Rabu, 20 Mac 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Pengurus Hotel Kemaruk Seks, Pelancong Terjun dari Tingkat 3

Posted: 20 Mar 2013 08:31 AM PDT

Suspek

GAMBAR menunjukkan hotel yang didiami seorang pelancong wanita Britain yang bertindak terjun dari tingkap tingkat dua bagi mengelak dia dirogol di Agra, India semalam.AP

[Kosmo] NEW DELHI - Seorang pelancong wanita Britain bertindak nekad melompat keluar dari tingkap tingkat tiga bilik hotelnya kerana takut diperkosa pemilik hotel tersebut.

Wanita itu memberitahu polis, pemilik hotel itu cuba memecah masuk ke biliknya selepas menawarkan untuk mengurutnya.

Wanita itu memberitahu polis, pemilik hotel itu terus mengetuk pintunya dan cuba untuk membukanya selepas dia enggan menerima tawaran mengurut secara percuma daripada pemilik hotel berkenaan.

Seorang pegawai polis, Sushant Gaur berkata, mangsa cedera di kaki selepas dia bertindak terjun dari hotel tersebut.

Susulan kejadian itu, katanya, polis menahan pemilik hotel tersebut di Agra yang menempatkan Taj Mahal, antara lokasi pelancongan popular di India.

Menurutnya, setakat ini tiada dakwaan dikenakan terhadap pemilik hotel tersebut.

Insiden itu berlaku selepas seorang pelancong Switzerland dirogol bergilir-gilir pada Jumaat lalu.

Enam lelaki telah ditangkap berhubung serangan itu.


P/s: Mengikut laporan DM, pengurus hotel, Sachin Chauhan ditahan kerana didakwa cuba memperkosa pelancong tersebut. Laporan lanjut di sini.






Dilaporkan Hilang, Jumpa Sedang Ehem-ehem di Ladang Kelapa Sawit

Posted: 19 Mar 2013 11:31 PM PDT


[SH] KULIM - Polis berjaya menemui semula seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang beberapa hari lalu di  sebuah ladang kelapa sawit dekat sini, kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin.

Pelajar itu dikatakan lari dari rumah dan tinggal bersama rakannya.

Ketika ditemui, dia bersembunyi di belakang pokok kelapa sawit dan lebih mengejutkan, pelajar itu sedang melakukan hubungan seks bersama kekasihnya.

Pasangan kekasih itu bagaimanapun cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan polis.

Remaja itu dan suspek kemudiannya dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.

Siasatan mendapati, gadis berkenaan  mengenali suspek dua bulan lalu dan pernah melakukan hubungan seks lebih dari sekali.

Pada mulanya, dia dikatakan a mengajak suspek pergi berkelah bagaimanapun suspek membawanya ke ladang kelapa sawit untuk melakukan hubungan seks.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Beliau turut menasihatkan mana-mana remaja lelaki supaya tidak menjalinkan hubungan intim dan melakukan hubungan seks dengan pelajar perempuan bawah umur.

"Sekiranya mereka melakukan hubungan seks terhadap pelajar perempuan bawah umur, ia merupakan satu kesalahan serius kerana perbuatan itu diklasifikasikan sebagai rogol walaupun mangsa merelakannya.

"Suspek yang melakukan jenayah rogol, boleh dikenakan hukuman penjara dan sebatan," katanya.



[Kemas Kini] Arkib Buktikan Ketua Penceroboh Sulu Sebenarnya Rakyat Malaysia, Bekas Kakitangan Awam

Posted: 19 Mar 2013 10:23 PM PDT


[KD] KUALA LUMPUR 20 MAC: KEADILAN mendedahkan bukti secara dokumen yang menunjukkan Raja Muda Sulu, Agbimudin @ Azzimuddie Kiram yang mengetuai pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sejak bulan lalu, sebenarnya rakyat Malaysia dan pernah menjadi kakitangan awam.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, ia dibuktikan melalui dokumen 'Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah' yang diperolehi dari Jabatan Arkib Negara Sabah.

 
"Dari maklumat itu, disahkan bahawa Agbimudin tersenarai sebagai Pegawai Tadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat bermula 1 Mac 1974 dengan gaji RM610 sebulan," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.

Rafizi yang turut melampir salinan dokumen itu yang memiliki cop Arkib Negeri Sabah bertarikh 4 Oktober 1983, berkata, pendedahan itu mengesahkan hubung kait penceroboh Sulu dengan projek IC yang melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Wujudnya tokoh dari kumpulan bersenjata ini di kalangan warganegara mengesahkan keresahan rakyat betapa pemberian kerakyatan untuk tujuan politik tanpa proses sah mengancam keselamatan negara," katanya.

Sebelum ini, media sosial terutama facebook kerap memapar pelbagai gambar individu yang dikaitkan dengan Kesultanan Sulu bersama-sama pimpinan Umno BN.



P/s: Adakah Projek IC bermula lebih awal dari Zaman Tun M?



Kemas Kini:

'Sultan Sulu' Sahkan Agbimuddin Pernah Bekerja di Kudat, Nafi Ada Kewarganegaraan Malaysia

[TMI] KUALA LUMPUR, 20 Mac — Agbimuddin Kiram adalah bekas penjawat awam di pejabat daerah di Sabah, kata jurucakap Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, tetapi menafikan menerima kewarganegaraan Malaysia selepas dakwaan dari PKR.

Abraham Idjirani, setiausaha agung 'kesultanan' tersebut, memberitahu media Filipina di Manila bahawa Agbimuddin pernah bekerja selaku pembantu pegawai daerah di Kudat, menyokong kenyataan PKR pagi ini, berdasarkan pencarian dari slip gaji kerajaan Sabah dari arkib negeri.

Idjirani bagaimanapun mengatakan Agbimuddin — adik kepada Jamalul Kiram III — sebagai warga Filipina dan tidak pernah menjadi warga Malaysia seperti didakwa PKR.

"Semasa itu mereka berkata 'bigyan nyo kami ng IC, sabi ng Sabah authorities kahit hindi kayo bigyan, kayo ang may-ari ng Sabah' [berikan kami kad pengenalan, tetapi pihak berkuasa Sabah berkata jika tidak beri kad pengenalan pun, kamu memiliki Sabah juga]," kata Idjirani dalam portal beritaInterAksyon tengah hari tadi.

Beliau berkata keluarga Kiram, yang mahu menuntut semula hak mereka sejak abad ke-17 terhadap negeri utara Borneo yang kini menjadi milik Malaysia, tinggal di Sabah sejak pembunuhan beramai-ramai Jabidah 1968.Peristiwa Jabidah dilaporkan ialah pembunuhan 27 orang Islam Moro yang pada mulanya dilatih untuk misi rahsia menawan Sabah, dan dibunuh oleh tentera Filipina semasa pentadbiran Ferdinand Marcos, menurut laporan akhbar The Philippine Daily Inquirer hari ini.

Idjirani turut berkata beliau bercakap dengan Agbimuddin pagi ini di mana beliau terselamat dari terbunuh dalam pertempuran terbaru dengan pasukan keselamatan Malaysia hari ini.

"Raja Muda" yang mengetuai 200 orang puak bersenjata ke Lahad Datu sejak 9 Februari, yang kini menjadi pertempuran ganas dalam usaha mereka menuntut wilayah mereka.

Idjirani berkata beliau hanya berdoa dan tidak bersenjata apabila serangan pada 10:30 pagi tetapi dua orang militan terbunuh dalam serangan pasukan keselamatan Malaysia itu.

Jacel Kiram, yang merupakan anak perempuan Jamalul, turut dalam sidang media bersama Idjirani, yang melaporkan dua orang tersebut melindungi Agbimuddin dalam pertempuran tersebut.

"Noong nagkaroon ng encounter, close daw, masyadong malapit, nakita ng tao n'ya [Apabila serangan tersebut berlaku, ia sangat dekat] untuk membunuh Raja Muda tetapi orangnya melindunginya dalam serangan tersebut," kata Jacel dalam kenyataannya.

Idjirani berkata cuma 166 dari 235 pengikutnya yang ke Sabah bersama Agbimuddin yang tinggal dan mengulangi permintaan sultan kepada Presiden Filipina Benigno Aquino III mengambil pendirian tegas ke atas konflik Sabah dan "menangguhkan sementara kempen pilihan rayanya".


P/s: Bagaimana warga asing boleh menjawat jawatan dalam kerajaan?



Tiada ulasan: