Jumaat, 8 Mac 2013

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Bapa Saiful Bukhari mohon maaf kepada Anwar kerana memfitnah

Posted: 07 Mar 2013 11:31 PM PST

DUA minggu lepas gua terima berita daripada sumber "dalaman" Umno mengatakan bahawa bapa kepada Saiful Bukhari yang menuduh Anwar Ibrahim meliwatnya telah menyedari bahawa anaknya telah dipergunakan untuk memfitnah Anwar.

Sumber gua berkata, bapa Saiful sudah lama gelisah kerana fitnah anaknya itu telah membuatkan dirinya rasa bersalah menyaksikan Anwar dan keluarganya dihina, dikeji dan diserang bertalu-talu oleh media kawalan Umno siang malam pagi dan petang.

Gua tanya boleh dedahkan ke maklumat ni? Sumber gua kata, "elok jangan dedah dulu, takut apa-apa jadi kepada bapa Saiful Bukhari". Dalam fikiran gua, betul juga, gua bimbang samseng-samseng Umno akan mengugut beliau dan beliau sendiri akan berubah fikiran.

Apa pun, gua sudah bagi hint di facebook bahawa selepas bala pertama menimpa Najib dan Rosmah, iaitu kepulangan Bala Subramaniam, satu lagi bala besar akan menimpa kepala Najib dan Rosmah - Facebook.



Syukur Alhamdulillah, bapa Saiful Bukhari akhirnya membuat sidang media memohon maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Beliau turut menyebut bahawa anaknya telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini," kata Azlan Mohd Lazim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam satu sidang akhbar hari ini.

"Dengan ini saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sangsara akibat fitnah ini," tambahnya

Anwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lepas daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Jabatan Peguam Negara telah merayu terhadap keputusan itu dan Mahkamah Rayuan akan mendengar kes pada 22 Julai.

Dalam kenyataannya, Azlan, 60, mendakwa semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anaknya dan beliau sendiri, telah dirancang dan disediakan pegawai perdana menteri itu dan seorang peguam.

"Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap YB Datuk Seri Anwar, yang melibatkan anak saya."

Menurut Azlan, beliau mengetahui mengenai hal anaknya terlibat dan dituduh cuma melalui akhbar milik kerajaan kerana anaknya tidak langsung pernah menceritakan tentang kejadian dan pertuduhan tersebut kepadanya.

"Saya tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi mendapatkan keterangan dari saya sebagai bapa dari awal hingga tamat perbicaraan," dakwanya.

walaupun beliau sentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anaknya, Azlan menjelaskan bahawa beliau melakukannya semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya.

"Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar."

Azlan berkata, beliau memutuskan untuk membuat pendedahan ini kerana setelah sekian lama mengumpul maklumat sama ada semasa dalam perbicaraan, mahupun yang dikirim kepadanya oleh orang ramai, "saya dapati kebenaran mula terserlah dan jelas kelihatan."

Pihak pemerintah, katanya, langsung tidak pernah menemuinya untuk berbincang kes itu atau bertanya pendapatnya.

"Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh (pegawai berkenaan)," dakwa Azlan.

"Sebagai seorang Melayu dan Islam, saya mula sedar akan perancangan jahat ini. Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan fitnah jahat ini. Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu akan niat jahat mereka.

"Jika niat jahat ini berterusan, bukan sahaja umat Melayu dan Islam hancur tetapi negara musnah. Saya tidak sanggup melihat ini terjadi.

"Saya mengambil keputusan untuk bersama Datuk Seri Anwar, Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia yang dahagakan kemakmuran dan keamanan bercakap benar dan menentang kejahatan ini," katanya.

Azlan merayu kepada seluruh rakyat negara ini "bangun bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul".

"Marilah kita juga doakan agar Allah menangkan perjuangan Datuk Seri Anwar dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara dalam Pilihan Raya ke-13 nanti," katanya - Malaysiakini.

ReJaM© "Kebenaran terserlah jua akhirnya... "

Samseng BN tunjuk isyarat lucah sebelum serang bas Merdeka Rakyat

Posted: 07 Mar 2013 02:39 PM PST

MALAM tadi, bas Jelajah Merdeka Rakyat yang dinaiki oleh Anwar Ibrahim, sekali lagi diserang oleh samseng-samseng upahan Barisan Nasional ketika tiba di lokasi ceramah kawasan Bukit Katil, Melaka. Kawasan Parlimen Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam.

Seorang jurugambar dari dalam bas, sempat mengambil gambar samseng-samseng yang memakai baju t-shirt Barisan Nasional itu ketika mereka menunjukkan isyarat lucah "jari tengah" sebelum mereka menyerang bas Jelajah Merdeka Rakyat.



Samseng-samseng ini kemudiannya menyerang dengan cara membaling batu-batu yang besar ke arah cermin bas dipercayai untuk mencederakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wartawan memberitahu, ketika serangan tersebut, beliau mendengar suara penceramah Umno di lokasi berdekatan (berdepan dengan tapak ceramah Merdeka Rakyat) mengapi-apikan samseng ini dengan laungan "hapuskan Anwar" berulang kali.




Berikut gambar cermin bas bahagian tingkat atas yang pecah akibat dibaling oleh samseng-samseng ini. Gambar diambil ketika bas tiba di HQ KEADILAN Tropicana malam tadi.



Pintu bas juga turut menjadi mangsa serangan samseng BN ini menyaksikan cermin di bahagian pintu bawah ini berlubang serta meninggalkan kesan retak seribu.



Serangan jelas mensasarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Serangan dilakukan ketika beliau ingin turun dari bas untuk ke tapak ceramah. Mujur beliau dilindungi oleh salah seorang krew Bas Jelajah Merdeka Rakyat.

Bagaimanapun, serpihan kaca terkena kepala dan rambut beliau ketika batu yang dilontarkan oleh samseng menembusi cermin bas tersebut. Mujur beliau selamat.

Salah seorang pengiring Anwar cedera di bahagian mata kiri akibat terkena serpihan cermin bas akibat serangan. ReJaM© akan cuba dapatkan maklumat lanjut berhubung hal ini nanti.



Kalau kita lihat Barisan Nasional sengaja menganjurkan ceramah berdepan dengan program Jelajah Merdeka Rakyat di Bukit Katil Melaka untuk mempamerkan kepada rakyat betapa samsengnya mereka.

ReJaM© "Najib ingatlah! Doa orang teraniaya tiada hijab di sisi Allah... "

Tiada ulasan: