Selasa, 19 Mac 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video] Pendedahan Skandal Didakwa Babitkan Keluarga Taib Mahmud Meletup di Youtube

Posted: 19 Mar 2013 06:41 AM PDT



Video Dakwa Dedah Salah Guna Lesen oleh Keluarga Taib


[MK] EKSKLUSIF Satu siasatan oleh sebuah NGO antarabangsa telah mendedahkan bukti video yang mendakwa bagaimana ahli keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan rakan perniagaan penyalahgunaan lesen pembalakan untuk memperkayakan diri mereka.

Dua sepupu Taib, ahli keluarga kepada rakan kongsi utama Taib, dan seorang peguam yang mewakili kerajaan negeri Sarawak telah dirakam dalam video, didakwa menjelaskan mekanisme untuk mengelakkan undang-undang yang sedia ada bagi memperolehi keuntungan daripada skim itu.


Video itu telah direkodkan secara tersembunyi oleh seorang penyiasat dengan Global Witness, sebuah NGO yang berpangkalan di London yang menyiasat dan berkempen menentang pencabulan hak asasi alam sekitar dan manusia.

Penyiasat itu telah dihantar ke Sarawak tahun lepas, dengan menyamar sebagai "pelabur asing" yang ingin membeli tanah untuk mengusahakan ladang kelapa sawit.

Penyiasat itu menemui Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (Recoda), badan kerajaan negeri yang mengendalikan pelaburan asing, dan terus dibawa kepada ahli-ahli tertentu keluarga Taib yang menjual sebuah syarikat yang dilesenkan untuk membalak dan membersihkan tanah untuk perladangan di Sarawak.

Lesen ini dikeluarkan oleh Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Sarawak, yang diketuai oleh Taib.

Pertemuan dengan ahli keluarga dan ejen lain syarikat itu telah dirakam secara tersembunyi oleh Global Witness dan dihasilkan menjadi filem selama 15 minit yang disiarkan di lamanwebnya.





Apa respons Taib Mahmud?





P/s: Tumbangkan BN dalam PRU13 nanti!



Beranikah Media Perdana Siarkan Pengakuan Pemimpin DAP Ini?

Posted: 18 Mar 2013 11:10 PM PDT



DAP tegas, tekad pelihara Melayu, Islam

[RK] SKUDAI, 19 MAC: DAP secara terbuka menyatakan tekadnya untuk bertanggungjawab memelihara hak dan kepentingan orang Melayu dan Islam negara ini.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan jujurnya bahawa DAP akan memastikan kepentingan Melayu dan Islam negara ini dipelihara lebih baik daripada apa yang dilakukan kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN).

"Ini yang kami akan lakukan jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah Kerajaan Persekutuan.

 
 
"Kami juga percaya, PAS juga akan memastikan kepentingan dan hak masyarakat bukan Islam dapat dibela dan dimajukan lebih baik daripada dasar kerajaan UMNO-BN," katanya ketika berucap di hadapan ribuan hadirin sempena sambutan ulangtahun ke-47 DAP, di sini, malam tadi.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur itu berkata, permainan jahat politik UMNO-BN semakin menjadi-jadi apabila terus-menerus memainkan sentimen kaum dan agama bagi memecah-belahkan keharmonian rakyat Malaysia.

"Ini termasuk tohmahan tidak berasas yang diulangi mereka menuduh DAP sebagai anti-Islam, anti-Melayu dan sebagainya walaupun ianya satu tohmahan kosong.

"Kepada orang Islam, UMNO tuduh jika PR menjadi kerajaan, orang Melayu dan Islam akan tertindas. Tetapi di hadapan orang bukan Islam, mereka kata sebaliknya," jelas beliau.

Malah, menurutnya, UMNO-BN kelihatan begitu terdesak apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sudah lama bersara daripada politik terpaksa campur tangan mengeluarkan kenyataan mengarut dengan menyeru rakyat Malaysia memilih 'syaitan yang dikenali' daripada 'malaikat yang tidak dikenali'.

Selain itu, Kit Siang menjelaskan, tujuan DAP memilih menyambut ulangtahun di Johor merupakan satu simbolik 'tornedo' politik kali ini akan bermula daripada selatan menuju ke utara.

"Negeri Johor sangat penting bagi Pakatan Rakyat (PR), kita mahu rakyat Johor menjadi penentu kayu ukur kejayaan PR justeru seluruh parti yang bersama PR haru bersatu-padu.

"Kali ini jika kita berjaya memenangi 14 lagi kerusi Parlimen, kita sudah berjaya menawan Putrajaya dan mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri," katanya. – Roketkini.com

Konspirasi Gay: Anwar SAMAN Papagomo

Posted: 18 Mar 2013 10:23 PM PDT



[KD] PETALING JAYA 19 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman ke atas blogger pro-Umno, Papagomo yang menyebar gambar lucah menyerupai Ketua Umum KEADILAN di rangkaian media sosial.

Peguam Anwar, N Surendran dalam kenyataan tengahari ini berkata, Anwar menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris, pemilik portal Papagomo dalam saman itu, sebagai individu bertanggungjawab menyebar gambar fitnah tersebut.

"Saya telah arah pasukan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas blogger pemfitnah yang mempunyai kaitan rapat dengan Umno," kata Anwar di twitter hari ini.

Fitnah terbaru itu disebar kira-kira seminggu selepas Azlan Md Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari membuat pengakuan betapa kes Fitnah II hanya konspirasi politik untuk memenjarakan Anwar.

Bagaimanapun, individu dalam gambar berkenaan kelihatan tegap dan terlalu muda tanpa kedutan berbanding susuk lelaki berusia 65 tahun seperti Anwar.

Ia mungkin cubaan blogger pro-Umno untuk membaiki kesilapan pada rakaman video yang direka trio Datuk T, diketuai ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay pada 2011 yang memapar individu berperut buncit.
 
 
 
P/s: Pencacai UMNO ini meratib hari-hari menyuruh orang menyamannya. Maka termakbullah sudah impiannya!
 
 
 
 
 

Wow, 5 Beradik Kongsi 1 Isteri!

Posted: 18 Mar 2013 08:09 PM PDT


[HM] New Delhi: Seorang ibu muda semalam mendedahkan dia mempunyai lima suami.
 
Lebih menarik lagi, kelima-limanya adalah adik-beradik.

Rajo Verma, 21, tinggal dalam sebuah rumah satu bilik dengan kelima-lima suaminya dan tidur bersama suami berbeza setiap malam mengikut giliran.

Suri rumah itu juga tidak tahu siapa bapa bayi lelakinya.

Rajo berkata: "Pada awalnya, ia rasa agak pelik. Dan saya tidak mempunyai suami kegemaran." Suami pertamanya, Guddu, 21, menegaskan:  "Kami semua melakukan seks dengannya tetapi saya tidak cemburu. Kami sebuah keluarga besar yang bahagia." 
 
Pasangan itu berkahwin mengikut istiadat Hindu yang diatur keluarga mereka empat tahun lalu dan dia menjadi satu-satunya suami Rajo yang sah. Tetapi adat di kampung mereka mewajibkan Rajo turut mengambil adik-beradik suaminya sebagai suami. Mereka ialah Bajju, 32, Sant Ram, 28, Gopal, 26, dan Dinesh — yang dikahwininya tahun lalu ketika pemuda itu mencecah usia 18 tahun.

Abang sulung Bajju berkata: "Saya menganggap Rajo sebagai isteri saya dan tidur bersamanya sebagaimana adik saya yang lain." Rajo memasak, mengemas dan menjaga bayinya, Jay yang berusia 18 bulan ketika semua suaminya pergi bekerja di Dehradun, utara India.
 
Foto
 
P/s: Siapalah ayah kepada bayi itu? Gila!!!
 
 
 

Tiada ulasan: