Rabu, 6 Mac 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Gambar] UMNO Bersama-sama dengan Sultan/Pembesar SULU, Koleksi yang Diharapkan Pencacai UMNO Rekayasa

Posted: 06 Mar 2013 07:51 AM PST

Hakikatnya, sehingga hari ini tiada  sesiapa yang mempertikaikan ketulenan gambar-gambar ini. 




Sulu di Perhimpunan Agung UMNO

Penasihat Sultan Sulu








[Gambar] 300 Ribu Hadiri Pelancaran Gelombang Biru BN di Kubu Kuat UMNO

Posted: 06 Mar 2013 06:16 AM PST




Utusan melaporkan sebanyak 5000 orang menghadiri majlis Pelancaran Gelombang Biru di Johor, kubu kuat UMNO di Semenanjung.

Mengapa tidak dakwa 300 ribu orang menghadiri majlis itu?

Cuba tengok gambar dengan teliti. Adakah Utusan masih belum pandai mengira...?


P/s: Insya-Allah BN Johor akan tumbang dalam PRU 13 nanti!










Fitnah Anwar Dalang Pencerobohan Sabah, Utusan dan TV3 Sudah Gelabah??

Posted: 06 Mar 2013 06:02 AM PST


TV3, Utusan minta tangguh jawapan notis saman dari Anwar

[KD] KUALA LUMPUR 6 MAC: Dua media kawalan Umno meminta tangguhan jawapan terhadap notis tuntutan Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan laporan fitnah yang mengaitkannya dalam tragedi Lahad Datu.

Peguam, N Surendran berkata TV3 Malaysia Berhad meminta tempoh dua minggu manakala Utusan Malaysia tidak menyatakan tempoh.

"Semalam, kami terima surat dari TV3 yang minta tempoh dua minggu untuk menjawab notis. Utusan juga tapi tak nyatakan tempoh.

"Mereka patut boleh jawab pada kadar segera," kata Naib Presiden KEADILAN itu kepada Keadilan Daily, hari ini.

Pada 4 Mac lalu, Anwar menghantar notis tuntutan saman dan memberi tempoh 24 jam untuk menarik balik tuduhan, membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi, masing-masing RM100 juta.

Surendran tegas menyatakan tuntutan tetap dibuat sehingga kedua-dua media berkenaan harus menjawab semua tuntutan Ketua Umum KEADILAN itu.

"Kita pandang serius tuduhan berkenaan dan menuntut permohonan maaf serta ganti rugi," katanya.

Sebelum ini, muka depan Utusan bertarikh 2 Mac memapar tajuk 'Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?' manakala satu laporan di muka 10 akhbar itu bertajuk 'Tiga kumpulan jadi dalang.

TV3 pula menggunakan istilah dalang ketika mengaitkan Anwar dalam insiden berkenaan.


Laporan itu bertentangan dengan kenyataan Kesultanan Sulu yang menafi dakwaan kononnya pembangkang Malaysia terlibat membantu menyemarak krisis Sabah seperti tohmahan kerajaan Malaysia.

"Kami tiada hubungan dengan pembangkang Malaysia. Kami tidak adakan perbincangan dengan mereka," kata Puteri Jacel Kiram, anak kepada Sultan Jamalul Kiram III.

Kenyataan dibuat dalam Interaksyon.com, sebuah laman berita bagi saluran TV5, rangkaian radio dan televisyen komersil utama di Filipina, bertarikh 4 Mac lalu.



P/s: Kah kah kah.

Bukan banyak pun RM200 juta saja!






Bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat Sertai PKR, Maknanya 5 Bekas Jeneral Sokong Pakatan Rakyat

Posted: 06 Mar 2013 05:00 AM PST



[KD] PETALING JAYA 6 MAC: Selepas empat bekas jeneral tentera menyertai Pakatan Rakyat baru-baru ini, seorang lagi bekas jeneral mengisytihar sokongan sama, hari ini.

Perisytiharan Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein itu dibuat di ibu pejabat KEADILAN, depan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Md Hashim yang bersara pada 2002 turut mengumumkan penyertaan beliau dalam KEADILAN.

Ketua Umum KEADILAN pada ceramah 19 Februari lalu pernah memberi bayangan lebih ramai bekas pegawai tertinggi tentera akan menyertai Pakatan.

Sebelum ini, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid; Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab; Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad, mengisytihar sokongan kepada Pakatan.

Ghafir ialah bekas Timbalan Angkatan Tentera Darat; Bekas Panglima Logistik di Markas Logistik Udara (Hadi); Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM (Imran) dan Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Najmi).

Menyentuh isu Lahad Datu, Md Hashim berkata, pencerobohan itu boleh ditangani dalam tempoh lebih singkat seperti peristiwa Sauk dahulu yang hanya mengambil masa empat hari.

Katanya, operasi pihak keselamatan dalam peristiwa Sauk itu dilakukan dalam masa lebih singkat kerana terdapat rantaian perintah yang lebih jelas.

"Sepatutnya ada rantaian arahan yang jelas tetapi buat masa ini (pencerobohan Lahad Datu) saya tak fikir ia berlaku," kata bekas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan itu.

"Jika saya boleh bandingkan dengan Sauk, kita mampu selesaikan dalam masa empat hari.

"Kenapa? Kerana kita ada struktur arahan yang jelas dan penggemblengan (tentera dengan) segera," katanya dipetik Malaysiakini.

Beliau berkata demikian pada sidang media pagi tadi.



P/s: Mereka ini merencana strategi ketenteraan dan keselamatan negara. Mereka boleh memilih UMNO, tetapi mereka bertekad untuk menyokong Pakatan Rakyat.

Mengapa?

Mereka tahu kepincangan dan penyelewengan yang berlaku di negara kita! Malah gejala ini turut berlaku dalam tentera.

Tonton video di sini.



[Gambar] Mayat Penceroboh Dijumpai, Orang Tanya Sudah Berapa Lama Penceroboh Itu Mati, Benarkah Militan Sulu?

Posted: 06 Mar 2013 04:12 AM PST

Gambar FB

Pengguna FB mempertikai gambar didakwa militan Sulu.

Ahmad Zahid (kiri) menunjukkan gambar mayat penceroboh Sulu yang ditemui oleh pasukan keselamatan Malaysia dalam satu operasi, pada sidang media di Lahad Datu, Rabu. Turut serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (tengah).

13 Mayat Penceroboh Ditemui

.

[Bernama] LAHAD DATU - Tiga belas mayat pengganas bersenjata ditemui di Kampung Tanduo dalam operasi susulan dan penggeledahan hari ini selepas gerakan ofensif dilancar pasukan keselamatan negara terhadap kubu kumpulan penceroboh di kampung itu.

Satu daripada mayat itu adalah pengganas yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan pasukan keselamatan pada pukul 6.45 pagi ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bercakap pada sidang akhbar bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada pukul 4 petang ini, Ahmad Zahid berkata sembilan daripada mayat itu ditemui dalam sebuah liang kubur yang ditutup dengan kepingan papan.

Beberapa keping gambar Op Daulat yang dirakam pasukan keselamatan diedar kepada media, antaranya mayat pengganas yang di dalam sebuah kubur.

Turut diedar ialah gambar anggota forensik diserang penceroboh ketika memeriksa sebuah kubur di kampung itu dan senjata yang dirampas pasukan keselamatan.

Serentak itu, Ahmad Zahid membidas sikap media sosial yang memperlekehkan barisan hadapan pasukan keselamatan kononnya ia adalah sandiwara.

"Gambar-gambar ini menunjukkan pasukan keselamatan kita mempunyai kebolehan yang tinggi dalam menjalankan operasi ini. Ia bukan sandiwara," katanya. 

Sementara itu, Hishammuddin berkata berlaku dua pertempuran di sekitar kampung berkenaan ketika anggota tentera dan polis menjalankan operasi susulan dan penggeledahan.

"Pada 6.45 pagi tadi pasukan kita telah bertempur dengan pasukan penceroboh dan pasukan keselamatan kita menembak mati seorang anggota kumpulan penceroboh itu.

"Pada 1.45 tengah hari pasukan forensik kita diserang kumpulan penceroboh ketika menjalankan siasatan di kawasan kubur di mana mayat anggota mereka ditanam di kawasan kampung itu," katanya yang mengesahkan tiada anggota pasukan keselamatan yang cedera.

Beliau berkata operasi bersama polis dan tentera itu turut menemui pelbagai senjata api milik kumpulan pengganas rakyat asing itu.- Bernama


Terdahulu:
Laporan dakwa 30 ditemui terbunuh lepas pengeboman

[MK] Laporan akhbar tempatan hari ini mendakwa seramai 30 orang penceroboh Sulu terbunuh dalam serangan besar-besaran melalui Ops Sulu, yang kemudiannya dinamakan Ops Daulat, di pantai timur Sabah semalam.

"Jumlah tersebut menjadikan keseluruhan pengganas Sulu yang berjaya ditumpaskan ATM dan PDRM sehingga kini ialah 49 orang, manakala di pihak anggota keselamatan negara tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa berlaku dalam operasi itu," laporan Utusan Malaysia dipetik.

Laporan yang tidak menyatakan sumber maklumat itu juga menyebut, terdapat "khabar" yang menyatakan pemimpin kumpulan berkenaan Raja Muda Azzumudie terbunuh namun perkara itu tidak disahkan.

Sementara itu laporan akhbar Berita Harian pula yang memetik sumber mendakwa pasukan keselamatan, yang menjalankan operasi pembersihan selepas pengeboman semalam, menjumpai antara 20 hingga 30 mayat musuh.

Sementara itu, akhbar The Star pula hari ini melaporkan pasukan tentera memindahkan penduduk dari dua buah kampung berdekatan - Kampung Labian dan Kampung Batu.

Penduduk tempatan sebelum ini mendakwa kumpulan penceroboh memasuki kawasan tersebut dan menawan penduduk.

Pasukan keselamatan, setakat malam tadi, masih belum menyatakan jumlah rasmi yang ditemui dalam operasi besar-besaran diketuai pasukan polis...



P/s: Sekejap 30, sekejap 13, fakta mana yang benar? Seperkara lagi, kawan saya bertanya, sudah berapa lama penceroboh itu meninggal dunia?



Bunuh Suami, Identiti Penyanyi Didedah

Posted: 05 Mar 2013 10:56 PM PST


Gambar kenangan Nouri bersama suaminya.

[Mstar] AMPANG - Seorang penyanyi wanita sanggup membelasah suaminya dalam keadaan kaki dan tangan terikat hingga mati gara-gara tidak mahu mangsa bertemu dengan anak perempuan mereka berusia setahun.

Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, suspek bersama dua anak saudaranya bertindak sedemikian selepas berang apabila mangsa mendesak meminta bertemu dengan anaknya meskipun tidak dibenarkan berbuat demikian.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata,  pihaknya yang menerima maklumat tentang kejadian, bergegas ke rumah itu sebelum menemui mangsa  tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik dengan keadaan terikat.

Menurutnya,  mangsa cuba diberi bantuan kecemasan oleh anggota paramedik namun disahkan sudah meninggal dunia.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.

"Hasil bedah siasat mendapati mangsa maut kerana serangan jantung akibat pergelutan dan kekasaran. Suspek dan dua anak saudaranya ditahan reman untuk membantu siasatan," katanya.

Menurutnya, polis merakamkan percakapan suspek dan kes dijangka dibawa ke pendakwaan pada masa terdekat

Difahamkan, pasangan berusia 39 tahun itu tidak tinggal bersama sejak setahun lalu dan dalam proses penceraian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



"Kami menahan wanita itu di rumahnya pagi tadi (Rabu) dan tidak dapat dipastikan berapa lama dia akan di reman.

"Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Akhbar pada Rabu melaporkan seorang penyanyi wanita telah memukul suaminya sehingga mati kerana tidak mahu suaminya itu bertemu dengan anak perempuan mereka yang berusia setahun.

Mangsa, Khairul Azmi Jaafar, 39, mati dipercayai selepas dibelasah dalam keadaan kaki dan tangan terikat.

Kejadian ini dipercayai terjadi sekitar pukul 5 petang Selasa apabila berlaku pertengkaran melibatkan mangsa dan isterinya berhubung perebutan anak.

Dalam kejadian, Nouri, 39, dipercayai sengaja mengikat tangan dan kaki suaminya dengan bantuan dua anak saudaranya sebelum mangsa pengsan dalam sebuah bilik dan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung kerana pergelutan dan kekasaran.

Penyanyi wanita itu juga dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung dengan mangsa sejak setahun lalu dan mereka juga dalam proses perceraian.

Nouri pernah popular dengan lagu Hadirmu Yang Terakhir dan turut memenangi anugerah Artis Baru Wanita Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1999

Penyanyi Belasah Suami Sampai Mati

Posted: 05 Mar 2013 04:53 PM PST



[SH] AMPANG - Seorang penyanyi wanita sanggup membelasah suaminya dalam keadaan kaki dan tangan terikat hingga mati gara-gara tidak mahu mangsa bertemu dengan anak perempuan mereka berusia setahun.

Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, suspek bersama dua anak saudaranya bertindak sedemikian selepas berang apabila mangsa mendesak meminta bertemu dengan anaknya meskipun tidak dibenarkan berbuat demikian.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pihaknya yang menerima maklumat tentang kejadian, bergegas ke rumah itu sebelum menemui mangsa tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik dengan keadaan terikat.

Menurutnya, mangsa cuba diberi bantuan kecemasan oleh anggota paramedik namun disahkan sudah meninggal dunia.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.

"Hasil bedah siasat mendapati mangsa maut kerana serangan jantung akibat pergelutan dan kekasaran. Suspek dan dua anak saudaranya ditahan reman untuk membantu siasatan," katanya.

Menurutnya, polis merakamkan percakapan suspek dan kes dijangka dibawa ke pendakwaan pada masa terdekat

Difahamkan, pasangan berusia 39 tahun itu tidak tinggal bersama sejak setahun lalu dan dalam proses penceraian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: