DIALOG RAKYAT |
- K’jaan sementara: Najib tak boleh guna dana k’jaan untuk kempen BN
- ‘Pasar malam Bangladesh’ bakal ulangi pencerobohan Lahad Datu
- Rais: Internet percuma mulai bulan depan
- Psy umum bersara dari Gangnam Style
- PRU13 makin dirasai, Najib harap 'kekal PM'
- Syed Hamid: SPAD teliti perkhidmatan sewa motosikal
- Pakatan mahu PM jawab isu video keluarga Taib Mahmud
- Pakatan tubuh majlis penasihat keselamatan
- Pakatan umum calon kerusi JB Sabtu ini
- ‘PM tidak berani siasat pencerobohan Sabah’
- Mahathir Yang Tidak Pernah Bertanggungjawab
- 'Tak tuntut gantirugi, tak mahu wang rakyat digunakan'
- PM: Internet percuma 30 minit pertama untuk rakyat miskin
- DAP dakwa ada 60,000 pemilih meragukan di Sabah
- Cara S'wak elak cukai, syarat pegangan saham
- Video dakwa dedah ketua menteri Sarawak, saudara mara terlibat seleweng tanah
- PKR cabar Najib kemuka calon Menteri Wanita
- Datuk Ghafir Mahu Saman Utusan Kerana Putarbelit Kenyataan "Reban Ayam"
- Fitnah Terbaru Burukkan Anwar: "Jelmaan Saiful" Kini Muncul...
- Bekas ketua pesuruhjaya SPRM mohon maaf kepada MB Selangor di mahkamah
- Anwar saman blogger RM100j terbit gambar video seks
- Shahrizat: NFCorp beli Mercedes sebagai kereta syarikat, diletakkan di rumah
- Musa Hassan sifatkan pendatang asing 'ready army', mahu dikawal
- Bekas KP SPRM minta maaf, kes saman MB Selangor selesai
- PR gesa Najib tubuh kerajaan sementara
K’jaan sementara: Najib tak boleh guna dana k’jaan untuk kempen BN Posted: 19 Mar 2013 05:41 AM PDT Oleh Aisha Geoffrey PETALING JAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diingatkan supaya tidak menyalahguna jentera dan dana kerajaan untuk kempen BN menjelang pilihan raya. Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini berikutan mandat Kerajaan Persekutuan yang diterajui BN berakhir 8 Mac lalu, genap lima tahun selepas Pilihan Raya Umum 2008 diadakan. Ekoran itu, beliau menggesa Najib bersetuju dengan penubuhan kerajaan sementara. "Najib perlu bersetuju untuk sebuah kerajaan sementara bermula hari ini sehingga mengundi," kata Anwar. Beliau berkata, jika sistem kerajaan sementara diaplikasi, Najib kehilangan status etika untuk meluluskan apa-apa projek. "Kerajaan sementara membenarkan Najib untuk mentadbir, namun tidak membolehkan beliau menetapkan dasar dan perbelanjaan baru untuk meraih undi," kata Anwar pada kenyataan dibacakan Naib Presiden, Tian Chua di ibu pejabat parti hari ini. Kenyataan itu mengambil kira lima penambahbaikan berdasarkan "Laporan Program Persidangan Antarabangsa Tentang Pilihan Raya Umum ke-13 Malaysia" anjuran Pakatan Rakyat awal bulan ini. Selain itu, Pakatan mahu tempoh berkempen yang diputuskan sekurang-kurangnya 11 hari oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini dipanjangkan kepada 21 hari. "Ini akan memberi ruang kepada setiap parti terutama parti yang memiliki keupayaan kewangan terbatas untuk memastikan mesej kempen mereka sampai kepada rakyat," kata Anwar. SPR juga dituntut agar mengarahkan media kerajaan dan arus perdana supaya memberi ruang sama rata kepada semua parti bertanding. Tambah Anwar, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Ali Hamsa perlu mengarahkan semua penjawat awam supaya mengamalkan sikap berkecuali dalam pilihan raya. "Walaupun SPR menguruskan dan merancang PRU, penjawat awam yang bertugas dengan SPR merupakan penentu kepada proses pilihan raya adil dan bersih. "Harus diingatkan gaji mereka dibayar menerusi hasil cukai dan kesetiaan mereka hanya kepada YDP Agong dan negara," jelas Anwar. "Saya juga menuntut agar SPR memberi jaminan bahawa mereka akan melaksanakan semua tugas secara profesional dan komited dalam menyempurnakan ketelusan," katanya. – NS | ||
‘Pasar malam Bangladesh’ bakal ulangi pencerobohan Lahad Datu Posted: 19 Mar 2013 05:39 AM PDT Oleh Norutul Ilham KUALA LUMPUR : Pencerobohan di Lahad Datu, Sabah patut dijadikan pengajaran supaya kerajaan tidak sewenang-wenangya memberi kad pengenalan (IC) kepada warga asing. Demikian Pengerusi KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin mengulas isu 'pasar malam Bangladesh' di kawasan Perindustrian Bukit Rambai, Melaka yang dipenuhi peniaga warga asing tersebut. "Semua ini berlaku kerana kerajaan sewenang-wenangnya membenarkan kemasukan warga asing. Disebabkan itu mereka berani berbuat apa sahaja. Kita juga tidak menolak kemungkinan mereka turut memiliki IC. "Sepatutnya kerajaan mengambil iktibar apa yang berlaku di Lahad Datu. Tidak mustahil suatu hari nanti, rakyat Bangladesh pula mendakwa tanah di kawasan itu milik mereka dan berani bertindak sesuka hati," kata Shamsul ketika dihubungi. Pasar malam Bangladesh itu terbongkar apabila Jabatan Imigresen Melaka membuat serbuan ke lokasi itu. Mereka mendapati warga asing terlibat mengadakan aktiviti perniagaan barangan keperluan termasuk sayur-sayuran. Hasil serbuan itu, pihak berkuasa tersebut berjaya menahan 50 pendatang asing tanpa izin (Pati) berusia 19 hingga 42 tahun. Ia melibatkan 17 warga Indonesia, Bangladesh (sembilan), Myanmar (lapan), Nepal (15) dan Palestin (satu). Justeru, Shamsul menggesa kerajaan tidak terlepas pandang dan bersekongkol dengan pihak tidak bertanggungjawab memberi IC kepada Pati. "Mereka akan keluar mengundi jika ada IC. Jika kita bertanggungjawab, jangan sesekali benarkan mereka pilih pentadbir negara. "KEADILAN sendiri akan membuat pemantauan untuk melihat sejauhmana warga asing itu menjalankan kehidupan mereka sama ada memiliki IC atau tidak," ujar Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu. – NS | ||
Rais: Internet percuma mulai bulan depan Posted: 19 Mar 2013 05:22 AM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Perkhidmatan internet percuma selama 30 minit sehari dijangka dilaksanakan April ini dan bakal dinikmati kira-kita lima juta rakyat Malaysia. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, mereka yang akan mendapat faedah itu, termasuk golongan yang berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 bagi setiap isi rumah atau mengikut kelayakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). "Khidmat internet akan diberi percuma kepada rakyat miskin dan pendapatan mengikut (kelayakan) skim BR1M. Percuma setengah jam pertama bagi kepentingan keluarga, diri sendiri dan perniagaan. "Ia akan melibatkan semua yang berhak menerima BR1M, kita mulakan di paras itu. Pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah bagi satu keluarga dianggap boleh menerima BR1M. Sebab itu kita akan gunakan penahapan itu untuk timbang kelayakan (untuk terima internet percuma). Kita tak akan sekat kalau ada yang lebih miskin. Kita akan buat kaji selidik yang lebih rapi," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Warga Telekom Malaysia (TM) dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Menara TM, hari ini. Najib hari ini mengumumkan perkhidmatan internet percuma bagi setengah jam pertama kepada rakyat miskin di bandar dan luar bandar, dengan butiran lanjut akan dikemukakan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Rais berkata, kementerian akan berbincang dengan syarikat-syarikat telekomunikasi supaya perkara itu dapat dilaksanakan secepat mungkin. "Kami diberitahu yang April ialah masa yang sesuai jadi kami akan cuba berusaha melaksanakannya dalam tempoh itu. Kami mungkin berdepan sedikit masalah mekanikal tapi kami harap dapat laksanakan pada April," katanya. Beliau memaklumkan program itu akan digerakkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan mesyuarat penyelarasan akan diadakan minggu depan. "Kami akan adakan perbincangan. Ia harus bergantung kepada keperluan asas seseorang itu. Kami akan gariskan perkhidmatan-perkhidmatannya serta mekanisme dan pada minggu depan diharapkan kami dapat rumuskan perkara perkara yang benar-benar jelas, terkini mengikut peraturan dan ketetapan sedia ada," katanya. Rais berkata, kementerian akan turut melihat kepada lebih 4,000 kampung tanpa wayar dan pusat-pusat internet milik TM dalam melaksanakan program berkenaan. Beliau turut menjangkakan Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur bakal menjadi lokasi pertama pelaksanaan program itu kelak. - Bernama | ||
Psy umum bersara dari Gangnam Style Posted: 19 Mar 2013 05:16 AM PDT KL TODAY Amat mengejutkan apabila penyanyi Gangnam Style, Psy dikatakan tidak akan membuat persembahan dengan menyanyikan lagu 'berhantunya' itu pada mana-mana acara selepas ini.Pengumuman tersebut dibuat oleh Psy sendiri pada konsert Festival Future Musia Asia (FMFA2013) yang berlangsung di Litar Sepang, Kuala Lumpur, pada Sabtu lalu. "Sejak Julai tahun lalu, kini hampir sembilan bulan lagu ini telah membawa saya menjelajah dan membuat persembahan di serata dunia. Lagu ini juga yang membuatkan saya mampu berdiri dihadapan anda semua. "Saya juga dah tak rasa diri saya manusia lagi, saya kuda. Jadi, saya dengan secara rasminya mengumumkan, ini persembahan Gangnam Style saya yang terakhir di sini, di Kuala Lumpur!," jelas Psy yang dipetik dari Malaysiandigest, di sini, hari ini. Tambah Psy, dia kini teruja untuk memperdengarkan kepada peminatnya mengenai single terbarunya yang akan dikeluarkan pada 13 April ini. Selain Gangnam Style, PSY turut mendendangkan lagu berjudul Champion dan Jump. Konsert yang menghimpukan kira-kira 55,000 penonton (untuk kedua-dua hari) itu turut menampilkan persembahan seperti penyanyi Pop Rita Ora, band indie British, Bloc Party, pemenang anugerah Grammy, kumpulan Fun dan ramai lagi. | ||
PRU13 makin dirasai, Najib harap 'kekal PM' Posted: 19 Mar 2013 05:12 AM PDT KUALA LUMPUR - Membayangkan Barisan Nasional (BN) berpeluang mengekalkan kuasa, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau berharap akan kekal sebagai perdana menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang akan dipanggil bila-bila masa dari sekarang. Beliau berkata demikian pada program Telekom Malaysia (TM) di Bangsar, hari ini. Najib yang juga Pengerusi BN berkata, 'mood' yang ditunjukkan oleh warga TM hari ini akan kekal dan berharap akan kembali ke menara 55 tingkat dan 310 meter itu, dengan jawatan yang sama selepas PRU13. "Mungkin dekat dengan ulang tahun ke tiga HSBB dan Unifi, sebab itu saya dapat rasa 'mood' raya, ada mood perayaan, tak lama lagi kita juga akan sambut satu lagi perayaan (PRU13). "Mungkin kita akan sambut perayaan lagi satu itu dengan 'mood' yang ditunjukkan oleh Pulau Pinang, Kedah, dan lain-lain terutamnya Kota Kinabalu, mereka begitu bersemangat. "... berkat doa dan restu semua mudah-mudahan saya datang ke TM sekali lagi (selepas PRU13) dengan jawatan yang sama," katanya. Seramai 1,200 kakitangan TM menyambut kehadiran Najib bersama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Pada program itu, Najib juga telah mengumumkan dua berita baik buat rakyat dan kakitangan TM. Antaranya termasuklah setengah jam percuma untuk penggunaan jalur lebar untuk golongan miskin yang tinggal di desa dan kota. Selain itu, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan kakitangan TM sama ada kontark, tetap dan dipinjamkan akan menerima RM500 sebagai bayaran 'one off' pada 25 Mac ini. | ||
Syed Hamid: SPAD teliti perkhidmatan sewa motosikal Posted: 19 Mar 2013 05:06 AM PDT SINAR HARIAN LANGKAWI - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) akan meneliti perkhidmatan sewa motosikal yang kini menjadi satu industri di kawasan pelancongan, terutama di sini. Pengerusinya Tan Seri Syed Hamid Albar berkata setakat ini tiada permit atau lesen dikeluarkan pihak berkuasa untuk perkhidmatan itu, sekali gus menyukarkan pihak berkuasa bertindak terhadap aduan yang dikemukakan. "Kita kena lihat apa kedudukan dia (perkhidmatan sewa motosikal). Kita kena lihat secara serius. Di sini dah jadi satu masalah (kerana ada perniagaan menyewa motosikal)," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Perkhidmatan sewa motosikal yang banyak ditawarkan di sini menjadi kegemaran pelancong asing kerana memudahkan mereka bergerak, berbanding pelancong tempatan yang memilih kereta sewa. Mengulas isu lain, Syed Hamid berkata SPAD tidak dapat memeprtimbangkan permintaan sesetengah pihak agar usia bas yang ditetapkan pada 13 tahun sekarang dilanjutkan, demi menjaga kepentingan industri pelancongan di negara ini. "Menurut undang-undang sekarang ini, had usia bas adalah 12 + 1 tahun (13 tahun) di seluruh Semenanjung. Ini kerana kita mahu bas pelancong cantik. Kalau lanjut lagi banyak masalah. Sebab itu kita tak minat untuk lanjutkan," katanya. Beliau berkata SPAD dan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) juga berhasrat untuk menyeragamkan warna teksi dan uniform pemandu teksi bagi mewujudkan keseragaman dalam perkhidmatan teksi di Langkawi. "Pengendali dan pemandu teksi pun setuju. Mesyuarat untuk itu akan diadakan April nanti. Bagi pemandu teksi, aduan terbesar ialah kadar tambang yang masih dikaji. Merka mendakwa kadar tambang dah tak bertepatan dengan peredaran masa. Harga minyak, banyak kos dah naik," katanya. Syed Hamid berkata SPAD memandang serius penguatkuasaan di Langkawi sebagai destinasi pelancongan utama negara dan sepanjang tahun lalu sebanyak 44 operasi dijalankan. "Operasi dijalankan secara berskala di seluruh pulau. Dari Oktober hingga Disember 2012 lima operasi. Tahun 2013 sehingga kini lapan operasi. Kita tangkap dua kereta 'sapu' di Jeti Kuah. Sudah dibawa ke Mahkamah Majistret Langkawi dan mereka didenda. "Pada 2011 kita ada tangkap 19 kes berkaitan pengangkutan awam. Kesalahan kereta sewa 10 kes, bas persiaran dua kes, bas sekolah satu kes, bas sewa dua kes, kereta sapu dua kes dan 'ulat' dua kes," katanya. Terdahulu, Syed Hamid merasmikan pusat khidmat pelanggan SPAD di pekarangan pekan Rabu di sini, yang dilihat sebagai satu usaha SPAD dalam menaik taraf perkhidmatan pengangkutan awam darat di pulau peranginan ini. - Bernama | ||
Pakatan mahu PM jawab isu video keluarga Taib Mahmud Posted: 19 Mar 2013 05:03 AM PDT KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab pendedahan sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa, melalui video, yang mendakwa ahli keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan rakannya berkenaan industri pembalakan di negeri itu. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai seorang pemimpin yang berwibawa dalam memimpin sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, adalah mustahil bagi Najib boleh berdiam diri dalam isu ini. "Beliau mesti memberi ulasan mengapa perkara ini dibiarkan ataupun tidak mengambil beberapa tindakan segera. "Kami berharap perdana menteri memberi respons segera mengenai perkara ini," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan PR di sini, sebentar tadi. Mengulas lanjut, Anwar mendakwa, perkara itu adalah serius memandangkan badan antarabangsa telah meneliti akaun, beberapa penyalahgunaan kuasa dan jumlah dana yang dikumpulkan oleh Taib serta keluarganya. "Najib tidak boleh diam diri selepas beliau banyak mendiamkan diri terutamanya selepas beliau mendiamkan diri berkaitan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pencerobohan di Lahad Datu. "Ini adalah isu yang akan membuatkan pihak pembangkang akan terus ketengahkan," katanya. Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula membidas kerana Najib tidak mengotakan janji untuk menukar Ketua Menteri Sarawak selepas pilihan raya negeri 2011. "Kegagalan Najib berbuat demikian membuktikan beliau seorang pemimpin yang gagal mengotakan janji. "Apa yang berlaku sekarang, menunjukkan Taib lebih berkuasa daripada perdana menteri termasuk bekas perdana menteri yang pernah perintah negara selama 22 tahun," katanya | ||
Pakatan tubuh majlis penasihat keselamatan Posted: 19 Mar 2013 05:01 AM PDT KUALA LUMPUR - Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) hari ini memutuskan untuk menubuhkan majlis penasihat keselamatan pihaknya atas alasan isu keselamatan adalah penting susulan perkembangan di Lahad Datu, Sabah. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beberapa bekas jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama bekas pegawai kanan polis yang kini bersama Pakatan Rakyat (PR) akan memainkan peranan untuk memberi pandangan dan nasihat. "Jeneral-jeneral terbabit sudah mengemukakan mengapa masih terdapat kelemahan dari segi tindakan kawalan membabitkan kawasan di Sabah berhubung isu pencerobohan pengikut Sultan Sulu. "Persoalan-persoalan ini yang mesti dijawab. "Sebaliknya, yang dibuat oleh pimpinan Umno hanyalah menggunakan isu ini untuk politik domestik dan membuat tohmahan serta menunding," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan PR di sini, hari ini. Hadir sama, Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. | ||
Pakatan umum calon kerusi JB Sabtu ini Posted: 19 Mar 2013 04:56 AM PDT PASIR GUDANG – Pakatan Rakyat (PR) akan membuat pengumuman penting - calon yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Johor Bahru pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Sabtu ini. Malam tadi, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah - beralih dari Ipoh Timur, Perak. Menurutnya, pengumuman penting itu akan dibuat oleh beliau ketika ceramah di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru. "Malam ini saya dah umumkan Lim Kit Siang akan bertanding di Gelang Patah, pada malam itu nanti, saya akan membuat pengumuman penting mengenai calon baru Pakatan Rakyat di Johor Bahru. "Sekarang masa yang sesuai kerana kemungkinan besar pembubaran (Parlimen) akan berlaku dalam beberapa hari lagi," katanya pada Program Ceramah Umum PR di Taman Megah Ria, di sini, semalam. Kini, kerusi Johor Bahru disandang oleh Tan Sri Shahrir Abdul Samad. Kerusi Johor Bharu merupakan kawasan kubu kuat Umno. Anwar turut mengulas mengenai manifesto PR termasuk pengurangan harga minyak, pemansuhan tol Lebuh Raya Utara Selatan dan pemansuhan Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Anwar juga membidas kenyataan kepimpinan tertinggi Umno yang membuat ramalan negara akan berdepan muflis sekiranya mengikut manifesto tidak bertanggungjawab PR. Menurutnya, hasil minyak dan kelapa sawit yang diperoleh lebih RM100 bilion setahun boleh menampung jumlah keseluruhan RM6 bilion PTPTN setahun. "Hasil minyak setahun RM80 bilion.. kelapa sawit RM70 bilion... setahun hasil minyak dan kelapa sawit RM150 bilion tak kan tak boleh nak tampung PTPTN hanya RM6 bilion setahun," katanya. Program ceramah yang dihadiri lebih kurang 3,000 orang turut dicemari insiden tidak diingini apabila sekumpulan 50 inidividu bermotosikal didakwa cuba melakukan provokasi terhadap ceramah yang sedang berlangsung. Bagaimanapun keadaan tidak berlarutan dan kembali terkawal apabila dihalang dan diarahkan bersurai oleh pihak polis yang bertugas di lokasi ceramah itu. | ||
‘PM tidak berani siasat pencerobohan Sabah’ Posted: 19 Mar 2013 03:29 AM PDT Datuk Mat Zain Ibrahim turut menuduh Peguam Negara dan Pesuruhjaya Polis Sabah sebagai bersandiwara dalam usaha mengekstradisi ketua kumpulan pengganas Sulu. PETALING JAYA: Bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berani menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kes pencerobohan Lahad Datu di Sabah kerana kepentingan politik dan kroni. "Kuasa ada di tangan Perdana Menteri dan beliau sepatutnya boleh mengisytiharkan pembentukan RCI itu serta merta, jika kerajaan yakin yang tidak ada isu yang ingin disembunyikan atau dipolitikkan. "Selain daripada menumpukan minat untuk menyiasat dalang disebalik pencerobohan tersebut,kerajaan juga wajar mengenalpasti kesilapan, kecuaian dan campurtangan pemimpin politik yang dipercayai telah menyumbang kepada tragedi berdarah pertama di-Kampung Tanduo dan disusuli di-Semporna ketika diperingkat Ops Sulu. "Setelah melebehi 70 orang dilaporkan terkorban bagi kedua-dua pihak pasukan keselamatan dan penceroboh, Najib nampaknya masih lagi teragak-agak dan tidak mempunyai keyakinan diri untuk membentuk RCI tersebut. "Beliau seolah lebih mementingkan kedudukkan politik beliau dan kroni-kroni beliau sahaja, daripada mencari punca dan kecuaian, bagaimana sebegitu ramai anggota keselamatan kita khasnya dari Pasukan Polis, bukan sahaja terkorban malahan ditawan,diseksa dengan kejam sebelum dibunuh," kata Mat Zain dalam sepucuk surat terbuka kepada Ketua Polis Negara. Tan Sri Ismail Omar. Bersandiwara Mat Zain turut menuduh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib sebagai bersandiwara dalam usaha mengekstradisi ketua kumpulan pengganas Sulu, Azzimudie atau Abgimuddin kerana Malaysia tidak pernah menandatangani perjanjian ekstradisi dengan Filipina. "Mereka berdua tidak menerangkan perkara sebenar kepada rakyat, bahawa proses mengekstradisi Jamalul dan Azzimudie Kiram itu, bukan sahaja memerlukan kerjasama erat pihak berkuasa Filipina, malahan memerlukan kelulusan daripada Manila," jelas Mat Zain. Tambahan pula Mat Zain turut menyoal peranan Patail dan Hamza untuk mengelakkan Manuel Amalilio ditahan oleh pihak berkuasa Filipina kerana menipu 15,000 rakyat Filipina dalam skim cepat kaya berjumlah RM900 juta. "Sekiranya Hamza dan Gani Patail mempunyai peranan dan terlibat secara langsung dalam "merampas" Manuel Amalilio daripada tangan pihak berkuasa Filipina, beberapa minit sebelum penjenayah yang sangat mereka kehendaki itu, menaiki pesawat ke Manila di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada 26 Januari lalu maka apakah kerjasama yang Gani Patail dan Hamza Taib boleh harapkan dari Manila, untuk mengekstradisi Jamalul dan Azzimudie pula? Setiausaha Dalam Negeri Filipina,Mr.Mar Roxas telah dilaporkan sebagai menuduh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman campur tangan dalam menghalang saudara bau bacangnya, Manuel Amalilio daripada dibawa balik ke Filipina pada saat-saat akhir. Mat Zain membuat spekulasi bahawa keengganan Malaysia untuk menghantar Manuel ialah antara sebab yang akan menyebabkan usaha ekstradisi kumpulan Sulu akan gagal. Apa kaitan dengan Manuel Amalilio? "Persoalannya ialah apakah kaitannya proses ekstradisi Manuel Amalilio dengan pencerobohan bersentaja pengikut Jamalul Kiram di Lahad Datu, sehingga menyebabkan Manila membatalkan proses membawa Amalilio balik ke Filipina? Jika ia tidak ada kaitan,mengapa pula Setiausaha Jabatan Keadilan Filipina Leila de Lima berkata sedemikian? "Perlu diingatkan bahawa Leila de Lima membuat kenyataan tersebut hanya beberapa hari sahaja selepas Gani Patail mengumumkan di Putrajaya akan meneliti proses ekstradisi keatas Jamalul Kiram. Pada 13 Mac Leila menyatakan usaha ekstradisi Manuel dibatalkan ekoran konflik di Sabah. Seterusnya Mat Zain turut menyifatkan kelemahan tentera Malaysia yang menjaga sempadan dan kenyataan menteri yang mengelirukan menyebabkan krisis di Lahad Datu berterusan. Sebagai contoh beliau memetik kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 16 Februari dan Ketua Menteri Sabah Musa. Hishammuddin dilaporkan berkata: "Kesemua ahli kumpulan bersenjata dari Filipina yang telah mendarat di Lahad Datu,Sabah, akan dihantar pulang ke negara asal mereka seberapa cepat yang mungkin. Berdasarkan daripada sumber inteligen, mereka bukan terdiri daripada kumpulan militen atau pengganas. Mereka merupakan penyokong Kesultanan Sulu dan beliau berharap dan berdoa mereka dapat diusir keluar segera". Musa pula dilaporkan berkata: "Kerajaan telah selesai mengadakan perbincangan (dengan penceroboh)dan mereka akan dihantar pulang ke negara asal." Menurut Mat Zain kenyataan sebegini telah mengelirukan tahap kewaspadaan pihak keselamatan dan menyebabkan Sabah dibolosi pengganas. Setelah melebehi 70 orang dilaporkan terkorban bagi kedua-dua pihak pasukan keselamatan dan penceroboh sejak mereka menceroboh Sabah 12 Februari lalu. Turut baca: Taktik gerila tidak berkesan di Malaysia | ||
Mahathir Yang Tidak Pernah Bertanggungjawab Posted: 19 Mar 2013 03:22 AM PDT MSO Usaha untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara oleh siapa juga dialu-alukan. Tanggungjawab menjaga kedaulatan negara dan keselamatan rakyat bukan saja terletak ditangan pemerintah semata-mata tetapi rakyat seluruhnya tanpa mengira kaum. Negara yang kaya, penuh dengan pembangunan tetapi kalau tidak ada sokongan rakyat akan roboh juga.
Bagaimana pun usaha berkenaan perlulah dilakukan dengan bijak sana dan mengikut undang-undang. Rasulullah s.a.w. mengajar kita bersifat fatanah. Dalam konteks ini bukan saja dalam konteks undang-undang negara tetapi undang-undang dunia juga. Semua dunia mengiktiraf mengenai hak dan kedaulatan sesebuah negara dan bangsa. Ini sesuai dengan ajaran agama Islam bahawa semua bangsa dan agama adalah makhluk-Nya yang dijadikan penuh dengan maksud-maksud dan tujuan tertentu, dan hendak saling hormat menghormati di antara satu sama lain. Begitu juga dengan cadangan Mahathir agar melarang pembinaan rumah atas air di Sabah yang menjadi penempatan kebanyakan pendatang tanpa izin dari Filipina, bagi keselamatan negara perlu difkir secara mendalam. Apakah tindakan itu tidak termasuk dalam tindakan kezaliman? Mahathir mencadangkan bagi mengatasi penceroboh di Sabah yang kini digelar pengganas rumah atas air itu perlu dihancurkan bagi mengelak ia dijadikan sarang pengganas. Alasan beliau kerana selagi rumah itu ada, penceroboh dan pengganas akan berlindung di situ. Beliau membela dirinya sendiri apabila ditanya kenapa tindakan itu tidak diambil semasa beliau menjadi Perdana Menteri sejak 22 tahun lalu? Seperti biasa dia menjawab masa itu tidak sesuai dan kalau dilakukan mereka akan memberontak. Jadi apakah pula alasan mengatakan masa ini sesuai? Apakah sesudah matlamat Mahathir sudah tercapai? Dan apakah kalau dilakukan hari ini mereka (pendatang Filipina) itu akan melihat begitu saja. Atau pun apakah sesudah beliau tidak menjadi perdana menteri, di mana kalau tindakan meroboh rumah atas air itu risikonya ditanggung oleh Najib Razak maka ia sesuai? Begitu perkiraan Mahathir? Kalau itulah cara Mahathir berfikir dan bertindak jelas dia seorang tidak bertanggungjawab dan jahat. Seloknya sebelum Mahathir membuat cadangan itu dia melihat kepada sumber dan mengenali faktor masalah yang berlaku sekarang ini. Beliau kena akui kesilapannya. Bukankah percambahan rumah atas air itu berlaku sejak dizamanya? Apakah alasan Mahathir sebelum itu yang memberi galakan atau tidak ada larangan meruntuhkan rumah-rumah itu? Apakah mata Mahathir baru cerah hari ini dulunya kabur? Sebenarnya banyak kesilapan Matahir lakukan yang baru disedari hari ini setelah ibarat air sudah sampai ke paras hidung. Salah satu ialah mengenai kuasa politik Melayu mengikut kawasan pilihan raya. Gara-gara politik jahat Mahathir yang tidak menambahkan kawasan pilihan raya menyebabkan kawasan Melayu berkurangan. Tetapi anihnya Mahathir masih dijulang sebagai pemimpin agung bangsa dan negara. Kepala hotak dia? Sudah pasti waktu itu ada motif kenapa dia membenarkan rumah-rumah atas air itu dibina. Mustahil penguasa tempatan (PBT) tidak menyedari akan kewujudan rumah itu ia sudah menjadi satu tradisi berdekad-dekad. Mustahil juga pihak kerajaan tidak terfikir akan implikasinya. Jangan pula sesudah madu dihisap dari 'penceroboh' itu maka sempahnya dibuat begitu sahaja. Kalau hendak buang pun biarlah bertempat dan dikendali dengan betul. Kita setuju kalau ia tidak dibenarkan hatta rumah yang ada dirobohkan, tetapi kerajaan harus melakukan dengan cermat dan penuh perikemanusiaan. Bukan semua rumah atas air itu menjadi sarang dan kloni perlindungan pengganas. Mereka harus dibela dan dipertahankan. Sebelum roboh satu kaedah atau program 'mendaratkan' mereka perlu diadakan. Kerajaan Sabah kena kenal pasti kawasan khas untuk menempatkan mereka. Dalam masa sama kerajaan Sabah dan Persekutuan juga kena pastikan kemasukan pendatang tanpa izin yang ada diperalatkan pengganas itu dipantau dan dikawal serapi mungkin. Jangan sahaja mengambil tindakan meroboh kedimaan mereka tetapi kemasukannya dibiarkan. Apa yang kita tidak mahu dengar dunia akan menuduh Malaysia akan melakukan kezaliman manusia dengan tindakan emosi Mahathir itu. Cerita pengusiran mereka sesuatu yang menakutkan. Biarlah bangsa bersatu tidak memuji kita tetapi jangan sampai PBB mengungkitkan kebejatan kita. Apapun Mahathir kena menjawab tindakan itu dulu sebelum dia membuat cadangan itu ke atas penyelesaian kemelut perang di Lahad Datu kini. Selain itu Mahathir juga kena jawab kenapa beliau mengizinkan projek IC di Sabah. Berlakunya projek ini ia tidak boleh dinafikan. Semua orang sudah tahu bahawa pendatang tanpa izin dari Filipina mendapat kad pengenalan Malaysia. Atau pun kad pengenalan yang diberikan itu palsu? Kalau palsu Mahathir sekali lagi harus disabitkan kesalahan menipu. Saya sendiri melihat dengan mata kepala saya sendiri macam mana orang Sulu dari Selatan Filipina memiliki kad pengenalan berkenaan. Ia juga mendakwa pernah mengundi di dua pilihan raya. Mahathir kena jawab untuk apa pemberian kad pengenalan itu. Pemegang kad pengenalan Malaysia oleh rakyat Filipina itu diberi kuasa untuk mengundi, memilih wakil rakyat negeri dan parlimen. Status mereka sama dengan status warganegara Malaysia yang lain. Kalau yang diusir dan dihalau dari kampung kedimanan mereka atas air, tidakan itu sebagai menghalau rakyat sendiri? Jawab juga apakah pemberian itu bertujuan politik? Kita tunggu jawaban Mahathir dan hendaknya beliau tidak berkluk klik didalam hal ini. Jawablah seberani diri anda yang digelarkan dengan pelbagai nama indah dan hebat kepada anda. Jangan pula berdolak dalih dan cuba 'mengetutkan' kepada orang lain. Dalam projek kad pengenalan ini beberapa orang pegawai kerajaan, imigresen, polis, pendaftr negara telah dikenakan tindakan. Ada yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Penahanan pegawai kerajaan tidak berdosa itu yang mengikut arahan orang tertentu satu kezaliman yang nyata. Ia dilakukan bagi menunjukkan projek pemberian kad pengenalan itu satu kesalahan dan bukan merupakan satu projek. Yang jelasnya mereka seakan teraniaya kerana disamping melaksana projek yang disuruh, mereka dikenakan tindakan. Wahai Mahathir, kebusukkan dan kejahatan tidak boleh diselindungkan. Ia akan terbongkar juga. Ia boleh dikawal dan ditusuk kepada umum untuk beberapa ketika saja, mungkin 10 atau 15 tahun, tetapi tidak untuk selamanya. Yakin dan percayalah kepada Yaumil Mahsyar? Kalau kita semua beriman kepada Allah s.w.t. setiap apa yang kita lakukan ini bukan saja berakhir di atas dunia ini tetapi ia juga akan dibangkit dan dikira di akhirat kelak. Saya menunggu pengakuan dan jawaban ikhlas dan benar daripada Mahathir terhadap beberapa persoalan itu. Dan kalau Mahathir enggak berani harap ada orang lain menjawab bagi pihaknya | ||
'Tak tuntut gantirugi, tak mahu wang rakyat digunakan' Posted: 19 Mar 2013 03:18 AM PDT MALAYSIA KINI Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak mahu menuntut gantirugi dalam bentuk wang tunai dari bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan walaupun kenyataan Ahmad Said menyebabkan kerosakan reputasi yang besar kepadanya, keluarganya dan kedudukannya sebagai menteri besar Selangor. "Saya tidak mahu wang pembayar cukai digunakan bagi membayar gantirugi itu memandangkan saman terhadap Ahmad Said dibuat atas kapasiti beliau sebagai penjawat awam yang juga defendan pertama dan kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua. "Atas alasan ini juga, saya memutuskan untuk mengenakan kos yang minima ke atas kes ini," kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan hari ini. Ahmad Said memohon maaf di mahkamah terbuka, kepada menteri besar Selangor itu berhubung kenyataan yang dibuatnya pada 2009. Peguam Sankara Nair (kiri), yang mewakili Abdul Khalid berkata kerajaan dan Ahmad Said telah bersetuju untuk menyiarkan permohonan maaf itu dalam dua akhbar yang telah melaporkan kenyataan Ahmad Said itu. 'Saya memahami kedudukan Datuk Seri Ahmad Said Hamdan selaku pegawai kanan kerajaan dan menerima penjelasan beliau bahawa ketika mengeluarkan kenyataan tersebut beliau bertindak atas kapasiti sebagai Pesuruhjaya SPRM," kata Abdul Khalid dalam kenyataan itu. Menyedari hakikat ini, katanya, beliau menerima tawaran permohonan maaf secara terbuka di mahkamah serta menyiarkan teks permohonan maaf tersebut di akhbar The Star dan New Straits Times kerana dua akhbar ini telah menyiarkan kenyataan Ahmad Said yang menjadi asas kepada tuntutan samannya. "Saya berpandangan setiap rakyat di negara ini mempunyai hak untuk hidup dengan selamat dan terjamin dari segi keselamatan diri, maruah dan harga diri seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. "Hak ini hendaklah dihormati oleh setiap warga negara jika kita mahu menjadi bangsa Malaysia yang bertamadun," tegas Abdul Khalid. 1. MB S'gor terima permohonan maaf bekas ketua SPRM | ||
PM: Internet percuma 30 minit pertama untuk rakyat miskin Posted: 19 Mar 2013 03:13 AM PDT MALAYSIA KINI Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan perkhidmatan Internet percuma bagi setengah jam pertama kepada warga miskin di bandar dan luar bandar. Katanya, butiran lengkap mengenai perkara itu akan disediakan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Berucap di majlis ramah mesra warga Telekom Malaysia (TM) bersama Perdana Menteri di ibunegara, Najib turut mengumumkan hadiah sagu hati RM500 kepada warga syarikat itu. Katanya, bayaran sekali sahaja itu akan dibuat pihak pengurusan TM kepada petugas tetap, kontrak dan kakitangan yang dipinjam sebelum cuti persekolahan 25 Mac ini. "Sumbangan ini jelas menunjukkan kemakmuran negara kita dikongsi bersama. Negara ditadbir baik, negara makmur, kita kongsi. "TM diurus baik, TM berjaya, kita kongsi kejayaan dengan warga TM," katanya. Perdana menteri turut memuji kejayaan TM melaksanakan penyambungan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) kepada 1.377 juta premis berbanding sasaran 1.34 juta premis menjelang hujung tahun lepas. Katanya hubungan kerajaan dan Telekom Malaysia yang menjalankan kerjasama awam-swasta (PPP) dalam memberikan perkhidmatan jalur lebar kepada rakyat telah membawa hasil yang positif. Najib berkata semasa mencadangkan perkara itu kepada Kabinet beberapa tahun lepas, beliau melihat perkembangan per kapita negara dapat dipacu lebih hebat dengan wujudnya perkhidmatan jalur lebar. "Kajian di peringkat antarabangsa menunjukkan peningkatan 10 peratus HSBB membawa kepada satu peratus peningkatan GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar). "Bila saya cadangkan kepada Kabinet pada masa itu, saya yakin dengan kewibawaan dan profesionalisme TM. Dan jelas apa yang saya fikirkan mengenai Telekom itu kena pada tempatnya," katanya disambut tepukan gemuruh kira-kira 800 petugas TM yang hadir pada majlis yang turut diikuti secara langsung dari seluruh negara menerusi sidang video. Sambil berseloroh, Najib berkata: "Hari ini kita boleh sambut selepas hampir tiga tahun pelancaran HSBB sebab tak lama lagi kita mungkin akan sambut 'raya' satu lagi. Berkat sokongan, doa dan restu anda semua, mudah-mudahan lawatan saya yang akan datang insya-Allah atas jawatan yang sama." Di majlis itu, TM turut menyampaikan sumbangan wang tunai RM100,000 masing-masing untuk Tabung Amanah Perwira Negara dan Tabung Kebajikan PDRM atas keberanian anggota tentera dan polis yang terlibat mempertahan kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah. Turut hadir Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Pengerusi TM Datuk Seri Dr Halim Shafie, Ketua Pegawai Eksekutif TM Datuk Seri Zamzamzairani Mohd Isa serta Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi. Bernama | ||
DAP dakwa ada 60,000 pemilih meragukan di Sabah Posted: 19 Mar 2013 03:12 AM PDT Pengkaji DAP Ong Kian Ming hari ini mendakwa menemui rekod 57 orang pengundi meragukan di Kampung Labian, Lahad Datu – kawasan yang dicerobohi kumpulan bersenjata Sulu dari Filipina baru-baru ini. Beliau mengesyaki bahawa 57 nama tersebut adalah sebahagian daripada warga Filipina berketurunan Sulu yang didaftarkan secara tidak sah di bawah Projek IC. "Kita boleh lihat dalam lokaliti Kampung Tanjung Labian, yang merupakan satu daripada Kampung yang terjejas akibat pencerobohan di Lahad Datu. "Ini adalah contoh bagaimana kita dapat lihat apa yang kita buat dalam Projek IC mempunyai kesan di kemudian hari," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini. Jumlah 57 orang itu merupakan sebahagian daripada kira-kira 60,000 pemilih meragukan di Sabah dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi suku pertama tahun 2012, katanya. Beliau mendapati demikian selepas meneliti rekod pengundi bermasalah yang didedahkan dalam siasatan Suruhanjaya Diraja berhubung pendatang asing Sabah pada 16 Januari lalu. Maklumat itu, dakwa Ong, diperolehi daripada keterangan seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang mendedahkan senarai yang mengandungi 130,459 pengundi "bermasalah" dengan rekod tidak lengkap atau telah dihapuskan. "Saya teliti semua IC lama dalam senarai pertama dan kedua, dan daripada 527 pengundi (Kg Tanjung Labian), kira-kira 57 daripadanya terdiri daripada IC yang bermasalah Menurutnya lagi, 57 pemilih itu juga didaftarkan sebagai Bajau sedangkan Kampung Labian dikenali sebagai perkampungan Orang Sulu. Menurutnya, senarai 130,459 pengundi itu terbahagi kepada tiga bahagian melibatkan rekod dari tahun 1979 hingga 1996. Katanya, senarai pertama mengandungi 51,300 pemegang kad pengenalan lama dengan rekod meragukan bagi tempoh Mac 1979 sehingga Julai 1984. Senarai kedua pula mengandungi 62,500 lagi dari tahun 1984 sehingga 1988, manakala 16,699 lagi melibatkan kad pengenalan yang telah dibatalkan pada tahun 1996, katanya. Tambahnya, 20 daripada 16,669 nama yang terdapat dalam senarai kad pengenalan yang telah dihapuskan juga masih terdapat dalam daftar pemilih bagi tempoh sama. Ong berkata, Projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (Merap) yang diketuainya memeriksa senarai pertama dan kedua dan mendapati sebanyak 60,653 nama berkenaan tersenarai sebagai pemilih suku pertama tahun 2012. "Bagaimana pemilih ini boleh kekal dalam daftar pemilih sehingga suku keempat 2012 jika IC mereka telah dibatalkan pada tahun 1996. "Siapakah yang bertanggung jawab mendaftarkan semua pemilih dengan IC yang telah dibatalkan ini?," soalnya. | ||
Cara S'wak elak cukai, syarat pegangan saham Posted: 19 Mar 2013 03:10 AM PDT MALAYSIA KINI VIDEO l 16 minitEKSKLUSIF Bukan sahaja penyalahgunaan lesen pembalakan oleh keluarga dan rakan niaga ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, modus operandi haram mereka untuk mengelak daripada cukai dan syarat supaya 51 peratus daripada saham terdiri daripada pegangan tempatan turut didedahkan. Satu siasatan penyamaran yang dijalankan Global Witness, sebuah NGO berpengkalan di London yang menyiasat dan berkempen menentang pencabulan hak asasi dan dalam sekitar, merakam video secara rahsia – menunjukkan dua orang sepupu Taib serta peguamnya yang menjelaskan mekanisme tersebut. Dengan menyamar sebagai "pelabur asing" yang berminat untuk membeli tanah untuk tanaman kelapa sawit, penyiasat yang dihantar oleh Global Witness itu mengunjungi satu badan kerajaan negeri yang bertanggungjawab menangani pelaburan asing dan terus dirujuk kepada anggota keluarga Taib yang tertentu. Anggota keluarga ini berhasrat untuk menjual syarikat mereka yang diberikan lesen oleh Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Sarawak – diketuai Taib – untuk menebang balak dan membersihkan tanah untuk perladangan. Salah satu syarikat tersebut ialah Ample Agro Sdn Bhd, yang mana enam pemegang sahamnya ialah para sepupu Taib dan kesemua anak perempuan kepada bekas ketua menteri Sarawak, Tun Abdul Rahman Ya'akub (kiri). Individu berkenaan termasuk MP Tanjung Manis Datuk Norah Abdul Rahman serta Khadijah, yang juga merupakan ipar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Enam beradik tersebut mengawal syarikat RM2 tersebut melalui satu syarikat pegangan dinamakan Sateras Holdings Sdn Bhd. | ||
Video dakwa dedah ketua menteri Sarawak, saudara mara terlibat seleweng tanah Posted: 19 Mar 2013 03:02 AM PDT KUALA LUMPUR — Kumpulan aktivis antarabangsa hari ini menunjukkan bukti video yang didakwa sebagai penyelewengan tanah di Sarawak melibatkan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya, yang klip videonya disiarkan di siaran berita Al-Jazeera jam 10 pagi tadi. Dalam penyiasatan yang dirahsiakan, Global Witness (GW) dalam video tersebut menyamar untuk berunding dengan sepupu Abdul Taib dan beberapa orang untuk mendapatkan ribuan hektar tanah hutan, yang didakwa aktivis yang berpengkalan di London itu sebagai pendedahan rasuah secara sistematik di negeri terbesar Malaysia itu. "Filem tersebut membuktikan pertama kali apa yang kami syaki selama ini - satu golongan elit di sekeliling Ketua Menteri Taib menyalahgunakan secara sistematik sumber asli untuk kepentingan mereka," kata Tom Picken, wakil di Global Witness dalam kenyataan yang diedarkan hari ini. "Ini menunjukkan cara mereka lakukan dan bagaimana mereka mereka terlepas dari undang-undang." Dalam video tersebut, penyiasat GW itu menyamar menjadi pelabur luar, menunjukkan beberapa keratan video tentang perbualan dengan sepupu dan peguam Ketua Menteri Sarawak, untuk membeli tanah dengan keuntungan di mana akan menyebabkan orang asal di kawasan tersebut akan kehilangan tanah. Dalam perbualan yang dirakamkan dengan Fatimah Abdul Rahman dan Norlia Abdul Rahman, yang merupakan anak kepada bekas ketua menteri Tan Sri Abdul Rahman Ya'akub dan sepupu kepada ketua menteri — memberitahu bagaimana perniagaan berjalan di Sarawak untuk memperkayakan golongan elit. Fatimah: Ample Agro ialah milik keluarga saya, tapi milik kakak saya. Jabatan Tanah dan Ukur, mereka yang keluarkan lesen, sudah pasti mereka menerima arahan dari Ketua Menteri, tetapi saya boleh cakap dengan Ketua Menteri dengan senang. GW: Anda boleh? Fatimah: Ya. GW: Kenapa anda rasa dia bersetuju? Fatimah: Kerana dia yang beri tanah kepada kami. Dia sepupu saya [ketawa]. Maknya dan ayah saya adalah adik beradik. Dia sepupu saya jadi semuanya senang. Adik beradik tersebut berkata mereka memiliki 5,000 hektar tanah yang diberikan kepada mereka oleh Abdul Taib, dimana mereka mahu menjual syarikat mereka. Ample Agro, yang dikatakan syarikat ali baba. GW: Kamu bercadang, Ample Agro, yang merupakan syarikat kamu, untuk dijual, dan bukannya tanah tersebut. Adakah syarikat kamu memiliki tanah tersebut? Norlia: Ya, saya beli syarikat tersebut sebagai syarikat ali baba untuk membeli tanah ini. Peguamnya, Alvin Choong juga dirakam dalam video tersebut bagaimana untuk mengelak cukai hartanah. Seorang lagi peguamnya dirakam cuba menjual tanah ayah saudaranya, seorang ahli perniagaan di Sibu yang mempunyai hubungan rapat dengan Abdul Taib, yang berkata 10 peratus dari pendapatan perniagaan mestilah ke ketua menteri sebagai komisen. Dalam kenyataannya, GW mendakwa pegawai senior kerajaan dan seorang eksekutif syarikat pembalakan berkata ia adalah amalan yang standard di Sarawak kepada syarikat untuk membayar komisen kepada Abdul Taib sebagai habuan bersetuju untuk memberi lesen pembalakan atau perladangan. Peguam di London mewakili ketua menteri menafikan dakwaan tersebut, kata NGO itu dilaporkan. "Kerajaan Sarawak mengeluarkan lesen untuk tanah dengan cukup terkawal. Ini adalah sebahagian dari pentadbiran, bukannya bertujuan politik. "Klien kami tidak pernah meminta atau menerima rasuah sebagai pemberian lesen atau pajakan tanah. "Beliau tidak mengeluarkan sebarang 'arahan', yang salah untuk kepentingan sepupunya," kata Mishcon de Reya, peguam Taib. Abdul Taib, 76, menjadi ketua menteri Sarawak selama 32 tahun, memegang jawatan tersebut sejak Mac 1981. Kekayaan beliau mencetuskan banyak kontroversi, dengan banyak dakwaan beliau memperoleh kekayaan tersebut dengan cara yang melanggar undang-undang. | ||
PKR cabar Najib kemuka calon Menteri Wanita Posted: 19 Mar 2013 02:50 AM PDT Beliau berkata, walaupun kerajaan Barisan Nasional (BN) menganjurkan Hari Wanita Sedunia di Putrajaya, beliau percaya ia masih tidak dapat meningkatkan penyertaan wanita dalam kumpulan pembuat dasar. "Sebagai Ketua Wanita [Parti] Keadilan Rakyat ingin mencabar Datuk Seri Najib [Razak] selaku pemangku Menteri Wanita [Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat] untuk menamakan calon Menteri Wanita Barisan Nasional dalam pilihan raya ke 13 akan datang," kata ahli parlimen Ampang dalam kenyataannya hari ini. Menurut Zuraida, Najib yang juga perdana menteri hanyalah memangku jawatan kementerian tersebut, dan sudah tiba masanya untuk tempat itu diisi dengan calon yang sesuai. "Dan hanya ada dua sebab kenapa Datuk Seri Najib tidak menamakan calon menteri wanita, pertamanya adalah kerana tiada satu pun wanita Umno yang sesuai, kerana di kalangan mereka ramai terpalit dengan pelbagai skandal salah guna wang. "Saya percaya Perdana Menteri sendiri tidak berkeyakinan untuk menang dlm PRU13 akan datang," kata Zuraida lagi. Ahad lalu di acara sambutan Purple Walk sempena menyambut Hari Wanita Antarabangsa, Najib menyeru kepada kaum wanita untuk menjadi mata dan telinga kepada kerajaan, dan dalam acara tersebut melancarkan program komuniti wanita bagi membolehkan wanita melaporkan jenayah dan ancaman kepada keselamatan negara. Program Komuniti 1Malaysia Perwani yang mensasarkan untuk menyediakan 100,000 kumpulan Perwani seluruh Malaysia meliputi 10 ke 20 wanita setiap satu akan dihubungkan dengan persatuan seperti Persatuan Keluarga Polis (Perkep), Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat) dan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita). Walaupun kedudukan Malaysia lebih baik berbanding Thailand (66), Filipina (77) dan Indonesia (106), negara masih lagi ketinggalan jauh dengan negara jiran Singapura yang berada pada kedudukan ke-13 dalam carta pengredan negara berdasarkan tahap memperkasakan wanita, aktiviti ekonomi mereka dan kesihatan reproduktif mereka. Walaupun wanita meliputi setengah daripada 13.1 juta pengundi berdaftar Malaysia, UNDP melaporkan wanita hanya membentuk 13.2 peratus daripada ahli Parlimen yang terpilih. Penganalisis politik dan pemerhati juga berkata wanita dan pengundi muda antara kelompok pengundi yang akan menentukan parti yang bakal menang dalam Pilihan Raya 2013 tidak lama lagi. | ||
Datuk Ghafir Mahu Saman Utusan Kerana Putarbelit Kenyataan "Reban Ayam" Posted: 19 Mar 2013 02:47 AM PDT KELAB GREENBOC Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid mahu memfail saman ke atas Utusan Malaysia berikutan kenyataannya diputar belit akhbar kawalan Umno itu. Ghafir menegaskan, beliau tidak pernah menghina pasukan keselamatan dengan menyifatkan mereka tiada misi jelas sehingga perlu 'duduk di bawah rumah orang dan reban ayam'. Beliau sebaliknya berkata, kenyataannya pada 12 Mac lalu di sebuah forum di Kuala Lumpur diputar belit akhbar itu. "Apa yang saya kata sebelum ini ialah, jika tentera tidak membuat risikan dengan proper, maka tentera terpaksa cari musuh di tepi rumah orang, tepi reban ayam. "Saya menyentuh kegagalan perisikan. Utusan dah spin kenyataan saya. Saya akan saman mereka," kata Ghafir dipetik Malaysiakini. Utusan Online pada 13 Mac lalu melaporkan, Ghafir memperleceh cara polis dan tentera menangani pengganas di Sabah. Kenyataan beliau diputar dan dilaporkan sebagai: pasukan keselamatan 'hanya duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam' dan seolah-olah mendakwa pelaksanaan Ops Daulat gagal. Beliau dilapor membuat kesimpulan bahawa kegagalan risikan awal khususnya oleh tentera membuatkan pasukan keselamatan dalam keadaan terkejut menyelesaikan masalah di sana. -KD
| ||
Fitnah Terbaru Burukkan Anwar: "Jelmaan Saiful" Kini Muncul... Posted: 19 Mar 2013 02:45 AM PDT KELAB GREENBOC Fareez: Jangan ganggu hidup saya PETALING JAYA: Bekas Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang mengugut untuk mendedahkan perkara sebenar jika Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terus menggangu hidupnya. Fareez Kamal Intidzam mendakwa, sehingga hari ini beliau serta keluarga masih tidak berhenti diganggu pihak tertentu, yang dipercayainya penyokong parti dan orang suruhan Wan Azizah. "Jangan perkecilkan kemampuan saya – andai tekanan ini berterusan, saya tidak teragak-agak untuk mendedahkan punca dan sebab cemburunya beliau (Dr Wan Azizah) kepada saya. "Maka sekalian akan sedar betapa hipokrasi dan tinggi obsesi kemahuan mahu berkuasanya beliau," katanya dalam kenyataan hari ini. Fareez mendakwa, ancaman yang dihadapinya itu kerana sikap cemburu Dr Wan Azizah hubungannya dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mahu menghukumnya. Beri amaran Sehubungan itu beliau mahu gangguan tersebut dihentikan segera kerana enggan dan memberi amaran supaya keluarganya tidak lagi dilibatkan dalam hal ini. "Maka saya menggesa kepada mereka yang terlibat, yang saya percaya adalah penyokong parti dan kemungkinan orang suruhan Wan Azizah agar hentikan segala gangguan dan ancaman ini dengan segera," katanya. Beliau sekali lagi turut mendesak agar Dr Wan Azizah segera meletakkan jawatan daripada terus menerajui parti. "Malah saya yakin, ramai pimpinan dan ahli akar umbi juga sependapat dengan saya. "Namun mereka gentar untuk bersuara kerana sedar kesan akan disisih dan dikecam seperti yang dihadapi saya kini, walaupun mereka sedar ianya adalah kebenaran yang harus parti terima. -FMT Ulasan GB Ini satu "skrip pendedahan" yang amat melucukan. Entah malaon mana merencana skrip yang sedemikian rupa. Seperti permainan billiard, bertujuan untuk menyerang Anwar dengan menyerang Ketua PKR, Datin Seri Wan Azizah. "Jelmaan Saiful" ini muncul tiba-tiba, untuk mewujudkan satu kes baru tetapi beliau dan perencana konspirasinya seperti orang yang sudah terrencat akal. Ada yang mahu percayakah pendedahan ini? p/s Ada pula yang bertanya, yang ini pulak berapa hari tak berak? | ||
Bekas ketua pesuruhjaya SPRM mohon maaf kepada MB Selangor di mahkamah Posted: 19 Mar 2013 02:38 AM PDT TERKINI KUALA LUMPUR — Bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan memohon maaf kepada Tan Sri Khalid Ibrahim di atas tuduhan beliau ke atas menteri besar Selangor itu pada 2009 dalam satu siasatan rasuah."Saya, Datuk Seri Panglima Ahmad Said bin Hamdan (gambar), dengan ikhlas memohon maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim, atas kenyataan saya pada 21 Februari 2009, yang disiarkan di media," katanya membaca kenyataan maaf yang dipersetujui kedua-dua pihak semalam. "Kenyataan yang dilakukan saya ketika itu sebagai ketua SPRM, dan ini adalah respon kepada soalan apabila ditanya oleh media mengenai siasatan SPRM ke atas Abdul Khalid," katanya lagi. "Saya membuat kenyataan tersebut tanpa niat jahat untuk memburukkan reputasi, imej dan intergriti plaintif." Dua defendan dalam kes tersebut, iaitu kerajaan persekutuan dan Ahmad Said, bersetuju permohonan maaf akan disiarkan di akhbar the New Straits Times di muka hadapan dan The Star dalam masa empat hari. Khalid juga memperolehi kembali kos RM10,000 dari defendan. Peguam Khalid Sankara Nair berkata sebelum hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan bahawa kliennya "merasakan namanya sudah dibersihkan sebagai menteri besar". Persetujuan dibuat semalam untuk menyelesaikan kes saman fitnah Khalid ke atas Ahmad Said di luar mahkamah selepas cadangan dari hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan. Khalid memfailkan saman fitnah pada 27 April 2009 ke atas kenyataan Ahmad Said pada 20 Februari tahun yang sama, yang dilaporkan media, mengatakan SPRM mempunyai "bukti kukuh" ke atas penyalahgunaan wang rakyat oleh Khalid dalam membaiki kereta peribadinya dan pembelian 46 ekor lembu bagi tujuan ibadah korban bernilai RM10,400 pada Hari Raya Aidiladha pada 2008. SPRM membersihkan nama Khalid pada Februari 2010 dan beliau tidak pernah didakwa. Ahmad Said dan Khalid bersalam tangan sebelum prosiding bermula hari ini. Khalid yang ditemani isterinya dan beberapa orang penyokongnya, dan seorang daripadanya memakai baju bertulis "Kami sokong Khalid Ibrahim". Ahmad Said enggan memberi sebarang komen selepas beliau memohon maaf. | ||
Anwar saman blogger RM100j terbit gambar video seks Posted: 19 Mar 2013 02:35 AM PDT Dalam notis tuntutannya, peguam Anwar menuntut blogger berkenaan, yang nama sebenanrnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris, menarik balik dakwaan tersebut, membuat permohonan maaf dalam 48 jam bermula hari ini dan membayar RM100 juta kerugian. "Jumlah tuntutan itu dibuat kerena blogger tersebut mempunyai hubungan rapat dengan Umno dan Umno jelas melindunginya," kata peguam Anwar, Naib Presiden PKR N. Surendran dalam satu kenyataan hari ini. Sabtu lalu, www.papagomo.com telah memaparkan gambar yang menunjukkan bahagian belakang anggota badan seorang lelaki bogel, didakwa diambil daripada video sex Anwar. Laman berkenaan turut menyatakan pautan ke laman blog lain dikenali sebagai "Aksi si Raja Goyang", yang turut memaparkan 13 gambar, dipercayai diambil daripada video yang sama. Gambar berkenaan turut memaparkan seorang lelaki memeluk lelaki lain dan bercium di dalam bilik tidur. Surendran juga turut menegaskan gambar itu adalah palsu dan sebahagian daripada cubaan musuh Anwar untuk menjatuhkan imej Ketua Pembangkang ekoran pilihan raya semakin hampir. "Pemalsuan dan pengedaran gambar dan dakwaan palsu berkenaan seksual menentang Anwar telah menjadi 'trademark' politik yang dimainkan Umno danblogger," katanya. "Blogger Papa Gomo adalah terkenal untuk rapat dan hubungan sulit dengan kepimpinan Umno, termasuk Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi," katanya. Tahun lalu, Anwar telah dikaitkan dengan skandal seks yang lain berikutan pengeluaran video oleh "trio Datuk T", termasuk bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim. Anwar menafikan beliau merupakan lelaki dalam video seks dan membuat laporan polis terhadap ketiga-tiga mereka sehari selepas video itu ditayangkan kepada media. Pada 24 Jun, trio "Datuk T" mengakui untuk saringan video seks dan telah didenda RM5,500 oleh Majistret Aizatul Akmal Maharani. Shazryl Eskay dan Shuib telah bersama dituduh memaparkan kandungan video lucah secara umum manakala Rahim dituduh bersubahat dengan mereka. Dalam pembelaan mereka, mahkamah mendengar bahawa seorang pakar Amerika telah mengatakan bahawa lelaki dalam video adalah Anwar. | ||
Shahrizat: NFCorp beli Mercedes sebagai kereta syarikat, diletakkan di rumah Posted: 19 Mar 2013 02:32 AM PDT Bekas menteri Kabinet itu berkata NFCorp membeli sebuah unit kondominium di Singapura sebagai tujuan pelaburan di bawah nama keluarganya kerana undang-undang Singapura melarang pembelian NFCorp secara terus, kerana ia adalah syarikat yang baru. "Ada empat orang pengarah; mereka membeli Mercedes sebagai kereta syarikat," kata Shahrizat dalam Mahkamah Tinggi hari ini. "Satu kereta untuk empat pengarah - suami dan tiga orang anak, kami tinggal di rumah yang sama," kata ketua wanita Umno, yang membawa beg Louis Vuitton dalam mahkamah yang sesak dengan orang ramai. Shahrizat menegaskan pembelian Mercedes-Benz CLS350 itu dibeli kerana NFCorp adalah "syarikat besar" dan dilawati oleh pelawat asing. Beliau juga mengakui NFCorp memindahkan RM500,000 kepada Meatworks (Singapore) Private Limited, yang dimiliki oleh keluarganya, untuk membeli sebuah unit kondominium di Singapura bagi tujuan pelaburan. "Saya kata ini syarikat baru melabur dalam perniagaan di Singapura. "Pelaburan dibuat oleh NFCorp. Bila mereka memohon pinjaman, kerana NFCorp adalah syarikat baru, mereka menggunakan nama peribadi mereka," kata Shahrizat, merujuk kepada ahli keluarganya. | ||
Musa Hassan sifatkan pendatang asing 'ready army', mahu dikawal Posted: 18 Mar 2013 10:31 PM PDT PUCHONG - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menggesa parti politik di Malaysia melupakan seketika ideologi politik mereka dan bersatu mengutamakan keselamatan negara berhubung isu pencerobohan militan di Sabah. Katanya, perkara ini perlu menjadi fokus utama kerana tanpa perpaduan rakyat, ia boleh merosakkan negara sekali gus memudahkan lagi anasir luar masuk ke dalam negara. "Janganlah terlalu ghairah berpolitik sampai keselamatan negara diabaikan. "Pemimpin negara kita pun bergaduh sesama sendiri. Itu sebab negara kita mudah dicerobohi dan diserang," katanya, kelmarin. Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan kerajaan Filipina harus segera menangkap ketua pengganas, Azzumudie Kiram dalam usaha menamatkan kemelut di Lahad Datu. Katanya, kerajaan Filipina dan Malaysia perlu berbincang bagi mendapatkan penyelesaian terbaik berhubung isu ini. "Kerajaan perlu ambil tindakan pada mereka yang lakukan pencerobohan ini. Kita tidak mahu perkara ini dijadikan isu politik dan menjejaskan hubungan kedua-dua negara. "Malaysia dan Filipina perlu adakan perbincangan supaya rakyat tidak curiga. Jika mereka curiga, berita palsu akan mudah tersebar," katanya. Katanya, tugas menjaga keselamatan negara bukan terletak di bahu polis dan tentera saja kerana tanggungjawab itu juga berada di bahu rakyat. Dalam pada itu, beliau berharap kerajaan dapat menyekat kebanjiran pendatang asing dan segera menghantar pulang mereka yang tiada permit ke negara asal mereka. "Warga asing ini tiada ketaatan kepada kerajaan Malaysia kerana mereka hanya cari rezeki di sini dan pulang ke negara mereka bila mereka sudah ada wang. "Mereka ini seperti ready army. Negara mereka boleh menggunakan mereka bila-bila masa jika ingin menawan negara kita sebab mereka memang sudah ada di sini," katanya. | ||
Bekas KP SPRM minta maaf, kes saman MB Selangor selesai Posted: 18 Mar 2013 10:30 PM PDT KUALA LUMPUR - Kes saman fitnah yang difailkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap Datuk Seri Panglima Ahmad Said Hamdan berhubung satu kenyataan fitnah selesai selepas bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu membuat permohonan maaf secara terbuka di Mahkamah Tinggi di sini, pagi tadi. Permohonan maaf itu direkod di hadapan Hakim, Datuk Lau Bee Lan. Peguam S N Nair, yang mewakili Abdul Khalid, memaklumkan mahkamah bahawa Ahmad Said akan mengemukakan permohonan maaf secara terbuka, dan kenyataan itu akan disiarkan di muka depan akhbar New Straits Times, dan The Star selama empat hari bermula esok. Kenyataan itu berhubung penyelengaraan kereta peribadinya dan pembelian 46 ekor lembu bagi Hari Raya Aidiladha untuk kawasan Parlimen Bandar Tun Razak yang dibuat Ahmad Said pada 21 Februari 2009. Sejurus kemudian, Ahmad Said tampil di hadapan mahkamah, dan membaca kenyataan permohonan maaf tersebut. Dalam kenyataan permohonan maaf itu, Ahmad Said menyatakan bahawa kenyataan berkenaan dibuat atas kapasiti beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada masa tersebut. Beliau menyebut bahawa kenyataan itu dibuat bagi menjawab soalan wartawan berkaitan perkembangan hasil siasatan SPRM terhadap Abdul Khalid. "Kenyataan tersebut juga telah dibuat sebelum kertas siasatan tersebut dirujuk dan diputuskan oleh Peguam Negara," katanya. Dalam permohonan maaf itu juga, Ahmad Said menyatakan bahawa kenyataan itu dibuat tanpa sebarang niat jahat dan tanpa niat untuk menjatuhkan reputasi, imej, dan integriti Menteri Besar Selangor itu. Sementara itu, Abdul Khalid ketika ditemui media di luar mahkamah berkata, beliau bersetuju untuk menerima permohonan maaf secara terbuka kerana memahami Ahmad Said bertindak demikian atas kapasitinya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu. | ||
PR gesa Najib tubuh kerajaan sementara Posted: 18 Mar 2013 10:27 PM PDT PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) mendesak atas nama keadilan agar Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengambil kira lima penambahbaikan berdasarkan laporan persidangan antarabangsa berkaitan pilihan raya anjuran pihaknnya awal bulan ini. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penambahbaikan itu antaranya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju dengan penubuhan kerajaan sementara. "Beliau harus memastikan jentera dan dana kerajaan tidak disalahgunakan dalam usaha meraih undi Barisan Nasional," kata Anwar dalam kenyataan media yang dibacakan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua di sini, hari ini. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan