Kelab Greenboc |
- [PANAS] Bapa Saiful Bukhari Akui Kes Liwat Kedua Sebuah Konspirasi
- Arahan HKL Ketinggalan Zaman - Dr.Lee Boon Chye
- [VIDEO & GAMBAR] Samseng UMNO Baling Batu Di Ceramah Anwar Di Melaka
- Apabila Pengarah Hospital KL Bermentaliti Pencacai....
- [VIDEO] Pendedahan Kerajaan Bayar Apco Untuk Burukkan Anwar, Najib Perlu Jawab
- Media Filipina Dakwa Zahid Hamidi Tunjuk Gambar Palsu
[PANAS] Bapa Saiful Bukhari Akui Kes Liwat Kedua Sebuah Konspirasi Posted: 08 Mar 2013 12:00 AM PST Bapa kepada Saiful Bukhari Azlan tampil ke hadapan hari ini mengakui kes liwat kedua yang melibatkan anaknya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebuah "konspirasi politik jahat" untuk memburukkan nama pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) tersebut. Azlan Mohd Lazim, 60, dalam satu sidang media tertutup juga mendedahkan kes liwat tersebut telah dirancang rapi oleh seorang pegawai khas di Pejabat Perdana Menteri sejak awal pendedahan kes liwat kedua tersebut. "Ini adalah konspirasi politik jahat untuk membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kali kedua," kata Azlan. "Saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya.Beliau dan keluarganya telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini," tambah beliau. Azlan yang ditemani oleh dua rakannya juga menolak pengakuan yang dibuatnya hari ini adalah kerana desakan ataupun tekanan mana-mana pihak, sebaliknya dilakukan dengan rela hati. Apabila ditanya mengapa menunggu hingga hari ini baru tampil untuk membuat pengakuan, Azlan berkata ia adalah kerana selepas membuat penilaian sendiri dan menerusi maklumat yang disampaikan oleh orang terdekat, beliau mula dapat melihat kebenaran disebalik kes melibatkan anaknya tersebut. -TMI
Ulasan GB Bukankah GB kata selalu, kebenaran akan tetap terbongkar juga. Habislah Najib, UMNO dan sekalian macainya UMNO akan tetap binasa jua akhirnya. Bagi kita, kita akan terus berdoa! اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه 1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya). وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا 2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathil innal bathila kana zahuqan Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. |
Arahan HKL Ketinggalan Zaman - Dr.Lee Boon Chye Posted: 07 Mar 2013 10:24 PM PST Arahan supaya semua anggota Hospital Kuala Lumpur (HKL) tidak dibenarkan meletakan sebarang pelekat (sticker) yang mempunyai logo parti pembangkang pada kenderaan masing-masing disifatkan tidak bijak dan ketinggalan zaman. Ini kerana kakitangan berhak memilih mana-mana parti politik untuk disokong tanpa perlu disekat selaras dengan sistem demokrasi yang selama ini diamalkan, ujar Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye. "(Arahan) ini menceroboh hak kakitangan untuk memilih. Logo merupakan satu tanda menyokong mana-mana parti. "Kalau begitu, logo 1Malaysia, lambang 'Janji Ditepati' juga tidak boleh ditampal," katanya ketika dihubungi Tv Selangor. Sebelum ini, HKL mengesahkah semua anggota HKL tidak dibenarkan meketakan sebarang pelekat (sticker) yang mempunyai logo parti pembangkang sama ada di kenderaan masing-masing atau mana-mana bahagian di dalam premis HKL. Arahan ini berkuat kuasa serta merta melalui sepucuk surat bertarikh 4 Mac 2013 dan tersebar luas di laman sosial Facebook. Perkara ini disahkan Pembantu Peribadi Pejabat Timbalan Pengarah HKL, Nur Hazlin Mohd Yunus ketika dihubungi Tv Selangor. Surat yang ditandatangani Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain menyatakan semua ketua jabatan, ketua bahagian dan ketua unit diminta untuk menasihat anggota di bawah jabatan atau seliaan masing-masing supaya mematuhi arahan berkenaan. Selain itu, mereka juga perlu memastikan bahawa tiada anggota HKL melanggar arahan tersebut. Sekiranya ingkar berbuat demikian, tidakan sewajarnya termasuk tindakan tatatertib boleh diambil terhadap mereka yang melanggar peraturan ini. klik untuk baca |
[VIDEO & GAMBAR] Samseng UMNO Baling Batu Di Ceramah Anwar Di Melaka Posted: 07 Mar 2013 06:35 PM PST Berpuluh-puluh samseng Umno Barisan Nasional (BN) bertindak liar apabila melontar batu bertalu-talu ke arah bas Jelajah Merdeka Rakyat, selain menyerbu tapak ceramah di Kampong Bukit Katil, Melaka, malam tadi. Dalam kejadian sekitar jam 10 malam itu, empat cermin bas yang dinaiki Anwar Ibrahim, pecah dibaling batu, malah Ketua Umum KEADILAN itu juga terkena serpihan kaca. "Alhamdulillah – selamat. Hanya serpihan kaca. Serangan samseng Umno di depan polis," tulisnya pada twitter tidak lama kemudian. Bagaimanapun, seorang pengawal keselamatan Anwar cedera di mata selepas terkena serpihan cermin manakala seorang lelaki lain, kepalanya berlumuran darah akibat dibaling batu. Wartawan Keadilan Daily, Mohd Arif Juhani yang membuat liputan siri jelajah itu turut terkena serpihan kaca di muka. "Cermin bas pecah dibalun macai Umno BN. Kaca bersembur kat muka saya, ada yang masuk mulut," katanya. Selain membaling batu, samseng Umno BN yang kebanyakannya memakai kemeja-T biru berlogo BN, turut menunjukkan isyarat lucah dan menghambur kata-kata kesat. Mereka dipercayai terpengaruh dengan ucapan berbaur hasutan pemimpin Umno di ceramah berdekatan. Sekalipun pasukan polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal di tapak ceramah, kumpulan samseng Umno tetap bertindak ganas, malah merempuh benteng. Anwar ketika berucap kemudian mengecam perbuatan kumpulan samseng berkenaan dan menyifatkan Umno BN gagal mencerminkan budaya politik sihat di negara ini. Sementara itu, Utusan Malaysia terus menerus melakukan pembohongan apabila dalam laporannya mendakwa dua anggota polis cedera dalam serangan malam tadi. Bagaimanapun, akhbar yang disaman Anwar RM100 juta itu tidak menjelaskan siapa yang memulakan serangan dan dari pihak mana. Utusan sering kali melaporkan berita yang kurang tepat malah boleh dikatakan apa sahaja yang terjadi semuanya salah Anwar dan bukannya Umno BN. Dalam laporan itu, Utusan langsung tidak menyatakan bahawa samseng yang diupah pemimpin Umno yang menyerang Anwar hingga menyebabkan sedikit serpihan kaca tingkap pada sisi bas yang pecah mengenai Anwar yang biasanya duduk di kerusi tepi. Anggota polis yang cedera itu tidak pula Utusan tunjukkan siapa sebenarnya yang menyerang mereka tetapi hanya mendiamkan diri tanpa bukti dan keterangan sahih. Jelas sekali laporan Utusan berkenaan sengaja mahu menyalahkan Anwar sedangkan pemimpin Umno sendiri yang mengupah samseng tersebut bertindak liar hingga mengancam anggota keselamatan yang bekerja keras menghalang kebiadaban samseng berkenaan. Imej batu dibaling dari arah penyokong BN diambil dr vedeo pd 50saat rakaman. Diarahkan ke DSAI tp mengenai seorg mangsa berbangsa China Perbuatan samseng UMNO Melaka membaling batu ke arah bas Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga cermin bas pecah dan badan bas berlubang. Motif jelas untuk mencederakan Anwar dan rombongannya. Ribuan hadir walaupun terpaksa menghadapi provokasi samseng oleh UMNO/BN Melaka
sumber: KD/jalanpulang/omakkau/fb Ulasan GB GB, melalui blog ini telah berkali-kali meminta polis menjalankan kerja dengan adil dan saksama. GB berkata hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya. Sepatutnya pihak polis boleh menghalau atau menahan samseng-samseng UMNO BN yang hadir untuk mengacau-ganggu program-program Pakatan. Tetapi dibiarkan. Akhirnya kini polis sendiri yang merasai sendiri perbuatan jahat samseng-samseng UMNO BN berkenaan. Ayuh polis, berubahlah! Laksanakan tugasmu dengan adil dan saksama, tahan dan tangkap segera mana-mana samseng UMNO BN yang cuba menganggu di mana-mana program Pakatan selepas ini. Sesungguhnya hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan dan terus berjalan. |
Apabila Pengarah Hospital KL Bermentaliti Pencacai.... Posted: 07 Mar 2013 03:35 PM PST Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengesahkah semua anggotanya tidak dibenarkan meletakan sebarang pelekat (sticker) yang mempunyai logo parti pembangkang sama ada di kenderaan masing-masing atau mana-mana bahagian di dalam premis HKL. Arahan ini berkuat kuasa serta merta melalu sepucuk surat bertarikh 4 Mac 2013 dan tersebar luas di laman sosial Facebook. Tv Selangor menghubungi pejabat Timbalan Pengarah HKL dan Pembantunya, Nur Hazlin Mohd Yunus mengesahkan perkara ini. Surat yang ditandatangani Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain menyatakan semua ketua jabatan, ketua bahagian dan ketua unit diminta untuk menasihat anggota di bawah jabatan atau seliaan masing-masing supaya mematuhi arahan berkenaan. Selain itu, mereka juga perlu memastikan bahawa tiada anggota HKL melanggar arahan tersebut. Sekiranya ingkar berbuat demikian, tidakan sewajarnya termasuk tindakan tatatertib boleh diambil terhadap mereka yang melanggar peraturan ini. -selangorku Ulasan GB Mengapa hadkan hanya "pelekat (sticker) yang mempunyai logo parti pembangkang"? Jika mahu kakitangan hospitalnya bebas dari politik mengapa tidak disebutkan "pelekat yang mempunyai logo parti politik"? Sepatutnya beliau letak jawatan dan masuk bertanding di atas tiket BN jika mahu berpolitik. Amat memalukan seornag penajwat awam mempunyai mentaliti seorang pencacai! |
[VIDEO] Pendedahan Kerajaan Bayar Apco Untuk Burukkan Anwar, Najib Perlu Jawab Posted: 07 Mar 2013 06:40 AM PST Datuk Seri Najib Razak perlu jawab pendedahan media antarabangsa bahawa beliau membayar AS$389,724.70 (RM1.2 juta) kepada penulis upahan, Joshua Trevino (gambar) untuk memburuk-burukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bayaran itu dilaporkan dibuat Perdana Menteri kepada bekas penulis ucapan Presiden Amerika Syarikat (AS), menerusi syarikat Israel, Apco Worldwide. Ia bagi menyerang Ketua Umum KEADILAN dan kempen mempromosi pentadbiran Najib di mata dunia. Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Najib perlu jelaskan pendedahan itu menjelang pilihan raya, apatah lagi dalam keadaan beliau berterusan membelanjakan jutaan ringgit bagi tujuan propaganda dan fitnah. "Najib juga perlu jawab berapa banyak wang rakyat dibayar kerajaan kepada konsultan perhubungan awam, khususnya luar negara untuk menulis bahan-bahan anti Pakatan Rakyat dan Anwar?" katanya pada kenyataan hari ini. Beliau merujuk pendedahan portal berita berpangkalan di Amerika, BuzzFedd 1 Mac lalu berkenaan perbuatan Najib mengupah media Amerika itu. Pada Ogos lalu, Trevino dipaksa meletak jawatan sebagai kolumnis di akhbar United Kingdom (UK) – The Guardian. Ini berikutan beliau tidak mengumumkan peranannya sebagai konsultan kepada FBC Media, yang menulis dan memuji ciri-ciri 'kesederhanaan' Najib. "Selain daripada Apco di AS dan FBC di UK (United Kongdom), di manakah lagi BN melantik konsultan untuk menyerang pembangkang?" soal Nik Nazmi. Pada 2011, Najib mengakui kerajaan membayar RM94 juta kepada FBC Media antara 2007 hingga 2010. FBC turut membayar AS$70,000 kepada Apco Worldwide untuk melobi kerajaan AS mewakili pentadbiran Najib. "Ironisnya, ketika Umno BN terus-menerus menyerang Anwar sebagai pro-Israel sebagai propaganda dalam negara, Trevino dan konsultan-konsultan lain bekerja keras untuk menggambarkan Anwar sebagai anti-Israel di luar negara. "Malah apabila skandal pembayaran dan pengaturan berita ini didedahkan, BBC dan CNBC menamatkan kontrak FBC kerana melanggar etika kewartawanan," kata Nik Nazmi. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu mempersoal individu atau agensi lain yang terlibat dalam perlantikan dan koordinasi konsultan tersebut. "Apakah arahan yang diberikan kepada konsultan-konsultan ini mengenai bahan-bahan berkaitan, memandangkan kebanyakan kerja yang dibuat adalah menyerang Anwar semata-mata" katanya. "Adakah kerajaan sedar bahawa ramai konsultan yang dilantik terkenal dengan pandangan ekstrim dan anti-Islam. Mereka menghina Islam, Ikhwanul Muslimin dan umat Islam di Amerika? Mereka juga adalah penyokong tegar Israel yang menentang hak rakyat Palestin?" tegas Nik Nazmi. "Najib terus berbelanja jutaan ringgit untuk tujuan fitnah tetapi berterusan menolak gesaan Anwar untuk berbahas politik bagi kepentingan rakyat," sinisnya. |
Media Filipina Dakwa Zahid Hamidi Tunjuk Gambar Palsu Posted: 07 Mar 2013 04:05 AM PST Di kala media arus perdana di Malaysia menyebarkan gambar panas berkenaan beberapa orang mangsa yang berada dalam sebuah liang lahad selepas serangan dilakukan baru-baru ini, tiba-tiba muncul pula maklumat panas daripada media Filipina yang mempertikaikan kesahihan gambar tersebut. Menurut laporan media terbabit gambar-gambar yang didedahkan itu adalah [kemungkinan] merupakan mangsa serangan di Selatan Thailand pada tahun 2007. Menurut sumber, jika gambar yang diperolehi itu datangnya dari para media dan wartawan yang membuat liputan mungkin ia boleh diterima. Namun bila gambar-gambar yang berkenaan diambil oleh pihak yang berkenaan maka kesaihannya boleh dipertikaikan. Lantaran itulah dalam pendedahan terdahulu ramai yang mendakwa cara mayat-mayat mangsa yang berada dalam liang lahat itu tidak memungkinkan mereka adalah penceroboh Sulu. Ini kerana gaya pakaian dan keadaan lokasi yang berkenaan kelihatan tenang, tiada kesan bom malah papan alas lubang berkenaan juga tidak hancur dibom. Malah mereka juga mempertikaikan mana mungkin penceroboh boleh menggali lubang sebesar itu ketika serangan berlaku. Mereka tidak mungkin membawa alatan yang membolehkan ia digali sedemikian rupa. Apapun, kini gambar itu masih menjadi misteri yang pastinya akan menimbulkan kontroversi. -PDO Nur Misuari melalui facebooknya juga mempertikaikan foto-foto yang ditunjukkan oleh Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Ahmmad Zahid Hamidi semalam. Cuba lihat: |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan