MiLo SuaM |
- Berita Harian kantoi fitnah Ketua Polis Daerah Samporna
- Wanita Umno sebar risalah bodohkan orang kampung
- Hebat! Suasana dalam makmal cybertrooper Umno
- Umno upah samseng serang ceramah sendiri?
Berita Harian kantoi fitnah Ketua Polis Daerah Samporna Posted: 17 Mar 2013 10:52 PM PDT PORTAL Berita Harian semalam menyiarkan satu laporan bertajuk "penceroboh bunuh diri dalam lokap" tentang seorang tahanan merupakan suspek pengganas Sulu yang ditemui mati di dalam lokap. Si mati dikatakan telah membunuh diri. Berita ini kononnya telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah. Berikut printscreen yang diambil dari Portal Berita Harian ~ Berita Harian Rupa-rupanya tidak ada siapa pun yang mengesahkan berita ini. Malah tuan punya badan, Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah, mendakwa berita ini adalah berita karut. Beliau menulis di halaman facebook peribadi miliknya dan memaklumkan bahawa, telah menghubungi wartawan berkenaan dan wartawan itu telah memohon maaf serta berjanji akan memperbetulkan laporannya. Dengan nada tegas, pegawai Polis yang menjadi mangsa fitnah wartawan Berita Harian tersebut menulis akan membuat laporan polis esok (hari ini) jika tiada tindakan dibuat ~ facebook Berita ini gua cedok dari blog sahabat ~ Amenoworld ReJaM© " Berapa banyak laporan palsu tentang Lahad Datu sebelum ini yang disembunyikan?" |
Wanita Umno sebar risalah bodohkan orang kampung Posted: 17 Mar 2013 08:28 PM PDT PROPAGANDA 3R (Race, Royalti and Religion) terus digunakan oleh Umno dan Barisan Nasional untuk menarik sokongan Melayu. Terbaru sebuah risalah yang jelas fitnah disebarkan oleh Wanita Umno Bukit Katil untuk memperbodohkan orang Melaka. Jika anda ada akal fikiran yang waras, sila baca dan nilai kebenaran risalah di bawah ini baik-baik. ReJaM© "Sila percaya risalah ini sekiranya anda seekor kambeng... " |
Hebat! Suasana dalam makmal cybertrooper Umno Posted: 17 Mar 2013 06:52 PM PDT SALAH seorang sahabat pembaca yang mendakwa dirinya merupakan salah seorang bekas cybertrooper Umno, di bawah seliaan Unit Media Baru, UMB mendedahkan gambar makmal UMB. Menurutnya, makmal UMB Umno dilengkapi deretan komputer untuk semua cybertroopers upahan menjalankan tugas. Kebanyakkan mereka ditugaskan menyebar propaganda di facebook. Di bawah ini gambar yang dikirimkan oleh beliau. Pengirim memaklumkan, dia sudah tidak lagi bersama Unit Media Baru, UMB dan berjanji akan mendedahkan semua maklumat tentang cybertroopers upahan ini termasuk blogger dan lain-lain. Antara maklumat yang dimaksudkan adalah, nama blog, alamat, gambar, no telefon, dan lain-lain bagi memudahkan pimpinan Pakatan Rakyat untuk mengambil tindakan saman ke atas mereka yang gemar menabur fitnah di dunia internet. Selepas ini jika ada mana-mana pimpinan Pakatan Rakyat yang mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas cybertroopers Umno ini, tugas sudah semakin senang kerana semua maklumat mereka ada dalam simpanan. ReJaM© " Siapa sedia wahai cybertroopers semua kah kah kah..." |
Umno upah samseng serang ceramah sendiri? Posted: 17 Mar 2013 06:21 PM PDT BIASA kita dengar ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat diserang samseng upahan Umno. Malah baru-baru ini Ibu Pejabat KEADILAN diserang oleh samseng telur. Tapi kali ini nampaknya, Umno pun nak tunjuk konon ceramah mereka turut diserang samseng. Kononnya seorang samseng yang cuba mengganggu ceramah Umno di Penanti malam tadi telah ditahan oleh Polis. Berpuluh samseng serang ceramah Pakatan Rakyat tak masuk surat khabar, tapi sorang samseng serang ceramah Umno kononnya siap masuk surat khabar kah kah kah... Berani betul samseng tu kan? Seorang diri pun berani serang ceramah Umno kah kah kah... ReJaM© " Samseng serang samseng, sendiri upah ke?" |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan