MIMPI SENJA |
- LAHAD DATU ... Sah .. 2 anggota polis kita dipenggal kepala ... Celaka punya Sulu
- DSAI saman TV3 Utusan RM100 juta
- Sultan Sulu ulangi tawaran gencatan senjata
- Seorang cedera - Ceramah Pakatan diganggu
- Kronologi Serangan Ofensif Pencerobohan Pengganas Sulu
- JAMALUL KIRAM III : Saya Sultan termiskin di dunia
- MNLF Kutuk Keras Tindakan Pengganas Sulu
- MTEM dan 42 NGO ekonomi Melayu desak Presiden Petronas Shamsul Azhar undur diri
- Kesultanan Sulu sudah tiada, tuntutan Sabah terbatal
- IGP: Jeneral Sulu, 31 yang lain terbunuh
- Op Daulat: 52 Pengganas Sulu Mati
- Pencerobohan Lahad Datu : 'Sultan Sulu' bukannya nak Sabah tetapi nak bayaran [RM5,500] lebih - Philippines Star
- Aquino mahu Jamalul Kiram didakwa di Filipina dahulu sebelum diekstradisi ke Malaysia
- Filipina kaji hantar Sultan Sulu ke Malaysia
- TERKINI Lahad Datu: Malaysia Tolak Gencatan Senjata, Arah Penceroboh Menyerah
LAHAD DATU ... Sah .. 2 anggota polis kita dipenggal kepala ... Celaka punya Sulu Posted: 07 Mar 2013 09:56 PM PST Belajar Daripada Kesedaran Yang Mengejutkan LAHAD DATU: Dalam perjalanan ke bandar ini, seseorang harus melalui Silabukan, satu kawasan yang mempunyai pemandangan tepian pantai yang indah dan menarik. Khabarnya, pada hari yang cerah, kita dapat melihat Pulau Tawi-Tawi jauh di ufuk yang merupakan sebahagian daripada wilayah Filipina. Kata orang juga, pada hari yang cerah, kita akan dapat melihat bandar Bongao iaitu ibu kota Tawi-Tawi. Majoriti penduduknya adalah orang Islam dan pekan ini dikatakan sedang pesat membangun. Ia hanya mengambil masa 20 minit sahaja menggunakan bot laju untuk tiba di Sabah. Itulah gambaran betapa dekatnya kita secara fizikal dengan sempadan Filipina. Tetapi pada masa yang sama, ada satu dimensi lain kepada jarak yang dekat antara kita dengan wilayah Filipina ini. Penduduk tempatan misalnya gemar memberitahu orang luar bahawa menjadi lumrah kepada sanak keluarga mereka di Filipina untuk datang berkunjung ke Sabah hanya untuk bermain bola atau bola tampar dan selepas itu naik bot semula dan kembali ke Filipina pada hari yang sama. Sudah tentulah, ini semua berlaku tanpa perlu melalui proses imigresen terlebih dahulu. Pengaruh Filipina ke atas masyarakat tertentu di negara kita Sabah sangatlah besar dan kuat sehinggakan pada sesetengah tempat kedai runcit dirujuk sebagai "sari-sari" dalam bahasa Suluk. Malah jika kita berada di perkampungan nelayan Danggan Tungku, kita boleh melihat dengan jelas Pulau Sibutu yang merupakan sebahagian daripada kepulauan Tawi-Tawi. Dari tempat di mana saya sedang berada sekarang, penduduk kampung bercakap dengan penuh ghairah tentang serangan udara yang dilancarkan oleh pasukan TUDM di kawasan persembunyian pengganas Sulu di Kampung Tanduo. Saya tiba di pantai Timur Sabah ini pada Khamis pada saat pasukan keselamatan kita sedang melakukan operasi pembersihan selepas melancarkan serangan besar-besaran ke atas pengganas Sulu ini. Hakikatnya, pantai yang mengadap Laut Sulu dan kawasan sekitarnya senantiasa menjadi kawasan yang diancam bahaya lanun dan juga puak militan yang menuntut kemerdekaan wilayah Mindanao. Lanun yang mengganas di kawasan ini khabarnya dilengkapi dengan senjata canggih dan menggunakan bot laju berkuasa tinggi. Mereka menjadi popular kerana berupaya merompak kapal kontena yang besar dan memiliki sejarah menculik pelancong malah pernah menyerang bandar-badar persisiran pantai di Sabah. Pada tahun 1996, bandar Semporna pernah diserang oleh segerombolan lanun sebanyak dua kali termasuklah menyerang balai polis menggunakan senjata moden M-16. Mereka datang dalam kumpulan yang besar antara 10 hingga 20 orang. Kemudian pada tahun 2000, kumpulan Abu Sayyaf telah melancarkan gerakan menculik 21 orang pelancong dan pekerja resort di Pulau Sipadan milik Malaysia. Lahad Datu pula terletak di daerah Tawau iaitu salah satu bandar besar di timur Sabah. Bandar ini terletak kurang lebih 400km dari Kota Kinabalu dan mengambil masa sejam perjalanan dengan pesawat. Pada 11 Februari lalu, sekumpulan puak Sulu yang bersenjata dari Filipina telah muncul di pekan Lahad Datu lalu 'menawan' Kampung Tanduo. Sejak itu seluruh dunia mengenali di mana terletaknya Lahad Datu. Serangan ke atas wilayah timur Sabah ini telah turut membuka mata sebahagian besar rakyat Malaysia buat pertama kalinya tentang sejarah dan geografi kawasan ini. Sebahagian besar daripada kita mungkin belajar untuk mengetahui buat pertama kalinya tentang etnik tertentu yang selama ini kurang dikenali atau didengari. Misalnya etnik Bajau, Bisaya, Kadazan Dusun, Murut, Dumpas, Illanun, Kwijau, Maragang, Orang Cocos, Orang Sungai, Rungus dan kini sudah tentunya etnik Tausug atau Suluk. Sebahagian daripada etnik ini telah bermastautin di Sabah sejak era kedatangan masyarakat Cina dari Laut Selatan lagi. Atas sebab ini jugalah maka kita akan dapati, sebahagian besar daripada penceroboh yang membuat kacau di Sabah kini sangat arif dengan kedudukan geografi dan kawasan sekitar berbanding dengan kita semua. Dan berdasarkan maklumat inteligensia, kumpulan penceroboh tersebut sangat mendalami kawasan persekitaran mereka mendarat. Kesimpulannya ialah mereka pernah atau acap kali menziarahi kawasan ini dan mengetahui selok belok persekitarannya. Dua daripada anggota polis kita diserang hendap dan ditembak mati di kawasan ini manakala enam lagi terbunuh ketika memasuki kawasan rumah air di Semporna yang mana adalah disyaki terdapat penduduk kampung memberi laluan atau perlindungan kepada mereka untuk bersembunyi dan memasang perangkap kepada anggota keselamatan untuk memasuki perangkap itu. Warga Filipina ini tidak menunjukkan sebarang belas kasihan apabila mereka menyerang anggota keselamatan kita. Mereka memenggal kepala dua daripada anggota polis kita dan bertindak kejam sebelum melakukan pembunuhan itu termasuklah mencungkil keluar mata salah seorang daripada anggota polis yang terkorban itu. [sekadar hiasan - gambar ini didakwa gambar lama - berlaku di negara jiran] Ketaksuban dan kesediaan kumpulan ini untuk mati atas nama perjuangan mereka yang mendorong pasukan keselamatan kita melancarkan serangan habis-habisan. Insiden terbaru ini hanya memberi satu pengajaran berguna kepada kita semua. Sementara kita mengakui pantai Sabah adalah begitu luas dan besar tetapi realitinya ia mendedahkan Malaysia kepada bahaya ancaman musuh luar. Jaminan daripada pihak berkuasa bahawa segala-galnya selamat dan terjamin hanya akan bermakna sekiranya langkah konkrit diambil untuk menangani isu ini secara serius. Mahu tidak mahu negara perlu melabur untuk menjaga keselamatan di sepanjang 4,675km persisiran pantai termasuklah di Zon Ekonomi Eksklusif di luar persisiran pantai kita. Pencerobohan yang berlaku di Sabah menunjukkan betapa terdedahnya negara kita sekiranya menerima ancaman daripada luar dan kali ini ancaman tersebut datangnya dari sekumpulan pemberontak negara luar yang lengkap dengan latihan dan senjata. Amatlah membimbangkan jika serangan itu dilakukan oleh pasukan tentera asing. Kita tidak boleh lagi menganggap mudah bahawa Malaysia adalah bebas daripada sebarang ancaman luar. Ya benar, negara kita telah dirahmati oleh keamanan dan kestabilan tetapi insiden yang berlaku di Sabah adalah satu amaran yang jelas dan nyata.- mStar |
DSAI saman TV3 Utusan RM100 juta Posted: 07 Mar 2013 09:17 PM PST Anwar Fail Saman RM100 Juta Terhadap TV3, Utusan Kaitkan Beliau Dengan Pencerobohan Lahad Datu KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap TV3 dan Utusan Melayu (M) Bhd yang mengaitkan pencerobohan kumpulan bersenjata Sulu di Lahad Datu dengan beliau. Saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur di sini, Jumaat, menamakan Utusan dan TV3 sebagai defendan. Peguamnya, N. Surendran berkata, mereka juga memohon injunksi untuk menghalang defendan daripada menerbit atau menyiarkan sebarang fitnah terhadapnya. Pada Khamis, Anwar menafikan bertemu Sultan yang mendakwa dirinya Sultan Sulu atau mempunyai sebarang penglibatan dalam serangan di pantai timur Sabah, di mana pasukan keselamatan Malaysia telah menjalankan operasi penggeledahan dan operasi mencari selepas serangan habis-habisan terhadap kumpulan terbabit, Selasa. Dalam temu bual eksklusif dengan Radyo Inquirer 990AM, beliau memberitahu bahawa beliau telah "menyatakan dengan jelas" tidak pernah bertemu dengan Sultan Sulu yang tidak dikenali. Anwar berkata kehadiran pemberontak adalah "tidak boleh diterima" dan menyalahkan media arus perdana tempatan kerana memutar-beliat isu. Jumaat lepas, 'Philippine Daily Inquirer' mengeluarkan berita berdasarkan sumber perisikan tentera Filipina yang menyatakan bahawa seorang ahli politik Sabah bersekutu dengan Anwar telah bertemu dengan tentera penceroboh. |
Sultan Sulu ulangi tawaran gencatan senjata Posted: 07 Mar 2013 05:34 PM PST 8 Mac 2013 SHAH ALAM - Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, mengulangi tawaran untuk mengadakan gencatan senjata selepas permintaan awal semalam ditolak oleh Malaysia. Dipetik portal ABS-CBNnews Filipina, jurucakap Sultan Sulu mengemukakan tawaran kali kedua lewat semalam selepas ditolak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi petang semalam. "Kerajaan Malaysia menolak terus permintaan (diadakan gencatan senjata)... mandatnya sebelum mengiktiraf gencatan senjata unilateral yang dibuat oleh Sultan Sulu, mesti menyerah, kata mereka, 'militan' kepada mereka. Oleh itu, respons kepada itu, saya mahu mengulangi bahawa Kesultanan Sulu sekarang mengisytiharkan akan mengakhiri permusuhan secara unilateral," kata Abraham Idjirani, jurucakap Kesultanan Sulu. Abraham juga berkata, pihaknya akan mengatur proses membebaskan tahanan - empat rakyat Malaysia yang terdiri daripada seorang anggota polis, dua anggota tentera dan seorang pegawai kerajaan jika gencatan senjata dipersetujui oleh Putrajaya. "Kami ingin memasukkan pengumuman menamatkan permusuhan bahawa Kesultanan Sulu, di bawah kepimpinan Sultan Jamalul Kiram III, bersedia untuk tukar tahanan perang," katanya lagi. "Pasukan Keselamatan Diraja (di Lahad Datu) tidak ada tahanan tetapi rakyat yang bangkit di Semporna ada, jadi kami akan minta mereka. Kami akan mendesak mereka patuh mandat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu," katanya lagi. Semalam, Najib menegaskan bahawa Kuala Lumpur tidak akan menimbang sebarang permintaan gencatan senjata selagi kumpulan penceroboh militan tidak meletak senjata tanpa syarat. Najib, yang melawat Sabah selepas tiga hari pasukan keselamatan melancarkan serangan terhadap kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, berkata Presiden Filipina Benigno Aquino III telah menghubungi beliau untuk mendapatkan reaksi Malaysia berhubung kenyataan Jamalul mengenai gencatan senjata. "Saya bagi tahu Presiden Aquino bahawa mereka perlu letak senjata tanpa syarat dan senjata itu perlu diserah kepada kita," katanya. Jamalul meminta pihaknya meletak senjata di Lahad Datu selepas beberapa anggota kumpulannya terbunuh dalam gerakan ofensif pasukan keselamatan Malaysia. Syed Hamid: Isu gencatan senjata tidak timbul 8 Mac 2013 KUALA LUMPUR - Isu gencatan senjata bersama pihak penceroboh yang menggelar mereka tentera Kesultanan Sulu adalah tidak timbul kerana Malaysia bukan berperang dengan mereka, kata bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar. Katanya, gencatan senjata hanya sah kalau dua negara sah mengisytiharkan perang. "Kemasukan mereka di Sabah sebagai pengganas. Mereka bukan sahaja membunuh rakyat Malaysia tetapi anggota keselamatan yang menjaga keamanan negara. "Jadi isu ini tidak timbul, dan tidak boleh ditakrifkan sebagai gencatan senjata, kumpulan Kiram bukan sebuah negara," katanya yang ditemui Sinar Harian. Mengulas mengenai tindakan pasukan keselamatan Malaysia terhadap kumpulan itu, Syed Hamid berpendapat, kerajaan telah menggunakan saluran undang-undang yang sah sebagai negara yang berdaulat dan anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). Katanya lagi, pihak antarabangsa juga telah mengiktiraf Malaysia, oleh yang demikian apa yang dituntut kumpulan penceroboh itu tidak timbul. |
Seorang cedera - Ceramah Pakatan diganggu Posted: 07 Mar 2013 05:20 PM PST Lagi ceramah Pakatan diganggu malam tadi VIDEO l 1.17 min Dalam satu lagi kejadian keganasan politik, sekurang-kurangnya seorang penyokong Pakatan Rakyat cedera di satu majlis ceramah di Bukit Katil, Melaka malam tadi, selepas ia diganggu oleh mereka yang didakwa samseng Umno. Gambar yang disiarkan oleh penyokong Pakatan di Facebook menunjukkan seorang lelaki berdarah di kepalanya selepas dikatakan terkena batu. Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook menulis dalam twitter bahawa beliau baru tiba di Melaka untuk mendengar ceramah PKR Bukit Katil dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ribuan orang berada di sana. Menurutnya, Umno mengadakan ceramah berhampiran di situ yang dihadiri oleh hanya ratusan orang. Beliau menyifatkan insiden itu sebagai tindakan mereka yang takut kalah (pilihan raya umum). Namun, tegasnya, kebangkitan rakyat untuk menumbangkan rejim BN akan berterusan dan mereka tidak akan tunduk kepada ugutan Umno. Cermin bas kempen PKR juga didakwa telah dipecahkan semasa kejadian. Ia bukan kali pertama bas kempen tersebut telah dilempar batu. Ia mengalami kejadian yang sama di beberapa lokasi lain sebelum ini, termasuk di Perak, Johor dan Kelantan. Polis anti-rusuhan datang untuk memulihkan keadaan, tetapi mereka mengalami kesukaran untuk mengawal penceroboh tersebut. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution dijangka mengadakan satu sidang akhbar pagi ini di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya berhubung kejadian tersebut Ahad lalu, satu lagi ceramah diganggu oleh penyokong BN di Teluk Intan, Perak. Ahli Parlimen, M Manogaran terpaksa dibawa polis beredar dari ceramah DAP itu selepas sekumpulan kira-kira 40 penceroboh yang membawa bendera BN datang mengganggu dan memaki hamun pemimpin Pakatan. |
Kronologi Serangan Ofensif Pencerobohan Pengganas Sulu Posted: 07 Mar 2013 08:20 AM PST KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi selepas hari ketiga Op Daulat bagi menangani pencerobohan pengganas Filipina di Lahad Datu, Sabah: 5 Mac (7 pagi) - Pasukan keselamatan melancarkan serangan menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk ke atas penceroboh bersenjata Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah diikuti tindakan susulan dan penggeledahan oleh pasukan tentera dan polis di sekitar kampung itu. 5 Mac (8 pagi) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut rakyat memandangkan usaha kerajaan mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. 5 Mac (4 petang) - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu sidang akhbar operasi susulan dan penggeledahan diteruskan kerana percaya masih ada musuh di kawasan itu. 6 Mac (11 pagi) - Ketua Polis Negara sahkan kumpulan penceroboh mula menyamar dengan berpakaian seperti orang awam untuk melepaskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan. 6 Mac (4 petang) - Hari kedua Op Daulat: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan seorang anggota kumpulan penceroboh ditembak mati dan sembilan mayat ditemui di dalam lubang di kawasan ladang dekat Kampung Tanduo. 6 Mac - Beberapa keping gambar Op Daulat yang dirakam pasukan keselamatan diedar kepada media, antaranya mayat pengganas di dalam sebuah lubang. 6 Mac - Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Al-Haj Murad Ebrahim mengakui kumpulan pemberontak terbesar di Filipina itu tidak terlibat dalam konfrontasi antara penceroboh bersenjata Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia di timur Sabah. 6 Mac (6 petang) - Berlaku tembak menembak antara anggota keselamatan dan kumpulan pengganas di tiga lokasi di kampung Tanjung Batu, Lahad Datu pada kira 4.15 petang semasa operasi susulan dan penggeledahan. 7 Mac (7 pagi) - Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pasukan keselamatan mengadakan kepungan di laut dan di darat untuk mengekang bekalan makanan dan persenjataan sampai kepada pihak musuh. 7 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Sabah dan bertemu pemimpin masyarakat kaum Suluk di Tawau; turut menyatakan kerajaaan tidak sangsi terhadap kesetiaan etnik itu berikutan insiden pencerobohan tersebut. 7 Mac (15.50 petang) Perdana Menteri mengumumkan pada sidang media di Felda Sahabat pembentukan Kawasan Keselamatan Khas di pantai timur negeri ini, yang merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu. - Najib berkata penceroboh Filipina di Sabah perlu letak senjata tanpa syarat sebelum tawaran gencatan senjata dipertimbangkan. - Najib umum tambahan lima batalion anggota pasukan keselamatan untuk ditempatkan di kawasan keselamatan khas di timur Sabah. - Najib berkata Op Daulat akan diteruskan sehingga penceroboh di Sabah meletakkan senjata tanpa syarat. - Perdana Menteri beri amaran kepada mana-mana pihak jangan pandang ringan iltizam rakyat dan kerajaan mempertahankan bumi Sabah sebagai sebahagian dari Malaysia selama-lamanya. 7 Mac (5.30 petang) - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata seorang musuh terbunuh dalam Op Daulat di Tanjung Batu semalam manakala 31 lagi, termasuk seorang berpangkat jeneral terbunuh hari ini. 7 Mac - Sehingga pukul 7 petang, seramai 52 penceroboh maut sejak insiden pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna. |
JAMALUL KIRAM III : Saya Sultan termiskin di dunia Posted: 07 Mar 2013 07:51 AM PST Istana Kiram hanyalah rumah dua tingkat di kota Manila, Filipina. Lahir di Sulu pada 1938, Kiram merupakan seorang pemimpin yang cukup disayangi dan penggemar sukan tenis. Tanpa disadari, Sultan Sulu itu pernah bekerja sebagai juruhebah radio. Beliau mencalonkan dirinya sebagai seorang senator pada 2007 dengan sokongan mantan Presiden Gloria Macapagal Arroyo. "Saya adalah sultan termiskin di dunia ini," ujar sultan berusia 74 tahun itu, seperti dilapor Associated Press hari ini. Anak perempuannya, Jaycel menceritakan bagaimana kisah masa kecilnya. Jaycel sendiri mengaku terkejut ketika mendengar khabar bahawa dirinya adalah seorang puteri raja. "Ketika saya masih kecil, saya kira nama 'Puteri' adalah nama depan saya. Seorang puteri (raja) umumnya mengenakan mahkota, memiliki istana dan kereta kuda," ujar Jaycel yang berusia 35 tahun. Derita buah pinggang dan jantung Salah satu hal yang menunjukan kejayaan Kiram hanyalah gelaran sultan yang ada di depan nama panjangnya. Selain itu, Kiram tidak memiliki apapun, selain pengikutnya yang sedang menduduki Sabah. Kesihatan Kiram juga mula memburuk, menderita buah pinggang dan penyakit jantung. Kiram pun sulit untuk bercakap. Biaya rawatan sultan itu ternyata cukup mahal, keluarga Kiram dikhabarkan lupa membayar sewa rumah. Di masa muda, Kiram mengaku sering berkunjung ke Sabah. Ketika berada di wilayah itu, Kiram merasa seperti berada di kampung halamannya sendiri. Sabah dan Sulu dipisahkan oleh sebuah selat di Laut Sulu. Perjalanan dari Sabah ke Sulu juga hanya memakan waktu 30 minit dengan menggunakan kapal. Dua wilayah itu memiliki banyak kesamaan, warga-warga dari Sulu mahupun Sabah juga saling mengunjungi. Kesultanan Sulu ingin melihat kerajaan Filipina menuntut kembali wilayah Sabah. Menurut Kiram, tuntutan itu penting kerana banyak pengikut Kesultanan Sulu yang diburu oleh polis Malaysia di Sabah. Kiram cukup khuatir akan tindak balas para pengikutnya. |
MNLF Kutuk Keras Tindakan Pengganas Sulu Posted: 07 Mar 2013 07:35 AM PST JOHOR BARU: Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mengutuk keras keganasan yang dilakukan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna di Sabah, kata pengerusinya Muslimin Sema. Muslimin, yang dilantik sebagai pengerusi badan pembuat keputusan tertinggi pertubuhan itu, Jawatankuasa Pusat MNLF, pada 2008, berkata Nur Misuari hanya seorang anggota biasa jawatankuasa itu dan tidak mempunyai pengaruh dalam MNLF. MNLF, katanya, menganggap rakyat Sabah dan Malaysia sebagai saudara mereka. "Kami (MNLF) tidak menyokong apa yang sedang berlaku di Sabah (pencerobohan dan tindakan pengganas). Kami menolaknya. Kejadian di Sabah dicetuskan untuk memecahbelahkan sesama kita. "Ia juga dilakukan untuk memutuskan ikatan antara Sabah dan selatan Filipina dan antara Malaysia dan Filipina. Mereka ingin memusnahkan ikatan itu (antara rakyat)," katanya dalam temu bual ekslusif dengan Bernama melalui telefon dari Manila. Dua hari lepas, Malaysia menggunakan jet pejuang, tentera darat dan kenderaan pengangkut tentera berperisai untuk menggempur penceroboh bersenjata yang bersembunyi di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Operasi yang menggabungkan pasukan polis dan tentera dikenali sebagai "Op Daulat" itu berterusan hingga kini. Pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan pengganas di Lahad Datu dan Semporna meragut nyawa lapan anggota polis dan sekurang-kurangnya 52 pengganas. Diminta mengulas tentang kenyataan Misuari baru-baru ini bahawa MNLF bersedia menghantar pejuang bersenjatanya ke Sabah untuk membantu pengganas Sulu, Muslimin berkata beliau kecewa dengan kenyataan bekas pemimpin MNLF itu. "Beliau tidak sepatutnya membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu. Saya sedih kerana tidak dapat menyekatnya daripada membuat kenyataan itu. Sabah dan Malaysia bukan musuh kami," katanya. Ditanya sama ada terdapat anggota MNLF yang terlibat dalam kejadian di Sabah, Muslimin berkata jawatankuasa pusat barisan itu telah menjalankan penyiasatan tentang perkara berkenaan. "Bagaimanapun, siasatan yang dibuat anggota jawatankuasa pusat di Tawi-Tawi dan Sulu mendapati tidak ada anggota MNLF yang terlibat dalam pencerobohan di Sabah. Kami tidak terlibat dalam apa jua bentuk keganasan," katanya. Beliau berkata sekiranya terdapat anggota MNLF yang terlibat dengan keganasan di Sabah, mereka melakukannya secara peribadi dan tidak pernah mendapat restu daripada kepimpinan barisan itu. "Sekiranya mereka terlibat, ia dibuat atas dasar individu kerana MNLF tidak pernah merestuinya," kata beliau sambil menegaskan bahawa kebanyakan orang Filipina yang tinggal di Sabah menjalani kehidupan secara baik dan aman. BERNAMA |
MTEM dan 42 NGO ekonomi Melayu desak Presiden Petronas Shamsul Azhar undur diri Posted: 07 Mar 2013 07:25 AM PST KUALA LUMPUR, 7 Mac — Tun Dr Mahathir Mohamad digesa campur tangan bagi menyelesaikan kemelut tuntutan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) dan Petronas, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MTEM Mohd Nizam Mahsar hari ini. Dalam sidang media di ibu kota, MTEM membangkitkan beberapa isu yang ditekankan sebelum ini seperti sikap Petronas yang mementingkan pelabur asing dan bukan bumiputera, salahguna kuasa dan pelaburan berisiko tinggi yang tidak menguntungkan. "MTEM menggesa Tun Dr Mahathir selaku penasihat Petronas supaya segera membangkitkan isu ini," kata Mohd Nizam. Mohd Nizam juga mendedahkan hasil pertemuan yang diadakan antara Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Datuk Shamsul Azhar Abbas dan MTEM bulan lalu menemui jalan buntu dan tidak mencapai kata sepakat. "Hari ini juga MTEM melahirkan kekecewaan keatas Petronas yang gagal memberikan sebarang komitmen keatas beberapa tuntutan kami seperti yang dibincangkan pada pertemuan 13 Febuari lalu. "Daripada surat balas daripada Petronas yang kami terima pada 20 Februari lalu, mereka (Petronas) tidak memberikan sebarang pendirian yang jelas terhadap apa yang kami tuntut," tambah Mohd Nizam lagi. Disamping itu, MTEM juga membidas Shamsul Azhar ekoran beberapa kenyataan yang mencemar imej kumpulan peniaga bumiputera tersebut, antaranya menuduh MTEM mahu mendapatkan kontrak dan projek daripada Petronas. Sehubungan itu, Mohd Nizam berkata pihak MTEM ketika ini sedang mengkaji daripada sudut perundangan serta tidak menolak akan mengheret Shamsul Azhar ke mahkamah atas kenyataan tidak bertanggungjawab tersebut. "Kami sedang mengkaji sekarang dan sedang mendapat nasihat peguam. "Kenyataan tersebut telah diberikan kepada beberapa orang dan kami telah menerima maklum balas ekoran kenyataannya tersebut... secara asasnya ia telah mencemarkan kredibiliti MTEM," kata Mohd Nizam yang mendakwa Presiden Petronas tersebut baru-baru ini dalam satu mesyuarat dengan pengurusan juga membangkitkan perkara sama. "Disini MTEM ingin tegaskan, tidak pernah sekalipun dalam pertemuan dengan Petronas kami bercakap tentang kontrak ataupun projek," tegas Mohd Nizam. Pada pertemuan 13 Februari lalu, MTEM telah mengadakan perjumpaan dengan Shamsul Azhar bagi menyatakan rasa tidak puas hati ke atas Petronas kerana tidak menyokong perkembangan usahawan tempatan dan mencadangkan Program Pembangunan Minyak dan Gas 1Malaysia, serta mendapat maklum balas yang positif daripada Petronas. Walaubagaimanapun, sebaliknya yang berlaku apabila Petronas tidak mengendahkan tuntutan serta dalam surat balas mereka tidak menyatakan sebarang kesediaan untuk memenuhi tuntutan tersebut. MTEM juga mengulangi pendirian sama seperti 2 Februari lalu dengan menggesa Shamsul Azhar meletak jawatan atas kegagalannya dalam membantu pembangunan golongan bumiputera dan bersikap mementingkan orang asing. Shamsul Azhar sebelum ini pernah dilantik sebagai pemangku pengerusi sementara Petronas sebelum tempatnya digantikan oleh Tan Sri Mohd Sidek yang dilantik pada Jun tahun lalu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. MTEM juga mendakwa aliran wang tunai kumpulan Petronas telah menurun pada kadar RM2.1 bilion kepada RM162.2 bilion dan keuntungan selepas cukai menunjukkan tren penurunan termasuklah penutupan operasi mereka di Sudan. Kebimbangan juga disuarakan MTEM yang mengatakan Petronas akan mencaturkan nilaian risiko bernilai RM300 bilion untuk tempoh 5 tahun hadapan ini. Di bawah MTEM, terdapat sebanyak 42 NGO ekonomi Melayu dan 101 NGO ekonomi bersekutu, yang mana kesemuanya telah bersepakat dengan desakan meminta Shamsul Azhar mengundurkan diri. |
Kesultanan Sulu sudah tiada, tuntutan Sabah terbatal Posted: 07 Mar 2013 06:44 AM PST 7 Mac 2013 KOTA KINABALU - Penyertaan Sabah dalam gagasan atau pembentukan Malaysia pada 1963 menghapuskan sebarang tuntutan ke atas negeri ini yang dahulunya dikenali sebagai North Borneo, kata Prof Madya Dr Bilcher Bala dari Universiti Malaysia Sabah (UMS). Pensyarah Sekolah Sains Sosial (Program Sejarah) itu berkata berdasarkan perkara itu sebarang tuntutan hak ke atas negeri Sabah ketika ini adalah terbatal. "Tarikh penubuhan Malaysia pada tahun 1963 menghapuskan sebarang tuntutan ke atas Sabah dan pada tahun 1888, Sabah di bawah naungan kolonial British dan pada tahun 1903 protokol telah menetapkan jajahan Amerika Syarikat di Filipina tanpa Sabah. "Pada tahun 1946, Sabah diserah kepada British dan jelas pada tahun 1963 Sabah berada dalam Malaysia," katanya kepada Bernama, di sini hari ini. Justeru Dr Bilcher berkata, tindakan Jamarul Kiram III menyerang Sabah dengan alasan menuntut hak warisan Kesultanan Sulu adalah satu jenayah yang boleh disifatkan sebagai serangan pengganas. Mengenai bayaran yang dibuat oleh kerajaan Malaysia terhadap waris Kesultanan Sulu, beliau berkata ia cuma pampasan atau saguhati perjanjian "sewa mati 1787" yang tertulis pajakan kekal. "Maka pampasan itu dibayar sampai mati (istilah dalam perjanjian 'selagi ada bulan dan bintang')," katanya Mengupas kembali sejarah Sabah, Dr Bilcher berkata penduduk Sabah telah memilih Malaysia (pada tahun 1963) seperti yang terkandung dalam Laporan Cobbold. "Cuma Sultan Sulu fikir orang Sabah adalah rakyatnya. Rakyat adalah pengakuan taat setia pengikut. Tapi orang Sabah tidak mengakui mereka ada sultan melainkan Gabenor (kini Yang Dipertua Negeri Sabah). "Justeru itu, tuntutan yang mendakwa dirinya sebagai pewaris Kesultanan ulu, jika ada sultan pun, ke atas Sabah adalah terbatal melalui beberapa peringkat perjanjian sebelum ini. "Hakikatnya, Sulu tidak ada sebuah kerajaan atau negara yang membolehkan "ada hak" untuk membuat tuntutan. Tuntutan ini cuma tuntutan individu semata-mata, yang tidak melibatkan orang ramai, tetapi individu itu telah memperalatkan orang ramai untuk mencapai kepentingan dirinya sendiri," katanya. Oleh itu, Dr Bilcher berkata tindakan menyerang negara luar adalah jenayah dalaman negara Filipina dan jenayah antarabangsa di Malaysia. "Melainkan jika individu itu memiliki kerakyatan Malaysia, maka ini adalah jenayah yang berat, setara ancaman Komunis dahulu atau pengganas," katanya. Di KUALA LUMPUR, semasa menjelaskan isu sama, bekas Menteri Luar Tan Sri Syed Hamid Albar berkata bayaran AS$5,000 (RM15,500) setahun oleh kerajaan Malaysia kepada waris Kesultanan Sulu sehingga hari ini bukanlah wang sewaan atau pajakan tetapi merupakan satu bentuk wang penghargaan yang dikenali sebagai "cession". Katanya beliau sendiri pernah melihat cek dengan jumlah tersebut dibayar kepada waris Kesultanan Sulu ketika menjadi Menteri Luar dari 1999 hingga 2008. "Wang penghargaan atau cession berkenaan sama seperti duit penghargaan yang dibayar oleh kerajaan Pulau Pinang kepada Sultan Kedah apabila pulau itu diserahkan kepada British," jelas beliau kepada Bernama. Menegaskan Kesultanan Sulu yang ada hari ini bukan kerajaan yang diiktiraf, Syed Hamid berkata, waris keluarga itu tidak layak membawa tuntutan Sabah ke Mahkamah Keadilan Antarangsa (ICJ). "Ini kerana ICJ hanya menguruskan kes-kes yang melibatkan kerajaan yang sah. Kesultanan Sulu bukan satu kerajaan," katanya. Syed Hamid berkata, kuasa pentadbiran dan politik yang ada pada Kesultanan Sulu dianggap berakhir apabila Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada tahun 1915 dengan penjajah Filipina ketika itu iaitu Amerika. Syed Hamid berkata cubaan menuntut Sabah pernah dibuat oleh Filipina ketika Malaysia dan Indonesia membawa masalah tuntutan pulau Sipadan dan Ligitan ke ICJ pada tahun 2001. "Filipina cuba untuk turut serta dalam tuntutan itu. Bagaimanapun ICJ terus menolak campur tangan Filipina dalam tuntutan Sipadan dan Ligitan yang terletak dalam perairan Sabah dengan alasan tuntutan itu tidak ada asas. Ini jelas menunjukkan, Filipina sama sekali tidak mempunyai hak ke atas negeri di bawah bayu itu," katanya. Syed Hamid menegaskan Sabah merupakan wilayah Malaysia yang berdaulat kerana Suruhanjaya Cobbold yang ditubuhkan sebelum pembentukan Malaysia melaporkan bahawa rakyat Sabah dan Sarawak mahu merdeka di dalam Malaysia. Sementara itu, pakar sejarah Prof Dr Ramlah Adam menyatakan keyakinannya bahawa pihak kerajaan mempunyai dokumen perjanjian wang penghargaan tersebut. "Kerajaan Malaysia memang menyimpan dokumen itu sebab selepas kita (kerajaan) ambil alih dari British kita ambil alih juga segala perjanjian itu sebab soal 'cession money' itu sangat penting," katanya. Tambahnya, perjanjian itu menyatakan wang penghargaan akan diserahkan kepada waris bukannya kesultanan Sulu selagi 'ada bulan dan bintang'. "Perjanjiannya adalah selagi ada bulan dan bintang, bukan ada tarikh, itu cara orang dulu buat perjanjian, saya tidak tengok perjanjian itu tetapi saya tahu ada perjanjian. "Ia (wang penghargaan) diberi kepada waris bukan kesultanan. Kesultanan Sulu telah tiada. Itu yang diperkatakan dalam sejarah Sulu. Semasa kita membuat sejarah Malaysia kita tidak pernah menyentuh tentang kerajaan Sulu ia termasuk dalam sejarah Filipina. "Kita (Malaysia) tidak termasuk, kita hanya anggap ia sebagai kaum Suluk sahaja," katanya. - Bernama |
IGP: Jeneral Sulu, 31 yang lain terbunuh Posted: 07 Mar 2013 04:04 AM PST Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata pasukan keselamatan Malaysia membunuh seramai 31 orang penceroboh Sulu dalam pertempuran di Tanjung Batu pada Rabu malam. Katanya, pasukan polis menerima laporan daripada komander di lapangan bahawa sejumlah musuh ditembak dan dipercayai terbunuh. Beliau juga percaya, polis berjaya membunuh pemimpin kumpulan tersebut, berpangkat jeneral, katanya dalam sidang media di Felda Sahabat. Jumlah penceroboh yang terbunuh setakat ini adalah 32 orang termasuk seorang di Kampung Tanduo pagi ini. |
Op Daulat: 52 Pengganas Sulu Mati Posted: 07 Mar 2013 02:51 AM PST LAHAD DATU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan jumlah pengganas Sulu yang dibunuh dalam Op Daulat sehingga kini ialah seramai 52 orang. Menerusi sidang media pada petang Khamis, Ismail berkata anggota keselamatam berjaya menembak mati seramai 31 lagi pengganas bersenjata dalam operasi mopping-up yang dijalankan pada Khamis. Menurut Ismail, kesemua 52 musuh yang dibunuh itu termasuk sejak pertempuran pertama setelah pasukan keselamatan Malaysia diserang hendap Jumaat minggu lalu di Kampung Tanduo di sini. Antara yang terbunuh ialah pemimpin pengganas yang berpangkat jeneral namun belum dipastikan sama ada mangsa ialah adik kepada Sultan Sulu iaitu Raja Muda Agbimuddin Kiram yang mengetuai kumpulan itu menceroboh Sabah. |
Posted: 07 Mar 2013 02:11 AM PST KUALA LUMPUR, March 7 ― The Kiram clan had not intended to reclaim Sabah but wanted more money than the current RM5,500 in annual stipend paid to the Sulu Sultanate, arguing that the sum was not "even enough to pay rental for an apartment" in Manila, the Philippines Star reported today. Quoting Acting Autonomous Region in Muslim Mindanao (ARMM) Government Mujiv Hataman, the newspaper said the message was relayed by "Princess" Jacel, the oldest daughter of self-styled Sulu "Sultan" Jamalul Kiram III, in one of the backroom negotiations between the clan and Manila for a peaceful solution to the Lahad Datu standoff. "Hataman also emphasized that Princess Jacel told them they did not have plans to reclaim Sabah, and that they were only asking for a bigger payment because the current rate was not even enough to pay rental for an apartment," the report said. Malaysia paid the sultanate RM5,500 annually for Sabah, which it considered part of ancestral lands first ceded to the North Borneo Company in the 19th century. The honorarium and ownership over the state was reported to be among the three issues raised by the sultanate with the Aquino administration before the Sabah standoff, which has left more than 30 dead, developed last month. Hataman was reported as saying that that the issues, expressed in a letter to the President Benigno Aquino by the sultan's brother Agbimuddin Kiram days before he took his oath in June 2010, included the clan's frustration with its exclusion from the peace talks with the Moro Islamic Liberation Front (MILF), the payment by Malaysia and its claim over Sabah. The Philippine Daily Inquirer reported yesterday that Philippine Foreign Secretary Albert del Rosario, who just returned from Malaysia yesterday, planned to pen an apology letter to Agbimuddin for failing to attend to the letter that the Sulu leader had written to the Aquino administration in 2010, seeking wisdom on his clan's claim over Sabah. The Kiram clan, however, said it was too late for apologies as many Filipinos have already died during the violent clashes with the Malaysian security forces in Sabah. Agbimuddin has led the incursion by a group of over 200 armed man from the Sulu "royal army" into Lahad Datu in Sabah since February 9 in a bid to stake his brother's claim over the northern Borneo territory. Today, Hataman was quoted as saying that the rental issue was between the Malaysian government and the Kirams, but added that Manila had assisted the Kirams in establishing contact with the Malaysian authorities, naming the Malaysian Armed Forces General Mohammad Zulkifeli as the key figure in the talks. Malaysian security forces and the Sulu gunmen are still locked in a nearly one-month standoff that has claimed the lives of over 20 individuals, including eight Malaysian police personnel. A dawn aerial attack and subsequent ground sweep yesterday by Malaysian forces have yet to prove successful, however, and Agbimuddin and his band of rebels are still believed to be on the loose and on the move. According to reports from their family members in Taguig City, Philippines, the group has no plans to lay down arms and are ready to fight to the last, believing that their struggle would be for the betterment of their clan's future.-TMI |
Aquino mahu Jamalul Kiram didakwa di Filipina dahulu sebelum diekstradisi ke Malaysia Posted: 07 Mar 2013 01:47 AM PST KUALA LUMPUR, 7 Mac — Presiden Filipina Benigno Aquino III mengatakan hari ini pentadbirannya mahu menghukum Jamalul Kiram III dan orang-orangnya di Filipina sebelum mengekstradiksi Sultan Sulu itu ke Malaysia untuk didakwa diatas pertuduhan menjadi perancang terhadap pemberontakkan bersenjata di Sabah. Saluran televisyen ABS-CBN News melaporkan presiden Filipina berkata negara tersebut tidak mempunyai perjanjian ekstradiksi dengan Malaysia tetapi terdapat mekanisme lain yang membolehkan Jamalul diekstradiksi seperti persetujuan bersama bantuan guaman di bawah ASEAN. "Dari perspektif saya.. biarkan rakyat dalam negara untuk berhadapan dengan pendakwaan yang kita akan [sediakan] terlebih dahulu kemudian kita bincang tentang perkembangan lain selepas berpuas hati dengan kehendak undang-undang kita," kata Aquino (gambar) dipetik dari laman sesawang saluran tersebut. Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman mencadangkan semalam kemungkinan untuk memohon ekstradiksi Jamalul, yang mana 200 orang askar bersenjatanya telah menceroboh Lahad Datu di Sabah semenjak 9 Febuari. "Ketua kumpulan tersebut telah membuat kenyataan yang membangkitkan kemarahan dan kebencian. Apakah Filipina mempunyai undang-undang untuk membawanya ke muka pengadilan? "Jika tidak, mungkin kita akan meminta Filipina menyerahkannya kepada kita. "Kita tidak mempunyai perjanjian ekstradiksi dengan Filipina tetapi ianya boleh dilakukan dengan semangat ASEAN," kata Anifah dipetik dari agensi berita Perancis AFP. |
Filipina kaji hantar Sultan Sulu ke Malaysia Posted: 07 Mar 2013 01:21 AM PST 7 Mac 2013 SHAH ALAM - Presiden Filipina, Benigno Aquino III berkata, kerajaannya mahu membicarakan Sultan Sulu Jamalul Kiram III dan pengikutnya di negara itu sebelum mempertimbangkan kemungkinan menghantar mereka ke Malaysia bagi menghadapi tuduhan mendalangi tindakan menceroboh Sabah awal bulan lalu. Sebahagian pengikutnya masih berada di kawasan Lahad Datu dan Semporna. "Dari perspektif saya, biar rakyat kita di sini berhadapan dengan tuduhan terlebih dahulu, kemudian kita akan bercakap berkenaan dengan perkembangan lain selepas mereka meyakinkan mengenai keperluan undang-undang," kata beliau dipetik ABN-CBS. Aquino berkata, Filipina dan Malaysia tidak ada perjanjian ekstradisi tetapi terdapat mekanisme lain yang membolehkan proses menghantar Jamalul, antaranya kemudahan perundangan bersama di bawah kerjasama Asean. Sementara itu, Setiausaha Kehakiman Filipina, Leila De Lima berkata, pihaknya sedang mengkaji kemungkinan menghantar Jamalul ke Malaysia bagi menghadapi tuduhan. Bagaimanapun menurut De Lima, keutamaan sekarang ialah menghadapi kemungkinan tuduhan yang akan difailkan di Manila kerana melanggar undang-undang Filipina. "Kami akan mengkaji (permintaan ekstradisi) tetapi keutamaan kami ialah memfailkan kes di sini," katanya dipetik Inquirer. De Lima memberitahu bahawa pihak berkuasa negara kini dalam proses mengenakan kes yang 'agak berat' ke atas Sultan Sulu itu. |
TERKINI Lahad Datu: Malaysia Tolak Gencatan Senjata, Arah Penceroboh Menyerah Posted: 07 Mar 2013 12:09 AM PST PETALING JAYA: Malaysia menolak gencatan senjata yang diisytiharkan oleh Jamalul Kiram yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid melalui 'tweet'nya, Khamis. Beliau berkata gencatan senjata itu hanya akan diterima jika semua militan menyerah tanpa syarat. "Jangan percaya dengan tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram. Demi kepentingan rakyat Sabah & seluruh rakyat Malaysia, hapuskan dulu semua militan," katanya melalui twitter. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan