ALHUSSEYN |
- Pengakuan Cecil Abraham wajib disiasat
- Skandal Projek IC dan sandiwara Lahad Datu
- Jangan biarkan misteri Lahad Datu menyelubungi kehidupan anda
Pengakuan Cecil Abraham wajib disiasat Posted: 17 Mar 2013 09:30 AM PDT Akhirnya peguam kanan yang dikatakan menyediakan 'draft' akuan bersumpah kedua mendiang PI Bala sudah diketahui umum. Beliau sebagaimana yang disyaki ialah Tan Sri Cecil Abraham (gambar kiri). Ini telah didedahkan oleh peguam PI Bala, Americk Sidhu yang juga orang yang telah menulis 'draft' akuan bersumpah PI Bala yang pertama dahulu. Pendedahan Americk tentang pengakuan Cecil Abraham kepada beliau itu dibuat semasa mesyuarat agong tahunan Majlis Peguam semalam. Americk Sidhu telah mendedahkan yang beliau ditemui oleh Cecil Abraham dua minggu lepas meminta maaf kerana telah menyediakan 'draft' akuan bersumpah yang kedua PI Bala yang telah menarik balik akuan bersumpah Bala yang telah disediakan oleh Americk sebelum itu. Cecil Abraham telah meminta Americk merahsiakan pengakuannya itu. Beliau telah mengaku kepada Americk yang beliau telah menyediakan 'draft' akuan bersumpah kedua itu atas arahan Perdana Menteri, Najib Tun Razak (semasa itu Timbalan Perdana Menteri). Pada mulanya Americk Sidhu telah bersetuju untuk mengekalkan kerahsiaan pengakuan Cecil Abraham kepada beliau (Americk Sidhu) tetapi oleh kerana memikirkan kemahuan PI Bala untuk melihat keadilan terlaksana, maka beliau mengambil keputusan untuk mendedahkannya. Americk (gambar kanan) berharap pihak yang berkuasa akan membuka kes pembunuhan Altantuya semula kerana dua orang pegawai keselamatan yang bertugas dengan keluarga Najib, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar telah dihukum gantung kerana membunuh wanita Monggolia itu yang mereka tidak kenal. Dalam perbicaraan kedua-dua anggota Polis itu tidak ada dipersoalkan 'motive' pembunuhan yang dilakukan oleh kedua-dua yang didapati bersalah itu. Americk meminta penyiasatan semula dilakukan dengan pengakuan Tan Sri Cecil Abraham ini kerana ia merupakan isu yang sangat besar. Peguam kanan itu telah membuat pengakuan yang beliau membuat 'draft' akuan bersumpah kedua untuk PI Bala itu atas arahan Perdana Menteri. Apa yang menyebabkan Perdana Menteri mengarahkan Cecil Abraham menyediakan 'draft' akuan bersumpah kedua itu? Dalam pada itu salah seorang ahli Majlis Peguam, Fadiah Nadia Fikri akan membuat laporan Polis meminta pihak yang berkuasa membuat penyiasatan ke atas pengakuan Cecil Abraham itu. Ia melibatkan pembunuhan seorang wanita Monggolia dan isu ini perlu disiasat sehingga ke akar umbinya. Apa yang dilakukan oleh Cecil Abraham itu amat besar kesalahannya dan perkara ini tidak patut didiamkan sahaja kerana ia akan menambah pencemaran terhadap sistem perundangan dan juga sistem kehakiman negara kita. Rakyat ingin tahu dan keluarga mangsa pembunuhan itu tentunya mahukan kebenaran kenapa ahli keluarganya dibunuh dengan begitu kejam. Rakyat mahu tahu kenapa kedua-dua anggota keselamatan yang bertugas dengan Najib dan keluarganya itu membunuh orang yang mereka tidak mengenalinya. DAN yang paling pentingnya kenapa Sirul Azhar dan Azilah tidak dipersoalkan motif mereka melakukan pembunuhan itu? Seorang wanita telah dibunuh tanpa diketahui kenapa dia dibunuh dan ini merupakan pencemaran terhadap sistem perundangan yang selama ini telah dicerobohi sejak pentadbiran Dr Mahathir dahulu. Kes ini perlu diselesaikan 'once and for all'. SUMBER |
Skandal Projek IC dan sandiwara Lahad Datu Posted: 17 Mar 2013 04:00 AM PDT Betapa kalau kita lihat, insiden Lahad Datu ini berlaku ketika siasatan skendal 'projek IC segera' di Sabah oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja sedang rancak berjalan. Beberapa pendedadahan mengenai penglibatan pemimpin Umno/BN seperti Mahathir, Megat Junid dan Aziz Shamsudin semakin terserlah. Walaupun Mahathir cuba menafikannya dengan berkata bahawa pemberian IC tersebut adalah kepada mereka yang layak dan mengikut tatacara perlembagaan negara, namun kenyataan Mahathir itu tidak menyakinkan rakyat dan nampak hambar. Mudahnya Mahathir nak melepaskan tengkukya satelah ratusan ribu Filipina telah menjadi warga negara segera Sabah! Apakah tragedi Lahad Datu ini satu cubaan untuk menyekat proses pendedahan skendal projek IC seterusnya? Bukankah ini jelas sebagai cubaan untuk menutup pemberian taraf kewarganegaraan kpd rakyat Filipina? Bukankah ini demi kepentingan survival politik Umno/BN? Di awal pencerobohan di Lahad Datu itu, Menteri UMNO di Kementerian Dalam Negeri Dato Hisyamudin melalui kenyataan akhbarnya berkata kumpulan lelaki ceroboh Lahad Datu itu bukan militan atau pengganas. Malah beliau menyeru rakyat agar tidak mempercayai atau melayan khabar angin tersebut. Ternyata apa yang Menteri Auw-auw itu katakan bahawa 'kumpulan lelaki ceroboh Lahad Datu itu bukan militan atau pengganas' adalah benar ~ bukan sandiwara sebagaimana anggapan sesetengah pihak! Bahawa kebanyakan lelaki kumpulan bersenjata itu adalah dari kalangan orang umno sendiri. Makanya UMNO ada kepentingan untuk mengekalkan sokongan bangsa Filipina yang jadi warga negara segera Malaysia di Sabah. Selama ini, Lahad Datu adalah Lubuk Pengundi Hantu yang membantu Umno untuk terus berkuasa di Sabah. Termasuklah Kiram sendiri yang khabarnya pernah menjadi Timbalan pegawai daerah Kudat dan menjadi Ahli UMNO Sabah. Malah ada yang mengatakan bahawa Kiram menyandang jawatan Pengerusi PEKIDA Sabah. Amat mustahil sekali sekiranya puak-puak Umno di Lahad Datu ini akan menuruti telunjuk Anwar Ibrahim, yang Zahid Hamidi cuba kaitkan kononnya Anwar Ibrahim adalah dalang disebalik insiden Lahad Datu itu. Apabila 2 komando kita terbunuh, barulah Menteri Auw-auw kita tu menggelabah! Sebelum ni dia memperlekehkan mengatakan 'penceroboh orang yang tak cukup makan, tua2, pakai kain sarong dan pakai slipper… ' ambik kau! Dan kemudian, Lahad Datu bertukar menjadi tragedi berdarah melibatkan 8 perwira terbunuh, namun Menteri Auw-auw ini tidak pernah cuba memperbetulkan kenyataannya itu dan meminta maaf. Dan tidak pasal-pasal, Tian Chua dihadapkan dengan tuduhan dibawah seksyen 4 (1)(b)akta Hasutan 1948 berhubung kenyataan beliau yang mengaitkan Umno dengan insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu. Pada 1 Mac lalu, Tian Chua menyatakan pencerobohan Lahad Datu adalah cubaan kerajaan Umno mengalih perhatian daripada "Projek IC" di Sabah. |
Jangan biarkan misteri Lahad Datu menyelubungi kehidupan anda Posted: 17 Mar 2013 12:04 AM PDT Terlalu misteri insiden Lahad Datu ni! Kenapa begini rupa jadinya? Kenapa perkara ini menakutkan sangat hingga PM Najib Tun Razak terus enggan membincangkannya bersama Pakatan Rakyat di Parlimen? Ini adalah masalah negara, bukan masalah Umno/BN sahaja. Tetapi begitulah perangai Najib, konon dia seorang sahaja yang mahu jadi hero dalam isu Lahad Datu ini. Umno/BN menggunakan media dan kuasa yang ada padanya untuk menagih simpati rakyat. Persoalan kini berkisar tentang siapakah dalang sebenarnya yang berada dibelakang tragedi tersebut? Mula-mula pencacai Umno/BN tuduh bahawa kumpulan bersenjata Sulu itu mendapat dana USD2 juta daripada SUARAM. Tuduhan tersebut bersumberkan dari kenyataan Presiden Jaringan Cina Malaysia Ng Lam Yong kononnya telah menerima email dari rakannya yang berada di Manila. Isi kandungan email itu memberi tahu bahawa kejadian di Lahad Datu itu dibiayai oleh sebuah NGO dari Malaysia dan telah menyalurkan USD 2 juta untuk tujuan pencerobohan itu, katanya. Kemudian, tuduhan terbaru datangnya dari Menteri Pertahanan Malaysia, Zahid Hamidi dengan bersumberkan Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire T. Gazmin yang mengunjungi beliau di Putrajaya pada 15 Mac lalu. Akhbar Utusan Meloya dengan tajuk ganaznya ~ Kerajaan Filipina temui bukti ...Ha! ha! ha! nak katakan lawak atau sandiwara, aku sendiri pun tak tahu nak kata apa!Kata sandiwara, nanti jadi macam Tian Chua pula, nanya aku! Tetapi yang lucunya bila Zahid berkata, "Beliau (Gazmin) menyatakan Filipina akan menggunakan segala jaringan maklumat termasuk perisikan untuk mengetahui siapakah dalang di belakang pencerobohan ini. Mereka juga sedang mengumpul bukti-bukti," ~ maknanya, belum lagi temui buktilah tu kan? Tanpa ada segan silu, walaupun katannya 'sedang mengumpul bukti', Zahid seterus berkata, "Kita diberitahu bahawa ada tokoh pembangkang di negara itu yang membiayai kos perjalanan itu. Ini dipercayai mempunyai kaitan dengan usaha pembangkang yang sedang bergerak cergas dengan menjadikan isu pencerobohan di Lahad Datu sebagai modal politik menjatuhkan kerajaan," katanya di sini |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan