MANDOR.BLOGSPOT.COM |
PKR, PAS DAN DAP DI PAHANG - TIADA MASALAH MAHU UMUM KERUSI Posted: 17 Mar 2013 12:11 PM PDT Takde masalah PKR Pahang umum kerusi di Pahang. Bukankah DAP juga dah umum kerusi di Bentong? PAS juga pernah umum kerusi di Pahang termasuk Presiden mereka pernah menyebut Parlimen Pekan sebagai kerusi yang dipilihnya. Bukankah Bentong kerusi PKR asalnya dan Pekan pun begitu? Tetapi tidak menjadi masalah pun sebenarnya kerana tetap juga lawan kita Umno/Bn. Di alam maya, ada yang sebut PKR umum kerusi di Pahang sebagai tidak menghormati rakan-rakan lain di dalam PR di Pahang. Adakah DAP dan PAS sentiasa menghormati sesama PR? Sekali lagi aku nak beritahu sebenarnya tiada masalah pun kerana masing-masing tentu ada sebab berbuat demikian, tetapi akhirnya pimpinan di atas yang buat keputusan. Aku setuju dengan kenyataan Us Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Pahang yang sebut bahawa pengumuman oleh PKR Pahang tentang kerusi-kerusi yang ditandingi oleh parti tersebut belum muktamad kerana ada kerusi-kerusi yang masih di dalam perbincangan. Ertikata lain, tidak mustahil akan berlaku perubahan disaat-saat akhir, begitu juga di Bentong. Memanglah di Bentong dikira lojik bahawa DAP dapat kerusi Parlimen, maka berbaloi juga PKR dapat dua kerusi di Dun Ketari dan Tanah Rata. Ertinya ada 'tukar ganti' yang adil. Harus diingat, andainya pimpinan atasan tetap juga mahu DAP bolot kedua-dua kerusi berkenaan iaitu di Ketari dan Tanah Rata, tidak bijak pula PKR mahu letak calon disitu kerana yang pasti Umno/Bn akan menang mudah. Tetapi lebih tidak bijak lagi kita serah semuanya kepada DAP yang sebelum ini masuk 'rumah' kita dan 'halau' kita keluar bilik. Jadi, pimpinan perlu bijak untuk mengatasi hal ini. Pada aku PAS memang ada hak minta kerusi di mana-mana kawasan yang parti tersebut rasa boleh menang. PKR pun begitu juga kerana menjaga 'amanah' iaitu kerusi ini bukan mudah dan boleh diserah begitu sahaja. Tentu ada imbang tara, untung rugi dan hikmahnya jika pertukaran kerusi dibuat. PKR pula jangan cepat melatah jika PAS sebut mahu bertanding di mana-mana yang mereka suka kerana PKR juga telah luahkan selera mereka di beberapa buah kerusi. Jadi sekarang, semuanya adil buat PKR, PAS dan DAP kerana masing-masing ada hajat masing-masing. Siapa yang boleh tunaikan hajat-hajat PKR, PAS dan DAP ini? Tentunya kita berbalik kepada pimpinan parti masing-masing. PKR wajib patuh pada pimpinan Pusat, PAS dan DAP juga mesti begitu. Pimpinan Pusat pula pastinya akan buat keputusan yang menguntungkan PR. Selepas itu, kita mesti bekerjasama untuk memenangkan mana-mana kawasan yang rakan-rakan kita tandingi walaupun dahulunya itu kerusi kita. Jika mahu tunjuk ego, sudah pasti ego kita akan menguntungkan Umno/Bn. |
You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan