Ahad, 17 Mac 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video-Wajib Baca] Legenda Thrash Malaysia Sertai PAS

Posted: 17 Mar 2013 12:48 AM PDT



[KD] KUALA LUMPUR 17 MAC: Penyanyi FTG, sebuah kumpulan thrash metal tempatan, Tajul mengisytihar menyertai PAS pada program 'Malam Seni Untuk Perubahan' di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi.

Tajul atau nama sebenarnya Tajul Isni Akbar menyerahkan borang kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dengan disaksikan hampir 5,000 hadirin.

Bercakap kepada Keadilan Daily, beliau mengakui menyokong gerakan Reformasi sejak 1998 dan berpendapat tahun ini paling sesuai untuk menyatakan sokongan secara terbuka.

"Saya tak kisah apa orang hendak kata. Kalau dengar lagu FTG, ia mengenai perjuangan menuntut keadilan dan kritikan sosial," katanya yang menerbitkan 12 album bersama FTG.

FTG atau Freedom That Gone (Kebebasan Yang Hilang) bergerak secara underground dan pernah melakukan ratusan konsert di seluruh negara dan popular dengan lagu 'Malaysia Maju'.

Selain Tajul, pemain dram, Zul dan pemain bass, Mie dari kumpulaan sama juga mahu menyertai PAS kerana menyokong perjuangan perubahan politik di negara ini.

"Cuma mereka tak dapat hadir," kata Tajul sambil tekad untuk meneruskan perjuangan menerusi lagu dan lirik.

"Rezeki di tangan Tuhan. Saya akan terus menyanyi," katanya yang tidak bimbang terhadap kemungkinan 'sekatan kerajaan' dan bercadang membantu kempen Pakatan Rakyat pada PRU 13.



P/s: TM peminat band ini. Legenda trash metal Malaysia!

Maklumat lanjut tentang kumpulan ini di sini.










Video muzik FTG dengan vokalis asal.


Tiada ulasan: