MiLo SuaM |
Lahad Datu: konspirasi untuk tangkap Anwar Ibrahim! Posted: 12 Mar 2013 10:54 PM PDT SEBELUM ini ReJaM© ada mendedahkan satu maklumat tentang konspirasi media-media kawalan Umno yang seboleh-bolehnya cuba mengaitkan Anwar Ibrahim dengan pencerobohan pengganas di Lahad Datu. Sifirnya mudah, bila media sudah mengapi-apikan isu mengaitkan Anwar, modus operandi seterusnya ialah laporan polis dan demonstrasi oleh perkasa dan pemuda Umno untuk memanaskan lagi isu ini. Seterusnya bila isu semakin panas, maka polis ada alasan untuk menangkap Anwar Ibrahim, menyiasat dan mengenakan pertuduhan ke atasnya atas alasan keselamatan negara. Sebelum ini pun, inilah cara mereka memain dan mensensasikan isu. Rafizi Ramli, Pengarah Strategi KEADILAN juga tidak menolak kemungkinan ini. Jelas beliau sudah dapat menghidu konspirasi Umno untuk menahan Anwar Ibrahim berhubung isu Lahad Datu ini. Dalam kenyataan media beliau semalam "Saya tidak menolak kemungkinan politik kebencian atas kesempatan peristiwa pencerobohan di Lahad Datu mungkin digunakan oleh anasir tertentu di dalam Umno untuk memastikan Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri ditahan, disiasat dan seterusnya didakwa di bawah undang-undang keselamatan" - Rafizi Ramli Walaupun secara kasarnya memanglah tidak logik untuk mengaitkan Anwar dengan isu Lahad Datu, tapi kita kena ingat, rejim yang takut kehilangan kuasa akan buat apa sahaja. Isu liwat yang tak masuk akal pun boleh digunakan, apa lagi isu Lahad Datu? ReJaM© "Siap sedia humban kerajaan zalim ke longkang! " |
Malaysia tidak akan bangkrap jika Pakatan Rakyat memerintah - Tun Musa Hitam Posted: 12 Mar 2013 06:34 PM PDT JIKA ditanya kepada mana-mana pemimpin Umno, tentu sekali semuanya akan bersetuju dengan ayat popular Najib Razak iaitu jika "Pakatan Rakyat memerintah maka Malaysia akan bangkrap". Kita faham mereka menyokong kenyataan bodoh ini untuk mengampu. Itulah budaya angguk dan setuju dengan sebarang kenyataan presiden Umno yang sudah lama merasuk pimpinan Umno. Jika Najib kata "kambeng bertelur" sekalipun mereka akan mengangguk beramai-ramai kerana semua mahu menjaga karier politik masing-masing. Berbeza dengan Tun Musa Hitam, mantan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, yang jelas sudah tidak ada kepentingan politik di dalam Umno dan tidak perlu mengampu presiden Umno lagi, terutama presiden takut bini seperti Najib. Beliau secara terbuka menyatakan bahawa Malaysia tidak akan bangkrap jika Pakatan Rakyat tadbir negara sekaligus menafikan propaganda bodoh Najib Razak yang diulang pagi petang siang dan malam di media kongkongan Umno dan BN. Kalau tanya itek, itek pun tahu bahawa jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia, maka gabungan parti PAS, KEADILAN dan DAP itu akan terus memperkukuhkan ekonomi negara agar ia dapat terus memerintah dan mengekalkan kuasa. Bodohlah jika Pakatan Rakyat biarkan negara bangkrap. Kalau bangkrap bagaimana mahu mengekalkan kuasa? Kalau kita lihat di sini, Tun Musa Hitam sendiri menghantar mesej yang jelas bahawa beliau yakin Pakatan Rakyat akan berjaya menawan Putrajaya pada PRU13 ini. ReJaM© "Musa Hitam mula beli insuran kerana tahu Pakatan Rakyat akan menang... " Sumber: Sinar Harian |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan