Khamis, 14 Mac 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Analisis Awani : Perspektif Sejarah Tuntutan Terhadap Sabah

Posted: 14 Mar 2013 07:52 PM PDT

Ketakutan Umno di tahap paling kritikal !

Posted: 14 Mar 2013 07:49 PM PDT

Umno tersepit?

Posted: 14 Mar 2013 07:41 PM PDT

Umno sendirian! Adakah benar Umno sendirian dalam menghadapi PRU 13? Adakah benar komponen lain sudah sampai ke tahap lepas tangan dan seakan tidak mampu lagi melakukan apa-apa dalam usaha untuk menjadikan BN peneraju utama politik dan ditabalkan sebagai kerajaan memerintah dengan sokongan melebihi 2/3 majoriti. Umno seolah-olah tinggal bersendirian dalam menjalani kempen untuk PRU 13 nanti. Rakan utama — MCA dan MIC — dalam erti komponen terbesar dalam BN sudah hilang bentuk dan arah. Kaum Cina tidak perlu menyorokkan realiti sudah nampak menolak MCA secara total. Kempen mereka sudah tidak jelas dan MCA sendiri masih tidak nampak bergerak selain bergantung harap kepada Umno. Begitu juga keadaan kempen dalam MIC bergantung harap pada Umno. Maka politik komponen dalam BN bergantung harap pada Umno dan kaum Melayu dalam mengundi.
Perlu kita melihat bahawa penolakan bangsa lain khususnya Cina merangkumi kegagalan MCA sendiri dalam membentuk perjuangan untuk kaum Cina. Persoalan utama kegagalan MCA sebenarnya amat subjektif. Ada pendapat yang mengatakan MCA terikat dengan Umno lantas perjuangan sebenarnya kaum Cina terbatas dengan gerakan Umno dan NGO yang menyokong Umno. Ini menjadikan MCA tersepit.
Read More / Baca Lagi >>

'Bagaimana Jamalul Kiram beli senjata baru?'

Posted: 14 Mar 2013 07:39 PM PDT


 
Tindakan tentera laut Filipina menahan 35 pengganas Sulu yang cuba keluar dari Sabah membuktikan hubungan baik antara kerajaan Malaysia dan Filipina.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penahanan itu dimaklumkan kepadanya oleh rakan sejawatannya dari Filipina selain memberitahu beliau semua pengganas terbabit akan dihadapkan di mahkahmah di sana.

"Siasatan akan dilakukan terhadap kesemua 35 mereka. Kita akan tunggu laporan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bersama rakyat sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 di Langkawi malam tadi.

Ahmad Zahid berkata Malaysia juga sedang berusaha untuk mendapat perintah bagi memungkinkan pengganas terbabit didakwa di negara ini.

Semalam agensi berita luar negara melaporkan 35 pengganas itu termasuk seorang wanita ditahan oleh dua buah kapal tentera laut Filipina berhampiran Pulau Tawi-Tawi, kira-kira 12 kilometer dari perairan Sabah.
Read More / Baca Lagi >>

Lahad Datu 'pengundi hantu' BN?

Posted: 14 Mar 2013 07:37 PM PDT

Terlepas sama ada pencerobohan di Lahad Datu dirancang atau sebaliknya, semangat patriotisme dalam krisis sebegini sering akan menguntungkan parti kerajaan.

Patriotisme ini dipacu oleh rasa ingin bersatu bersama pasukan keselamatan dalam memenangi krisis ini, sekali gus bersama kuasa politik yang menggerakkan jentera pasukan itu.

Pasukan keselamatan dan kuasa politik (baca: pemerintah) dianggap setaraf dengan "negara" dan "tanah air" yang wajar dicurahkan sepenuh kesetiaan (tanpa kritik) dan pengorbanan (tanpa batas).

Berbeza dengan pergolakan politik dalaman yang meretakkan, sewaktu kesetiaan dan pengorbanan tidak menjadi isu, nilai utama atau kebaikan teratas; pencerobohan seperti di Lahad Datu mengimbau rasa kesatuan dengan apa saja langkah penentangan terhadap anasir asing.

Penentangan terhadap orang asing ini dianggap nilai utama atau kebaikan teratas kita bersama.

Kesatuan nasib dengan sesama warga, walau berbeza sisi pandang politik, dianggap "wajar" kerana kekhuatiran kita pada orang asing dan keasingan peristiwa itu sendiri.

Lahad Datu bukan Sauk atau Memali. Sauk dan Memali mewakili politik dalaman yang meretakkan. Memali tambah meretakkan PAS dan Umno yang berdiri atas dua garis politik berbeza.

Sauk pula, atas sifatnya yang melibatkan warga tempatan, tidak membangkitkan patriotisme; ia hanya meningkatkan rasa resah warga dalam gambaran militan kumpulan al-Maunah.

Patriotisme spontan
Read More / Baca Lagi >>

Suara Rakyat. People's Voice. 人民之声. (Narrated by Anwar Ibrahim)

Posted: 14 Mar 2013 07:29 PM PDT

Kg Tanjung Batu: The aftermath exclusive

Posted: 14 Mar 2013 07:14 PM PDT

Malaysia vows to check on maltreatment of Filipino

Posted: 14 Mar 2013 07:11 PM PDT

In this Wednesday, March 13, 2013, photo released by Malaysia's Ministry of Defense, a Malaysian soldier fires a machine gun during a gun battle with Filipino gunmen at Sungai Nyamuk near Tanduo village in Lahad Datu, Borneo's Sabah state, Malaysia. Malaysia's top security officials on Thursday said they were verifying with their Philippine counterparts the reports that Filipinos in Sabah were maltreated by their security forces. AP PHOTO/MALAYSIA'S MINISTRY OF DEFENSE

LAHAD DATU, Malaysia–Malaysia's top security officials on Thursday said they were verifying with their Philippine counterparts the reports that Filipinos in Sabah were maltreated by their security forces.
"We are checking with the authorities there in the Philippines," Malaysian Police Chief Ismail Omar said.
The Malaysian Foreign Ministry denied on Wednesday allegations of human rights violations reported by the Inquirer on March 9 and 10, saying the reports were "unjustified and unsubstantiated" and were fabricated by people who intended to "damage and strain the good and close relations between Malaysia and the Republic of the Philippines."
Ismail and Malaysian military chief Gen. Zulkifeli Zin spoke at a joint news conference here late Thursday, with the police chief saying that Malaysian authorities would also verify with the Philippines the claim of the spokesman of Sulu Sultan Jamalul Kiram III, Abraham Idjirani, that only 10 combatants from the sultanate had been killed in fighting Malaysian security forces since the standoff erupted into violence on March 1.
Idjirani said in Manila that most of the fatalities reported by the Malaysian security forces were civilians.
Philippine probe
Read More / Baca Lagi >>

Lynas in Gebeng: The plant that should never have been built - Fuziah Salleh

Posted: 14 Mar 2013 07:07 PM PDT

Lynas in Gebeng: The plant that should never have been built - Fuziah SallehIn  light of the recent media spin regarding the position of Pakatan Rakyat leadership on the closing down of the Lynas plant, I am reiterating my position as MP for Kuantan and as one of  the earliest opponent of the Lynas Plant since way back in Nov 2008 when I first brought the issue up in Parliament; that I adhere to  the firm conviction and believe that Lynas Plant must not be allowed to operate in Gebeng nor anywhere else in Malaysia for that matter.
Pakatan Rakyat's' Manifesto is crystal clear. We shall shut down Lynas once Pakatan Rakyat gets to form the Federal Government.
Even if there is a 1 percent chance that the Lynas plant is proven safe, it still shouldn't be there in Gebeng, where it was contructed on peat soil, with the underground water to be found less than a metre deep from the surface.
In addition, the plant is built  too near residents,  the river as well as  the sea.
The right place for the Lynas Plant, is in the middle of the Australian desert where the toxic radioactive waste can be returned to it's place of origin which is in Mountain Weld in Western Australia.
Wrong decision
No industry is 100 percent accident free, and the precautionary principle applies especially so in the case of Lynas, where we are dealing with toxic radioactive waste. The thorium from one of the waste stream, (WLP solid waste) is also a known carcinogen with a half life of 14 billion years. In addition there's also the risk of exposure to the internal emitters as well as tonnes and tonnes of other toxic waste.
Read More / Baca Lagi >>

Tragedi ngeri Lahad Datu akan berlaku lagi ?

Posted: 14 Mar 2013 05:55 PM PDT

KUALA LUMPUR – Budaya membalas dendam yang terpupuk dalam diri masyarakat di selatan Filipina sejak ratusan tahun dahulu memungkinkan tragedi berdarah di Lahad Datu, Sabah berulang pada masa hadapan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar kecil).
Justeru, beliau berkata, pihak keselamatan Malaysia tidak akan berkompromi terhadap isu keselamatan negara. Ahmad Zahid menegaskan, inisiatif Kawasan Keselamatan Khas (ESSCOM) sepanjang kira-kira 1,400 kilometer persegi di pantai timur Sabah merupakan antara langkah terbaik mengelakkan tragedi berdarah itu berulang.
lahad_datu_helicopters"Saya meletakkan keyakinan penuh kepada pasukan tentera dan polis kita dalam memastikan tragedi ini tidak berulang, namun kebimbangan itu tetap ada kerana budaya membalas dendam ada dalam diri mereka (masyarakat Sulu Filipina).
"Budaya ini melibatkan keturunan dan berlarutan selama ratusan tahun. Umpamanya bapa saya bergaduh dengan bapa seorang individu, kalau saya tak dapat balas dendam, cucu saya akan balas dendam kepada cucu individu itu," kata beliau di sini semalam.
Ahmad Zahid memberitahu, budaya membalas dendam itu sehingga kini masih berlaku di selatan Filipina. Pembakaran rumah berlaku setiap bulan dan tidak mustahil tragedi berdarah di Lahad Datu akan berulang pada masa hadapan.
Ditanya adakah Malaysia akan bekerjasama dengan Filipina bagi mengambil tindakan ketenteraan di selatan Filipina untuk menghapuskan ancaman itu secara terus pada puncanya, beliau berkata, tindakan ketenteraan bukan penyelesaian kepada masalah itu.
"Kalau kita masuk ke Filipina, kita tidak hormati kedaulatan Filipina, begitu juga sebaliknya.
"Jika kita minta kerajaan Filipina bersama kita bersihkan kawasan itu, oleh kerana budaya dendam itu sentiasa ada, masalah tidak dapat diselesaikan dengan tindakan ketenteraan," katanya. – Kosmo

Detik penduduk jadi tawanan,hampir dibunuh pengganas

Posted: 14 Mar 2013 05:55 PM PDT


sembelihLAHAD DATU – Seorang penduduk, Ajmain Mahmood tidak akan melupakan detik-detik menjadi tawanan kumpulan pengganas selepas kampungnya di Kampung Tanjung Batu di sini diceroboh pada 11 Mac lalu.
Kejadian itu berlaku pada pukul 9 pagi ketika dia bersama beberapa penduduk tiba-tiba dijadikan tawanan oleh sekumpulan 50 pengganas yang dipercayai menyelinap masuk dari Kampung Tanduo.
Menurut Ajmain, 35, seorang lelaki dipercayai ketua kumpulan itu tiba-tiba datang ke arahnya yang ketika itu duduk di barisan depan bersama kira-kira 60 penduduk lain sebelum dirinya ditampar dua kali dan pengganas itu kemudian mengacukan parang untuk menyembelih lehernya.
"Pengganas itu mengesyaki saya merupakan individu yang melaporkan kemasukan penceroboh ke Kampung Tanduo kepada pihak berkuasa," kata Ajmain ketika ditemui di Fajar Harapan di sini semalam.
Kata bapa kepada seorang anak itu, dia sangat takut dan hanya membayangkan akan mati.
"Kumpulan pengganas ketika itu sangat berang mungkin kerana terdapat beberapa rakan mereka sudah ditangkap di samping kubu kuat pula diserang pihak berkuasa," kata Ajmain. – Kosmo

‘Mat Bom’ dalang di sebalik pencerobohan pengganas militan Sulu

Posted: 14 Mar 2013 05:50 PM PDT



Lahad Datu    -   Mat Bom ,Itulah nama yang sering meniti di bibir para penduduk yang ditemui di Felda Sahabat apabila diminta bercakap mengenai 'dalang' di sebalik pencerobohan pengganas militan Sulu ke atas penempatan mereka.
Rata-rata percaya, Mat Bom orang yang paling bertanggung jawab dalam 'menyambut' pengganas militan Sulu ke sini hingga menyebabkan 10 anggota pasukan keselamatan terbunuh dalam pertempuran dengan pihak berkenaan.
Sultanate of Sulu ArmyAkhbar sebelum ini melaporkan lapan lelaki termasuk  Mat Bom telah ditahan ketika cuba masuk ke Dewan Serbaguna Embara Budi untuk menyamar sebagai penduduk kampung.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, lelaki berpakaian seperti orang awam cuba mengaburi pasukan keselamatan, namun tidak berhasil selepas dia ditahan di depan pintu pagar dewan berkenaan yang dikawal ketat polis bantuan FELDA.
Menurut sumber, hasil pemeriksaan polis bantuan yang curiga dengan tindak-tanduk lelaki itu bersama lapan pengikutnya akhirnya membongkar taktik liciknya selepas dia difahamkan antara dalang membawa pengganas masuk ke Kampung Tanduo.
"Mat Bom yang juga penduduk Kampung Tanduo didakwa sering menghasut penduduk kampung supaya memberontak di sini.
"Dia juga sering mengedar risalah mengenai Kesultanan Sulu kepada penduduk kampung dan menghasut supaya mentaati Sultan Sulu," katanya.
TINJAUAN Mynewshub.my di beberapa penempatan sementara di Felda Sahabat semalam mendapati rata-rata percaya orang yang memainkan peranan besar dalam insiden pencerobohan tersebut adalah Mat Bom.
Read More / Baca Lagi >>

M.A.P - Maklumat Alternatif Pilihanraya (WhatsApp)

Posted: 14 Mar 2013 05:14 PM PDT

"Tak lama lagi akan ada satu sistem yang agak menarik untuk semua pengguna telefon bimbit terutamanya pengguna WhatsApp.

Tahniah untuk Pencipta sistem nih.. sangat mudah dan jimat.

Sekarang masih lagi dalam peringkat percubaan dan akan beroperasi sepenuhnya menjelang pembubaran parlimen malaysia.



sistem nih akan digunakan oleh bilik gerakan bagi menyampaikan maklumat untuk setiap kawasan DUN & PARLIMEN masing-masing

Read More / Baca Lagi >>

GEMPUR TERAKHIR OPS DAULAT HAPUS SAKI-BAKI MILITAN SULU ...

Posted: 14 Mar 2013 05:05 PM PDT



 

Penambahan kekuatan dan aset perang dalam Ops Daulat oleh Angkatan Tentera DiRaja Malaysia (ATM) memberi petunjuk bahawa itu mungkin gempuran terakhir dalam tempoh 48 jam ini bagi menamatkan terus krisis pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di kawasan Lahad Datu, Sabah.

Konflik Lahad Datu perlu dihabiskan segera bagi membuka laluan untuk kerajaan menumpukan pula kepada isu Pilihan Raya Umum Ke-13.




Read More / Baca Lagi >>

Bankrap: Kenyataan Musa Hitam menggegar Umno BN

Posted: 14 Mar 2013 04:54 PM PDT


KUALA LUMPUR: Pandangan Tun Musa Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri berhubung dengan isu politik negara baru-baru ini mendapat reaksi yang agak menggegarkan perasaan banyak pihak dalam kerajaan dan BN keseluruhannya.

Bagi Aspan Alias, Musa merupakan pesara politik dan kerajaan yang sudah lama tidak bercakap tentang hal politik kerana beliau menghormati diri beliau sendiri sebagai seorang bekas pemimpin utama negara.

Beliau menyatakan demikian di dalam blognya semalam, sebagaimana di bawah.

Pandangan Tun Musa Hitam (TMH), bekas Timbalan Perdana Menteri berhubung dengan isu politik negara baru-baru ini mendapat reaksi yang agak menggegarkan perasaan banyak pihak dalam kerajaan dan BN keseluruhannya. TMH merupakan pesara politik dan kerajaan yang sudah lama tidak bercakap tentang hal politik kerana beliau menghormati diri beliau sendiri sebagai seorang bekas pemimpin utama negara.

Read More / Baca Lagi >>

Chegu Bard Tidak Batal Tuntutan RM5 Juta, Walau Utusan Tarik Balik Berita Fitnah

Posted: 14 Mar 2013 04:50 PM PDT

SHAH ALAM, 13 MAC: Ketua Penyelaras Solidriti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard tetap meneruskan tuntutan gantirugi RM5 juta daripada akhbar pro-Umno Utusan Malaysia (Utusan).
Keputusan itu diambil walaupun Utusan semalam didapati menarik balik artikel 'Medan Perah Duit Rakyat' dari portal beritanya.
Menurut Badrul Hisham, tuntutan itu diteruskan kerana Utusan tidak menyiarkan permohonan maaf tiga hari berturut-turut dan membayar pampasan gantirugi.
Notis tuntutan yang dikeluarkan firma guaman Tetuan Sazali & Lim itu dibuat terhadap artikel bertajuk 'Medan Perah Duit Rakyat' yang disiarkan portal Utusan Online pada 14 Januari 2013 lalu.
Bagaimanapun semakan yang dibuat TV Selangor semalam mendapati, rencana tersebut ditarik balik atas sebab yang dipercayai mempunyai kaitan dengan tindakan saman oleh Chegu Bard itu.
Sebelum itu menurut satu kenyataan media oleh Chegu Bard, notis tuntutan tersebut diterima oleh wakil Ketua Pengarang akhbar terbabit di pejabat Utusan Malaysia di Cheras pada jam 3.00 petang semalam.
"Petikan dari rencana tersebut bukan sahaja tidak benar, juga merupakan manipulasi dan putar belit serta berniat kepada fitnah jahat kepada Chegu Bard dan juga SAMM.
Read More / Baca Lagi >>

Salahguna Kuasa : Kerajaan BN guna spyware untuk intip kita?

Posted: 14 Mar 2013 04:47 PM PDT


KUALA LUMPUR: New York Times dilaporkan berkata Malaysia adalah antara 25 negara yang menggunakan perisian 'FinSpy', sebuah program untuk mengintip penjenayah, pengganas dan pemerdagangan manusia yang kini disalahgunakan untuk mengintip rakyatnya sendiri.

Selain Malaysia, para pengkaji Citizen Lab yang berasal daripada University of Toronto's Munk School of Global Affairs mendapati Amerika Syarikat, Singapura, Indonesia dan Britain juga menggunakan perisian yang sama.

"Selain menangkap penculik dan pengedar dadah, ia dilihat mirip digunakan kepada memerhatikan lawan politik," kata penyelidik keselamatan Morgan Marquis-Boire yang dipetik The Malaysian Insider berdasarkan laporan di NYT.
Read More / Baca Lagi >>

Kelantan : Najib rasmi pojek perumahan tidak sah petang ini

Posted: 14 Mar 2013 04:46 PM PDT


 KOTA BHARU: Pembinaan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1Ma) yang bakal dirasmikan tapak pembinaannya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Kampung Raja Udang, di sini petang ini mencabar undang-undang Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI).

Ini kerana, sebarang permohonan pembinaan projek perumahan di kampung berkenaan langsung tidak dimaklumkan  apa lagi secara bertulis kepada kerajaan negeri.

Dengan kata lain, ia tanpa mendapat kebenaran merancang atau pelan yang diluluskan untuk pembinaan oleh MPKB-BRI.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata Perdana Menteri bakal merasmikan projek perumahan yang tidak sah.

Menurutnya, mana-mana projek perumahan yang akan dibina di sesebuah negeri, pemaju perlu menyatakan beberapa syarat, antaranya pembangunan berkenaan tidak mengganggu kawasan sekitar.

Katanya, syarikat yang bakal membina perumahan itu perlu berbincang dengan kerajaan negeri, sama ada dalam urusan tanah atau sebagainya.

"Pada masa yang sama apabila pemaju ingin memasuki kawasan yang ingin dimajukan, mereka perlu mendapatkan permit pelan tanah, kena ada rumah contoh terlebih dahulu.
Read More / Baca Lagi >>

Tok Pa: Manifesto khas, muka baru, meningkatkan peluang BN di Kelantan

Posted: 14 Mar 2013 04:44 PM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Mac — Barisan Nasional (BN) yakin untuk menang di Kelantan dalam Pilihan Raya 2013 dengan meletakkan muka baru dan menyediakan manifesto khas negeri tersebut bagi melawan PAS yang telah memerintah negeri tersebut semenjak 1990, kata pengerusi gabungan pemerintah negeri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Mustapa memberitahu The Malaysian Insider gabungan tersebut akan meletakkan calon berkelayakan dan cuba menghentikan sabotaj dalaman, isu yang menyebabkan kekalahan dalam pilihan raya terdahulu.
"Politik cah keting ini dimana-mana sahaja, ianya merupakan masalah dimana-mana. Ramai berminat jadi calon," kata ahli parlimen Jeli yang bertutur secara lemah lembut itu.
"Kita akan cuba atasi, kalau saya kata tidak ada langsung itu tidak benarlah. Kita kena minimumkannya lah dan berdisiplin," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri di pejabatnya di sini Isnin lalu.
Mustapa, yang lebih dikenali sebagai Tok Pa, juga yakin program transformasi diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  akan meningkatkan peluang BN untuk memenangi negeri – lama diperintah oleh parti Islam itu.
Najib akan melawat negeri pantai timur tersebut hari ini.
"Mereka telah melakukan banyak kesilapan di Kelantan seperti isu tanah… janji tidak ditepati. Tahun 1990 dan 1995 tak banyak isu terhadap mereka berbanding dengan sekarang," kata Tok Pa dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

Isu Lahad Datu: Pakatan ulangi gesaan sidang khas Parlimen, kertas putih

Posted: 14 Mar 2013 04:38 PM PDT


Salahuddin Ayub
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat mengulangi pendirian mahu kerajaan memanggil sidang khas Parlimen dan membentangkan kertas putih berhubung insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Sambil menyambut baik pertimbangan kerajaan mahu membuka kertas putih, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, apa yang penting sekarang ialah sidang khas Parlimen bagi membincangkan kandungan kertas putih agar rakyat tahu apa sebenarnya berlaku di Lahad Datu dan Semporna.

"Ini isu besar. Kami konsisten dengan pendirian perlu ada satu sidang khas Parlimen. Pada sidang khas ini, boleh dibentangkan kertas putih.

Read More / Baca Lagi >>

Jamalul: Esmail tiada mandat bincang undur dari Sabah

Posted: 14 Mar 2013 04:37 PM PDT

MANILA - Jamalul Kiram III, yang mengisytiharkan dirinya Sultan Sulu, mendakwa beliau menentang pertemuan antara Esmail Kiram III dan Kerajaan Filipina bagi menyuraikan konflik di timur Sabah.
Jamalul memberitahu media beliau tidak membenarkan sama sekali Esmail membincangkan isu pengunduran tenteranya dengan Setiausaha Negeri dan Kerajaan Tempatan, Mar Roxas.
Beliau turut terkejut mengetahu Esmail bertemui Roxas dan membincangkan isu pengunduran.
Roxas sebelum ini turut berkata pertemuan dengan Esmail memberi tumpuan kepada cara untuk mengadakan gencatan senjata kepada pengikut Kiram yang kini berada di Sabah.
"Saya hanya tahu yang Esmail hanya bercakap dengan Roxas tetapi sebarang perkataan 'pengunduran' tidak diketahui sama sekali," katanya.
Jamalul mendakwa Esmail hanya bertindak sendiri, di luar pengetahuannya.
Beliau menambah, berundur bukanlah cara terbaik bagi menyelesaikan konflik yang sedang berlaku di Sabah sambil berkata beliau perlu berunding dengan Agbimuddin bersama 200 pengikutnya yang sedang berada di zon konflik.
Jamalul turut menegaskan yang pihaknya masih terbuka untuk melakukan rundingan.
"Dari awal lagi, pintu rundingan sentiasa terbuka," tambahnya.
Walaupun tidak berpuas hati berhubung pertemuan Esmail dengan pihak kerajaan, beliau menegaskan, keluarga mereka masih lagi bersatu.
Read More / Baca Lagi >>

SPR sedia jika Parlimen bubar hari ini

Posted: 14 Mar 2013 04:36 PM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya bersedia menguruskan Pilihan Raya Umum ke-13 sekiranya Dewan Rakyat dibubarkan hari ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata SPR tiada masalah untuk menjalankan proses demokrasi itu sekiranya Parlimen dibubarkan hari ini.

Walau bagaimanapun, beliau mengakui buat masa ini, SPR masih perlu memperkemaskan beberapa aspek pengurusan pilihan raya.

"Jika parlimen bubar hari ini, masih sempat untuk buat persediaan 100 peratus kerana SPR mempunyai masa selama 60 hari selepas bubar (untuk mengadakan pilihan raya)," kata Aziz dalam mesej ringkasnya kepada Astro Awani.

Aziz mengulas tahap persediaan SPR ketika khabar angin kuat mengatakan ada kemungkinan Parlimen akan dibubarkan hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Dr M gesa k'jaan haramkan 'kampung air'..!!! Bagi IC pada "PATI" tak pe eh..???

Posted: 14 Mar 2013 03:59 PM PDT


 
'Kampung air', rangkaian rumah yang dibina di atas batang kayu di pantai Sabah, tidak sepatutnya dibenarkan lagi, kerana ia  boleh digunakan untuk pencerobohan asing dan menyumbang kepada pencemaran, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kita  pernah menempatkan pegawai imigresen di kampung air,
tetapi kini kita menempatkan mereka di darat. Jadi orang asing bebas datang ke kampung air untuk melakukan apa yang mereka mahu.

"Malah jika mereka membawa senjata pun kita tidak boleh periksa... Untuk memeriksa kampung air adalah sukar kerana laluan yang sempit, ia membuatkan kita terdedah kepada serangan (serang hendap)," kata Mahathir ketika menjawab soalan di majlis dialog mengenai kemungkinan sistem dua parti di Malaysia, anjuran Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM).

"Saya fikir selepas ini, kita tidak boleh membenarkan kampung-
kampung air. Mereka juga menyebabkan pencemaran," katanya.

Enam anggota polis Malaysia terbunuh dalam serangan hendap oleh penceroboh bersenjata yang mewakili tuntutan kesultanan Sulu di laluan jalan kaki yang sempit di perkampungan air di Semporna Sabah, ketika mereka melakukan serbuan di situ.

Tian Chua's trial by police reports confirms Umno has NO INTEREST TO UNITE THE RACES

Posted: 14 Mar 2013 03:57 PM PDT

The charging of Parti Keadilan Rakyat's Vice President and MP for Batu, Chua Tian Chang for sedition for allegedly linking Umno to the Sulu-Police shoot-outs in Lahad Datu in the Kuala Lumpur Sessions Court today is most regrettable and deplorable, for two reasons:
Tian Chua's trial by police reports confirms Umno has NO INTEREST TO UNITE THE RACESFirstly, it would appear that the Federal Government of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak is not prepared to provide the lead and set the example to unite and rally all Malaysians, regardless of race, religion and political affiliation as one patriotic Malaysian people to face up to the challenges posed by the Sulu terrorists to protect unequivocally our  national sovereignty and the right to security of the people of Sabah and the security forces.
Is this the reason why the Cabinet in two consecutive meetings yesterday and the previous Wednesday refused to act on the proposal for the convening of a special session of Parliament on a six-point proposal (1) to give full support to the security forces to take all necessary measures to protect the national sovereignty and security; (2) pay tribute and honour to the nine fallen heroes from the police and armed forces in the shoot-outs in Lahad Datu and Semporna;  (3) set up a special foundation to look after the welfare of the families of the fallen heroes and ensure the  life-long education up to university level for their children at government expense; (4) condemn the atrocities committed against the fallen heroes by Sulu terrorists; (5) urge the immediate halt of the annual "cession payment" of RM5,300 to the self-proclaimed heir of Sulu Sultanate and (6) to call on the Philippines Government to drop all claims to Sabah.
Grave & gross miscarriage of justice
Read More / Baca Lagi >>

Selagi 'Murshidul Am Umno' tak pernah mengaku silap ,Umno pun serupa tu la

Posted: 14 Mar 2013 02:35 PM PDT

Perkataan paling popular ketika ini ialah sandiwara dan bersandiwara.Tak payah mula daripada jauh ambik ja takat video Datuk T yang menampilkan Rahim Thamby Cik,Shazryl Eskay dan Shuib Lazim bersumpah laknat isu video lucah yang mereka tayang di Bukit Carcosa supaya rakyat percaya dengan sumpah laknat mereka.Lebih syok lagi mereka bersumpah laknat pakai baju kalis peluru!Apa jadi dengan kes ini sekarang?Adakah ini bukan sandiwara?.Mereka jadikan Anwar Ibrahim sebagai kambing hitam
Kenapa kes ini ditutup dan tidak dibicarakan?Kalau depan kalam Allah SWT mereka boleh melawak main hang pa percaya lagi ka dengan Umno?
Ketika peluru penceroboh Sulu telah membunuh 10 orang anggota keselamatan negara di Lahad Datu kita dikejutkan dengan kes Liwat 11 apabila bapa Saiful Bukhary mengaku kata wujud konspirasi  pegawai Najib untuk fitnah Anwar dalam kes tersebut dan minta maaf kepada keluarga Anwar.Adakah kes ni jugak bukan sandiwara?
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: