Kelab Greenboc |
- UMNO Baru Tahu Tian Chua Makan Babi!
- [HOT] Mungkinkah Dr.Asri & Dr. Juanda Bertanding Di Atas Tiket BN?
- [PANAS] Adakah Eskay Akan Lakukan Sumpah Laknat Kali Kedua?
- Bekas Ketua Pemuda Umno Greenwood Gombak Sertai PAS
- [VIDEO] Vokalis Rock FTG, Tajul, Serah Borang Sertai PAS
- Masuk Bolos Keluar Pun Bolos - Apa Sudah Jadi Dengan Tahap Pertahanan Negara?
- Najib Juga Didakwa Dalang Pencerobohan Di Lahad Datu
UMNO Baru Tahu Tian Chua Makan Babi! Posted: 18 Mar 2013 01:05 AM PDT Kesian. Masih dalam mode: 'LEMBU'. Makan babi punya pasal, Tian Chua jadi haramjadah, jadi biadap, jadi pelaq. Kah kah kah!! Si Cina nama Tian Chua ini, bukan setakat babi dia makan, anak babi dgn ibu babi sekali pun Tian Chua telan. Soi Lek makan babi,. Yen Yen makan babi. Hak makan babi ini telah termaktub (untuk bukan Islam). Bab babi UMNO nampak. Tapi tak pernah pulak ada naik banner bertulis, ANAK MAHAFIRAUN HARAMJADAH, TAUKE TODI SAN MIGUEL!' ANAK MAHAFIRAUN BIADAP! LU PELAQ! Babi dalam perut Tian Chua nampak, San Miguel bertong-tong atas meja boleh buat bodo. Bawak-bawaklah diri keluar dari feedlot. -libanglibu |
[HOT] Mungkinkah Dr.Asri & Dr. Juanda Bertanding Di Atas Tiket BN? Posted: 17 Mar 2013 11:10 PM PDT PKR batal hasrat calonkan Asri pada PRU13? Tokoh agama terkenal, Dr Asri Zainul Abidin, yang diura-urakan bertanding atas tiket PKR, kemungkinan besar tidak jadi dicalonkan oleh parti tersebut. Sumber-sumber PKR memberitahu Malaysiakini, Dr Asri dianggap tidak serius untuk bertanding selepas pertemuan beliau dengan Perdana Menteri, Najib Altantuya dua minggu lepas. Pada masa yang sama, Dr Asri sendiri dikatakan sudah membuat keputusan muktamad dengan menolak tawaran itu walaupun dijanjikan kerusi timbalan ketua menteri Pulau Pinang. Sumber-sumber PKR memberitahu, parti itu mahukan komitmen segera daripada bekas mufti Perlis itu kerana pembubaran Parlimen dijangka diumumkan penghujung bulan ini. Difahamkan tawaran kerusi timbalan ketua menteri itu dibuat oleh Ketua Pembangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri dalam pertemuan empat matanya dengan ulama muda itu sebelum ini. Dr Asri sendiri malam tadi mendedahkan dalam mesej di akaun Twitternya tentang pertemuan dengan perdana menteri. Bagaimanapun butiran perbincangan di pertemuan kedua-duanya tidak dinyatakan dengan jelas sama ada berkaitan pencalonan dalam pilihan raya umum atau hal-hal lain. "Dua minggu lepas, YAB PM jemput saya ke pejabat beliau sendirian. Saya beri pandangan-pandangan saya dan beliau dengar dengan teliti. Saya hargai sikap itu," kata Dr Asri dalam twitnya. Surat-menyurat pertemuan Menurut sumber PKR lagi, parti itu tidak selesa dengan sikap Dr Asri yang berhubung dengan Najib sewaktu rundingan kerusi dengan parti itu sedang berjalan. Difahamkan surat-menyurat pertemuan Dr Asri dengan perdana menteri pernah ditunjukkan kepada beberapa pemimpin PKR. Antaranya, surat pihak Najib itu menyebutkan pertemuan itu diatur di pejabat perdana menteri pada petang 28 Februari lalu oleh seorang pegawai pemimpin tersebut. Namun, Dr Asri sendiri mempunyai sejarah hubungan dengan beberapa tokoh politik BN dan Pakatan Rakyat sejak bertahun-tahun lalu lagi. Muncul melalui kegiatan PAS zaman mahasiswanya, beliau dilantik mufti Perlis sewaktu Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai menteri besar sebelum digugurkan selepas pilihan raya 2008. Selain mengekalkan hubungan dengan tokoh Umno itu, Dr Asri juga dikatakan bertemu dengan pemimpin-pemimpin PAS dan DAP. Kedua-dua parti Pakatan Rakyat ini berminat mencalonkan beliau. Malaysiakini difahamkan, DAP berminat menyerahkan satu kerusi selamat di DUN di Pulau Pinang. Sementara PKR pula ingin meletakkan pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu di kerusi Penanti, bawah parlimen Permatang Pauh. Dr Asri tolak jadi calon, kerusi TKM Sementara itu, Dr Asri ketika dihubungi Malaysiakini malam tadi enggan mengulas berhubung perkara itu. Bagaimanapun, difahamkan Dr Asri tidak berminat bertanding dalam pilihan raya kerana merasakan langkah itu "tidak sesuai". Menurut sumber yang dekat dengannya, beliau juga merasakan masih boleh menyumbang sesuatu walaupun selepas pilihan raya dan tidak menjadi calon. "Tunggulah era politik baru pasca-PRU13 nanti," kata sumber dalaman itu sambil menambah "Dr Asri akan ada dalam siri berikutnya". Keputusan muktamad itu dibuat setelah berbulan-bulan PKR memujuk Dr Asri, termasuk menghantar pemimpin-pemimpin tertinggi mereka bagi bertemunya. Malah, menurut sumber juga, setakat minggu lepas, Dr Asri masih dihubungi oleh seorang naib presiden PKR yang memintanya menimbang bertanding atas tiket PKR. Selain Dr Asri, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Maszlee Malik juga antara dua tokoh ulama muda yang sedang direkrut menyertai Pakatan dalam kempen menumbangkan BN dalam pilihan raya umum akan datang. Berbeza dengan Dr Asri, kedua-dua mereka dikatakan masih belum membuat sebarang keputusan muktamad walaupun pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja dari sekarang. Ulasan GB Sebenarnya GB tidak hairan Dr.Asri atau Dr. Juanda menolak untuk bertanding di atas tiket Pakatan atau jika mereka berdua memilih untuk bertanding di atas tiket UMNO BN sekalipun. Pakatan terutama PAS tak terasa tergugat lansung jika demikian tindakan mereka kerana kita telah mengharungi pengalaman yang lebih pahit dari itu. Kedua, sudah sampai masanya untuk kita beritahukan bahawa Islam dan jemaah PAS tidak memerlukan kita semua, sebaliknya kitalah yang memerlukan Islam dan jemaah PAS untuk kebenaran dan keadilan, untuk menyelamatkan negara dan ummah dari terus rosak dan musnah angkara kerja-kerja UMNO BN. kembali kepada dua orang "tokoh agama" tersebut, GB teringatkan hadith sahih Rasulullah s.a.w. "Kekuasaan Allah bersama jemaah. Sesiapa yang bersendirian, dia bersendirian di neraka. Sesungguhnya serigala memakan kambing yang bersendirian, terasing daripada kumpulannya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) |
[PANAS] Adakah Eskay Akan Lakukan Sumpah Laknat Kali Kedua? Posted: 17 Mar 2013 08:31 PM PDT Menarik! Sebuah laman sosial fb, "Ραкαтαη яαкүαт εlεcтισηs ηεωs's photo" memaparkan bagaimana wajah "seseorang" telah diubah untuk mirip kepada "seseorang yang lain" berdasarkan kepada "video" gambar-gambar aksi songsang yang dituduh oleh puak UMNO Anwar sebagai pelakunya. Berdasarkan kepada "analisa" gambar-gambar di dalam slaid video, wajah salah seorang Datuk T yang pernah mengaku bertanggungjawab di dalam penghasilan dan penyebaran video seks edisi 1 satu ketika dulu, iaitu Datuk Eskay Abdullah, telah dibandingkan dengan wajah lelaki yang berada di dalam gambar-gambar berkenaan. Dan, ia agak menggemparkan kerana penemuan menunjukkan saiz, kedudukan dan perwatakannya amat seiras. Persoalan kini, siapa sebenarnya pelaku itu dan siapakah melakukan kerja-kerja dajal yang mengubah wajah tersebut kepada wajah Anwar? Apakah wujud konspirasi yang sama seperti Video Seks lucah yang pertama? Jika Datuk Eskay pernah bersumpah pada 29 April 2011 dulu di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul, apakah beliau pada kali ini akan bersumpah lagi samada untuk menetapkan bahawa gambar itu gambar Anwar atau bersumpah bahawa beliau bukan pelaku di dalam gambar berkenaan? Ini satu lagi analisa yang hampir serupa. Kebenaran akan tetap terbongkar jua akhirnya.
|
Bekas Ketua Pemuda Umno Greenwood Gombak Sertai PAS Posted: 17 Mar 2013 05:15 PM PDT Pengumuman bekas Ketua Pemuda Umno Greenwood, Gombak, Sdr. Zazly menyertai PAS sebentar tadi setelah menjadi lebih kurang 15 tahun menjadi sebagai ketua Umno Greenwood dan sekarang katanya zaman anak muda untuk Pakatan Rakyat. Orang Muda Geng Kita! Anak muda ini baru sahaja menyerahkan borang untuk membuka cawangan baru PAS di Taman Bukit Permata, Sri Gombak Fasa 8. Alhamdulillah, cawangan PAS semakin banyak di Gombak tanda semakin ramai orang bersama PAS. -fb pemudapasgombak |
[VIDEO] Vokalis Rock FTG, Tajul, Serah Borang Sertai PAS Posted: 17 Mar 2013 09:34 AM PDT Penyanyi rock terharu serah borang PAS KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan FTG (Freedom That Gone), Tajul terharu apabila dapat menyerahkan sendiri borang permohonan keahlian PAS kepada Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu. Tajul atau nama sebenarnya Tajul Isni Akbar mengisytihar menyertai PAS pada program 'Malam Seni Untuk Perubahan' di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi sebelum menyerahkan borang kepada Mohamad di hadapan kira-kira 5,000 hadirin. Tajul, 46, turut mengakui beliau sudah lama mengikuti gerakan Reformasi dan mempunyai ramai kawan di kalangan ahli PAS dan PKR. Malah katanya, beliau sering hadir ke program melibatkan parti politik namun belum bersedia untuk 'menonjolkan diri' ketika itu. "Gerakan reformasi ini tidak asing bagi saya. Dari dulu lagi saya dan beberapa kawan yang lain memang menyokong perjuangan rakyat. "Saya pun ramai kawan di kalangan orang PAS, PKR dan mereka selalu ajak saya pergi ke program-program mereka. "Sekarang ni dengan umur macam ini, saya rasa sudah sampai masanya saya ke hadapan dalam perjuangan. Saya pun tak sangka dapat serahkan borang kepada Abang Mat malam tadi," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Bapa kepada dua cahaya mata itu juga berkata, beliau akan meneruskan aktiviti nyanyian dan penulisan lirik dan tidak akan menolak jika diundang membuat persembahan di program melibatkan Pakatan Rakyat. "Kalau mereka jemput saya, tak ada aral saya akan datang. Saya tahu apa yang saya buat ini betul, saya tahu mana yang baik, mana yang buruk. "Yang baik kita sokong, yang buruk kita tentanglah. Sampai bila kita nak tengok rakyat ditindas. "Pada saya, semuanya bergantung pada hati dan niat kita," jelasnya sambil menambah beliau selalu membeli akhbar Harakah dan Suara Keadilan untuk mengetahui isu semasa. Beliau juga menyeru rakan-rakan artis agar berani menyatakan pendirian kerana yakin rezeki itu datang daripada Allah. "Rezeki itu dari Allah. Kepada kawan-kawan, saya mohon tolak ke tepi sifat takut ke depan untuk berjuang," katanya yang berasal dari Ipoh. Tambah beliau juga, beliau akan pulang mengundi di Ipoh walaupun menetap di Kajang. FTG merupakan kumpulan Thrash Metal yang ditubuhkan pada tahun 1989. FTG bergerak secara underground dan pernah melakukan ratusan konsert di seluruh negara dan popular dengan lagu 'Malaysia Maju'. -HD |
Masuk Bolos Keluar Pun Bolos - Apa Sudah Jadi Dengan Tahap Pertahanan Negara? Posted: 17 Mar 2013 07:28 AM PDT Ketua Penceroboh Sulu bolos bukti perairan negara mudah ditembusi BAGAN SERAI 17 MAC: Bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein mempersoal tahap pertahanan negara berikutan perairan negara khususnya di Sabah, terlalu mudah ditembusi. "Ikut media arus perdana, ada dua bot keluar dari perairan kita. Maknanya bolos dan hanya dicekup tentera laut Filipina. Jadi, Orang masuk pun bolos, orang keluar pun senang-senang sahaja. "Itu sebab saya kata, mungkin ada agenda tersembunyi yang kita tak tahu," katanya yang meminta lebih 5,000 hadirin menjawab sendiri persoalan itu, ketika berucap pada Jelajah Merdeka Rakyat di Bagan Serai, Perak malam kelmarin. Beliau merujuk kenyataan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain yang mengesahkan Ketua Penceroboh Sulu, Azzumudie Kiram melarikan diri ke selatan Filipina 15 Mac lalu. Hashim yang pernah berkhidmat di Sabah hairan berikutan berlaku pencerobohan di Lahad Datu yang disifatkannya tidak harus berlaku kerana sistem pertahanan negara berlapis-lapis hingga sukar ditembusi. "Kita buat berlapis. Kumpulan paling rendah sekali – infantri, keupayaannnya terbatas. Mereka jaga di tepi pantai, dilengkapi peralatan untuk awasi kawasan hadapan. "Itu lapisan pertama. Dan kita ada bot-bot tempur yang boleh meronda kawasan laut. Lapisan kedua, kawasan laut luas ditugas kepada TLDM dan TUDM untuk buat pengawasan. "Lapisan ketiga sebelum sempadan antarabangsa, kapal terbang dan bot besar ditempatkan di lautan luas. Jadi berlapis-lapis dan diperkuat pula dengan radar – boleh kesan musuh," katanya. Hashim berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memiliki peralatan canggih dan mahal tetapi mempersoal sama ada ia dibeli dengan harga tinggi tetapi tidak berfungsi kerana kualitinya rendah. "Mungkin juga rosak sebab kurang diselenggara. Mungkin, alat ganti tak ada, tak dibeli. Kontraktor tahu bekal sahaja. Rosak, selenggaraan, bukan dia kira," katanya. Beliau bertugas bersama ATM selama 38 tahun dan pernah bertugas di Sandakan, Sabah; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Islamabad, Pakistan dan Pegawai Kanan di Wisma Putra serta pernah berkhidmat di Bosnia. |
Najib Juga Didakwa Dalang Pencerobohan Di Lahad Datu Posted: 17 Mar 2013 05:04 AM PDT Dakwaan mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kemasukkan penceroboh Selantan Filipina ke Lahad Datu, Sabah, oleh pemimpin Umno-BN dengan berpaksikan kenyataan media luar adalah satu bahan jenaka dunia. Lebih-lebih lagi apabila juga terdapat kenyataan media dari luar Malaysia yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang sebenarnya dalang kepada kemasukkan kumpulan bersenjata Sulu ke Sabah. Sepatutnya, sebuah kerajaan yang penuh kreadibiliti dan mempunyai agensi yang kukuh di bawah naunganya, hendaklah menjalankan siasatan mereka sendiri mengikut prosedur yang ditetapkan. Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dalam reaksinya berkata, menggunakan media untuk membuat tuduhan adalah satu tindakan yang tidak profesional dan kerajaan sepatutnya mengemukakan bukti terperinci. "Sekiranya Datuk Seri Anwar terlibat, maka dia boleh dakwa secara formal. Tidak mungkin kerajaan begitu hebat main tuduh-tuduh begitu sahaja. "Ini kerajaan yang tidak bertanggungjawab kerana tuduhan ini adalah tuduhan yang serius, yang melibatkan keselamatan negara," katanya kepada TVSelangor. Tegasnya, soal keselamatan negara merupakan perkara penting yang perlu diutamakan dan bukan menjadikan individu tertentu sebagai 'kambing hitam' untuk 'menyelesaikan masalah'. Disebalik keghairahan pihak tertentu mengaitkan Anwar, beberapa 'bukti' yang mengkaitikan Najib dengan insiden Lahad Datu telah tersebar hangat di laman sosial. Dalam sebuah artikel portal Manila Buletin Publishing Corporation "Don't Harm Sultan's Men, Nur Warns Malaysia", Pengerusi Fron Pembebasan Nasional Bangsa Moro (MNLF), Nur Misuari ada menyebut nama Najib. "When he was in Jolo, Sulu, over the week, Misuari said that what he heard was that the group of the Crown Prince Rajah Muda Agbimuddin Kiram, younger brother of Kiram, crossed the sea to the island because they were allegedly promised to be settled in Sabah by Prime Minister Dato Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Addul Razak," rujuk portal berkenaan. (Apabila dia berada di Jolo, Sulu, minggu lepas, Misuari berkata dia telah mendengar bahawa kumpulan Putera Mahkota Raja Muda Agbimuddin Kiram, adik Kiram, menyeberangi laut ke pulau itu kerana mereka mendakwa dijanjikan akan ditempatkan di Sabah oleh Perdana Menteri Dato Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Addul Razak. ) Carian Tv Selangor pada pautan http://www.mb.com.ph/article.php?aid=1201&sid=1&subid=1#.UUQrvxzqicO mendapati artikerl berkenaan masih wujud dan boleh diakses. Sebelum ini, beberapa media pro-Umno mendakwa Anwar terlibat di dalam pencerobohan di Lahad Datu berdasarkan laporan media asing. Ekoran itu, Anwar telah memfailkan tuntutan saman berjumlah RM 100 juta masing-masing terhadap akhbar Utusan Malaysia dan Stesen Televisyen TV3. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan