Ahad, 17 Mac 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Gambar TG Hadi Diperlakukan Begitu Rupa? Mana SKMM?

Posted: 17 Mar 2013 08:16 AM PDT

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/483741_347088395408081_685027680_n.jpg

A.B.U | Asalkan Bukan Umno / Anything But Umno

ASTAGHFIRULLAH!!...DEMI CITA2 MEMPERTAHANKAN PUTRAJAYA, 'PENGANUT' TEGAR UMNO SANGGUP MEMBUAT GAMBAR BIADAP INI....MANA SKMM? KALAULAH PEMIMPIN BN, LAJU JE AMBIL TINDAKAN....ORANG ATAS PAGAR BOLEH FIKIR2KAN SENDIRI..

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=347088395408081&set=a.122906284492961.22533.122902317826691&type=1&relevant_count=1&ref=nf

Ahmad Maslan Suruh Rakyat Tonton Video Lucah?

Posted: 17 Mar 2013 07:53 AM PDT

Umno nafi sebar video aksi songsang didakwa Anwar

MELAKA - Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menafikan penglibatan Umno dalam video aksi songsang memaparkan individu yang didakwa mirip seorang tokoh politik dengan pasangan lelakinya di sebuah hotel.

Beliau berkata pembangkang sememangnya akan menyalahkan Umno berhubung video itu yang dimuat naik sebuah blog, rajagoyang360.blogspot.com. dan kemudiannya turut dipaparkan di beberapa blog lain.

"Sebagaimana fikiran pembangkang segalanya kerja Umno termasuk insiden (pencerobohan pengganas Sulu di) Lahad Datu tetapi Umno tidak sehebat itu untuk mengatur segalanya.

"Tak kan orang dalam bilik pun kita yang mengatur, kita tak ada masa nak pasang kamera dalam bilik orang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat Penceramah Penerangan Negeri Melaka di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akhbar The Star hari ini yang menafikan individu dalam video itu adalah dirinya sambil mendakwa ia perbuatan Umno.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, rakyat boleh menilai sendiri siapa tokoh politik yang didakwa dalam video itu.

"Tengok sendiri dan buat keputusan, jangan bantai (kutuk) sebelum tengok, tapi tengok dulu...kita serah kepada mereka untuk menilai sendiri," katanya.

Sementara itu, Ahmad menyeru semua anggota Umno dan Barisan Nasional (BN) agar menanam keyakinan bahawa parti itu mampu mencapai kemenangan serta memperoleh majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata, keyakinan itu harus disandarkan pada kejayaan program dan dasar yang dilaksanakan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa ini.

Malah, katanya, pembangkang tidak mempunyai sebarang kekuatan kerana gagal melaksanakan janji selain mempunyai pemimpin yang didakwanya terlibat dalam pelbagai skandal.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Aidid Ghazali mendakwa penyebaran 'foto' terbaru ini tidak menjadi kesan kepada Anwar terutama menjelang pilihan raya umum kali ini.

"Pada saya gambar yang didedahkan itu benar atau tidak, tidak memberi kesan kepadanya terutama dekat dengan PRU13. Ini hanyalah tambahan kepada karektornya yang telah tercemar," kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini.

Bagaimanapun katanya, gambar yang telah disebarkan itu akan turut meninggalkan persepsi di kalangan rakyat.

"Jika gambar itu betul, orang akan kata sudah tahu apa yang dikatakan, jika tidak betul, orang cakap cukuplah dengan apa yang beliau lakukan," katanya lagi.

Kantoi!! Ulama 7 Dosa Sekali lagi memakai rantai leher

Posted: 17 Mar 2013 05:03 AM PDT

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjVcUHSWTF3k7EOVZ4fn3z_aPj1u-s7qIv9EYRQOUVoTtp_1ZjLTXyFkHK51gfuH1dBE0UwtrCwQhBJE6iHB73c-3weqBy6DXySpEuDHc5lFAQwn2XI9aj0WXej5Q6TdtBo0Vdyvg_4RVk/s640/utusex.jpg

Klik gambar untuk besar.

Hukum Lelaki Memakai Rantai dan Gelang

Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara bersetuju memutuskan bahawa :

"Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki." (Hadis riwayat al-Bukhari)
Syeikh al-Islam Zakariyya al-Anshari Rahimahullah pula berkata:

"Dan daripada apa yang haram ialah gelang tangan dan gelang kaki untuk dipakai oleh orang lelaki dan orang khuntsa (orang yang mempunyai dua jantina)."

a) Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi wanita adalah harus kerana ia merupakan perhiasan yang dikhususkan bagi mereka. Ini adalah hukum yang disepakati secara ittifaq. Sebaliknya, diharamkan bagi lelaki untuk memakainya sebagai perhiasan semata-mata kerana ia menyerupai wanita.

b) Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki atau wanita untuk tujuan perubatan atau rawatan adalah dibenarkan berdasarkan keperluan dan hajat dengan syarat:

i. Ia bukan diperbuat daripada emas, perak, suasa atau sutera (bagi lelaki).

ii. Tidak terdapat unsur najis padanya.

iii. Tidak mempercayai atau meyakini bahawa pemakaian gelang tangan tersebut boleh menyembuhkan penyakit tertentu kerana ia dikhuatiri boleh menjerumuskan seseorang kepada unsur khurafat yang boleh menjejaskan aqidah.

iv. Tidak menyebabkan kemudaratan kepada pemakainya.

v. Mendapat perakuan daripada pakar perubatan yang beragama Islam dan telah terbukti secara saintifik bahawa ia merupakan antara kaedah rawatan yang berkesan dalam merawat penyakit.

Walau bagaimanapun, dalam hal ini, Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka telah mendapat nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa terapi bio magnetik bukanlah merupakan kaedah perubatan yang memenuhi piawaian dan tidak dapat dipastikan keberkesanan penggunaannya secara tepat dan jelas dalam merawat serta menghilangkan penyakit.

c) Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki atau wanita yang disertai dengan niat untuk bermegah-megah atau kelihatan bergaya bagi lelaki adalah haram walaupun dengan tujuan perubatan.

p/s: sendiri mau ingat laaa!!!

Sumber http://www.pencacai-semalaysia.com/2013/03/kantoi-sekali-lagi-najib-memakai-rantai.html

15 Minit Cukup Untuk Speaker Kelantan Jawab 7 Dosa Besar Najib

Posted: 16 Mar 2013 06:05 PM PDT


Tazkirah oleh YB Dato Ustaz Hj Mohd Nassuruddin Hj Daud, Speaker DUN Kelantan di Majlis Perasmian Ekspo Kelantan 2013

Tiada ulasan: