Khamis, 28 Mac 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Pengakuan "Bunuh Mahathir", Dongeng Untuk Tutup Kes Pemberian IC

Posted: 28 Mar 2013 12:40 AM PDT


SU Agung: Dakwaan ahli Pas pernah cuba bunuh Mahathir mengarut

SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini menempelak cubaan pihak-pihak tertentu mengaitkan Pas dengan pengakuan bekas ahli seumur hidup parti itu, Zainon Ismail (gambar) yang mengaku pernah merancang untuk membunuh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menyifatkan cubaan Zainon dan beberapa media membangkitkan semula isu 30 tahun lalu itu kerana sudah menjadi "alat Umno", beliau bagaimanapun meminta polis segera menyiasat kerana isu bunuh bukan perkara main-main.

"Ini 'rubbish'. Patut polis siasat dia (Zainon). Dia mengaku dia hendak bunuh (Dr) Mahathir. Pengakuan hendak bunuh orang ini berat," ujar Mustafa kepada Sinar Harian Online hari ini.

Bernama hari ini memetik Pengerusinya, Datuk Abdul Rahman Sulaiman sebagai berkata, agensi itu pernah melaporkan tentang kumpulan ekstremis Pas yang diwujudkan untuk membunuh Dr Mahathir pada 1988.

Menurut Rahman, laporan khas bertarikh 11 September 1984 nukilan wartawan Bernama itu diperoleh daripada sumber risikan agensi berita itu sendiri.

"Bernama dapat mengesan ancaman terhadap Dr Mahathir itu lebih awal daripada pembunuhan yang dirancang ingin dilakukan pada 1988," katanya.

Laporan khas pada 11 September itu juga mendakwa seorang daripada pemimpin Pas Kedah dikatakan pernah memberikan senarai lima tokoh Umno yang harus dibunuh demi menegakkan hukum Islam di negara ini.

Zainon yang merupakan penulis buku 'Kafirkah Aku?' pada Isnin lalu, dilaporkan berhasrat menemui Dr Mahathir untuk meminta maaf kerana merancang membunuh bekas perdana menteri itu.

"Sudah jadi alat Umno boleh kata apa sahajalah. Bila Umno suruh kata apa pun, mereka (Abdul Rahman dan Zainon) ini akan kata," bidas Mustafa lagi.

Dr Mahathir, bekas Presiden Umno, menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003. -SH

Ulasan GB

Apa yang dapat dilihat isu "bunuh Mahathir" ini hanyalah rekaan - jika benar sepatutnya pihak yang mengaku iaitu Zainon Ismail (AC Afghan) itulah yang perlu disiasat kerana tindakan beliau itu adalah tindakan peribadi bukan tindakan parti.

Kedua, hakikat yang sebenar, di kalangan UMNOlah berlaku bunuh-membunuh. Kes Mokhtar Hashim dan Datuk Taha adalah bukti yang nyata di mana pimpinan UMNO sanggup berbunuhan demi kuasa.

Ketiga, pemimpin PAS yang sebenarnya yang sering menerima sasaran pembunuhan seperti apa yang berlaku kepada Allahyarham Prof Zulkiflee Muhammad dan Ust ibrahim Libya.

Justeru itu berita mengenai cubaan bunuh Mahathir ini hanya satu helah untuk mengalihkan pandangan rakyat tentang kes yang terbongkar mutakhir ini mengenai pemberian IC oleh mantan Perdana Menteri tersebut yang telah menyebabkan kemarahan rakyat Sabah sendiri.


Diwujudkan cerita yang bukan-bukan kononnya ada cubaan untuk bunuh Mahathir maka diupahnya sesiapa yang boleh buat pengakuan bagi memperkuatkan fitnah itu.

Tetapi kebenaran itu tetap kebenaran dan ia akan terserlah juga akhirnya. Fitnah dan penipuan tidak mampu untuk menandingi kebenaran dan keadilan. Yakinlah!

Projek UMNO Bangkitkan Sentimen Perkauman Di Kalangan Mahasiswa Terbongkar

Posted: 27 Mar 2013 11:25 PM PDT


Satu lagi projek membodohkan rakyat, kali ini mahasiswa jadi mangsa ketakutan politik jahat Umno dan Barisan Nasional (BN).

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar, Perak dilaporkan telah disalahgunakan sebagai tempat indoktrinisasi yang berunsur politik kepartian.

Merujuk kepada laman sosial Facebook rasmi Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), pengisian yang berbentuk ceramah yang disampaikan kepada mahasiswa antaranya menyentuh berkenaan pendirian Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang disebut kononnya mengancam agama Islam serta hak keistimewaan orang Melayu.

Antara ucapannya, "..kita sudah tahu yang Parti Tindakan Demokratik (DAP) sentiasa menjadi musuh kepada umat Islam di bumi Malaysia ini. Dimaklumkan, seorang pemimpin kanan DAP pernah mengeluarkan kenyataan dalam satu ucapannya, yang berbaur hasutan terhadap agama Islam..".

Mohamed Razali Bin Abdul Rahman, bekas Pegawai Khas Ahli Parlimen Jelutong selaku penceramah jemputan bagi program tersebut dipercayai turut memberi ceramah berbaur hasutan ini di beberapa kampus lain.

Sebelum ini, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) didapati telah menyalahgunakan masjid untuk sesi 'brainwash' terhadap mahasiswa bagi menolak pembangkang.

Antara inti pati kandungan propaganda yang disebar adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng setiap minggu terbang ke Singapura bertemu bekas perdana menteri republik itu, Lee Kuan Yew tanpa menjelaskan sebab dia berbuat demikian.

Berikut sedutan daripada propaganda dan fitnah yang disebarkan:

Kita sudah tahu yang Parti Tindakan Demokratik (DAP) sentiasa menjadi musuh kepada umat Islam di bumi Malaysia ini. Dimaklumkan, seorang pemimpin kanan DAP pernah mengeluarkan kenyataan dalam satu ucapannya, yang berbaur hasutan terhadap agama Islam.

"Kita mesti memastikan Kristian menjadi agama rasmi Malaysia dan juga Perdana Menteri seterusnya beragama Kristian."

Razali pernah ke Balai Polis untuk membuat laporan polis tentang pengumuman Kristian sebagai agama rasmi. Tetapi Mat Sabu mengarahkannya supaya laporan tersebut ditarik balik.

Guan Eng pula menawarkan RM 1Juta dan bercuti di Melbourne dan minta beliau menarik balik laporan polis tersebut. Usaha demi usaha dilakukan sehinggakan isteri beliau juga turut dilibatkan. Paderi datang di tempat kerja isterinya dan membuat tawaran yang lumayan untuk menarik balik laporan polis tersebut. Segala ugutan bunuh juga banyak kali dilakukan tetapi beliau tetap bertegas dengan keputusan untuk tidak menarik balik laporan tersebut.

Senarai rancangan besar DAP yang diberitahu oleh Mohamed Razali adalah seperti berikut:

1. Kristian sebagai Agama Rasmi.

2. Malaysia akan dijadikan negara republik. Dimaklumkan, Guan Eng mempunyai pejabat mewah di Singapura dan setiap minggu berjumpa dengan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew. Kekayaan DAP kini lebih daripada UMNO/BN.

3. YDP Negeri Pulau Pinang akan ditukar kepada Cina.

4. Sudah tentunya, sistem monarki negara akan dibubarkan, berdasarkan kenyataan Lim Kit Siang bahawa raja berketurunan lanun.

5. Isu azan, baru-baru ini, hanya untuk menilai tahap sensitiviti orang Islam. Tidak mustahil nanti azan akan diharamkan.

6. Pertandingan tilawah Al Quran akan dihapuskan.

7. NGO Melayu akan dihapuskan. Contohnya PEKIDA dan PERKASA.

8. Perkahwinan Antara-Agama akan digalakkan, Insentif RM 5,000 akan diberikan atas alasan human rights (penghapusan etnik Melayu).

9. Bahasa Inggeris dijadikan bahasa Rasmi. Bahasa kedua adalah Mandarin.

10. Mata pelajaran Agama Islam akan dimansuhkan.

11. Chin Peng akan diberi pengampunan dan diberi gelaran Tun.

12. MARA yang dianggap rasis akan dibubarkan.

13. GLC akan dipegang dan diterajui oleh orang Cina.

14. Di hotel Palma Penang, lagu Negaraku yang baru telah dimainkan, tanpa sebutan 'raja'.

15. Rejimen Askar Melayu Diraja akan dibubarkan kerana telah banyak bunuh orang cina (komunis) sebelum ini.

16. Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara akan ditukarkan kepada orang Cina.

17. Kakitangan kerajaan berketurunan Melayu akan dikurangkan. Fokus kepada Kementerian Pendidikan.

18. KEMAS, BTN dan MKN akan ditutup.

19. Kedutaan Israel akan dibuka.

20. Pengkalan Tentera Israel akan dibuka di Port Dickson.

21. Majlis antara agama akan menggantikan Majlis Agama Islam.

22. Wang zakat akan digunakan oleh orang bukan Islam. Percubaan telah dibuat di Perak sewaktu dibawah Nizar MB boneka. Ngeh pernah minta untuk guna wang zakat tetapi dihalang oleh Mufti.

23. Seperti yang dijangka, DEB akan dimansuhkan.

24. Parti berteraskan agama akan dibubarkan termasuk PAS. Mat Sabu pernah kata "Saya sanggup makan babi dengan Lim Guan Eng dari makan ayam dengan Najib" dalam satu majlis tertutup. PAS telah berjaya diliberalkan.

25. Yahudi dan CIA akan bantu menjayakan rancangan DAP. Mereka ini dilatih oleh Israel sebahagian daripada agen perisikan, MOSSAD selama 3 tahun dengan pelbagai ideologi termasuk ideologi 'Malaysian Malaysia' dan 'Zionis'. Mengamalkan perjuangan mereka adalah segala-galanya, dan prinsip agama diketepikan.

Hal ini telah didedahkan oleh Mohamed Razali Bin Abd Rahman Bekas Setiausaha Organisasi DAP dan Timbalan Ketua Pemuda DAP.

Beliau mengaku pernah tinggal di gereja selama 2 minggu. Beliau mengatakan bahawa, Paderi Marine, warga USA telah berada di Malaysia selama 5 tahun untuk mengkristiankan orang Islam di Malaysia, terutamanya dalam kawasan Sibu. Setiap minggu sekurang-kurangnya 2 orang Melayu telah dimurtadkan.

Beliau telah keluar dari menjadi ahli DAP di atas kesedarannya kerana mendapati bahawa DAP paling benci kepada bangsa Melayu beragama Islam dan Raja-Raja Melayu. DAP berniat jahat untuk menukar perlembagaan Islam kepada Perlembagaan Kristian.

Utusan Disaman Lagi, Kali Ini Sebanyak RM40 juta Oleh Bekas Timb Panglima Tentera Darat

Posted: 27 Mar 2013 08:02 PM PDT


Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid telah mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dengan menyaman sejumlah RM20 juta kerana memburukkan reputasi dan nama baik beliau kepada umum.

Dalam satu kenyataan media hari ini, peguam pemohon Samarudin Md Rejab berkata kes tersebut telah difailkan semalam dan menamakan Datuk Abdul Aziz Bin Ishak dan Raja Shahrir Abu Bakar sebagai pihak defendan.

"Dalam artikel Utusan Online bertarikh 13 Mac, 2013, secara palsu dan berniat jahat, telah menyiarkan satu artikel dalam talian menuduh anak guam kami sebagai 'telah memperleceh' Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mengendalikan insiden pencerobohan pengganas dari Sulu," kata Samarudin dalam satu kenyataan.

Menurut Samaruddin lagi, artikel tersebut juga menuduh Abdul Ghafir telah mengatakan PDRM dan ATM menangani pengganas dari Sulu itu sehinggakan kini hanya "duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam".

Disamping itu, Samarudin berkata tuduhan tersebut sengaja direka memandangkan Abdul Ghafir adalah bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Malaysia dan bertujuan untuk mewujudkan kebencian kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

"Dakwaan di atas adalah benar-benar palsu, berniat jahat dan fitnah kepada Datuk Ghafir.

"Dalam hal ini, kita semua sedar bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 bakal menjelang dan Datuk Ghafir adalah salah satu daripada bekas pegawai tertinggi yang menyokong Parti Keadilan Rakyat serta Pakatan Rakyat," tambah Samaruddin lagi.

Dalam tuntutan yang dihantar semalam, Abdul Ghafir telah meminta Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Datuk Abdul Aziz Bin Ishak dan Raja Shahrir Abu Bakar memohon maaf serta menarik menarik balik artikel tersebut dan berjanji tidak akan mengeluarkan sebarang artikel yang sama bertujuan memburukkan nama beliau.

Berita tentang kenyataan oleh Abdul Ghafir telah dilaporkan oleh Utusan ketika berucap dalam Forum anjuran Akademi Pak Sako bertajuk Solidariti Lahad Datu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di Jalan Maharajalela di sini.

Turut menjadi panel pada forum itu ialah Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Editor Malaysiakini, Fathi Aris Omar. -TMI


Laporan sebelum ini
klik untuk baca


Sultan Kelantan Sentiasa Menziarah Rakyatnya...

Posted: 27 Mar 2013 05:35 PM PDT


Dalam gambar ini menunjukkan Tuanku Sultan Kelantan bertanya sesuatu tentang keadaan warga tua yang terlantar sakit..

Sultan yang begitu zuhud & menjadikan Allah sebagai prinsip memerintah... Tidak dapat dibezakan dari segi penampilan apakah beliau rakyat mahupun Sultan.. Tuanku sentiasa berpenampilan sederhana pakaian harian Tuanku adalah jubah & kopiah..

Ini lah Sultan yang mirip pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz Abad ke-21, Tuanku adalah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra) sentiasa mencemar duli ke ceruk-ceruk kampung menziarahi rakyat.

ALLAHUAKBAR!!!

Itulah Tuanku Sultan Muhammad Ke-V Kebanggaan Rakyat Kelantan & Malaysia...

"ISLAM DIJUNJUNG, KELANTAN TERSOHOR"

[VIDEO] Samseng Umno Buat Kecoh Lagi Depan Pejabat KEADILAN

Posted: 27 Mar 2013 08:01 AM PDT


Kira-kira 30 samseng dari beberapa NGO pro Umno membuat kecoh di depan Ibu Pejabat KEADILAN, kira-kira jam 3 petang tadi.

Kekecohan berlaku selama 20 minit sebelum kumpulan itu beredar.

Perhimpunan tersebut bagi menuntut supaya Naib Presiden, Tian Chua memohon maaf susulan kenyataan kontroversi berhubung insiden di Lahad Datu, Sabah.

Sambil membawa kain rentang mengutuk Tian dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kumpulan itu menjerit-jerit memburukkan Pakatan Rakyat dan Ketua Umum KEADILAN.

Menurut pengawal keselamatan di premis itu, S Valu, kumpulan samseng tersebut merupakan kumpulan yang sama membuat kecoh di pejabat KEADILAN dua minggu lalu.

"Mereka adalah kumpulan yang sama, cuma kali ini mereka jerit-jerit burukkan parti dan Datuk Seri (Anwar).

"Lepas selesai menjerit, terus mereka balik," katanya ketika dihubungi.

Menurut Valu, semasa kejadian, lebih kurang 20 polis hanya mengawal dan memerhati tindakan samseng itu sehingga mereka bersurai.

Terdahulu, pada 11 Mac lalu, kumpulan samseng sama membuat kecoh di hadapan pejabat KEADILAN sehingga menyebabkan seorang kakitangan cedera dan harta benda rosak.

Mereka bertindak liar dengan membaling telur dan kayu ke arah pejabat dan kakitangan yang terlibat.

Serangan itu menyebabkan logo parti di pintu utama pecah dan tiang tempat letak kereta Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail patah.

Bagaimanapun, kejadian itu hanya diperhatikan polis tanpa ada usaha untuk meleraikan kekecohan tersebut.

Lebih teruk lagi, tiada satupun siasatan dan tindakan dikenakan ke atas samseng terlibat. - NS/KD


22 April - Tarikh Bubar DUN Negeri-negeri Pakatan Rakyat

Posted: 27 Mar 2013 06:01 AM PDT


Negeri-negeri Pakatan Rakyat akan menamatkan segala teka-teki berhubung tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihanraya Umum di adakan dengan menetapkan tarikh 22 April ini bagi membubarkan Dun.

Tindakan ini akan dilakukan sekiranya perdana menteri tidak memgumumkan pembubaran parlimen sebelum tarikh tersebut.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Selangor telah memutuskan untuk membubarkan Dun pada tarikh tersebut.

Manakala negeri-negeri pakatan lain akan dibawa berbincang untuk mencapai kata sepakat berhubung tarikh bersama pembubaran Dun.


'Pakatan Rakyat tidak mahu berdolak dalik mengenai pembubaran Dun kerana ia mendatangkan kegelisahan kepada rakyat.

"Pembubaran Dun di Negeri Sembilan yang berlaku hari ini secara otomatik tidak di izinkan berlaku di negeri pakatan Rakyat," kata Abdul Khalid dalam sidang media bersama pimpinan tertinggi Pakatan Rayat di sini.

Menurut beliau yang juga Adun Ijok, penetapan tarikh tersebut untuk memberi tekanan kepada perdana menteri untuk membubarkan parlimen.

Menjawab soalan lain Abdul Khalid berkata penetapan tarikh pembubaran Dun tersebut juga bagi membolehkan SPR membuat keputusan supaya diadakan pilihanraya serentak.

Sebelum ini SPR menjanjikan tidak akan mengadakan pilihanraya berasingan bagi mengelak penggunaan wang rakyat yang banyak.

Selangor akan tamat tempoh matang Dunnya pada 22 April ini. Manakala Kedah 5 Mei, Pulau Pinang 2 Mei dan Kelantan 28 April.

Sidang media tersebut turut di hadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu.


Restoran Ini Terang-terangan Kibarkan Bendera Parti-parti Pakatan Rakyat

Posted: 27 Mar 2013 04:22 AM PDT


Dulu malu-malu & segan silu... Kini sudah secara terbuka dan berani..

LOKASI: RESTORAN FU SENG, TAMAN SKUDAI BERHAMPIRAN DENGAN SMK SKUDAI DALAM PARLIMEN P162 GELANG PATAH.

Dulu kalau nak tengok premis perniagaan dari kaum Tionghua di Johor, negeri UMNO paling gagah perkasa seantaro dunia, nak pasang bendera pembangkang amatlah payah sekali, malahan dikira sifar.

Kini itu sudah menjadi sejarah..Kaum Tionghua kini sudah berani menunjukkan secara terang, jelas dan tegas akan sokongan politik mereka.

Begitulah apa yang terjadi disalah sebuah restoran Cina di Taman Skudai dalam Parlimen P162 Gelang Patah, Johor.

Keberanian mereka semakin memuncak dan bertambah ghairah apabila disahkan pemimpin DAP, YB Lim Kit Siang akan bertanding disana atas tiket Pakatan Rakyat.

Jika diikutkan hukum akal logik.. Kalau keberanian dan keterbukaan sokongan kaum Tionghua sudah sampai ketahap begini, bererti lebih 85% undi kaum Tionghua akan berada dalam genggaman Pakatan Rakyat.

Peluang Pakatan Rakyat ke Putrajaya bolehlah ditafsirkan sebagai amat cerah sekali.

Tiada ulasan: