MIMPI SENJA |
- EKSKLUSIF: Cerita Ngeri Ketua Kampung Kutip Mayat Pengganas Sulu
- Projek IC : Mahathir pembohong besar - Bekas DO Sandakan
- Lahad Datu: DSAI Puji Pasukan Keselamatan Negara
- [Video] Jawapan Taib Mahmud terhadap pendedahan Global Witness
- Mahathir yang tidak pernah bertanggungjawab
- Plot Membunuh Kiram
- DSAI saman Papa Gomo rm100 juta
- Lahad Datu - Empat pertempuran berlaku semalam
- Operasi Menggeledah Di Tanjung Batu Akan Selesai Hari Ini - Hamza
EKSKLUSIF: Cerita Ngeri Ketua Kampung Kutip Mayat Pengganas Sulu Posted: 19 Mar 2013 06:15 PM PDT
PERISTIWA enam pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia dibunuh dan diseksa di Kampung Simunul, Semporna, Sabah pada 2 Maclalu tidak mungkin dapat dilupakan oleh seluruh rakyat di negara ini. Dalam kejadian itu, tiga pengganas militan Sulu juga berjaya ditembak mati. Namun, disebabkan faktor keselamatan, tiga mayat pengganas tersebut tidak dapat dikeluarkan dalam insiden tersebut. Memandangkan ia terbiar agak lama, mayat-mayat ketiga-tiga pengganas itu mula membusuk hingga meresahkan penduduk di kampung berkenaan. Perkara tersebut kemudian disampaikan kepada ketua kampung, Ramlee Saraman. Walaupun marah dengan pengganas yang terbunuh itu, namun Ramlee sedar sebagai orang Islam, mayat itu harus disempurnakan seperti yang dituntut syarak. " Memang saya marah dengan yang mati itu, tetapi saya kena rasional dan tak boleh terikut-ikut dengan emosi…yang mati itu seagama dengan saya, saya tak boleh biarkan ia terus di situ, mayat mereka mesti diuruskan, bab dosa dan pahala mereka adalah urusan Allah. " Lagipun saya faham benar keluh resah penduduk, bayangkan anak-anak mereka menggunakan laluan yang sama untuk ke sekolah, trauma mereka jadinya nanti. " Bab bau jangan ceritalah, bukan seorang, tetapi tiga!," katanya ketika ditemui wartawan Mynewshub.my di sini semalam. Ramlee bersyukur kerana pihak keselamatan memahami keresahan beliau dan penduduk kampung. Malah, katanya, Ketua Polis Daerah sendiri bersedia menawarkan perlindungan keselamatan kepada beliau dan penduduk kampung sekiranya mereka mengambil keputusan untuk menguruskan mayat-mayat itu. Menurut Ramlee, beliau kemudiannya bermesyuarat dengan penduduk kampung terutama pihak surau untuk mengangkat mayat-mayat itu dari lokasi kejadian. Tetapi, katanya, seperti mana pasukan keselamatan, beliau dan penduduk kampung juga merasai kebimbangan yang sama, terutama memikirkan 'perangkap' yang mungkin dibuat oleh pengganas -pengganas Sulu yang lain ketika kerja mengangkat mayat itu dilakukan. Apatah lagi, katanya, bila mengenangkan kemungkinan ada 'pengkhianat' di situ yang mungkin hendak membalas dendam terhadap kematian rakan-rakan mereka. " Saya akhirnya nekad, dengan airmata yang berlinang, saya merayu kepada mereka yang ada di situ agar memberikan kerjasama dan tidak melakukan apa-apa kepada kami yang hendak mengangkat mayat yang terbujur kaku itu. " Saya kata pada mereka, sebagai orang Islam, adalah menjadi tuntutan kita semua untuk menyelesaikan urusan kematian pengganas-pengganas Sulu ini, kita tidak boleh membiarkan kehadiran mayat-mayat itu menganggu kehidupan kita di kampung ini, " katanya. Ketika diminta menceritakan proses mengeluarkan mayat-mayat itu, Ramlee berkata, hanya Allah yang tahu betapa sukarnya mereka untuk berbuat demikian. Menurutnya, kerja-kerja itu mungkin nampak mudah tetapi keadaan mayat yang mula membusuk telah merumitkan keadaan. Tambahnya, mereka bimbang sekiranya ia tidak dilakukan secara berhati-hati, akan ada anggota tubuh pengganas ini yang akan 'lerai' kerana ia sudah membengkak. " Selepas mayat itu kami angkat, kami letakkannya di simpang jalan…lalu saya hubungi pihak berkuasa yang kemudiannya membawa mayat-mayat itu ke hospital. " Saya sempat melihat wajah-wajah mereka, ternyata ia bukan penduduk kampung ini, malah tiada siapa pun mengenali mereka kecuali mayat yang dalam sampan itu, ada penduduk mendakwa pernah melihat dia solat Jumaat di kawasan berhampiran, entah betul entahkan tidak," katanya. Dalam pertemuan kami itu, Ramlee turut meminta semua pihak agar tidak terus melabelkan kampungnya sebagai 'kawasan hitam' hanya kerana berlakunya insiden tersebut. Katanya, beliau sedih kerana banyak pihak mula melabelkan kampung mereka sebagai sarang pengganas dan sebagainya. Jelasnya, insiden tersebut adalah satu perbuatan yang tidak dapat dimaafkan tetapi tidak adil untuk menghukum semua yang ada di situ. " Kampung ini banyak sejarahnya, ia telah mula dibuka sejak tahun 1939 dan sejak itu, kami semua hidup dalam aman dan harmoni. " Benar, ada penduduk yang datang secara haram tetapi perkara begini bukan hanya berlaku di kampung ini…tetapi apa boleh buat, hidup mesti diteruskan. " Mengenai pandangan banyak pihak yang mahu kampung kami dirobohkan, saya harap kalau ia benar-benar dilaksanakan, kebajikan penghuni perlu diambil kira, kami ini kebanyakannya nelayan, sebab itu rumah kami dibuat di tepi laut…kalau ia dibuat di lokasi yang terlalu jauh, ia sudah tentu menyukarkan keadaan," jelasnya. – Mynewshub.my |
Projek IC : Mahathir pembohong besar - Bekas DO Sandakan Posted: 19 Mar 2013 08:21 AM PDT (Oleh Sidiqin Omar) KUALA LUMPUR 19 MAC: Bekas Ketua Daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim menyelar kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh pegawai kerajaan menjual kad pengenalan (IC) untuk kepentingan diri. "Dr Mahathir pembohong besar," kata Hassnar membidas kenyataan Mahathir seperti dilapor Bernama dalam program 'Bicara Minda di Papar, Sabah 17 Mac lalu. Mahathir dilaporkan berkata, rakyat Sabah tidak boleh mempersalahkan kerajaan semasa pentadbirannya kerana penyelewengan dilakukan pegawai kerajaan atas kepentingan individu. Tegas Hassnar, projek IC adalah dalam pengetahuan Mahathir yang tidak selesa dengan pentadbiran Parti Bersatu Sabah (PBS) antara tahun 1990 dengan 1994. Malah kata Hassnar, dirinya menjadi 'bahan tawaran' antara Presiden PBS, Joseph Pairin Kitingan dengan pentadbiran di Kuala Lumpur yang ketika itu berniat untuk menyertai semula Barisan Nasional. "Salah satu syarat (rundingan), Joseph minta saya dimasukkan ke dalam penjara," kata Hassnar. Tegasnya, sekiranya Dr Mahathir memikirkan bahawa projek tersebut sebagai satu kesalahan, dokumen IC tersebut perlu ditarik balik. "Tapi ada kita pernah dengar IC yang dikatakan dijual yang kononnya tidak sepatutnya dikeluarkan kepada individu yang diimport dari luar ditarik? Tidak ada!" tegas Hassnar. Beliau berkata demikian pada Forum 'Mahkamah Rakyat: Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar?' di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi. – SDQ Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47750 |
Lahad Datu: DSAI Puji Pasukan Keselamatan Negara Posted: 19 Mar 2013 07:37 AM PDT KUALA LUMPUR: Selepas 15 hari Operasi Daulat dilaksanakan bagi membanteras kumpulan pengganas di Lahad Datu, Sabah yang turut mengorbankan anggota keselamatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya memuji langkah yang dilakukan pasukan keselamatan. Ketua Pembangkang berkata pada mesyuarat khas pakatan pembangkang hari ini turut menyatakan sokongan terhadap langkah yang diambil oleh pasukan keselamatan. Bagaimanapun mesyuarat tetap mendakwa kerajaan menggunakan isu pencerobohan Lahad Datu ini untuk "meraih sokongan politik," katanya pada sidang berita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini Selasa. Anwar juga menegaskan pakatan pembangkang turut menolak sebarang tuntutan asing, termasuk Filipina, ke atas Sabah kerana negeri itu adalah milik Malaysia. Turut hadir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan veteran DAP Lim Kit Siang. -BERNAMA |
[Video] Jawapan Taib Mahmud terhadap pendedahan Global Witness Posted: 19 Mar 2013 05:52 AM PDT Video awal pendedahan Global Witness |
Mahathir yang tidak pernah bertanggungjawab Posted: 19 Mar 2013 03:41 AM PDT Mahathir yang tidak pernah bertanggungjawab — Mohd Sayuti Omar19 MAC — Usaha untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara oleh siapa juga dialu-alukan. Tanggungjawab menjaga kedaulatan negara dan keselamatan rakyat bukan saja terletak ditangan pemerintah semata-mata tetapi rakyat seluruhnya tanpa mengira kaum. Negara yang kaya, penuh dengan pembangunan tetapi kalau tidak ada sokongan rakyat akan roboh juga. Justeru sesiapa saja yang menganggap negara ini negara mereka, wajib mempertahankan kedaulatan negara sampai ke titisan darah terakhir. Mempertahankan negara sebahagian daripada cabang iman. Bagaimana pun usaha berkenaan perlulah dilakukan dengan bijak sana dan mengikut undang-undang. Rasulullah s.a.w. mengajar kita bersifat fatanah. Dalam konteks ini bukan saja dalam konteks undang-undang negara tetapi undang-undang dunia juga. Semua dunia mengiktiraf mengenai hak dan kedaulatan sesebuah negara dan bangsa. Ini sesuai dengan ajaran agama Islam bahawa semua bangsa dan agama adalah makhluk-Nya yang dijadikan penuh dengan maksud-maksud dan tujuan tertentu, dan hendak saling hormat menghormati di antara satu sama lain. Begitu juga dengan cadangan Mahathir agar melarang pembinaan rumah atas air di Sabah yang menjadi penempatan kebanyakan pendatang tanpa izin dari Filipina, bagi keselamatan negara perlu difkir secara mendalam. Apakah tindakan itu tidak termasuk dalam tindakan kezaliman? Mahathir Mohamad mencadangkan bagi mengatasi penceroboh di Sabah yang kini digelar pengganas rumah atas air itu perlu dihancurkan bagi mengelak ia dijadikan sarang pengganas. Alasan beliau kerana selagi rumah itu ada, penceroboh dan pengganas akan berlindung di situ. Beliau membela dirinya sendiri apabila ditanya kenapa tindakan itu tidak diambil semasa beliau menjadi Perdana Menteri sejak 22 tahun lalu? Seperti biasa dia menjawab masa itu tidak sesuai dan kalau dilakukan mereka akan memberontak. Jadi apakah pula alasan mengatakan masa ini sesuai? Apakah sesudah matlamat Mahathir sudah tercapai? Dan apakah kalau dilakukan hari ini mereka (pendatang Filipina) itu akan melihat begitu saja? Atau pun apakah sesudah beliau tidak menjadi perdana menteri, di mana kalau tindakan meroboh rumah atas air itu risikonya ditanggung oleh Najib Razak maka ia sesuai? Begitu perkiraan Mahathir? Kalau itulah cara Mahathir berfikir dan bertindak jelas dia seorang tidak bertanggungjawab dan jahat. Seloknya sebelum Mahathir membuat cadangan itu dia melihat kepada sumber dan mengenali faktor masalah yang berlaku sekarang ini. Beliau kena akui kesilapannya. Bukankah percambahan rumah atas air itu berlaku sejak dizamanya? Apakah alasan Mahathir sebelum itu yang memberi galakan atau tidak ada larangan meruntuhkan rumah-rumah itu? Apakah mata Mahathir baru cerah hari ini dulunya kabur? Sebenarnya banyak kesilapan Matahir lakukan yang baru disedari hari ini setelah ibarat air sudah sampai ke paras hidung. Salah satu ialah mengenai kuasa politik Melayu mengikut kawasan pilihan raya. Gara-gara politik jahat Mahathir yang tidak menambahkan kawasan pilihan raya menyebabkan kawasan Melayu berkurangan. Tetapi anihnya Mahathir masih dijulang sebagai pemimpin agung bangsa dan negara. Kepala hotak dia? Sudah pasti waktu itu ada motif kenapa dia membenarkan rumah-rumah atas air itu dibina. Mustahil penguasa tempatan (PBT) tidak menyedari akan kewujudan rumah itu ia sudah menjadi satu tradisi berdekad-dekad. Mustahil juga pihak kerajaan tidak terfikir akan implikasinya. Jangan pula sesudah madu dihisap dari "penceroboh" itu maka sempahnya dibuat begitu sahaja. Kalau hendak buang pun biarlah bertempat dan dikendali dengan betul. Kita setuju kalau ia tidak dibenarkan hatta rumah yang ada dirobohkan, tetapi kerajaan harus melakukan dengan cermat dan penuh perikemanusiaan. Bukan semua rumah atas air itu menjadi sarang dan kloni perlindungan pengganas. Mereka harus dibela dan dipertahankan. Sebelum roboh satu kaedah atau program 'mendaratkan' mereka perlu diadakan. Kerajaan Sabah kena kenal pasti kawasan khas untuk menempatkan mereka. Dalam masa sama kerajaan Sabah dan Persekutuan juga kena pastikan kemasukan pendatang tanpa izin yang ada diperalatkan pengganas itu dipantau dan dikawal serapi mungkin. Jangan sahaja mengambil tindakan meroboh kedimaan mereka tetapi kemasukannya dibiarkan. Apa yang kita tidak mahu dengar dunia akan menuduh Malaysia akan melakukan kezaliman manusia dengan tindakan emosi Mahathir itu. Cerita pengusiran mereka sesuatu yang menakutkan. Biarlah bangsa bersatu tidak memuji kita tetapi jangan sampai PBB mengungkitkan kebejatan kita. Apapun Mahathir kena menjawab tindakan itu dulu sebelum dia membuat cadangan itu ke atas penyelesaian kemelut perang di Lahad Datu kini. Selain itu Mahathir juga kena jawab kenapa beliau mengizinkan projek IC di Sabah. Berlakunya projek ini ia tidak boleh dinafikan. Semua orang sudah tahu bahawa pendatang tanpa izin dari Filipina mendapat kad pengenalan Malaysia. Atau pun kad pengenalan yang diberikan itu palsu? Kalau palsu Mahathir sekali lagi harus disabitkan kesalahan menipu. Saya sendiri melihat dengan mata kepala saya sendiri macam mana orang Sulu dari Selatan Filipina memiliki kad pengenalan berkenaan. Ia juga mendakwa pernah mengundi di dua pilihan raya. Mahathir kena jawab untuk apa pemberian kad pengenalan itu. Pemegang kad pengenalan Malaysia oleh rakyat Filipina itu diberi kuasa untuk mengundi, memilih wakil rakyat negeri dan Parlimen. Status mereka sama dengan status warganegara Malaysia yang lain. Kalau yang diusir dan dihalau dari kampung kedimanan mereka atas air, tidakan itu sebagai menghalau rakyat sendiri? Jawab juga apakah pemberian itu bertujuan politik? Kita tunggu jawaban Mahathir dan hendaknya beliau tidak berkluk klik didalam hal ini. Jawablah seberani diri anda yang digelarkan dengan pelbagai nama indah dan hebat kepada anda. Jangan pula berdolak dalih dan cuba "mengetutkan" kepada orang lain. Dalam projek kad pengenalan ini beberapa orang pegawai kerajaan, imigresen, polis, pendaftr negara telah dikenakan tindakan. Ada yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Penahanan pegawai kerajaan tidak berdosa itu yang mengikut arahan orang tertentu satu kezaliman yang nyata. Ia dilakukan bagi menunjukkan projek pemberian kad pengenalan itu satu kesalahan dan bukan merupakan satu projek. Yang jelasnya mereka seakan teraniaya kerana disamping melaksana projek yang disuruh, mereka dikenakan tindakan. Wahai Mahathir, kebusukkan dan kejahatan tidak boleh diselindungkan. Ia akan terbongkar juga. Ia boleh dikawal dan ditusuk kepada umum untuk beberapa ketika saja, mungkin 10 atau 15 tahun, tetapi tidak untuk selamanya. Yakin dan percayalah kepada Yaumil Mahsyar? Kalau kita semua beriman kepada Allah s.w.t. setiap apa yang kita lakukan ini bukan saja berakhir di atas dunia ini tetapi ia juga akan dibangkit dan dikira di akhirat kelak. Saya menunggu pengakuan dan jawaban ikhlas dan benar daripada Mahathir terhadap beberapa persoalan itu. Dan kalau Mahathir enggak berani harap ada orang lain menjawab bagi pihaknya. — msomelayu.blogspot.com |
Posted: 19 Mar 2013 02:50 AM PDT MANILA, Philippines – An alleged foreign hit squad has arrived in the country to assassinate Sulu Sultan Jamalul Kiram III and his adviser Pastor "Boy" Saycon, according to sultanate spokesperson Abraham Idjirani. In a news briefing Tuesday, Idjirani disclosed that a "foreign military colonel" arrived with four "commandos" and hired three local assassins allegedly to kill Kiram and his followers. Idjirani asked the National Bureau of Investigation, the Philippine National Police and Armed Forces of the Philippines to check on their information that the hit squad stayed at the Maxim's Hotel in Pasay City. Idjirani said a lawyer, who was supposedly approached by the foreigners, told Saycon about the plot. Read more: http://globalnation.inquirer.net/69593/plot-to-assassinate-kiram-followers-bared#ixzz2NyW74l3k Follow us: @inquirerdotnet on Twitter | inquirerdotnet on Facebook |
DSAI saman Papa Gomo rm100 juta Posted: 19 Mar 2013 01:33 AM PDT 19 Mac 2013 SHAH ALAM - Susulan penyebaran gambar seorang lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama seorang lagi lelaki lain dalam aksi "mesra" penghujung minggu lalu, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu memulakan prosiding undang-undang terhadap blogger pro-Umno. Pengendali blog terkenal Papa Gomo atau nama asalnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris, didakwa menyiarkan gambar berkenaan pada 16 Mac lalu. "Laman web Papa Gomo menyiarkan gambar palsu dan tuduhan ganas terhadap Datuk Seri Anwar dalam usaha untuk mengaitkan beliau dalam satu lagi video seks yang direka," ujar Naib Presiden PKR, N. Surendran dalam satu kenyataan media hari ini. Beliau juga mendakwa gambar palsu dan video berkenaan jelas satu lagi siri serangan dan fitnah ke atas Anwar, yang juga Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, menerusi blogger yang punya hubungan rapat dengan Umno. "Tangan tersembunyi Umno itu jelas hadir di sebalik serangan terbaru menjijikkan ini," ujar beliau sambil berkata, ia adalah politik kotor yang menonjolkan keruntuhan moral musuh. Anwar menerusi surat tuntutannya menggesa blogger terkenal itu menarik balik tuduhannya, membuat permohonan maaf dalam tempoh 48 jam dan membayar ganti rugi kerosakan sebanyak RM100 juta. "Jumlah kerosakan dituntut mencerminkan hubungan rapat penulis blog dengan sokongan jelas Umno dan Umno untuknya," katanya. Anwar mendakwa gambar dan video berkenaan adalah cubaan berulang dengan taktik sama untuk menjatuhkannya. |
Lahad Datu - Empat pertempuran berlaku semalam Posted: 19 Mar 2013 12:58 AM PDT LAHAD DATU - Empat pertempuran berlaku antara pengganas dan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi menggeledah dan menjejaki musuh di kawasan Tanjung Batu, di sini semalam. Tiada kecederaan dilapor dalam empat pertempuran antara 8.05 pagi hingga 5 petang itu, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib hari ini. Beliau berkata dalam operasi semalam, pasukan keselamatan turut menahan tiga lagi individu di Sandakan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas, menjadikan jumlah tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kini 107 orang. Segala laporan siasatan telah siap dan kesemua mereka akan didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat, katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat, Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini. Hamza berkata operasi menggeledah, menjejaki musuh dan membersih kawasan kubu pengganas di Tanjung Batu dijangka selesai hari ini dan pihaknya percaya bilangan pengganas yang tinggal, kurang daripada 50 orang. Sementara itu, Ahmad Zaki berkata pasukan keselamatan turut menggunakan 12 kereta perisai berantai Adnan yang mampu bergerak dalam pelbagai bentuk muka bumi. "Kami yakin dengan tahap mobiliti, daya perlindungan dan kemampuan kereta perisai kami dalam melancarkan Operasi Daulat," katanya. Krisis pencerobohan pengganas dari Sulu sejak 12 Feb lepas mengorbankan sembilan anggota pasukan keselamatan manakala seorang anggota tentera maut dalam kemalangan jalan raya ketika menyertai konvoi Operasi Daulat. Seramai 62 pengganas ditembak mati dan 241 orang ditahan kerana memasuki zon merah kawasan operasi dan pelbagai kesalahan lain. - Bernama |
Operasi Menggeledah Di Tanjung Batu Akan Selesai Hari Ini - Hamza Posted: 19 Mar 2013 12:45 AM PDT LAHAD DATU: Pasukan keselamatan menggunakan kereta perisai jenis Adnan dalam Ops Daulat untuk mengempur saki-baki pengganas bersenjata Sulu di Kampung Tanjung Batu. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kereta tersebut mempunyai mobiliti lebih baik dan mudah digunakan. "Kita lebih bersedia sekarang dan operasi menggeledah di kawasan Tanjung Batu akan diselesaikan sepenuhnya hari ini," kata Hamza pada sidang media di sini pada Selasa. Hamza berkata tiga lagi suspek bersenjata berjaya ditahan pada Isnin menjadi jumlah tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kini 107 orang. "Mereka ditahan di Kampung Sim Sim, Sandakan," katanya. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan