Isnin, 4 Mac 2013

Biaqpila

Biaqpila


Jamalul Kiram mahu campurtangan AS dan UK

Posted: 04 Mar 2013 02:00 PM PST


MANILA – Dalam satu kenyataan terbaru, Sultan Jamalul Kiram III menegaskan, beliau bukan sahaja mahukan campurtangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), malah campurtangan daripada Amerika Syarikat dan United Kingdom dalam insiden pencerobohan yang diterajui beliau, yang kini sedang menular di pantai timur Sabah.

Menurut laporan ABS-CBNnews, memetik Kiram sebagai berkata, pihaknya telah hilang keyakinan dengan pentadbiran Benigno Aquino, kerana tidak merasakan Aquino dapat membantu dalam tuntutannya mendapatkan Sabah.

Mengenai langkah selanjutnya, Kiram berhasrat mendapatkan bantuan daripada badan-badan antarabangsa dan dua kuasa besar dunia itu.

Katanya, kali terakhir isu tuntutan Sabah ini di bawa ke perhatian PBB ialah pada tahun 1960-an, ketika Filipina di bawah pentadbiran Presiden Diosdado Macapagal.

Sementara itu, menurut laporan GMA News Filipina, seorang lagi individu tampil untuk menuntut Sabah.


Dua dari kiri : Merriam Kiram

Dikenali sebagai Puteri Merriam Kiram, beliau turut menawarkan diri untuk menjadi utusan atau orang tengah kepada krisis yang membabitkan pasukan penceroboh bersenjata Sulu di Sabah.

Merriam adalah balu kepada Mahakuttah Kiram, Sultan Sulu ke-34, justeru menggelar dirinya pewaris tepat untuk menuntut Sabah.

Jamalul Kiram III adalah sepupu kepada Mahakuttah.

news.abnxcess.com



TERKINI!!! LAMAN WEB SULTAN SULU KENA HACK

Posted: 04 Mar 2013 08:24 AM PST


Terkini laman web http://www.sultansulu.com/ telah digodam.

Berikut adalah mesej yang dipaparkan dengan berlatarkan lagu Inilah Barisan Kita:

DONNAZMI WAS HERE

We Are Anonymous , We Are Legion , We Do Not Forget , We Do Not Forgive , Expect Us !

Well, its time for us to PEACE and stop attacking each other. To end up this war,
this is our last defacement and from now on none of us will step or touch ur country site,
and none of you are able to touch our country site.
If u againts this agreement, we wont accept any apology or excuses.





Kenderaan tentera bertali arus ke Kg Tandou

Posted: 04 Mar 2013 07:54 AM PST




Puluhan kenderaan tentera dilihat memasuki kawasan berhampiran Kampung Tanduo lewat petang ini.

Kenderaan tentera yang bertali arus itu, termasuk kereta perisai dan trak membawa anggota tentera, dilihat memasuki kawasan jalan ladang kelapa sawit pada kira-kira jam 6.30 petang ini.

Barisan trak tersebut mengambil masa kira-kira 15 minit untuk membelok ke jalan ladang tersebut.


Turut dilihat dalam barisan kenderaan itu adalah dua ambulans.

Jalan ladang berkenaan merupakan antara beberapa laluan ke Kampung Tanduo. Petugas media dihalang daripada menggunakan jalan berkenaan, dan hanya dilalui pasukan keselamatan yang menuju kampung tersebut.

Perkembangan ini berlaku susulan dakwaan penduduk tempatan bahawa Tentera Diraja Sulu yang dikepung di Kampung Tandou meloloskan diri dari sekatan dan menduduki Kampung Tanjung Batu.

Sehingga kini masih belum dapat dipastikan sama ada peningkatan jumlah tentera itu bagi meluaskan perimiter kawalan ke atas penceroboh, yang kini turut melibatkan kampung berdekatan, atau untuk bertindak ke atas kumpulan bersenjata itu.

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar dan panglima angkatan tenera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin enggan mendedahkan sekiranya pasukan keselamatan akan bertindak ke atas penceroboh berkenaan.

MK

Tiada ulasan: