DIALOG RAKYAT |
- Tragedi Lahad Datu Akan Berpanjangan: Mungkah Sabah Didaruratkan?
- Media maya dinasihatkan jangan siar komen negatif isu Lahad Datu
- Isu Lahad Datu: Siasat dalang, kata Musa Hassan
- Wan Azizah: Dakwaan Anwar terlibat tuduhan liar
- Lahad Datu: Kenapa polis bukan tentera kendali
- Empat rakyat Malaysia ditawan, dakwa tentera Sulu
- Manipulasi kenyataan Tian Chua, media Umno beri gambaran salah
- Pakatan jamin tidak pinggirkan OKU- Anwar
- Siasat Menyeluruh 'Pencerobohan' Sempadan; Hukum Pengkhianat Negara!
- Abby Terus Bertweet Dengan Nada Lembut Walau DiSerang Bertubi-tubi
- PRU13: 'Perantau Pulang, Pakoh Pakatan' dilancar
- Polis diminta lindungi JMB dari ugutan politik
- Apabila rakyat bangkit, ‘Firaun’ pun boleh tumbang – Anwar
- Najib bayar penulis Amerika untuk buruk-burukkan Anwar
- Isu Lahad Datu: Jeffrey Kitingan nafi terlibat
- PKR cabar dakwaan kaitkan Anwar dengan pencerobohan
- Hamza: Dua terkorban dalam serangan hendap di Semporna
- Sokongan warga Felda berubah, PR mampu menang 15 – 30 “kerusi Felda”
- Seminar Bagi Memupuk Penyertaan Wanita Dalam Program, Pimpinan Masjid
- Lahad Datu: Anwar arah kaji saman ke atas media Umno
- Video dakwa Umno upah RM15 tersebar di internet
- P Pinang bina terowong laluan bawah laut
- Ameerah santuni masyarakat Tebrau
- Minta 20 tahun tak dapat elektrik, akhirnya pindah
- Banjir: Jumlah mangsa turun di Kelantan
Tragedi Lahad Datu Akan Berpanjangan: Mungkah Sabah Didaruratkan? Posted: 03 Mar 2013 05:44 AM PST Aksi atau sesetengah orang memanggilnya sebagai 'acara' pencerobohan rakyat Filipina (keturunan kesulatan Sulu - P) ke atas bumi Malaysia di Lahad Datu tampaknya berterusan dan jalan penyelesaiannya semakin kompleks. Walaupun acara itu telah memakan 14 korban - dua anggota Komando VAT 69 Malaysia dan 12 di pihak pencerohoh ia tidak mengakhiri acara berkenaan.
Nyawa dalam peperangan pula dibayar dengan gandaan tertentu. Satu tidak dibalas satu, ada dibalas dengan dua atau tiga. Hukum diyat diguna pakai di dalam filsafat peperangan. Ganti rugi akibat peperangan wajib dilunasi. Kerumitan dan kebuntuan menyelesaikan acara ini ternyata, apabila di pihak Malaysia, seperti mana diumumkan Perdana Menteri, Najib Razak, beliau telah menyerahkan tindakan ke atas acara itu searus peratus kepada tentera dan polis. Ertinya Najib telah memberi isyarat perang. Penyerahan itu menunjukkan perundingan atau pun penyelesaian secara diplomasi sudah berakhir. Nampak Najib semacam kesal, kecewa dan marah dengan apa yang berlaku. Tindakan itu juga menggambarkan kelemahan Najib sebagai perdana menteri. Dalam acara ini Najib tidak semudah mendapat gelaran 'wira pendamai' seperti mana beliau berada di tengah antara kerajaan Filipina dengan bangsa Moro yang menandatangni 'dikri' perdamaian tidak lama dulu. Kali ini Najib gagal dan sekligus mengenalkan beliau kepada umum bahawa beliau tidak bijak. Buruknya orang akan menganggap berdirinya beliau di antara bangsa Moro dan kerajaan Filipina dulu adalah hasil penyambungan kerja orang lain, antara Abdullah Ahmad Badawi. Kata Najib sudah tidak ada tempoh rundingan dan segala tawaran pun tidak akan dibuat. Orang kita telah mati. Begitulah konotasi kenyataan Najib sewaktu menerima dan menyambut kepulangan dua jenazah komando yang terkorban di lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Subang semalam. Najib perlu membuat kenyataan demikian dalam nada tegas kerana anggota keselamatan kita sudah terkorban. Najib perlu mengambil hati bukan saja keluarga mangsa tetapi rakyat Malaysia seluruhnya. Demikian juga di pihak penceroboh yang dipetik oleh protal berita Inquirer, bahawa pihak penceroboh tidak akan mengaku kalah. Satu mesej dihantar oleh Raja Muda Agbimuddin Kiram yang bertanggungjawab ke atas acara itu kepada abangnya Sultan Jalalul Kiram III, mereka tidak akan berundur dan nekad untuk mati dan berkubur di Lahad Datu. Kenyatan itu dibuat selepas puak penceroboh mengembumikan 12 jenayah orang-orangnya yang terkorban. Ikrar itu besar makna dan maksudnya. Dengan dua kenyataan itu menunjukkan acara itu tidak akan berakhir dengan segera dan selamat. Pihak Malaysia sudah pun menaburkan risalah meminta penceroboh menyerah diri. Tetapi sehingga ke saat ini tawaran berkenaan disambut dingin. Ironisnya malam tadi dilaporkan berlaku tembak menembak di Semporna. Bagaimana pun pihak polis menafikan ia ada kena mengena dengan acara pencerobohan di Lahad Datu. Kita tunggu kenyataan selepas ini. Dalam situasi hari ini polis tidak boleh menyembunyikan apa-apa maklumat kerana dengan meledaknya media baru ia akan diketahui juga. Seperti mana pihak keselamatan mengetahui rahsia musuh, begitu juga musuh mengetahui rahsia dan langkah-langkah selanjut pihak keselamatan. Memerhati akan peristiwa atau acara itu serta perkembanganya dari minit ke minit, ia tidak akan selesai secara gampang tanpa kedua-dua pihak mencapai maksud di sebalik acara berkenaan. Sekiranya pencerobohan itu sesuatu yang realiti, mereka tidak akan undur ke belakang lagi, dan kalau pun undur mereka akan mara lagi di lain kali. Sebab mereka memulakan langkah dengan nawaitu memperolehi syahid. Makanya titisan darah yang ditelap bumi Lahad Datu itu menjadi pemula kepada sengeketa lebih panjang. Orang-orang Sulu terkenal dengan kekental jiwa juang sejati. Setiap kali mereka melangkah ke medan juang mereka tidak akan kembali kecuali mayat yang terkulai layu. Apa yang diingini di sebalik pencerobohan itu mereka mahukan bumi Lahad Datu khasnya Kampung Tanduo itu yang sebahagian dari bumi asal mereka. Tuntutan mereka ialah berasaskan kepada susur galur sejarah. Sebagai bangsa yang sedang memperjuangkan kemerdekaan bumi dan kedaulatan bangsa dan agamanya di dalam pemikiran mereka tiada makenisme lain untuk mendapatkannya kecuali menerusi perang. Jika itulah kebenarannya, dan acara itu bukan satu sandiwara, saya pasti kemelut yang berlaku hari ini tidak akan mudah berakhir dan meletakkan Sabah khasnya dan Malaysia amnya dalam era perang bersaudara. Persoalan kini dan apa yang ingin diketahui umum, kebenaran di sebalik acara berkenaan. Apakah acara pencerobohan itu sesuatu yang benar atau sebaliknya? Kalau benar ia tidak menjadi masalah tetapi kalau sebaliknya ia akan membawa implikasi lain. Kini timbul berbagai versi di sebalik kejadian itu. Paling 'lacat'nya ada mengatakan ia didalangi oleh orang-orang tempatan dengan campur tangan orang politik. Acara berkenaan ada motif politik. Versi yang paling popular ialah, acara itu adalah sandiwara yang dipentaskan oleh Umno untuk tujuan dan matlamat politik mereka. Jia ia benar inilah tindakan palik jijik dan celaka. Mudah saja untuk memahami ini kalau ia memang benar-benar benar. Kedudukan UBN di Sabah hari tidak seperti dahulu lagi. Sabah sudah bukan cash deposit kepada UBN. Perkembangan dan perubahan di Sabah menunjukkan negeri itu akan 'syahid' kepada Pakatan Rakyat dalam PRU-13 akan datang. Jadi untuk menyelamatkan Sabah terlepas dan jatuh kepada PR, maka sesuatu perlu dilakukan. Acara pencerobohan itu adalah salah satu tektik dan strateginya. Kononnya dengan meletusnya acara itu ia membawa kepada tindakan lebih dramatik lagi dengan mendaruratkan Sabah. Tujuannya bila Sabah didaruratkan maka Sabah terkecuali dari diadakan pilihan raya dan dengan itu Sabah terus di bawah pemerintahan UBN. Pendaruratan Sabah juga boleh mengheret kepada penangguhan pilihan raya umum ke-13. Umno mungkin berharap masa penagguhan itu akan memberi ruang untuknya berkempen dan terus melakukan penubaan dan pengeboman ke atas minda rakyat untuk terus berpihak kepadanya. Ini tidak ganjil kerana UBN pernah mempraktikan tindakan diluar moral agama dan adat bangsa ini di Kelantan tahun 1978. Tetapi soalnya sampai bila? Ada logiknya kalau acara pencerobohan itu bermotifkan politik. Untuk mengetahui gerak nadi Umno lihat kepada bagaimana helaan nafas ketakutan akhbar Utusan Malaysia. Belum apa-apa akhbar milik Umno itu sudah cuba mengheretkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dengan kejadian itu. Anwar sudah dikenakan getah walaupun nangkanya masih jauh di kebun. Hanya dengan mengambil sumber dari perisikan Filipina menerusi sebuah protal (Inquirer) yang mengatakan pihak pembangkang ada bertemu dengan penceroboh ia langsung menimbulkan nama Anwar Ibrahim. Apakah semudah itu sesuatu sumber itu diyakini oleh Utusan kemudian ia disebarkan? Tidakkah terfikir penyebaran sumber tidak sah itu boleh mendatangkan mudarat lebih besar? Petikan dibuat Utusan itu sesuatu yang serius. Ia mencabar wibawa dan intelengensi para perisik kita. Hendak tidak hendak perisik kita perlu membuat kenyataan menjawab pendedahan Utusan itu sama ada ianya benar atau fitnah kering semata-mata. Keberanian dan ketelusan pasukan perisik kita sememangnya dinanti-nantikan. Dengan sikap Utusan yang melampau dan sudah tidak siuman dalam aksi-aksi dan kebeciannya kepada Anwar itu maka tidak peliklah kalau pemimpin tertinggi PKR Tian Chua juga membuat perkara yang sama. Tian Chua membuat reverse psikologis dengan mengatakan kejadian atau acara pencerobohan itu adalah sandiwara. Mungkin Tian Chua agak skaptikal di dalam hal ini tetapi ia juga ada asas dan pengalaman sejarah tersendiri. Banyak kejadian-kejadian bersifat terrorist sebegitu berlaku di negara ini dimana asas perlakuannya boleh dipertikaikan. Peristiwa Memali Kedah (19 November 1985) yang membunuh 14 orang pengikut Ibrahim Libya dan Al Maunah di Bukit Jenalik, (2 Julai 2000) Perak adalah contohnya. Walaupun tindakan dan aksi di dalam kedua peristiwa itu benar, namun dari segi keperluan tindakan, kerasionalan penyelesaiannya sehingga mengorbankan nyawa boleh dipertikaikan. Penjelasan selepas itu termasuk Kertas Putih terus disangsikan. Mungkin mengambil pengalaman dari dua peristiwa itulah serta aidegn-adigen politik lain maka Tian Chua begitu 'gaduh' membuat kenyataan bahawa pencerobohan itu satu 'pantomin' oleh kerajaan UBN. Di akhir posting ini saya ingin membah untuk dijadikan bahan renungan bersama dalam mencari hakikat di sebalik peristiwa yang berlaku di Kampung Tanduo itu. Apa yang saya sebutkan ini boleh menjadi asas penentu apakah makna dan erti di sebalik acara pencerobohan itu. Bagi saya ia mungkin benar, (realistik) dan kebenaran itu telah diambil kesempatan oleh UBN atas motif politik. Iya juga mungkin palsu (sandiwara), sengaja direka-reka untuk mencapai tujuan politik. Kedua-dua natijahnya adalah politik. Maklumat yang baru saya terima bahawa pihak KDN ini sedang menyiapkan kertas kerja bagaimana untuk melakukan darurat ke atas Sabah? Kalau maklumat ini benar, maka jelaskan apa yang berlaku di Sabah itu sebagai satu acara yang tidak begitu abstrak sangat. Alasan kerana ia telah memakan korban untuk mengatakan ia satu perancangan tidak boleh diterima kerana tindakan orang politik akan melampaui pemikiran manusia yang normal dan ganjil. Saya teringat kepada madah saya berbunyi; SUMPAH DAN JANJI ORANG POLITIK TIDAK BOLEH DIPERCAYAI, TETAPI JANGAN MERASA MUSTAHIL DENGAN TINDAKAN ORANG POLITIK. Dalam politik untuk mendapatkan kuasa, taruhannya bukan saja masa, atau wang ringgit, tetapi nyawa juga. Sejarah dan pengalaman lalu menunjukkan sudah banyak nyawa terkobran atau dikorbankan kerana kuasa dan kedudukan. Kematian bekas ahli Parlimen Pasir Mas Hulu (Rantau Panjang) Abdul Samad Gol Ahmad Miangi tahun 1969 juga ialah kerana untuk mendapatkan kuasa politik! | ||||
Media maya dinasihatkan jangan siar komen negatif isu Lahad Datu Posted: 03 Mar 2013 05:35 AM PST Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Fuad Tan Sri Hassan berkata tindakan beberapa portal maya yang menyiarkan komen negatif yang menunjukkan kelemahan kerajaan, amat dikesali dalam suasana negara sedang menghadapi isu kritikal seperti itu. "Di saat negara menghadapi kemelut melibatkan keselamatan seperti ini, semangat patriotik adalah lebih penting daripada membiarkan rakyat membuat tafsiran serta andaian negatif terhadap isu yang sedang berlaku di Lahad Datu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Taman Keramat di sini hari ini. Fuad berkata demikian sebagai mengulas beberapa portal maya dan blog yang menyiarkan komen tidak bertanggungjawab antaranya menganggap kes di Lahad Datu sebagai satu sandiwara politik kerajaan. Beliau juga turut menasihati rakyat supaya memilih sumber rasmi sahaja untuk mengikuti perkembangan kes tersebut dan mengelak dari memilih pelbagai sumber yang belum tentu kesahihannya, serta mengelak daripada membuat pelbagai andaian. "Isu di Lahad Datu adalah isu keselamatan dan bukannya isu politik. Ia melibatkan persempadanan yang luas, perairan yang terbuka dan sejarah rumit yang tidak akan difahami oleh orang di luar Sabah. "Ia perlu ditanggani dengan teliti dan berhati-hati agar tidak melibatkan pertumpahan darah. Sehubungan itu rakyat negara ini perlu memberi kepercayaan kepada pihak keselamatan menanggani isu tersebut dengan sebaiknya berbanding membuat kupasan yang mengikut anggapan sendiri berdasarkan sumber-sumber yang tidak sahih," katanya. Fuad berkata rakyat perlu memberi kepercayaan kepada pasukan keselamatan dan membiarkan mereka melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan perkara itu dan mengembalikan keamanan di sana. – Bernama | ||||
Isu Lahad Datu: Siasat dalang, kata Musa Hassan Posted: 03 Mar 2013 05:32 AM PST Menurutnya, pihak berkuasa harus menyiasat sama ada maklumat itu benar atau tidak kerana ia melibatkan isu keselamatan negara. "Pihak berkuasa perlu pastikan sama ada maklumat atau dakwaan itu benar atau tidak. Jika benar, mereka harus mengambil tindakan segera," katanya. Sebelum ini, media Filipina dipetik melaporkan, perisikan negara itu mendapati individu dalam pembangkang sebagai dalang kepada isu di Lahad Datu. Beliau juga menyelar kenyataan beberapa ahli politik yang cuba memperlekehkan usaha pasukan keselamatan, kerana ia dilihat dapat mengeruhkan lagi keadaan. "Sepatutnya semua orang bersatu padu untuk menentukan konflik itu dapat diselesaikan, bukan tuduh menuduh antara satu sama lain," katanya pada sidang media bersama wakil 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), di sini, semalam. Beliau berkata, kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah baik dan mampu menamatkan konflik di Lahad Datu. "Saya percaya beberapa pegawai yang terlibat dalam operasi itu cukup berpengalaman. Mereka boleh memberi pandangan untuk menangani masalah tersebut," katanya. Dalam pada itu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor menasihatkan penduduk Sabah terutamanya yang tinggal di kawasan berlakunya insiden pecerobohan di Lahat Datu dan Semporna memberikan kerjasama kepada pihak polis bagi membantu pihak berkuasa membanteras dan menyelesaikan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata dari Selatan Filipina. Rahim berkata, antara bentuk kerjasama yang boleh diberikan termasuklah menyalurkan maklumat kepada polis jika mendapati mana-mana individu yang mencurigai berada di kawasan mereka. "Kemungkinan mereka ini menyerupai warga tempatan dan membolehkan mereka menyeludup masuk. Jadi penduduk tempatan harus berhati-hati dan sesiapa yang mereka syak, mesti segera lapor. "Penduduk tempatan harus tahu bahawa orang Sulu ini adalah keturunan lanun. Mereka kuat jadi perlu sangat berhati-hati. Kalau ada orang yang tidak dikenali, jangan mudah buka pintu atau beri makan dan minum," katanya kepada Sinar Harian Online. Sementara itu, Rahim menambah, kerjasama ini penting bagi memastikan pihak penceroboh tidak akan mengambil kesempatan terhadap orang awam. "Mudah-mudahan situasi tawanan tidak akan berlaku, kerana jika pihak penceroboh berada dalam terdesak, mereka boleh melakukan apa sahaja," jelas beliau. Mengulas perkara sama, beliau turut mendakwa kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mengaitkan insiden di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara Umno didakwa sebagai mengarut dan tidak masuk akal. Beliau mendakwa, kenyataan ahli parlimen itu tidak boleh diterima dan sedangkan semua sedia maklum, penceroboh berkenaan sudah lama merancang untuk merampas Sabah. "Pada hemat saya, PKR juga tidak kurang juga kepintaran mereka dalam bersandiwara. Saya juga pelik bagaimana Tian Chua sebegitu mudah menggunakan istilah sandiwara seperi menyebut ABC. "Kalaulah benar dakwaan dia (Tian Chua), takkan pemimpin Umno boleh ambil tindakan demikian sehingga sanggup meletakkan keadaan anggota keselamatan negara berada dalam keadaan bahaya. Soalnya sekarang, adakah Umno sudah gila atau Tian Chua sendiri yang sudah tidak betul?" katanya. | ||||
Wan Azizah: Dakwaan Anwar terlibat tuduhan liar Posted: 03 Mar 2013 05:23 AM PST KUALA LUMPUR - Dakwaan bahawa Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim 'mendalangi' pencerobohan ke atas Lahad Datu, satu tuduhan liar dan tidak berasas, kata Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Beliau menafikan laporan yang dikeluarkan oleh media antarabangsa itu apatah lagi apabila timbul isu terdapat pihak wartawan yang dibayar bagi mewujudkan perkara berkenaan. Menurutnya, apa yang dilaporkan media tempatan juga dengan secara jelas menyebut nama suaminya itu sebagai orang bertanggungjawab, adalah sama sekali tidak wajar. "Saya baca laporan, tidak ada sebut nama dan tidak ada apa-apa kaitan yang dikatakan dengan Anwar. "Laporan itu hanya menyatakan pembangkang, di Sabah ada beberapa pembangkang seperti The Star dan lain-lain. Jadi saya boleh katakan ia tidak menunjukkan kaitan dengan Anwar," katanya ditemui pada Program Nasihat dan Rawatan secara percuma anjuran Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai di Apartmen Pantai Indah Fasa 2, Pantai Dalam di sini, hari ini. Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pula berkata, pihaknya bukan sekadar menafikan perkara yang ditimbulkan itu, namun tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bertanggungjawab yang menyebarkan fitnah tersebut. Katanya, beliau tidak terkejut apabila perkara itu ditimbulkan kerana sebelum ini telah wujud penemuan bahawa seorang wartawan dibayar oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menulis berita-berita anti-Anwar. "Pada saya tidaklah menghairankan suara-suara untuk menyerang, yang penting kita bukan sahaja menafikan tetapi tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman kerana ini merupakan dakwaan yang terlalu berat, berkait soal keselamatan negara yang mengorbankan nyawa pejuang, rakyat kita. "Jadi pada saya perkara ini tidak lagi boleh dikompromi. yang kita minta adalah penjelasan terbuka apa sebenarnya yang berlaku sehingga memungkinkan kes serangan di Semporna malam semalam," katanya yang juga Naib Presiden PKR. Tambahnya, apa yang perlu ditumpukan kini adalah jaminan keselamatan negara termasuk memastikan perairan tidak dibolosi. "Saya minta kerajaan BN melihat dengan serius, gesaan ini bukan dari pakatan tetapi dari rakyat malaysia, bukan isu politik," katanya yang dalam masa sama akan meneliti dakwaan-dakwaan lain melibatkan Anwar untuk tindakan undang-undang yang bakal diambil. Terdahulu, kira-kira 1,000 masyarakat Lembah Pantai dilaporkan mendaftakan diri bagi menjalani rawatan secara percuma yang turut disertai oleh 14 tenaga pakar. Dr Wan Azizah juga tidak terkecuali memberi khidmat kepada msyarakat di Lembah Pantai dala program berlangsung jam 9 pagi hingga 12 tengah hari itu. | ||||
Lahad Datu: Kenapa polis bukan tentera kendali Posted: 03 Mar 2013 04:22 AM PST
Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, ketelusan pihak kerajaan memberikan penjelasan adalah penting bagi menjaga integriti dan maruah Malaysia. "Kita harap kerajaan kena telus, kena bertanggungjawab... kerana ini melibatkan masalah integriti dan maruah negara. "Apa lagi sudah sampai ke tahap ada yang sudah terbunuh dalam kejadian ini. Jadi, tak boleh dianggap sebagai satu perkara yang tidak serius," jelas beliau. Tambah beliau, isu tersebut seolah-olah ada sesuatu yang hendak disembunyikan oleh pihak kerajaan apabila melibatkan polis dibarisan hadapan pertahanan negara. "Pada pandangan kita, isu ini sepatutnya ditangani oleh tentera bukan polis. Kenapa sebaliknya, adakah ada sesuatu yang cuba disembunyi oleh kerajaan. Ini penjelasan yang kita minta," kata beliau. Mustafa berkata demikian kepada Harakahdaily selepas menyertai program dengan bakal-bakal calon PAS di sebuah hotel dekat sini semalam. 5 lagi polis mati Insiden di Lahad Datu naik ke fasal yang sangat membimbangkan sekarang apabila lima lagi anggota polis diberitakan terkorban di Semporna. Bernama melaporkan, seorang pegawai dan empat anggota polis meninggal dalam serangan di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah semalam. Menurut Bernama, ia disahkan oleh Ketua Polis Negara, Datuk Ismail Omar pada sidang media di Lahad Datu pagi ini. | ||||
Empat rakyat Malaysia ditawan, dakwa tentera Sulu Posted: 03 Mar 2013 03:21 AM PST TERKINI THE MALAYSIAN INSIDER Sejam sebelum itu, pihak berkuasa Malaysia mengatakan mereka telah menawan tiga penceroboh militan Filipina itu diikuti dengan pertempuran di tiga lokasi di negeri Borneo itu yang menyebabkan kematian lima anggota polis dan dua suspek militan. Militan yang mendakwa mereka sebagai Tentera Kesultanan Sulu, Jamalul Kiram III, berkata kepada pemberita di Bandar Taguig, lapor syesen radio Filipina dzBB Divine Caraecle. Jamalul dipetik sebagai berkata dia tidak mengarahkan serangan terhadap pihak berkuasa Malaysia dan menegaskan pengikutnya juga diarahkan untuk menghormati hak rakyat Malaysia yang ditawan itu. Sementara itu Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (gambar) sebelum ini dilaporkan berkata berlaku tiga insiden di tiga lokasi berlainan iaitu penahanan tiga anggota penceroboh yang cuba keluar dari kawasan kepungan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo, lima anggota polis mati ditembak di Kampung Seri Jaya Simunul di Semporna dan laporan pencerobohan 10 lelaki di Kampung Lumalong dan Kampung Dasar Lama di Kunak. "Saya juga telah memanggil Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin untuk mengukuhkan kedudukan dengan mengambil kira apa yang berlaku di tiga lokasi itu," katanya pada sidang akhbar di Residental Felda Sahabat kira-kira 130 kilometer dari sini. "Mereka juga dalam keadaan bersedia untuk tindakan selanjutnya." Ismail turut meminta orang ramai agar jangan mempercayai khabar angin dan berita yang tidak disahkan oleh polis tentang apa yang berlaku di negeri ini. Beliau berkata orang ramai tidak perlu membuat andaian melainkan disahkan pihak berkuasa terutama jika berdasarkan laporan di media sosial dan komunikasi lain. Ismail sekali lagi menegaskan bahawa sehingga hari ini polis tidak pernah mengeluarkan perintah berkurung kepada penduduk di negeri ini. Zulkifeli yang turut hadir dalam sidang media itu berkata bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan mereka, dua lagi batalion tambahan tentera dihantar hari ini dan ditempatkan di beberapa kawasan di kawasan pantai timur negeri itu. | ||||
Manipulasi kenyataan Tian Chua, media Umno beri gambaran salah Posted: 03 Mar 2013 03:17 AM PST Sidiqin Omar KUALA LUMPUR : Pandangan Tian Chua mengenai isu pencerobohan di Lahad Datu dimanipulasi media kawalan Umno sedangkan ia dibuat sebelum laporan berita kematian dua anggota keselamatan disahkan. "Keadilan Daily hubungi saya sebelum ada kematian. Ia langsung tak merujuk kepada kematian dua komando polis. Kita tak tahu ada kematian sehingga ada berita tembakan kira-kira jam 5 petang," katanya. Media kawalan Umno BN dengan memetik berita portal ini, sebaliknya memanipulasi kenyataan Tian dan memberi gambaran seolah-olah beliau tidak bersimpati dengan kematian dua komando polis dan keluarga mereka. Bercakap kepada Keadilan Daily petang ini, Tian berkata konspirasi yang dimaksudkannya ialah perancangan Umno BN yang cuba mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dirinya dengan kejadian berkenaan, sedangkan ia tidak benar. "Itu yang saya rujuk sebagai konspirasi. Saya kekal dengan pandangan, konspirasi terancang kerajaan Umno BN untuk alih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat. "Kerajaan dan BN eksploitasi pandangan dari fokus kepada isu RCI Sabah dan melempar tuduhan liar kepada pembangkang," kata Naib Presiden KEADILAN itu. Beliau percaya tragedi itu boleh dielak jika tahap keselamatan negara dipertingkat dan pasukan keselamatan dibenar menjalankan tugas secara profesional tanpa dicemari propaganda pemerintah. "Pandangan saya 'dimainkan' selepas ada perajurit gugur. Saya tak berniat menyinggung. Saya secara peribadi sampaikan ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga," kata Tian. | ||||
Pakatan jamin tidak pinggirkan OKU- Anwar Posted: 03 Mar 2013 03:15 AM PST KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat jamin tidak akan meminggirkan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan kelompok minoriti lain, tegas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Janji dan sumpah kita untuk laksana amanah dan menegakkan keadilan tak tercapai kalau OKU terpinggir," kata Anwar dalam 'Dialog OKU Bersama Pakatan' di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), hari ini. Tegas Anwar, antara hal paling utama akan diberi perhatian dalam manifesto Pakatan Rakyat adalah peluang pendidikan untuk rakyat termasuk warga OKU. "Demokrasi adalah akses kepada pendidikan yang berkualiti. Saya jelaskan, kita fokus kepada peluang pendidikan untuk semua rakyat," kata Anwar. Justeru Anwar memberi komitmen untuk melibatkan OKU dalam pembentukan dasar-dasar Pakatan Rakyat. "Saya tak mahu janji sekadar pilihan raya. Soal OKU dan kemiskinan bukan hanya agenda pilihan raya. Keyakinan kita ialah, jangan sampai munafik dalam politik. "Kita boleh beri manifesto yang lunak untuk kesejahteraan rakyat. Tapi, antara ungkapan kata dan pelaksanaan, itu berbeza," katanya. Dalam pada itu, Anwar berkata, OKU antara kelompok masyarakat yang paling kuat menyokongnya sejak gerakan Reformasi pada 1998. "Tak pernah terputus wakil OKU hadir di setiap majlis kami. Saya nak nyatakan secara peribadi, saya terkesan dengan nostalgia, semasa saya derita. "Apa maknya manusia bernama Anwar kalau lupa semasa dia derita, OKU berdiri tegak dan berani bersama. Saya hargai dukungan saudara," kata Anwar disambut laungan 'Reformasi! hadirin. Dalam program 'Dialog OKU Bersama Pakatan', Anwar turut menandatangani draf 'Pakatan Harapan OKU' yang diserahkan kepada Pengerusi Sekretariat OKU Bangkit yang juga peguam OKU, Mohamad Faizal Che Yusoff. | ||||
Siasat Menyeluruh 'Pencerobohan' Sempadan; Hukum Pengkhianat Negara! Posted: 03 Mar 2013 03:12 AM PST Wartawan BuletinMenurut Yang DiPertua PAS Besut, Ustaz wan Azhar wan Ahmad, tidak ada kompromi kepada isu keselamatan negara, bahkan jika terbukti ada mana-mana pihak yang terlibat atau pun cuai dalam menguruskan pintu masuk negara, tindakan segera perlu diambil. Katanya, hukuman setimpal dengan 'pengkhianatan' yang dilakukan kerana menggadai maruah negara, sekali pun yang terbabit adalah mereka yang pemimpin kerajaaan yang memeritah hari ini. "Kita (PAS) sangsi dan khuatir dengan tragedi pencerobohan oleh 'tentera Sultan Sulu' boleh masuk tanpa disedari oleh pihak keselamatan negara. "Sebab, kerajaan (Malaysia) telah menyediakan peruntukan besar kepada Kementerian Pertahanan untuk tujuan menjaga keselamatan dan kedaulatan negara. Ini (kejadian) memalukan rakyat dan negara di mata dunia,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas solat jenazah anggota komando Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Inspektor Zulkifli Mamat di rumah ibunya di Kampung Kubang Ikan, Kota Putra, Besut petang tadi. Sehubungan itu, PAS merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat,29, yang terkorban dalam peristiwa tembak menembak pada pagi Jumaat, di Lahad Datu, Sabah. Yang Dipertua Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata PAS turut bersedih dan sangat bersimpati dengan kejadian itu serta berharap agar ahli keluarga allahyarham bersabar dengan ujian Allah SWT. Beliau yang juga anggota Perhubungan PAS Terengganu mendoakan agar roh Allahyarham Zulkifli dan rakan setugasnya yang turut terkorban dicucuri rahmat serta mendapat pahala yang besar di sisi Tuhan. "Saya bagi pihak PAS kawasan Besut dan kepimpinan PAS Terengganu khususnya ucap takziah kepada ahli keluarga allahyarham Zul (Zulkifli) dan bersabarlah dengan ujian (takdir) ini. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan dianugerahkan pahala yang besar, Insya'Allah," ujarnya. Hadir sama menziarahi jenazah allahyarham Zulkifli iaitu Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Kota Putra, Ustaz Adam Said dan Ketua Muslimat PAS Terengganu, Safinah Jusoh. Beliau turut merasa bimbang dengan dakwaaan bahawa peristiwa tuntutan waris 'Kesultanan Sulu' itu mempunyai kaitan dengan pengeluaran projek member kad pengenalan keada warga asing dari Filipina tersebut. Namun beliau menegaskan, adalah menjadi perkara utama kepada Pakatan Rakyat tentang isu keselamatan dan kedaulatan negara Berjaya sekiranya diberi mandat memerintah negara. Sebelum itu, jenazah allahyarham yang tiba kira-kira jam 3.15 petang disambut oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang turut dihadiri oleh Ustaz Wan Azhar bersama beberapa orang pimpinan PAS Besut di Pengkalan Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Gong Kedak, Besut. Sekitar jam 4.00 petang jenazah allahyarham Zulkifli tiba di kampung halamannya dan disembahyangkan kira-kira 100 orang jemaah secara bergilir-gilir yang diimamkan oleh Pegawai Bahagian Agama dan Kaunseling IPD Besut, Mohd Sabri Harun. Manakala, selepas itu jenazah berkenaan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Bayor, kira-kira 800 meter dari rumah ahli keluarganya. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puan Nor Aziah Nor, 28, dengan dua orang anak berusia satu tahun dan lima tahun serta sedang mengandung dua bulan. | ||||
Abby Terus Bertweet Dengan Nada Lembut Walau DiSerang Bertubi-tubi Posted: 03 Mar 2013 03:09 AM PST Editor BULETINSejak beliau mengubah haluan, kembali menyerahkan diri kepada Allah dan perjuangan Islam, Abby sentiasa menerima kritikan dan diserang bertubi-tubi oleh musuh-musuh yang sentiasa cemburu kepada beliau. Sikap 'cool' Abby yang sentiasa menghantar mesej tweeter dengan nada lembut, walaupun diserang dengan 'sumpah seranah' dipuji oleh ramai pengikut beliau. "bagus kak abby ..kena serangpun masih bertweet dengan kata-kata yang lembut ........ tak perlu 'mencarut' pun untuk tegakkan kebenaran,"kata mierhafifii, seorang pengikut Abby yang dikutip dari laman sosial itu. [Gambar - Abby menghadiri satu program di Kampung Gaung Kuala Berang bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah pada minggu lalu] "Macam-macam fitnah tentang saya sampai (ada yang) kata saya sesat (dan) jauh tersasar ye? Dulu ye, sebab tak ambil tahu (tentag Islam dan perjuangan)........ Sekarang Alhamdullillah, ALLAH bantu,"jawab Abby dalam salah satu mesejnya. Abby turut membeikan pendapat terhadap isu-isu semasa terkini dan antara yang terbaru adalah, beliau mengkritik kerajaan Umno-BN Malaysia, kerana dikatakan lambat mengambil tindakan untuk mempertahankan keamanan di Lahad Datu. "terang-terang lanun dah masuk ke Sabah, kerajaan buat tak tahu, sampai lah kejadian meragut nyawa pagi tadi tap media tetap melaporkan (ia) berita palsu, ia permainan politik Umno-BN di Lahad Datu Sabah, rakyat jadi mangsa.......rakyat tahu Umno-BN bersalah....mereka nak tukar (kerajaan),"komen Abby pada 1 Mac lalu. | ||||
PRU13: 'Perantau Pulang, Pakoh Pakatan' dilancar Posted: 03 Mar 2013 03:04 AM PST
Tuan Guru Abdul Hadi menerima Deklarasi Shah Alam daripada Setiausaha Perantau. SHAH ALAM: Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) hari ini berikrar akan menjatuhkan kerajaan Umno BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) selepas sekian lama negeri itu berada dalam kemiskinan dan kemunduran. Ikrar tersebut terkandung dalam Deklarasi Shah Alam yang dibaca di Himpunan Anak Terengganu di Perantauan 2013 (HAT13) di Unisel, dekat sini hari ini. Kira-kira 800 Perantau yang hadir dari seluruh Lembah Klang itu berikrar akan melaksanakan lima perkara iaitu: 1. Untuk terus berusaha membawa rakyat Terengganu keluar dari kemelut kemunduran, kemiiskinan dan kos sara hidup yang tinggi dalam segala bentuk yang kami mampu. 2. Membawa pulang ilmu, kemahiran dan pengalaman yang ditimba demi kemajuan dan kemakmuran Terengganu. 3. Terus menuntut agar hak royalti rakyat negeri Terengganu dikembalikan kepada kerajaan dan rakyat Negeri Terengganu sebagai hak rakyat Terengganu, dan bukannya sebagai belas ihsan. 4. Untuk terus mengembeling usaha bersama rakyat Terengganu mengembalikan kegemilangan dan maruah rakyat Terengganu melalui kedaulatan Islam dalam sebuah negeri yang penuh dengan kebajikan serta kemakmuran. 5. Untuk menyeru dan mengajak rakyat Terengganu seluruhnya agar menumbangkan pemerintahan Umno dan BN yang telah terbukti gagal dalam membawa kemakmuran, kemajuan dan kedaulatan Islam di Negeri Terengganu. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapannya berkata, PAS sangat mengharapkan undi Perantau pada PRU13 kerana Terengganu berperanan penting memperkasa politik Melayu Islam. "Dalam memperkasa politik Melayu Islam Terengganu memainkan peranan besar. "Kita perlu sedar Terengganu merupakan negeri yang diperkasa dengan Islam melalui dengan kewujudan batu bersurat. "Terengganu juga merupakan negeri yang paling akhir dijajah," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Marang. Ustaz Hadi turut melancarkan kempen 'Perantau Pulang, Pakoh Pakatan'. Turut hadir ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. Terdahulu, program diisi dengan diskusi 'Terengganu Maju: Impian dan Harapan Rakyat yang dibarisi lima ahli panel. Mereka ialah Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan Dalam Negeri, Datuk Ismail Hamzah, Pengerusi Amanah Terengganu, YM Datuk Raja Kamarul Baharin Shah Raja Ahmad, Anggota GLC Selangor, YM Raja Idris Raja Kamaruddin, Pengarah Institut Kajian Polisi (IKP) PAS, Prof Dr Mohd Khazani Abdullah dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Mastura Mohamad. Sebelum itu, YM Raja Kamarul Baharin juga membentangkan kertas kerja 'Harapan Orang Terengganu' (Hot). Manakala Prof Dr Mohd Khazani membentangkan kertas kerja 'Terengganu Maju: Harapan dan Cabaran. | ||||
Polis diminta lindungi JMB dari ugutan politik Posted: 03 Mar 2013 03:02 AM PST
KUALA LUMPUR: Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, beliau telah menerima laporan bahawa terdapat Pengerusi JMB yang diugut oleh sebuah parti politik kerana mengeluarkan notis bahawa mana-mana parti politik yang mahu menampal poster di dalam kawasan pentadbiran JMB itu perlu mendapat kelulusan JMB. Katanya, Pengerusi JMB tersebut, Hazni Harun, Pengerusi JMB Pangsapuri Kos Rendah Taman Cahaya, Pandan telah membuat laporan Polis di Cyberjaya pada 27 Februari lepas sehubungan ugutan tersebut. "Ugutan yang diterima adalah berapa ugutan untuk membakar. Laporan dibuat di Cyberjaya kerana ugutan diterima melalui telefon ketika beliau di Cyberjaya. "Menurut beliau ugutan itu dibuat pada 26 Februari oleh seorang individu yang mengenalkan dirinya sebagai Azmi dan mengaku sebagai Penyelaras Kawasan Dewan Negeri Chempaka sebuah parti politik," ujarnya dalam satu kenyataan. Katanya, JMB atau MC bertanggung jawab mengurus dan menyelenggara sesebuah pembangunan berstrata seperti pangsapuri atau kondominium. Justeru, jelasnya sebarang notis yang dikeluarkan oleh JMB atau MC agar kelulusan mereka diperolehi sebelum poster-poster ditampal di tempat awam adalah wajar kerana menjadi tanggung jawab mereka untuk menentukan kebersihan kawasan-kawasan tersebut, ianya bukan tanggung jawab Pihak Berkuasa Tempatan. "Adalah juga menjadi tugas JMB dan MC untuk melakukan sebarang kerja-kerja baikpulih seperti mengecat semula sekiranya penampalan poster-poster itu mengakibatkan kerosakan kepada hartabenda milik bersama (common properties) di sesebuah pembangunan," katanya. Beliau menjelaskan, lazimnya JMC dan MC akan mengenakan deposit kepada pemilik-pemilik kediaman yang ingin menjalankan kerja-kerja "renovation" kepada kediaman mereka. Menurutnya lagi, deposit itu akan dipulangkan setelah kerja-kerja tersebut selesai. Oleh itu, ujar beliau notis daripada JMB di Ampang itu adalah bukan sesuatu yang tidak munasabah. Walau bagaimanapun, kata Iskandar JMB dan MC hendaklah bertindak adil, sesuai dengan amalan demokrasi di negara kita. "Parti-parti politik hendaklah juga memahami tugas dan tanggung jawab JMB dan MC. Tindakan mengugut seperti di Pandan itu mesti dianggap sebagai satu jenayah yang serius oleh pihak polis. "Pihak Polis mesti menyiasat kes ini dan melindungi mana-mana JMB atau MC yang diugut," katanya yang juga Adun Chempaka. | ||||
Apabila rakyat bangkit, ‘Firaun’ pun boleh tumbang – Anwar Posted: 02 Mar 2013 09:06 PM PST Norutul Ilham BATU PAHAT : Kebangkitan rakyat yang menyeluruh mampu menumbangkan sesiapa jua sekalipun Firaun, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua Umum KEADILAN itu percaya semangat juang rakyat untuk mempertahan negara dari pemimpin zalim boleh dilakukan, dengan mengambil contoh kejatuhan Firaun. "Mesir dikongkong Firaun ribuan tahun. Tapi bila rakyat bangkit, Firaun boleh tumbang. Apatah lagi, firaun kecil kalau ada," katanya, sinis dan disambut sorakan. Beliau berucap demikian depan lebih 5,000 rakyat di Markaz PAS Sungai Tongkang, Rengit, Batu Pahat, 2 Mac. Dalam konteks negara ini, kata Anwar, tiada kaedah lain untuk menumbangkan Umno BN pada pilihan raya akan datang kecuali melalui kebangkitan rakyat. Beliau juga percaya, perbuatan pencacai Umno yang mengamal taktik memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat, tidak akan membawa kejayaan. "Kerja fitnah saja Umno, dia orang Melayu-Islam tapi tidak peduli langsung apa yang hak dan apa yang batil. "Dia solat, pergi umrah. Tapi balik, fitnah orang. Apa jenis manusia? Keadaan sudah berubah, orang boleh fikir. Bagi wang (BRIM), ambil tapi malam dengar ceramah kita," katanya. | ||||
Najib bayar penulis Amerika untuk buruk-burukkan Anwar Posted: 02 Mar 2013 09:04 PM PST Aliff Fikri KUALA LUMPUR: Media antarabangsa mendedahkan perbuatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengupah media Amerika Syarikat untuk memburuk-burukkan reputasi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Bayaran dibuat kepada beberapa wartawan konservatif Amerika yang bekerja di Huffington Post, San Francisco Examiner, Washington Times, Natinal Review dan Red State. "Maklumat diperoleh Jabatan Keadilan yang difailkan bawah Akta Pendaftaran Agen Asing untuk menyerang tokoh pro-demokrasi itu. Kempen itu bermula Mei 2008 hingga April 2011 dan ia diketuai oleh Joshua Trevino. "Trevino menerima bayaran USD389,724,70," tulisan portal BuzzFeed bertarikh semalam, dipetik . Mengikut portal itu, antara 10 nama yang terlibat memburuk-burukkan nama Anwar ialah Ben Domenech; Pengarah Pusat Demokrasi Amerika, Rachel Ehrenfeld; Editor majalah Commentary, Seth Mandel; Penulis Red State, Brad Jackson dan beberapa nama lagi. Ben Domenech, bekas blogger Washington Post menulis mengenai senario politik Malaysia. "Tugas saya ialah menulis tentang pergaduhan politik di sana dan memberi pendapat saya sendiri," katanya dipetik portal berpangkalan di Manhattan, New York itu. Naib Presiden Yayasan Dasar Awam Texas, Chuck Devore berkata, ia perkara biasa untuk diupah dan dibayar oleh sumber luar. "Ia bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi penulis bebas untuk dibayar dari pelbagai sumber, seperti yang dilakukan oleh Trevino," katanya lapor BuzzFeed. Sam Mandel pula mengakui dibayar oleh Joshua dan tidak mengetahui wujudnya entiti lain di belakangnya. "Saya penulis blog berkaitan isu Israel dan anti-semitisme. Kemudian Joshua hampiri saya dan memperkatakan tentang Anwar yang membuat komen anti-semitik dan bergabung dengan organisasi anti-Israel. "Saya tidak mengetahui ia ada kaitan dengan kerajaan Malaysia dan saya hanya tahu, saya dibayar oleh Joshua," katanya dipetik. Untuk baca tulisan asal, KLIK INI. | ||||
Isu Lahad Datu: Jeffrey Kitingan nafi terlibat Posted: 02 Mar 2013 08:59 PM PST SHAH ALAM – Pengerusi Parti Reformasi Negeri Sabah (Star), Datuk Dr Jeffrey Kitingan menafikan beliau menjadi dalang isu Lahad Datu. Media Filipina mendakwa pembangkang terlibat dalam pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina. "Bukan," katanya menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Sinar Harian semalam. Sebelum ini, media Filipina dipetik melaporkan, perisikan Filipina mendapati individu dalam pembangkang sebagai dalang kepada isu di Lahad Datu. "Pegawai perisikan itu berkata, seorang ahli politik pembangkang yang menjadi sekutu (Datuk Seri) Anwar Ibrahim telah bertanding untuk jawatan di Sabah. Ahli politik itu adalah salah seorang yang bercakap dengan Kiram. "Beliau konon mewakili pembangkang menyokong Kiram untuk menuntut Sabah," lapor Philippine Daily Inquirer, semalam. Difahamkan, kumpulan bersenjata itu yang diketuai Raja Muda Azzimudie Kiram yang juga adik Sultan Sulu, Jamalul Kiram III didakwa terpedaya janji sekutu Anwar yang menyokong mereka dalam tuntutan ke atas Sabah. | ||||
PKR cabar dakwaan kaitkan Anwar dengan pencerobohan Posted: 02 Mar 2013 08:57 PM PST Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang dihubungi The Malaysian Insider semalam berkata laporan media antarabangsa seperti Reuters dan portal Filipina The Philipine Inquirer yang melaporkan sumber risikan Filipina mendakwa seorang pemimpin yang rapat dengan Anwar telah mengadakan pertemuan dengan penceroboh bersenjata terbabit di Sabah bukanlah perkara mengejutkan. "Saya tidak terkejut kalau ada pihak luar digunakan untuk memburukkan Anwar," katanya kepada The Malaysian Insider. "Ini semua tuduhan yang tidak berasas dan cuba mengalihkan pandangan dari isu sebenar ... kita minta jangan alihkan pandangan rakyat, bagaimana keselamatan lautan dan wilayah kita boleh dicerobohi," tegasnya, dan menuntut jawapan daripada Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara (KPN). Jelas ahli Parlimen Gombak itu lagi, setiap tuduhan yang dibuat juga perlu dikemukakan dengan bukti. "Siapa yang buat tuduhan kepada Anwar perlu kemuka bukti ... bukti kukuh perlu ada sebelum buat tuduhan," tegasnya, dan menambah, "ini memang kerja Umno, padamkan fakta dan mengalih perhatian rakyat." Portal Philipine Inquirer sebelum ini melaporkan seorang pemimpin utama pakatan pembangkang di Sabah yang rapat dengan Anwar telah mengadakan pertemuan dengan penceroboh bersenjata terbabit di Sabah. Portal berkenaan turut melaporkan dipetik sumber risikan kerajaan Filipina, pertemuan berkenaan yang berlangsung pada November tahun lalu menyebabkan Sultan Sulu Jamalul Kiram III mengarahkan pengikutnya menceroboh Kampung Tanduo, lokasi penceroboh yang mendakwa mereka adalah Tentera Kesultanan Sulu berkubu. Reuters juga pada 14 Februari lalu memetik kenyataan seorang pegawai tentera Filipina mendakwa pencerobohan tersebut berlaku atas jemputan pembangkang negara ini Pertempuran kemudiannya tercetus Jumaat lalu selepas tiga minggu penceroboh berkenaan berkubu di sana dengan pasukan keselamatan Malaysia apabila mereka dikatakan melepaskan tembakan ke arah pasukan polis. Insiden tembak menembak yang berlaku sekitar jam 10 pagi itu turut menyaksikan dua anggota pasukan polis terbunuh, manakala tiga lagi cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka diserang menggunakan mortar. Azmin turut berkata, tuduhan yang dikeluarkan terhadap Anwar itu juga bertujuan untuk melemahkan sokongan terhadap PR yang mana jelasnya mempunyai sokongan yang semakin kuat daripada rakyat Sabah. "Rakyat Sabah telah bangkit dan memberi dokongan kuat kepada PR, maka tuduhan seperti ini cuba melemahkan sokongan mereka. "Usaha ini dibuat Umno dalam pelbagai cara, dulu kita tahu Umno gunakan pihak luar dari AS (Amerika Syarikat) untuk memburukkan Anwar," katanya lagi Sementara itu, pegawai khas kepada Anwar, Najwan Halimi yang dihubungi The Malaysian Insider memaklumkan, ketua pembangkang itu telah mengarahkan peguamnya, Latheefa Koya untuk meneliti laporan media berkenaan untuk mengambil tindakan selanjutnya. "Datuk Seri Anwar telah memaklumkan kepada peguamnya untuk mengkaji kenyataan itu ... sekiranya ada tindakan susulan, kita akan maklumkan," katanya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan Malaysia tidak akan berlembut dengan penceroboh bersenjata dari Filipina itu lagi kerana mereka telah melakukan kesalahan jenayah yang besar dengan menceroboh negara ini dan membunuh dua anggota polis daripada pasukan komando polis. Beliau juga menegaskan Malaysia tidak akan berunding untuk kali kedua dengan penceroboh berkenaan. "Kerajaan ambil pendirian, masa untuk mempertimbangkan permintaan kumpulan tersebut telah berakhir. "Kita bertegas dalam hal ini kerana apa yang mereka lakukan jenayah yang amat serius ... mereka ceroboh dan bunuh anggota polis, serta mencederakan anggota keselamatan kita ... mereka hanya ada dua pilihan, serah diri atau terima tindakan daripada pihak keselamatan," tegasnya. Inspektor Zulkifli Mamat, 29 dan Koperal Sabaruddin Daud, 46, terbunuh dalam pertempuran di Lahad Datu akibat serangan mortar. Manakala 10 anggota penceroboh berkenaan turut dilaporkan terbunuh dalam pertempuran tersebut. Dianggarkan 180 pemberontak Filipina, termasuk 30 lelaki bersenjata menceroboh Sabah pada 9 Februari lalu dan enggan beredar, walaupun telah diarahkan oleh kedua-dua kerajaan Malaysia dan Filipina. | ||||
Hamza: Dua terkorban dalam serangan hendap di Semporna Posted: 02 Mar 2013 08:49 PM PST Beliau berkata dua anggota pasukan keselamatan itu yang sedang membuat serbuan di perkampungan atas air itu telah ditembak oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali pada pukul 6.30 petang semalam. Beliau bagaimanapun tidak memberi maklumat terperinci mengenai identiti anggota keselamatan yang terbunuh itu semasa ditemubual secara langsung melalui panggilan telefon dengan stesen televisyen TV3 dalam program 'Malaysia Hari Ini' di sini pagi ini. Hamza berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan sama ada kumpulan penyerang yang kurang daripada 10 orang itu mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari Filipina. Menyentuh mengenai kumpulan penceroboh itu, Hamza berkata mereka terhad di Kampung Tandou, Lahad Datu dan telah dikepung oleh pasukan keselamatan negara. Beliau juga menegaskan keselamatan di Lahad Datu dan di Sabah, adalah terkawal dan menasihati penduduk di negeri itu supaya tidak mendengar khabar angin dan mereka boleh menghubungi ketua polis daerah di negeri ini untuk mendapatkan pengesahan. – Bernama | ||||
Sokongan warga Felda berubah, PR mampu menang 15 – 30 “kerusi Felda” Posted: 02 Mar 2013 08:44 PM PST SHAH ALAM: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) percaya peneroka felda terutama ganerasi muda akan membuat perubahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Ini ekoran anjakan sokongan yang memberansangkan sekaligus mampu membantu Pakatan Rakyat memenangi 15 hingga 30 kerusi parlimen yang mempunyai kawasan Felda. Ini berbanding hanya empat kerusi parlimen dengan skim Felda yang dimenangi PR dalam PRU-12, kesemuanya di Kedah. Pengerusi Anak, Mazlan Aliman mengakui 54 kerusi parlimen yang mempunyai skim Felda dahulunya adalah 'fix deposit' (simpanan tetap) Umno-BN. "Namun dengan anjakan sokongan ganerasi muda, saya berkeyakinan ini ujian getir buat Umno-BN," kata ahli jawatankuasa Pas pusat itu kepada Tv Selangor. Mazlan berkata peralihan sokongan oleh peneroka Felda kepada PR berlaku setelah semakin banyak maklumat tentang salah-urus Felda oleh pentadbiran Umno-BN sampai kepada peneroka. Maklumat tersebut masih dapat disalurkan kepada peneroka walaupun terdapat pelbagai sekatan terhadap aktivis Anak dan PR daripada memasuki kawasan felda. "Sekatan bukan bererti kita tidak boleh teruskan (penyampaian maklumat). Namun kita terus menyalurkan maklumat kepada mereka. "Kita ada pendekatan melalu media alternatif dengan gerakan maksimum unit media di bawah. Sebahagian besar (maklumat) sudah diakses," tambahnya lagi. Sebelum ini, Anak sering berhadapan sekatan dan provokasi pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menghalang warga felda daripada maklumat semasa mengenai Felda dan kedudukan saham Felda Global Ventures (FGV). Siri jelajah ke seluruh Malaysia menyaksikan aktivis dan ceramah ANAK diserang pihak yang tidak bertanggungjawab. | ||||
Seminar Bagi Memupuk Penyertaan Wanita Dalam Program, Pimpinan Masjid Posted: 02 Mar 2013 08:42 PM PST SHAH ALAM : Kerajaan Negeri hari ini melancarkan Seminar Wanita Masjid bagi meningkatkan penyertaan golongan itu dalam program masjid dan bagi memupuk kepimpinan di dalam institusi masjid di Selangor. Bertempat di Masjid Negeri pagi tadi, seminar yang julung-julung kali dianjurkan itu dirasmikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga merupakan Exco Hal Ehwal Islam. "Ini antara usaha perintis kita untuk memupuk semangat cintakan masjid di kalangan wanita seterusnya menjadikan mereka lebih berminat dan yakin untuk beribadat di masjid. "Di samping itu, kita juga berharap agar usaha ini dapat menyemai budaya cintakan ilmu dan maklumat di kalangan mereka, seterusnya membina asas kepimpinan wanita yang proaktif di masjid," ujar Abdul Khalid di hadapan hampir 2, 000 peserta. Bagi mencapai segala objektif itu, tambahnya, Kerajaan Negeri juga akan memperlengkapkan setiap masjid di negeri ini dengan perkhidmatan internet 'wifi'. "Dengan ini, komunikasi yang lebih interaktif dapat diadakan dengan meluas secara online, yang pastinya memberi banyak manfaat kepada semua," jelas beliau. Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussin ternyata gembira dengan sambutan yang diterima hari ini. "Kita jangkakan hanya sekitar seribu penyertaan tapi ternyata kita terima lebih ramai lagi (peserta). "Ini adalah satu petanda positif untuk program sebegini," jelas beliau. Hadir sama ialah isteri Menteri Besar, Puan Sri Salbiah Tunut serta Timbalan Exco Hal Ehwal Islam, Dr. Abdul Rani Othman. | ||||
Lahad Datu: Anwar arah kaji saman ke atas media Umno Posted: 02 Mar 2013 08:36 PM PST
Anwar di majlis ceramah malam tadi - foto Malaysiakini PULAU PINANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan peguamnya untuk mengkaji tindakan undang-undang terhadap dua media Umno iaitu Utusan Malaysia dan TV3 berikutan laporan yang mendakwa beliau terlibat dengan kes Lahad Datu. Anwar dalam kenyataannya selepas memberikan ceramah dekat sini berkata, beliau tidak ada kaitan dengan kesultanan Sulu sebagaimana yang didakwa. "Jika saya bertemu pun apa isunya? Siapa di dalam kerajaan yang tidak pernah bertemu dengan pemimpin Moro Islamic Liberation Front Haji Murad Ebrahim atau (Moro National Liberation Front leader) Nor Misuari?" tanya Anwar selepas memberikan ceramah kepada lebih 2,000 orang di Seberang Jaya. "Apa yang pentingnya, adakah saya terlibat memberikan arahan agar berlaku kebangkitan di sana atau pencerobohan kepada sempadan kita," kata Anwar sebagaimana dilaporkan wartawan Malaysiakini. Menurut Anwar, apa yang beliau pernah nyatakan dalam kes ini adalah mempersoalkan kenapa sempadan negara begitu mudah dicerobohi dan mengapa masa yang terlalu lama diambil kerana soal keselamatan tidak boleh dikompromi. Utusan dalam laporannya memetik kononnya pemimpin politik pembangkang di Malaysia memberikan jaminan untuk memberikan kuasa otonomi kepada Sabah jika menang dalam pilihan raya nanti. TV3 pula malam tadi memberikan 30 minit masa untuk melaporkan kes Lahad Datu dan 5 minit melaporkan dakwaan Anwar terlibat dalam pencerobohan itu. TV3 juga mengecam kenyataan Tian Chua kononnya pencerobohan itu adalah sandiwara Umno menjelang pilihan raya. | ||||
Video dakwa Umno upah RM15 tersebar di internet Posted: 02 Mar 2013 08:26 PM PST
KUALA LUMPUR: Satu lagi rakaman video terlepas ke internet memaparkan rakaman sekumpulan remaja lelaki Kelantan sedang beratur mendapatkan upah mereka dari pihak tertentu. Video yang berdurasi 1.25 minit itu dimuat naik ke Youtube dan Facebook oleh pengguna dengan tajuk "[Edisi kantoi] Umno Upah Mat Rempit Sambut TPM di Kelantan". Dalam rakaman itu, beberapa orang remaja turut ditanya oleh perakam video terbabit, berhubung jumlah wang diperolehi. "Lima belas ringgit," jawab beberapa remaja sambil menunjukkan wang tersebut. Pemberian 'upah' itu dibuat di bawah sebatang pokok dihadapan sebuah rumah dengan beberapa bendera BN disekelilingnya. Bagaimanapun aksi sebenar pemberian serta pihak yang terlibat memberikan upah itu tidak jelas kelihatan ekoran sudut rakaman yang dilindungi sebuah kereta. Ianya boleh ditonton melalui pautan http://www.youtube.com/watch?v=NOzRqgj4qOI Rakaman video itu juga dipercayai ada kaitan dengan lawatan sehari Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri ke Kelantan kelmarin. Selain menghadiri majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan di Tunjong, beliau juga menghadiri Himpunan Anak Muda Kelantan di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan di Tanjung Chat. | ||||
P Pinang bina terowong laluan bawah laut Posted: 02 Mar 2013 08:22 PM PST
Ia bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar). Pembinaan itu akan menghubungkan Seberang Perai Utara dengan pulau bag memajukan kawasan itu selaras dengan kepesatan pembangunan sejak kebelakangan ini. "Walaupun Seberang Perai Utara dikuasai pembangkang Umno dan BN namun Kerajaan Pakatan Rakyat tetap meningkatkan kemajuan di situ demi rakyat bukan kerana dendam politik. "Kita mencadangkan laluan ketiga di situ di mana Terowong Dasar Laut menghubungkan Gurney Drive dan Bagan Ajam yang menelan belanja RM6.3 bilion hasil pelaksanaan tander terbuka berbanding kos asal RM8 bilion diera pemerintahan BN," tegasnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Agenda Ekonomi Saksama (AES) yang diadakan di Dewan Haji Ahmad Badawi, Butterworth pagi tadi. Beliau percaya pembinaan itu nanti akan memberikan lonjakan ekonomi pada penduduk Seberang Perai Utara di samping memberikan peluang pekerjaan yang cerah kepada anak-anak muda. Menurut Lim, walaupun sedar cadanganya menimbulkan kemarahan sesetengah pihak ekoran tidak menerima cadangan mereka yang mahukan kerajaan nmegeri mengenakan bayaran kepada kenderaan yang ingin memasuki Georgetown. Mereka mendakwa cara tersebut, akan mengurangkan kesesakan serta berpeluang menambah pendapatan negeri. "Kita tidak akan gunakan pendekatan mereka kerana ia akan menimbulkan kemarahan rakyat. Lebih baik kita buat terowong kerana ia dapat memberikan beberapa keistimewaan sebagai tarikan pelancung, " ujarnya. Kontraktor berpengalaman telah dilantik untuk melaksanakan projek tersebut, jelas beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (Adun) Air Putih, Balik Pulau. | ||||
Ameerah santuni masyarakat Tebrau Posted: 02 Mar 2013 08:20 PM PST
Program petang semalam itu diadakan di sekitar Pasaraya Today's Mall dan Econsave Taman Desa Cemerlang dengan mengedarkan lebih 150 biji epal hijau kepada orang ramai yang berkunjung di situ, lapor NusajayaKini. Selain epal, mereka turut mengedarkan penanda buku Ameerah serta bahan bercetak lain termasuk tawaran pakatan rakyat khusus kepada anak muda. Selain itu, pemuda PAS kawasan Tebrau pula telah menganjurkan Program Derma Darah dengan kerjasama PASTI Al-Irfan dan Hospital Sultan Ismail Johor Bahru di Today's Mall. Ameerah kini giat menjalankan aktiviti bertemu masyarakat menjelaskan berhubung tawaran Pakatan Rakyat ke seluruh negara. Mereka juga dilihat sering tampil dengan pendekatan segar dan mesra anak muda termasuk dengan pendekatan persembahan musik di tempat yang menjadi tumpuan awam. | ||||
Minta 20 tahun tak dapat elektrik, akhirnya pindah Posted: 02 Mar 2013 08:18 PM PST
Mohd Ja'afar Sari peniaga buah-buahan yang dipetik NusajayaKini berkata, pelbagai kepayahan dihadapinya selama 20 tahun berniaga tanpa bekalan elektik. Menurut Ja'afar, beliau terpaksa menanggung kos bahan api sebanyak RM300 sebulan untuk menghidupkan generator berbanding hanya RM100 jika menggunakan bekalan elektrik TNB. Seorang lagi, Mohd Tan Chan Abdullah pemilik kilang papan terpaksa mengambil tindakan sama, dengan berpindah ke tempat lain. Menurut Tan, beliau menghadapi masalah yang sama sejak 18 tahun yang lalu apabila terpaksa membelanjakan kos sebanyak RM 7,000 sebulan untuk membeli minyak diesel bagi menghidupkan generator berbanding kos hanya sekitar RM2,000 sekiranya menggunakan bekalan elektirk TNB. Mereka mendakwa, permohonan kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dilakukan sebanyak dua kali dan makluman juga telah dibuat kepada wakil rakyat berkaitan. Namun sehingga kini kata mereka, tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak terlibat. Difahamkan juga, jarak antara kampung berkenaan dengan punca elektrik hanya berjarak dalam lingkungan 2 kilometer. Tanah yang didiami penduduk di kampung ini juga didakwa berstatus Penempatan Berkelompok (GSA). Masalah mereka ini turut diadukan kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat yang turut turun melihat kepayahan mereka. Justeru Suhaizan mendesak pihak bertanggungjawab mengambil perhatian dan tindakan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk kawasan ini. | ||||
Banjir: Jumlah mangsa turun di Kelantan Posted: 02 Mar 2013 08:12 PM PST Keadaan banjir di Kelantan semakin pulih dengan seramai 160 orang masih berada di pusat pemindahan sehingga pagi ini, berbanding 216 orang malam tadi. Jumlah mangsa di Perak dan Terengganu kekal 137 orang. Menurut portal rasmi banjir Majlis Keselamatan Negara sehingga 9 pagi, di Kelantan, 50 buah keluarga dari Kampung Simpangan masih ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubur 2, Tumpat. Kesemua mereka dijangka dibenarkan pulang selewat-lewatnya petang ini jika keadaan banjir di kampung itu semakin baik. Sementara itu, semua sungai utama di Kelantan berada pada paras biasa dan keadaan cuaca pagi ini adalah cerah. Di Perak, 111 orang masih ditempatkan di dua pusat pemindahan iaitu seramai 12 orang di Dewan Orang Ramai Padang Serai Dalam, Larut Matang dan 99 orang di Sekolah Agama Rakyat Padang Serai, Manjung. Di Terengganu, 26 orang masih ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di Surau Kampung Nyatoh, Setiu.- Bernama |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan