Rabu, 27 Mac 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


rm50 dibayar pada mat rempit untuk serang bas JMR Sabah

Posted: 27 Mar 2013 10:43 PM PDT

Cerita komando diserang di Ladang Tanduo

Posted: 27 Mar 2013 09:52 PM PDT


Semangat bantu membantu di kalangan para pejuang negara ketika menghadapi serangan pengganas Sulu di Lahad Datu adalah tinggi.

Mereka sentiasa bersedia untuk menolong rakan-rakan sepasukan yang menghadapi kesulitan ketika menentang musuh sehingga ada yang terkorban.

Semangat pengorbanan dan keberanian ini diceritakan tiga anggota pasukan Komando VAT69 yang tercedera semasa menentang musuh di Ladang Tandou.

Mereka ialah Koperal Azman Ampong, 39, Koperal Mohd Tarmizi Hashim, 32, dan Konstabel Mohammad Qaiyum Aiqal Zolkifli, 22, antara yang diraikan malam tadi pada majlis meraikan para wira polis peringkat negeri Perak yang menyertai Operasi Daulat.


Koperal Azman menceritakan mereka dibahagikan kepada empat kumpulan -- Alpha, Bravo, Charlie dan Delta untuk mengepung kawasan berkenaan bagi mengelak pengganas daripada menceroboh ke kawasan lain.

"Dalam kejadian pagi itu, musuh berada di sekeliling kami. Saya dan Tarmizi dari kumpulan Charlie manakala Qaiyum dari kumpulan Delta. Ikut perancangan asal, pasukan Bravo dan Charlie adalah unit gempur.

"Semasa serangan berlaku, mereka (pengganas) hanya nampak saya dan Tarmizi kerana kami berada di barisan hadapan yang jarak antara pokok kelapa sawit tempat kami berlindung dengan mereka yang berada di hadapan, hanya selang tiga pokok sahaja.

"Ketika saya dan Tarmizi berlindung di sebalik pokok yang sama, saya terkena tembakan pada bahagian kanan sementara Tarmizi pada bahagian kiri.

"Apabila tangan kiri Tarmizi mengenai tembakan, pelurunya pula telah habis dan dia tidak boleh menukar peluru. Dan semasa saya minta dia berundur ke belakang, saya terkena tembakan di bahagian belakang," katanya.

Azman berkata kemungkinan besar rakan mereka Allahyarham Zulkifli Mamat ditembak musuh ketika mahu mengambil alih tempat Tarmizi yang berundur ke belakang.

"Kemungkinan arwah nampak Tarmizi mahu keluar dan dia ingin ambil alih tempat Tarmizi kerana dia berada di bahagian belakang. Saya lihat dia terbaring menghadap saya dan keadaanya badannya terkeluar dari lindungan pokok ... seperti dia mahu menuju ke arah saya," katanya.

Mohd Tarmizi pula berkata beliau masih ada kekuatan selepas terkena tembakan.

"Saya masih teringat cara musuh serang dan tembak sebab jarak antara saya dengan musuh tidak jauh," katanya.

Bagi Mohammad Qaiyum, beliau yang berada dalam kumpulan Delta terkena tembakan curi ketika mahu membantu rakan-rakan dari pasukan lain.

"Kami berada dalam kumpulan berasingan dan mempunyai tugas masing-masing. Ketika kumpulan Bravo dan Charlie di serang, saya yang berdekatan dengan mereka datang membantu.

"Saya ditembak curi dan hampir terkorban. Saya terhutang budi dan nyawa kepada rakan yang selamatkan saya kerana mereka sanggup ke hadapan untuk keluarkan saya walaupun mereka tahu yang mereka juga berada dalam keadaan bahaya," katanya.

Kesemua mereka kini masih menerima rawatan susulan di Hospital Angkatan Tentera Lumut.

Pada majlis itu Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turut menyampaikan sumbangan daripada kerajaan negeri sebanyak RM300,000 kepada Tabung Wira Operasi Daulat.

- Bernama

Lahad Datu: Jamalul, Agbimuddin Kiram Tiada Darah Raja - Pengkaji Sejarah

Posted: 27 Mar 2013 08:34 PM PDT

  
Thursday, 28 March 2013 11:19

LAHAD DATU: "Jamalul Kiram III dan Agbimuddin Kiram tidak layak menuntut Sabah kerana mereka bukan berdarah sultan.
"Sebaliknya mereka ini hanyalah pewaris yang berstatus cucu saudara kepada Sultan Jamalul Kiram II," tegas pengkaji sejarah dan penulis buku Kesultanan Sulu, Julasri Hajad, 36, atau Asree Sug.
Menurut Asree, sejarah menunjukkan Sultan Jamalul Kiram II hanya memiliki seorang anak perempuan dan seorang adik berlainan ibu, Raja Muda Mawalil Wahid sehinggalah kemangkatannya pada 1936.
"Raja Muda memiliki dua anak iaitu Ismail I dan Punjungan. Punjungan pula memiliki tiga anak iaitu Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram dan Ismail II.
"Maka, Jamalul, Agbimuddin dan Ismail adalah cucu saudara kepada Sultan Jamalul Kiram II. Mereka ini bukan berdarah sultan sebaliknya hanyalah pewaris," katanya.
Katanya, bagaimanapun ketiga-tiga beradik itu menetap di Kepulauan Tawi Tawi kerana ibu mereka penduduk tempatan di situ berketurunan Bajau Simunul dan berbahasa Tausuq (Sulu).
"Jamalul Kiram dan Agbimuddin tidak layak menuntut Sabah kerana mereka tidak memiliki rakyat tambahan pula sultan sebenar mesti tinggal di Jolo di Kepulauan Sulu," katanya.
Menurutnya, Kesultanan Sulu juga tidak lagi wujud kerana rakyatnya pada 1906 memulaukan Sultan Jamalul Kiram II yang bekerjasama dengan Amerika Syarikat mengenakan cukai kepala kepada penduduk.
"Sekitar 1906 sehingga 1915, Sultan Sulu membenarkan Amerika membunuh kira-kira 5,000 penduduk di Bud (gunung) Bagsak dan Bud Dahu yang menyerang tentera mereka.
"Selepas kemangkatan Sultan Sulu, masyarakat Sulu tidak menerima mana-mana lagi sultan sehingga sekarang," katanya menegaskan dakwaan pengganas bahawa mereka Kesultanan Sulu sebagai tidak memahami sejarah.
Kata Asree, dalang pencerobohan itu dilakukan anasir luar dan difahamkan Jamalul Kiram III hanya menumpang isu pencerobohan itu untuk meraih publisiti selepas difahamkan bakal bertanding pilihan raya di Filipina.
"Pengamatan mendapati ini (pencerobohan) taktik Jamalul Kiram," katanya.

hahaha samseng sangat konon ...hampa mai la tengok, mat rempit UMporNO lari bercempera bila kena ligan , awat tak tunggu [Video]

Posted: 27 Mar 2013 05:38 AM PDT

hahahahahaahahaha KELAKAR NAK MAMPOS .... LARI BUAT APA, TUNGGU LA DAH KATA SAMSENG ....HIHIHIHIHI LAWAK LAWAK
BERCEMPERA - BERSELERAK ......LIGAN - KEJAR ........ AWAT - KENAPA

LOKASI : STAR CITY KOTA KINABALU

TERKINI LAHAD DATU : Kampung Tanduo Ditutup - Polis

Posted: 27 Mar 2013 04:52 AM PDT


Kampung Tanduo Ditutup, Penduduk Dipindah Ke Lokasi Baru - Polis
Pasukan keselamatan mengawal ketat Kampung Tanduo bagi memastikan kawasan itu bebas pengganas sebelum penduduk kampung dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.-fotoBERNAMA
LAHAD DATU: Pasukan keselamatan memutuskan bahawa Kampung Tanduo yang menjadi lokasi pendaratan kumpulan penceroboh militan Sulu akan ditutup dan tidak lagi menjadi kawasan petempatan penduduk.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata semua penduduk kampung itu yang kini menghuni pusat pemindahan sementara akan dipindahkan ke satu lokasi baru yang akan diputuskan kemudian.
Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas pihak keselamatan mendapati kawasan yang menjadi kubu pengganas sejak pencerobohan 12 Februari lepas itu terjejas teruk susulan gerakan ofensif yang dilancarkan 5 Mac lepas.
"Setakat ini, itu yang kita putuskan, kita akan bincang perkara ini lagi tetapi perbincangan di peringkat pasukan keselamatan mendapati lebih sesuai penduduk kampung itu yang jumlahnya tidak begitu ramai ditempatkan di satu tempat yang akan dikenal pasti kemudian," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini, Rabu.
Beliau berkata penempatan semula penghuni 12 rumah di kampung itu akan dibuat di kawasan berdekatan Kampung Tanduo dan lokasinya akan dikenal pasti dengan kerjasama pengurusan Felda Sahabat.
Hamza turut memaklumkan kawasan Kampung Tanjung Batu kini bebas daripada ancaman pengganas dan pihaknya akan bermesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Daerah Lahad Datu dan ketua masyarakat kampung berkenaan bagi membincangkan proses membenarkan penduduk untuk kembali ke rumah masing-masing.
Proses penggeledahan dan pembersihan kini diteruskan ke Tanjung Labian dan Tanagian sebelum memasuki kawasan Sungai Bilis dan beliau yakin proses itu mampu diselesaikan segera sebelum memutuskan untuk membenarkan penduduk kembali ke rumah atau sebaliknya, katanya.
Terdahulu, Hamza berkata pasukan keselamatan merampas sepucuk pistol, enam butir peluru dan sebilah parang yang ditinggalkan militan selepas berlaku pertempuran di kawasan Sungai Bilis, Gugusan Labian pagi Rabu.
Beliau berkata kejadian pada 7.30 pagi itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang menjalankan operasi pembersihan di kawasan itu sebelum terserempak dengan tiga pengganas yang bertindak melepaskan tembakan ke arah anggota keselamatan.
Pengganas kemudian melarikan diri apabila diserang balas dan tiada kecederaan dilaporkan di kedua-dua pihak, katanya. BERNAMA

Tiada ulasan: