Muslimeen United |
- [VIDEO] Zul Kulim Hina Ugama Hindu, PKR Desak Beliau Didakwa Dibawah Kanun Keseksaan
- Masyakat India Sokong Perjuangan PAS
- Cristiano Ronaldo Belajar Al-Quran dari Mesut Ozil
- Rahsia Taktik Kotor Umno BN Untuk Menangi PRU13 Terbongkar..
- Fokus PRU13: Parlimen Arau dalam genggaman PAS
- [BERGAMBAR] Polis Mengaku Ikut ARAHAN Tahan Treler Jelajah PAS
- Ahli DAP cabar Ulama Abdullah Samaah debat isu halal haram
[VIDEO] Zul Kulim Hina Ugama Hindu, PKR Desak Beliau Didakwa Dibawah Kanun Keseksaan Posted: 29 Mar 2013 10:37 PM PDT PKR mendesak naib presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Zulkifli Noordin disiasat bawah Kanun Keseksaan kerana didakwa membuat kenyataan bersifat menghasut terhadap penganut Hindu. Naib Presiden PKR N Surendran berkata, kenyataan yang "menghina orang Hindu dan agama mereka" itu dikesan dalam video 5 minit di Youtube. "Kata-kata yang diucapkan oleh Zulkifli Noordin antara serangan paling teruk pernah dibuat terhadap agama besar di negara ini," kata Surendran. Beliau mendesak peguam negara dan ketua polis negara menyiasat Zulkifli yang juga anggota Parlimen bebas di Kulim-Bandar Baharu dibawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan. Undang-undang itu memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun atas kesalahan mencetuskan keadaan tidak harmoni. Malaysiakini sedang cuba menghubungi Zulkifli bagi mendapatkan ulasannya berhubung dakwaan di atas. Perbualan dengan penjual berhala Dalam video itu Zulkifli kelihatan seperti menyampaikan ceramah agama di satu surau dan menceritakan perbualannya dengan seorang penjual berhala Hindu berhampiran Wisma Yakin, Kuala Lumpur. Kedai berhala itu kata Zulkifli baru sahaja dilanda banjir dan berhala-berhala yang dijual turut rosak. "(Saya tanya) Sama Tuhan pun kena ke? Tuhan pun kena, dia (penjual berhala) kata. Apa macam Tuhan boleh kena? Itu Tuhan, patut dia Tuhan tahu (perkara yang berlaku). "Apa pasal anne (abang) tak atur Tuhan anne (abang) depan kedai, kata 'woo! Air stop!' Pergi itu kedai mamak sana kasi banjir, ini Tuhan punya kedai. Apa pasal tak ada bikin itu macam? Tuhan patut tolong sama kita. "Kalau Tuhan air pun tak boleh tahan, apa lagi dia nak bagi? Air pun tak boleh tahan ke? Tahanlah itu air. "Dia kata apa dekat saya? Dia kata, "Hey dey thambi (adik)! Mana boleh, itu batulah. Dia pun tahu, dia marah kita pula," kata Zulkifli dalam video itu. -mk
|
Masyakat India Sokong Perjuangan PAS Posted: 29 Mar 2013 10:34 PM PDT Masyarakat keturunan India yang beragama Hindu sudah memahami perjuangan PAS dan mereka tidak segan silu menyatakan sokongannya terhadap parti itu secara terang-terangan seperti gambar di atas. Sungguh memalukan apabila Zul Kulim mengeluarkan kenyataan yang telah menghina penganut ugama Hindu. Ia amat mencemarkan agama Islam yang tidak mengizinkan kita untuk mencemuh agama lain. Ia melambangkan sikap sebenar manusia-manusia di dalam NGO pro-UMNO yang bernama PERKASA itu sebagai sebuah kelompok ektsreme dan bersifat assabiyah. Gambar-gambar ini memaparkan masyarakat kaum India khususnya penganut Hindu menyokong perjuangan PAS yang tidak ekstreme seperti parti Melayu yang satu lagi itu. Orang India di negara ini semakin faham bahawa PAS di bawah kepimpinan ulamak memperjuangkan kebenaran dan keadilan untuk semua. |
Cristiano Ronaldo Belajar Al-Quran dari Mesut Ozil Posted: 29 Mar 2013 05:52 PM PDT |
Rahsia Taktik Kotor Umno BN Untuk Menangi PRU13 Terbongkar.. Posted: 29 Mar 2013 05:51 PM PDT KUALA LUMPUR 29 MAC: Umno BN akan menggunakan pelbagai penipuan asalkan pilihan raya umum (PRU) nanti tidak dimenangi Pakatan Rakyat.Aktivis Hishamuddin Rais berkata, strategi berterusan Umno BN itu bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.Katanya, mereka menjadikan PRU ke-13 bukan sekadar pertarungan merebut undi tetapi perlawanan penipuan untuk mengekalkan kuasa."Umno BN tidak akan mudah menyerah mandat kepada Pakatan Rakyat. Mereka tetap akan meneruskan penipuan."Sebagai orang terlibat langsung dengan Bersih, saya melihat perlawanan ini bukan perlawanan satu undi untuk satu pengundi. Kami dapati setiap hari ada aduan mengenai kehilangan nama dalam senarai pengundi. Mereka hanya boleh mengundi untuk Parlimen tapi tidak boleh untuk Adun, alamat ditukar dan pelbagai lagi."Tan Sri Khalid (Ibrahim) contohnya sebagai Menteri Besar Selangor, mestilah mengundi di Selangor, tetapi ditukar kepada Seksyen 16 dalam kawasan Lembah Pantai."Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pula pada PRU 2008 menang dengan undi 2,000 dan sekarang mereka (Umno BN) mulakan proses memasukkan pengundi tambahan sebanyak 19,000. Walaupun Izzah membawa kes ini ke mahkamah tapi segalanya dikawal, ini yang berlaku," kata Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih itu.Beliau berkata demikian pada Forum 'PRU 13, Ke Mana Malaysia?' anjuran bersama Strategic Information and Research Development Center~ (SIRD) danMalaysiakini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), malam tadi.Antara panelis lain ialah Editor Malaysiakini, Steven Gan; Pegawai Eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan Produser Radio BFM, Sharaad Kuttan. Turut hadir, Tim!balan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Rozan Azen Mat Rasip. Mengulqs lanjut, Hishamuddin turut memberi contoh penipuan Umno BN."Seperti yang berlaku di Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Bharu. Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman dihalang dari memasuki Felda itu hanya untuk berceramah."Berapa nilai Felda itu? RM100 juta? RM200 juta. Bagaimana pula Putrajaya berharga berbilion-bilion, bertrilion-trilion? Sudah tentu mereka akan mempertahankannya habis-habisan," kata beliau.Tambah Hishamuddin, jika penipuan itu berterusan, rakyat tiada pilihan selain turun ke jalan raya sekali lagi."Dalam negara dunia ketiga ini, 'real' politik itu tidak wujud. Yang wujud adalah kekuasaan melalui wang ringgit. Ini dipraktikkan oleh Umno BN."Cara paling berkesan untuk menumbangkan rejim ini dengan turun ke jalan raya dan mendesak supaya dua pemimpin tertinggi dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikaitkan dengan Umno BN berundur dan menubuhkan SPR yang benar-benar bebas supaya PRU bersih dan adil."Beberapa minggu lalu pilihan raya umum diadakan di Kenya. Apa yang berlaku? SPR Kenya memainkan peranan dalam memastikan parti pemerintah terus menang, keadaannya sama denganapa yang berlaku dalam negara kita," tegasnya. -KD |
Fokus PRU13: Parlimen Arau dalam genggaman PAS Posted: 29 Mar 2013 05:45 PM PDT ARAU: Parlimen Arau (P003) antara yang paling awal memutuskan calon-calon yang akan bertanding pada PRU13 nanti. Pembahagian kerusi PAS ini sedikit sebanyak membuatkan Umno BN di negeri itu tidak senang duduk malah dimaklumkan mereka masih lagi bertelagah sesama sendiri untuk menentukan calon yang akan bertanding ekoran masalah dalaman Umno yang semakin kritikal. Parlimen Arau mempunyai lima Dun iaitu N11 Pauh, N12 Tambung Tulang, N13 Guar Sanji, N14 Simpang Empat dan N15 Sanglang. Pada PRU12, calon PAS, Datuk Dr Haron Din yang memperolehi 16,451 undi tewas kepada calon BN dengan majoriti hanya 300 undi. Jumlah pengundi P003 pada PRU13 adalah 43,061 orang di mana pengundi kaum Melayu seramai 37,044, Cina (3,437), India (686), dan Siam (1,078). Bagi mengetahui sejauh mana persiapan jentera PAS di Parlimen Arau, ikuti temubual wartawan Harakahdaily bersama Pengarah Pilihan Raya PAS Kawasan, Khairuddin Che Mat (gambar) yang ditemui di Pejabat MTD Simpang Empat, baru-baru ini. Sehingga hari ini, bagaimana persiapan jentera pilihan raya di peringkat kawasan Arau? Berapa peratus persiapan yang telah bergerak? Pertukaran pengarah pilihan r aya kerap berlaku, dan saya adalah pengarah yang keempat untuk tempoh ini. Kali ini banyak kita gabungkan tenaga muda dengan tenaga veteran, seingga kini sudah 95 peratus persiapan yang dilakukan. Sekarang ini masuk ke peringkat memperkemaskan portfolio calon di mana akan digerakkan oleh kawasan masing-masing. Misalnya pihak pengurusan calon akan memberi taklimat kepada wakil calon, kemudian wakil calon akan bagi taklimat kepada pencadang dan penyokong . Seterusnya jawatankuasa logistik akan memanggil portfolio logistik di peringkat Dun. Bermakna di peringkat portfolio sudah bergerak bagi kawasan masing-masing. Macam media baru pun kita sudah gerakkan dan mereka berjalan dengan kumpulan merekalah, yang baru kita tubuhkan. Sekarang persiapan yang terkini kita sedang mempersiapkan video di mana video menjelaskan manifesto Pakatan Rakyat Perlis, video rayuan kepada pengundi-pengundi oleh calon-calon mereka antaranya rayuan untuk balik mengundi. Kita juga akan memulakan ceramah berkelompok oleh calon-calon yang bertanding untuk menerangkan manifesto 7 agenda awal Pakatan Rakyat Negeri Perlis. Untuk di Arau calonnya Datuk Haron Din akan memanfaatkan perubatan Islam Darul Syifa' untuk berkempen pada PRU nanti. Mengapa PAS Arau lebih teruja menggunakan media baru untuk berkempen adakah ini merupakan medium utama untuk menarik pengundi-pengundi muda? Ya. Ini adalah antara sebab utamanya. Saya ingat penggunaan media baru ini akan mendapat sambutan khususnya kepada pengundi-pengundi muda. Misalnya kita sudah wujudkan laman Facebook Arau La Ni, baru seminggu kita tubuhkan. Nampaknya mendapat maklum balas yang baik oleh para pengundi muda. Dan daripada sini kita akan kembangkan lagi misalnya kita cuba hidupkan suasana berkempen misalnya kita ketengahkan calon-calon untuk bercakap sendiri dengan para pengundi mereka. Malah video Arau yang kita muat naik telah disukai lebih 6,000 pengguna Facebook dan Youtube. Dalam saat-saat genting ini, apakah isu-isu yang sering dimainkan oleh Umno BN dalam menyerang Pakatan Rakyat di Perlis khususnya di Arau? Di sini isu yang sering dicanangkan oleh Umno BN adalah isu DAP (pemerintah). Apabila mereka masuk kampung akan bawa isu inilah. Umno BN akan mencanangkan apabila DAP menang dalam PRU ini mereka akan bergabung dengan MCA, dan Cina yang akan memerintah negara ini. Baru-baru ini saya ada jumpa Umno Padang Besar, dan bertanya dengannya apa isu untuk Umno menghentam PAS mereka kata "kalau boleh biar PAS sebut Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri" Umno minta sebab mereka hendak buat isu untuk melagakan PAS dengan Anwar Ibrahim. Malangnya PAS tidak pernah menyebut perkara ini. Jadi Umno mahu isu ini dijadikan umpan untuk mereka melaga-lagakan PKR dengan PAS. Selain itu, isu yang lama masih lagi didendangkan Umno BN untuk meraih undi rakyat Perlis khususnya adalah isu fitnah Anwar iaitu liwat, di mana pendedahan bapa Saiful didakwa dibayar oleh Anwar, inilah yang sering dibawa dalam ceramah-ceramah Umno BN. Selian itu isu kalimah Allah dan pemberian BR1M, di mana Umno BN memutarbelitkan apa yang diungkapkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu dengan mengatakan Nik Abdul Aziz menghina penerima BR1M. Di sini kami menerangkan semula kepada pengundi-pengundi apa maksud sebenar yang hendak disampai oleh Mursyidul Am PAS. Daripada isu-isu yang cuba dimainkan oleh Umno BN ini, sejauh mana ianya boleh mempengaruhi pengundi-pengundi di sini? Isu BR1M memang terjejas bagi Melayu Perlis. Isu jawapan kepada Nik Abdul Aziz ini sukar untuk mereka fahamkan. Inilah yang dijadikan modal untuk Umno hentam PAS di pentas ceramah mereka, dan keadaan ini cukup mempengaruhi pengundi Melayu. Di sinilah peranan jentera PAS untuk menangkis tohmahan yang dilemparkan oleh Umno BN. Melayu Perlis ini susah untuk terima sebab 'termakan budi' banyak sangat. Kaum Cina...Insya Allah. Kaum Cina kita berani kata 50 peratus menyokong Pakatan Rakyat. Bergantung harap kepada undi Cina sahaja tidak mencukupi? Bagaimana PAS dan Pakatan Rakyat mahu memastikan kemenangan berpihak kepada PAS dalam PRU ini? Pengundi muda insya Allah akan memihak kepada Pakatan Rakyat. Berdasarkan culaan kita 70 peratus pengundi muda memihak kepada kita manakala 100 peratus pengundi luar yang pastinya balik mengundi turut berpihak kepada PAS. Saya yakin. Sebab itulah kita dalam usaha untuk memastikan pengundi luar balik mengundi dalam PRU nanti. Sebelum ini, calon Parlimen Arau P003 Datuk Haron Din pernah menyebut pada PRU 2004 dia kalah dengan majoriti 3,000 lebih, PRU 2008 dia kalah majoriti 300 lebih, dan PRU13 dia akan menang. Bila dia cakap begitu kita kenalah bekerja kuat bagi memastikan kemenangan ini. Isu 'pergaduhan' dalaman Umno BN membabitkan bekas menteri besar masih berlarutan, sejauh mana isu ini boleh memberi kredit kepada PAS dan Pakatan Rakyat? Isu pergaduhan YB Tambung Tulang dengan YB Guar Sanji sehingga ada yang sanggup memberi upah ratusan ringgit untuk melakukan kekerasan, memandangkan YB Guar Sanji dikatakan memihak kepada Menteri Besar Perlis sedangkan kedudukan beliau hari ini hasil pelobian YB Tambun Tulang. Malah perkara itu dimaklumkan oleh YB Tambung Tulang ketika di dalam satu mesyuarat, semua orang tahu isu ini. Jadi inilah permusuhan diantara Umno BN sendiri sehingga menjejaskan proses untuk memilih calon di kalangan mereka bagi PRU nanti. Dan saya lihat PAS dan Pakatan Rakyat perlu mengambil peluang atas masalah dalaman Umno BN ini menjelang PRU ke-13 nanti. Sikap samseng di kalangan Umno BN tidak pernah berubah, misalnya apa yang berlaku belon panas yang dilancarkan PAS dua minggu lalu dikianati, mereka yang tidak bertanggungjawab memotong tali belon tersebut. Kita telah membuat laporan polis. -Hrkh |
[BERGAMBAR] Polis Mengaku Ikut ARAHAN Tahan Treler Jelajah PAS Posted: 29 Mar 2013 05:43 PM PDT Tahan treler jelajah PAS 'arahan' pihak tertentu? Gopeng: Akibat ditahan pihak berkuasa, program jelajah treler berkebajikan PAS yang dijadual berlangsung di Gopeng tertangguh lebih sejam malah terpaksa diubah dari Seksyen 18 ke tapak pasar malam Kampung Pengkalan Pegoh. Timbalan Yang Dipertua PAS Gopeng, Radzi Zainon berkata, pihaknya kesal dengan penahanan dan pemeriksaan treler itu yang diyakini dibuat 'atas arahan' pihak tertentu bagi mengganggu program yang dianjur hari ini. "Kita lihat bila Barisan Nasional (BN) buat program, bukan sahaja tiada halangan malah anggota keselamatan turut memberi kerjasama. "Tetapi apabila Pakatan Rakyat, bermacam-macam halangan diwujudkan dengan tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat agar tidak hadir ke tempat program tersebut," jelasnya kepada Harakahdaily. Beliau yang kecewa dengan tindakan penahanan treler itu berkata, semua pihak sewajarnya bertindak profesional dalam dalam menangani perbezaan politik kerana Malaysia adalah sebuah negara yang demokrasi. "Tindakan polis yang mengikut arahan pihak tertentu menyebabkan program kita terjejas lebih dari sejam. "Bukan itu sahaja kita terpaksa mengubah lokasi ke tempat yang lain, dan kita khuatir jika meneruskan program di lokasi yang asal sudah pasti pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku," katanya ketika ditemui di program jelajah di Pengkalan Pegoh. Tengah hari tadi, lebih 30 anggota polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Cawangan Khas mengepung treler Negara Berkebajikan PAS di Gopeng saja keluar dari lebuhraya. Konvoi jelajah Negara Berkebajikan PAS ditahan oleh pihak polis ketika dalam perjalanan ke tapak program di Pengkalan Pegoh. Pihak polis menahan konvoi jelajah di Taman Pinji Perdana setelah mengejar konvoi tersebut yang melalui sekatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa. Ketika ditanya tentang penahanan tersebut sehingga pihak polis terpaksa mengejar treler jelajah itu, mereka hanya memberi jawapan 'menjalankan tugas mengikut arahan dikeluarkan'. Lebih kurang lima buah kereta peronda, empat buah motosikal berkuasa tinggi berada di tempat di mana konvoi tersebut ditahan. Walaupun treler tersebut ditahan oleh pihak polis, namun pemeriksaan dilakukan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Konvoi jelajah yang ditahan hampir sejam itu dilepaskan setelah pihak JPJ membuat pemeriksaan dan mengambil segala maklumat dari rombongan konvoi. Peguam PAS, Haji Asmuni Awi antara yang berunding dengan mereka bagi membolehkan perjalanan ke destinasi diteruskan. Semalam, treler tersebut turut dihalang memasuki kawasan ceramah di Bandar Kamunting. Difahamkan pihak polis membuat tiga sekatan jalan raya di laluan masuk ke tempat program tersebut mulai jam 6 petang lagi -HD Jika bas Jelajah Rakyat PKR dibaling telur, cat merah dan batu oleh puak UMNO, treler berkebajikan PAS pula diganggu oleh Polis dan JPJ yang diperkudakan UMNO BN. Polis tak serik-serik lagi mengikut telunjuk UMNO BN walaupun dah mendapat impak negatif di Lahad Datu dengan terkorbannya beberapa anggota keselamatan. GB sudah berulangkali menyeru dan meminta polis supaya menjalankan tugas secara rofesyenal, tanpa pilih kasih atau diskriminasi dan bukan mengikut arahan UMNO BN. Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan dimana apabila polis gagal menjalankan tuasnya secara adil dan saksama, maka polis perlu menanggng risiko yang besar setiap ketidak-adilan dan setiap kerja yang dilakukan secara pilih kasih akan menyebabkan integirit dan kredibiliti polis tercemar. -GB |
Ahli DAP cabar Ulama Abdullah Samaah debat isu halal haram Posted: 29 Mar 2013 05:42 PM PDT Syed Araniri Syed Ahmad Al-Idrus, yang juga pengerusi cawangan, mencabar ulama mesra UMNO Kamal Saidin (Pegawai Khas Agama Menteri Besar Terengganu) dan Abdullah Samaah (Pengasas Pondok Getting, Tumpat, Kelantan) berdebat mengenai status umat Islam yang dianggap berdosa serta haram jika mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak. Syed Araniri melalui sepucuk surat cabaran debat bertarikh 26 Mac 2013 berkata insiatif itu wajar bagi merungkai beberapa kenyataan yang dibuat oleh kedua-dua agamawan itu dalam siri ceramah politik masing-masing baru-baru ini. "Saya, Pengerusi DAP Cawangan Taman Wira yang mana semua ahlinya adalah 100 peratus Melayu berasa terpanggil dan merasakan kenyataan saudara berdua adalah berunsur politik dan hanya sebagai fatwa murahan untuk kepentingan saudara berdua sahaja. "Saya juga mencadangkan agar debat ini dilakukan secara terbuka di mana-mana saja saudara inginkan dalam tempoh 14 hari," ujar pemimpin DAP tersebut yang dipetik daripada Facebook. - DCM/Kredit Omakkau Jika Abdullah Samaah berniat memperjuangkan apa yang diperkatakannya, dia harus menyahut seruan Syed Araniri Syed Ahmad Al-Idrus. Menang atau kalah bukan tujuan. Kebenaran harus dicari dan didedahkan kepada umum khasnya kepada umat Islam yang selama ini dikelirukan dengan berbagai perkara yang tidak munasabah. adios |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan