. |
- Bukan Husam Saja, PAS Kelantan Juga Perlu Fikir Tawaran PAS Putrajaya
- Membongkar Rahsia Asri Zainal Abidin...
- Ahmad Maslan Merendahkan Martabat Diri Sendiri
- Kerajaan Kelantan Kenang Jasa Karyawan
Bukan Husam Saja, PAS Kelantan Juga Perlu Fikir Tawaran PAS Putrajaya Posted: 17 Mar 2013 09:18 PM PDT ULASAN RASA Sehari dua lepas tersebar berita PAS Putrajaya mengundang Husam Musa agar bertanding di kerusi parlimen Wilayah Persekutuan Putrajaya. Berita itu menarik perhatian umum terutamanya pemerhati politik. Dalam laporan itu PAS Putrajaya meminta restu pimpinan tertinggi PAS agar melepaskan Husam ke kawasan elit itu. Tampak bersungguh dan ikhlas PAS Putrajaya membuat tawaran dan jemputan itu.
Ada benarnya dakwaan Mohamad Nazir itu. Kalau UBN masih meletakkan Adnan Yaacob di Putrajaya, UBN akan menghadapi masalah. Banyak janji-jani yang ditaburkan Adnan tidak ditunai. Salah satu ialah janji untuk membina masjid di Persint 8 tidak menjadi kenyataan sampai hari ini. Tanah yang diperuntukan untuk pembinaan masjid itu telah ditukar kepada projek komersial, membina kompleks membeli belah. Banyak isu yang belum selesai di Putrajaya yang gagal diselesaikan oleh Adnan selaku wakil rakyat. Pegawai kerajaan sendiri dikatakan lebih 50 peratus kurang senang dan kemungkinan akan menolak Adnan dalam pilihan raya kali ini kalau beliau calonnya. Husam dipilih pula setelah dilihat kepada kebolehan dan penampilan beliau sebagai pemimpin. Daya dan roma Husam sesuai untuk diadukan di kawasan terdiri dari orang-orang cerdik dan tahu menilai kemampuan berfikir untuk memilih seorang pemimpin berwibawa kerana keperibadian, kejuahan akal dan bukan kerana ia 'gemukkan' parti politik semata-mata. Adnan sudah menjadi menteri dan orang sudah tahu apa yang dilakukan dengan jawatan menteri itu, dan kenapa beliau tidak diberikan tanggungjawab itu seterusnya. Ada masalahlah itu. Sehingga ini tuan tubuh (Husam) tidak memberi respon kepada permintaan itu. Husam tentu sedang menimbang sebaik mungkin tawaran berkenaan dan sudah pasti ia tidak mudah untuk ditolak. Tawaran itu satu pernghormatan tinggi untuk Husam dari mereka yang tahu menilai politik dan kebolehan seseorang tokoh. Apabila kedudukan Husam menjadi kontroversi di Kelantan, menyebabkan nama Husam melayang-layang ke mana-mana sahaja. Banyak kerusi-kerusi (Parlimen) diluar Kelantan diadukan kepada Husam. Satu segi cara itu menunjukkan Husam sudah tidak diperlukan di Kelantan, tetapi dari sudut lain Husam dirindui oleh kawasan luar Kelantan. Ia juga menunjukkan sahamnya mahal. Antara kerusi ditawarkan ialah Titiwangsa, manakala di Kelantan Jeli. Tawaran ini walaupun ia menunjukkan satu masalah buat Husam tetapi ia juga menggambarkan kelebihan kepadanya. Misalnya kenapa tidak dinamakan Mohd Amar Nik Abdullah, atau Takiyuddin Hassan atau Wan Ismail Wan Jusoh untuk berdepan dengan Mustapa Mohamed di Jeli. Kenapa? Tanya sendiri dan jawab sendirilah.
Ia bukan berlaku terhadap politician saja tetapi teknekorat dan korporat juga. Misalnya apa yang berlaku ke atas Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang terpaksa meninggalkan jawatan CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) adalah contoh klasik bagaimana Kelantan membuang seorang yang cerdik menerusi percaturan 'politik budu'. Mungkin kerana situasi itu dan menyedari Husam merupakan aset kepada PAS menyebabkan PAS Putrajaya menawarkan kerusi berkenaan kepada Exco Kelantan itu. Tidak dapat siapa nafikan Husam adalah pemimpin kreatif serta bijak menghidupkan hayat (isu) politik. Beliau juga tokoh yang ditakuti Umno sebab itulah dia menjadi sasaran fitnah dan adu domba musuh di Kelantan. Beliau juga antara kesayangan dan kecintaan Tokguru Nik Aziz. Blue eyes Tokguru. Tetapi pelik, kenapa orang Kelantan tidak dapat merasai keistimewaan Husam yang ini serta membaca rasa hati Tokguru? Pelangi yang indah terpadam mata kerana ditabir tirai hitam berdebu... Kepentingan diri melebihi kepentingan negeri dan rakyat. Sepatutnya soal-soal peribadi atau soal gengsi dan sebagainya tidak dijadikan asas untuk menolak Husam dan menafikan ketrampilannya. Pemain politik yang bijak tidak akan menunjukkan kemarahan di hadapan khayalak, dan kalau menegur biarlah berpadah. Marah pula jangan berpanjangan cukup hanya sekerat malam. Bak marah isteri, kalau murih sepanjang malam maka 'bersajalah' malam itu. Sekiranya seseorang itu sudah insaf dan menunjukkan tanda-tanda untuk berbaik, terimalah. Kata orang musuh jangan dicari orang hendak berkawan sambut dengan lapaz ahlawasalam. Mengenai penolakkan Husam di Kelantan ini ada juga terlatas di telinga saya kononnya kerana Husam bermasalah dengan istana. Jadi alasan penolakannya dari bertanding di DUN demi untuk tidak menganiayakan dia. Tuduhan ini kabur sebenarnya. Kalau bermasalah apakah masalah itu? Jangan pula kerana perkara seinci dijadikan sedepa, dan hanya kesalahan mencuri ayam kurus terus dihukum untuk dihalau ke luar negeri. Jikalaulah masalah itu dengan Sultan atau Istana, apakah jalan penyelesaian dan damai tidak ada? Kalau hendak dikira hitung, krisis di antara Tokguru Nik Aziz dengan Sultan Ismail Petra satu masa dulu lagi teruk sehingga menggetarkan bumi Kelantan. Namun apa jadi akhirnya, berkat sahabat, berkat doa dan sokongan rakyat kepada kedua pihak istana dan MB, akhir krisis berakhir dan kedua mereka damai dengan tugas dan amanah masing-masing, duduk bersela lendik semula. Jadi apakah kalau memang wujud masalah itu, ending seperti itu tak berulang lagi? Perlu disebut antara watak yang memain peranan sebagai pembela dan hulubalang membela Tokguru adalah Husam. Jadi masakan Tokguru sanggup untuk membiarkan Husam akan diserang atau berjelapak dalam masalah tanpa berbuat sesuatu? Tidaklah sekejam itu rasanya Tokguru ini. Firasat saya mengatakan masalah yang berlengkar disekeliling Husam itu bukan penyakit asal malainkan ia adalah rekaan dan persepsi sahaja. Sebabnya mudah dunia masih belum menyaksikan masalah itu sebenarnya. Maksudnya tidak penzahiran dari pihak istana yang murka ke atas Husam. Sejarah lama yang menimpa di Temsik atau pun kisah-kisah trajis yang berlaku dalam kerajaan klasik Melaka jangan diulang lagi. Iktibar kepada kesilapan sultan arah agar bunuh Hang Nadin yang bijak kerana difitnah kononnya suatu hari dia akan mengambil alih pemerintahan Temasik patut dikenang sepanjang zaman. Sikap atau sifat Raja Mendalir atau si Kitol yang menjadi guting dalam lipatan hendaklah dipinggirkan dari kemurniaan minda politik kita. Bebal dan babillah kita kalau terus mengulangi sejarah jahiliah sesudah mengaku Islam. Perlu diingat untuk melahirkan pemimpin seperti Husam, Takiyuddin Hassan, Mohd Amar Nik Abdullah, Wan Ismail Wan Jusoh, yang kemudian dibuntuti Wan Nik Wan Ngah, Hassan Mahamod, Zulkefli Mamat bukan senang. Hari ini walaupun Kelantan sudah ada pemimpin pelapis baru seperti Dr Mohd Fadzli Hassan, Abdul Fatah Mahmod, atau Mohd Zaki Ibrahim, Abdul Latif Abdul Rahman dan lain-lain namun tahap dan kualiti mereka masih terkebelakangan untuk dibandingkan dengan Husam dan mereka yang lain. Pemimpin bukan boleh dicambahkan persis kacang campak yang tumbuh dalam masa 12 hari. Selain nama Husam Mengenai kerusi Putrajaya selain Husam, ada nama lain yang dihantar oleh Ibu Pejabat Agung PAS untuk bertanding di situ. Nama bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi, Datuk Nik Mohd Zain Nik Yusuf juga diura-urakan. Tetapi nama Zain dibantah atas alasan walaupun beliau seorang teknokrat atau bekas pegawai tinggi kerajaan yang komited dan berjaya tetapi usianya menjadi penghalang. Bantahan itu berterusan dan ini menyebabkan kerusi Putrajaya menjadi kosong sedang Mohamad Nazir sendiri dirasakan tidak berkemampuan untuk berhadapan dengan Teuku Adnan. Dalam mencari siapa layak itu timbul juga nama Mustapa Ali, atas kapasitinya sebagai Setiausaha Agung yang dirasanya pantas berdepan dengan Setiausaha Agung Umno. Cadangan Mustapa ke situ saya fikir tidak ikhlas dan sesuatu yang jauh munasabah melainkan untuk mengelakkan dia dari duduk mengacau di Terengganu saja. Kalau orang memahami hati budi politik Mustapa beliau tidak perlu dibimbangi sangat. Mustapa sendiri sudah menyedari siapa dia di Terengganu. Nasib dan dirinya tidak ubah seperti ekor ikan bilis kering yang sudah patah 16. Menjadikan ikan tidak lagi, untuk dijadikan sampan jauh sekali. Mustapa hanya melukut di tepi gantang saja. Jawatan sahih beliau menjadi penasihat kepada Presiden PAS. Apa yang naluri dia inginkan ialah berkerja saja sebagai penyelang kegiatannya bermain dengan cucu dan cicit. Jadi apabila namanya cuba disuakan kepada Putrajaya ia tidak logik dan awal-awal lagi sudah dibantah? Elok. Sekiranya PAS ingin menggunakan akal dan pengalamannya sekiranya PAS memerintah Malaya nanti lantiklah beliau memegang apa-apa jawatan sesusai. Dalam hal ini ada dua jawatan sesuai buatnya, Yang Dipertua Dewan Rakyat dan juga pengerusi SPAD menggantikan tempat Syed Hamid Albar. Berbalik kepada tawaran untuk Husam tadi ada eloknya kalau beliau menimbang sebaik mungkin. Cuma di sini ingin saya kata kalau dia berhajat untuk ke parlimen dan meninggalkan state kerana kecewa dengan sikap sesetengah rakan PASnya di Kelantan, kenapa dia harus bertanding di Putrajaya. Beliau tidak perlu menggadaikan nyawa politiknya di situ. Dalam politik jangan mencari sakit dan jangan mencekek leher sendiri. Kalau benar beliau ingin berkhidmat di parlimen, molek kalau beliau kembali kepada kerusi asalnya di parlimen Kubang Kerian. Jaminan untuk menang lebih cerah di Kubang Kerian berbanding dengan Putrajaya. Lagipun Husam sudah menunjukkan kebolehannya, bahkan bakat dan ketrampilan dalam politik terbukti semasa beliau menjadi ahli parlimen Kubang Kerian. Saya masih ingat kata-kata Abdullah Badawi kepada saya tentang Husam; kalaulah semua wakil rakyat seperti Husam, negara akan menjadi lebih maju dan politik kita menjadi lebih sihat. Abdullah tidak pernah terlepas untuk mengikuti perbahasan Husam di Parlimen, kalau pun beliau tidak hadir diikuti menerusi tv khas di biliknya di Putrajaya. Kecualilah Husam juga memilih untuk kekal di DUN Salor, tidak menjadi satu kepelikan kalau dia juga bertanding di Putrajaya. Untuk bertanding dua kerusi di Kelantan Salor dan Kubang Kerian dirasakan kurang baik kerana ia akan disamakan taraf dengan Awang Adek Hussein atau Mustapa Mohamad, tergila hendak jadi MB. Bagaimana pun ia tidak akan pelik kalau PAS Kelantan membuat konsesusnya awal bahawa selepas pilihan raya ini Husam adalah menteri besar. Bukan saja di Putrajaya, Husam juga boleh dihantar ke Jeli untuk berdepan dengan Mustapa, tetapi harus ada jaminan dan konsensus itu dulu. Husam mungkin tidak minta dan sebagai ahli parti beliau akur tetapi kondisi dan situasi politik di Kelantan merasakan begitu. Bolehkan PAS Kelantan berbuat begitu? Tegasnya tawaran PAS Putaraya itu boleh ditilik dan dikaji oleh Husam. Sekiranya keputusan dibuatnya ke Putrajaya, beliau harus berfikir panjang melihat dan menghitung nasib PAS di Kelantan selepas ini. Kalau PAS tertakdir menjadi kerajaan, tenaga dan khidmat orang-orang sepertinya sangat diperlukan untuk mempertahankan kerajaan. Apa lagi kalau tiba-tiba Tokguru Nik Aziz benar-benar akan bersara? PAS Kelantan jangan menganggap mudah untuk mengendalikan sebuah kerajaan. Tentangan kepada PAS bukan saja dari orang-orang Umno atau NGO penghambat nyamuk dan lalat, tetapi di kalangan pegawai kerajaan juga yang masih beruratsarafkan Umno. Mereka boleh menimbulkan seribu masalah dan mencari seribu daya untuk melemahkan kerajaan dari dalam. Untuk berdepan dengan kemungkinan dan elemen ini orang-orang yang rajin, komited serta berpengetahuan seperti Husam sangat diperlukan. Apa lagi Takiyuddin Hassan yang juga merupakan Exco ikut sama hendak dipindahkan ke Pusat. Takiyuddin dikatakan bertanding di parlimen Kota Bharu. Saya tidak yakin dengan beberapa orang Exco yang ada kini mampu menghadapi segala tribulasi itu kerana mereka masih baru atau setengah yang usang pula tidak menunjukkan prestasi menyakinkan. Secara peribadi bagi saya Husam patut fokuskan kepada satu kerusi saja, iaitu DUN Salor. Beliau perlu berada dan diadakan di dalam kerajaan, sama dengan kedudukan hari ini sebagai Exco Kanan ataupun dilonjakkan menjadi TMB atau terus menjadi Menteri Besar. Banyak kerja beliau yang belum selesai di mana semua projek dan pembangunan dijanjikan adalah tanggungjawabnya. Walaupun mengikut amalannya ia ia adalah tanggungjawab bersama (kolektif pinjaman istilah Haji Hadi) semua projek dan janji itu adalah menjadi tanggungjawab bersama. Ingat juga untuk jadi MB syaratnya utamanya bukan bijak berpidato dan menyanggah lawan, tetapi bijak menggerakkan kedua belah otak. Sedihnya ada satu sikap atau tag line di kalangan wakil rakyat Kelantan, "mu buat mu pikul sendiri" dan "jangan sesekali gala (membajak) di tanah orang", walaupun tanahnya itu menjadi kering kontang dan menjadi tanah 'ran'. Apakah Tokguruku Nik Aziz tahu tag line atau slogan busuk kohong ini? [wm.kl.11:05 am 18/03/13] | ||||||
Membongkar Rahsia Asri Zainal Abidin... Posted: 17 Mar 2013 06:55 PM PDT ULASAN TEMU Kota Bharu 16 Mac pagi, sementara menunggu untuk berangkat ke airport saya mengambil sedikit makanan di cafeteria hotel. Alas perut untuk makan ubat. Sambil makan dan berbual dengan YB Limbongan Drs Zainduddin Awang Hamad, tiba-tiba melalau kelibat Dr Mohd Asri Zainal Abidin alias Dr Maza.
Kebetulan satu hari terjumpa dengan seorang rakan di Utara yang baik dan kenal dengan Dr Maza. Saya minta nombor telefon kemudian menghantar mesej. Tidak jawab juga. Apa lagi saya abaikan, bahawa tidak ada apa-apa hendak cakap ataupun tempoh penting itu sudah berakhir. Dalam kepala terus tertanya-tanya kenapa dia twit saya, kemudian kenapa tidak balas SMS saya? Mungkin dia sibuk atau dia juga sudah ada diabetis seperti saya, mudah lupa. Kekadang spek yang sudah terletak di dahi pun masih mencari cari sampai ditegur bini. Al nyanyuk dah tetapi tidak seterus Mahathir Mohamad. Cis.. Jadi pertembumgan di cafeteria hari itu sungguh merujakan. Saya lantas fleshback akan apa yang berlaku, dia tidak menunjukkan respons, dan berlalu sambil memgatakan akan menghubungi saya. Sedikit kecewa dengan telatah itu. Ertinya masej saya dia terima dan saja tidak mahu menjawabnya. Dia seakan mencari seseorang. Tidak sampai tujuh minit dia masuk balik ke ruang cafeteria, ambil segelas jus berwarna merah dan duduk semeja dengan saya. Begitulah takmaniah dan sopannya seorang ustaz, bernama Asri tenang dan menyakinkan. Tidak gelojoh seperti Fatul Bari atau berbolot macam ustaz muda PAS. Percakapan bermula dengan dia memberi sedikit maklumat mengenai wacana yang dihadirinya malam itu, di Padang Perdana. Dia berwacana bersama beberapa ahli panel lain termasuk dari rahang Umno, rahim ISMA. Khabarnya ramai orang tetapi sayang dewan sempit. Lain kali hendak buat wacana melibatkan Asri pastikan tempatnya besar. Saya maklum majlis itu tetapi tidak pergi kerana hadir satu majlis di hotel berkenaan yang berjalan serentak. "Wakil Umno tidak datang," katanya tanpa saya mengajukan persoalan mengenai itu. Saya sudah maklum yang wakil Umno (Ustaz Najmi) begitulah lebih kurang namanya. Kenapa? Mungkin kecut perut atau rasa tidak padan berdepan dengan Asri atau pun phobia berdepan dengan penonton yang sesetengahnya kurang asam jawa. Penonton wacana politik di Kelantan agak fanatik macam bola sepak juga. Mereka akan menyorak-nyorak dan mengejek ahli panel yang tidak sebulu dengan jiwa dan ideologi politiknya. Inilah antara sebab kenapa ahli panel dijemput berdikir enam kali untuk hadir. "Macam mana dengan ISMA?" tanya saya. Dia jawab wakil NGO itu ada. "Siapa wakilnya?" tanya saya lagi sambil meneka, Abu Zaik presidenya. "Tidak," jawab Asri ringkas. "Setiuasahanya bernama Amin tu...?" teka saya. Hairan sepatutnya Abu Zaik yang datang ke Kota Bharu sambil mengenal beberapa kawasan untuk meletakkan calonnya dalam pilhan raya nanti. Lagi banyak kawasan bertanding lagi kembung dan gemuk poket seluar. Hatta kena bawa guni, boleh jadi juga. 'Iya..." balas Asri mengangguk. "Kuat dia kena semalam." sungut Asri lagi. Maksudnya ISMA. ISMA pertubuhan yang lahir dari tulang rusuk JIM beranak di Khaerah didokong oleh ulama' al Azhar dan juga Mesir. Mereka berpegang kemas kepada prinsip mendaulatkan bangsa (kaum) lebih utama dari agama. Antara bacaan mereka ialah kitab Muqadimah karangan Ibnu Khaldum. ISMA akhit juga mengadakan program keagamaan NGO ini mendapat peruntukan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Wow.... "Apa pandangan Usaz mengenai ISMA?" Tanya saya jujur ingin mengetahui pandangan bekas Mufti Perlis ini. "Mereka nak cuba menjadi kuas apolitik baru...," itu saja jawabnya. Saya sambung, "Nak jadi kusa politik baru macam mana, orang tidak kenal. Orang tidak tahu siapa tokoh-tokoh mereka. Dia berpegang kepada pandangan lama yang menyempitkan minda politik bangsa?" "Cara mereka tidak tepat, mereka bawa stail politik lama, 80-an," ujar Asri. [wm.kl.9:30 am 18/03/13] Bersambung esok atau lusa. Cerita Najib panggil Maza? | ||||||
Ahmad Maslan Merendahkan Martabat Diri Sendiri Posted: 17 Mar 2013 05:39 PM PDT MELEPAS DUHA Cadangn Ketua Penerangan Umno Malaysia, Ahmad Maslan supaya orang ramai melihat dan menilai sendiri video lucah yang sekali lagi cuba dikaitkan dengan Anwar Ibrahim sesuatu cadangan yang paling buruk dan tidak seharusnya keluar dari mulut seorang pemimpin utama di dalam Umno. Sebagai orang yang berada dalam Biro Politik Umno dan dianggap salah seorang dari tujuh pemimpin tertinggi yang antara lain tugas dan tanggungjawabnya menentukan hala tuju parti, serta menetapkan tindakan-tindakan semasa parti, beliau harus jaga akhlak dan tidak mempamirkan sifat dan sikpanya sebagai budak-budak mentah Umno yang tidak tahu menilai baik dan buruk. Kalau cadangan dan gesaan itu datang dari budak-budak Umno, atau si pelontar 'jumrah' di tanah jawi, ataupun si tukang cat kereta atau penjulang manila kad dan sebagainya, tidak menjadi masalah kerana ia dianggap sebagai pantas atau selayaknya. Apakah Mat Maslan ini juga asalnya dari kumpulan sampah sarap itu? Manis baru kalau cadangan iu keluar dari mulut wine mereka. Tetapi kalau orang berkedudukan di tempat Maslan itu juga berbuat demikian, haprak sangatlah pemikiran dan akhlak Umno. Bahawa di dalam Umno hari ini sudah tidak ada tersisa lagi dengan pemimpin berakhlak mulia dan berusaha mengurangkan kejahatan dan maksiat. Cadangan Mat Maslan itu memburukan dirinya sendiri. Cadangan itu menyebabkan orang boleh nilai begitulah bentuk dan rupanya Umno berfikir dan Mat Maslan sebagai seorang pemimpin. Umno akan menghalalkan apa saja cara untuk kemenangannya, termasuk sedia melanggar bantahan Rasulullah dan Allah s.w.t. Beliau boleh menafikan yang video berkenaan tidak dibikin oleh Umno? Tidak menjadi masalah. Memang Umno tidak sempat hendak mengatur dan memasang kamera pengintip bagi merakam gambar-gambar sundal dan comot begitu? Umno kini ketiadaan masa dan lebih sibuk dan riuh untuk mempertahankan kapalnya yang bakal tenggelam dan karam sekarang ini. Tetapi apabila beliau mengeluarkan cadangan begitu menunjukkan betapa busuknya otak dan cara Ahmad Mazlan berpolitik. Sebagai pemimpin berakhlak dan cuba syaksiah mulia beliau tidak patut membuat cadangan itu sebaiknya melarang agar orang ramai tidak terjebak dengan kerja-kerja syiatan seperti itu. Mat Maslan sepatutnya melarang orang ramai dari melihat gambar berkenaan bukannya menyuruh dan menggalakkan. Masih ada banyak cara lagi untuk memburuk dan damagekan Anwar Ibrahim yang dibenar agama dan tidak terlarang dek adat. Cadangan Mat Maslan itu juga sekaligus menafikan tanggapan umum bahawa Umno sebuah parti Melayu yang berakhlak, parti Melayu yang memperjuangkan Islam seperti mana dilaung-laungkan. Dalam syariat Islam seorang pemimpin itu menjadi penyelesai masalah bukan pembawa masalah. Jauh sekali kalau dia menjadi pensubahat dengan kejahatan. Semalam dilaporkan Ahmad Maslan berkata; "Tengok sendiri (video) dan buat keputusan, jangan bantai (kutuk) sebelum tengok, tapi tengok dulu...kita serah kepada mereka untuk menilai sendiri," katanya. Tidak patut beliau mengeluarkan cadangan begitu kerana ia tidak bermoral dan menggambarkan bahawa dia meretusi orang ramai bercepuah dengan tahi dan najis politik busuk yang direstui Umno itu. Kita berharap Ahmad Maslan menarik balik cadangan itu kalau beliau mahu dilihat rakyat sebagai pemimpin pelapis yang berintegriti dan mempunyai syaksiyah yang baik. Mat Maslan tidak sepatutnya membrandkan dirinya seperti Rahim Tamby Chik dan beberapa orang yang lain kerana beliau lebih berilmu Islam dari mereka. [wm.kl.8:27 am 18/03/13] | ||||||
Kerajaan Kelantan Kenang Jasa Karyawan Posted: 17 Mar 2013 05:51 AM PDT ULASAN Setelah memerintah Kelantan selama lebih tiga darsawarsa, akhirnya Parti Islam SeMalaysia (PAS) memberi salam dan ingatan istimewa kepada insan-insan seni; kaum penulis kreatif, penulis politik, pelukis, pengaton dan ahli persuratan (karyawan) asal Kelantan. Saya rasa sudah lama kaum penulis dan sasterawan Kelantan menunggu satu majlis khas buat mereka. Saya sendiri sudah tertunggu-tunggu akan kesedaran dan keprihatinan ini. Bukan untuk diri saya, tetapi atas nama kerabat atau golongan karyawan kelahiran 03 Kelantan.
Paling akhir saya memberi tahu kepada Setiausaha Politik MB, Wan Nik Wan Yusuf; selepas satu kuliyah Tokguru... satu Jumaat saya menarik tangannya untuk minum di gerai depan pejabat PAS di Jalan Dato' Pati dan memberi tahu agar kerajaan ikut sedar kewujudan golongan penulis ini dan mereka juga perlu diikhtiraf atau dihargai sama dengan golongan dan profesional lain. Saya menjadi pemudah bicara kerana golongan ini bukan golongan yang peminta dan lebih kepada hidup menjadi lilin yang membakar diri untuk kecerahan dunia seluruhnya.
Kalau pemain bola sepak boleh dianugerahkan tanah, wang dan pelbagai sumbangsih lain kenapa tidak mereka - golongan karyawan ini? Golongan ini hidupnya bagaikan api dalam sekam, laksana ubi kayu dijerung pagar. Mereka boleh membakar dan mereka juga boleh membela. Tidak mengapalah, saya tidak mahu mengheret permasalah ini panjang-pajang. Yang pentingnya kerajaan Kelantan pimpinan Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mencintai buku dan ilmu telah 'berkorban' mengadakan satu majlis khas dinamakan Malam Penghargaan Karyawan Kelantan 2013 untuk merai para karyawan asal Kelantan. Allahmdulilah. Karyawan dikategorikan ialah penulis kreatif, pelukis, kartonis dan penulis buku politik serta persuratan. Majlis itu berlangsung malam Jumaat lalu 15 Mac 2013 di sebuah hotel terkemuka di Kota Bharu Kelantan. Majlis itu berkembar dengan pementasan teater berjudul "Pengistyharan Abdul 'Asy" karya dan arahan Dinsman yang terilham dari minda dan pembacaan Tokguru Nik Aziz. MB Nik Aziz sendiri datang untuk menyampaikan sijil penghargaan dan menonton pementasan teater berkenaan. Menatap kepada nama dipilih menerima penghargaan malam itu ia agak mengejutkan sedikit kerana angkanya sampai 28 orang. Saya kurang mengerti dengan jumlah itu, apakah kerana ingin meng'qada'kan di atas kealpaan dan ketidakpedulian sebelum ini atau pun kerana ada motif pilihan raya? Kalau tidak masakan ia begitu ramai? (Ramai pun marah sikit pun tak kena?). Mungkin? Kerajaan ingin meralatkan kealpaan dan ketidakpedulian selama ini? Kesenjangan untuk mempedulikan itu mungkin baru disedari. Begitu pun individu yang digolongkan sebagai karyawan yang menerima penghargaan itu (sedikit wang dan sijil penghargaan) berterima kasih banyak. Tiada seorang pun yang dipilih 'absen' atau pun memprotes pemilihan mereka, (kecuali catatan ini mungkin). Ini menunjukkan majlis itu dihormati dan diterima baik. Sesungguhnya saya sebagai salah seorang dipilih dibawah kategori penulis politik, amat-amat berterima kasih atas ingatan dan penghargaan itu. Penghargaan itu adalah penghargaan yang bertaraf dari sebuah kerajaan bukan NGO atau persatuan. Seumur hidup saya yang telah menerjunkan diri dalam dunia penulisan, atas sifat anak Kelantan inilah penghargaan julung-julung kali saya terima dari negeri kelahiran. Walaupun saya ada menerima penghargaan dari pihak lain, namun nilai dan sentimental valuenya tidaklah sama apa yang saya terima dari tangan orang senegeri dengan saya. Penghargaan itu memberi erti dan nilai tersendiri buat saya. Saya percaya bukan saja saya, tetapi rakan karyawan lain juga mengalami rasa itu. Kekawan yang berjabat salam dan bertemu malam itu semuanya ceria dan bahagia. Antara nama-nama karyawan yang menerima penghargaan malam itu ialah Norhisam Mustafa (Persuratan), Lotfi Ismail (Penulis Politik), dan lain-lain dalam kategori sajak, Abdul Hadi Muhammad, Wadi Lata SA, Rosli K Matahri dan lain-lain. Manakala dalam bidang cerpen Wan Aisyah Wan Nawang, Hashim Latif dan lain-lain. Ketogeri karton Rossem. Malam itu bagi saya sungguh nostalgik. Tanpa saya sedari mata saya membekak dengan air dan sesampai dibilik hotel apabila saya menatap sijil penghargaan itu air mata yang berladum terus menitis. Saya melihat dan mengamati sedalam-dalam setiap ayat-ayat yang tertera di atas sijil yang sudah diframe itu. Dan sesampai di ruang tandatangan, saya kucup tandatangan Tokguru Nik Aziz beberapa kali demi menyatakan terima kasih dan syukur. Bagi saya tanda tangan itu indah sekali, seindah tanda tangan Mahathir kepada orang Umno yang dapat projek berbillion ringgit. Bentuknya semacam pedang laksana memberi semangat dan mencabar saya untuk terus menulis dan menulis memperkatakan kebenaran dan membongkar kemungkaran. Tidak terkecuali menegur beliau sama. Walaupun sebelum ini saya sering mendapat suntikan dan galakan dari beliau, namun sijil berkenaan sangat bererti dan memberi signifiken buat saya. Sijil itu bukan saja dilihat oleh saya, isteri yang sudah lebih 30 tahun hidup bersama saya dan mengenali dunia kerjaya saya, tetapi dunia dan sejarah hidup saya juga turut menyaksinya. Mungkin ia terlalu kecil untuk dibandingkan dengan apa pengiktirafan dan penobatan Baharuddin Zainal (Bahazain) sebagai Sasterawan Negara ke-12 beberapa hari lalu. Namun bagi saya nilai dan darjat penghargaan itu sama taranya.
Pun begitu bak kata orang kalau penulis, tetap akan menulis walaupun di mana kandati atau pun diberi upah dan dilayan seistimewanya. Sebab penulis yang bertanggungjawab dan berkata benar tidak akan terpesona dengan umpan dan leka dengan pujian. Ada yang cacatnya pada pemilihan itu hendaklah dijadikan iktibar untuk menyempurnakannya pada majlis-majlis akan datang insya-Allah. Dari 28 karyawan dipilih itu rasanya ada yang belum sampai waktunya untuk dikenang sebegitu memandangkan penglihatan dan komitmen mereka sangat muda. Mereka terlalu awal untuk disenaraikan. Agak teralat sedikit masih ada beberapa nama yang lebih tersohor tercicir dari senarai itu. Barang kali tidak perlu saya menyebut nama mereka satu persatu, sebab setengah nama-nama sudah terhafal di kalangan rakyat Kelantan khasnya golongan karyawan. Seperkara perlu diketahui majlis penghargaan itu walaupun kali pertama setelah 23 tahun, tetapi ia dibuat secara tergeda-gesa. Seakan ada motif politik juga. Lantaran itu kecacatan dan ketidaksempurnaan tidak dapat dielakkan. Sebaik selesai majlis saya mengajukan pertanyaan kepada Dr Mohd Fadzli mengenai kecacatan ketara itu. Beliau 'angkat tangan' dan membeitahu tidak terlibat dengan penyenaraian nama penerima. Sememangnya beliau serahkan seratus peratus kepada badan pengendali. Di sini badan pengendali perlu bertanggungjawab. Mungkin sumber-sumber atau pihak yang dihubungi untuk mendapat kerjasama kurang mengarifi kaedah atau pun dunia karyawan. Boleh jadi dalam keadaan tergesa-gesa menyebabkan pihak pengajur tidak mendapat maklumat tepat kerana dikejar masa. Tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan. Anugerah peringkat negeri begitu ia bukan kecil, biar apa orang kata ia tetapi hakikatnya ia seuatu sejarah dibanggakan. Makanya ia perlu diwaspadai dan ditangani sebaik mungkin. Maaflah atas kecacatan kecil itu. Kita perlu melihat sejarah di sebalik perwujudan majlis itu daripada melihat ketidaksempurnaannya. Pohon! Penghargaan malam itu diberi kepada beberapa gerne (bidang); sajak, cerpen, novel, pelukis, karton dan penulis politik. Sebenarnya masih ada beberapa gene atau jurusan yang tertinggal, misalmya drama, karyawan tradisional dan juga wartawan dan jurugambar. Mereka juga seharusnya digolongkan dalam karyawan. Alangkah baiknya jikalau nama yang tersenarai panjang dalam menerima penghargaan puisi itu diganti dengan karya dalam bidang-bidang ini. Apa lagi ada mereka tidak patut disenaraikan kerana 'keusiaan' penampilan mereka dalam gerne berkenaan terlalu dini. Kecacatan kecil ini semoga ia tidak menjadi runggutan. Ucapan Dr Fadzli diawal majlis yang merendah diri dan apologetik dengan berkata penerima penghargaan malam ini hanya sebahagian saja, masih ada serangkai nama lain lagi yang kita akan raikan dalam majlis lain di masa akan datang. Penjelasan Fadzli itu menandakan majlis itu ikhlas dan ia bukan berMotif politik yang tegar. Semoga majlis penghargaan kedua nanti, panitia pemilih tidak akan terlepas pandang kepada nama-nama yang berjasa dan banyak meyumbangkan karya untuk Kelantan bahkan lebih banyak dari penerima malam kelmarin itu. Atas sifat ianya pertamala kali dan belum ada pengalaman dan dalam suasana tergesa-gesa kita lupakan titik bangkit itu. Dan saya timbulkan ini bukan untuk dipolemik tetapi untuk ingatan dan pesan buat semua kita. Sekali lagi atas peribadi saya, saya menjunjung kasih atas penghargaan itu. [wm.kl.8:25 pm 17/034/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan