dikawal. [wm.kl.7:27 pm 28/02/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan