Selasa, 19 Mac 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Mengenali Bapak Mulu Negara

Posted: 19 Mar 2013 09:30 AM PDT

Dulu aku agak mengkagumi Menteri Pelajaran ini ~ namanya Abdul Rahman Yaakub. Aku pernah juga mengajar di sebuah sekolah yg bersempena namanya itu di Bota Kanan dulu… Sekolah Menengah Dato Abd Rahman YaakubKorang dah bacakah cerita dia bergaduh dengan anak ponakannya, Taib Mahmud? Korang cer baca kat sini

Korang Nampak tak? Diaorang tu berbalah pasal balak, balak, balak! Bukan kerana untuk membela nasib hidup rakyat, tapi semata-mata mementingkan tembolok masing-masing.

Yang aku paling menyampah sekali bila dimaklumkan yang Rahman Yaakub ini aktif dengan kegiatan agama dgn mengadakan pengajian agama di kediamannya, "Sri Bahagia", di Petra Jaya. Nak tunjuk alim sangat konon.

Selama lebih 30 tahun, Ketua Menteri Talib Mahmud telah memerintah Sarawak, negeri terbesar Malaysia yg terletak di pulau Borneo. 

"30 tahun lebih, sesiapa sahaja boleh mendapatnya jika 
ada sesuatu disini.Tapi jika tidak ada, tak ada, 
apa yang boleh saya buat?"

Hari ini Sarawak hanya tinggal kurang daripada 5 peratus hutan hujan yg tidak dimamah kesan-kesan pembalakan dan perladangan. Global Witness memparkan bagaimana sang elitus ini menjual tanah-tanah Sarawak secara haram demi keuntungan sendiri. 

Taib Mahmud kini mencari pelabur-pelabur antara bangsa bagi meneruskan rampasannya, konon bagi membangunkan negeri tersebut. Ramai yang khuatir hasil penjualan ini akan disalurkan ke akaun bank persendirian yg dikawal olen keluarga pemerintah. 

Dengan menyamar sebagai pelabur, Global Witness telah ke Sarawak untuk menjalankan siasatan bagaimana perniagaan ini dijalankan dan ke manakah wang itu disalurkan. 

Ample Agro

Sungguh pun kita telah menghubungi kerajaan secara terus, pegawai-pegawai yg kami jumpa mengaturkan kami berhubung terus dgn keluarga Taib Mahmud. Salah satu kawasan yang ditawarkan kpd Global Witness, dimiliki oleh sebuah syarikat bernama Ample Agro. 

Sukanya dierrr!~Salah sorang anak Rahman Yaakub, 
yang juga merupakan sepupu kepada Ketua Menteri 
Sarawak, Taib Mahmud

Syarikat tersebut dimiliki oleh anak-anak perempuan kepada Rahman Yaakub. bekas Ketua Menteri Sarawak sebelum ini, pangkat sepupu kepada Taib Mahmud.
 
Antara pemilik Ample Agro ini ialah ahli Parlimen Tanjung Manis, Norah Abdul Rahman.

Seorang lagi pemilik bernama Khadijah Abdul Rahman, isteri Datuk Mohd Nizam Razak, adik PM Najib.

Potret keluarta Tun Abdul Razak. Dari kiri: Najib (13 tahun), 
Toh Puan Rahah memangku Nazir (3 bulan), Nazim (5 tahun) , 
Nizam (lapan tahun), dan Allahyarham Tun Razak. Johari, 
12 tahun, tidak ada dalam gambar

Nah, sekarang korang tahukan? Kenapa Taib Mahmud tu boleh berkuasa di Sarawak.Ada hubungan kekeluargaan dengan Najib rupanya! Global Witnesses membuat beberapa dakwaan terhadap beberapa individu tertentu yang terlibat melalui rakaman klip video brikut.


Bahawa sebuah syarikat guaman di London mewakili Ketua Menteri Taib Mahmud ~ Mishcon de Reya memberitahu Global Witness : 
  • "Kerajaan Sarawak mengeluarkan lesen tanah dalam keadaan kawalan ketat.Ini adalah langkah pentadbiran , bukan melibatkan politik.patronage"
  • "Pelanggan kami tidak pernah meminta atau menerima rasuah bagi geran tanah dan pajakan."
  • "Beliau (Taib Mahmud) tidak keluarkan sebarang arahan … (yang) memberi keuntungan haram kepada sepupu-sepupunya." 

  • Huang Lung Ong memberitahu Global Witnesses :
  • "Saya tidak pernah dilantik oleh Hii Yii Peng sebagai peguamnya. Saya tidak tahu bagaimana Hii Yii Peng memperoleh asset tersebut atau wang haram"
  • "Dakwaan-dakwaan anda adalah tidak benar dan bukan didalam pengetahuan saya untuk menjawabnya." 

  • Alvin Chong and Parners Kuching memberitahu Global Witnesses : 
  • "Kami dengan tegas menafikan En Chong kami bertindak sebagai jurucakap sah bagi pihak tersebut itu." 
  • "Kami menafikan adanya sebarang perbincangan konon untuk mengelak cukai dan sekiranya ada perbincangan sedemikian, itu adalah hyphothetical." 
  • "Tiada seorang pun anak-anak perempuan Abdul Rahman setelah dihubungi Global Witnesses memberi respon terhadap dakwaan-dakwaan tersebut.

  • Gempar! Ada komplot mahu bunuh Sultan Sulu!

    Posted: 19 Mar 2013 06:49 AM PDT

     MANILA, Filipina - Satu skuad pembunuh asing dikatakan telah tiba di negara ini untuk membunuh Sultan Sulu Jamalul Kiram III dan penasihat Pastor beliau "Boy" Saycon, menurut jurucakap kesultanan Abraham Idjirani. 

     Dalam berita taklimat Selasa, Idjirani mendedahkan bahawa "kolonel tentera asing" tiba dengan empat "komando" dan mengupah tiga pembunuh tempatan untuk membunuh Kiram dan pengikut-pengikutnya. 

    Idjirani meminta Biro Siasatan Negara, Polis Kebangsaan Filipina dan Angkatan Tentera Filipina untuk menyiasat maklumat mereka bahawa skuad bunuh itu tinggal di Hotel Maxim di Pasay City. 

    Berkata Idjirani seorang peguam, yang kononnya didatangi oleh orang asing tersebut , memberitahu Saycon tentang plot tersebut.

    Komen Al-Husseyn : 'Orang asing' memang ramai di Malaysia.Harap cerita atas tu bukan melibatkan 'orang asing' dari Malaysia!

    Malaysiakini tersalah lapor

    Posted: 19 Mar 2013 03:03 AM PDT

    Timbalan Pesuruhjaya PAS I Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi tidak "diculik" atau ditahan bagi menghalangnya daripada berceramah di kawasan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak, yang dikaitkan dengan konflik dalaman parti.

    Berbeza dengan laporan dua akhbar arus perdana semalam, sumber yang dekat dengan Phahrolrazi berkata, pemimpin kanan PAS negeri itu memilih untuk berada di Sekolah Agama Nahdzah dan tidak hadir berceramah di Sungai Limau, Yan setelah dinasihati rakannya.

    "Beliau (rakan Phahrolrazi) merasakan keadaan di tempat ceramah membahayakan keselamatan Phahrolrazi dan menasihatkan Phahrolrazi agar membatalkan hasratnya untuk ke tapak ceramah pada malam itu," kata sumber itu.

    Demikian yang disalah laporkan oleh Malasia kini di sini

    Yang sebenarnya semua laporan diatas adalah tidak benar, Phahrolrazi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor berada di bilik orang kenamaan (VIP) sekolah itu sejam bermula jam 11 malam.

    Phahrolrazi adalah juga pengunjung 
    tempat inipada tengah malam buta

    Phahrolrazi dipercayai 'duduk bercangkung' didalam bilik VIP tersebut selama satu jam sebelum memutuskan untuk pergi ke tapak ceramah untuk bertemu penganjur bagi "mencukupkan syarat" memenuhi jemputan, tambah sumber itu lagi. 

    Phahrolrazi ketika dihubungi al-Husseyn menyatakan, dia nak mengambil berkat PM Najib sajer...katanya ringkas.

    Tiada ulasan: