Isnin, 4 Mac 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Pencerobohan Lahad Datu : Sultan Sulu tidak diiktiraf

Posted: 04 Mar 2013 04:35 AM PST

Pencerobohan Lahad Datu : Sultan Sulu tidak diiktiraf    Manila - Kesahihan arahan pemimpin yang dikenali sebagai Sultan Sulu, Jamalul Kiram III menghantar pasukan 'tentera diraja' ke Sabah pada 12 Februari lalu dipertikai, menurut akhbar dalam talian ABN News.    Ia ekoran beberapa penyelidikan menunjukkan pemerintahannya sebagai Sultan Sulu tamat pada 1990. Media asing dan beberapa sumber di internet sebaliknya menyatakan adiknya, Esmail Kiram II adalah Sultan Sulu yang sah.    Berusia 74 tahun, Kiram III mendakwa bahawa beliau ialah ketua kerajaan Kesultanan Islam Sulu sekarang.  Kesultanan Sulu mendapat perhatian umum apabila Kiram III menghantar pasukan 'tentera diraja' bagi menuntut Sabah pada 12 Februari lalu.    Akhbar The Philippine Inquirer melaporkan pada satu sidang akhbar di Istana Malacanang di sini, Presiden Benigno Aquino III menyatakan terdapat kesangsian dalam keturunan kesultanan tersebut.    Menurutnya, selepas pemerintahan Sultan Jamalul Kiram II tamat pada 1936, baginda meninggal dunia tanpa seorang pewaris.  Justeru, Aquino berkata, beliau telah mengarahkan satu kajian dilakukan melibatkan aspek undang-undang berhubung tuntutan Kiram III ke atas negeri Sabah di Malaysia.    "Kajian ini agak menyeluruh," katanya.  Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf pemerintah Filipina ialah Ismael Kiram I pada 1974. Selepas kematiannya pemerintah Filipina enggan mengiktiraf sultan-sultan seterusnya walaupun mereka ditaati oleh penduduk setempat.    Selepas kekuasaan kesultanan itu beransur pudar ekoran kemasukan kuasa Barat di rantau berkenaan, ia masih menerima bayaran pajakan untuk Sabah.    Sabah yang merupakan bekas koloni British menjadi sebahagian persekutuan Malaysia pada 1963.    Berdasarkan perjanjian pajakan tersebut, kesultanan Sulu diberikan pampasan tahunan berjumlah sekitar AS$1,700 (RM5,264) menurut nilai semasa. - Agensi  * Sumber kosmo! Online

Manila - Kesahihan arahan pemimpin yang dikenali sebagai Sultan Sulu, Jamalul Kiram III menghantar pasukan 'tentera diraja' ke Sabah pada 12 Februari lalu dipertikai, menurut akhbar dalam talian ABN News.

Ia ekoran beberapa penyelidikan menunjukkan pemerintahannya sebagai Sultan Sulu tamat pada 1990. Media asing dan beberapa sumber di internet sebaliknya menyatakan adiknya, Esmail Kiram II adalah Sultan Sulu yang sah.

Berusia 74 tahun, Kiram III mendakwa bahawa beliau ialah ketua kerajaan Kesultanan Islam Sulu sekarang.
Kesultanan Sulu mendapat perhatian umum apabila Kiram III menghantar pasukan 'tentera diraja' bagi menuntut Sabah pada 12 Februari lalu.

Akhbar The Philippine Inquirer melaporkan pada satu sidang akhbar di Istana Malacanang di sini, Presiden Benigno Aquino III menyatakan terdapat kesangsian dalam keturunan kesultanan tersebut.

Menurutnya, selepas pemerintahan Sultan Jamalul Kiram II tamat pada 1936, baginda meninggal dunia tanpa seorang pewaris.
Justeru, Aquino berkata, beliau telah mengarahkan satu kajian dilakukan melibatkan aspek undang-undang berhubung tuntutan Kiram III ke atas negeri Sabah di Malaysia.

"Kajian ini agak menyeluruh," katanya.
Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf pemerintah Filipina ialah Ismael Kiram I pada 1974. Selepas kematiannya pemerintah Filipina enggan mengiktiraf sultan-sultan seterusnya walaupun mereka ditaati oleh penduduk setempat.

Selepas kekuasaan kesultanan itu beransur pudar ekoran kemasukan kuasa Barat di rantau berkenaan, ia masih menerima bayaran pajakan untuk Sabah.

Sabah yang merupakan bekas koloni British menjadi sebahagian persekutuan Malaysia pada 1963.

Berdasarkan perjanjian pajakan tersebut, kesultanan Sulu diberikan pampasan tahunan berjumlah sekitar AS$1,700 (RM5,264) menurut nilai semasa. - Agensi

Sah! Wanger Pun Salahkan Anwar Di Atas Kekalahan Kelabnya?

Posted: 03 Mar 2013 11:57 PM PST

http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/c0.0.381.381/p403x403/281816_10151469601627929_1885756674_n.jpg

salah anwar!

Lokman Noor Adam Boleh Bantu Najib Selesaikan Isu Lahad Datu?

Posted: 03 Mar 2013 10:05 PM PST


harap najib boleh hubungi abang lokman la. tengok pada nama dan alamat tu, hebat dah pangkat!

Gambar Penceroboh Sebelum Melancarkan Serang Hendap Di Semporna

Posted: 03 Mar 2013 06:12 PM PST

Gambar ini diperolehi dari telefon bimbit penceroboh yang mati di tembak di Semporna.

Penceroboh mengambil gambar kenangan mereka sebelum melancarkan serang hendap di simunul dan sekitar daerah Semporna.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEid6FFHC4hR7CGrOcVi7S3w32o7yxKccFVfhX_MLZNMX80yWJfWthyLU2UNR6rNJxJ1P4rwsJV61YTzafPNKI3hz9fgZsuBMnNqk3Kp5OL2rS2P1pTnuMvx1-LFZypUZ1hlbHlz9l8xUmev/s1600/penceroboh+lahad+datu.png

Arahan Dewan Ulamak PAS Pusat: Adakan Solat Hajat dan Munajat Perdana

Posted: 03 Mar 2013 04:40 PM PST



Merujuk kepada situasi tidak aman di sebahagian kawasan Sabah seperti Lahad datu dan Semporna sebagaimana dilaporkan oleh media maka Dewan Ulamak PAS Pusat mengarahkan semua Dewan Ulamak PAS Negeri dan Urusan Ulamak Kawasan mengadakan "solat hajat dan munajat perdana" di surau dan masjid memohon keselamatan untuk Umat Islam dan rakyat Sabah khususnya dan Malaysia umumnya.

Dewan Ulamak PAS Pusat menggesa seluruh umat Islam di Malaysia dan di Sabah terutamanya yang berhadapan dengan isu pencerobohan tanahair untuk sentiasa mengamalkan doa yang diajar oleh Rasulullah SAW apabila berlaku kesedihan dan dukacita sepertimana diriwayatkan oleh Imam Bukhari seperti berikut:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

Atau berdoa dengan Doa yang diajar oleh Rasulullah sebagaimana Hadis riwayat Abu dawud dan Ahmad yang dinilai Hasan oleh Syeikh al-Albaani seperti berikut:

اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو، فَلاَ تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِى طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ

Dr Mohd Khairuddin A. Razali

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat

Tiada ulasan: