Kerabu Bersuara ® |
- Terkini! Suasana Sugul Di Depan Rumah Arwah Di Pasir Mas
- TG Nik Aziz Dan Husam Iringi Jenazah Arwah Yang Terkorban
- Video Ketibaan Jenazah 2 Anggota Tentera. TG Nik Aziz Membacakan Doa
- Terkini! Kereta PM Keluar Dari Istana Negara
- Live! Jenazah Sudah Tiba Di Lapangan Terbang P. Chepa
- Live! Kawasan Tanah Perkuburan Arwah Ahmad Hurairah
- Live! Lapangan Terbang Sultan Ismail. Sambutan Jenazah Wira Tok Janggut
- Persediaan Menunggu Jenazah Di Lapangan Terbang P. Chepa
- Rafizi : SST Tidak Banyak Bantu Penjawat Awam
- Najib Baca Skrip Dan Berlakon Di TV 3
- Najib Umum Perkara Yang Sudah Lama. Kakitangan Awam Tertipu?
- Rabun Umno, Cerah Pakatan. Alahai Abang Polis
- Haram Syarak Vs Haram Judi
- Gambar Dan Link FB Macai Baling Telur Dan Batu Depan HQ PKR Didedahkan
- Cuba Baca Tulisan Kat Belakang MB Johor Ini
Terkini! Suasana Sugul Di Depan Rumah Arwah Di Pasir Mas Posted: 12 Mar 2013 09:45 PM PDT berkati roh arwah dan masukkan bersama golongan yang beriman. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
TG Nik Aziz Dan Husam Iringi Jenazah Arwah Yang Terkorban Posted: 12 Mar 2013 09:37 PM PDT Kepulangan jenazah dua wira negara Ahmad Hurairah Ismail, Ahmad Farhan Roslan yang terkoban ketika misi menghapuskan penceroboh bersenjata di Lahad Datu disambut ribuan rakyat Kelantan hari ini. Turut menanti kepulangan wira negara yang juga anak Kelantan itu adalah Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa sejak awal pagi. Selain Tuan Guru, antara pimpinan kerajaan negeri yang sempat dirakam hadir termasuk Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Speaker Dun Kelantan Datuk, Nasrudin Daud, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusof serta Adun Mengkebang Abdul Latiff Abdul Rahman. Jenazah kedua-dua anggota tentera itu tiba di sini kira-kira jam 9.45 pagi dengan menaiki Pesawat Charlie C130 yang bertolak dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi. Sementara itu, Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa bersama beberapa wakil Exco Kerajaan Negeri, wakil rakyat, saudara mara dan sebahagian besar penduduk Pasir Tumboh memberikan penghormatan kepada jenazah Ahmad Farhan sebelum proses pengkebumian disempurnakan. Suasana suram mengiringi kepulangan jenazah wira yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Kelantan. Keluarga kedua-dua anggota juga turut hadir. Prebet Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu, awal pagi semalam manakala Prebet Ahmad Farhan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Cenderawasih dekat Lahad Datu ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan Op Daulat. Jenazah Allahyarham Ahmad Hurairah disemadikan di kampung halamannya di Bayu Lalang, Pasir Mas, sementara Ahmad Farhan di Pasir Tumboh. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Video Ketibaan Jenazah 2 Anggota Tentera. TG Nik Aziz Membacakan Doa Posted: 12 Mar 2013 09:18 PM PDT Ribuan rakyat Kelantan sambut jenazah wira negara
KOTA BHARU: Kepulangan jenazah dua wira negara Ahmad Hurairah Ismail, Ahmad Farhan Roslan yang terkoban ketika misi menghapuskan penceroboh bersenjata di Lahad Datu disambut ribuan rakyat Kelantan hari ini. Turut menanti kepulangan wira negara yang juga anak Kelantan itu adalah Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa sejak awal pagi. Selain Tuan Guru, antara pimpinan kerajaan negeri yang sempat dirakam hadir termasuk Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Speaker Dun Kelantan Datuk, Nasrudin Daud, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusof serta Adun Mengkebang Abdul Latiff Abdul Rahman. Beberapa pemimpin pusat juga turut kelihatan hadir termasuk Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Sri Mustapha Mohamed serta Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr. Awang Adek Hussin. Jenazah kedua-dua anggota tentera itu tiba di sini kira-kira jam 9.45 pagi dengan menaiki Pesawat Charlie C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang bertolak dari Pangkalan TUDM Subang pagi tadi. Suasana suram mengiringi kepulangan jenazah wira yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Kelantan. Keluarga kedua-dua anggota juga turut hadir. Prebet Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu, awal pagi semalam manakala Prebet Ahmad Farhan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Cenderawasih dekat Lahad Datu ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan Op Daulat. Jenazah Allahyarham Ahmad Hurairah akan disemadikan di kampung halamannya di Bayu Lalang, Pasir Mas, sementara Ahmad Farhan di Taman Desa Darul Naim 2, Pasir Tumboh. Sementara itu, Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa kini berada di kediaman keluarga Allahyarham Ahmad Farhan di Pasir Tumboh menanti untuk proses pengkebumian. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Terkini! Kereta PM Keluar Dari Istana Negara Posted: 12 Mar 2013 09:16 PM PDT Topeng Perak Unmasked Terkini, 13,03,13 kenderaan PM dilihat baru sahaja keluar dari Istana Negara. Apa-apapun perkembangan, jangan lupa: 1 Undi Untuk Barisan Nasional adalah 1 Persetujuan Menggadai Keselamatan Negara pada Rakyat Negara Asing..! | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Live! Jenazah Sudah Tiba Di Lapangan Terbang P. Chepa Posted: 12 Mar 2013 07:23 PM PDT malaysiasoccer.my Pesawat yang membawa jenazah perwira negara telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan ismail Petra Pengkalan Chepa. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Live! Kawasan Tanah Perkuburan Arwah Ahmad Hurairah Posted: 12 Mar 2013 07:08 PM PDT Malaysian update Jemaah yang ingin solatkan jenazah arwah prebet ahmad hurairah | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Live! Lapangan Terbang Sultan Ismail. Sambutan Jenazah Wira Tok Janggut Posted: 12 Mar 2013 07:07 PM PDT Rizal Tahir Berbaris menunggu ketibaan jenazah | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Persediaan Menunggu Jenazah Di Lapangan Terbang P. Chepa Posted: 12 Mar 2013 05:24 PM PDT Rizal Tahir Menunggu jenazah pahlawan negara sampai | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Rafizi : SST Tidak Banyak Bantu Penjawat Awam Posted: 12 Mar 2013 05:19 PM PDT PETALING JAYA, 13 MAC : Sistem Saraan Transformatif (SST) untuk menstruktur gaji baru penjawat awam tidak banyak membantu penjawat awam, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Ini kerana SST yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana ia hanya menawarkan pakej gaji baru, tanpa jaminan terhadap perkara lain. "Isunya bukan mengenai kenaikan gaji semata-mata tetapi apa yang akan berlaku kepada mereka selepas daripada kenaikan itu. "Penjawat awam ini tidak diberikan jaminan selepas mereka tamat berkhidmat kepada kerajaan. Najib hanya umumkan kenaikan gaji, tetapi tidak membantu dari segi perumahan dan lain-lain," katanya. Rafizi juga menyatakan, beliau yakin dengan kenaikan gaji ini tidak akan menukar seratus peratus pandangan kakitangan awam terhadap kerajaan sekarang. "Janji Pakatan Rakyat (PR) jelas bahawa tawaran bukan sahaja dari segi kewangan dan pakej gaji tetapi mengembalikan kebebasan, kedudukan dan kehormatan perkhidmatan awam dalam pentadbiran negara berbanding apa yang berlaku sekarang di mana Najib lebih bergantung kepada perunding," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini Najib sebelum ini mengumumkan SST yang akan mestruktur gaji maksimum kakitangan awam dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum sebagai tambahan kepada Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak tiga kali berkuat kuasa 1 Januari lalu. Rafizi turut mempersoalkan tempoh kenaikan gaji kakitangan awam yang hanya diumumkan kini, memandangkan lima tahun mandat persekutuan BN telah berlalu pada 8 Mac lalu. Katanya, ia jelas menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab Najib untuk menarik penjawat awam dengan harapan mereka akan menyokong Umno-BN dalam pilihan raya umum akan datang. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Najib Baca Skrip Dan Berlakon Di TV 3 Posted: 12 Mar 2013 06:28 AM PDT Datuk Seri Najib Razak pada Program Perbualan bersama PM di TV3 anjuran New Straits Times di Sri Pentas sedang berlangsung sekarang | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Najib Umum Perkara Yang Sudah Lama. Kakitangan Awam Tertipu? Posted: 12 Mar 2013 05:00 AM PDT KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menaikkan taraf pangkat dalam tentera dan polis semalam hanya perkara lama yang baru diumumkan sahaja. Husam berkata demikian ketika mengulas pengumuman Najib semalam yang kononnya ia satu perkara baru yang dibuat untuk kepentingan tentera dan polis. Berikut adalah kenyataan penuh Husam. Saya merujuk kenyataan PM semalam mengenai perkhidmatan awam, polis dan tentera. Antara lain, PM mengumumkan "Sementara itu, bagi jawatan Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41 disetarakan dengan gred jawatan 44. Untuk jawatan Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41, diletakkan dengan gred jawatan baru iaitu 46A sementara Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dalam kelompok gred jawatan 48 disetarakan dengan gred 52.". Seperti dilaporkan oleh Sinar Harian : http://www.sinarharian.com.my/nasional/pangkat-dalam-atm-pdrm-disetara-dengan-perkhidmatan-awam-1.138619 Penjelasan saya: Pada masa lalu, entry point kemasukan graduan ke dalam perkhidmatan tentera dan polis ialah di pangkat Kapten(tentera) dan ASP (polis), jadi mereka ini diberi point kemasukan mata gaji gred 41. Mulai tahun 2010, perkhidmatan polis mensyaratkan ijazah sarjana muda bagi kemasukan ke pangkat inspektor. Sebelum ini, kemasukan ke pangkat inspektor hanya perlukan SPM dan latihan di Kuala Kubu Baru sahaja. (rujuk di sini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0326&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm) Kemudian mulai Januari tahun ini, perkhidmatan tentera juga mengubah syarat kemasukan dengan meletakkan ijazah sarjana muda bagi lantikan ke pangkat leftenan muda (yang sebelum ini hanya memerlukan SPM dan latihan di Maktab Tentera Diraja (rujuk http://www.malaysiakini.com/news/220867) Dengan perubahan ini, secara automatik berarti entry point bagi Leftenan Muda dan Inspektor ialah gred gaji 41, iaitu entry point lazim bagi kemasukan pemegang ijazah ke dalam perkhidmatan awam. Sehubungan dengan itu, pelarasan yang sama akan berlaku kepada pangkat kapten dan ASP. Dahulunya pangkat kapten diberi gred gaji 41, dan sekarang oleh kerana gred gaji 41 telah diperuntukkan kepada Leftenan Muda, maka Kapten diberikan gred gaji 44. Pelarasan yang sama dipakai untuk jawatan ASP (Penolong Penguasa Polis). Oleh yang demikian, secara hakiki sebenarnya pengumuman yang dibuat oleh PM semalam hanyalah pengumuman terhadap sesuatu yang memang telah sedia digunapakai di dalam perkhidmatan polis dan tentera sejak 2010. Pada hakikatnya tidak ada apa-apa INSENTIF baru yang diperolehi oleh tentera dan polis. CADANGAN Saya mencadangkan penjawat tertinggi dalam tentera dan polis juga menikmati gred gaji turus 1,2 dan 3 SPA dinikmati oleh KSN / KPPA dan sebahagian KSU sekarang memandangkan perkhidmatan tentera dan polis diurus oleh dua suruhanjaya tersendiri dan bukannya SPA. Penjawat tertinggi di bawah ketiga-tiga suruhanjaya sepatutnya layak kepada terma perkhidmatan yang selari. Saya sebaliknya mencadangkan agar perkhidmatan tentera dan polis dikira sebagai perkhidmatan kritikal dan mendapat elaun perkhidmatan kritikal seperti doktor dan sebagainya kerana mereka mendedahkan diri kepada bahaya sepanjang masa bertugas. Bagi menarik lebih banyak graduan yang berkualiti ke dalam perkhidmatan tentera dan polis, sepatutnya skim perkhidmatan graduan tentera dan polis disamakan dengan perkhidmatan PTD. Sementara itu, bagi pegawai-pegawai lain-lain pangkat (Leftenan Muda dan Inspektor ke bawah), mereka juga sepatutnya mendapat kelayakan elaun dan skim perumahan yang sama tarafnya dengan pegawai2 pelaksana di dalam perkhidmatan awam. Menyanyikan lagu lama untuk tentera dan polis jelas mempermainkan anggota tulang belakang keamanan negara. Ia juga menunjukkan terputusnya PM dengan isu dan masalah yang dihadapi khususnya oleh anggota tentera. Pada hal, antara perubahan yang ditunggu-tunggu oleh anggota tentera antara lain penetapan band gaji yang sama iaitu band 5. Pada waktu ini, kor infantri ditetapkan dalam band 5 sedangkan kor yang lain sehingga band 5. Begitu juga kenbaikan pangkat yang lambat sedangkan bagi kor MP, selepas rekrut terus diberikan pangkat LKPL. Bagi anggota tentera yang bertukar ketukangan kepada ketukangan baru, mereka diturunkan umpamanya dari ketukangan 4 kepada ketukangan 3. Begitu juga pangkat, diturunkan dari KPL kepada LKPL. Mereka mencadangkan anggota yang menukar ketukangan dikekalkan dalam band dan pangkat yang sama. Banyak lagi cadangan penambah baikan skim perkhidmatan tentera yang ditunggu oleh anggota tetapi langsung tidak disentuh oleh PM. Di bawah saya perturunkan jadual perbandingan Skim Asal dan Skim Baru yang telah diguna pakai sejak beberapa tahun yang lalu bagi menunjukkan apa yang diumumkan oleh PM adalah perkara lama yang telah diamalkan; Skim Asal:
Skim Baru (Yang digunapakai sejak sekian lama ekoran kemasukan Ijazah ke Inspektor dan Leftenan Muda):
Husam Musa 13 Mac 2013 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Rabun Umno, Cerah Pakatan. Alahai Abang Polis Posted: 11 Mar 2013 08:00 PM PDT sekadar melawak tapi pedas. kalau tak faham juga tak tahu la! | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 11 Mar 2013 07:07 PM PDT tumbangkan umno! | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Gambar Dan Link FB Macai Baling Telur Dan Batu Depan HQ PKR Didedahkan Posted: 11 Mar 2013 05:31 PM PDT MUKA MUKA MACAI PERKOSA /UMNO YANG BALING TELUR DAN KAYU DI PEJABAT HQ PKR TOLONG SHARE Link FB caiNGOK MACAI PerKOsa : https://www.facebook.com/ https://www.facebook.com/ https://www.facebook.com/ https://www.facebook.com/ https://www.facebook.com/ https://www.facebook.com/ https://www.facebook.com/ https://www.facebook.com/ https://www.facebook.com/ | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Cuba Baca Tulisan Kat Belakang MB Johor Ini Posted: 11 Mar 2013 04:37 PM PDT awat muka hang macam tu bang ghani? |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan