Isnin, 4 Mac 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[PANAS] Siapa Arah Berita JANJI NAJIB Dipadamkan dari Portal Berita Manila Bulletin?

Posted: 04 Mar 2013 04:40 AM PST


Beberapa blog melaporkan pautan berita yang menyiarkan kenyataan Nur Misuari yang mendakwa Najib ada berjanji dengan adik Sultan Sulu sebuah penempatan di Sabah kini sudah dipadam. Portal Manila Bulletin Publishing Corporation (mb.com.ph) menyebut hal itu dalam berita yang bertajuk "Don't Harm Sultan's Men, Nur Warns Malaysia" pada 21 Febuari lalu.

 Berita itu melaporkan Nur Misuari mendapat tahu adik Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram dijanjikan sebuah penempatan  di Sabah. Nur Misuari juga mendakwa Agbimuddin Kiram ke Sabah kerana tidak sabar untuk menuntut janji itu dan beliau meminta perkara ini diselesaikan secara aman.

Menurut blog Ekeleh berita panas tersebut  telah dipadam oleh mb.com.ph. Hanya paparan di bawah disiarkan apabila kita cuba mengakses berita tersebut. 



Pautan berita: http://www.mb.com.ph/articles/394999/don-t-harm-sultan-s-men-nur-warns-malaysia#.UTPmnDdmzl5

Siapa yang mengarahkan portal itu memadamkan berita tersebut?

Walaupun sudah dipadam, paparan berita itu kini sudah tersebar secara meluas di blog dan di media sosial. Rakyat mula mempersoal kesahihan berita itu, tatkala kerajaan dan media perdana menyerang Anwar Ibrahim dengan menuduhnya sebagai dalang pencerobohan lanun Sulu di Lahad Datu.

 Setakat ini tiada respons yang diberikan oleh pihak PM. Manakala Anwar Ibrahim telah mengambil tindakan untuk menyaman Utusan dan TV3 sebanyak RM200 juta jika kedua-dua media pro-UMNO itu tidak memohon maaf dalam masa 24 jam. -DCM



[Video] Anwar Saman Utusan & TV3 RM200 Juta, Tian Chua Saman Blogger UMNO

Posted: 03 Mar 2013 10:16 PM PST



Isu Lahad Datu: Anwar mahu saman RM200 juta

[SH] PETALING JAYA - Utusan Malaysia dan TV3 bakal berhadapan dengan saman RM200 juta jika enggan membuat permohonan maaf berhubung laporan mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes warga Filipina menceroboh Lahad Datu, Sabah.

Tempoh 24 jam, yang bermula hari ini.

Anwar menuntut Utusan dan TV3 membuat permohonan maaf secara terbuka.

Beliau yang diwakili firma Daim & Gamany menggesa Utusan membuat permohonan maaf ekoran laporan pada muka hadapannya bertarikh 2 Mac dengan judul "Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?" Dan di muka 10 akhbar itu berjudul "Tiga kumpulan jadi dalang".

TV3 juga dikatakan menggunakan istilah dalang dalam mengaitkan Ketua Umum PKR itu dalam insiden tersebut.

"(Perkataan dalang) diulang berkali-kali," ujar peguam yang mewakili Anwar, Latheefa Koya.

Anwar sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya pembabitan beliau dalam insiden yang mengakibatkan dua anggota keselamatan negara terbunuh.

Laporan palsu: Tian Chua mahu saman blog pro Umno

[KD] KUALA LUMPUR 4 MAC: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua memberi amaran kepada Cybertroopers Umno supaya menghentikan laporan fitnah ke atas beliau berhubung insiden Lahad Datu atau berdepan saman.

Katanya, ia ekoran tragedi itu dimanipulasi pihak terbabit yang sengaja dibuat untuk mengancamnya, bagi menjana kebencian terhadap pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk beliau.

"Saya akan mengambil tindakan termasuk tindakan undang-undang terhadap mereka yang reka fitnah dan berniat untuk mengancam saya.

"Blog pro BN seperti Mymassa, Talk With Hand, Aloqlaloq dan Papagomosengaja melemparkan fitnah terhadap saya.

"Selain berita palsu, mereka juga mendesak pembaca terutamanya anggota polis dan askar untuk menghantar SMS maki-hamum serta panggilan bantahan kepada saya," katanya pada kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Tian berkata, laporan blog pro Umno itu jelas palsu kerana menyiarkan berita menuduh beliau kononnya menghina anggota keselamatan yang terbunuh dalam tragedi pencerobohan di Lahad Datu.

"Semalam beberapa blog pro BN menyiarkan berita palsu bahawa saya telah menghina pembunuhan anggota keselamatan kita dengan istilah 'Komando Mati Katak' di satu ceramah di Puchong.

"Ini adalah cerita yang dipalsukan dan tidak benar sama sekali. Semalam, saya tidak berada di Puchong dan tidak pernah beri ucapan menghina pengorbanan pasukan keselamatan," jelas Ahli Parlimen Batu itu.

"Sebenarnya (waktu itu) saya berada di Johor dan dalam semua ucapan, saya menyatakan keyakinan dan sokongan terhadap pasukan keselamatan dan anggota-anggotanya," kata Tian.

"Jangan percaya kepada propaganda jahat ini. Kini rakyat harus bersatu dan menyatakan setiakawan kepada anggota keselamatan, bukan memainkan taktik politik murahan untuk memburukkan parti lawan," katanya.



P/s: Langkah yang paling bijak. Tindakan saman perlu diambil kerana penulisan blog dan akhbar jelas berunsur fitnah dan boleh mempengaruhi orang ramai yang tidak mendapat maklumat alternatif.

Saman sampai terburai!




[PANAS MEMBARA] Misuari MNLF Dedah JANJI Najib kepada Adik Sultan Sulu? Baca!!!

Posted: 03 Mar 2013 04:30 PM PST



Media UMNO mendakwa Anwar dalang pencerobohan di Lahad Datu? Anwar mempelawa penceroboh Sulu? Anwar itu, Anwar ini. Menurut Presiden KeAdilan, Datuk Seri Wan Azizah, laporan media asing itu hanya menyebut pembangkang dari Sabah, tanpa menyebut nama. Baca di sini.

Anwar sudah menafikan dakwaan itu, malah akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memfitnahnya. Baca di sini.

Walau bagaimanapun laporan Manila Bulletin yang mula tersebar di laman sosial sejak malam tadi amat menggemparkan. Portal itu melaporkan pengasas Moro National Liberation Front, Nur Misuari mendakwa Najib berjanji kepada Raja Muda Agbimuddin Kiram, adik kepada Sultan Sulu yang menceroboh Lahad Datu, sebuah penempatan di Sabah. 

Benarkah dakwaan Misuari? Adakah hanya penempatan, sudah tentu mereka juga diberi kerakyatan/IC?

Oleh itu, pihak berkuasa perlu menyiasat dakwaan tersebut kerana sehingga kini 8 orang anggota polis sudah terbunuh, manakala imej negara tercalar teruk pada peringkat antarabangsa ekoran pencerobohan yang berlaku di Sabah. Perkara ini mungkin tidak berlaku jika pihak penceroboh tidak dijanjikan sesuatu atau dipelawa datang ke Sabah.

Jika benar, maka terjawablah sebab kerajaan Malaysia mengambil masa hampir sebulan untuk berunding dengan penceroboh Sulu yang mendarat di Sabah sejak 9 Februari. Mungkin...terjawablah juga sebab polis yang mengawal situasi, bukannya anggota tentera yang sepatutnya menjaga keselamatan di sempadan. Mungkin..terjawablah juga persoalan Presiden Filipina tentang kemampuan penceroboh datang ke Malaysia walaupun kos untuk berbuat demikian tinggi. Mungkin..terjawablah juga persoalan penceroboh ini datang dalam jumlah yang besar, iaitu lebih kurang 400 orang. Mungkin ...terjawablah juga ...macam-macam lagi persoalan.

SIASAT!!!-DCM




Tiada ulasan: