Biaqpila |
- P. Pinang laksana tiga projek lebuhraya, satu terowong jika 1.6 juta rakyat bersetuju: Gua Eng
- WAKIL RAKYAT MENGAMUK
- VIDEO PANAS BONTOT
- EHEMM!!!! SIAPA PERSONALITI YANG INGIN DITEMUI PENCEROBOH LAHAD DATU?
P. Pinang laksana tiga projek lebuhraya, satu terowong jika 1.6 juta rakyat bersetuju: Gua Eng Posted: 20 Mar 2013 03:00 PM PDT Kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang akan melaksanakan tiga projek lebuhraya dan satu terowong bawah laut penghubung ketiga antara pulau dan Seberang Perai bernilai RM6.3 bilion jika dipersetujui 1.6 juta rakyat Pulau Mutiara itu. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam surat terbukanya kepada rakyat negeri itu hari ini berkata, pelaksanaan projek itu adalah demi kemajuan ekonomi negeri dan mengatasi kesesakan lalu lintas pada masa depan. "Kerajaan negeri juga terpaksa menjelaskan dakwaan mengelirukan oleh sesetengah NGO dan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang menentang cadangan projek berkenaan yang dianugerahkan melalui tender terbuka yang kompetitif pada harga RM6.3 bilion. "Saya harap usaha "terdesak" kerajaan negeri selama lima tahun sebelum ini dapat mengatasi kesesakan lalu lintas dalam kawasan pulau serta aliran lalu lintas di kawasan Seberang Perai, termasuk membina sistem trem yang paling sesuai untuk Pulau Pinang kerana George Town adalah Bandar Warisan Dunia UNESCO. "Sekiranya PR memenangi kuasa di Putrajaya, PR akan cadangkan sistem trem di seluruh negeri bagi menghubungkan Pulau dan Seberang Perai. kerana monorel yang dicadang BN tidak sesuai untuk bandar warisan dunia seperti Pulau Pinang, dan strukturnya yang ditinggikan akan merosakkan keindahan Pulau Pinang. "Kerajaan negeri Pulau Pinang bertindak tegas mengambil keputusan untuk memperluaskan rangkaian jalan raya dengan membina jalan alternatif di kawasan paling sesak menghubungkan Seberang Perai dan Pulau bagi merapatkan jurang antara kedua-dua kawasan itu serta memastikan Seberang Perai Utara tidak ketinggalan dalam pertumbuhan ekonomi," katanya. Sehubungan itu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, projek berkenaan diumumkan pada 2011 dan tender dikeluarkan untuk membina terowong bawah laut sepanjang 6.5km yang menghubungkan Gurney Drive ke Bagan Ajam, jalan raya berkembar 12km dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang, jalan pintas 4.2km yang menghubungkan Gurney Drive ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan jalan pintas 4.6km yang menghubungkan lebuhraya itu ke Bandar Baru Air Itam. "Kerajaan negeri menganugerahkan projek itu kepada Consortium Zenith BUCG, sebuah syarikat kegunaan khas ditubuhkan dengan usahasama di antara syarikat tempatan Construction Zenith, China Railway Construction Corporation Ltd (CRCC) bersama Beijing Urban Construction Group, Sri Tinggi Sdn Bhd serta Juteras Sdn Bhd. Beijing Urban Construction Group adalah sebuah syarikat pembinaan utama dari negara China yang berpengalaman membina Stadium Olimpik "Sarang Burung" Beijing, dan CRCC membina kebanyakan landasan kereta api di China termasuk landasan kereta api yang tertinggi ke Tibet. Semua syarikat itu bukan syarikat RM2 seperti yang didakwa sesetengah pihak. Manakala projek monorel BN tidak akan menjadi kenyataan walaupun BN menang di Pulau Pinang kerana monorel tidak akan diizinkan oleh UNESCO dan pembinaannya akan mengakibatkan kehilangan taraf Bandar Warisan Dunia UNESCO tambahan BN tidak pernah menepati janji termasuk yang dibuat mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2006 dan diikuti Najib. "PR juga menolak cadangan mengenakan caj kepada semua kenderaan yang memasuki George Town, Pulau Pinang kerana komited kepada pergerakan bebas orang dari dalam dan luar negeri Pulau Pinang. Amalan "model Singapura" untuk mengurangkan kesesakan trafik adalah elitis kerana menghadkan George Town kepada penghuni sedia ada adalah diskriminasi kerana hanya orang berada dapat memasuki George Town, Pulau Pinang," tambahnya. Menurutnya, kontrak rasmi projek itu masih dibincangkan dan dijangka akan ditandatangani dalam beberapa bulan akan datang selepas pilihan raya dan projek itu tidak akan diteruskan jika ditolak rakyat.-Roketkini.com |
Posted: 20 Mar 2013 08:37 AM PDT Wakil rakyat mana ni. macam kena rasuk hantu. Kata pejuang Islam... wakaka.. Memalukan. Kalah hujah terus ngamuk. Tendang orang macam budak-budak tadika. Tak ada style hero langsung. Style gangster pun tak ada.. Wakil rakyat yang kena tendang tu selamba sahaja. Dah nama pun wakil rakyat. Apa berlaku pun kena jawab dengan hujah. Kalau nak lawan kudrat elok join gusti. Cari makan kat WWE. Kalau nasib baik boleh hidup kaya raya. wakaka Lebih bernasib baik kalu, boleh jadi bintang pelem... wakaka Tidak diketahui bila perkara ini berlaku tapi yang penting adalah tahap keilmuan seorang wakil rakyat adalah faktor yang cuba didedahkan melalui video ini. Ianya akan membantu kita berfikir dalam menentukan wakil rakyat yang akan kita undi dalam PRU13. Wakil rakyat sebeginikah yang kita dambarkan? wakaka wasukalu |
Posted: 19 Mar 2013 09:00 PM PDT Video keluarga Taib Mahmud bolot harta turut libat adik ipar PM KUALA LUMPUR, 19 MAC: Satu siasatan oleh sebuah NGO antarabangsa mendedahkan bukti video yang mendakwa bagaimana ahli keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan rakan perniagaan terlibat dalam penyalahgunaan lesen pembalakan untuk memperkayakan diri mereka. Dua sepupu Taib, ahli keluarga kepada rakan kongsi utama Taib, dan seorang peguam yang mewakili kerajaan negeri Sarawak telah dirakam dalam video, didakwa menjelaskan mekanisme untuk mengelakkan undang-undang yang sedia ada bagi memperolehi keuntungan daripada skim itu. Mengikut Malaysiakini, video itu direkodkan secara tersembunyi oleh seorang penyiasat dengan Global Witness, sebuah NGO yang berpangkalan di London yang menyiasat dan berkempen menentang pencabulan hak asasi alam sekitar dan manusia. Penyiasat itu telah dihantar ke Sarawak tahun lepas, dengan menyamar sebagai "pelabur asing" yang ingin membeli tanah untuk mengusahakan ladang kelapa sawit. Penyiasat itu menemui Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (Recoda), badan kerajaan negeri yang mengendalikan pelaburan asing, dan terus dibawa kepada ahli-ahli tertentu keluarga Taib yang menjual sebuah syarikat yang dilesenkan untuk membalak dan membersihkan tanah untuk perladangan di Sarawak. Lesen ini dikeluarkan oleh Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Sarawak, yang diketuai oleh Taib. Pertemuan dengan ahli keluarga dan ejen lain syarikat itu telah dirakam secara tersembunyi oleh Global Witness dan dihasilkan menjadi filem selama 15 minit yang disiarkan di laman webnya. Turut didedah video itu, penglibatan adik ipar Perdana Menteri dalam urusniaga tanah berkenaan. KD |
EHEMM!!!! SIAPA PERSONALITI YANG INGIN DITEMUI PENCEROBOH LAHAD DATU? Posted: 19 Mar 2013 06:00 PM PDT Agbimuddin Kiram mahu jumpa Perdana Menteri Najib Razak?(Sidiqin Omar) KUALA LUMPUR 19 MAC: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Bumburing mempersoal identiti seorang 'personaliti kerajaan Malaysia' yang mahu ditemui Ketua Penceroboh Sulu, Agbimuddin Kiram. Ia berikutan portal berita Filipina bertajuk 'Kumpulan Sulu ditangkap di Sabah' memetik kenyataan Agbimuddin yang menyatakan kesediaan untuk bertemu 'personaliti' dari Malaysia. Berita itu dimuat dalam portal berita, globalnation.inquirer.net bertarikh 15 Februari lalu. "Kumpulan bersenjata mahu jumpa seorang 'personaliti' tapi hingga kini identiti itu tak didedah. Siapa? Datuk Seri Musa Aman? Datuk Seri Hishamuddin Hussein atau Datuk Seri Najib Razak? "Kenapa penceroboh mahu bertemu personaliti itu? Ini menjadi tanda tanya kepada rakyat Sabah. Ini meninggalkan kekeliruan besar," katanya kepada KeadilanDaily. Pada 14 Februari lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, sebelum ini dilapor berkata polis mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina. Sedangkan, pimpinan tertinggi Umno BN pada hari sama berada di Sabah termasuk Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah untuk program BN di Tuaran, Papar, Beaufort dan Kota Kinabalu. Apatah lagi, berita yang memetik kenyataan Ismail Omar dan lawatan Perdana Menteri ke Sabah, kedua-duanya dilapor agensi berita rasmi kerajaan, Bernama pada 14 Februari lalu. Lebih-lebih lagi, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib pula dilapor berkata kumpulan penceroboh berusaha berjumpa dengan 'personaliti' berkenaan. Laporan portal Filipina itu juga menyatakan Agbimuddin dan pasukannya dikepung pasukan keselamatan Malaysia. "Mereka bercakap dengan kami dan merujuk saya sebagai 'Baginda' dan Duli Yang Maha Mulia' (Your Excellency & Your Royal Highnesss)),' kata Agbimuddin dipetik portal berkenaan. Mengulas lanjut, Wilfred berkata, kegagalan tindakan agresif terhadap penceroboh Sulu selama beberapa minggu menguatkan andaian pelbagai pihak berkaitan pertemuan dengan 'personaliti' itu. KD |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan