. |
Kisah Sebenar Lahad Datu Terdedah Posted: 19 Mar 2013 08:46 PM PDT UALSAN LAPORAN Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pimpinan Badrul Hisham Sharin atau Cikgu Bard dengan kerjasama Angakatan Perubahan Sabah (APS) telah mengadakan majlis dinamakan Mahkamah Rakyat: Isu Sebenar Lahad Datu - Siapa Pengkianat Sebenar pada malam Isnin lalu telah merumuskan lima perkara berhubung isu yang berlaku di Sabah hari ini. Lima perkara itu ialah;
Program dikendalikan secara 3 segmentasi - Segmentasi suara anak muda telah menampilkan Boby (Penyelaras SAMM Sabah), Freed (wakili suara anak muda Sabah) dan Sani Hamzah (Pengarah Pilihanraya DPPP selaku mewakili suara anak muda Semenanjung). Segmentasi kedua menampilkan Hasnar dan Siti Aminah yang kedua–duanya bekas tahanan ISA. Hasnar dan Siti Aminah terlibat dalam projek kad pengenalan di bawah Dr.Mahathir yang mengadaikan kedaulatan dengan memberi warganegara secara mudah hanya untuk meraihkan kemenangan parti komponen BN. Malah Hasnar secara jelas menyebut beliau bukan sahaja terlibat dalam projek Kad Pengenalan ketika menjadi Pegawai Daerah Sandakan tetapi apabila parti Berjaya (komponen BN) tewas kepada PBS, beliau telah terlibat sebagai antara yang menimbulkan huru hara di Sabah. Rusuhan yang dikenali sebagai 'silent riot' itu sememangnya dicipta BN dengan perlindungan anggota keselamatan, agensi kerajaan malah beliau diminta membuat kecoh sehingga menyebabkan kematian. Pendedahan mereka berdua benar–benar menyentak hadirin. Beberapa nama pimpinan besar selain Dr. Mahathir telah disebut dengan jelas sebagai pemimpin yang terlibat dalam projek IC Dr.M. Segmentasi ketiga dimulakan dengan pidato Janeral (B) Dato' Ghafir yang menimbulkan persoalan penting mengenai kelemahan pemimpin politik dan mengganggu operasi di Lahad Datu. Dua wakil APS Sabah iaitu Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing dan Datuk Kalakau Untul menegaskan betapa rakyat Sabah sengsara kerana projek IC dan sebahagian besar punca malasah di Sabah adalah angkara Dr. Mahathir. Penduduk asal Sabah mahu terus kekal bersama Malaysia dan itu bukan pertikaianya. Majoriti warga Sabah sudah tidak sabar menanti PRU untuk melakukan perubahan bersama PR dan mereka menyebut dengan jelas Sabah akan bersama menabalkan Anwar sebagai bakal PM Malaysia. [wm.kl.11:43 am 20/03/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan