Rabu, 6 Mac 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Rakyat perlu jadi pendesak pulihkan kebebasan media

Posted: 06 Mar 2013 03:45 PM PST

Roketkini.com



KUALA LUMPUR: Rakyat perlu memainkan peranan penting sebagai kumpulan pendesak utama bagi memastikan liputan media adil dan saksama tidak hanya menjelang pilihan raya umum tetapi terus dipraktikkan sebagai medium maklumat bebas kepada semua.

Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC), Anthony Loke Siew Foke, berkata melalui desakan rakyat, parti politik dan masyarakat sivik, wujud sedikit perubahan dalam peranan media negara ini dengan memberi contoh yang dapat dilihat pasca Pilihan Raya Umum 2008.

Ini antara lain dapat dilihat melalui trend laporan akhbar utama negara ini yang memberi laporan neutral dan bebas seperti Sinar Harian selain wujud banyak siri debat isu semasa yang disiarkan secara langsung.

"Di sini kita tidak boleh menafikan peranan Bersih yang berjaya menggerakkan massa rakyat menuntut reformasi pilihan raya dalam negara ini melalui beberapa tuntutan antaranya kebebasan media," katanya ketika membahaskan topik Peranan Media dan Masyarakat Sivik pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13 di Malaysia, di Kelab Taman Perdana Diraja Kuala Lumpur, hari ini.

Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah itu berkata, perubahan yang berlaku dalam peranan media di Malaysia lebih menonjol setelah parti oposisi bergabung membentuk Pakatan Rakyat (PR).

"Pada Pilihan Raya Umum 2004, parti oposisi tidak bersatu, ia menyebabkan Barisan Nasional (BN) menang besar dengan hanya 20 Ahli Parlimen di kalangan oposisi. Kemudian, pada 2005, 2006, berlaku banyak perubahan dalam parti oposisi di mana lebih banyak kerjasama dilakukan dengan kumpulan masyarakat sivil berlandaskan kepentingan bersama," ujarnya.

Tambah beliau, antara memorandum Bersih yang dihantar kepada Yang Dipertuan Agong ketika itu adalah tuntutan supaya pilihan raya di negara ini dijalankan dengan bersih, adil dan telus membabitkan kebebasan media

"Apa yang berlaku selepas itu, SPR memanjangkan tempoh kempen pilihan raya daripada 10 hari kepada 13 hari dan ia memberi beberapa signifikan dan kelebihan kepada parti politik yang bertanding.

"Disebabkan sokongan kuat rakyat, PR dan masyarakat sivil dalam himpunan Bersih 2011, kerajaan menubuhkan PSC di mana banyak mesyuarat dan pendengaran awam berjaya diadakan," ujar beliau.

Menurut Loke, antara usul yang dibincangkan dalam PSC ialah akses kepada media yang lebih adil diberi kepada parti politik.

"Akhirnya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan bahawa mereka bersedia memberi akses yang adil. Tetapi sehingga kini ia tidak berlaku sepertimana yang dimahukan," katanya.

Bagi penulis dan aktivis media sosial, Hishamuddin Rais, media baru berhadapan cabarannya tersendiri dalam menghadapi pilihan raya umum.

"Sebelum kita benar-benar membabitkan sepenuhnya peranan media baru, kita harus melihat kepada 'media lama' yang mana mereka mempunyai pelabur dan sebagainya.

"Dalam media baru, ia tak sama, semua berubah. Tidak ada editor, tidak ada wartawan, tidak ada pelabur, semuanya jadi 'all in one'," kata beliau.

Menurut Hishamuddin, idea kebebasan media perlu diperluaskan lagi kepada idea kebebasan 'hak untuk bebas mencetak' yang akhirnya tidak perlu bergantung kepada media arus perdana.

Beliau turut menyentuh antara perkara yang semakin dilupakan ialah sebaran umum melalui risalah.
"Cetakan risalah kertas ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh oposisi. Inilah caranya. Kita tidak boleh hanya menunggu untuk menggunakan media utama seperti TV3," katanya lagi.

Hishamuddin yang juga seorang blogger berpengaruh menceritakan bagaimana revolusi Islam di Iran boleh berjaya melalui cara pengedaran risalah ini. – Roketkini.com

Kes Lahad Datu; Identiti Penceroboh/ Penyerang Masih Kabur

Posted: 06 Mar 2013 03:43 PM PST

Editor BULETIN

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/lahad-datu-300x208.jpg1.   Peristiwa berdarah di Lahad Datu pada minggu ini adalah satu titik hitam dalam sejarah Malaysia. Kami ingin mengirimkan ucapan takziah atas kematian anggota polis yang tidak berdosa serta ucapan simpati kepada ahli keluarga mereka.

2.   Kami melihat pencerobohan di Lahad Datu sebagai usaha berani sesetengah pihak mempertikaikan kedaulatan negara Malaysia yang tercinta ini. Apatah lagi ada pihak yang masih merasakan mereka punya hak keatas wilayah Malaysia iaitu pantai timur Sabah.

3.   Kami mengakui wujud fakta sejarah yang masih belum diperjelaskan kedudukannya dan ini menjadi hujah pihak-pihak tertentu mempertikaikan kedaulatan Malaysia terhadap Sabah. Apa yang berlaku hasil pertikaian dengan negara jiran iaitu kes Sipadan / Ligitan dan Pedra Branca harus menjadi iktibar agar Malaysia tidak kehilangan wilayah tersebut. Kita masih ingat bagaimana Malaysia kehilangan Pedra Branca kerana kita membenarkan Singapura mengawal kawasan tersebut. Maka kami menganggap Kerajaan Malaysia wajib menggalas tanggungjawab di dalam mempastikan "effective control" keatas wilayah-wilayah sekitar Lahad Datu berada dalam genggaman erat Malaysia. Malangnya apa yang berlaku di Lahad Datu dua hari lepas menidakkan perkara tersebut. 

4.   Kami juga memandang serius mengapa pihak berkuasa mengambil masa yang lama untuk mengambil tindakan keatas penyerang-penyerang yang dikaburkan identitinya. Apakah istimewanya mereka sehingga mereka diberikan masa untuk berbincang dengan pihak berkuasa Malaysia. Kami bimbang kekaburan ini akan menimbulkan kekeliruan dan keresahan di kalangan rakyat bawahan yang mahukan berita yang benar-benar sahih. Bagaimana Menteri Dalam Negeri, Dato' Hishamuddin Tun Hussein boleh membuat kenyataan yang tidak bertanggungajawab iaitu penceroboh dari Sulu itu bukan terroris dan bukan pula militan. Ada pula pihak yang menyatakan polis diperlukan bagi memujuk pihak penyerang meletakkan senjata. Pernyataan-pernyataan yang bertentangan ini menonjolkan kebarangkalian isu ini boleh dimanipulasi pihak-pihak tertentu.

5.   Kami amat sensitif dengan nasib keluarga anggota keselamatan yang gugur di medan juang. Maka kami berharap keadilan dapat ditegakkan bagi mereka. Di manakah Menteri Pertahanan ketika keadaan sedang meruncing. Tanpa mempertikaikan kewibawaan pihak polis, kami tetap merasa amat pelik mengapa kerajaan tidak menghantar tentera darat, laut dan udara untuk menghadapi situasi yang genting ini. Dalam situasi "open combat between armed groups" adalah sangat tidak wajar kerajaan mengerahkan polis yang tidak berdosa bagi menghadapi "situations of military threats".

6.   Sekali lagi kami amat bersimpati dengan anggota polis yang terkorban dan tercedera serta keluarga mereka yang tercinta. Namun kami amat berharap agar semua pihak terlibat mesti bertanggungjawab dan adalah amat malang jika sesetengah pihak boleh cuci tangan sedangkan isteri menjadi balu dan anak-anak menjadi anak yatim.

7.   Kita mesti mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di negara-negara lain. Apabila tentera-tentera mereka maut di medan perang, seluruh negara bersatu menghulurkan simpati dan bantuan. Namun rakyat akan mencari sebab mengapa kejadian yang tidak diingini itu berlaku.

8.   Pada tahun 2006, Sarjan Steven Roberts, seorang tentera Britain maut dalam operasi ketenteraan di Basra, Iraq. Suruhanjaya Khas ditubuhkan dan mendapati beliau masih boleh terselamat jika kerajaan memberikan "bullet-proof body armour" kepada semua anggota tentera yang berada di medan perang. Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri Britain telah dipersalahkan dan hampir sahaja mereka meletak jawatan. Namun apa yang lebih penting, hasil pemikiran kritis rakyat yang tidak menyerahkan segala-galanyanya kepada takdir, penambahbaikan dapat berlaku.

9.   Malangnya di Malaysia, tiada penjelasan konkrit dibuat oleh Perdana Menteri atau Menteri Pertahanan Malaysia. Kami menegaskan bahawa adalah sangat memilukan jika hanya pegawai bawahan yang tampil memberikan penjelasan yang kabur dan penuh was-was. Dan yang memilukan ada beberapa pihak meletakkan keselamatan para penyerang lebih daripada keselamatan anggota keselamatan. Betapa murahnya nyawa anggota keselamatan kita yang berjuang mempertahankan kedaulatan negara. Dan rakyat pula terus dibodohkan dengan penjelasan yang tidak masuk akal seolah-olah tentera tidak berperanan sama sekali.

DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Ketua Lajnah Antarabangsa,
DewanPemuda PAS Malaysia.

Anak-anak Syarikat 'diManipulasi' Untuk Dana Politik Pilihanraya Umno-BN

Posted: 06 Mar 2013 03:42 PM PST

 Skuad BO

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/Haji%20Zul1.pngKEMAMAN - Umno dan Barisan Nasional (BN) telah memanupulasi anak-anak syarikat kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC- Government Link Company) bagi tujuan mengumpul dana politik mengongkosi perbelanjaan pilihanaraya parti tersebut.

Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kemaman Haji Zulkili Md Yakim, mengesahkan satu surat layang telah beredar dikalangan penduduk Kemaman berhubung perkara tersebut memfokuskan urusniaga syarikat Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) dan subsidiarinya Kemaman Supply Base (KSB).

"(surat layang) yang tertumpu kepada (aktiviti) EPIC dan KSB yang diberi (kuasa) oleh ahli-ahli politik........samada peluang perniagaan atau (dan) lain-lain......... bagaimana dia (ahli politik Umno) guna anak-anak syarikat ini untuk mendapatkan dana-dana untuk pilihanraya ini,"jelasnya.

Menurutnya, ada beberapa syarikat yang telah diambil alih oleh pemimpin Umno Bahagian Kemaman antaranya adalah syarikat Kemaman Feeder Services Sdn Bhd.

"bab itu kita tengok (lihat) ada beberapa buah syarikat yang diambil alih......salah satunya syarikat Kemaman Feeder Services........yang mana yang mengambil alihnya (syarikat) ini adalah orang politik juga,

"yang saya boleh sebut di sini......orang yang penting juga dalam Umno Bahagian Kemaman (iaitu) Bendahari Umno Bahagian Kemaman dan kuncu-kuncunya,"katanya.

Beliau yang juga seorang ahli perniagaan berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Ceramah Motivasi dan Penerangan Pilihanraya yang diadakan di Kampung Mak Chili, Chukai disini pada Selasa malam 5 Mac. [Lihat Video]
Menurutnya, bagaimana halatuju syarikat-yarikat ini dan manupulasi yang berlaku adalah dibawah petunjuk dan pengaturan Menteri Besar Terengganu yang juga Ketua Bahagian Umno Kemaman, Dato' Seri Ahmad Said.

Oleh kerana itu, kata beliau, banyak peluang-peluang perniagaan kepada kontraktor-kontraktor Melayu dan peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak Kemaman terjejas kerana urusniaga yang dibolot oleh kelompok Umno yang menguasai syarikat-syarikat terbabit.

"Banyak peluang-peluang pekerjaan atau peluang-peluang perniagaan kepada kontraktor Melayu terjejaslah.............disebabkan oleh segelintir kroni-kroni ini sahaja yang menguasai anak-anak syarikat-syarikat kerajaan negeri......lebih-lebih lagi dalam KSB,"katanya lagi.

Beliau berkata, pendedahan beberapa perkara lagi berhubung 'manupulasi' GLC's  akan dibuat pada masa terdekat apabila tiba masa yang sesuai.

Nafi projek lebuh raya, terowong dalam laut P. Pinang dilaksana syarikat modal berbayar RM2

Posted: 06 Mar 2013 03:37 PM PST

Roketkini.com



GEORGE TOWN,: Pengerusi Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd, Datuk Zarul Ahmad Zulkifli menafikan dakwaan projek tiga lebuhraya dan terowong bawah dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion akan dilaksanakan syarikat bermodal berbayar hanya RM2.

Katanya, dakwaan pemimpin Barisan Nasional seperti yang dilaporkan setengah akhbar hari ini adalah salah kerana projek berkenaan akan dilaksanakan empat syarikat dengan modal berbayar keseluruhan sebanyak RM4.5 bilion.

Beliau berkata, konsortium projek itu berjaya dalam tender terbuka dan telus yang dijalankan sejak 2011 untuk membina lebuhraya utama daripada Tanjung Bungah ke Teluk Bahang, Bandar Baru Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (LCE) Persiaran Gurney ke Lebuhraya LCE dan sebuah terowong bawah dasar laut daripada Persiaran Gurney dan Bagan Ajam.

"Kenyataan yang dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Farizan Darus dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mokhtar Mohd Jait 4 Mac lalu bahawa Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd adalah sebuah syarikat special purpose vehicle (SPV).

"Rakan kongsi syarikat itu Zenith Construction Sdn Bhd bersama China Railway Construction Corporation Ltd dengan ekuiti 70% dan modal berbayar masing-masing sebanyak RM3.5 juta dan RM4 bilion.

"Beijing Urban Construction Group pula dengan ekuiti 10% dan modal berbayar RM 541 juta, Sri Tinggi Sdn Bhd ekuiti 10% dan modal berbayar RM 3.7 juta dan Juteras Sdn Bhd dengan ekuiti 10% dan modal berbayar RM1 juta," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zarul Ahmad berkata, keseluruhan modal berbayar empat syarikat berkenaan adalah RM4.5 bilion yang memenuhi kriteria kerajaan negeri yang meletakkan modal berbayar minima RM381 juta.

Menurutnya, Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd mempunyai modal berbayar RM2 kerana ditubuhkan khas oleh empat syarikat terbabit untuk membida projek itu dan akan dibubarkan jika gagal dalam tender itu, sebaliknya jika berjaya SPV dan empat rakan kongsi atau pemilik saham mestilah menandatangani surat penerimaan secara langsung dengan kerajaan negeri.

"Dengan kata lain bukan hanya sepucuk surat penerimaan tetapi terdapat lagi empat (lima semunya) surat penerimaan untuk memastikan ia dijalankan oleh syarikat induk masing-masing dan bukannya hanya dengan Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd.

"Oleh itu adalah tidak benar sama sekali bahawa projek RM6.3 bilion itu akan dilaksanakan oleh syarikat bermodal RM2 sebaliknya oleh empat syarikat dengan modal sebanyak RM4,549.2 juta," ujarnya.

Menurut beliau, apabila kontrak formal dimuktamadkan selepas perbincangan lanjut beberapa bulan lagi, semua syarikat rakan kongsi diperlukan untuk menandatangani surat perjanjian bagi memastikan projek ini dijalankan oleh syarikat induk yang berprestij.

Katanya, China Railway Construction Corporation Ltd dan Beijing Urban Construction Group adalah syarikat pembinaan gergasi dari China yang berpengalaman melaksanakan projek besar seperti keretapi, terowong dan Stadium Olimpik "Bird Nest" di Beijing. – Roketkini.com

UMNO/BN Terengganu Gadai Tanah Warisan 15.0 Hektar Di Mukim Kerteh

Posted: 06 Mar 2013 03:30 PM PST

 Mohd Tishaah

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/Alias%20Abdul%20hamid.jpgKEMAMAN – Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Kemasik, Ustaz Alias Abdul Hamid mempersoalkan kredibiliti kerajaan UMNO/BN Terengganu yang gagal mempertahankan tanah milik Kerajaan Negeri sehingga tergadai ke tangan orang lain.

Beliau menyatakan kekesalannya terhadap sikap dan pertanggungjawapan Ahmad Said selaku Menteri Besar di majlis penerangan yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu di Dataran Mak Chili, Kemaman malam semalam.

'Saya difahamkan ada sebidang tanah di Mukim Kerteh, berhampiran dengan Lapangan Terbang Kerteh seluas 15.0 hektar milik Lembaga Amanah Warisan Negeri Terengganu telah dilelong oleh sebuah institusi kewangan dan pembida yang berjaya membelinya ialah seorang Tionghua dari Pulau Pinang', terang Ustaz Alias Abdul Hamid.

'Inilah dia wajah sebenar pemimpin UMNO yang masuk keluar kampong berkata pejuang Agama, Bangsa dan Negara, tanah milik rakyat sendiri tergadai di depan mata kita dalam sekelip mata', ulasnya lagi.
Majlis penerangan isu – isu semasa tersebut dihadiri oleh Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dan semua kepimpinan PAS Kawasan Kemaman.

Beliau yang merupakan Setiausaha PAS Kawasan Kemaman memaklumkan tanah 15.0 hektar tersebut telah digadai kepada sebuah bank pada 1997 untuk dibangunkan satu projek yang dikenali sebagai Bandar Baru Kerteh Jaya yang mengandungi 432 lot rumah bercampur.

'Akibat kegagalan kerajaan UMNO/BN membayar pimjaman, bank telah melelong tanah tersebut melalui satu lelongan awam yang diadakan pada 18hb Julai 2012 lepas dan bermula dari tarikh itulah sebidang tanah orang Melayu seluas 15.0 hektar bertukar milik dan tergadai', terangnya lagi.

Ustaz Alias menyeru seluruh masyarakat menumbangkan UMNO/BN di Terengganu yang tidak boleh diharap menjaga kepentingan orang Melayu.

Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan sikap sambil lewa kerajaan UMNO/BN dalam mempertahankan tanah di Mukim Kerteh tersebut dan rakyat sepatutnya sedar dan insaf dengan peristiwa malang tersebut.

PKR Dedahkan Umno-BN Bayar Penulis Pro-Israel Hentam Anwar

Posted: 06 Mar 2013 04:48 AM PST


nik-nazmi batik 01

PETALING JAYA,: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan dokumen transaksi yang melibatkan pembayaran terhadap konsultan perhubungan awam Amerika Syarikat (AS) untuk menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pendedahan ini ekoran pengesahan yang dibuat bekas penulis ucapan Presiden Amerika Syarikat minggu lalu, Joshua Trevino.

Joshua telah memfailkan rekod kepada Kerajaan AS bahawa beliau telah dibayar kerajaan Malaysia menerusi APCO Worldwide di dalam kempen mempromosikan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan menyerang Anwar.

Rekod tersebut mendedahkan, Trevino dibayar AS$389,724.70 (RM 1,209,511.82) oleh kerajaan Malaysia, parti pemerintah Umno-BN ataupun kepentingan yang berkaitan.

Menurutnya, Najib perlu menjelaskan berapa banyak wang rakyat yang dibayar kerajaan kepada konsultan perhubungan awam, khususnya luar negara untuk menulis bahan-bahan anti-Pakatan Rakyat dan anti-Anwar.

"Selain daripada APCO di AS dan FBC di United Kingdom (UK) di manakah lagi BN melantik konsultan pembangkang dan siapa yang terlibat dalam melantik konsultan ini?

"Apakah bahan yang diberikan kepada konsultan-konsultan ini mengenai bahan-bahan berkaitan Anwar Ibrahim memandangkan kebanyakan kerja yang dibuat adalah untuk menyerang semata-mata?" Soalnya pada satu sidang media di Ibu Pejabat PKR.

Selain itu, Nik Nazmi turut membangkitkan adakah kerajaan sedar bahawa konsultan yang dilantik terkenal dengan pandangan ekstrem, anti-Islam, anti-Ikhwanul Muslimin serta penyokong tegar Israel.

Pada Ogos tahun lepas, Trevino dipaksa meletak jawatan sebagai kolumnis akhbar di UK, The Guardian berikutan beliau tidak menggumumkan peranannya sebagai konsultan kepada FBC Media dimana beliau menulis memuji tentang ciri-ciri 'kesederhanaan' Najib.

Pada 2011, Najib mengakui bahawa kerajaan membayar RM 94 juta kepada FBC Media antara 2007 hingga 2010.

FBC turut membayar AS $70,000 (RM 217,279.77) kepada APCO Worldwide untuk melobi kerajaan AS mewakili pentadbiran Najib.

Rengkasan Operasi Daulat Hari Kedua: Jangan Sangsi?

Posted: 06 Mar 2013 04:40 AM PST

MSO
[penjelasan] Ertinya sembilan mayat yang ditemui dari dalam lubang kubur itu bukan mayat penceroboh yang maut dalam operasi semalam. Semalam dilaporkan 30 penceroboh maut, tetapi mayatnya tidak ditemui. 8:06 pm.

Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi agak cenging sedikit semasa mengadakan sidang akhbar berhubung operasi Daulat menggempur penceroboh di Lahad Datu sekejap tadi. Beliau tampil memberi bukti-bukti kejayaan operasi itu bersama Menteri Dalam Negeri Hishmuddin Hussein dengan menunjukkan beberapa keping mayat penceroboh.

Zahid menunjukkan gambar lubang kubur.
Zahid memaklumkan operasi berkenaan telah membunuh 13 penceroboh termasuk seorang di sebelah pagi tadi.

Kedua menteri yang bertanggungjawab secara langsung terhadap apa yang berlaku di Lahad Datu Sabah itu kelihatan kepenatan dan resah menanti detik penamat kepada peperangan itu. Zahid awal pagi tadi dilaporkan berjanji untuk menunjukkan bukti kejayaan operasi bersama itu dengan menunjukkan gambar korban di pihak musuh.

Mungkin ada pertikaian daripada pihak media atau orang ramai yang akan melaporkan berdasarkan fakta fatal bukannya andaian dan persepsi semata-mata. Sifat wartawan ia akan melapor apa yang dilihat dan didengar dan bukan membuat andaian, apa lagi perang saraf.

Kenapa Zahid atau Hishmuddin didesak begitu hebat sekali? Ini mungkin ada sangkut paut dengan pemanipulasi media atas talian baik oleh pihak yang pro musuh ataupun akhbar pro kerajaan. Sedangkan laporan itu bercanggah sama sekali di mana percanggahannya begitu ketara. Semacam media kerajaan bergaduh pula dengan pihak media lain.

Pihak media pro kerajaan menghantar mesej-mesej liar mengatakan pasukan Kelantan kita berjaya membunuh sekurang-kurang 30 orang selepas serangan bersepadu semalam. Ada akhbar yang lidah hitam menyebut dalam operasi itu Agbimuddin Kiram yang menjadi kepala kepada pencerobohan itu sendiri meninggal dunia.

Laporan itu bagaimana pun disanggah oleh pihak Kesultan Sulu menerusi Puteri Jacel Kiram yang memberi tahu Agbimuddin masih hidup. Sebagai buktinya beliau berhubung melalui radio dengan abangnya Sultan Jamlul Kiram.

Penafian itu menyebabkan timbul kekeliruan laporan dipihak mana yang benar. Malang lagi tidak ada mana-mana pihak yang membuat penafian. Ketua Polis Negara, Ismail Omar pula hanya menyebut operasi semalam telah membunuh 30 orang penceroboh dan menjelaskan tiada mana-mana anggoata kita yang tercedera apa lagi maut. Mayat penceroboh yang maut itu juga tidak ditemui.

Kepelbagai maklumat dan fakta itulah menyebabkan media celaru dan orang ramai sukar untuk menerima maklumat dari pihak mana yang boleh dipertanggungjawabkan. Kecelaruan ini menjadi wujud berbagai persepsi positif dan negatif terhadap apa yang berlaku di Lahad Datu khas dan Sabah amnya.

Dan baru 20 minit tadi Zahid muncul secara langsung sekali lagi bersama Hishmuddin memberi sidang akhbar. Zahid siap dengan beberapa keping foto (stil foto) menunjukkan mayat di pihak penceroboh bergelempangan. Begitu melihat mayat-mayat itu entah, saya teringat kepada mangsa tsunami di Aceh hampir 10 tahun lalu. Mayat-mayat itu sudah membengkak, lebam dan kehitaman. Semua wajah mayat itu ditelengkupkan.

Menurut Hishmuddin itulah gambar yang dapat disiarkan kepada umum kerana ianya tidak menggngerikan. Zahid menambah gambar itu akan direleasekan kepada umum menerusi media massa. Semua media massa (terpilih) akan dibekalkan gambar berkenaan. Esok sudah pasti gambar mayat penceroboh itu akan terpampang di muka hadapan semua akhbar utama negara. Bagaimana pun ia masih dipertikaikan selagi pihak penceroboh atau mana-mana pihak yang bebas tidak mengesahkannya.

Zahid juga turut sama menunjukkan gambar sebuah kubur yang digunakan oleh penceroboh untuk mengembumikan mayat penceroboh. Bolah jadi juga gambar yang bergelimpangan yang lebam sudah membengkak tadi adalah gambar yang sudah dikebumikan?

Semasa insiden di hari pertama pihak Sulu mengakui seramai 12 orang puaknya terkorban dan sudah dikebumikan. Perkara ini diakui sendiri oleh Agbimuddin ketika menghubungi pihak kesultan Sulu kelmarin. Di mana kata Agbimuddin, mereka akan terus berjuang. Percakapan itu dilaporkan dibuat selepas mereka mengembumikan mayat orang-orangnya.

Saya tidak mahu mengatakan apakah gambar mayat yang ditunjukkan Zahid tadi adalah gambar mayat yang digali dari kubur? Setakat ini marilah kita sama-sama menerima ia sebagai benar mayat yang meninggal disebabkan bom.

Perlu difahami jenayah dan segala peralatan perang yang dirampas adalah bukti tuntas dan berharga kepada mana-mana pihak. Bukti itu akan menjadi penyuntik semangat kepada satu pihak dan akan melemahkan pihak lain. Dalam apa pun perang, serangan psikologis lebih berkesan dari serangan fizikal.

Pun begitu hak kerajaan untuk menyiarkan apa saja bahan bukti akan kejayaan itu. Tetapi bukan menjadi hak kerajaan untuk memaksa orang ramai mempercayainya. Dalam dunia bebas maklumat ini sudah tentu semua maklumat itu diambil, dirumus dan dipertimbangkan untuk diterima atau tidak.

Seperti saya catat didalam Facebook sekejap tadi, pihak kerajaan boleh menambahkan bukti kejayaan mereka itu dengan menyiarkan rakaman video (visual-odio) ke atas mayat-mayat berkenaan. Gambar itu nanti kalau boleh jangan disunting seperti gambar peristiwa Memali atau pun tragedi al-Ma'uanah. Patuh prinsip mahkamah ia tidak akan menerima sesuatu bahan bukti itu kalau ia sudah terusik.

Tentu ada rakaman, anggota PDRM dan ATM tentu ada yang membawa perakam video. Siar dan tayanglah rakaman video itu di dalam bentuk yang tidak terusik dan asli. Rasanya rakaman video itu lebih diyakini berbanding foto-foto yang ditunjukkan oleh Zahid tadi.

Kita gembira dan bersyukur kalau operasi itu berjaya dan musuh lari meninggalkan tanah air kita. Kita mahu hidup aman dan damai. Tetapi kalau kita melakukan penipuan kepada diri kita sendiri ia adalah sesuatu yang malang.

Saya percaya Zahid dan Hishmuddin ada pergi atau memasuki kawasan pengelidahan dan pembersihan "moping-up" yang sedang dilakukan selepas serangan bom, mortar dan gerak gempur itu. Jadi tunjuklah sekali gambar Zahid dan Hishmuddin bersama mayat-mnayat penceroboh itu. Saya tidak berfikir Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri kita berada jauh dari luar zone perang dan hanya mengadakan sidang akhbar di bilik berhawa dingin di pusat media di Felda Sahabat

Selangor Catat Pelaburan RM 49.75 bilion, Kekal Destinasi Pelaburan Utama

Posted: 06 Mar 2013 04:35 AM PST


YB Teresa Kok Purple Mic 01

SHAH ALAM : Selangor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM 49.75 bilion untuk sepanjang 2008 – 2012 dengan berjaya mengekalkan prestasi negeri itu sebagai destinasi pelaburan utama negara ini.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok berkata, sepanjang 2012, Selangor mencatatkan pelaburan sebanyak RM 11.7 bilion dengan 252 projek perkilangan diluluskan.

Jumlah itu 28.5 peratus daripada jumlah keseluruhan nilai pelaburan negara. Ia juga adalah 31 peratus daripada keseluruhan projek yang diluluskan di Malaysia.

Pada 2012 juga, Selangor mencatatkan pertumbuhan pekerjaan yang terbesar di Malaysia iaitu sebanyak 22,719 peluang pekerjaan atau 30 peratus daripada jumlah keseluruhan negara.

"Negeri Selangor mencatatkan prestasi yang amat cemerlang di mana Selangor masih mendahului negeri-negeri lain dari segi bilangan projek yang diluluskan dan nilai pelaburan yang diterima," kata Teresa.

Ujar Teresa, dalam tempoh 2008 – 2012 juga, Selangor mencatatkan jumlah kelulusan projek perkilangan tertinggi iaitu sebanyak 1,420 projek dengan 123,067 potensi peluang pekerjaan yang berjaya diwujudkan.

"Dari jumlah pelaburan yang diluluskan, sebanyak RM 7.3 bilion (62 peratus) adalah daripda pelaburan tempatan dan sebanyak RM 4.4 bilion (38 peratus) daripada pelaburan asing," katanya dalam sidang media di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Sebanyak 156 projek merupakan projek baru dengan nilai pelaburan berjumlah RM 8.1 bilion dan sebanyak 96 projek merupakan projek pembesaran dengan nilai pelaburan berjumlah RM3.5 bilion.

Dari segi daerah, Petaling mencatat pelaburan tertinggi sebanyak RM4.3 bilion dengan 97 projek. Ini diikuti Hulu Langat sebanyak RM2.2 bilion dengan 6 projek dan Daerah Klang dengan nilai pelaburan RM1.7 bilion dengan 58 projek.

Wakil PKR Ke Manila Untuk Siasat Kes Amalilio

Posted: 06 Mar 2013 04:30 AM PST


anwar67

PETALING JAYA: Pemergian dua Wakil PKR ke Manila  tidak mempunyai kaitan dengan konflik semasa di Lahad Datu, Sabah sebaliknya menuntut penjelasan terhadap dakwaan penipuan yang melibatkan individu yang dikehendaki polis Filipina, Manuel Karingal Amalilio.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pemergian Naib Presiden PKR, Tian Chua bersama peguam R Sivarasa pada 7 Februari lalu bertujuan mendapatkan maklumat sebenar berhubung kes berkenaan.

Ini kerana menurut Anwar, kes membabitkan Amalilio agak menghairankan berikutan tindakan pantas pihak berkuasa Malaysia seperti mana didakwa Tian Chua sebelum ini bagi menggelakkan deportasi Amalilio ke Filipina.

Amalilio dipenjara selama dua tahun atas tuduhan memiliki pasport palsu, selepas majistret memutuskan hukuman tersebut di wad Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu 4 Januari lalu.

"Dalam masa singkat terus ditangkap dan diletakan dalam lokap. Disyaki mengelak untuk dikirim (pulang) ke Filipina.

"Dia punyai dua pasport. Satu Malaysia dan satu Filipina. Dia didakwa mempunyai pasport palsu Filipina.
"Jadi Kerajaan Filipina mengatakan sepatutnya dikirim balik untuk siasatan," jawab Anwar.

Hasil pertemuan dengan pihak berkuasa negara itu mengesahkan pasport Filipina yang dikeluarkan kepada Amalilio pada 2009 adalah tulen dan sah.

Amalilio yang mempunyai hubungan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman didakwa terlibat didalam kes penipuan terhadap lebih 15,000 orang rakyat Filipina, majoritinya umat Islam yang membabitkan wang bernilai hampir RM900 juta (12 bilion peso).

Anwar sebelum ini mendesak kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan kerjasama kepada kerajaan Filipina demi memastikan isu ini tidak menggangu sebarang hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara.

Pensyarah: Terowong P Pinang tak relevan pada masa sekarang

Posted: 06 Mar 2013 04:27 AM PST



 
Pulau Pinang tidak perlukan satu lagi jambatan atau terowong untuk tempoh 20 tahun akan datang kerana infrastruktur yang ada hari ini sudah memadai, kata seorang pensyarah.

Pensyarah Perancangan Bandar dan Wilayah UiTM Prof Madya Ahmad Fuzi Arshad berkata cadangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk mewujudkan terowong bawah laut yang menghubungkan pulau itu ke tanah besar dilihat tidak relevan berdasarkan keperluan semasa.

Beliau berkata apa jua perancangan ia perlu dibuat berdasarkan kepada keperluan dan penilaian isi padu lalu lintas oleh pakar pengangkutan.

"Saya tidak nampak keperluan untuk membina terowong ini dalam masa 20 tahun ini sebab Jambatan Pulau Pinang yang sedia ada dan projek jambatan Pulau Pinang kedua sudah mencukupi buat masa sekarang. Lainlah kalau satu daripada jambatan ini runtuh," katanya kepada Bernama.

Lim baru-baru ini mengumumkan pembinaan terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion bagi menghubungkan Gurner Drive di pulau dengan Bagan Ajam sebelah tanah besar bertujuan mengurangkan kesesakan serta berpeluang menambah pendapatan negeri itu.

Ahmad Fuzi berkata kalau hendak ikutkan laluan Singapura dan Johor lebih tinggi isi padu lalu lintasnya berbanding di Pulau Pinang, dan pada pandangannya setiap pakar pengangkutan boleh menjangkakan pertambahan kenderaan di atas jalan raya dan akan membuat perkiraan serta menentukan masa yang sesuai untuk dibina sesuatu terowong atau jambatan.

Projek yang dijangka menelan belanja RM8 bilion itu merupakan janji yang sukar ditepati dan kos buat terowong ini lebih mahal daripada jambatan, dan sudah semestinya memerlukan campur tangan kerajaan pusat dari segi peruntukan serta akan melibatkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam, katanya.

Ahmad Fuzi berkata kos juga boleh meningkat mengikut harga pasaran mentah semasa dan kalau tidak cukup bajet, mungkin pihak swasta akan ambil alih dan jika keadaan ini berlaku, rakyat yang terpaksa membayar dan ini akan menimbulkan isu lain pada masa hadapan.

Pengarah Urusan AJM Planning and Urban Design Group Norliza Hashim turut bersetuju dengan pandangan Ahmad Fuzi bahawa projek itu tidak relevan pada masa ini, dan tidak menjadi satu keperluan memandangkan jambatan kedua dijangka siap September ini.

"Banyak lagi alternatif yang lebih efisien dan tidak menelan belanja yang tinggi misalnya meningkatkan kapasiti jambatan Pulau Pinang seperti mengadakan laluan kereta api atau LRT (Transit Aliran Ringan) pada satu daripada lorong jambatan itu," katanya.

Norliza juga mencadangkan kerajaan atau pihak swasta memajukan sistem pengangkutan air di Pulau Pinang seperti mewujudkan teksi air yang sangat popular seperti di New York (Amerika Syarikat), Cardiff (United Kingdom) dan Melbourne (Australia)-Bernama

K'jaan S'gor biayai lebihan nilai aset pemegang konsesi

Posted: 06 Mar 2013 04:25 AM PST



 
Kerajaan Negeri Selangor berkata ia akan membiayai sebarang lebihan nilai aset yang mungkin timbul susulan proses kajian daya maju terhadap aset air pemegang konsesi air di negeri ini yang dicadangkan untuk diambil alih.
  
Empat pemegang konsesi air itu ialah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Konsortium Abass Sdn Bhd (ABASS).
  
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata liabiliti tertunggak pemegang konsesi juga akan ditangani sebagai sebahagian daripada proses pengambilalihan.
  
Beliau berkata pegawai kerajaan negeri dalam perbincangan dengan beberapa pembiaya tempatan dan antarabangsa yang telah menunjukkan minat untuk menyediakan sokongan kewangan untuk proses pengambilalihan berkenaan.  
  
"Oleh itu, tidak perlu bagi pemegang konsesi air untuk menunggu pengesahan oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) mengenai pelupusan aset air sebelum menerima tawaran pengambilalihan negeri sebanyak RM9.65 bilion.
  
"Kerajaan negeri berharap kenyataan ini akan mempercepatkan perbincangan untuk memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Selangor.
  
"Sejak tawaran itu dibuat pada 20 Feruarib, Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pemegang saham Splash, Abass, Puncak Niaga dan Syabas," kata Khalid.
  
Puncak Niaga Holdings Bhd, pemegang saham yang mengawal PNSB dan Syabas, juga telah melalui surat bertarikh 27 Februari 2013 dan dua surat lain bertarikh 4 Mac 2013 meminta penjelasan mengenai pelbagai perkara mengenai tawaran KDEB di mana  KDEB menjawab melalui surat bertarikh 28 Februari 2013 dan 5 Mac 2013.
  
Antara penjelasan yang diminta oleh Puncak Niaga adalah sama ada nilai aset air melebihi nilai liabiliti tertunggak kepada PAAB.
  
Khalid berkata sebelum ini bagi pembayaran sebarang lebihan nilai aset kepada pemilik aset yang dibuat oleh PAAB seperti yang dijalankan dalam pemerolehan aset air di Johor dan Melaka.
  
Walaupun KDEB telah mengadakan perbincangan awal dengan PAAB berhubung  pelupusan aset air, rundingan rasmi hanya boleh diadakan selepas perjanjian pada dasarnya diperoleh daripada para pemegang saham syarikat konsesi air masing-masing di Selangor, katanya.
  
Beliau bagaimanapun berkata, Puncak Niaga mahukan pengesahan daripada PAAB mengenai lebihan nilai aset.
  
"Dalam hal ini, KDEB, susulan perundingan dengan kerajaan negeri, bersedia untuk membiayai apa-apa lebihan nilai aset yang mungkin timbul berikutan proses kajian daya maju aset air," katanya.- Bernama

RM100,000 pada setiap keluarga anggota terkorban

Posted: 06 Mar 2013 04:18 AM PST



 
Kerajaan negeri Sabah akan memberi sumbangan sebanyak RM100,000 kepada setiap keluarga anggota keselamatan yang terkorban di Lahad Datu dan Semporna.
  
Ketika mengumumkan perkara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata kabinet negeri yang membincangkan perkara itu turut bersetuju memberi sumbangan sebanyak RM50,000 kepada anggota keselamatan yang cedera dalam kedua-dua kejadian itu.
  
"Di samping itu, kerajaan negeri akan mempertimbang pemberian bantuan lain yang sesuai kepada balu dan anak-anak anggota serta pegawai polis terbabit," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet Sabah di Wisma Innoprise, di Likas hari ini.
  
Musa berkata kerajaan negeri dan seluruh rakyat Sabah amat menghargai dan menyanjung tinggi jasa serta pengorbanan pasukan keselamatan dalam mempertahan kedaulatan negara.
  
"Sesungguhnya pengorbanan mereka terhadap negara memang besar maknanya yang tidak dapat dinilai dengan apa sekalipun," katanya.
  
Lapan anggota polis terkorban dan empat yang lain cedera dalam insiden pencerobohan pengganas asing di pantai timur Sabah pada Jumaat dan Sabtu lepas. - Bernama

Kes saman fitnah Zahid terhadap Rafizi 12 Jun

Posted: 06 Mar 2013 04:17 AM PST



 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 12 dan 13 Jun untuk perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli berhubung satu artikel di dalam laman blog.
  
Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong menetapkan tarikh tersebut dengan dihadiri peguam Latheefa Koya bagi pihak Mohd Rafizi dan Saseedharan Menon yang mewakili Ahmad Zahid.
  
Pada 25 Jan lalu Ahmad Zahid memfailkan saman tersebut dan mendakwa Mohd Rafizi (defendan) menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom.
  
Ahmad Zahid berkata artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk dibaca orang awam.
  
Ahmad Zahid menuntut gantirugi am dan khas, gantirugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat surat khabar tempatan, empat bahasa selama dua hari.
  
Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya.- Bernama

Benarkah negara kita selamat?

Posted: 06 Mar 2013 04:11 AM PST

ASPAN ALIAS


Kalau difikirkan sedalam-dalam apa yang berlaku di Sabah sejak tiga minggu yang lepas dan hasilnya (kematian lapan orang anggota keselamatan) yang kita terima, kita sedang berada di dalam keadaan yang begitu 'crucial'. Masalah bagi kita pula dalam menghadapi isu seperti ini, kita tidak dapat memberikan komen kerana pihak kerajaan akan menjawab yang isu keselamatan seperti ini bukannya orang awam seperti kita untuk membuat komen.

Tetapi dalam keadaan sekarang rakyat berhak untuk memberikan komen-komen kerana negara ini adalah hak rakyat dan merasakan keresahan dengan tahap keselamatan negara kita yang tercinta ini. Rakyat yang begitu lantang mengkritik tentang kelalaian kerajaan tentang pendatang asing ini tidak digemari oleh mereka yang membawa masuk mereka (pendatang asing) ini dahulu.

Rakyat merasakan tindakan membawa masuk pendatang asing itu sebagai satu pengkhianatan kepada negara tidak disukai oleh pihak yang mahukan pendatang asing itu berada di sini kerana politik dan kepentingan peribadi mereka. Bak kata perpatah 'sudah terantuk baru hendak mengadah' itu benar-benar terjadi. Tidak salah lagi pandangan orang ramai yang tindakan pimpinan negara memberikan kad pengenalan kepada ratusan ribu rakyat asing di Sabah dahulu merupakan satu isu keselamatan kepada negara kita.

Pencerobohan yang dilakukan oleh pengikut Sultan Sulu itu adalah pencerobohan yang dilakukan oleh mereka yang kita kenali. Malahan ketua kumpulan penceroboh itu adalah anak menantu kepada salah seorang ketua cawangan UMNO di Sabah dan seorang lagi penceroboh itu adalah Besan kepada seorang lagi ketua cawangan UMNO di negeri bawah bayu itu.


Pasukan Polis kita tidak pula kekemampuan untuk berhadapan dengan kumpulan bersenjata ini mungkin kerana tidak ada pengalaman berhadapan dengan situasi sebegini. Setakat ini PDRM hanya berpengalaman berhadapan dengan rakyat sendiri yang tidak bersenjata seperti peserta rally Bersih dahulu sahaja. Kalau dengan rakyat sendiri yang lemah dan tidak bersenjata Polis kita menunjukkan garang mereka yang hebat-hebat.

Pencoroboh ini mungkin mempunyai kad pengenalan negara kita juga dan tempat mereka mendarat itu merupakan tempat yang mereka begitu 'familiar' dan bukannya tempat yang asing bagi mereka. Mereka begitu mengenali selok belok Lahat Datu, Kunak mahupun Semporna dan tidak menjadi masalah bagi mereka untuk bergerak secara mudah jika mereka melakukan pencerobohan.

Apabila 'incursion' ini berlaku satu perkara yang menjadi kehairanan bagi banyak orang awam yang memerlukan perlindungan pihak keselamatan kita bertanya, 'kenapa Polis pula yang mengendalikan isu ini, kenapa tidak tentera kerana ini melibatkan 'invasion' orang asing dan kenapa begitu mudah nyawa anggota keselamatan kita melayang?' Rakyat bertanya lagi kenapa tunggu sampai hampir tiga minggu untuk bertindak?

Apakah sebabnya begitu ramai anggota kita yang mati untuk berhadapan dengan hanya 200 orang penceroboh ke negara kita ini. Berapakah jumlah korban yang terpaksa kita alami jika seribu orang yang menceroboh? Secara matematiknya jika dua ratus orang penceroboh kita terpaksa mengorbankan 8 orang maka jika seribu orang yang menceroboh adakah kita terpaksa mengorbankan 40 orang?

Kenapa Najib tunjukkan sangat kenaifan beliau semasa memberikan sidang media tentang kematian anggota kita sedangkan beliau telah menjadi Menteri Pertahanan selama banyak tahun dulu? Kenapa Najib boleh berani bercakap yang anggota kita telah tertipu oleh musuh yang telah mengangkat bendera putih (menyerah) dan menembak anggota kita semasa anggota kita menghampiri mereka yang sudah mengangkat bendera putih itu?

Kata-kata Najib itu menampakkan sangat kenaifan beliau dan kata-kata beliau itu didengar oleh orang ramai, samada orang tempatan atau masyarakat antarabangsa. Tahukah Najib jika musuh itu yang mengangkat bendera putih adalah satu SOP (Standard Operation Procedure) yang pihak yang mengangkat bendera putih itu meletakkan senjata dan bergerak kepada pihak kita, bukannya kita yang bergerak kepada mereka?  

Tetapi dalam kes ini Najib mengatakan yang anggota kita yang pergi menghampiri mereka yang mengangkat bendera putih itu. Bukankah ini membayangkan yang kita tidak mampu untuk memahami perkara yang mudah dan persoalannya bagaimana kita hendak mempertahankan negara kita jika kita diserang oleh musuh yang mempunyai senjata yang banyak dan bersama dengan persenjataan yang canggih?

Salahkah kita rakyat awam ini merasakan yang kita akan 'crash even before taking off' jika kita diserang oleh negara jiran yang mempunyai persenjataan yang canggih? Jika kita tidak tahu untuk mengendalikan kumpulan musuh yang menyerah diri bagaimanakah pihak kita hendak berperang dalam peperangan yang besar jika ia berlaku kepada negara kita?

Sekarang baru kita sedar yang selama ini pihak musuh telah bersedia untuk melakukan serangan terhadap negara kita dan kelalaian kita selama ini tidak membolehkan kita menyalahkan pihak mana-mana selain daripada menyalahkan diri kita sendiri. Walaupun ramai rakyat merasakan yang mereka tidak mempunyai tahap keselamatan yang kukuh, tetapi kita setiap hari dijanjikan dengan jaminan untuk mendapatkan tahap keselamatan yang baik oleh pimpinan kita.

Sesungguhnya apa yang dirasakan oleh ramai rakyat kita selama ini sudah kita rasakan sekarang ini. Kita tidak mempunyai tahap keselamatan yang sebenarnya. Itulah sebabnya jika orang ramai mengkritik tentang bahayanya di sempadan negara itu jangan dituduh rakyat dipergunakan oleh pihak lain kerana politik. Sekarang jelas isu rakyat Sabah yang mempunyai dua kad pengenalan ini benar-benar memakan diri kita sendiri. Jika rakyat asal sendiri mempunyai perasaan tidak sayang kepada negara kita masakan kita boleh menyandar harapan kita kepada pendatang yang kita berikan kad pengenalan itu?

Sekarang semua pihak yang bertanggungjawab cuba mengelak daripada mengambil 'accountability' terhadap kelalaian pimpinan selama ini. Mereka yang bertanggungjawab hanya bermain politik dan menuduh Ketua Pembangkang yang mendalangi pencerobohan ini dengan mengambil kononnya ada laporan yang diterima dari pihak asing, khususnya di Filipina.

Pihak kerajaan hari ini menggunakan kesalahan sendiri untuk mengalihkan kesalahan mereka kepada pihak pembangkang dan mereka masih ada masa untuk bermain politik kotor semasa kita sedang menunggu kedatangan pilihanraya umum ini.

Itulah sebabnya kita sepatutnya tidak memberikan keyakinan kepada mereka yang bercakap bergegar-gegar dan mereka yang siang malam mencium keris untuk menunjukkan kepahlawanan mereka sedangkan sekarang terbukti yang selama ini kita ditadbir oleh 'faked leadership' yang penuh dengan kepalsuan dan kekeliruan.

Sesungguhnya apa yang berlaku di Sabah sekarang ini akan membawa implikasi yang besar jika kita tidak mengendalikannya dengan betul. Kita tidak boleh lagi leka mendengar janji-janji keselamatan untuk kita lagi. Kita sendiri wajar melakukan usaha keselamatan ini.

Isu ceroboh Sabah: MILF tidak mahu terlibat

Posted: 06 Mar 2013 04:05 AM PST

SINAR HARIAN

JOHOR BAHARU - Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), kumpulan pemberontak terbesar di Filipina, tidak terlibat dalam konfrontasi antara penceroboh bersenjata Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia di timur Sabah.

Pengerusinya Al-Haj Murad Ebrahim berkata, masalah antara kumpulan pengganas itu dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu dan Semporna perlu diselesaikan Kuala Lumpur dan Manila.

"Masalah di sana ialah antara kerajaan Malaysia dan Filipina. Kami serah kepada mereka untuk menyelesaikannya.

"Orang kami tidak terlibat dengan pencerobohan itu. Kami tak mahu terlibat dalam perkara ini, kami tak mahu menyulitkan lagi keadaan," katanya kepada Bernama dalam temu bual eksklusif melalui telefon dari kubunya di Kem Darapanan di Sultan Kudarat, Maguindanao, selatan Filipina hari ini.

Setelah rundingan yang diadakan selama tiga minggu menemui kegagalan, apabila pasukan keselamatan negara diserang hendap kumpulan pengganas itu dalam dua insiden, Malaysia semalam mengambil tindakan ofensif menggunakan jet pejuang

dan tentera yang menggunakan kereta perisai untuk menggempur Kampung Tanduo, Lahad Datu, yang menjadi tempat persembunyian mereka.

Lapan anggota polis terkorban dalam dua insiden serang hendap itu - dua di Lahad Datu dan enam di Semporna - manakala di pihak pengganas, 18 orang terbunuh.

Operasi sebelum Subuh (semalam) dikenali sebagai 'Op Daulat' itu mencapai matlamatnya, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Operasi membanteras pengganas melibatkan lebih 2,000 anggota polis dan tentera itu kini diteruskan.

Diminta memberi pandangan tentang tindakan kumpulan berkenaan menceroboh timur Sabah, pengerusi MILF itu berkata beliau tidak boleh memberi ulasan, sejajar dengan pendirian barisan itu yang tidak mahu campur tangan dalam isu berkenaan.

Bagaimanapun beliau berharap kerajaan Malaysia dan pihak pengganas dapat menyelesaikan perkara itu secara aman.

Sememangnya Malaysia mahu menyelesaikan perkara itu secara aman sebelum ini, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa kali melanjutkan tempoh akhir kepada pengganas terbabit untuk meninggalkan Kampung Tanduo dan pulang ke Filipina.

Bagaimanapun, usaha Najib untuk mengelak berlakunya pertumpahan darah itu tidak dihiraukan kumpulan berkenaan dan mereka terus menduduki Kampung Tanduo.

Mengenai laporan dari Filipina bahawa para pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) bersiap sedia untuk membantu dan menyertai kumpulan pengganas itu, Al-Haj Murad berkata beliau tidak tahu menahu tentang perkara itu kerana ia melibatkan kumpulan lain.

Ditanya sama ada perjajiian damai antara pihaknya dan kerajaan Filipina, yang ditaja Malaysia, terjejas akibat pencerobohan di Sabah, beliau  berkata perkara itu tidak timbul.

"Proses damai antara MILF dan kerajaan Filipina ialah perkara berasingan dan tidak akan tergendala kerana kejadian di Sabah itu. Proses damai ini sedang diteruskan," katanya.

Beliau berkata anggota pasukan perunding MILF dan kerajaan Filipina dijangka bertemu di Kuala Lumpur untuk mengadakan rundingan pusingan akhir mereka pada minggu terakhir bulan ini.

MILF dan kerajaan Filipina menandatangani perjanjian rangka kerja bagi menamatkan konflik yang berlarutan sejak sekian lama antara kedua-duanya yang mengakibatkan beribu-ribu nyawa melayang dan menyebabkan wilayah Mindanao yang kaya dengan sumber asli, tidak dapat dibangunkan.

Perjanjian rangka kerja antara MILF dan Manila itu ditaja Malaysia dan ditandatangani di Istana Malacanang pada 15 Okt dengan disaksikan Najib dan rakan sejawatan beliau Presiden Benigno Aquino III.- Bernama

Bekas panglima: Rantaian arahan perlu jelas

Posted: 06 Mar 2013 04:02 AM PST



 
Bekas panglima tentera darat Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein berpendapat pencerobohan di Lahad Datu sepatutnya boleh ditangani dalam masa lebih singkat seperti peristiwa Sauk dahulu yang hanya mengambil masa empat hari.

NONEKatanya, operasi pihak keselamatan dalam peristiwa Sauk itu dilakukan dalam masa lebih singkat kerana terdapat rantaian perintah yang lebih jelas.

"Sepatutnya ada rantaian arahan yang jelas tetapi buat masa ini saya tak fikir ia berlaku.

"Jika saya boleh bandingkan dengan Sauk, kita mampu selesaikan dalam masa empat hari.

"Kenapa? Kerana kita ada struktur arahan yang jelas dan penggemblengan (tentera dengan) segera," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR pagi tadi.

Beliau yang bersara pada 2002, bagaimanapun menjelaskan bahawa pendangannya itu mungkin berbeza sekiranya melihat sendiri keadaan di lapangan.

Bekas pesuruhjaya tinggi Malaysia ke Pakistan itu hari ini mengumumkan menyertai PKR dan menyokong Pakatan Rakyat secara rasmi.

NONESementara itu para MP Pakatan Rakyat hari ini mengulangi gesaan mereka agar satu sidang Parlimen khas diadakan untuk membincangkan pencerobohan Lahad Datu.

MP Bukit Bendera dari DAP, Liew Chin Tong, berkata amalan demokrasi menetapkan soal keselamatan dan soal hubungan luar negara diputuskan secara dwipartisan.

"Sebagai ahli parlimen, kami mahu diberi peluang memahami latar belakang isu ini.

"Isu ini mewajarkan satu sidang khas parlimen diadakan," kata ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam satu sidang media sebelumnya.

NONETurut hadir dalam sidang media itu ialah ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang medianya hari ini juga mengulangi gesaan agar Putrajaya menyebarkan lebih banyak maklumat berkenaan insiden itu seperti yang dilakukan Manila.

"Dalam beberapa hari yang pertama, kita dapat lebih banyak maklumat daripada Manila berbanding Malaysia," katanya.

Tambahnya, kerajaan sekurang-kurangnya perlu mengadakan satu sidang meja bulat secara tertutup dengan Pakatan Rakyat.

Laporan dakwa 30 ditemui terbunuh lepas pengeboman

Posted: 06 Mar 2013 03:52 AM PST


MALAYSIA KINI


 
Laporan akhbar tempatan hari ini mendakwa seramai 30 orang penceroboh Sulu terbunuh dalam serangan besar-besaran melalui Ops Sulu, yang kemudiannya dinamakan Ops Daulat, di pantai timur Sabah semalam.

"Jumlah tersebut menjadikan keseluruhan pengganas Sulu yang berjaya ditumpaskan ATM dan PDRM sehingga kini ialah 49 orang, manakala di pihak anggota keselamatan negara tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa berlaku dalam operasi itu," laporan Utusan Malaysia dipetik.

Laporan yang tidak menyatakan sumber maklumat itu juga menyebut, terdapat "khabar" yang menyatakan pemimpin kumpulan berkenaan Raja Muda Azzumudie terbunuh namun perkara itu tidak disahkan.

Sementara itu laporan akhbar Berita Harian pula yang memetik sumber mendakwa pasukan keselamatan, yang menjalankan operasi pembersihan selepas pengeboman semalam, menjumpai antara 20 hingga 30 mayat musuh.

Sementara itu, akhbar The Star pula hari ini melaporkan pasukan tentera memindahkan penduduk dari dua buah kampung berdekatan - Kampung Labian dan Kampung Batu.

Penduduk tempatan sebelum ini mendakwa kumpulan penceroboh memasuki kawasan tersebut dan menawan penduduk.

Pasukan keselamatan, setakat malam tadi, masih belum menyatakan jumlah rasmi yang ditemui dalam operasi besar-besaran diketuai pasukan polis.

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar hari ini pula sekadar menyebut bahawa seorang penceroboh dipercayai maut selepas berbalas tembak dalam kawasan operasi pada kira-kira jam 6.45 pagi ini.

"Dengan situasi semasa ini pasukan keselamatan telah memperluaskan kawasan operasi sehingga melebihi 4 kilometer persegi sepertimana yang telah dinyatakan semalam," kenyataannya dipetik.

Ismail juga tidak memberi sebarang pengesahan mengenai status Azzumudie Kiram, yang dilaporkan terbunuh dalam operasi semalam.

Laporan mengenai kematian Azzimudie itu dinafikan media Filipina yang memetik kenyataan jurucakap kesultanan Sulu.

Menurut InterAksyon.com, portal berita dalam talian saluran TV Filipina TV5, jurucakap kesultanan Abraham Idjirani telah bercakap dengan Azzimudie melalui telefon di hadapan pemberita semasa taklimat media di Manila petang semalam.

Lapan buah pesawat tentera Malaysia semalam dilaporkan menggugurkan sekurang-kurangnya enam bom pemusnah di kawasan yang didakwa diduduki Azzimudie dan pengikutnya di Kampung Tanduo.

Pasukan keselamatan perluas operasi ke Tanjung Batu

Posted: 06 Mar 2013 03:50 AM PST



 
Pasukan keselamatan telah bergerak memasuki Tanjung Batu yang terletak bersebelahan Kampung Tanduo di mana operasi memburu penceroboh Filipina bermula semalam.

lahad datu 050313 ismail omarKetua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, operasi itu kini diperluaskan meliputi Tanjung Batu dan operasi bermula pada jam 3 petang hari ini.

"Polis dan angkatan tentera memasuki Tanjung Batu ketika mengesan penceroboh pada sekitar jam 4.15 petang," katanya dalam satu sidang akhbar di Felda Sahabat petang ini.

Di sana, tegasnya, berlaku pertempuran dan percaya pasukan keselamatan telah membunuh beberapa orang musuh tetapi tidak dapat mengesahkan bilangannya pada masa ini.

Penduduk Tanjung Batu mendakwa kampung mereka telah diambil alih oleh kira-kira 50 penceroboh seawal hari Isnin, menyebabkan mereka lari meninggalkan rumah masing-masing.

13 mayat penceroboh ditemui, kata Zahid

Posted: 06 Mar 2013 03:32 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE


LAHAD DATU - Tiga belas mayat pengganas bersenjata ditemui di Kampung Tanduo dalam operasi susulan dan penggeledahan hari ini selepas gerakan ofensif dilancar pasukan keselamatan negara terhadap kubu kumpulan penceroboh di kampung itu.

Satu daripada mayat itu adalah pengganas yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan pasukan keselamatan pada pukul 6.45 pagi ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bercakap pada sidang akhbar bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada pukul 4 petang ini, Ahmad Zahid berkata sembilan daripada mayat itu ditemui dalam sebuah liang kubur yang ditutup dengan kepingan papan.

Beberapa keping gambar Op Daulat yang dirakam pasukan keselamatan diedar kepada media, antaranya mayat pengganas yang di dalam sebuah kubur.

Turut diedar ialah gambar anggota forensik diserang penceroboh ketika memeriksa sebuah kubur di kampung itu dan senjata yang dirampas pasukan keselamatan. - Bernama

Menteri: Penceroboh serang anggota CID, forensik

Posted: 06 Mar 2013 03:29 AM PST

 


 
Menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata saki baki kumpulan penceroboh menyerang pegawai forensik yang dihantar untuk mengumpul bukti dalam operasi pembersihan.

Katanya, serangan itu dilakukan oleh beberapa orang penceroboh yang melepaskan diri daripada serangan yang dijalankan semalam.

Serangan yang dialami anggota polis dari jabatan siasatan jenayah dan pasukan forensik itu berlaku ketika kawasan berkenaan sudahpun dianggap selamat.

Lagi Pegawai Tinggi Sokong Pakatan Rakyat

Posted: 05 Mar 2013 10:46 PM PST

KELAB GREENBOC      



 Seorang lagi pegawai tinggi Tentera Di Raja Malaysia (ATM) telah meneyertai PKR, beliau ialah Md Hashim Hussein bekas Penglima Turus Tentera Darat.

Pengistyharan itu di buat di hadapan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dalam satu sidang media khas.

Maklumat ini diperolehi dari  facebook Setiausaha Politik Anwar, Abd Rahman Yusuf yang mengumumkan perkara ini setengah jam lalu.

Dengan penyertaan ini menjadi sekurang-kurang enam pegawai tinggi tentera telah mengambil keputusan menerjunkan diri dalam politik dan membantu Pakatan Rakyat.

Adalah dipercayai seorang lagi pegawai tinggi yang akan berbuat demikian.

Sebelum ini saya sudah melaporkan dua orang pegawai tinggi ATM akan mengikut jejek lima bekas pegawai tinggi yang telah menyatakan sokongan terbuka kepada Pakatan Rakyat.

Ceramah jelajah Negara Berkebajikan diganggu

Posted: 05 Mar 2013 10:40 PM PST

Ahmad Danial,



Orang ramai mendengar penerangan PAS di Bukit Katil, malam tadi.

MELAKA: Program ceramah sempena jelajah treler Negara Berkebajikan PAS di Bukit Katil, malam tadi diganggu oleh Umno menjadi sedikit tegang apabila provokasi demi provokasi dilakukan oleh penceramah Umno terhadap PAS.

Ahli-ahli dan penyokong PAS yang berada kira-kira 20 meter dari tempat ceramah Umno mula menyorak dan menghampirinya.

Berlaku tolak menolak antara penyokong kedua-dua kumpulan.

Akhirnya insiden itu berjaya dikawal dengan baik oleh anggota Unit Amal dan polis yang berada di lokasi tersebut.

Enam buah kereta peronda polis dengan 20 anggota tiba untuk mengawal keadaan.

Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari dalam ucapannya menyifatkan tindakan Umno mengganggu ceramah PAS membuktikan sikap tidak bertamadun yang semakin tidak senonoh.

"Kita buat ceramah dia buat ceramah mengganggu kita. Kita ceramah di padang sebab kita tak ada dewan. Mereka ada Dewan Tun Ali tetapi hendak buat atas padang juga, hanya untuk ganggu kita.

"Saya ajak Datuk (Seri) Ali (Rustam) debat, dia tak berani, dia hantar macai-macai dia ganggu ceramah kita," ujar Adly dengan nada sinis.

Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Cikgu Normala Sudirman pula menyifatkan tindakan Umno mengganggu ceramah PAS itu menunjukkan mereka semakin terdesak.

"Tindakan mereka ganggu kita membuktikan Umno semakin terdesak, tidak tentu arah. Inilah sifat seseorang bila mereka hampir menemui ajal.

"Umno sudah tidak mampu untuk berhujah dengan fakta dan hujah yang baik dengan kita sebab itu mereka ganggu kita," ujar Normala yang sering diganggu dengan kata-kata kesat oleh penceramah Umno.

Ceramah sempena jelajah treler tersebut mendapat sambutan yang baik walaupun tiada pemimpin utama yang hadir dan ia diadakan secara mengejut dengan notis yang singkat.

Turut berceramah pada program malam tadi ialah Adun Bachang, Lim Jak Wong; AJK Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, Richard Wong; AJK Angkatan Muda Keadilan, Ginie Lim; Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Kamaruddin Sedik dan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Melaka, Raja Shanmugam dan Penyelia Dun Bukit Baru, Dr Khalid Kassim.

Treler PAS yang menjelajah Melaka pada 4 dan 5 Mac telah bertolak ke Johor sebaik sahaja program tersebut selesai.

Pada petang semalam, Umno Bahagian Bukit Katil didapati menceroboh tanah milik bekas Yang Dipertua PAS Bukit Katil, Md Yassin Abdul Ghani.

Kira-kira jam 6.00 petang, petugas-petugas Umno yang diupah mendirikan khemah di atas tanah tersebut yang terletak bersebelahan Dewan Tun Ali.

Setelah khemah itu didirikan, Md Yassin dan beberapa penduduk kampung sampai dan meminta petugas-petugas Umno supaya mengalihkan khemah tersebut kerana ia didirikan tanpa kebenaran beliau.

"Ini tanah saya harta persendirian, harap alihkan khemah ini ke tempat lain, saya tidak benarkan.

"Saya kesal dengan tindakan mereka yang langsung tidak menghormati rakyat, mereka boleh buat sesuka hati sahaja tanpa menghiraukan siapa tuan tanah ini," ujarnya yang juga bekas Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Melaka.

(Gambar: Para petugas Umno mengalihkan khemah.)

Khemah tersebut didirikan oleh Umno untuk mengadakan ceramah bagi mengganggu program jelajah treler Negara Berkebajikan PAS di seberang jalan yang jaraknya hanya 150 meter sahaja dari lokasi khemah tersebut didirikan.

Dengan rasa malu ketua petugas Umno itu dan rakan-rakan mengalihkan khemah tersebut betul-betul di hadapan Dewan Tun Ali dan jaraknya lebih dekat dengan lokasi ceramah PAS iaitu hanya 100 meter sahaja.

Treler Negara Berkebajikan gempur Pagoh

Posted: 05 Mar 2013 10:35 PM PST

Muhammad Faizal,




Datuk Mahfodz di depan pentas treler Negara Berkebajika


PAGOH: Treler Jelajah Negara Berkebajikan hari meneruskan misi jelajah di Negeri Johor yang menjadikan Bukit Pasir yang berada dalam kawasan Parlimen Pagoh sebagai lokasi pertama siri jelajah di negeri itu.

Pagoh yang merupakan parlimen milik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin bin Yassin namun ia tidak menjadi halangan kepada traler jelajah yang dijadikan sebagai medium untuk penyampaian maklumat.

Menurut Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed jelajah treler Negara Berkebajikan ini merupakan satu medium pemyampaian maklumat yang sangat berkesan dan boleh menarik minat orang ramai.

"Bagi saya jelajah ini sangat berkesan kerana boleh menarik minat org ramai untuk mengetahui satu kelainan yang disampaikan oleh PAS pada kali ini.

"Di samping orang ramai ingin melihat satu kelainan, kita akan mengambil kesempatan untuk menyampaikan maklumat secara terus sama ada melalui ucapan ataupun pengedaran risalah," kata beliau kepada Harakahdaily.

Konvoi jelajah ini akan berada di Johor selama empat hari mulai hari ini.

Sebelum ini, pelancaran jelajah peringkat negeri Johor telah dilakukan oleh Pesuruhjaya PAS Johor di Bukit Gambir pagi tadi sebelum bertolak ke Bukit Pasir.

Dr. Mahfodz yang juga turut berharap agar konvoi jelajah ini berlangsung dengan selamat tanpa ada sebarang provokasi dari pihak yang tidak bertanggungjawab.

Di Peringkat Negeri Johor, konvoi ini akan menjadikan kawasan-kawasan tumpuan sebagai destinasi utama.

Treler Negara Berkebajikan akan menjadikan Parlimen Pulai sebagai destinasi terakhir di peringkat Negeri Johor sebelum meneruskan perjalanan ke Pahang.
Muhammad Faizal,


Datuk Mahfodz di depan pentas treler Negara Berkebajikan


PAGOH: Treler Jelajah Negara Berkebajikan hari meneruskan misi jelajah di Negeri Johor yang menjadikan Bukit Pasir yang berada dalam kawasan Parlimen Pagoh sebagai lokasi pertama siri jelajah di negeri itu.

Pagoh yang merupakan parlimen milik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin bin Yassin namun ia tidak menjadi halangan kepada traler jelajah yang dijadikan sebagai medium untuk penyampaian maklumat.

Menurut Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed jelajah treler Negara Berkebajikan ini merupakan satu medium pemyampaian maklumat yang sangat berkesan dan boleh menarik minat orang ramai.

"Bagi saya jelajah ini sangat berkesan kerana boleh menarik minat org ramai untuk mengetahui satu kelainan yang disampaikan oleh PAS pada kali ini.

"Di samping orang ramai ingin melihat satu kelainan, kita akan mengambil kesempatan untuk menyampaikan maklumat secara terus sama ada melalui ucapan ataupun pengedaran risalah," kata beliau kepada Harakahdaily.

Konvoi jelajah ini akan berada di Johor selama empat hari mulai hari ini.

Sebelum ini, pelancaran jelajah peringkat negeri Johor telah dilakukan oleh Pesuruhjaya PAS Johor di Bukit Gambir pagi tadi sebelum bertolak ke Bukit Pasir.

Dr. Mahfodz yang juga turut berharap agar konvoi jelajah ini berlangsung dengan selamat tanpa ada sebarang provokasi dari pihak yang tidak bertanggungjawab.

Di Peringkat Negeri Johor, konvoi ini akan menjadikan kawasan-kawasan tumpuan sebagai destinasi utama.

Treler Negara Berkebajikan akan menjadikan Parlimen Pulai sebagai destinasi terakhir di peringkat Negeri Johor sebelum meneruskan perjalanan ke Pahang.

10,000 rakyat Sulu sertai pertempuran di Sabah, dakwa pegawai MNLF

Posted: 05 Mar 2013 09:56 PM PST

Oleh Clara Chooi
Penolong Pengarang Berita

 Penyokong Sultan Sulu, Jamalul Kiram III memegang sebuah poster semasa protes di hadapan Masjid Biru di Taguig, Filipina pada 1 Mac 2013. — Gambar ReutersKUALA LUMPUR — Ribuan penduduk Tausug atau lebih dikenali sebagai Sulu telah belayar ke Sabah untuk membantu sahabat militan Filipina mereka itu berikutan serangan besar-besaran pasukan keselamatan Malaysia sejak pagi tadi, lapor The Philippine Inquirer hari ini.

Dakwaan yang dibuat Pengerusi Jawatankuasa Islam Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Habib Hashim Mudjahab, itu bercanggah dengan laporan kebanyakan media yang pihak berkuasa Malaysia dan Filipina yang menghalang laluan masuk ke Lahad Datu, di mana militan berkenaan berkubu.

"Kami tidak mampu menghalang orang-orang kami. Kami sedih, dan ramai orang kami, termasuk mereka yang bukan pejuang, pergi ke Sabah untuk membantu tentera sultan," kata Mudjahab dipetik akhbar tersebut.



Namun Inquirer turut melaporkan penafian berkenaan pergerakan tersebut daripada Ketua Angkatan Tentera Mindanao Barat Lt. Gen, Rey Ardo, dan juga pemangku Gabenor Wilayah Autonomi Muslim Mindanao Mujib Hataman.

Kedua-dua pemimpin itu berkata mereka tidak pasti berkenaan perkara itu.

Jelas Mudjahab, bagaimanapun, 10,000 Tausug daripada Basilan, Sulu, Tawi-Tawi dan Zamboanga telah meninggalkan Filipina sejak malam tadi dalam menggunakan bot pancung melalui "pintu belakang selatan." - laluan yang menjadi laluan pelayar.

Pegawai rasmi MNLF berkata halangan tentera laut juga tidak akan berkesan kerana mereka tidak biasa dengan perairan tersebut dan boleh melepasinya tanpa rasa curiga.

"Ia soal maruah dan harga diri, dan orang-orang kami sedia untuk berkorban," tambahnya.

Awal hari ini, pemimpin MNLF,  Nur Misuari menafikan penglibatan dalam ketegangan di Sabah dalam satu sidang media, yang masih berterusan.

Ke mana titik akhir tragedi Lahad Datu?

Posted: 05 Mar 2013 09:52 PM PST

Penganalisis Harakahdaily,

Dengan lapan anggota polis sudah terkorban dan berpuluh-puluh tentera Kesultanan Sulu yang dikatakan telah terbunuh, ke mana titik akhirnya krisis Lahad Datu dan Sabah secara keseluruhannya ini?

Walaupun polis sudah berkata, pencerobohan itu sudah selesai dengan serangan besar-besaran termasuk menggunakan jet pejuang, berdasarkan laporan dari media Filipina, nampaknya ia belum selesai.

Ini kerana, berpuluh-puluh tentera kesultanan Sulu dan juga mereka yang simpati dengan mereka sedang menyusup masuk ke negara ini.

Ia menambahkan lagi ribuan rakyat mereka yang sememangnya sudah didaftarkan menjadi rakyat negara ini melalui skandal kad pengenalan untuk undi sebelum ini.

Moro National Liberation Front (MNLF) sudah mengisytiharkan akan membela saudara mereka yang terkorban selepas memberi amaran sebelum ini agar ia diselesaikan menggunakan 'kepala dingin' bukannya perang.

"Saya berharap mereka tidak dicederakan. Mereka (penyokong Kesultanan Sulu) adalah saudara kita. Jika setitik darah mereka gugur, kita mungkin terpaksa membela mereka,"  Nur Misuari, pengerusi pengasas MNLF memberi amaran pada 21 Februari lalu.

Manila Buletin melaporkan, pasukan keselamatan Malaysia akan berdepan dengan pasukan yang mereka latih sendiri sebelum ini iaitu dari MNLF, yang mengetahui Sabah umpama dalam telapak tangan mereka.

Di samping mereka, beribu -ribu lagi rakyat Filipina kini sudah berada di Sabah dan memiliki kad pengenalan biru Malaysia tanda kerakyatan mereka.

Hadji Acmad Bayam, ketua propaganda MNLF memberitahu Manila Bulletin, mereka memiliki peralatan yang cukup untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, menjawab perkara ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan tentera Malaysia pernah melatih mereka.

Namun sebelum ini, beliau mengaku ribuan penduduk Filipina diberikan kad pengenalan dalam skandal IC yang didedahkan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang kini masih berjalan.

Bagi bekas anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Tamrin Ghafar, inilah bayaran yang terpaksa dibayar oleh negara apabila Tun Dr Mahathir memberikan kerakyatan untuk kepentingan politik sebelum ini.

Beliau tidak nampak krisis ini akan selesai dengan cepat kerana beribu-ribu lagi orang Sulu ini berada di Sabah.

Mereka pula sudah dianggap rakyat negara ini kerana sudah mempunyai kad pengenalan biru.

Manila Buletin juga melaporkan, penduduk Filipina di Sabah telah mengamuk di Semporna ekoran berita yang tersebar terbunuhnya seorang imam,  Imam Maas dan empat anaknya dan dikatakan dibunuh oleh pasukan keselamatan Malaysia.

Petang Sabtu lepas, SMS tersebar di kalangan mereka yang dikatakan berasal dari Semporna memaklumkan dakwaan pembunuhan itu oleh Pasukan Gerak Am polis itu.

Abraham J. Idjirani, jurucakap Kesultanan Sulu, secara rasmi memaklumkan perkara itu dalam sidang medianya 3 Mac lalu.

Dengan tarikh akhir Parlimen yang adalah 24 April 2013, tidak nampak isu ini akan selesai dengan segera untuk membolehkan parlimen dibubarkan sebelum tarikh itu.

Ia pula berlaku ketika laporan demi laporan sampai bahawa BN tidak akan berjaya mempertahankan kerajaan yang ada sekarang dalam pilihan raya umum ke 13 ini.

Apakah ini satu taktik dan strategi  untuk kepentingan pilihan raya? Ia sukar untuk ditentukan kerana ramai tidak yakin Najib sanggup untuk memperjudikan nasib rakyatnya sendiri demi kepentingan politik.

Ini kerana, dengan lapan sudah terkorban, ia bermakna harga yang terlalu mahal dibayar untuknya.

Atau, ia sememangnya perancangan tetapi apa yang berlaku diluar jangkaan.

Ini juga boleh jadi tetapi susah untuk disahkan. Ini kerana ramai sedia maklum, mereka yang terlibat dalam gerakan tuntutan kesulatan Sulu ini adalah ahli Umno.

Isu Lahad Datu boleh menjadi senjata makan tuan untuk BN berikutan pendedahan hubungan pemimpin Umno dengan gerakan Sulu ini.

Pendek kata semua option terbuka kini.