Kelab Greenboc |
- Datuk Seri Ridwan Serah Diri, Gambarnya Bersama Mukhriz Masih Jadi Tandatanya
- [BERGAMBAR] Terbaik !!! Dari Penyokong Pas Kaum India
- Orang Yang Dicari Polis Itu Pernah Bersama Dengan Najib & Ahmad Maslan -updated
- [BONGKAR] K'jaan Terengganu Bayar Pertemuan Dengan Blogger UMNO Termasuk Papagomo?
- Muhyiddin Bagitahu: Parlimen Bubar Bulan April
- Seorang Penjawat Awam Dicekup Khalwat Rayu Tak Dikenakan Tindakan
Datuk Seri Ridwan Serah Diri, Gambarnya Bersama Mukhriz Masih Jadi Tandatanya Posted: 01 Apr 2013 01:05 AM PDT Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman hari ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah. Beliau, yang memakai baju Melayu merah dan berserban, hadir bersama lebih 10 orang kenalannya di balai polis itu pada 11.05 pagi tadi. Bercakap kepada pemberita sebelum menyerah diri kepada pihak polis, Muhammad Ridzwan mengaku memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulu, Jolo, selatan Filipina iaitu Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang pernah ditemuinya pada 15 dan 16 September tahun lalu. Beliau bagaimanapun menafikan bahawa Jamalul Kiram, yang dipercayai menjadi dalang pencerobohan di Sabah, adalah Sultan Sulu. "Saya tidak kenal pun Jamalul Kiram," katanya. Muhammad Ridzwan menyerah diri hari ini berikutan kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib semalam yang memintanya menyerah diri dengan segera di mana-mana balai polis berhampiran. Hamza berkata Muhammad Ridzwan, yang tidak terlibat dengan pengganas bersenjata dari selatan Filipina, boleh membantu pihak polis dalam siasatan mengenai kes pencerobohan di Lahad Datu pada 12 Februari lepas.....BERNAMA
klik untuk baca |
[BERGAMBAR] Terbaik !!! Dari Penyokong Pas Kaum India Posted: 31 Mar 2013 11:20 PM PDT Terbaik !! dan Tahniah !! Rakan rakan dari DHPP kaum India sedang menaikkan bendera Pas di sekitar Kg Pandan dalam Parlimen Titiwangsa. Segalanya dilakukan secara terbuka,siang hari pulak tu.Tiada lagi perasaan takut dikalangan mereka dalam menzahirkan pandangan politik. Yang penting perubahan mesti dilakukan pada PRU 13.Gantikan Umno dengan Pas,BN dengan Pakatan Rakyat.Tahniah sekali lagi ~ Tinta Hijau DKB Sumber gambar DISINI |
Orang Yang Dicari Polis Itu Pernah Bersama Dengan Najib & Ahmad Maslan -updated Posted: 31 Mar 2013 08:10 PM PDT Ops Daulat: Polis cari lelaki bergelar 'Datuk Seri' Polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman, dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran. Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat. "Penama ini amat diperlukan. Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran. "Penama ini boleh membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat Lahad Datu hari ini. Sementara itu, Hamza berkata 180 penduduk yang menghuni pusat penempatan telah dibenar pulang ke rumah masing-masing iaitu 101 orang dari Kampung Tanjung Labian dan masing-masing 25 dan 54 orang dari Kampung Tanjung Batu dan Kampung Sungai Merah. Beliau berkata tiada pertempuran berlaku sepanjang 24 jam yang lepas dan operasi penggeledahan serta pembersihan masih dijalankan di kawasan Sungai Bilis, Lok Sembuang dan Lok Buani. Berhubung keselamatan di laut, Hamza berkata selain melakukan penggeledahan dan pembersihan kawasan pertempuran, kawalan di kawasan perairan dilakukan setiap masa membabitkan pasukan polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia. - Bernama Ulasan GB Siap dengan ayat "cover line" lagi: Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat. Macam pernah dengar ayat itu. Oh ya: Menteri KDN, Hishamuddin sewaktu mula-mula kes Lahad Datu meletup pernah menyatakan "yang datang menceroboh itu bukan militan atau pengganas"... Namun kebenaran akan tetap kebenaran dan apa yang GB nyatakan sebelum ini di dalam kes menteri-menteri bergambare dengan seorang penjenayah bernama papagomo nampaknya menjadi semakin benar Enggang sama enggang, pipit sama pipit - "seorang penjenayah saja yang akan bersama penjenayah yang lain".. klik untuk baca ,br> |
[BONGKAR] K'jaan Terengganu Bayar Pertemuan Dengan Blogger UMNO Termasuk Papagomo? Posted: 31 Mar 2013 04:02 PM PDT Kuala Terengganu: Umno negeri Terengganu mempunyai hubungan dengan blogger penjenayah dan pengundi hantu Papagomo serta pernah menggunakan wang kerajaan negeri menjemput beliau pada satu majlis pada hujung Januari, tahun lalu. Menurut Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu, Dr Azman Ibrahim, seramai 50 orang 'bloggers dan facebookers' pro Umno dari seluruh negara menghabiskan masa selama dua hari menjadi tetamu kerajaan dan disambut oleh pemimpin kerajaan termasuk Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said dan Exco kerajaan YB Razif Bin Abdul Rahman. "Majlis Pemimpin Bersama Bloggers anjuran Kerajaan Umno Terengganu yang diadakan di sebuah hotel di Bandaraya Kuala Terengganu dengan turut sama disertai oleh MB Ahmad Said serta beberapa orang EXCO Kerajaan Negeri, "Pihak KAMI memandang serius perkara ini terutamanya apabila ada di kalangan blogger yang dijemput adalah blogger pemfitnah seperti Papagomo dan blogger Pas Beruk yang mengesahkan pembabitan kerajaan Umno dengan fitnah dan caci maki, "Apatah lagi kini telah disahkan oleh PDRM bahawa Papagomo telah ditamatkan perkhidmatan kerana melakukan jenayah dan Pengerusi SPR mengakui bahawa beliau juga adalah seorang pengundi hantu," ujarnya. Menurutnya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff selaku Pengerusi SPR mengaku wujud dua nama Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) yang memegang kad pengenalan (biasa) 830121-03-5019 dan kad pengenalan (polis) RF142863 yang didaftar dua kali atau dengan lain perkataan mendaftar sebagai 'pengundi hantu' di dalam daftar pengundi. Manakala susulan penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr Azman berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 28 Mac lalu mengesahkan bekas anggotanya Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang popular sebagai penulis blog dengan nama samaran Papagomo, telah dibuang kerja kerana kes jenayah. "Mortadza menjelaskan, Wan Muhammad Azri telah ditangkap atas satu kesalahan jenayah dan dihadapkan ke mahkamah pada 31 Oktober 2005. dan kemudiannya telah dibuang kerja daripada pasukan polis sejak September 2012. "Penjelasan polis ini menunjukkan kerajaan Umno Terengganu selama ini telah mempunyai hubungan bekerjasama dengan blogger papagomo yang disahkan melakukan jenayah,"ujarnya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada pihak media. -BO Ulasan GB GB meminta satu laporan polis dibuat oleh KAMI. Setidak-tidaknya untuk tujuan rekod sekalipun besar kemungkinan polis tidak menyiasat hal tersebut (Ini kerana sebelum ini sudah ada laporan hubungan baik Ketua Polis Negara dengan si penjenayah itu, papagomo). Namun sekalipun tiada tindakan polis buat ketika ini, kita akan pastikan tindakan dilakukan semasa PR memerintah nanti dan tindakan saman ke atas polis yang tidak mengambil tindakan ke atas laporan yang dilakukan juga akan dilakukan nanti. Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan dan yang bersalah pasti terhukum! |
Muhyiddin Bagitahu: Parlimen Bubar Bulan April Posted: 31 Mar 2013 07:10 AM PDT Parlimen akan dibubar sebelum 30 April apabila mandat kerajaan Barisan Nasional (BN) tamat bagi memberi lalulan kepada Pilihan Raya 2013, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. Timbalan perdana menteri itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mungkin akan membenarkan Parlimen terbubar secara sendirinya. "Saya tidak fikir perdana menteri akan tunggu habis tamat tempoh parlimen lima tahun, baru beliau akan bubar. "Saya rasa tak fikir begitu, pilihan raya akan diadakan dalam tempoh beberapa minggu bulan April ini," kata Muhyiddin semasa berucap dalam satu majlis Himpunan Barisan 1Malaysia di Titiwangsa petang ini. Muhyiddin juga menyedari tentang rungutan orang ramai yang mula bertanya bilakah pilihan raya akan diadakan tetapi berharap mereka bersabar dan apabila tiba masanya laksanakanlah tanggungjawab masing-masing. Ulasan GB GB sudah ulas sebelum ini. Petikan: Maruah Najib kini tercampak ke tong najis. Penakut yang tiada taranya dengan memberikan alasan-alasan dangkal sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah hendak mempastikan perlaksanaan program penipuannya berjalan sebelum pilihanraya dipanggil. klik untuk baca |
Seorang Penjawat Awam Dicekup Khalwat Rayu Tak Dikenakan Tindakan Posted: 31 Mar 2013 04:45 AM PDT Ledang - Seorang penjawat awam merayu supaya tidak dikenakan tindakan penguatkuasaan selepas dicekup berkhalwat bersama pasangannya di sebuah rumah di Tangkak, di sini, awal pagi semalam. Wanita terbabit bertindak sedemikian kepada anggota dan pegawai penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) kerana bimbang ketua jabatannya mengetahui kejadian berkenaan. "Tolong encik jangan ambil tindakan, teruk saya jika ketua tahu kejadian ini," katanya. Dalam serbuan itu, wanita terbabit bersama pasangannya berusia masing-masing 30 dan 33 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 12.10 pagi ketika berdua-dua dalam bilik di rumah rumah terbabit. Juruteknik yang berasal dari Batu Pahat itu mendakwa teman lelakinya hanya datang singgah sebentar ke biliknya sebelum pulang ke kampung halaman. Menurutnya, teman lelakinya itu menunggu ibunya memasukkan wang ke dalam akuan bank bagi tujuan pulang ke kampung di Batu Pahat. Manakala, pasangannya yang juga bekerja sebagai juruteknik sebuah kilang elektronik di Kuala Lumpur mengakui tiba di Tangkak, kelmarin, namun terpaksa tinggal sementara di rumah terbabit kerana tidak memiliki wang mencukupi untuk pulang ke kampung. Bagaimanapun, Sinar Harian diberitahu wanita terbabit yang baru menyewa bilik itu hampir sebulan lalu dilihat kerap membawa teman lelakinya datang ke bilik terbabit pada waktu malam. Sementara itu, Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, sepasukan anggota PPADL memeriksa bilik di rumah berkenaan berdasarkan aduan awam. Katanya, wanita terbabit yang dipercayai penyewa rumah berkenaan membuka pintu selepas anggota dan pegawai penguatkuasaan mengetuk pintu dan memberi salam. "Penguatkuasa hanya menunggu kira-kira lima minit sebelum wanita itu membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan. "Pemeriksaan lanjut dalam bilik menemui seorang wanita memakai baju-T dan berseluar pendek bersama pasangannya juga memakai baju-T dengan berseluar pendek bersembunyi di belakang pintu," katanya. Sulaiman berkata, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri. "Mereka dibawa ke Balai Polis Tangkak untuk laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing. "Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya. p/s Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan