RAKYAT MARHAEN |
- PRU13: Mengundi itu wajib, pilihan hak pengundi
- Putar belit kenyataan ‘reban ayam’: Ghafir saman Utusan RM20 juta
- Kenapa saya kata Umno hina Islam dan Melayu?
- Isu tanah Kelantan: DAP Perak mahu Najib minta maaf kerana berbohong
- Mahu sebar video palsu Izzah, Khalid: Umno dicabar berpolitik waras
- PRU13: Pilihan rakyat Sabah adalah di antara BN dan Pakatan...!!! Rakyat berhak menentukan siapa pengkhianat yang patut dihukum..???
- MB NS perlu dapat restu Yang DiPertuan Besar...!! adakah beliau ingin menjadi MB sementara yang derhaka pada raja melayu...!!!
- PRU13 : Terbubar Dewan Legislatif tanda BN menyerah diri
- 'Politik Tiada Kena Mengena Dengan Islam' Satu Pemikiran Yang Sangat Salah
- (Q&A) Pakatan Rakyat: Our Policies Are Need Based & We Are Here To Renew A Nation
- (Q&A) Pakatan Rakyat: Review Unfair Contracts That Burdens The People
- BERSIH 2.0 SC Member - A. Samad Said
- GE13: Negri Sembilan makes history as state assembly expires
- PRU13 : Pilihan ditangan anda
- Agenda Awani: Isu Kerajaan Sementara
- PIKET : BANK-BANK GLC – PENGGANAS BERLESEN MALAYSIA
- Akademis Bermulut Sabut Diamlah....!!!
- SU Agung: Dakwaan ahli Pas pernah cuba bunuh Mahathir mengarut..!!! Puak UMNO Bunuh Pemimpin PAS Adalah...Sejarah Membuktikan...??
- Sepatutnya Tun nasihat diri sendiri !
- Kenapa Mamak Kutty ini takut Anwar jadi PM?
- ADAKAH MAHASISWA USIM DITIPU ATAU MEMANG MAHASISWA DIPERBODOH..?
- Amanat Ust Azhar Idrus PRU-13
- PRU13: Apa tindakan awal kepada pencetus huru-hara
- Cover Line : Najib serah kepada SPRM untuk siasat video pendedahan Taib
- Mahfuz : Sistem Saraan Transformatif Boleh Akibatkan Jurang Gaji
PRU13: Mengundi itu wajib, pilihan hak pengundi Posted: 27 Mar 2013 09:15 PM PDT KAJANG - Mengundi itu wajib hukumnya, namun ia bukan satu kefarduan bagi setiap umat Islam kerana langkah itu bagaikan satu kesaksian syahadah, demikian menurut Pensyarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Mohammad Kamil Abdul Majid. Sehubungan itu kata beliau, bukan setakat mengundi bahkan menyertai pilihan raya dan bertanding untuk membentuk kerajaan juga adalah wajib. "... mencari pemimpin berkualiti itu mestilah seseorang amanah dan mempunyai rohani dan jasmani yang kuat," kata beliau pada Wacana PRU13: Aplikasinya Menurut Fiqh Politik Islam di Kolej Dar Al-Hikmah, di sini, malam tadi. Kamil juga menggariskan 20 ciri utama yang perlu diberi perhatian oleh pengundi Islam bagi memilih bakal pemimpin yang akan membentuk kerajaan baru nanti. Read More / Baca Lagi >> | ||
Putar belit kenyataan ‘reban ayam’: Ghafir saman Utusan RM20 juta Posted: 27 Mar 2013 09:12 PM PDT KUALA LUMPUR 28 MAC: Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid memfailkan saman RM20 juta terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad berikutan kenyataan 'reban ayam' yang diputar belit akhbar kawalan Umno itu. Utusan Online pada 13 Mac lalu melaporkan, Ghafir memperleceh cara polis dan tentera menangani pengganas di Sabah. Kenyataan beliau diputar dan dilaporkan sebagai: pasukan keselamatan 'hanya duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam' dan seolah-olah mendakwa pelaksanaan Ops Daulat gagal. Beliau dilapor membuat kesimpulan bahawa kegagalan risikan awal khususnya oleh tentera membuatkan pasukan keselamatan dalam keadaan terkejut menyelesaikan masalah di sana. Read More / Baca Lagi >> | ||
Kenapa saya kata Umno hina Islam dan Melayu? Posted: 27 Mar 2013 09:11 PM PDT
Yang dihormati Pengacara Majlis, Ketua Kampung Pulau Meranti, Ketua Cawangan PAS, Sahabat saya YB Abdullah Sani, Ahli Parlimen PKR Kuala Langat dan para pimpinan Pakatan Rakyat dan Tuan Puan yang saya kasihi sekelian. Alhamdulillah dapat saya bertemu dengan penduduk di sini di malam yang bertuah ini. Ini kali pertama saya sampai di sini. Saya percaya mungkin saudara saudari yang masih belum menyokong Pakatan Rakyat (PR) di kampung ini merasa sangsi dengan PR. Tuan Puan mungkin sangsi adakah hak dan kepentingan Islam akan terbela jika PR berkuasa? Tuan Puan mungkin sangsi adakah hak dan kepentingan Melayu akan terus dipelihara jika PR berkuasa di Putrajaya? Kesangsian ini adalah suatu yang normal kerana sejak Merdeka, Kerajaan Pusat tidak pernah diperintah selain dari Barisan Nasional ( BN ). Manusia secara fitrinya susah nak terima benda baru. Inilah yang dihadapi oleh para anbiya a.s dan para Rasul a.s apabila mereka mengajak kaum mereka untuk buat perubahan.. kaum para Nabi selalu memberi dalih kami lebih selesa dengan yang lama ..ajaran tok nenek oyang mereka.. meskipun tradisi lama itu tradisi yang tidak baik dan menyimpang dari ajaran Tuhan ..mereka tetap kata inilah pilihan kami dulu kini dan selamanya.. | ||
Isu tanah Kelantan: DAP Perak mahu Najib minta maaf kerana berbohong Posted: 27 Mar 2013 09:09 PM PDT IPOH - DAP Perak mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memohon maaf kepada rakyat kerana berbohong apabila menyentuh isu pemberian tanah ketika berucap pada majlis Bekwoh Bersama Perdana Menteri di Tanah Merah, Kelantan pada 15 Mac lalu. Pengerusinya, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, ucapan Najib yang memperkatakan mengenai tujuh dosa besar Pakatan Rakyat (PR) terhadap rakyat Kelantan merupakan pembohongan besar. Katanya, pembohongan paling utama adalah mengenai isu pemberian tanah (termasuk pengambilan balak di Gua Musang) daripada Kerajaan Negeri Kelantan kepada pemimpin DAP Perak bagi membolehkan Menteri Besar Perak dilantik dalam kalangan pemimpin Pas Perak pada 2008. "PR turut dituduh mencemari Sungai Relai di Gua Musang dengan aktiviti pembalakan berkenaan yang sekali gus menyukarkan kehidupan harian masyarakat di situ. | ||
Mahu sebar video palsu Izzah, Khalid: Umno dicabar berpolitik waras Posted: 27 Mar 2013 09:08 PM PDT KUALA LUMPUR 28 MAC: Umno BN dicabar berpolitik secara matang dan waras serta menghentikan fitnah lucah untuk mengaib dan menjatuhkan lawan politik dari Pakatan Rakyat bagi memenangi pilihan raya, kata Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail. Cabaran itu susulan pendedahan Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail tentang penyebaran video seks fitnah melibatkan pimpinan KEADILAN termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bakal menyusul, Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar serta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. "Pastinya perkhabaran itu mengecewakan rakyat yang teruja untuk menyaksikan proses pilihan raya berasaskan politik nilai serta matang. Sejak dulu lagi politik lucah seolah-olah dibenarkan kerajaan," kata Aishah kepada Keadilan Daily. Menurut Aishah, politik lucah bagaikan penanda aras untuk pemimpin Umno menyerang peribadi pimpinan Pakatan Rakyat semata-mata mahu memenangi pilihan raya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 27 Mar 2013 09:07 PM PDT KUALA LUMPUR, 28 Mac — Bakal berhadapan dengan perlawanan banyak penjuru, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) negeri akan mengingatkan pengundi dalam kempen Pilihan Raya 2013 mereka, pertandingan ini hanya melibatkan dua pihak — mereka dan Barisan Nasional (BN). Sasaran mereka adalah supaya pemain lain di Sabah terutamanya parti pembangkang lain yang akan turut serta dalam pilihan raya tidak memecahkan undi blok pembangkang di negeri Malaysia timur itu. "Dalam konteks PR lawan BN, kami mahu rakyat melihatnya sebagai satu lawan satu. Dan ini yang kita telah ketengahkan kepada rakyat," kata setiausaha DAP Sabah Dr Edwin Bosi kepada The Malaysian Insider. Beliau ketawa sambil bersetuju apabila ditanya jika ini adalah helah oleh PR untuk menggagalkan sebarang percubaan dari parti-parti pembangkang yang tinggal di negeri itu untuk menarik pengundi ke arah mereka. "Apa yang kami tahu, ini adalah antara PR dan BN," katanya. Akan tetapi PR akan berhadapan dengan parti-parti yang diketuai oleh tokoh besar seperti bekas ketua menteri Sabah Datuk Yong Teck Lee dan ahli politik veteran Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang bukan sahaja berasal Sabah tetapi juga bukan orang baru dalam politik negeri. Parti Maju Sabah (SAPP) yang diketuai Yong dan Parti Reformasi Negeri (STAR) pada mulanya dimasukkan dalam rundingan kerusi di Sabah bersama PR. Akan tetapi rundingan tersebut menemui kegagalan apabila kedua-dua parti itu mendapati tuntutan mereka tidak dapat dipenuhi. Dalam perkembangan terakhir rundingan kerusi antara parti yang anti BN, telah diputuskan hanya DAP, PKR dan PAS dan sekutu baru berasaskan Sabah mereka APS dan PPPS akan bertanding pilihan raya di bawah payung PR. Pada Isnin, pemimpin de facto PR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan mengesahkan PR hanya akan bekerjasama dengan APS dan PPPS yang diketuai oleh bekas ahli parlimen BN Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing dan Datuk Seri Lajim Ukin. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 27 Mar 2013 09:02 PM PDT Kedudukan Mohamad Hasan sebagai Menteri Besar menjadi tanda tanya berikutan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan telah terbubar secara otomatik hari ini. DiPertuan Besar Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir untuk meneruskan tugas beliau sebagai Menteri Besar di bawah 'caretaker government' atau kerajaan sementara. "Mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan Akta Interpretasi 1984 dan 1967, meneruskan peranan sebagai Menteri Besar di bawah 'caretaker government' mestilah mendapat restu Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan. Kedudukan Mohamad sebagai Menteri Besar menjadi tanda tanya apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan telah terbubar secara otomatik hari ini. "Kita bukan mahu Mohamad tinggalkan jawatan sebagai Menteri Besar sepenuhnya, tetapi kita tidak mahu rakyat keliru dengan situasi yang berlaku di Negeri Sembilan. Tambahan pula sekiranya Menteri Besar dan Exco masih lagi berlagak dengan kuasa Menteri Besar dan Exco sebelum ini. | ||
PRU13 : Terbubar Dewan Legislatif tanda BN menyerah diri Posted: 27 Mar 2013 08:58 PM PDT Sesungguhnya tindakan UMNO/BN membiarkan Dewan-Dewan Undangan Negeri terbubar dengan sendirinya kali ini memberikan hikmah kepada pihak Pakatan Rakyat. Jika pilihanraya dilaksanakan secara adil, tidak mungkin BN akan bertahan. Menanti sampai Dewan terbubar itu bermaksud untuk menangguhkan pilihanraya sehingga ke penghujung waktu kerana UMNO dan BN sudah mengetahui yang pihak mereka tidak lagi disokong dan dimandatkan rakyat dalam pilihanraya kali ini. Read More / Baca Lagi >>Tidak mungkin UMNO dan BN akan membiarkan Dewan terbubar jika mereka berkeyakinan untuk memenangi pilihanraya ini. Ini diketahui umum dan kenyataan yang UMNO takut menghadapi rakyat kali ini. Ini membuatkan rakyat lagi jauh dan takut untuk mendukung parti itu lagi. Tindakan untuk lari dan pengadilan rakyat ini sahaja sudah cukup untuk rakyat tidak berani dan menghormati parti yang sudah begitu tua dan berpenyakit ini. Berbagai-bagai ubat dan 'supplement' digunakan untuk menyembuhkan penyakitnya tetapi penyakit itu tidak juga sembuh malahan lebih merebak lagi. Inilah yang membuatkan pemimpin yang melakukan banyak kesalahan bercakap tidak lagi menggunakan akal fikiran tetapi sebaliknya menggunakan emosi yang berlebih-lebihan kerana asakan rakyat sekarang ini. | ||
'Politik Tiada Kena Mengena Dengan Islam' Satu Pemikiran Yang Sangat Salah Posted: 27 Mar 2013 08:50 PM PDT | ||
(Q&A) Pakatan Rakyat: Our Policies Are Need Based & We Are Here To Renew A Nation Posted: 27 Mar 2013 08:49 PM PDT | ||
(Q&A) Pakatan Rakyat: Review Unfair Contracts That Burdens The People Posted: 27 Mar 2013 08:48 PM PDT | ||
BERSIH 2.0 SC Member - A. Samad Said Posted: 27 Mar 2013 08:44 PM PDT | ||
GE13: Negri Sembilan makes history as state assembly expires Posted: 27 Mar 2013 11:06 AM PDT | ||
Posted: 27 Mar 2013 08:48 AM PDT | ||
Agenda Awani: Isu Kerajaan Sementara Posted: 27 Mar 2013 08:46 AM PDT | ||
PIKET : BANK-BANK GLC – PENGGANAS BERLESEN MALAYSIA Posted: 27 Mar 2013 08:37 AM PDT Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank-Bank Berkaitan Kerajaan (GLC) seperti CIMB Bank, Maybank dan Bank Muamalat adalah "Pengganas" Kenapa kita merujuk mereka sebagai "Pengganas"? Kerana mereka melakukan "keganasan". "Keganasan" digunakan secara sistematik (dalam aspek menimbulkan ketakutan dan kegerunan) sebagai satu cara untuk mengawal dan membuli. Siapa yang menjadi mangsa? Pekerja-pekerja dan pelanggan Bank; Bagaimana mereka mengganas? Berdasarkan tingkah laku dan tindakan berikut: 1. PENCABULAN RUKUN NEGARA - CIMB Bank terang-terangan mencabut kesetiaannya kepada Raja dan Permaisuri. Pada bulan Mac 2012, melalui pekeliling yang dikeluarkan, CIMB telah mengarahkan semua cawangan banknya agar tidak lagi menaikkan gambar DYMM Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang baru dilantik selaras dengan langkah mengurangkan kos perbelanjaan bank sedangkan gambar tersebut boleh didapati dengan percuma. CIMB Bank mendakwa bahawa Jabatan Adat Istiadat & Protokol bersetuju dengan langkah ini kerana amalan meletakkan gambar Agong dan Permaisuri adalah tidak wajib. Kami telah menulis kepada CEO CIMB, Dato' Sri Mohd Nazir Tun Abdul Razak bagi memohon penjelasan mengenai perkara ini. Sehingga ke hari ini, beliau gagal memberikan maklumbalas yang sewajarnya. Di Thailand, kami diberitahu bahawa CIMB Bank menyanjung tinggi Raja dan Permaisurinya dengan memaparkan gambar mereka di cawangan bank. Tetapi sebaliknya berlaku di Malaysia. BNM dan tiga (3) Bank GLC tersebut juga melanggar Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan & Kesusilaan dalam tadbir urus mereka berkaitan para pekerja dan Kesatuan Sekerja. Nantikan pendedahan keganasan mereka seterusnya… Read More / Baca Lagi >> | ||
Akademis Bermulut Sabut Diamlah....!!! Posted: 27 Mar 2013 08:33 AM PDT Ada beberapa orang akademik yang sudah dikenal pasti sebagai mulut sabut mendokong kerajaan kerana kekedudukan dan kepentingan diri, bukan atas dasar perjuangan... telah memberi pandangan mereka berhubung penolakan parti-parti gabungan Pakatan Rakyat terhadap tawaran tidak bermaruah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim kepada mereka untuk muncul di radio membentangkan manifesto masing-masing. Masa yang diberikan hanya 10 minit saja itupun ia berbentuk rakaman, buka live. PAS, DAP dan PKR menolak tawaran tak bermaruah itu. Wajar kalau Pakatan Rakyat menolaknya kerana masa 10 minit bukan saja cukup untuk membentangkan manifesto, tetapi untuk kentut sementara najis keluar di dalam tandas pun tidak sempat. Kalau gemula bekas ketua Umno di kampung saya dulu kalau dia masuk tandas tidak kurang 50 minit masa yang diambilnya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 27 Mar 2013 08:22 AM PDT SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini menempelak cubaan pihak-pihak tertentu mengaitkan Pas dengan pengakuan bekas ahli seumur hidup parti itu, Zainon Ismail yang mengaku pernah merancang untuk membunuh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Menyifatkan cubaan Zainon dan beberapa media membangkitkan semula isu 30 tahun lalu itu kerana sudah menjadi "alat Umno", beliau bagaimanapun meminta polis segera menyiasat kerana isu bunuh bukan perkara main-main. "Ini 'rubbish'. Patut polis siasat dia (Zainon). Dia mengaku dia hendak bunuh (Dr) Mahathir. Pengakuan hendak bunuh orang ini berat," ujar Mustafa kepada Sinar Harian Online hari ini. Bernama hari ini memetik Pengerusinya, Datuk Abdul Rahman Sulaiman sebagai berkata, agensi itu pernah melaporkan tentang kumpulan ekstremis Pas yang diwujudkan untuk membunuh Dr Mahathir pada 1988. Read More / Baca Lagi >> | ||
Sepatutnya Tun nasihat diri sendiri ! Posted: 27 Mar 2013 07:58 AM PDT "Bermusuh dalam politik jangan sampai membunuh", kata Tun Mahathir kepada pemberita pada Forum Perdana 'Membina Peradaban Bangsa Melayu Berteraskan Tamadun Islam' di bangunan Parlimen kelmarin. Apa yang Tun cakap tak sama dengan apa yang Tun buat. Ini pula nasihat teman pada Tun dan kaum kerabat - Merompak harta rakyat jangan sampai licin,, tinggalkan sikit ! Kenapa teman kata begitu? Sebab ini adalah hakikat dan kenyataan. Sudah lebih 50 tahun pemimpin Umno begitu lahap dan rakus merompak khazanah negara. Itu bab merompak. Kita berbalik kepada nasihat Mahathir – "Bermusuh dalam politik jangan sampai membunuh" Che Det jangan lupa,,, dalam mana-mana kes bunuh, tak kira berkaitan dengan politik atau tidak,, pembunuhan tetap boleh berlaku dengan dua alasan ! Pertama membunuh dengan niat,, kedua, membunuh tanpa niat. Tun dan rakan-rakan sendiri pernah melakukannya dengan salah satu dari dua alasan itu. Sedap dan mudahnya Tun bercakap – "Bermusuh dalam politik jangan sampai membunuh" Satu dunia tahu, Tun Mahathir adalah seorang manusia yang tak pernah mahu mengaku salah. Istilah " memohon minta" tiada dalam kamus hidupnya. Dalam bab memohon maaf ini,, al kisah maka adalah seorang hamba Allah meminta maaf pada Tun kerana kononnya pernah berniat mahu membunuh Tun satu ketika dulu. Dalam senyum Tun pun berkata,, bila-bila masa beliau bersedia memaafkan. Tetapi Tun sendiri,, pernahkan meminta maaf kepada individu lain yang pernah Tun khianati? Seperti dalam kes fitnah Anwar? Read More / Baca Lagi >> | ||
Kenapa Mamak Kutty ini takut Anwar jadi PM? Posted: 27 Mar 2013 07:57 AM PDT HA!, HA! PATUT LE! SEJAK MULA DIA PENCEN PADA 2003 HINGGALAH SEKARANG MANTAN PM INI TAK HABIS–HABIS MENYERANG DS ANWAR. KALAUPUN DIA MENGANGGAP ANWAR ITU BERSALAH, ANWAR TELAHPUN DI HUKUM PERJARA SECARA TERINIAYA... NAMUN SETELAH ANWAR BEBAS DARI PENJARA ANWAR TERUS DIHIMPIT, DISERANG DAN DIKUTUK TANPA HENTI. . KENAPA YE? SEBENAR RAKYAT DAH LAMA TAHU YANG MAMAK KUTTY INI TERAMAT TAKUT MASUK PENJARA. PENJARA BAGINYA, HANYA UNTUK ORANG-ORANG BAIK DAN JUJUR SEPERTI ANWAR !!.. HABIS, KENAPA MAHATHIR TAKUT KALAU ANWAR JADI PM? SEBAB DIA YAKIN DAN PERCAYA,, KALAU ORANG BAIK SEPERTI ANWAR BOLEH MASUK PENJARA , APATAH LAGI PENGKHIANAT DAN PENDUSTA SEPERTINYA !! - rahimothman | ||
ADAKAH MAHASISWA USIM DITIPU ATAU MEMANG MAHASISWA DIPERBODOH..? Posted: 27 Mar 2013 07:51 AM PDT Program Taklimat Lahat Datu di USIM, mahasiswa dtg utk dgr penerangan isu semasa di Sabah,TETAPI disajikan CERAMAH POLITIK UNTUK HENTAM PEMBANGKANG..!!! smpai trpinga2 mna Lahat Datu nya? 5% penerangan Lahat Datu,selebihnya sesi HENTAM PEMBANGKANG..! Adakah kerajaan TERDESAK tuk raih undi Mahasiwa sehingga terpaksa guna stand nama program lain tuk bg ceramah hentam pembangkang.? ini terjadi di USIM......!!! ORANG MUDA TOLAK UMNO...!!!!!! | ||
Posted: 27 Mar 2013 07:28 AM PDT | ||
PRU13: Apa tindakan awal kepada pencetus huru-hara Posted: 27 Mar 2013 07:20 AM PDT KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoal keengganan kerajaan mengambil tindakan awal terhadap pihak yang didakwa akan menimbulkan huru-hara menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Beliau berkata, jika benar dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau mempunyai dokumen mengenai rancangan Pakatan Rakyat untuk menggagalkan PRU13 dengan mewujudkan keadaan porak peranda, siasatan segera harus dilakukan. "Saya cukup hairan apabila timbalan perdana menteri dakwa Pakatan akan usaha timbulkan huru-hara untuk gagalkan PRU, tak masuk akal (kerana) kita nak ke Putrajaya. "Tapi dia kata dia ada dokumen, begitu juga (Datuk Seri) Hishammuddin (Hussein) kata ganggun pada ceramah akan bertambah dan ketua Suruhanjaya Pilihan Raya kata ada (kumpulan) ajaran sesat akan buat kacau masa hari mengundi. Read More / Baca Lagi >> | ||
Cover Line : Najib serah kepada SPRM untuk siasat video pendedahan Taib Posted: 27 Mar 2013 07:19 AM PDT KUALA LUMPUR, March 27 — Barisan Nasional (BN) dilihat "cuba menampilkan imej mengambil berat terhadap gejala rasuah" walaupun mengkritik masalah itu tidak boleh selesai dalam sekelip mata, kata Datuk Seri Najib Razak bersama temu ramah dengan Financial Times hari ini, berikutan pendedahan video mengejutkan mengenaik skandal pembalakan Sarawak. Akhbar perniagaan antarabangsa itu melaporkan perdana menteri enggan mengulas pendedahan oleh Global Witness ketika temubual tersebut, menjelaskan pihak berkuasa anti rasuah Malaysia telah menyiasat dakwaan tersebut terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud. "Pelacuran dan rasuah adalah dua perkara yang membelenggu manusia sejak sekian lama. Tapi kami sedang menguruskannya. Namun ianya bukanlah sesuatu yang akan selesai sekelip mata," katanya. Dalam artikelnya menjelaskan situasi sengit yang Najib akan hadapi dalam Pilihan Raya 2013, FT menjelaskan Umno sangat prihatin dalam topik rasuah, yang digunakan pembangkang sebagai senjata untuk kempen. Read More / Baca Lagi >> | ||
Mahfuz : Sistem Saraan Transformatif Boleh Akibatkan Jurang Gaji Posted: 27 Mar 2013 07:17 AM PDT KUALA LUMPUR, 27 MAC: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan secara terperinci formula yang digunakan di dalam sistem saraan baru perkhidmatan awam yang dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (SST). Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata penjelasan ini bagi mengelakkan jurang besar diantara kakitangan awam dan pihak atasan selaras dengan gred kenaikan. "Isu saraan tidak memberikan gambaran jelas berhubung kenaikan Gred 1 sehingga 54. Keadaan tidak jelas ini akan membawa kepada jurang yang besar. "Sebagai contoh gred turus 1, gaji mati RM 13,940 tapi gaji maksimum RM 23,577.24. Jawatan terendah, Gred N1, pembantu am sekarang RM 1,321.05. Selepas kenaikan tahunan RM 80.00 gaji maksimum RM 2,000," katanya. Sebelum ini, Najib mengumumkan pelaksanaan SST, adalah berdasarkan kepada perubahan-perubahan yang sedang dilaksanakan dan input daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Melalui sistem ini, setiap penjawat awam mendapat antara RM 80 dan RM 320 yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 1.5 bilion. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan