Sabtu, 30 Mac 2013

Biaqpila

Biaqpila


PELAJAR 17 TAHUN JADI JUTAWAN

Posted: 30 Mar 2013 05:00 AM PDT



Seorang pelajar sekolah di sini, Nick D'Aloisio yang berusia 17 tahun menjual satu aplikasi bagi membolehkan teks berita dapat dibaca menerusi telefon bimbit kepada syarikat Yahoo! dalam urus niaga yang dianggarkan sebuah akhbar bernilai sehingga AS$60 juta (RM184.1 juta).

Aplikasi itu akan membolehkan D'Aloisio menjadi salah seorang jutawan termuda di dunia.Ia dicipta pada November 2012.

Syarikat Yahoo! tidak mendedahkan perjanjian urus niaga itu tetapi akhbar London Evening Standard menyatakan Yahoo! akan membayar antara AS$30 juta (RM92.05) hingga AS$60 juta (RM184.1 juta).

Menurut syarikat itu menerusi satu kenyataan bahawa ia teruja untuk memiliki Summly yang memudahkan maklumat diperoleh dengan pantas, mudah dan ringkas.

Ketika berusia 15 tahun, D'Aloisio mencipta aplikasi Summly di rumahnya di sini.

Syarikat Yahoo! menyatakan, D'Aloisio dan pasukan Summly akan menyertai syarikat itu dalam tempoh beberapa minggu lagi.

D'Aloisio membuat kenyataan di Twitter dengan menyatakan: "@Summly telah menandatangani satu perjanjian untuk dimiliki Yahoo!

"Teruja untuk memulakan babak baharu Summly!

"Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan kepada saya."

Akhbar London Evening Standard menyatakan, D'Aloisio pada mulanya mencipta aplikasi itu sebagai hobi.

"Saya tidak menyedari ia boleh menghasilkan wang," kata D'Aloisio.

Ketika ditanya tentang pendapatannya yang besar ekoran pembelian syarikatnya, D'Aloisio berkata" "Saya suka kasut. Saya akan membeli sepasang kasut Nike dan saya mungkin memperoleh sebuah komputer baharu.

"Namun, buat masa kini, saya hanya mahu menyimpan wang itu di bank.

"Saya tidak perlu untuk banyak berbelanja."

D'Aloisio belajar kod komputer semasa berumur 12 tahun selepas Stor Aplikasi Apple dilancarkan.

Dia kemudian mencipta beberapa aplikasi termasuk Facemood yang merupakan perkhidmatan yang menganalisis sentimen bagi menentukan mood para pengguna Facebook.

Pelajar itu juga pernah mencipta aplikasi perkhidmatan mencari muzik, SongStumblr.

D'Aloisio turut memberikan nasihat kepada beberapa remaja iaitu: "Jika anda mempunyai idea yang baik atau anda terdapat satu ruang kosong di dalam pasaran, terokailah dan lancarkannya kerana terdapat beberapa pelabur di seluruh dunia kini yang mencari syarikat-syarikat untuk membuat pelaburan." – Agensi





NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

Wanita Ketagih Minum Darah Babi

Posted: 30 Mar 2013 12:00 AM PDT





Michelle sedang minum darah babi



Seorang wanita mengaku, dia memerlukan 36
liter darah babi setiap minggu untuk memuaskan dirinya yang sentiasa dahagakan
darah.Dikenali hanya sebagai Michelle, wanita itu berkata, sejak 10 tahun lalu,
dia meminum darah - termasuk darah manusia - setiap minggu dan jumlah itu jika
dikumpulkan boleh memenuhi 23 tab mandi.


"Saya ketagih darah sama seperti seseorang
perokok ketagih rokok."Darah itu diminum ketika saya membaca, berehat atau
melukis," katanya.Bekerja sebagai pelukis tatu, Michelle, 29, berkata
kadang-kadang darah itu dicampur dengan sup atau ditumis."Jika saya meminum
Bloody Mary (sejenis minuman bercampur darah), hakikatnya saya minum darah
sebenar," katanya.




Michelle berkata, dia lebih gemar meminum
darah babi berbanding lembu kerana rasanya yang keras serta lebih masin.Pada
masa sama, kata Michelle, dia mencuba darah manusia - sama ada lelaki atau
wanita."Darah lelaki berbeza daripada darah wanita," katanya. Walaupun ketagih,
Michelle tidak menganggap dirinya sebagai 'pontianak' sebaliknya manusia biasa
yang sangat menikmati kesedapan darah.




Katanya, dia menghisap darah terus dari
tangan kawan lelakinya, Johnny, seminggu sekali.Setiap hisapan, katanya, boleh
berlangsung antara 30 saat hingga lima minit.Kata Michelle, dia juga pernah
menghisap darah daripada orang lain sebelum ini."Ia tidak membahayakan sesiapa
kerana hanya orang yang rapat dengan saya diambil darahnya.





"Setiap daripada mereka juga disahkan bebas
daripada sebarang penyakit, termasuk HIV," katanya. Ketagihan kepada darah itu
bermula sejak Michelle di usia remaja lagi.Katanya, jika tertekan, dia menoreh
tangannya dan tertarik melihat darah itu mengalir. Sejak itu, kata Michelle,
dia sudah meminum kira-kira 4,500 liter darah.Ibunya juga diberi tahu mengenai
tabiat aneh itu."Ibu saya menangis sebaik saja saya memberitahunya dan
menganggap saya pelik," katanya.-mymetro



ohsenyum


UMNO HIDUP SEMULA SETAHUN SAJA?

Posted: 29 Mar 2013 06:00 PM PDT

Oleh Subky Latif



SETELAH UMNO diharamkan oleh mahkamah tahun 1988, maka Dr. Mahathir Mohamad telah mendaftarkan semula parti itu atas nama UMNO (Baru) dan ia diluluskan.

Maka semua UMNO bahagian yang ada sebelum diharamkan ditaja dan masing-masing menaja cawangan. Perti hidup semua dan bergerakan. Lepas itu kalimah Baru dalam kurungan disetuju dipadamkan, jadilah ia seperti UMNO sedia kala.
Lama kelamaan seorang ahli UMNO yang jujur dan mematuhi undang-undang membuat carian dalam ROS mendapati tiada satu pun cawangan UMNO di bahagaian itu wujud dalam pendaftaran. Padahal UMNO Bahagian itu sudah menaja 126 cawangan dan setiap cawangan bergerak mengikut keupayaannya.

ROS ada membuat tanyaan pada UMNO tetapi merasa ia kebal, tanyaan itu tidak diindahkan. Lalu ahli UMNO yang membuat carian itu mengemukakan kepada mahkamah, bertanya kesahihan UMNO Bahagian itu.

Adapun UMNO yang diharamkan oleh Al-Marhum Hakim Tan Sri Haron Hashim dulu ialah kerana ada ahli-ahli UMNO yang tidak sah menjadi perwakilan dalam Perhimpunana Agung UMNO dan mereka mengambil bahagian terhadap apa jua yang dibuat dan diputuskan oleh perhimpunan itu. Maka sabit kesalahannya, lalu UMNO diharamkan.

Mahkamah akhirnya memutuskan UMNO Bahagaian Tanah Merah tadi haram kerana ia hidup sejak ditaja hinggalah menjadi perwakilan dalam Perhimpunan Agung dengan 126 cawangan sebagai cawangan yang tidak wujud dalam pendaftaran. Cawangan seperti itu adalah pertubuhan haram.

Ini bererti UMNO yang hidup semula hanya sah sehingga ia mengadakan perhimpunan agung yang pertama. Perhimpunan yang pertama itu dihadiri oleh perwakilan Tanah Merah yang haram yang sepatutnya diketahui oleh UMNO Bahagian. Ia sepatutnya tahu mana cawangannya yang tidak haram dan memastikan semua cawangan mengadakan mesyuarat agung dulu sebelum menghadiri mesyuarat perwakilan bahagian. Apabila cawangan tidak memenuhi syarat maka ia tidak boleh menghantar wakil ke mesyuarat Bahagian. Apa wakil cawangan itu tidak sah mengambil bahagian dalam mesyarat Bahagian, maka Bahagian itu sendiri haram.

Perhubungan UMNO Kelantan sepatutnya memastkan setiap Bahagiannya sah. Ia patut melarang Bahagian yang haram menghadiri Perhimpunan Agung.

Apabila perhimpunan disertai oleh perwakilan Tanah Merah yang haram, maka perhimpunan itu juga jadi perhimpunan haram.

UMNO yang baru dihidupkan semula itu hanya sah sehingga ia mengadakan Perhimpunan Agung yang pertama. Apabila ia mengadakan Perhlimpunan Agung bersama UMNO Tanah Merah yang haram, maka ia pun haram serta merta. Cuma pada masa itu tidak orang yang mengambil tahu ia halal atau haram. Orang tidak tahu. Rupanya UMNO Tanah Merah menghantar perwakilan tiap-tiap tahun dan ia bergiat setiap tahun dalam Perhubngan UMNO Kelantan. UMNO 126 cawangan di Tanah Merah haram, UMNO Tanah Merah haram, UMNO Perhubungan Kelantan haram dan UMNO Malaysia pun haram.

Itu yang diketahui. Dipercayai banyak lagi cawangan di seluruh negara wujud secara haram.

UMNO itu sudahlah malang. Tengku Razaleigh Hamzah dan Rais Yatim yang menjadi pemimpin Semangat 46 pula membubarkan partinya menyertai semula UMNO haram itu.

Kalau UMNO haram, apakah BN tidak haram. BN wujud setelah ada UMNO. Kalau parti haram memimpin BN patutnya BN tidak sah juga. Dari tahun 1988 Malaysia telah diperintah oleh pertubuhan haram.

DD


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

Tiada ulasan: