Rabu, 13 Mac 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Utusan Menipu & Memfitnah Lagi, UMNO BN Baling Telur, Dituduhnya PAS

Posted: 13 Mar 2013 01:25 AM PDT


PAS Jelebu, Negeri Sembilan menafikan laporan Utusan Malaysia yang mendakwa pihaknya melontarkan telur ke arah penceramah BN di Felcra Ayer Hitam Isnin lalu.

Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Jelebu, Nor Hanif Selamat sebaliknya berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, mereka sebenarnya menjadi mangsa balingan mercun, botol, batu dan telur.

Malah, katanya, ia juga mengakibatkan tiga orang yang hadir ke ceramah Pakatan Rakyat berdekatan tempat itu anjuran kawasannya cedera terkena botol yang didakwa dibaling penyokong BN.

"Kita tidak membalas balingan yang dibuat. Suasana tegang semasa YDP Jelebu berucap. Selepas itu pihak polis minta tangguh ceramah.

"Mereka (BN) baling mercun, botol, batu dan telur. Telur yang dibaling ada dua jenis. Yang biasa dan telur tembelang.

"Cuma ada yang mereka baling tak sampai sebab jarak mereka dengan kawasan ceramah 50 meter," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Utusan: Kena ADUN Sg Lui

Pihaknya juga berkada ada membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol semalam tentang kejadian itu.

"Pada hari kejadian, pihak polis dah ada awal dah masa ceramah bermula. Balingan memang pada kita.

"Pihak polis tak buat apa-apa. Jadi semalam, selaku penganjur, kami buat laporan polis," katanya lagi.

Utusan Online semalam melaporkan, kira-kira 15 penyokong PAS membaling telur ke arah penceramah BN iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui Datuk Zainal Abidin Ahmad sehingga terkena lengan.

Laporan itu juga menyebut, Presiden Pertubuhan Gerakan Memartabat Perjuangan Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria yang turut sama berada di situ turut terkena balingan telur di bahagian badan.

Sementara itu, di pihak Pakatan, ceramah mereka sepatutnya dihadiri oleh Naib Presiden PKR Tian Chua tetapi dibatalkan dan digantikan dengan Penyelaras JINGGA 13 Fariz Musa setelah mendapat maklumat awal berhubung rancangan "kekacauan" itu.

"Saya dah beritahu Tian Chua awal-awal supaya jangan datang. Sebab kita dapat maklumat mereka akan turun, jadi sebab bimbang keselamatan Tian Chua kita batalkan dia dan ganti dengan Fariz Musa. -mk

Ulasan GB

Utusan ni memang tak takut Tuhan.

Sentiasa saja melakukan tuduhan tanpa takut berdosa lantaran memfitnah.

Ya Allah, Kau timpakanlah pukulanMu yang amat dasyat ke atas pemfitnah yang bernama UTUSAN itu sepertimana janjiMu:

Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10

[GAMBAR TERBAIK] Bendera PAS Depan Rumah Di Sebuah Pulau

Posted: 12 Mar 2013 11:04 PM PDT


Dua buah bendera PAS berkibar megah menghiasa depan rumah di pulau Batu-Sapi.

Menyedari rezeki itu di tangan Tuhan, bukan di tangan UMNO BN, mereka memanifestasikan "tak kebuloq tak dpaat BR1M, tak kelapaq jika tak sokong UMNO BN".

SMS Menyayat Hati Dari Allahyarham Prebet Hurairah

Posted: 12 Mar 2013 08:03 PM PDT


Ismail Hussin, 55, menunjukkan sms terakhir yang dihantar anaknya, prebet Ahmad Hurairah, 24, (gambar kecil) yang terkorban dalam Ops Daulat di Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah, hari ini. Jenazah Hurairah dijangka tiba di Pangkalan Tentera Udara di Subang pagi ini.

Bapa reda anak terkorban pertahan negara

"Saya reda kerana kematian arwah adalah untuk mempertahankan negara," kata Ismail Husin, bapa Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh militan di Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah, semalam.

Ismail, 55, berkata beliau menerima berita sedih yang menimpa anaknya itu kira-kira 2.30 petang ini daripada seorang rakan Allahyarham yang menelefon memberitahu anaknya terlibat dalam pertempuran dan terkorban.

"Kali terakhir (Allahyarham) jumpa saya ialah pada hari raya Aidilfitri 2010, selepas itu kami banyak berhubung melalui telefon dan SMS," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bayu Lalang di Pasir Mas hari ini.

Ahmad Hurairah, 24, dari Batalion 7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Tawau, Sabah, terkorban dan dua penceroboh militan terbunuh dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, berhampiran Kampung Tanjung Batu.

Ismail, seorang petani, berkata Allahyarham anak ketiga daripada 12 beradik dan seorang anak yang sentiasa mengambil berat serta banyak membantu keluarga.

"Kali terakhir arwah menelefon saya pada 1 Mac, masa itu dua anggota polis terkorban.

Arwah beritahu suruh doakannya sentiasa selamat sebab dia nak pergi ke Lahad Datu.

"Kali terakhir arwah (menghantar) SMS ialah 10 Mac (Ahad) beritahu dia kena standby untuk ke Lahad Datu," katanya sambil memberitahu Allahyarham telah empat tahun berkhidmat dalam tentera.

Ibu Allahyarham, Rahmah Mamat, 50, berkata beliau memang sedih dengan kejadian yang menimpa anaknya itu tetapi demi perjuangan untuk mempertahankan negara, beliau reda dengan ketentuan Allah SWT itu.

Anggota keluarga, kenalan dan penduduk kampung mula berkumpul di rumah keluarga Allahyarham untuk menunggu ketibaan jenazah.

Jenazah Allahyarham dijangka tiba pagi esok dan akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lalang. - Bernama


Lahad Datu: Korban terbaru, PAS ucap takziah

PAS merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, yang menjadi korban terbaru dalam misi menghapuskan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS mendoakan Allahyarham memperoleh ganjaran setimpal dari Allah atas tugas mulia mempertahankan negara.

"Saya merakamkan takziah kepada keluarga seorang tentera Malaysia yang menjadi korban terbaru di Sabah dalam insiden tembak menembak pagi tadi.

"Saya dimaklumkan Allahyarham berasal dari Kelantan dan jenazahnya akan tiba pagi esok di Pengkalan Chepa.

"Semoga Allah SWT mengurniakan ganjaran yang besar kepada Allahyarham yg terkorban mempertahankan kedaulatan negara," katanya yang juga Menteri Besar Kelantan melalui Facebook petang ini.

Seorang lagi wira Malaysia terkorban di Lahad Datu. Takziah buat keluarga Prebet Mohd Hurairah dari Kelantan yang bertugas di Kem Kukusan Tawau, Sabah. Moga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Dalam insiden pagi tadi, Mohd Hurairah yang berasal dari Kelantan dan bertugas di Kem Kukusan Tawau, Sabah terkorban ketika bertempur dengan penceroboh di Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu di sini.

Dalam pertempuran itu juga, tiga orang penceroboh turut ditembak mati oleh pasukan keselamatan Malaysia.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan militan itu berlaku pada 10.45 pagi.

Zulkifeli berkata, pasukan keselamatan diserang hendap oleh kumpulan pengganas pada 7.45 pagi dan selepas itu mereka melarikan diri sebelum dijejaki pasukan keselamatan dan berlaku pertempuran.

Korban terbaru hari ini menjadikan jumlah keseluruhan anggota keselamatan yang terkorban seramai sembilan orang dipihak penceroboh seramai 57 orang.

Allahyarham Prebet Mohd Hurairah merupakan anggota tentera pertama yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah.
-HD



Jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah hari ini akan dibawa pulang ke kampungnya di Kelantan pagi esok.
Ulasan GB

Semuga roh allahyarham tenang di sisiNya... Al-Fatihah...

Musa Hitam: Negara Takkan Bangkrap Sekiranya Pakatan Memerintah

Posted: 12 Mar 2013 04:31 PM PDT


Tun Musa pertahan dasar Buku Jingga PR

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam menepis dakwaan bahawa ekonomi negara akan bankrap sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Pusat selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).

Musa berkata, perkara itu tidak akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat mampu menjaga kestabilan sektor pelaburan yang menjadi asas dalam struktur ekonomi negara.

Katanya, spekulasi itu hanya kenyataan politik berkepentingan sebelah pihak sahaja yang sengaja dijaja untuk menakutkan rakyat.

"Jika sekali pun pembangkang memerintah negara mereka tidak akan sebegitu bodoh mahu membiarkan ekonomi negara muflis seperti yang lain sangkakan.

"Saya tak fikir ekonomi negara akan musnah, sama seperti apa yang pernah saya jelaskan kepada beberapa sektor perbankan dan pelabur asing.

"Perkara asasnya kita kena menjaga komuniti pelaburan," katanya kepada pemberita di sini hari ini, selepas menghadiri Bicara Minda 'Survival Ekonomi Melayu' di Kompleks Karangkraf.

Wujud spekulasi

Wujud beberapa spekulasi yang meramalkan hutang negara akan bertambah sehingga menyebabkan muflis sekiranya Pakatan mengamalkan dasar ekonomi yang dijanjikan dalam Buku Jingga.

Antaranya penghapusan tol, pengurangan harga minyak, pendidikan percuma serta menurunkan harga kereta.

Musa berpendapat tidak ada pihak yang sanggup dan sengaja membiarkan ekonomi jatuh kerana ia tanggjungjawab selepas diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah negara.

"Hasrat mereka (Pakatan) sama seperti yang lain iaitu untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Sebab itu mereka bersaing untuk menang dalam PRU dan untuk membuktikan siapa lebih layak,"
katanya.

Bekas Menteri Dalam Negeri itu juga berkata, semua pihak perlu menerima hakikat tidak mustahil perkara ini akan berlaku dalam realiti dunia politik demokrasi.

Enggan ulas lanjut

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perincian dasar ekonomi yang ditawarkan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat kini giat turun padang memberi penjelasan kepada rakyat tentang tawaran dasar ekonomi yang dirangka bagi meraih sokongan undi semasa PRU 13 nanti.

Manakala di pihak Barisan Nasional (BN) termasuk pemimpinnya menganggap tawaran Pakatan itu mampu menggugat kestabilan ekonomi.

Malah, wujud perang siber di media sosial yang menyiarkan video dan menggelarkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'Mr Mansuh'.

Sementara itu, Musa dalam ucapannya menyelar sikap sesetengah ahli politik yang gemar memainkan sentimen perkauman sebagai modal politik.

Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai langkah terdesak yang akhirnya boleh memusnahkan negara.

Bangkrap politik"Barang siapa guna isu perkauman dia adalah ahli politik yang bankrap.

"Banyak isu yang boleh dibahaskan untuk pembangunan negara selain hanya nak takutkan rakyat dengan isu perkauman," tegasnya.

Sementara itu, beliau yakin Dasar Ekonomi Baru (DEB) berjaya mencapai matlamat apabila kemiskinan tegar semua kaum dapat dikurangkan.

Malah beliau berpendapat 30 peratus penglibatan Bumiputera dalam sektor ekonomi juga turut tercapai.

Musa yang juga bekas Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) itu turut menepis persepsi survival ekonomi Melayu kini terancam.

Katanya, perasaan rendah diri boleh berubah sekiranya pemimpin tidak menyalahgunakan peluang yang ada untuk kepentingan politik. -FMT

Ulasan GB

Cetak dan edarkan kenyataan ini kepada rakyat seluruh negara terutama rakyat kampung yang telah ditipu oleh media massa pro-BN.

Gugurkan 8 Pemimpin Rasuah Ini - PKR Cabar Najib

Posted: 12 Mar 2013 05:35 AM PDT

PKR hari ini mencabar Barisan Nasional (BN) supaya menggugurkan beberapa calon mereka yang terlibat dengan gejala rasuah daripada bertanding pilihan raya umum ke-13 (PRU13) demi menjaga air muka mereka, kata Rafizi Ramli.

Pengarah Strategi PKR itu menegaskan, walaupun beberapa pemimpin BN itu tidak didakwa di mahkamah atas kesalahan tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seharusnya mengambil inisiatif tidak meletakkan mereka sebagai calon bagi membuktikan keikhlasan beliau melaksanakan slogan politik bebas rasuah.

"Jika Najib benar-benar jujur untuk meletakkan calon yang bersih dan boleh diterima rakyat, maka beliau harus memberi komitmen untuk 'menggugurkan' pemimpin Umno ini dari menjadi calon dalam pilihan raya akan datang .... bukan sekadar menghantar nama untuk disemak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)," kata Rafizi ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Antara nama yang dikemukan Rafizi sebagai calon yang terpalit dengan tuduhan dan siasatan SPRM bersabit rasuah adalah Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz; dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan.

Antara nama lain adalah Ketua Menteri Sarawak Tan Seri Abdul Taib Mahmud; Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said; Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin; dan juga Menteri Luar Bandar Datuk Seri Shafie Apdal.

"Jika Umno tidak bersedia untuk menggugurkan pimpinan ini terbukti bahawa Umno tidak serius meletakkan calon bersih dan boleh menang seperti disebut-sebut Najib sendiri," kata Rafizi kepada pemberita.

Rafizi juga menegaskan, gejala rasuah sememangnya wujud dalam pengurusan balak di Terengganu apabila SPRM mengarahkan siasatan dijalankan, dan badan penguatkuasa anti rasuah itu mengarahkan fail dibuka bagi menyiasat dakwaan tersebut.

Beliau turut mengemukakan dokumen rasmi yang mengesahkan kes itu telah disiasat SPRM serta salinan resit cek yang berupa bayaran yang "terpaksa dibuat syarikat menjadi mangsa membayar deposit bernilai RM1 juta kepada penama yang dipercayai mewakili kepentingan politik Umno di Terengganu.

" "Sehingga sekarang tidak ada sebarang maklumat atau pendakwaan walaupun bukti pembayaran adalah jelas dan perjanjian-perjanjian yabg ditandangani secara jelas mengaitkan pembelian syarikat RM2 dengan tender mengeluarkan balak di Terengganu," dakwa Rafizi.

Rafizi pada 26 Februari lalu mendesak Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, menjawab berhubung isu skandal penyelewengan dan rasuah dalam pengurusan balak di negeri itu.

Beliau mendedahkan modus operandi wang rasuah bersabit balak di Terengganu, yang melibatkan 12 syarikat pembalakan yang dipaksa memeterai satu perjanjian pembelian saham dengan proksi untuk membeli sebuah syarikat bernilai RM2.

Menurut Rafizi, syarikat itu dijual dengan harga yang cukup tinggi dan tidak berpadanan dengan aset dan kedudukan syarikat yang tidak mempunyai sebarang aktiviti perniagaan.

Menurut Rafizi, pada 17 Julai tahun lalu, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu mengeluarkan surat kelulusan membalak kepada sebuah syarikat bagi kawasan seluas 1,000 ekar di Hutan Simpan Hulu Setiu.

Pihaknya juga jelas Rafizi berjaya menjejaki penama dan syarikat yang terbabit dengan urusniaga pembelian saham, dimana satu perjanjian dikeluarkan kerajaan Terengganu agar syarikat terbabit membayar RM2.5 juta untuk membeli Berkat Seribumi. -TMI

Tiada ulasan: