Isnin, 4 Mac 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Rakyat Sabah bimbang krisis merebak

Posted: 04 Mar 2013 06:20 AM PST

 
Kawasan-kawasan berhampiran pantai seperti Semporna paling terdedah dengan ancaman itu.



KOTA KINABALU:  Rakyat Sabah bimbang krisis yang membabitkan tentera Sultan Sulu dengan pihak berkuasa Malaysia di Lahad Datu merebak ke daerah-daerah lain di negeri itu.

"Ada tanda-tanda krisis ini akan merebak ke tempat lain…kita tidak boleh pandang remeh perkara ini.

"Kawasan-kawasan berhampiran pantai seperti Semporna dan  paling terdedah dengan ancaman itu.

"Tetapi boleh mereka ke kawasan-kawasan lain seperti Sandakan, Tawau malah hingga ke Kota Kinabalu," kata Presiden Gabungan NGO Sabah, Androd Sadian hari ini.

Androd menggesa pihak berkuasa menamatkan krisis itu segera bagi mengembalikan keyakinan penduduk Sabah terhadap keselamatan mereka.

Katanya, rakyat Sabah kini berada dalam ketakutan sejak tercetusnya peristiwa itu 9 Februari lalu.

Sehingga ini berpuluh orang telah terbunuh termasuk lapan anggota polis dalam dua kejadian di Lahad Datu dan Semporna.

Musuh tidak dikenali

"Pergerakan harian penduduk di Lahad Datu dan kawasan-kawasan menjadi terhad ekoran peristiwa tersebut.

"Mereka tidak berani keluar rumah," tambahnya.

Sementara itu, Androd berkata, setakat ini penceroboh menjadikan anggota polis sebagai sasaran mereka sementara keselamatan orang awam masih terkawal.

Katanya,  pihak keselamatan kini berdepan dengan musuh yang mereka tidak kenali kerana wajah tentera Sulu serupa dengan rakyat Filipina yang menetap di Sabah.

"Orang Sulu ini juga wajahnya hampir sama dengan warga Filipina keturunan Kagayan yang begitu ramai di Sabah termasuk di Kota Kinabalu.

"Saya juga khuatir orang Filipina itu menjadi pengintip dan menyalurkan maklumat mengenai anggota keselamatan kita kepada penceroboh Sulu.

"Dengan maklumat dalaman itu memudahkan penceroboh Fiipina itu menjejak anggota polis dan tentera negara kita," tambahnya lagi.

Nur Misuari sedia bantu rundingan dengan kumpulan bersenjata Sulu

Posted: 04 Mar 2013 06:02 AM PST

TERKINI
THE MALAYSIAN INSIDER
 
KUALA LUMPUR— Pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari menawarkan dirinya untuk membantu Malaysia dalam rundingan bagi menyelesaikan masalah pencerobohan di Sabah secara aman.

Pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari. — Gambar Reuters"Ia adalah mesej saya kepada Perdana Menteri Malaysia, (Datuk Seri) Najib Razak bahawa saya bersedia untuk menghantar cucu saudara saya yang merupakan sepupunya untuk mengadakan perbincangan terbuka," kata Misuari dipetik dari portal berita Filipina, Rappler.com.

Menurut Misuari, beliau juga bersedia pergi ke Malaysia untuk membantu menamatkan krisis.

Walau bagaimanapun dakwa Misuari, Malaysia tidak menyahut tawaran tersebut.

Tetapi Misuari berkata, beliau bimbang mengenai kanak-kanak dan wanita di Lahad Datu yang "kini sedang berhadapan dengan kebuluran dan bahaya," lapor portal berita itu lagi.

Misuari menafikan dakwaan beliau membiayai kumpulan bersenjata yang terlibat dalam pencerobohan Sabah.

Pengikut Sultan Sulu belayar ke Sabah bulan lepas bagi menuntut kembali negeri tersebut yang didakwa milik mereka.

Pemerintah Filipina melalui presidennya, Benigno "Noynoy" Aquino merayu supaya mereka pulang ke tanah air tetapi kumpulan terbabit enggan.

Putrajaya sebelum cuba untuk berunding secara damai dengan militan Filipina berkenaan, tetapi memberi amaran mereka tidak akan teragak-agak untuk menggunakan senjata menentang kumpulan itu supaya mereka keluar dari Sabah.

Sehingga semalam, 22 hari sejak penceroboh tersebut mendarat, seramai 8 polis Malaysia dan 20 militan dilaporkan terkorban dalam insiden yang berlaku di tiga daerah di Sabah itu.

Taman Panorama Bukit Pak Apil; Retak Menanti Runtuh?

Posted: 04 Mar 2013 05:56 AM PST

Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/Taman%20Panorama1.jpgKUALA TERENGGANU - Walaupun pembinaan Taman Panorama, Bukit Pak Apil dekat sini, dilaporkan siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2011, namun sehingga kini, projek rekreasi pelancongan yang bernilai RM7.5 juta itu, masih belum dibuka kepada orang ramai.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Dato' Azlan Dagang, telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan, Taman yang menyediakan pelbagai kemudahan rekreasi dan sebuah restoran itu akan dibuka dalam masa terdekat.

Kali terakhir, pada 28 September, 2012, beliau berkata kemudahan dan 'kafe' Taman Panorama itu akan dibuka, bermula tahun 2013, sempena Tahun Melawat Negeri Terengganu (TMT 2013).

Namun begitu, tinjauan yang dibuat pada 1 Mac baru-baru ini, bukan sahaja Taman tersebut masih ditutup bahkan keadaannya terbiar, kotor dan tidak terurus.

Menurut  pengawal keselamatan yang ditemui, tidak ada pekerja yang menjaga dan memastikan kemudahan jutaan ringgit tersebut  dijagai dan berada dalam keadaan yang baik.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/Taman%20Panorama2.jpgBahkan, yang membimbangkan, jalan di selekoh terakhir menuju ke puncak bukit tersebut didapati retak dan menunggu masa untuk runtuh sekiranya tidak diselenggarakan segera.

"dia nak buka restoran........... (tapi) bila nak buka tak tahu, (sekarang hanya) jadi tempat (orang) joging je lah........... tak rasmi lagi, jalan di atas (bukit) kat 'corner' (selekoh) tu yang retak (rebih) tu, (berlaku) masa musim hujan (tengkujuh) baru ni (bulan Disember)...............dulu tak,

"orang kaji bumi tengok dah............dia mari tengok dah, (tapi) tak tahu.......senyap begitu sahaja,"ujarnya yang tidak mahu dikenali.

Sehubungan itu, orang ramai yang tinggal di kawasan sekitar dan kaki bukit tersebut menggesa kerajaan mengambil tindakan segera bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingin berlaku.

Seorang penduduk dari Taman Cerong Lanjut, Cheong Wei Ah, 57, ketika ditemui berkata, beliau dan rakan-rakannya pernah menegur kerajaan supaya tidak membangunkan sebarang pembinaan di bukit tersebut.

"bukit ini cerunnya terlalu curam, ia tidak sesuai untuk didirikan sebarang bangunan, cukuplah kekalkan sebagai tempat rekreasi tidak perlu bangunan.........untuk penduduk Kuala Terengganu boleh berjalan kaki atau berjoging naik atas.......... tak perlu ada bangunan,"katanya.

Namun kata beliau, teguran dan pandangan bahkan bantahan tersebut, tidak diambil peduli oleh pihak berkuasa tempatan, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Sekarang, baru tidak sampai dua tahun siap dibina, beliau berkata, jalan di selekoh akhir di lereng bukit itu sudah retak dan membimbangkan penduduk sekitar.

Dalam Membangunkan Pendidikan Pun, Ada Halal dan Haramnya!

Posted: 04 Mar 2013 05:54 AM PST

 Skuad BO

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/Himpunan%20Pendidik%20Gelong%20Bilal.jpgKUALA TERENGGANU - Pengerusi Lujnah Pendidikan PAS, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik berkata, Islam merupakan agama yang meninggikan pendidikan kerana setiap penganutnya diwajibkan untuk mencari dan menuntut ilmu.

Beliau mendakwa, cetusan pendidikan Islam sebenarnya di negara ini telah dimulakan di negeri Terengganu kira-kira 35 tahun yang lalu.

"ketika itu, masih ramai lagi daripada masyarakat kita yang mengamalkan amalan lama seperti tidak menutup aurat dengan sempurna.........kita memulakan (menubuhkan) Institut Berakan (Ma'ahad al-Ikhwan), bagi menerapkan pendidikan Islam kepada masyarakat"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Himpunan Kebangkitan Pendidikan Kebangsaan yang diadakan di perkarangan surau Flet Gelong Bilal disini, pada Ahad  3 Mac.

Menurutnya, Himpunan tersebut adalah untuk mencapai objektif  membersihkan pendidikan Negara daripada anasir yang merosakkan, yang telah dilaksanakan oleh pemerintah sebelum ini.

Beliau yang juga bekas Exco kerajaan negeri Terengganu berkata, usaha membangunkan Institut Berakan pada tahun 1977 merupakan salah satu usaha yang dilakukan oleh PAS untuk memberikan pendidikan Islam kepada rakyat khususnya rakyat Terengganu.

Walaupun sekolah-sekolah agama anjuran  kerajaan telah wujud, namun penerapan syariat yang sebenar tidak berlaku di sekolah kerajaan.

"Oleh yang demikian, PAS telah memulakan pendidikan yang mengutarakan pendidikan islam yang sebenar. Sedikit demi sedikit masyarakat memulakan kehidupan yang mengikut Islam,

"Ma'ahad Darul Quran, Rusila, merupakan sekolah yang pertama yang memulakan pemakaian seluar panjang. Pada masa itu, sekolah lain masih menguna pakai peraturan lama iaitu pelajar lelaki memakai seluar pendek."jelasnya.

Namun begitu, beliau berkata, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang tidak senang dengan hasrat murni Institut Berakan, telah mengarahkan pusat pendidikan itu ditutup serta kemudiannya dirobohkan.

Bahkan, katanya, segala kemudahan pembelajaran dan peralatan sekolah serta pelajar seperti kerusi dan meja, telah di musnahkan dan sisanya telah di buang di Chendering, Kuala Terengganu

Mengulas isu pendidikan semasa, beliau berkata, penubuhan sekolah untuk gadis-gadis yang hamil secara tidak sah adalah usaha yang tidak menepati syariat Islam.

Walaupun ia adalah satu usaha menangani gejala sosial, namun katanya, masalah yang dihadapi oleh manusia mestilah diselesaikan menurut kehendak Allah dengan melaksanakan segala hukum-hukumNya.

"Kerajaan (umno-BN) telah melaksanakan Sekolah bagi pelajar-pelajar yang mengandung (secara tidak sah, zina), seharusnya gejala sosial harus ditangani dengan melaksakan hukum Allah.

"Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan tidak serius untuk menangani gejala sosial yang ada, kerana (melaksanakan) hukum Allah itu bertujuan untuk mencegah,"kata beliau.

Oleh itu, katanya, pendidikan itu juga ada hukum halal dan haramnya sebagaimana makanan dan minuman yang wajib dimakan dan diminum supaya manusia dapat meneruskan kehidupan, tetapi sekiranya makan sehingga menyebabkan seseorang itu muntah, maka makan tersebut menjadi haram.

Justeru, belau menegaskan, sekiranya matlamat membangunkan pendidikan itu tidak kena pada tempatnya, ianya menjadi haram disisi agama Islam.

Buktinya, kata beliau, masalah sosial yang berlaku pada masa kini semakin teruk, terutama di negeri Terengganu, yang melibatkan bukan sahaja golongan dewasa, malah jenayah juvana bermula daripada kanak-kanak berusia 10 tahun.

Media Filipina Dedahkan Najib Janjikan Penceroboh Penempatan Di Sabah

Posted: 04 Mar 2013 05:51 AM PST


KELAB GREENBOC

Kebenaran terdedah jua akhirnya. Walaupun semalam, PM Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan pihak berkuasa terutama pihak risikan menyiasat dakwaan bahawa ada pemimpin pembangkang terlibat dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, tetapi media Filipina, MB.com.ph, memetik kata-kata Nur Misuari, Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Najib telah menjanjikan Raja Muda Agbimuddin Kiram, penempatan di Sabah.

Misuari juga merayu Najib supaya bertindak dengan cermat dalam menghadapi para pemberontak Filipina yang kini telah membunuh lapan anggota polis Malaysia di Sabah dalam pertempuran berdarah di Lahad Datu dan juga Semporna.

Misuari juga mendakwa Agbimuddin mungkin ke Sabah bagi menunjukkan ketidaksabaran terhadap tuntutan mereka.

Sebelum ini media massa UMNO heboh mendedahkan laporan yang disiarkan oleh Manila Times dan Philippine Daily Inquirer yang menggunakan artikel agensi berita Reuters kononnya Anwar Ibrahim turut terlibat dalam perancangan pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Menurut Laporan Manila Times pada tarikh 16 Februari, Koresponden Mindanou, Jacinto, memberitahu, Sultan Muhammad Fuad Kiram I, mendakwa Malaysia menduduki Sabah secara haram dan Sabah merupakan milik Kesultanan Sulu hingga hari ini.

"Pencerobohan tersebut berlaku setelah bekas pemimpin Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pemimpin de facto Pakatan Rakyat (PR) mencadangkan Sabah akan diberikan autonominya kepada pemerintahan kesultanan Sulu," kata Jacinto, menurut laporan tersebut.

Beberapa pihak termasuk Najib sendiri telah menggesa agar pihak berkuasa terutama pihak risikan menyiasat dakwaan tersebut tetapi lansung tidak menyentuh mengenai laporan akhbar MB.com.ph diatas mengenai janji beliau kepada para penceroboh berkenaan.

Di dalam satu laporan yang berasingan, Najib Razak juga telah menyelar kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua yang menyatakan insiden tembakan di Lahad Datu Sabah adalah "konspirasi terancang kerajaan Umno.

Perdana menteri berkata tuduhan itu kononnya adalah mainan politik yang cukup hina oleh pembangkang untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum yang semakin hampir.

Kini seandainya laporan dari media Filipina itu benar, berarti Najib dan UMNOlah yang bermain dengan mainan politik yang cukup hina dengan cuba menjadikan pemimpin Pakatan Rakyat sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap insiden Lahad Datu, walhal beliaulah yang mengaturkannya.

Berikut ialah laporan penuh akhbar berkenaan.



Don't Harm Sultan's Men, Nur Warns Malaysia


MANILA, Philippines --- Moro National Liberation Front (MNLF) founding Chairman Nur Misuari yesterday appealed to Malaysia to settle the Sabah standoff peacefully and warned that his group will come to the aid of Sultan Jamalul Kiram III's followers if blood spills.

"I hope they will not harm them. They (Kiram's followers) are our brothers.

If one drop of their blood is spilled, we might be forced to come to their aid," Misuari said.

"Please don't touch them, give them a friendly and brotherly treatment," Misuari appealed.

Misuari was in Zamboanga City yesterday for the MNLF leadership meeting, which he said was attended by some 2,000 leaders from across Mindanao to discuss various issues facing the Bangsamoro people.

When he was in Jolo, Sulu, over the week, Misuari said that what he heard was that the group of the Crown Prince Rajah Muda Agbimuddin Kiram, younger brother of Kiram, crossed the sea to the island because they were allegedly promised to be settled in Sabah by Prime Minister Dato Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Addul Razak.

Misuari appealed to the prime minister to exercise prudence in dealing with the people of the sultan.

"This should be handled by cooler heads," he said, adding it would also be good to await the coming election in April in Malaysia to see who will be the new prime minister.

Misuari also said the group of Rajah Muda could have gone to Sabah to show their impatient over their claim.

Meanwhile, an ally of Kiram appealed to the Malaysian government yesterday to extend a brotherly Islamic tolerance to the Moro group still holed up in Lahad Datu, Sabah, Malaysia.

Abraham Julpa Idjirani, secretary general of the sultanate and spokesperson of Kiram III, spoke with the Manila Bulletin Thursday.

On the news report about a Friday (today) deadline said to have been issued by Malaysia for the group to leave Sabah, he did not respond specifically about it.

Rather, he reiterated that the rajah muda and his followers will not pull out from their journey home to Sabah.

"I just spoke five minutes ago to the aide-de-camp of the crown prince and also with his son. They told me they are doing fine," said Idjirani at about 2:05 p.m. Thursday.

As he acknowledged the tolerance shown by the government of Malaysia to the Moro group who sailed to Lahad Datu on February 11, in exercise of their proprietary rights over the oil-rich island.

"We want to thank Malaysia for being tolerant to the sultan's people," he said.

On the other hand, he appealed to Malaysia for more tolerance to the brother Muslims.

"We appeal to Malaysia to be more patient and prolong their Islamic tolerance to their fellow Muslims," said Idjirani.

He said in Islam, forcing people to go hungry is un-Islamic, referring to the Malaysia security forces' blockade of food supply for the rajah muda and his group.

It started Wednesday, he said.

Idjirani said depriving food to people is also a violation of human rights enshrined in the United Nations.

Kiram III sent his brother and their people to Sabah on what they described as a journey home, crossing the sea from Simunul in Tawi-Tawi.

He said they went there peacefully to stay and claim what is rightfully the Sultanate of Sulu's ancestral domain.

Meanwhile, the Philippine military has deployed at least six ships and an aircraft near the border of the Philippines and Malaysia in what a Navy official describe as an operation to deescalate the tension in the Sabah standoff.

Lieutenant Commander Gregory Favic, spokesman of the Philippine Navy, said they have started conducting the border patrol on February 12, or right after the news of the standoff in Sabah broke out.
-mb.com.ph


Bagi kita, kita akan terus berdoa!

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق
واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا
وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran
wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathil innal bathila kana zahuqan


Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Nazri Aziz Yakin BN Boleh Terima Hakikat Sekiranya Kalah PRU-13

Posted: 04 Mar 2013 04:40 AM PST


nazri aziz persidangan PRU 13 01

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini melahirkan keyakinan perlalihan kuasa akan berjalan dengan lancar sekiranya BN tewas dalam Pilihan Raya Umum (PRU-13) ke-13 nanti.

Menurut beliau, ini dibuktikan ketika peralihan kuasa yang berlaku di empat buah negeri yang menyaksikan BN tumbang di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dalam PRU-12 pada 2008.
"Tiada sebab untuk BN tidak boleh terima keputusan rakyat.

"Kita sedar kita tak dapat mandat rakyat di negeri-negeri itu dan kita hormati keputusan rakyat," kata beliau di hadapan kira-kira hampir 100 delegasi Persidangan Antarabangsa Pilihan Raya Ke-13 Malaysia di Kelab Perdana Diraja, di sini.

Dalam sejarah pilihan raya di Malaysia, PRU-13 yang bakal diadakan tidak berapa lama lagi dianggap sebagai pilihan raya yang paling berkemungkinan berlaku pertukaran kerajaan persekutuan.

Bagaimanapun sesetengah pemerhati melahirkan kebimbangan mereka ada sesetengah penyokong BN tidak dapat menerima kekalahan sekaligus menimbulkan suasana tidak aman dan tidak stabil negara.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri dalam ucapan beliau dalam Perhimpunan Agung Umno pernah menyeru agar ahli-ahli Umno mempertahankan Putra Jaya hingga ke titisan darah terakhir.

SPR Gagal Kikis Tanggapan Berat Sebelah, Tidak Adil Di Mata Rakyat

Posted: 04 Mar 2013 04:38 AM PST


ambiga persidangan pru 13 01

KUALA LUMPUR,: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal mengikis tanggapan umum bahawa ia bebas dari pengaruh mana-mana parti politik dan tidak berat sebelah.

Ini disebabkan beberapa kenyataan SPR sebelum ini yang membuktikan bahawa badan itu tidak bersikap adil kepada semua parti politik dan menguntungkan Umno-BN.

Menurut Pengerusi Bersama NGO Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Datuk Ambiga Sreenevasan, semua parti politik haruslah diberikan layanan sama rata.

"Masalahnya sekarang pihak yang diberi tanggungjawab ini SPR adalah sebuah badan yang semakin hilang kepercayaan rakyat.

"Begitu juga dengan kebebasan media untuk pembangkang, ianya bagaikan satu gurauan.

"Dakwaan mereka kononnya negara ini amalkan kebebasan media adalah satu penghinaan kepada kebijaksanaan rakyat," kata Ambiga dalam Persidangan Antarabangsa Pilihan Raya Umum Ke-13 Malaysia hari ini.

Ambiga juga melahirkan rasa kesal apabila SPR tahun lalu mengeluarkan kenyataan kononnya tidak mempunyai masa mencukupi untuk membersihkan daftar pemilih.

"Mereka cakap tidak cukup masa, sampai sekarang dah 10 bulan berlalu, apa yang mereka buat?"

Sementara itu, Ambiga turut berkata BERSIH 2.0 akan menggerakkan kira-kira 10,000 sukarelawan pemantau bagi memantau dalam PRU-13 nanti.

Persidangan Antarabangsa Pilihan Raya Umum Ke-13 Malaysia merupakan persidangan yang dianjurkan Pejabat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Persidangan yang asalnya dirancang diadakan di bangunan parlimen itu dipindahkan ke Kelab Taman Perdana Diraja disebabkan tidak mendapat kebenaran Yang di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Persidangan yang diadakan dua hari itu turut dihadiri panelis yang terdiri pelbagai latar belakang politik, pertubuhan dan wakil antarabangsa.

11 sekolah ditutup di Lahad Datu ekoran pencerobohan

Posted: 04 Mar 2013 04:33 AM PST




 
Kharizal Mat Khalid, Bernama

Sebelas sekolah di Lahad Datu, Sabah ditutup sementara sehingga Rabu ini sejak Jumaat lepas berikutan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di kawasan itu, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud.

Arahan penutupan sementara itu dikeluarkan melalui surat bertarikh 1 Mac, katanya.

"Sekolah akan ditutup sehingga Rabu ini, sekiranya keadaan tidak reda, tempoh penutupan itu mungkin dilanjutkan mengikut keperluan sekolah," katanya kepada Bernama hari ini.

Jabatan Pelajaran Sabah dan polis akan memantau perkembangan semasa di kawasan tersebut sebelum memutuskan keperluan melanjutkan tempoh penutupan tersebut, katanya.

Abdul Ghafar berkata meskipun tiada desakan daripada ibu bapa untuk menutup sekolah terlibat namun Kementerian Pelajaran mengambil inisiatif tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.

"Perancangan untuk memindahkan kesemua pelajar terlibat ke sekolah berdekatan juga tidak perlu, apabila situasi telah reda semua pelajar akan kembali ke sekolah seperti biasa," katanya.

Abdul Ghafar berkata cuti gantian perlu dilaksanakan selepas keadaan kembali pulih.

Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah, Maimunah Suhaibul ketika dihubungi mengesahkan menerima surat daripada Kementerian Pelajaran pada 1 Mac lepas yang mengarahkannya menutup sekolah terlibat.

"Kita segera kenal pasti sekolah supaya arahan itu dapat dilaksanakan," katanya.

Antara sekolah yang kini ditutup sementara ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chee Vun, Sekolah Kebangsaan Tungku dan Sekolah Kebangsaan Lahad Datu II.

Insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah yang dilaporkan sejak 12 Februari, kini telah mengorbankan lapan anggota keselamatan negara -- dua di Lahad Datu dan enam di Semporna.-Bernama

Dr M: Perbuatan kumpulan bersenjata tak ikut ajaran Islam

Posted: 04 Mar 2013 04:32 AM PST

Bernama


 
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan perbuatan kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu dan Semporna, Sabah sebagai bertentangan dengan ajaran Islam.

Beliau berkata kumpulan itu bertindak ganas sehingga menyebabkan pertumpahan darah dan kehilangan nyawa lapan anggota pasukan keselamatan negara dalam dua kejadian berasingan di kedua-dua lokasi serangan itu.

"Kita cuba nak selesaikan perkara ini tanpa pertumpahan darah, tetapi kita dapati orang Sulu ini ganas, mereka bukan sahaja membunuh askar kita tetapi cederakan orang yang sudah mati.

"Kononnya mereka orang Islam tetapi perbuatan mereka tidak mengikut kehendak agama Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Global Muslim Conference on Unity and Economy' anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (MCCM) di Kuala Lumpur hari ini.

Dr Mahathir berkata kerajaan perlu mengambil tindakan segera supaya dapat mengalahkan kumpulan penceroboh itu dan menghadapkan mereka ke mahkamah kerana membunuh.

Beliau juga khuatir situasi akan menjadi lebih buruk kerana kumpulan penceroboh ini akan tetap meneruskan keganasan mereka secara berpanjangan walaupun akan kalah dalam pertempuran.

"Saya khuatir apabila kita lihat apa yang berlaku di Filipina, bila ada pemberontakan daripada rakyat mereka, ia berpanjangan dan tidak mudah dihentikan.

"Sebab itu saya harap kerajaan akan mengambil tindakan yang keras dan tegas supaya tidak berlarutan," katanya sambil mengucapkan takziah kepada keluarga anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam insiden itu.

Sementara itu Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan meminta kerajaan Malaysia menamatkan segera pencerobohan bersenjata itu yang sama sekali tidak menghargai nyawa pasukan keselamatan negara.

"Lapan nyawa sudah terlalu ramai bagi Malaysia. Malaysia negara yang aman damai dan menghargai setiap nyawa. Penceroboh bersenjata berkenaan tidak mempunyai sebarang belas kasihan dan tidak tahu menghargai nyawa manusia. Mungkin bagi penceroboh korban lapan nyawa masih terlalu kecil.

"Umno berdoa supaya tidak ada lagi kemalangan jiwa ekoran tragedi pencerobohan itu selepas ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan delegasi 11 anggota Pergerakan Belia Malaysia-Palestin dari Gaza di Menara Datuk Onn di ibu negara.

Sementara itu di SEMPORNA, penduduk tempatan terutamanya yang bergantung hidup dalam industri pelancongan berharap konflik bersenjata itu dapat ditamatkan segera kerana kejadian itu menjejaskan pendapatan mereka.

Mahlul Abas, 45, berkata konflik bersenjata yang berlarutan hampir sebulan itu ternyata menjejaskan industri pelancongan terutama di Semporna yang terkenal dalam menguruskan pelancong dari dalam dan luar negara ke Pulau Sipadan dan Pulau Mabul.

"Setiap tahun Semporna menerima pelancong kira-kira 50,000 orang jadi apabila berlaku konflik bersenjata ini ia ternyata menjejaskan mata pencarian kami," katanya.

Beliau yang mengusahakan agensi bot dan kemudahan menyelam kepada pelancong mengakui sukar menjalankan perniagaan secara aman kerana sentiasa perlu mengutamakan keselamatan dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak diserang penceroboh.

Siti Salwa Hassan, 49, berkata, beliau kini terpaksa berpindah sementara ke rumah saudara selepas kejadian serangan berbalas tembakan malam kelmarin dan akan hanya pulang ke rumah setelah keadaan pulih sepenuhnya.

Dalam pada itu, Bernama difahamkan penduduk tempatan, kesemua sekolah di daerah Semporna diarah tutup sejak Jumaat lepas, sejak konflik tercetus.

Seorang pelajar Mohd Nusairi Umar, 17, berkata dia tidak dapat hadir ke sekolah disebabkan keadaan semakin membimbangkan.

"Saya tidak pergi ke sekolah hari ini sebab sekolah sudah ditutup, lagipun bas sekolah pun tiada, jadi bagaimana mahu saya ke sekolah," katanya.-Bernama

SPRM jangka aduan rasuah meningkat menjelang PRU13

Posted: 04 Mar 2013 04:30 AM PST

 


 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjangkakan aduan dan maklumat yang dilaporkan kepada agensi itu berhubung rasuah akan meningkat menjelang pilihan raya umum ke-13, berbanding 2008.

NONEKetua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata berdasarkan suasana politik sekarang dengan pelbagai isu yang dibangkitkan dan pengalaman lepas, aduan berhubung rasuah akan meningkat secara mendadak apabila tiba musim pilihan raya.

"Setiap kali pilihan raya jumlah maklumat mengenai rasuah akan meningkat, itu yang pasti. Lagi dekat, lagi banyak maklumat rasuah...(perkara) yang sudah lama pun naik balik, yang dah lupa pun dia ingatkan balik.

"Bagi kami, kami akan terima semua maklumat dan laporan itu, dan sekiranya ia kesalahan rasuah, kami akan menjalankan siasatan tidak kira siapa mereka yang ditohmah," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Mengikut stastik, beliau berkata SPRM mencatatkan aduan/maklumat tertinggi pada pilihan raya umum ke-12 (2008) iaitu sebanyak 15,804 aduan/maklumat, tahun tertinggi jumlahnya sejak 2003.

Pada pilihan raya umum ke-11 jumlah aduan/maklumat rasuah ialah 11,413.

Katanya daripada maklumat yang diterima pada 2008 (15,804), seramai 603 orang ditangkap dan 208 orang dituduh di mahkamah berikutan pembukaan kertas siasatan terhadap 1,390 orang.

Pada 2004, seramai 497 orang ditangkap dan 178 orang dituduh di mahkamah daripada 982 kertas siatasan yang dibuka.

Mengikut stastik, sebanyak 11,765 maklumat diterima SPRM tahun lalu dan sebanyak 1,078 kertas siasatan dibuka. Hasil siasatan, 701 orang ditangkap dan 350 orang dituduh.

Abu Kassim berkata selain SPRM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga diberi tanggungjawab untuk menerima dan menyiasat kes-kes berhubung rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pilihan Raya.

"Cadangan kami ialah menubuhkan sebuah jawatankuasa dan kami boleh koordinasi antara pihak SPR, PRDM dan SPRM, kerana polis juga mempunyai cawangan di seluruh negara termasuk di tempat-tempat terpencil dan mereka boleh terima laporan itu.

"Kami sudah pun buat penyelarasan, koordinasi akan dibuat dari semasa ke semasa. Kami berharap dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan dengan adanya penyelarasan dan kordinasi antara SPRM, SPR dan PDRM ," katanya.-Bernama

Najib Ada Menjanjikan Sesuatu Untuk Sulu?

Posted: 04 Mar 2013 04:23 AM PST

MSO                     

Ada pihak-pihak tertentu tidak menerima tragedi pencerobohan rakyat Filipina yang mendakwa dari kesultanan Sulu di beberapa daerah pinggiran di Sabah - Lahad Datu, Semporna, Kunat dan sebagainya bukan seadanya. Ia tidak dianggap sebagai takdir bencana dan mala petaka kepada negara yang harus dipikul bersama seperti sewajarnya sebagai sebuah warga negara yang setia dan bertanggungjawab.

Petikan portal mb.com.ph yang ada disebut nama Najib.
Ada kecenderongan untuk mengaitkan pencerobohan itu dengan mana-mana pihak didalam negara sendiri. Dalam hal ini individu atau puak politiklah yang cuba disangkutkan atau dinajiskan dengan kejadian menyayat hati itu. Perseteruan politik di antara UBN dengan Pakatan Rakat (PR) tidak terkecuali membawa isu ini sebagai modal menyalahkan di antara satu sama lain.

Ia tidak ketara dimainkan oleh pemuka-pemuka utamanya  seperti Mohd Najib Razak yang memimpin BN dan Anwar Ibrahim yang memimpin Pakatan Rakyat, tetapi pihak lain termasuk organ media cuba saling memburukkan dengan mempersoal kemudian mendakwa mereka berdua terlibat dalam tragedi itu. Manakala pemuka politik Cina dan India menikus seolah sedang berangan-angan untuk mendapatkan pisang lemak manis tersangkut di atas syiling.

Dalam hal ini orang yang paling kuat dipalu ialah Anwar Ibrahim. Akhbar Utusan Malaysia sendiri tidak pernah merasa bersalah atas pembohongan dan pemanipulasi berita mengenai Anwar  yang dilakukan selama ini. Akhbar itu semacam sasan (epilepsy) terus mengheret tragedi yang sudah meragut lebih 20 nyawa itu ke atas belakang Anwar. Cara Utusan melayan Anwar bukan atas sifatnya sebagai media yang perlu profesional tetapi atas dendam kesumat berhati hitam legam.

Saman demi saman demi saman demi saman yang dikemukakan ke atas akhbar berkenaan yang berakhir dengan kekalahan dan kena bayar tidak memberi keinsafan kepada akhbar berkenaan. Seolah-olah keputusan yang memburukkan imej dan wibawanya tidak sedikit pun dikesali bahkan mereka terus mengobarkan hasad dengki dan fitnah untuk Anwar dan juga pimpinan parti PR lain. Utusan adalah sebuah media yang berhati kering.

Dalam laporan semalam syarikat akhbar itu mengheret langsung peristiwa pencerobohan itu dengan Anwar Ibrahim. Walaupun ia tidak disebut direct untuk mengelak implikasi undang-undang tetapi cara laporan itu dibuat jelas ia mensasarkan kepada bakal PM itu.

Hanya dengan memetik laporan dari sebuah portal (Inquier) akhbar berkenaan menubuh Anwar mengundang penceroboh itu dengan memberi tawaran menyelesaikan isu-isu berbangkit oleh bangsa Sulu ke atas Sabah khususnya dalam soal tuntutan tanah yang mereka yakin sebahagiannya hak mereka.

Bagi akhabr berkenaan sumber itu membenar dan menghalalkan ia untuk melakukan tuduhan dan dakwaan ke atas Anwar. Meletakkan Anwar bertanggungjawab atas kejadian malang di Sabah itu. Sebenarnya sumber-sumber digunapakai Utusan dalam memburukkan Anwar dan pemimpin pembangkang lain sangat rapuh dan kurang asas.

Di samping sumber dari Inquirer itu media berkenaan juga memetik laporan perisik pihak tentera negara ini mengenai perjumpaan Anwar dengan pemimpin pemberontakan bersenjata Mindano, Nur Misuari beberapa bulan sebelum berlaku pencerobohan. Dikatakan perjumpaan itu sebagai janji Anwar untuk rakyat Filipina ke atas Sabah. Petikan "persisik?" itu adalah untuk mengukuhkan pembohongan kering mereka?

Tidak sukar untuk memahamai kenapa media berkenaan menyiarkan berita yang tidak disahkan atau dalam erti lain berita yang separuh masak. Tujuannya ialah untuk mempamirkan kepada rakyat Malaysia betapa jahat dan terdesaknya Anwar untuk menang sehingga menggunakan pengaruh atau kuasa luar.

Sebenarnya apa yang dilaporkan media itu meragukan sekali dan ia berbentuk berita andaian bukan saja bersifat fitnah yang akan mendepositkan dosa kering ke akaun peribadi pelapornya, tetapi ia juga memberi masalah kepada pihak lain.

Misalnya mengenai kononnya ada laporan dari risik tentera itu, ia menyebabkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu memberi penjelasan atas andaian itu. Menjadi tanggungjawab ATM membersihkan namanya yang dipalit oleh Utusan. Kalau apa disebut itu tidak betul ATM akan tercemar dan sejarah akan menuduh ia menjadi alat kepada sebuah media yang tidak bermaruah.

Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi harus segera membuat kenyataan menjelaskan pengkaitan nama ATM itu, sama ada ia benar atau satu pemalsuan oleh Utusan demi menjaga pemberi makan kepada editornya serta anak bini mereka. Sekiranya Zahid menjadi syaitan bisu di dalam hal ini dia juga tertimpa najis busuk ciptaan akhbar berkenaan.

Bagi mereka yang waras sukar untuk mempercayai laporan akhabr berkenaan. Fitnah ataupun pemutar berita mengenai pembangkang yang dilakukan selama ini telah menghilangkan keyakinan umum. Tetapi mereka yang menjadikan ia sebagai 'kopi' pagi dan hadith sandaran berita politik sangat mempercayainya. Ketaksuban mereka kepada Utusan menyebabkan terpancar mashead Utusan di dahi.

Kita haus behati-hati dengan sumber luar berhubung apa saja isu mengenai negara kita apa lagi mengenai soal-soal keselamatan yang tidak boleh dimain-mainkan. Begitu juga isu-isu membabitkan reputasi dan maruah seseorang harus diselidiki sebaik mungkin. Kita harus meletakkan kebimbangan ianya sengaja dibuat bagi mengeruhkan keadaan sesama kita di dalam negara kita. Kalau akhbar dalam negeri sendiri seperti media massa PB tidak boleh dipercayai dan diragui apa lagi media asing yang mungkin ada seribu niat jahat berbanding dengan media dalam negeri?

Kalaulah kita mempercayai laporan Inquier yang dijadikan sanad dan perwari oleh Utusan itu yang meletakkan Anwar terbabit dengan pencerobohan di Lahad Datu, apa pula halnya dengan laporan disiarkan dalam sebuah portal berita mb.com.ph (Manila Bulletin Coprotion) yang di dalam termuat satu laproan dibawah tajuk;  Don't Harm Sultan's Men, Nur Warns Malaysia, melapokran ketua pemberontakan di Mindano, Nur Misuari menyebut beliau ada dengar kedatangan penceroboh di Sabah adalah ekoran jaminan dan janji Perdana Menteri Mohd Najib Razak?

Cuba baca apa dimuat dalam laporan itu yang diterjemahkan secara bebas ini; "Ketika ia berada di Jolo, Sulu, selama seminggu, Misuari mengatakan bahwa apa yang ia dengar adalah bahwa kelompok dari Rajah Mahkota Pangeran Muda Agbimuddin Kiram, adik dari Kiram, menyeberangi laut ke pulau karena mereka diduga dijanjikan akan diselesaikan (isu atau masalah) di Sabah oleh Perdana Menteri Dato Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Addul Razak."

Versi asal di sini bawah ini;
[When he was in Jolo, Sulu, over the week, Misuari said that what he heard was that the group of the Crown Prince Rajah Muda Agbimuddin Kiram, younger brother of Kiram, crossed the sea to the island because they were allegedly promised to be settled in Sabah by Prime Minister Dato Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Addul Razak.]

Apakah yang dimaksudkan oleh Nur Misuari itu? Sebenarnya kata-kata Nur Misuari yang dilaporkan itu membawa pengertian dan makna yang besar mungkin soal menyelesaikan tuntutan rakyat Sulu ke atas Sabah? 

Apakah Nur Misuari sengaja berkata demikian? Kita tidak apat mempastikan apakah maksud beliau sebenarnya, dan apakah pula maksud Najib Razak memberi jaminan itu seperti dituturkan. Atau sejauh mana kebenaran laporan itu. Kalau untuk adil sepatutnya Utusan Malaysia tidak menggelapkan laporan ini. Ia patut ditafsir dan diulas sama kemudian disiarkan seperti mana mereka mentafsir dan mememtik laporan 'rabun' yang mengaitkan nama Ketua Pembangkang oleh Inquirer dan 'perisik tentera' itu.

Dan kalaulah laporan portal mb.com.ph itu tidak boleh dipercayai kenapa pula laporan Inquire mudah diyakini?

Laporan dalam mb.com ph itu boleh dibaca di sini:http://mb.com.ph/articles/394999/don-t-harm-sultan-s-men-nur-warns-malaysia#.UTP5dldGyzo

Penduduk dakwa penceroboh bolos dari Kg Tanduo

Posted: 04 Mar 2013 04:07 AM PST



 
Penduduk kawasan Tanjung Batu dan Tanjung Labian meninggalkan kampung mereka beramai-ramai hari ini ekoran dakwaan bahawa kumpulan penceroboh yang dikepung di Kampung Tanduo membolosi kawalan pihak keselamatan.

Seorang penduduk kampung Gabril Asakil, 48, berkata seramai 50 orang penceroboh memasuki kampung mereka di Tanjung Batu untuk mendapatkan barangan keperluan.

Katanya, penduduk kampung keluar daripada kampung pada waktu malam dan hanya akan kembali pada waktu pagi.

"Apabila kami pulang pada waktu pagi, kami dapati mereka sudahpun menduduki kampung kami," katanya.

Gabril berkata beliau pasti bahawa golongan yang menawan kampung tersebut merupakan penceroboh dari Kampung Tanduo dan perkara ini disahkan oleh penduduk yang tidak dapat melarikan diri.

"Penceroboh itu menghantar dua orang daripada orang kampung kami untuk membeli makanan, tapi tentulah mereka melarikan diri.

"Mereka memberitahu kami orang imi memang penceroboh dari Kampung Tanduo," katanya.

PR: Najib Gadai Nasib Rakyat Sabah, Pasukan Keselamatan

Posted: 04 Mar 2013 12:39 AM PST


Lahad Datu 01

PETALING JAYA : Pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) menyelar tindakan kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri yang sanggup menggadai keselamatan rakyat Sabah dan pasukan keselamatan berikutan pencerobohan kumpulan bersenjata warga asing di Lahat Datu sejak 23 Februari lalu.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan ketiga-tiga pemimpin tertinggi PR itu menyebut setiap pimpinan mana-mana negara termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab mempertahan kedaulatan wilayah negara, keselamatan rakyat dan anggota pasukan keselamatan.

Kegagalan mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat merupakan satu pengkhianatan serta menodai amanah rakyat.

Justeru PR berhasrat mengingatkan pimpinan negara agar tegas mempertahankan kedaulatan wilayah negara dan tidak alpa memastikan keselamatan setiap rakyat Malaysia.

Kenyataan media bersama tersebut dikeluarkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang pagi tadi.

Insiden pencerobohan sekumpulan bersenjata warga asing di sekitar Lahad Datu serta Semporna merupakan suatu kecuaian yang tidak boleh di maafkan. Malah setiap inci tanah Sabah dan keselamatan rakyatnya wajib dipertahankan.

Kenyataan tersebut turut menyebut bahawa PR merasa kesal dan kecewa dengan sikap kepimpinan negara yang tidak mempamerkan kewibawaan dan iltizam dalam menyelesaikan masalah ini.

Pimpinan negara juga gagal menyalurkan maklumat tepat, cepat dan telus serta memberikan penjelasan terhadap apa yang berlaku kepada umum sehingga menyebabkan khabar angin tersebar luas.

Dalam hal terbabit PR menyeru agar orang ramai tetap bertenang dan tidak mengambil tindakan terburu-buru atau menyebarkan berita-berita fitnah yang boleh menimbulkan keresahan.

Pimpinan negara juga gagal menyalurkan maklumat tepat, cepat dan telus serta memberikan penjelasan terhadap apa yang berlaku kepada umum sehingga menyebabkan khabar angin tersebar luas.

Pakatan Rakyat menggesa supaya isu ini tidak dijadikan arena tuduh-menuduh dan sewajarnya kepimpinan negara memberi tumpuan kepada isu keselamatan negara serta tidak mengalihkan pandangan rakyat dari kelemahan mereka.

"Sewajarnya kerajaan perlu menyedari, keutamaan adalah demi mempertahankan kedaulatan negara, keselamatan rakyat dan perwira negara yang bertungkus lumus di perbatasan." kata kenyataan bersama tersebut.

Pakatan Rakyat juga mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk tetap teguh mendokong pasukan keselamatan, samada dari pihak polis atau tentera. Kita berdoa moga mereka kekal selamat serta bersemangat mempertahankan negara dan rakyat Malaysia dari ancaman penceroboh.

Dalam pada itu Pakatan Rakyat menuntut agar segera diadakan satu sidang khas Parlimen bagi membincangkan isu pencerobohan ini serta demi untuk mendapatkan gambaran sebenar insiden yang tercetus di Sabah.

"Kita juga berhasrat mengadakan satu persidangan meja bulat di antara pimpinan Pakatan Rakyat dengan pimpinan kerajaan dalam usaha untuk mencapai muafakat bersama berhubung isu ini.

"Pencerobohan di Lahad Datu telah mengorbankan dua nyawa perwira negara manakala insiden terbaru di Semporna pula mengorbankan enam nyawa perwira negara.

"Sehubungan itu selurh pimpinan dan pendokong PR merakamkan ucapan takziah buat keluarga mereka dan rakyat Sabah serta berdoa moga roh mereka dicucuri rahmat," kata kenyataan itu.

Khir cadang orang politik kendali krisis Sabah

Posted: 04 Mar 2013 12:34 AM PST


Harakahdaily,


SHAH ALAM: Ekoran suasana yang terus membimbangkan di Sabah, pelbagai pihak membuat cadangan balas bagi menyelesaikannya.

Suasana membimbangkan ini turut diakui oleh bekas MB Selangor, Datuk Seri Khir Toyo sehingga beliau mencadangkan agar krisis Sabah perlu dikendalikan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Cadangan ini dikemukakan Dr Khir dalam blog beliau hari ini. MKN adalah badan yang telah mentadbir Kelantan sehingga menjatuhkan kerajaan negeri di bawah PAS di pertengahan 1970an dahulu.

Cadangan ini bermakna krisis ini bakal dikendalikan oleh orang politik iaitu Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah.

"Seingat saya inilah krisis yang mengambil masa paling lama untuk diselesaikan oleh pihak berkuasa negara sejak Peristiwa 13 Mei 1969," tulis Khir.

Bagi beliau, lebih menimbulkan kegusaran orang ramai ialah setelah hampir sebulan, krisis ini bukan menampakkan jalan penyelesaian atau kesudahan.

Sebaliknya, dari situasi hanya terhad di Lahad Datu semata ia telah merebak ke Semporna dan tidak mustahil daerah-daerah lain sekitar sempadan maritim Filipina, tulis Khir.

"Namun melihat kekalutan yang ada sekarang saya fikir bukan sahaja isu keselamatan yang perlu dititik beratkan kerajaan tetapi juga isu keyakinan rakyat terhadap kerajaan dalam menangani isu ini.

"Kerajaan tidak lagi boleh sekadar mengulangi keadaan dalam kawalan (under control) kerana setiap kali pihak Polis mendakwa keadaan berada di dalam kawalan ketika itu juga muncul berita anggota Polis terkorban," tulisnya lagi.

Ekoran itu, beliau mencadangkan  kerajaan menggerakkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengambil alih peranan pihak Polis dalam isu ini.

Mungkin Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri sendiri yang mempengerusikan MKN untuk krisis ini.
MKN harus beroperasi 24 jam sehinggalah isu ini diselesaikan secara tuntas.

"Dengan menggerakkan MKN untuk isu ini maka bukan sahaja PDRM yang terlibat tetapi juga ia akan melibatkan pihak Tentera dan beberapa pihak berkuasa lain serta Ketua Menteri Sabah," tulis Khir.

Pencerobohan: PAS Sabah bincang malam ini

Posted: 04 Mar 2013 12:32 AM PST

Hazayani Zakaria,


KUALA LUMPUR: PAS Sabah akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini bagi membincangkan isu keselamatan di Lahad Datu dan Semporna yang menyebabkan lapan kematian anggota keselamatan.

Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling berkata, pihaknya akan merangka beberapa tindakan khusus bagi membantu pihak penguasa menyelesaikan isu tersebut.

"Malam ini PAS Sabah akan mengadakan mesyuarat khusus untuk bincang isu ini.

"Kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menangani krisis ini tapi di peringkat kita sendiri mesti ada inisiatif juga," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Sementara itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada dua anggota keselamatan negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang maut dalam insiden tembakan di Lahad Datu Jumaat lalu.

Ucapan takziah juga dibuat ke atas kematian enam anggota polis dalam kejadian serangan hendap oleh penceroboh di Sempourna, Sabah, semalam.

Malam tadi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengumumkan enam anggota polis terbunuh dalam satu serang hendap di Semporna.

Anggota keselamatan negara yang terkorban dalam kejadian itu ialah:

1. Superitenden Ibrahim Lebar - Cawangan Khas, Bukit Aman

2. ASP Michael Padel - Cawangan Khas, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Semporna

3. Sarjan Baharin Hamit - Cawangan Khas, Ibu Pejabat Kontingen (IPK) Sabah

4. Sarjan Aziz Sarikun - Batalion 14, Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau

5. Koperal Salam Togiran - IPD Tawau

6. Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran - Batalion 14, PGA Tawau

Isu Sabah:Usah lupa usaha perubahan

Posted: 04 Mar 2013 12:29 AM PST

Shahbudin Husin
 
 


Terlebih dahulu diucapkan takziah kepada keluarga lapan anggota keselamatan yang terbunuh dalam menangani kumpulan pemberontakan Sulu di Sabah. Dilaporkan dua terbunuh di Lahad Datu dan enam terkorban di Semporna setakat ini. Rakyat tentunya sedih dengan pemergian itu, sementara keluarga dan anak-anak mereka terasa lebih kesedihannya dengan kehilangan orang tersayang masing-masing.

Marilah kita menyedekahkan Al Fatihah kepada mereka yang terkorban, semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sisi Allah.

Walaupun pemberontakan dilaporkan sudah terkawal tetapi memandangkan pemberontak daripada keturunan Kesultanan Sulu ini masih berada di Sabah dan tetap berkeras agar tuntutan mereka dihormati sambil bersedia mengadakan rundingan, hakikatnya kedudukan belumlah 100 peratus selamat lagi. Pertempuran dan pertumpahan darah mungkin boleh berlaku bila-bila masa.

Kita haruslah menyedari bahawa isu yang berlaku di Sabah ini adalah isu keselamatan, bukannya isu politik walaupun Sabah merupakan antara negeri yang sedang menggelegak suhu politiknya. BN dan PR masing-masing sedang berebut untuk mempertahankan sebanyak mungkin kerusi di negeri itu. Dalam pilihanraya 2008, Sabah menyumbang 25 kerusi Parlimen kepada BN daripada 26 kawasan Parlimen yang dipertandingkan.

Tetapi menjelang PRU 13, PR sedang melipatgandakan usaha untuk menawan sebanyak mungkin kerusi di Sabah. Dengan beberapa tokoh utama BN keluar parti dan menyertai pakatan pembangkang, selain pergolakan dalaman politik Sabah sendiri, kedudukan Sabah dianggap kritikal dan tidak lagi "deposit tetap" bagi BN. Ia sudah menjadi simpanan tunai yang boleh mengalir ke mana saja.

Malah ada laporan serta analisa daripada beberapa pihak yang menyatakan Sabah akan menjadi penentu kepada BN dan PR kali ini. Jika BN dapat mempertahankan sebahahagian kerusi Parlimen Sabah, Putrajaya akan menjadi milik mereka, sebaliknya jika tujuh atau lapan kerusi jatuh ke tangan PR, mereka akan menguasai Putrajaya.

Sebab itu, dengan tercetusnya isu pemberontakan di Sabah ini, ia pantas dikaitkan dengan politik melebihi isu keselamatan dan kedaulatan negara. Ramai yang berhati-hati untuk terlalu awal membuat ulasan atau andaian kerana bimbang terperangkap. Cuma ada beberapa tokoh PR yang berani mengandaikan tragedi itu mungkin sandiwara UMNO, mungkin juga cubaan melengahkan tarikh pilihanraya, mungkin pula usaha untuk memastikan Sabah kekal menjadi milik BN dan sebagainya lagi.

Sementara UMNO dan kerajaan memberi amaran agar jangan mengaitkan tragedi itu dengan politik, malangnya mereka sendiri turut galak cuba meraih keuntungan politik daripadanya. Najib dan media arus perdana ternampak cuba menjadikan tragedi ini sebagai medan menyalahkan pihak lain melalui maklumat yang belum dipastikan kesahihannya. Najib sendiri nampaknya lebih serius dan bersemangat memberi ulasan berkaitan dakwaan penglibatan pemimpin pembangkang dalam insiden itu.

Selain cuba membesar-besarkan komen yang diberikan oleh Tian Chua dan mengaitkan Anwar Ibrahim dengan Kesultanan Sulu, isu kelemahan pimpinan dalam mentadbir negara, bagaimana sempadan kita begitu longgar, di mana kelengkapan tentera kita yang canggih, bot laju, kapal marin, kapal selam Scorpene, maklumat perisikan yang kurang lengkap dan sebagainya cuba ditutup dengan keghairahan menuding jari kepada pihak lain.

Malaysia setiap dua tahun menganjurkan LIMA di Langkawi sejak puluhan tahun lalu dan dilaporkan menandatangai pelbagai perjanjian pembelian kelengkapan untuk mempertahankan keselamatan serta kedaulatan negara, tetapi apa yang berlaku di Lahad Datu dan Semporna sebenarnya menampakkan kita masih belum bersedia secukupnya untuk mempertahankan kedudukan negara kita.

Kehilangan lapan anggota keselamatan dalam tragedi ini memang amat menyedihkan, lebih-lebih lagi pemberontak Kesultanan Sulu bukanlah kerajaan yang berdaulat dan diiktiraf. Sejak kumpulan pemberontak ini mendarat di Lahad Datu, pimpinan kerajaan terlihat sambil lewa, tidak serius dan tidak mendapat maklumat yang tepat mengenainya.

Hishammuddin, Menteri Dalam Negeri dilaporkan oleh beberapa media arus perdana dengan penuh yakin menyatakan kumpulan pemberontak itu bukan pengganas dan kehadiran mereka tidak akan melibatkan pertumpahan darah. Nazri Aziz, menteri yang bertanggungjawab terhadap undang-undang pula menyatakan kehadiran mereka tidak menggugat keselamatan negara. Menteri Pertahanan yang menjaga kedaulatan negara, Zahid Hamidi pula lebih banyak berdiam daripada bersuara dalam isu ini. Sekarang lihatlah apa yang berlaku dan bandingkan dengan kenyataan mereka dua tiga minggu yang lalu?

Menteri-menteri yang bertanggungjawab dalam soal keselamatan dan kedaulatan negara kita begitu lemah nampaknya. Jika mereka cekap, beriwibawa dan pantas bertindak serta berusaha mendapatkan maklumat yang tepat, mungkin tidak begini jadinya. Kelemahan mereka memalukan negara dan menyebabkan anggota keselamatan terkorban. Mereka berkenaan sepatutnya malu dengan tugas dan peranan selama ini dan dalam masa yang sama selesa menikmati pelbagai kemudahan daripada wang rakyat tetapi gagal menjadi pentadbir yang cekap dan berwibawa.

Bukan saja Najib tidak sesuai lagi berada di tempatnya sekarang berikutan insiden ini, malah menteri-menteri yang menjaga keselamatan dan kedaulatan negara juga nampaknya lebih sesuai menjaga hal ehwal wanita, sukan dan kebudayaan berbanding kementerian yang mereka pegang sekarang.

Kita baru berhadapan dengan pemberontak dari sebuah kesultanan yang tidak berdaulat dan tidak diiktiraf, sudah begini jadinya. Cuba bayangkan dengan pemimpin dan kepimpinan yang ada sekarang jika kita diserang oleh pihak yang lebih gagah dan besar?


Sebab itu rakyat harus melihat tragedi ini merupakan isu keselamatan dan kelemahan kerajaan melebihi isu politik. Jika kita mempunyai pemimpin cekap, berani dan berwibawa, tragedi ini mungkin boleh dielakkan lebih awal. Ini kerana mereka sudah mendarat sekian lama di kawasan itu dan kehadiran mereka sudah menjadi berita di seluruh dunia.

Tragedi ini sepatutnya menguatkan lagi iltizam rakyat Malaysia untuk melakukan perubahan dan menolak kepimpinan yang ada. Mereka bukan saja saja lemah dan tidak berwibawa dalam mengurus hal-hal yang berkaitan dengan rakyat sendiri tetapi juga tidak boleh diharapkan lagi untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.

Meskipun sudah melibatkan kehilangan nyawa yang banyak, baik di pihak keselamatan negara mahupun di pihak pemberontak yang juga beragama Islam, pimpinan kerajaan masih cuba menjadikannya sebagai isu politik dengan cuba menyalahkan pihak lain daripada menyelesaikan itu tersebut dengan segera. Kita tidak harus kehilangan lebih banyak nyawa lagi.


Sementara UMNO dan kerajaan terus cuba bermain politik untuk menutup kelemahan sendiri, insiden ini seharusnya menguatkan lagi iltizam untuk perubahan. Merubah kerajaan adalah sebaik-baiknya tetapi jika kerajaan yang ada tidak dapat diubah, sekurang-kurangnya pemimpin dan kebanyakan menteri yang ada harus disingkirkan dalam pilihanraya akan datang.

3 pengganas Sulu ditangkap pagi ini

Posted: 04 Mar 2013 12:22 AM PST

 

KL TODAY

Lahad Datu: Cubaan tiga penceroboh yang bersembunyi di Kampung Tanduo, di sini, untuk keluar dari kawasan terbabit gagal selepas mereka ditangkap polis malam kelmarin.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, tiga lelaki terbabit yang cuba melepasi kawasan itu disedari anggota polis yang berkawal dan terus menahan mereka.Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas mereka menemui sebilah parang milik salah seorang penceroboh itu dan mereka kini ditahan untuk siasatan.

"Ingin saya tegaskan, kenyataan dikeluarkan sebelum ini supaya mereka menyerah diri tidak berubah tambahan penceroboh sudah terkepung dan tidak boleh ke mana-mana.Gambar: Anggota polis mengawal ketat perkarangan Hospital Semporna bagi menanti ketibaan mayat anggota polis yang terbunuh.

"Anggota polis yang mengepung kawasan kampung berkenaan juga berada dalam posisi yang baik dan keadaan kita ini terkawal," katanya pada sidang media Ops Sulu di Felda Sahabat 16, di sini, semalam.

Ismail berkata, pihaknya juga kini bekerjasama dengan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin untuk mengukuhkan keselamatan di sini.

"Kita kini juga dalam keadaan bersedia dan saya nasihat orang ramai supaya menjalankan urusan harian mereka seperti biasa kerana keselamatan mereka terjamin," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kejadian yang mengorbankan nyawa enam anggota keselamatan yang mencari maklumat bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai kumpulan terbabit adalah di luar jangkaan.

Menurutnya, pasukan keselamatan dengan kekuatan 57 anggota tidak menyangka kumpulan terbabit bertindak ganas menyebabkan enam anggota terkorban.

"Namun, saya mempunyai keyakinan bahawa kita (anggota keselamatan) sudah memiliki kekuatan mencukupi dengan penambahan anggota termasuk polis selain tambahan dua batalion askar ke Sabah bagi menghadapi apa juga keadaan di kawasan berkenaan.

Polis Buru Lelaki Bersenjata Melarikan Diri

Posted: 04 Mar 2013 12:13 AM PST

KL TODAY

LAHAD DATU: Pasukan polis menyisir di tepi pantai di Semporna untuk memburu lelaki bersenjata yang melarikan diri berikutan serangan hendap tiga hari lalu yang menyaksikan enam anggota polis dan enam lelaki bersenjata ditembak mati.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib pada Isnin berkata, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah juga menentukan jenis senjata yang digunakan oleh lelaki bersenjata di Kg Simunul.

Beliau berkata, polis menganggarkan tidak lebih daripada 10 lelaki bersenjata terlibat dalam kejadian yang dikaitkan dengan pencerobohan oleh kumpulan bersenjata Sulu di Kampung Tanduo dekat sini.

Hamzah berkata, jenazah anggota polis dihantar pulang untuk dikebumikan di kampung halaman masing-masing di Sabah dan Semenanjung selepas bedah siasat pada Isnin.

Beliau berkata, polis Malaysia bekerjasama dengan angkatan tentera bagi berhadapan dengan kumpulan bersenjata Sulu yang melakukan pencerobohan di Kampung Tanduo.

"Kami memanfaatkan aspek teknikal tentera tetapi operasi masih di bawah polis," katanya.

Hamza berkata, polis juga cuba untuk mengesahkan laporan mengenai 10 penceroboh, di mana tiga daripadanya dikatakan bersenjata dan memakai pakaian seragam 'camaflouge' dikesan di dua kampung di daerah Kunak.

Beliau berkata, penduduk dari kedua-dua kampung dibenarkan pulang ke rumah.

Mereka dipindahkan berikutan laporan yang mengesan berlakunya pencerobohan pada lewat Sabtu.

BN Taiping lapor polis dakwaan 'sandiwara' Lahad Datu

Posted: 04 Mar 2013 12:11 AM PST



 
BN Taiping hari ini membuat laporan polis terhadap dua pemimpin parti pembangkang berhubung kenyataan insiden pencerobohan di Lahad Datu yang didakwanya sebagai sandiwara dan konspirasi terancang kerajaan BN dan Umno.

Laporan itu dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah Taiping di sini pada pukul 10.30 pagi ini oleh wakil BN Taiping Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shafie terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua dan anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dr Roland Chia.

Ahmad Shalimin, yang juga Ketua Umno Bahagian Taiping, diiringi oleh kira-kira 100 anggota parti komponen BN semasa membuat laporan itu.

Beliau berkata laporan itu dibuat supaya pihak polis dapat menyiasat dan mengambil tindakan tegas berhubung kenyataan yang disifatkannya sebagai fitnah dan hasutan yang boleh menggugat keselamatan negara.

Pada Jumaat lepas, Tian Chua telah dilaporkan memberitahu KeadilanDaily, sebuah portal dalam talian, bahawa insiden tembakan di Lahad Datu dipercayai merupakan 'konspirasi terancang kerajaan Umno' untuk mengalihkan perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.

Di Putatan, Sabah pula Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussein menyelar kenyataan Tian Chua itu dan menyifatkan ia sebagai tidak berasas.

Beliau menggambarkan pihak pembangkang langsung tidak menghormati dan menghargai jasa pengorbanan anggota polis yang terkorban dalam insiden pencerobohan bersenjata itu.

"Inilah kualiti pembangkang. Mereka hanya tahu membangkang walaupun membabitkan soal keselamatan dan keamanan Negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Titik Sentuhan Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas, dekat sini.

Di Johor Bahru,  Anggota Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata dakwaan Tian Chua merupakan bukti jelas pembangkang memperlekehkan pengorbanan anggota keselamatan negara.

"Di dalam keghairahan mereka untuk meraih undi, pembangkang akan bercakap apa sahaja yang tidak masuk akal. Mereka akan mempergunakan insiden tragik untuk mendapatkan keuntungan politik," katanya kepada pemberita selepas majlis Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) Parlimen Pulai di sini.

Di Kota Tinggi, Johor, anggota exco negeri Asiah Md Ariff berkata dakwaan Tian Chua itu sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan tidak berhemah selain mengambil kesempatan untuk meraih sokongan pengundi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.- Bernama

SPR Sabah: Tak timbul soal tangguh p'raya

Posted: 04 Mar 2013 12:08 AM PST



 
Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Sabah, Datuk Idrus Ismail berkata suruhanjaya itu akan membuat keputusan berhubung penangguhan pilihan raya "apabila tiba masanya" jika darurat terpaksa diisytiharkan di negeri itu.

"Kita akan putuskan apabila tiba masanya. Marilah kita (bersikap) positif dan berdoa agar (kejadian pertempuran melibatkan penceroboh asing) akan tamat secepat mungkin," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pilihan raya boleh ditangguhkan sekiranya darurat diisytiharkan selepas parlimen dibubarkan.

Idrus diminta menjelaskan perkara itu susulan serangan demi serangan oleh penceroboh bersenjata di kawasan pantai timur Sabah.

Katanya, pilihan raya tersebut tetap perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas parlimen dibubarkan.

"Tidak timbul sebarang penangguhan kalau perdana menteri sudah bubar parlimen. Ikut undang-undang, pilihan raya umum mesti diadakan dalam 60 hari," katanya.

Beliau juga menyerahkan isu berkenaan untuk diputuskan pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Abdul Aziz pula ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau perlu mengkaji peruntukan undang-undang sebelum dapat memberi kenyataan berhubung soal berkenaan.

"Biar saya kaji dulu dengan teliti semua undang-undang yang berkaitan sebelum menjawab soalan-soalan," katanya melalui SMS kepada Malaysiakini.
 
Beliau ditanya demikian hari ini susulan serang hendap oleh satu pasukan bersenjata ke atas sepasukan anggota polis kita di Semporna, Sabah dalam kejadian pada malam tadi.

Serangan mengorbankan lima orang polis dan dua penceroboh itu berlaku susulan pertempuran pertama di Lahad Datu pada hari Jumaat lalu, yang mengorbankan dua orang anggota keselamatan.

Seramai 100 orang penceroboh dianggarkan masih terkepung di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan polis menyatakan kumpulan penceroboh juga mendarat dan menyusup ke dua buah kampung di Kunak yang terletak di antara Semporna dan Lahad Datu.

Jumlah kematian melibatkan anggota kita kini meningkat kepada tujuh orang dalam tempoh dua hari dalam kejadian serangan dipercayai paling buruk sejak pemberontakan komunis.

Utusan, TV3: Minta maaf atau disaman RM100 juta

Posted: 04 Mar 2013 12:01 AM PST

Harakahdaily,


 

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kata dua kepada Utusan Malaysia dan TV3 sama ada membuat permohonan maaf atau berdepan saman masing-masimg RM100 juta ekoran mengaitkannya dengan pencerobohan warga Filipina di Lahad Datu, Sabah.

Ianya ekoran kedua-dua media pro Umno itu melaporkan kononnya Anwar adalah dalang dalam insiden terbabit.

Utusan bertarikh 2 Mac lepas di muka hadapan bertajuk "Ketua Pembangkang dikaitkan dengan Pencerobohan" dan di muka surat 10 bertajuk "Tiga Kumpulan jadi dalang," itu secara jelas dilihat cuba mengaitkan Anwar.

TV3 juga dikatakan menggunakan istilah dalang dalam mengaitkan Ketua Umum PKR itu dalam insiden tersebut.

Peguam mewakili Anwar, N Surendran berkata, surat tuntutan kepada kedua-dua pihak itu telah dihantar.

Dalam tuntutan itu katanya, kedua-dua pihak itu diminta menarik balik dakwaan itu dan membuat permohonan maaf secara terbuka dalam masa 24 jam bermula hari ini.

"Ini adalah satu kenyataan yang tidak berasas, fitnah dan jahat. Kita telah menghantar surat kepada pihak Utusan untuk menuntut menarik balik dakwaan itu dan membuat kenyataan maaf secara terbuka.

"Kita meminta tuduhan tidak berasas itu ditarik balik dengan segera dan TV3 juga perlu meminta maaf dan membayar ganti rugi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim," tegas beliau dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Turut serta pada sidang media itu seorang lagi peguam yang mewakili Anwar, Latheefa Koya.

Tian Chua nafi sebut komando polis 'mati katak'

Posted: 03 Mar 2013 11:53 PM PST

MALAYSIA KINI


Naib Presiden PKR Tian Chua menafikan dakwaan bahawa beliau menghina pembunuhan komando polis negara sebagai "mati katak" dalam satu ceramah yang didakwa dihadirinya di Puchong.

MP Batu itu berkata, beliau tidak berada di Puchong dan tidak melafazkan kenyataan tersebut, yang didakwanya ditimbulkan untuk mencemarkan imej beliau.

"Semalam beberapa blog pro BN menyiarkan berita palsu bahawa saya telah menghina pembunuhan anggota keselamatan kita dengan istilah "komando mati katak" di satu ceramah di Puchong.

"Ini adalah cerita palsu dan tidak benar sama sekali. Semalam saya tiada di Puchong dan tidak pernah beri ucapan menghina pengorbanan pasukan keselamatan.

"Sebenarnya saya berada di Johor dan dalam semua ucapan saya, saya menyatakan keyakinan dan sokongan saya terhadap pasukan keselamatan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Selain itu, ketika dihubungi, Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang berkata, berita palsu itu dibuat bagi menimbulkan kebencian orang ramai terhadapnya dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak dibuat oleh beliau.

"Selain berita palsu, mereka meminta pembaca terutamanya anggota polis dan tentera untuk menghantar SMS dan hubungi saya untuk nyatakan bantahan mereka," katanya.

Ahli Parlimen Batu itu juga telah menulis di laman sosial Twitter bagi menafikan dakwaan terhadap kenyataannya itu.

Tindakan undang-undang


Sehubungan itu, Tian Chua berkata, beliau kini sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung berita palsu yang bertujuan untuk menjatuhkannya.

"Saya menyeru semua rakyat Malaysia agar tidak percaya dengan propaganda yang berniat jahat ini. Apa yang diperlukan sekarang adalah rakyat perlu bersatu dan memberi sokongan kepada pasukan keselamatan kita dan tidak percaya helah politik murahan yang bertujuan untuk memburukkan pembangkang," katanya.

Hari ini, beberapa akhbar arus perdana termasuk Utusan Malaysia melaporkan beberapa individu dan NGO di beberapa negeri membuat laporan polis terhadap Tian Chua.

Mereka telah menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas Tian Chua berhubung kenyataan yang dibuat.

Sehingga kini, lapan orang anggota keselamatan telah meninggal dunia di Sabah berikutan pertempuran yang bermula Jumaat lalu.

Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud telah terbunuh pada Jumaat lalu berhampiran Kampung Tanduo, Lahad Datu. Enam lagi terbunuh dalam serangan di Semporna pada hari Sabtu lalu.

Polis cari saki baki kumpulan bersenjata

Posted: 03 Mar 2013 11:51 PM PST



 
VIDEO | 1:43 minit

Ketua polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pasukan itu masih menyiasat sama ada masih terdapat kumpulan bersenjata di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna.

Katanya kumpulan berkenaan kurang daripada 10 orang dan polis menemui enam mayat di Kamung Sri Jaya Simunul dan juga satu lagi di Kampung Senallang lama.

Kampung Seri Jaya Simunul merupakan lokasi serang hendap yang dijalankan kumpulan bersenjata tersebut – mengorbankan enam orang anggota pasukan kita yang memasuki kawasan tersebut pada Sabtu malam lalu.

Mayat anggota berkenaan dibawa keluar dalam satu operasi polis pada malam tadi. Pasukan berkenaan turut menemui enam mayat tidak dikenali dalam operasi tersebut.

Seorang daripada anggota kumpulan bersenjata berkenaan melarikan diri ke Kampung Senallang Lama, Semporna semalam dan cuba menjadikan sekumpulan penduduk kampung sebagai tebusan.

Lelaki tersebut bagaimanapun mati di tangan penduduk kampung berkenaan.

Hamza berkata Jabatan Siasatan Jenayah sedang cuba mengenalpasti identiti kumpulan bersenjata tersebut, sama ada mereka merupakan penduduk tempatan atau kumpulan dari luar.

Tambahnya, jenazah anggota pasukannya yang gugur itu akan dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing melalui Tawau hari ini.

Berikut adalah senarai nama pegawai dan anggota polis yang gugur dalam operasi tersebut:
  • Supt G/10768 Ibrahim Lebar, Cawangan Khas Bukit Aman, dari Selangor
  • ASP G/15013 Micheal Padel, Ketua Cawangan Khas Semporna, dari Sarawak
  • SJN/D 110204 Baharin Hamit, Ibu Pejabat Kontinjen Cawangan Khas Bukit Aman, dari Sabah
  • SJN124082 Aziz Sarikun, Batallion 14, Pasukan Gerakan Am Tawau, dari Sabah
  • KPL/S 12675 Salam Togiran, Unit Pengangkutan, ibu pejabat polis daerah Tawau, dari Sabah
  • L/KPL 160475 Mohd Azrul Tukiran, Batallion 14, Pasukan Gerakan Am, dari Selangor
Hamza juga berkata, pasukan tersebut kini memantau keadaan di Kunak, di mana sekurang-kurangnya 10 orang penceroboh dilaporkan dilihat di kawasan tersebut.

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar semalam berkata sekurang-kurangnya 10 orang mendarat di Kunak – tiga daripada memakai celoreng tentera.

Polis kemudiannya bertindak mengepung dua perkampungan terbabit, Kampung Lomalong dan Kampung Dasar Lama, yang disyaki menjadi tempat persembunyian kumpulan terbabit.

Sultan Sulu ahli Umno

Posted: 03 Mar 2013 11:40 PM PST

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Ketika Umno BN menyalak kencang mengheret Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, rupa-rupanya 'Sultan Sulu' yang didakwa mengetuai pasukan penceroboh itu adalah ahli Umno.

umno sulu

Ini dibuktikan dalam laporan Berita Harian pada 19 Februari 2011 bertajuk 'Umno Sabah minta keahlian 'Sultan Sulu' dipecat'.

Dilaporkan, Sultan Sulu itu adalah Datu Mohd Akjan Ali Muhammad dan merupakan ahli Umno sebuah cawangan dalam Bahagian Kota Kinabalu.

Mengikut laporan itu, arahan pemecatan Mohd Akjan kerana beliau mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu.

Mohd Akjan yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Cawangan Sabah adalah bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau dilapor ditabalkan sebagai Sultan Sulu awal Februari 2011 selepas mengangkat sumpah kesetiaan dalam majlis di sebuah rumah di Kampung Likas, dekat Kota Kinabalu.

Ekoran pengisytiharannya itu, Badan Perhubungan Umno Sabah mahu Majlis Tertinggi (MT) parti memecat beliau.

Dilaporkan, keputusan sebulat suara itu dicapai pada mesyuarat Umno Sabah, 17 Februari 2011.

Umno menyifatkan tindakan Mohd Akjan itu mencemar imej dan memecahbelahkan perpaduan parti.
Ketua Menteri yang juga Pengerusi Umno Sabah, Datuk Seri Musa Aman dilapor berkata, Umno memandang serius tindakan ahli perniagaan terbabit mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu.

Sehubungan itu, Musa mencadangkan agar MT mengambil tindakan tegas terhadap Mohd Akjan bagi menjamin keutuhan parti.

Musa yang mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa kerajaan negeri tidak mengiktiraf tindakan Mohd Akjan itu dan meminta polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.

Siapa PM baru Umno?

Posted: 03 Mar 2013 11:36 PM PST


Oleh SHIRZAD LIFEBOAT


"BN kalau nak menang, kena umum calon PM baru."

Begitulah tajuk sebuah laporan Harakahdaily (28 Feb 2013). Portal berita berkenaan memetik secara langsung sumber dalaman Umno sendiri. Maksud tajuk tersebut adalah terjelas dengan sendirinya.

Dalam pada pemimpin Umno-BN begitu gundah gulana memikirkan apa yang terdapat dalam stor untuk mereka pasca PRU13, keadaan sekeliling tidak lagi seindah bunga mawar. Bukan sahaja apa yang dibuat oleh Perdana Menteri Najib Razak jelas semuanya tidak kena, tapi pelbagai laporan, analisis, kajian daripada banyak pihak menunjukkan BN sedang menghadapi hari-hari terakhir parti itu selaku kerajaan yang memerintah.

Pada mulanya, barangkali setahun dua lalu tatkala perihal PRU13 mula terapung di kalangan rakyat Malaysia dan juga dunia luar, BN yakin kebarangkalian mengekalkan status quo (iaitu kedudukan seperti selepas PRU12) bukanlah satu pertempuran sengit. Ia mungkin tidak semudah makan kacang goreng sambil menonton drama TV di ruang tamu rumah, tetapi bagi kebanyakan pemimpin BN, sama ada yang Umnonya atau MCAnya dan lain-lain ia tidak sukar dan boleh dilakukan.

Begitupun , di sebalik pelbagai pendedahan isu serta skandal dalam skala berbilion-bilion ringgit melanda kerajaan BN, Najib serta yang lainnya begitu yakin, kali ini BN akan memperolehi dua pertiga majoriti dalam Dewan Rakyat sekaligus mencairkan pengaruh dan cengkaman Pakatan Rakyat dalam Dewan tersebut.

Namun, di saat-saat akhir menjelang PRU13, semakin ramai di kalangan pemimpin Umno-BN sendiri sudah percaya dengan hasil laporan, kajian dan analisis yang menunjukkan BN bukan sahaja tidak akan mampu memperolehi dua per tiga daripada 222 kerusi Parlimen malah tidak juga mampu memperolehi jumlah kerusi yang membolehkan mereka menang dengan majoriti mudah.

Malah seminggu lalu ada desas-desus yang mengatakan supremo tidak rasmi Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu perjumpaan tertutup mengumukan maklumat risikan terbaru menunjukkan BN hanya mampu memperolehi kira-kira 80 kerusi Parlimen.

Dr Mahathir tentu ada sebab tersendiri mengapa beliau cukup takut sekiranya BN tewas di peringkat Persekutuan. Begitu juga Najib dan ramai pemimpin Umno. Pentadbiran Pakatan Rakyat kelak bukan sekadar sebuah pentadbiran kerajaan mengenai ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat serta keadilan dan ketelusan tetapi juga memastikan sistem kehakiman dipulihkan. Ini bermakna sesiapa sahaja, bergelar atau mantan apa sekalipun adalah setara dan sama rata di mata pengadilan.

Dengan tarikh ramalan terakhir pembubaran Parlimen pada 22 Februari lalu telah berlalu dan Najib pula sudah membayangkan akan cuba membeli masa lagi atas alasan memastikan transformasi sebagaimana persepsi beliau perlu dicapai terlebih dahulu, besar kemungkinan PRU13 akan diadakan pada kira-kira 20 Jun 2013 setelah Parlimen dengan sendirinya terbubar pada 24 April 2012.

Jika ini berlaku maka langkah terdesak yang masih ada bagi menyelamatkan BN dan sekali gus menyelamatkan Dr Mahathir, dan malahan menyelamatkan Najib sendiri serta pemimpin dan konco-konco Umno-BN dari apa juga musibah andai kata Pakatan Rakyat menjadi kerajaan ialah dengan menggantikan orang lain selaku Perdana Menteri terbaru dalam masa lebih kurang empat bulan berbaki ini.

Namun, persoalannya bagi orang Umno sendiri siapakah yang sepatutnya menjadi Perdana Menteri menggantikan Najib sebelum pilihan raya umum. Logiknya tentulah Muhyiddin Yassin. Bukan sahaja kerana dia adalah TPM dan dikatakan diunjuk oleh Dr Mahathir ketika ini tetapi juga kerana ia merupakan tradisi Umno yang 'tak lapuk dek hujan'.

Jika benar Muhyiddin menggantikan Najib yang secara suka rela turun dari takhta Seri Perdana, maka apakah beliau boleh diterima oleh majoriti penganut Umno sedangkan ramai masih ingat bagaimana namanya dikaitkan dalam pemilihan Umno beberapa edisi lampau sehingga membolehkan beliau dipilih sebagai Timbalan Presiden walaupun dari segi populariti di kalangan Naib Presiden, Muhyiddin adalah tercorot.

Atau apakah Mahathir, yang sentiasa merasakan dirinya paling pandai, boleh menerima Muhyiddin yang tahap keintelektualan politiknya tampak sebagai tidak melebihi kadar purata. Dan bolehkan pengundi yang pada mulanya akan mengundi Pakatan Rakyat tetapi kononnya akan mengubah selera untuk memangkah BN kerana pertukaran Perdana Menteri ini menerima Muhyiddin yang mereka anggap kebanyakan kenyataan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran hanyalah tidak lebih daripada logik mudah atau, lebih kerap daripada tidak, tak logik sama sekali.

Bagaimana pula tentang Hishammuddin Hussein. Rasanya sukar bagi rakyat untuk menerima beliau. Bukan sahaja rakyat tidak suka dengan suara serak-serak basah beliau yang langsung tak sesuai sebagai suara pemimpin, dan bukan sahaja mereka bosan dengan kenyataan 'kerajaan tidak akan berkompromi' tetapi penyokong Pakatan Rakyat dan penyokong Umno-BN sendiri sependapat betapa minda Hishammuddin sebenarnya kosong – maknanya tak bijak, tak cerdik dan tidak akan mampu memberi apa-apa sumbangan baik kepada negara atau kepada rakyat.

Mengenai Shafie Afdal, orang dah tahu. Dan mengenai Zahid Hamidi pula, kata orang kalau kail panjang sejengkal, jangan kata lautan, Selat Melaka pun tak boleh nak diduga.

Maka rumusannya, selain wang ringgit yang bakal ditaburkan dan telah ditaburkan dalam bentuk pelbagai pemberian "BRIM", Umno-BN sudah kehabisan kesemua talian hayatnya.

Benarlah kata bekas pemimpin Pemuda Bahagian Umno, Shahbudin Hussein apabila beliau menulis dan menerbitkan bukunya 'Najib Perdana Menteri Teakhir…" Dan bagi seorang lagi pengarang yang dulunya pro-Umno, SH Alattas atau Pak Habib tidak perlu lagi mentalkinkan Umno sebagaimana yang dilakukan oleh beliau dalam sebuah buku yang ditulisnya pada 1988 tetapi memadailah dengan buku terbaru beliau "Anwar Ibrahim Perdana Menteri, Siapa Mati?"

Mungkin sudah sampai masanya Dr Mahathir dan juga juak-juak Umno-BN 'memandang ke Timur' sambil mengucapkan 'sayonara' kepada kebebasan dan kuasa.

Tiada ulasan: