Rabu, 20 Mac 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Terkini! Ketua Cawangan Umno Demonstrasi Desak Dali Undur!

Posted: 20 Mar 2013 08:43 AM PDT



Rakaman demonstrasi oleh ketua- ketua cawangan Umno di hadapan Hotel Sutera Inn Prima, Kota Bharu Kelantan.

8 Jamadil Awal 1434H/ 20 Mac 2013M

KelantanTV: Tepat dan Informatif

Chua Soi Lek Ugut Najib Untuk Letak jawatan?

Posted: 20 Mar 2013 07:49 AM PDT

Soi Lek letak jawatan?

IPOH - Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini enggan menafi atau mengesahkan dakwaan yang beliau akan meletak jawatan jika Datuk Seri Ong Tee Keat dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Dr Chua berkata tindakan berkenaan bagi menghormati segala maklumat perbincangan antara beliau dan Perdana Menteri kerana ia sepatutnya tidak dikongsi dengan pihak lain.

"Saya tidak kata itu tidak benar, saya juga tidak kata ia benar, kerana maklumat komunikasi antara perdana menteri dan saya perlu dihormati.

"Semua perbincangan dengan perdana menteri perlu dianggap sebagai maklumat antara beliau dan saya, dan tidak harus diperkongsi dengan orang ramai," katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan kerja ke Sekoleh Jenis Kebangsaan (Cina) Phui Ying di Simpang Pulai di sini hari ini.

Hari ini, sebuah portal berita melaporkan sebuah akhbar berbahasa Cina mendakwa Dr Chua memberitahu mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu semalam bahawa beliau akan meletak jawatan jika BN mengumumkan Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai calon parlimen Pandan. - Bernama

Video Ni Diedit Ke?

Posted: 20 Mar 2013 07:47 AM PDT

Zambry Gelabah Sebab Anwar Nak Bertanding Di Perak?

Posted: 20 Mar 2013 04:06 AM PDT

BN tidak gentar Anwar tanding di Perak

IPOH - Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata Barisan Nasional (BN) Perak tidak gentar sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen di negeri Perak pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Zambry berkata ia merupakan satu sistem demokrasi yang mana pemimpin parti pembangkang berhak memilih kawasan yang mereka ingin bertanding pada PRU-13.

"Macam mana kita nak gentar kerana tiada istilah gentar dalam dunia politik, tambah lagi apabila kita berada dalam suasana pilihan raya.

"Kalau dia (Anwar) merasakan dia pemimpin 'touch and go', dia buatlah apa yang dia suka...ia tidak mendatangkan kehairanan kepada saya dengan keputusan yang dia buat itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco negeri di sini, hari ini.

Beliau ditanya mengenai pengumuman Anwar akan bertanding kerusi Parlimen di Perak atau Selangor.

Anwar sepatutnya gentar mengapa dia tidak mahu mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh, kata Zambry.

"Apa yang dia telah buat di Permatang Pauh? Saya tak mahu ambil reaksi terlalu awal kerana saya difahamkan dia baru bercadang, biarlah saya dengar kenyataan rasmi nanti," katanya.

Mengenai titah Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah semalam, bahawa terdapat pihak tertentu yang memanipulasi dan mengolah semula kandungan titah baginda demi kepentingan politik, Zambry melahirkan rasa kecewa terhadap pihak tertentu yang bertindak demikian.

"Kerajaan negeri amat berdukacita kerana ada pihak tertentu yang mengeluarkan (kenyataan) seolah-olah titah tuanku menyatakan bahawa parti mereka adalah parti pilihan tuanku. Ini tidak dipersetujui oleh tuanku kerana titah tuanku bukan begitu kandungannya," katanya.

Beliau berkata BN Perak tidak pernah menggunakan titah baginda demi kepentingan politik kerana menghormati kedudukan baginda sebagai raja di Perak.

"Kita (BN) tidak memanipulasi dengan menyebar atau mencetak ucapan tuanku bagi tujuan politik dan saya tidak mahu menuduh mana-mana pihak.

Titah tuanku semalam adalah untuk makluman semua, bukan hanya kepada pihak mereka (pembangkang) tetapi juga kepada pihak kita," katanya.

Mengenai perbalahan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak dengan Pas berhubung pengumuman Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri Datuk Seri Mohammad Nizar

Jamaluddin sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Changkat Jering, Zambry berkata perbalahan itu adalah perebutan kerusi (di kalangan pembangkang) untuk bertanding. - Bernama

Kalau Dah Gila Nak Buat Laporan Polis. Kesian GERAKAN

Posted: 20 Mar 2013 04:00 AM PDT

Phahrolrazi 'dikurung', Gerakan buat laporan polis

20 Mac 2013

ALOR SETAR - Pemuda Gerakan Kedah hari ini membuat laporan polis berhubung kejadian Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi, 'dikunci' dalam kawasan sebuah sekolah agama di Bukit Besar, Yan, Sabtu lepas.

Ketuanya, Tan Keng Liang berkata, laporan polis itu dibuat kerana pihaknya melihat perbuatan tersebut sebagai mengancam keselamatan Phahrolrazi yang juga anggota exco kerajaan negeri Kedah.

"Kita prihatin dengan apa yang terjadi... Kita tidak mahu beliau yang mungkin juga calon pada pilihan raya umum ke-13 terancam keselamatannya," kata Teng pada sidang media selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, di sini.

Beliau juga meluahkan rasa kecewa dengan tindakan sesetengah pihak yang turut mengaitkan insiden itu dengan Barisan Nasional (BN).

Ini membabitkan masalah dalaman parti Pas dan BN langsung tiada kaitan.

Laporan polis ini kerana kami melihat insiden sebagai ancaman keselamatan terhadap Phahrolrazi, katanya.

Menurut Teng, perbuatan menghalang pergerakan seseorang itu adalah salah mengikut Seksyen 339 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sebulan dan denda tidak lebih RM1,000 jika sabit kesalahan.

Katanya pihak berkenaan juga boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 340 kanun yang sama.

Akhbar sebelum ini melaporkan Phahrolrazi mendakwa beliau 'dikunci' dalam kawasan sekolah agama itu selama dua jam, bagi menghalang beliau daripada berucap di satu ceramah di Kampung Kabu, Sungai Limau, Yan, yang merupakan kawasan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Dakwa Phahrolrazi, beliau sebelum itu dihubungi oleh pengetua sekolah agama tersebut namun sebaik masuk ke dalam kawasan sekolah berkenaan pintu pagar dikunci. - Bernama

Najib Masuk Mengadap Agong

Posted: 19 Mar 2013 07:03 PM PDT


http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/575316_627363207280885_605293376_n.jpg

Najib masuk mengadap lagi?

Tiada ulasan: