Sabtu, 2 Mac 2013

dollah yankee

dollah yankee


Cikgu-cikgi,waris2 sokong PR...murid2 jadi mangsa jabatan

Posted: 29 Jan 2013 05:07 AM PST

Betul lah kata-kata gurkah-gurkah politik di'port' bahawa jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah Putrajaya dengan Anwar Ibrahim sebagai PM kita yang ke-7, kerajaan pakatan rakyat akan di sabotaj olih penjawat-penjawat awam untuk dilhat olih rakyat sebagai kerajaan yang tidak baik.

Di Penang ini minggu lepas, Guan Eng dan kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah di sabotaj olih Jabatan Pendidikan Negeri bila mereka telah mengeluarkan pekeliling melarang anak-anak sekolah menengah dan sekolah rendah dalam parlimen Bagan daripada hadir pada majlis penyampaian sumbangan RM100 dari kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk anak-anak sekolah yang terdiri daripada orang-orang susah didalam kawasan parlimen Bagan. JPN memberikan alasan mereka tidak mendapat lampu hijau dari pejabat ketua pengarah

Guan Eng telah menjemput anak-anak dari sekolah menengah dan sekolah rendah dari 20 buah sekolah di dalam kawasan parlimen beliau, tetapi hanya beberapa sekolah saja dengan 450 murid-murid yang hadir untuk menerima bantuan 100 ringgit itu.

Jangan kata bapa dan waris murid-murid ini saja yang kecewa dengan tindakan JPN ini, tetapi gurkah-gurkah di'port' pun sedih dan bengang dengan sikap JPN ini yang telah menghalang murid-murid ini datang dari menerima bantuan wang 100 ringgit itu. Apa punya turrrrr !!! Logik kah mereka buat macam ini? kenapa anak-anak sekolah dari orang-orang yang susah ini menjadi mangsa sabotaj JPN?

dollah yankee -
Mungkin juga sebab banyak cikgu-cikgi sekolah yang telah menyokong PR,itu lah sebab JPN balas dendam kot?!


Tiada ulasan: