WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
PRU-13: Pilih parti mampu berkhidmat untuk semua kaum, bukan yang hebat tipu rakyat Posted: 02 Mar 2013 03:26 PM PST PRU-13: Pilih parti mampu berkhidmat untuk semua kaum, bukan yang hebat tipu rakyat 2 March 2013 Sebaliknya, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, pertandingan itu bukannya untuk membuktikan perikatan mana yang lebih hebat menipu atau menghasut rakyat supaya beralih kepada politik ketakutan. Beliau berkata, Najib tidak sepatutnya memandang rendah kebijaksanaan rakyat apabila menganggap mereka akan termakan dengan helahnya, kerana semua tahu Najib kini dihantui ketakutan bahawa PRU-13 akan menentukan nasibnya sama ada UMNO/BN menang atau kalah. "Tiada siapa akan percaya Najib boleh membuktikan Program Transformasi Nasionalnya akan berjaya dalam masa 50 hari yang akan diperolehi menggunakan peruntukan perlembagaan bahawa lima penggal Parlimen ke-12 mula dikira daripada tarikh pertama persidangan yang berakhir secara automatik pada 27 April, bukannya 8 Mac iaitu ulangtahun kelima "tsunami politik" pilihan raya umum 2008. "Najib hanya akan mengadakan PRU-13 apabila dapat membuktikan kejayaan Program Transformasi Negaranya atau mungkin terpaksa menunggu sehingga 2020 untuk menyaksikan dasar transformasinya berjaya," katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 41 Hari ke PRU-13, di sini semalam. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, Februari 2013 sudah tiba dan berlalu dan mungkin tercatat di dalam sejarah sebagai bulan paling kritikal dan penting dalam empat tahun Najib sebagai Perdana Menteri dan 37 tahun dalam kerjaya politiknya kerana membatalkan "keputusan muktamad" terbaru untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU-13 pada Mac ini. Katanya, pada awal Januari lalu, Najib yang bakal berusia 60 tahun pada 23 Julai ini, dipujuk strategis politiknya untuk tetapkan fikiran supaya mengakhiri dolak-dalik selama dua tahun dan membubarkan Parlimen pada minggu terakhir Februari untuk mendapatkan mandat daripada 13.3 juta pengundi pada PRU-13, dan diyakinkan bahawa beliau mempunyai "senjata rahsia" untuk memikat dan menakutkan pengundi. Bagaimanapun, menurutnya, setelah inisiatif Psy dan Gangnam Style bertukar menjadi bencana politik dengan laungan "No, No, No" bergema setiap hari di seluruh negara, Najib dan ahli strategi politiknya membatalkan keputusan itu dan mengheret penggal Parlimen selama mana dibenarkan Perlembagaan sebelum mendapatkan mandat baru sehingga 28 April ini. "Ahli strategi politik Najib sekarang mula melakukan "helah kotor" baru iaitu strategi jahat untuk mengisytiharkan DAP sebagai pertubuhan haram walaupun ini penyalahgunaan kuasa tertinggi kerana tiada sebab bagi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein atau Jabatan Pendaftaran Pertubuhan untuk mengambil tindakan sedemikian. "Najib sepatutnya sedar "senjata rahsia" dan "helah kotor" yang tidak beretika dan berprinsip untuk mengisytiharkan DAP sebagai pertubuhan haram, benar-benar menghina kedaulatan undang-undang dan menggunakan kuasa berdasarkan niat buruk Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan Menteri Dalam Negeri mampu melantun kembali dan menyebabkan kerosakan lebih besar terhadap penjahat berbanding mangsa," katanya. Beliau berkata, ketika di Seremban pada Ahad lalu, Najib mengisytiharkan bahawa beliau tidak akan menjanjikan sesuatu yang tidak mampu ditunaikan dan berikrar tidak akan menggadaikan masa depan rakyat dan negara semata-mata kerana undi. Malangnya, katanya, janji Najib yang tidak mampu ditunaikan itu telah diperhatikan semua dan lebih mudah untuk sesiapa saja menghasilkan satu senarai janji yang tidak dapat tunaikan. "Contoh paling ketara janji yang tidak dapat tunaikan adalah dasar 1Malaysia, yang bukan saja dipertikaikan secara terbuka oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi diingkari Najib sendiri apabila semakin terdesak peluang PRU-13. "Di Kuala Terengganu, Sabtu lalu pula, Najib mengkhianati prinsip 1Malaysia apabila mengisytiharkan pembohongan dan penipuan bahawa "Satu undi PAS, membawa kepada perpecahan umat Islam dan satu undi untuk DAP membawa kepada penindasan umat Islam," ujarnya. Kit Siang berkata, Najib perlu bersedia menarik balik dakwaan yang paling tidak jujur, tidak berprinsip dan hipokrit terhadap DAP itu dan amat bercanggah dengan dasar 1Malaysianya. Katanya, ketika bercakap di Seremban Najib berkata: "Kita mesti ada prinsip dalam perjuangan dan hidup sebab itu pilihan raya umum bukan mengenai parti mana yang akan menang tapi untuk menentukan nasib negara dan masa depan rakyat. Sehubungan itu, beliau ingin bertanya adakah Najib benar-benar bersedia untuk menjadikan PRU-13 sebagai pertandingan untuk menentukan pakatan yang mampu berkhidmat untuk Melayu, Cina, India, Orang Asli, Kadazan dan Iban bukannya siapa lebih hebat menipu atau menghasut kebencian dan menakut-nakutkan rakyat," katanya |
FAKTA YANG PATUT KITA KAJI DI LAHAD DATU.UMPAMA PERISTIWA DI BUKIT JENDALIK. Posted: 02 Mar 2013 12:58 AM PST 1. Kenapa penceroboh yang lainnya lepas lari. 2. Dimana letaknya radar Rotello buatan Italy yang canggih sehingga sampan kecil pun dapat dikesan. 3. Kenapa pihak polis yang terlibat bukannya tentera. 4. Adakah tentera laut, dan polis merin tidak mengawal kawasan yang sisyaki laluan ke Tawi-Tawi . 5.Peranan tentera di perkecilkan 6. Kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri yang tak masuk akal. 7.Ketua gerombolan adalah menantu kepada Ketua Caw Umno Sg Bilis. 8.HJ Musa pemimpin No 2 pula adalah besan kepada Ketua cawangan Sg Nyamuk kerana anak lelakinya bernikah dengan anak Hj Musa. 9 10. Berbalik kepada peristiwa pencerobohan yang kini makin kritikal menghirankan kenapa penceroboh itu dibiarkan sampai berminggu? 11. Kalaulah benar Sabah adalah daerah dan jajahan takluknya pihak kesultan Sulu boleh menuntutnya di mahkamah timbang tara dunia, (ICJ 12. Malaysia sepatutnya perlu segera meminta penjelasan dari kerajaan Filipina mengenai status penceroboh itu. Apakah ianya di bawah perlindungan Filipina ataupun mereka bergerak sendiri? Perdana Menteri Najib Razak tidak perlu berlembut dalam situasi kritikal dan mencabar kedudukan dan kedaulautan negara begitu. Mereka perlu dilengsaikan segera tanpa memberi masa tawaran yang agak panjang. 13.Meletak kepanjangan tempoh pencerobohan itu ada sangkut paut dengan kelemahan Najib sebagai pemimpin nombor satu negara serta para pakar perang negara kita dalam menasihati Najib.Hishamuddin macam biasa.Ta kbuat kerja. 14,Paksaan melepaskan jawatan itu juga akan terheret kepada sepupunya Hishamuddin Hussein sebagai Menteri Dalam Degeri dan juga Ahmad Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan. Mereka kena bertanggungjawab atas tragedi itu dan tidak boleh dianggap ia hanya seperti isu stadium runtuh atau jambatan (flyover) runtuh. 15.Menteri dalam negeri selalu flip flop...tarak tau apa...... "I confirm that our security forces have not taken a single shot but were shot at 10 a.m. this morning!" he tweeted. ("Saya mengesahkan bahawa pasukan keselamatan kita tidak melepaskan sebarang tembakan tetapi telah ditembak pada 10 pagi pagi ini!" Dia menulis dalam tweetnya.) 16, Rakyat tertanya tanya bagaimana satu kumpulan manusia yang besar bilangannya mampu menembusi perairan negara dengan senjata begitu mudah. Jika mengikut laporan kejadian, tentera kita yang terbunuh terkena serangan mortar, senjata yang dikira dalam kategori berat. Sangat merbahaya bagi keselamatan rakyat dan negara... Jika ianya satu kebenaran... 17. Tempoh hampir sebulan sangat pelik... apakah mereka sudah ada persediaan makanan yang banyak hingga mampu bertahan begitu lama... atau ada pembekal untuk mereka yang begitu ramai.. 18. Darurat adalah satu cara menangguhkan PRU 13 yang telah hampir menemui tarikh luputnya. Najib sangat takut dengan tarikh PRU. Beliau seringkali memejamkan mata apabila ditanya bila nak umum PR? SIKIT NOTA DARI BLOG HALAMAN NIAH19.. Kenapa polis, bukan askar? Tuan, sebenarnya pihak tertinggi keselamatan negara tahu dengan siapa mereka berhadapan sebenarnya. Sbb itu kita gagal mencari bgmn ratusan penceroboh itu mampu lolos dr pemantauan perairan dengan berbekalkan senjata. Apa yg saya faham selepas sedikit diskusi bersama rakan2 yg terhampir dgn peristiwa, musuh yg kita berhadapan ini bukan org asing melainkan rakyat tempatan sendiri. Perancangan mereka begitu licik dan mereka dtg dr perairan sbg org awam secara berperingkat2. mgkin ada antra mereka sudah ada yg puluhan tahun berada di Sabah dan memiliki kerakyatan yg entah bgmn caranya. mereka ini dipanggil bangsa Suluk bg org tempatan atau Sulu yg kita ketahui hari ini. Hari ini kita melihat mereka sudah mula membentuk kumpulan tanpa kita sedari bahawa sudah lama mereka bergerak sbg militan yg menyembunyikan taring utk berada di samping org2 awam. Kumpulan yg kita ketahui berada di Felda Sahabat itu adalah sebahagiannya yg berjaya dikesan. mungkin ada lagi(KOMEN DARI SEORANG PEMBACA YANG CERDIK) Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna 1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang. 2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya) 3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduhan di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat ke atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang. 4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu. Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain. Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan