Rabu, 20 Mac 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Parlimen Tak Bubar Lagi, Tapi Sudah Hampir

Posted: 20 Mar 2013 01:05 AM PDT


PMO: Khabar angin Parlimen bubar hari ini tak benar

Pejabat Perdana Menteri hari ini menafikan bahawa perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membubarkan Parlimen hari ini.

"Khabar angin yang menyatakan Parlimen akan dibubarkan hari ini, oleh Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak) tidak benar sama sekali," kenyataan pejabat berkenaan dipetik.

Kenyataan itu disiarkan di Twitter pada kira-kira jam 1 petang, selepas khabar angin berkenaan tersebar luas melalui SMS dan juga di laman sosial.

Wartawan Malaysiakini juga dihujani pertanyaan daripada pembaca yang ingin mendapat pengesahan mengenai khabar angin berhubung pembubaran parlimen itu.

Ramai pihak menjangkakan Parlimen akan dibubarkan hari ini, selepas Najib membentangkan kad laporannya berhubung Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dalam siaran langsung di kaca TV pada malam tadi.

(Tetapi) Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (pernah) pada 12 Februari 2008 menafikan akan membubarkan parlimen.

Beliau bagaimanapun secara rasminya mengumumkan parlimen dibubarkan pada tengahari, keesokan harinya. -mk

Ulasan GB

Jika tiada angin masakan pokok bergoyang...

Mungkin juga apoa yang berlaku di zaman Pak Lah dulu berulang semula.

Hari ini dinafikan parlimen bubar, tiba-tiba esoknya betul-betul bubar.

Dan esok sepatutnya DUN Johor terbubar sendiri.


Tak mengapa, lagi lambat parlimen bubar lagi merudum geraf Najib dan UMNO BN.

[VIDEO] Pakatan Mahu Najib Jawab Isu Video Keluarga Taib Mahmud

Posted: 19 Mar 2013 11:05 PM PDT


Pakatan Rakyat (PR) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab pendedahan sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa, melalui video, yang mendakwa ahli keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan rakannya berkenaan industri pembalakan di negeri itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai seorang pemimpin yang berwibawa dalam memimpin sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, adalah mustahil bagi Najib boleh berdiam diri dalam isu ini.

"Beliau mesti memberi ulasan mengapa perkara ini dibiarkan ataupun tidak mengambil beberapa tindakan segera.

"Kami berharap perdana menteri memberi respons segera mengenai perkara ini," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan PR di sini, sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Anwar mendakwa, perkara itu adalah serius memandangkan badan antarabangsa telah meneliti akaun, beberapa penyalahgunaan kuasa dan jumlah dana yang dikumpulkan oleh Taib serta keluarganya.

"Najib tidak boleh diam diri selepas beliau banyak mendiamkan diri terutamanya selepas beliau mendiamkan diri berkaitan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pencerobohan di Lahad Datu.

"Ini adalah isu yang akan membuatkan pihak pembangkang akan terus ketengahkan," katanya.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula membidas kerana Najib tidak mengotakan janji untuk menukar Ketua Menteri Sarawak selepas pilihan raya negeri 2011.

"Kegagalan Najib berbuat demikian membuktikan beliau seorang pemimpin yang gagal mengotakan janji.

"Apa yang berlaku sekarang, menunjukkan Taib lebih berkuasa daripada perdana menteri termasuk bekas perdana menteri yang pernah perintah negara selama 22 tahun," katanya. -SH


Video dakwa dedah salahguna lesen oleh keluarga Taib


Satu siasatan oleh sebuah NGO antarabangsa telah mendedahkan bukti video yang mendakwa bagaimana ahli keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan rakan perniagaan penyalahgunaan lesen pembalakan untuk memperkayakan diri mereka.

Dua sepupu Taib, ahli keluarga kepada rakan kongsi utama Taib, dan seorang peguam yang mewakili kerajaan negeri Sarawak telah dirakam dalam video, didakwa menjelaskan mekanisme untuk mengelakkan undang-undang yang sedia ada bagi memperolehi keuntungan daripada skim itu.

Video itu telah direkodkan secara tersembunyi oleh seorang penyiasat dengan Global Witness, sebuah NGO yang berpangkalan di London yang menyiasat dan berkempen menentang pencabulan hak asasi alam sekitar dan manusia.

Penyiasat itu telah dihantar ke Sarawak tahun lepas, dengan menyamar sebagai "pelabur asing" yang ingin membeli tanah untuk mengusahakan ladang kelapa sawit.

Penyiasat itu menemui Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (Recoda), badan kerajaan negeri yang mengendalikan pelaburan asing, dan terus dibawa kepada ahli-ahli tertentu keluarga Taib yang menjual sebuah syarikat yang dilesenkan untuk membalak dan membersihkan tanah untuk perladangan di Sarawak.

Lesen ini dikeluarkan oleh Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Sarawak, yang diketuai oleh Taib.

Pertemuan dengan ahli keluarga dan ejen lain syarikat itu telah dirakam secara tersembunyi oleh Global Witness dan dihasilkan menjadi filem selama 15 minit yang disiarkan di lamanwebnya. -mk
-mk




Papagomo Dedahkan Dirinya Dan Partinya "Syaitan Dikenali"

Posted: 19 Mar 2013 08:21 PM PDT


Papa Gomo pula mahu Anwar tarik balik kes

Enggan menarik balik tuduhan dan membuat permohonan maaf walaupun bakal berhadapan saman berjumlah RM100 juta, pemblog Papa Gomo sebaliknya mahu mendedahkan lebih banyak video membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi sebuah entri di blognya semalam, Papa Gomo berkata, beliau ingin mengikut jejak langkah idolanya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang enggan memohon maaf apabila menggelarkan Anwar sebagai homoseksual.

"Saya nak menyatakan bahawa saya memohon maaf kepada Datuk Seri kerana saya tidak ada pilihan lain selain daripada terus mendedahkan kegiatan tak bermoral Datuk Seri agar rakyat mengetahui kebenarannya," tulis blogger pro-Umno berkenaan.

Beliau juga memberi tempoh sama kepada Anwar iaitu 48 jam supaya pemimpin itu menarik balik saman terhadapnya jika tidak mahu lebih banyak pendedahan dibuat.

Anwar memulakan proses perundangan ekoran pendedahan gambar dan video lelaki mirip pemimpin utama pembangkang itu, semalam.

Ketua Umum PKR itu memberi masa 48 jam supaya Papa Gomo menarik balik tuduhan dan memohon maaf terhadapnya.

Namun Papa Gomo dilihat bertegas dengan pendedahannya itu.

Menurut Papa Gomo, apa yang dilakukannya hanyalah untuk menyedarkan masyarakat bahawa Anwar tidak layak menjadi pemimpin. -SH

Ulasan GB

Petikan:

"Saya nak menyatakan bahawa saya memohon maaf kepada Datuk Seri kerana saya tidak ada pilihan lain selain daripada terus mendedahkan kegiatan tak bermoral Datuk Seri agar rakyat mengetahui kebenarannya,"

Apa benda papagomo? Dedahkan kebenaran dengan mencipta video fitnah?

Ketara sangat beliau ini "syaitan dikenali" sepertimana ungkapan yang pernah dikeluarkan oleh idolanya sendiri Tun Dr Mahathir.

Tidak menghairankan sikap dajjal papagomo itu, kerana beliau mempunyai hubungan akrab dengan pemimpin UMNO (sila rujuk gambar di bawah ini) malah dengan PDRM sendiri sehinggakan sampai ketika ini polis lansung tidak bertindak ke atasnya.


GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Keengganan beliau untuk mengakui blog itu kepunyaannya bukti awal kebinasaan papagomo! Beliau TAKUT untuk mengakui blog fitnah itu miliknya kerana tahu blog itu menyajikan berita palsu dan dusta.

Sepatutnya apabila beliau sudah tidak mengakui blog itu miliknya, pihak berkuasa sudah boleh menyiasat siapa pula yang mengemaskini blog tersebut selama ini kalau bukan papagomo sendiri, dan papagomo boleh pula didakwa kerana menipu jika sebenarnya beliau yang mengemaskinikan blog tersebut. Dusta di atas dusta!

Namun, kebal macamana pun papagomo yang dilindungi oleh polis, dengan hukum kebenaran dan hukum Tuhan, kita akan menyaksikan papagomo pasti hancur binasa!

Bukan saja papagomo, sekalian blogger pencacai UMNO yang menyebarkan dan menyemarakkan budaya fitnah, lucah dan porno. Termasuklah polis yang selama ini bersikap double standard!

Sabotaj? Bangla Yang Pasang? Apa-apa Pun Ia Petanda UMNO BN Dah Nak Terlingkup!

Posted: 19 Mar 2013 05:05 PM PDT


Lokasi: Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Kuang dan Pusat Daerah Mengundi Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.

Sebagai Pusat Khidmat Masyarakat sudah pasti pusat ini sentiasa saja ada kakitangan bertugas melainkan sekadar wujud pusat tetapi tiada penghuni.

Masakan tidak nampak bagaimana bendera lambang dacing, bendera dan lambang kebanggaan dan kemegahan para penyokong, pendokong dan ahli UMNO/BN dipasang terbalik.

Atau adakah disengajakan pasang terbalik sebagai tanda yang UMNO/BN bakal terlingkup di PRU 13 nanti atau para petugas dan kakitangan Pusat Khidmat ini mengharapkan agar UMNO/BN terlingkup? -omakkau

p/s atau apakah ini kes upah Bangla pasang bendera? Di bawah ini di lokasi yang lain, iaitu di Chemor Perak, bangla diupah pasang bendera BN. Saksikan:


[GAMBAR & VIDE0] Pemberian IC Pada Warga Asing: Mahathir Pengkhianat Negara!

Posted: 19 Mar 2013 08:10 AM PDT


Rata-rata panelis forum 'Mahkamah Rakyat : Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar?' menyimpulkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad sebagai individu yang menjadi punca sehingga timbulnya krisis terbabit.

Dr Mahathir dipersalahkan kerana menjadi orang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan melalui 'Projek IC' di Sabah sejak awal tahun 80-an.

Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Hassnar Ebrahim dalam ucapannya mengakui, beliau pernah menandatangani 500 borang kosong dalam satu masa semasa menjadi Ketua Daerah Sandakan.

Terlibat dalam Projek IC tanpa sedar, Hasnar berkata borang kosong terbabit kemudiannya disahkan dan dibawa kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebelum diubah menjadi sijil kelahiran.

Katanya, semasa Sabah di bawah pemerintahan Parti Bersatu Sabah (PBS) antara 1979 sehingga 1984, tidak kurang daripada 125,000 jumlah kad pengenalan yang dikeluarkan kerajaan persekutuan kepada sebilangan besar pendatang haram.

"Gunung berapi dalam dada saya sudah mahu meletup.

"Kalau ini fitnah dakwa saya kita jumpa di mahkamah," katanya di hadapan kira-kira 1, 000 orang di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi.

Peranan Megat Junid

Beliau turut mengakui wujud pertemuan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub dengan 15 pegawai tertinggi kerajaan ketika itu termasuk Ketua Pengarah Imegresen, polis, dan Timbalan Ketua Pengarah JPN di pejabat Jabatan Perdana Menteri.

Beliau mendakwa, semasa pertemuan itu Megat Junid memberitahu mereka Dr Mahathir sendiri meluluskannya dan mahu meminta RM 2 juta untuk kos projek terbabit.

"Berikutan itu saya ditahan ISA selama 59 hari namun tidak diseksa atau dipukul," katanya yang juga pernah menjadi saksi penting kes petisyen Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas pada tahun 1999.

Sementara itu, Siti Aminah Mahmud berkata dirinya tidak sedar terlibat dalam Projek IC di Sabah ketika menjadi ahli Umno dan bertugas di Pejabat Umno Bahagian Sembulan.

Katanya, pada tahun 1990 sehingga 1995 beliau membantu mendapatkan gambar dan cap jari pendatang asing untuk dihantar ke pejabat Umno.

"Saya tak tahu di mana mereka cetak kad pengenalan…saya bantu Umno di Sabah dan menambahkan undi Melayu," katanya.

Beliau juga ditahan di bawah ISA dan disiasat selama 10 hari.

Turut hadir berucap pemimpin Sabah Datuk Kalakau Untol, ahli parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing, bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid dan sasterawan negara Tan Sri A Samad Said.

Suasana forum tersebut juga meriah dengan jualan baju, buku, termasuk produk makanan bijirin sarapan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai super hero yang laris dijual dengan harga RM15. -FMT


Beri IC pada warga asing, Mahathir pengkhianat negara – Azmin


Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan pengkhianat negara ekoran tindakannya memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing untuk menjamin kuasa politik Umno, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.

"Ini pengkhianatan kepada negara. Memberi kerakyatan kepada warga asing tanpa melalui prosedur ditetapkan.

"Mengikut kata saksi, ia bagi tujuan pilihan raya, supaya mereka mengundi BN. Ini perkara serius," kata Azmin ketika ditemui selepas forum Pasca Himpunan Kebangkitan Rakyat di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), malam tadi.

Semalam, mantan Perdana Menteri itu mengaku bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah semasa mentadbir negara.

Beliau bagaimanapun dilihat cuba mengalih pengakuannya dengan mendakwa bapa kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman melakukan perkara 'lebih teruk' dengan memberi lebih banyak kerakyatan kepada mereka yang tidak layak.

"Ini bukan soal banyak atau sikit. Isunya Mahathir mencabul kedaulatan negara, walaupun (dia) seorang, ia tetap dipanggil pengkhianatan kepada negara!" tegas Azmin.

"Pegawai yang memberi keterangan juga mengaku bahawa kemasukan dan pemberian kerakyatan oleh Mahathir tidak mengikut proses serta undang-undang yang ditetapkan," tambahnya.

Rabu lalu, dua bekas orang kanan Mahathir ketika memberi keterangan dalam siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah, mengaku memberi kewarganegaraan kepada mereka untuk menjadi pengundi.

Bekas Ketua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tamparuli, Yakup Damsah memberi keterangan dia dan beberapa orang lain menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, yang merupakan Setiausaha Politik kepada Mahathir pada masa itu untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing.

Seorang lagi saksi, bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin mengaku menerima arahan dari Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub untuk mengeluarkan resit kad pengenalan sementara (resit JPN), dengan tarikh luput kepada warga asing, semata-mata untuk tujuan pilihan raya.

Sehubungan itu, Azmin bimbang jika pemberian kad pengenalan masih diteruskan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

"Kita mahu perkara ini dihentikan. Pihak berkuasa termasuk polis, SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia), SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) serta peguam perlu mengambil tindakan, seterusnya membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan," kata Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya KEADILAN.
-KD









Najib Perlu Disiasat Dakwaan Arahkan Peguam Reka Akuan Bersumpah Palsu

Posted: 19 Mar 2013 05:25 AM PDT

Pihak berkuasa perlu menyiasat Datuk Seri Najib Razak berikutan pengakuan peguam kanan, Tan Sri Cecil Abraham berkaitan perbuatan mereka akuan bersumpah SD kedua yang palsu untuk P Balasubramaniam.

Hal itu didedah peguam mendiang Bala, Americk Singh Sidhu pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Majlis Peguam di Kuala Lumpur, 16 Mac lalu.

Peguam, N Surendran berkata, Perdana Menteri boleh disiasat mengikut Seksyen 107 Kanun Keseksaan atau Seksyen 120A Jenayah Terancang atau Seksyen 191 Pemalsuan Bukti di bawah Akta Pengakuan Bersumpah 1960.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Naib Presiden KEADILAN itu juga mendesak Najib sekurang-kurangnya memberi reaksi sama ada menafi pengakuan Cecil Abraham itu jika beliau benar-benar tidak terlibat.

"Najib perlu jawab. Kalau tidak, rakyat akan terus hilang kepercayaan, malah imej Malaysia buruk di mata dunia kerana Perdana Menteri gagal membela diri dalam kes pembunuhan.

"Polis juga perlu segera mulakan siasatan. Mahu tunggu sampai bila lagi baru hendak bertindak? Atau badan kehakiman negara cuma berfungsi untuk soal siasat rakyat bawahan?" katanya, sinis.

Peguam PI Bala kata terpaksa mungkir janji

Semasa mesyuarat agung tahunan Majlis Peguam tempoh hari, peguam Americk Sidhu membuat satu aduan serius semasa membahaskan usul untuk menubuhkan jawatankuasa bebas untuk menyiasat pengarang akuan berkanun kedua P Balasubramaniam.

Americk mendakwa beliau menemui pengarang tersebut, peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham yang memberitahunya bahawa beliau berbuat demikian atas arahan timbalan perdana menteri pada masa itu Datuk Seri Najib Razak.

Malaysiakini berusaha menghubungi Abraham sejak Deepak Jaikishan mula-mula menimbulkan dakwaan tersebut. Malaysiakini berpeluang bertemu dengan Cecil namun beliau enggan mengulas dakwaan tersebut.

Dalam ucapan itu, Americk berkata beliau mengingkari janjinya dengan Balasubramaniam untuk merahsiakan pengakuan yang didakwa dibuat oleh Abraham.

Americk berkata beliau terpaksa berbuat demikian walaupun ia melanggar hukum kerahsiaan antara beliau dan anak guamnya itu, yang meninggal dunia pada hari Jumaat lalu – sehari sebelum beliau mendedahkan perkara itu di AGM Majlis Peguam.

Sekiranya pendedahan itu tidak dibuat, beliau tidak akan dapat menghadapi kenyataan hidup, katanya.

"Saya tahu ini perlu dilakukan sebagai tanda hormat ke atas pengorbanan Balasubramaniam, yang berjuang begitu gigih dan menderita begitu banyak hanya kerana beliau percaya apa yang dilakukannya itu adalah benar," katanya.
-mk


'Najib instructed Cecil to draft Bala's SD2′

SKUALA LUMPUR: The Malaysian Bar was today told that Prime Minister Najib Tun Razak had instructed senior lawyer Cecil Abraham to prepare the second statutory declaration for former private investigator P Balasubramaniam.

Balasubramaniam's lawyer Americk Sidhu revealed this during the ongoing Malaysian Bar's annual general meeting (AGM) today, where Balasubramaniam's SD2 was one of the motions tabled to be discussed.

PKR vice president R Sivarasa tweeted: "Americk Singh Sidhu, PI Bala's lawyer reveals in Bar AGM that Cecil Abraham told him he did the 2nd SD on instructions from PM Najib."

Americk, who drafted Balasubramaniam's SD I, later confirmed the statement.

Speaking to reporters outside of the AGM's venue, Americk said he met Abraham at a restaurant near his office in Jalan Ampang two weeks ago.

He claimed that in the 30-minute conversation, Abraham apologised to him over the drafting of SD2 and admitted that it was done on the instruction of Najib.

Americk said he had promised Abraham to keep the information between themselves, but he opted to reveal it today after considering the late Balasubramaniam's quest for justice.

"Balasubramaniam has been courageous to pursue justice for a Mongolian woman. I felt it is necessary for me to carry on his quest," he said, in reference to the private investigator who passed away yesterday of a heart ailment.

Americk hoped the authorities would take Abraham's confessions into account and reopen the case.

"We have been saying Azilah Hadri and Sirul Azhar Umar (both of whom were convicted of Altantuya's murder) would not have murdered somebody they don't know.

"The question is who ordered this? Why was the chain of command not tendered out in court?" he asked.

Motion withdrawn

Americk also said the motion to discuss Bala's SD2 was withdrawn because delegates felt it was technically wrong for the AGM to direct the Bar to set up an independent investigation committee.

He also said the motion was also arguably redundant because the Bar began its probe into the case since last December.

Fadiah Nadwa Fikri, one of the proposers of the motion, told FMT that she might lodge a police report against Abraham for criminal offence for covering up a murder.

Balasubramaniam, in his second SD announced on July 4, 2008 retracted all his shocking allegations linking Najib to the murder of Mongolian national Altantuya Shaariibuu.

This came a day after he published his first statutory declaration, in which he claimed Najib and aide Abdul Razak Baginda had an intimate relationship with Altantuya.

In the first SD, Bala claimed that he was hired by Abdul Razak to deal with Altantuya's harassment of the duo and Najib had direct involvement in the murder of the Mongolian national.

Carpet trader Deepak Jaikishan first revealed that a "Tan Sri" lawyer and his son had been involved in the preparation of the second SD in an interview with PAS organ Harakah in December, 2012.

There had been much speculation over the identity of the "Tan Sri" lawyer ever since.

Meanwhile, Puchong MP Gobind Singh Deo, said Najib should respond to the allegation by Americk Sidhu that the second SD was prepared on his instructions.

"The Bar Council should also tell us why there has been a delay in the probe into this complaint. The Bar Council is unusually slow in its probe of this matter," said Gobind.
-FMT

Tiada ulasan: