Rabu, 6 Mac 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Anwar jelas sebab Tian Chua, Sivarasa ke Manila

Posted: 06 Mar 2013 04:34 AM PST


NIZAM ZAIN
6 Mac 2013

PETALING JAYA - Naib Presiden PKR, Tian Chua dan bekas Naib Presidennya, Sivarasa Rasiah ke Manila pada 7 Februari lalu semata-mata untuk memperoleh maklumat tentang penipuan membabitkan lebih RM900 juta yang disyaki didalangi anak saudara Ketua Menteri Sabah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum PKR ini berkata, usaha itu penting bagi memastikan maklumat tersebut tidak mengandungi unsur fitnah dan pihaknya cuba mendapatkan pengesahan daripada Kerajaan Filipina berhubung kes itu.

"Mengapa kita harus beri pelindungan, jadi bila kita ketengahkan, maka Siva dan Tian Chua pergi ke Manila untuk mendapat maklumat.

"... kita mahu maklumat yang lebih terang dan kita dapat pengesahan tentang percubaan menipu itu," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Anwar mengesyaki penahanan Manuel Karingal Amalilio di Sabah dilakukan sebagai cubaan untuk menghalang anak saudara Ketua Menteri Sabah itu dari dihantar pulang ke Filipina untuk diadili atas pelbagai salah laku.

"Dalam masa singkat terus ditangkap dan diletakkan dalam lokap, di antara tindakan yang paling cekap dalam sejarah perundangan negara kita.

"... Kerajaan Filipina mengatakan beliau patut dikirim balik supaya siasatan dapat diteruskan," kata beliau sambil mengatakan Manuel didakwa memiliki pasport palsu.

Selain itu, Anwar mendakwa Manuel juga dikaitan dengan penipuan ke atas 15,000 rakyat Filipina di Selatan yang majoritinya beragama Islam.

"Itu dakwaannya (Presiden Filipina, Nono Aqino), ini serius," tegasnya.

Kontroversi Video Di Youtube, Yassin Terima Ugutan Bunuh

Posted: 05 Mar 2013 05:58 PM PST

 http://s4.ohbulan.com/wp-content/uploads/2013/03/yaasin-reformasi1.jpg

Sekiranya minggu lalu pelawak dan penyampai radio terkenal Salih Yaacob berhadapan dengan isu video yang dikatakan memburukkan parti politik di YouTube, terbaru penyanyi yang terkenal menerusi lagu 'Mimpi Laila,' Yassin pula diugut bunuh gara-gara menyanyikan lagu berjudul 'Reformasi' di laman YouTube pada 24 Februari lalu.

Menerusi sebuah akhbar tempatan, Yassin dikatakan telah menerima ugutan daripada dua individu yang menonton video tersebut dan video itu turut mendapat pelbagai respon daripada penonton, sama ada negatif mahupun positif.

http://s4.ohbulan.com/wp-content/uploads/2013/03/Screen-Shot-2013-03-06-at-8.48.31-AM.png

Menurut Yassin, ugutan yang diterima adalah satu perkara serius dan dirinya sendiri telah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membela diri daripada ugutan bunuh berkenaan.

"Perselisihan pendapat adalah perkara biasa dan sebelum ini saya pernah menerima pelbagai pandangan negatif. Namun ugutan bunuh adalah perkara serius.

"Saya tidak tahu sama ada ugutan ini serius atau hanya main-main. Mungkin ada pihak yang tidak berapa senang dengan pelantikan saya sebagai duta Angkatan Muda Keadilan baru-baru ini. Jadi saya telah serahkan kes ini kepada peguam saya untuk diselesaikan."

Menurut laporan yang sama, Yassin turut menyatakan bahawa, kebebasan bersuara seharusnya digunakan dengan cara yang baik dan bukannya dengan cara yang negatif seperti ini.

"Sekiranya saya silap dalam penulisan, kita boleh dialog, boleh mengkritik dengan platform yang betul. Bukan dengan ugut-mengugut begini.

"Saya harap individu terbabit berhentilah daripada melakukan perkara begini kepada sesiapa pun. Kebebasan bersuara perlu digunakan untuk kebaikan bukan untuk mengugut dan mencaci orang lain."

Berikut kami lampirkan video tersebut untuk tatapan anda semua :


Tiada ulasan: