ALHUSSEYN |
Bintang filem terkenal Filipina sokong perjuangan Jamalul Kiram Posted: 02 Mar 2013 11:00 PM PST Bintang filem terkenal Filipina, Robin Padilla menunjukkan sokongan beliau kepada Sulu Sultan Jamalul Kiram III dengan membuat kunjungan mengejut di kediamannya di Kampung Maharlika Taguig City, petang Sabtu. Beliau memberi Kiram cek P500, 000 untuk keperluan perubatan. Padilla memberitahu pemberita dia terhutang budi kepada Kiram yang memperkenalkan agama Islam kepadanya, ketika dia ditahan dalam penjara kerana tuduhan memiliki senjata haram. Kunjungan Padilla itu menarik perhatian orang ramai apabila beliau dan beberapa kawannya tiba sejurus selepas 2 petang dengan helikopter di Masjid Biru, yang bersebelahan dengan rumah Sultan. Beliau bersama Kiram selama kira-kira 30 minit membincangkan nasib abang dan waris sultan dan 235 pengikut, di Sabah dimana 10 daripada mereka telah dibunuh oleh pasukan keselamatan Malaysia pagi Jumaat. "Nakakalungkot kasi Muslim ang pumatay sa kapwa Muslim. Narito ako para maliwanagan (adalah menyedihkan kerana sesama Islam berbunuhan.Saya di sini untuk mendapat penjelasan), pelakon itu memberitahu wartawan sejurus sebelum dia diiringi ke bilik Kiram. "Marami akong tanong na kailangan ng sagot. Bakit pinayagan nating mapatay ang ating kapwa Pilipino. (Saya ada banyak pertanyaan yang memerlukan jawapan.Kenapa kita biarkan orang kita dibunuh?" tambahnya. Pelakon tersebut mengelak mengenai soalan mengenai seruan kerajaan supaya Kiram dan pengikut-pengikutnya pulang dengan berkata, kerajaan sepatutnya duduk berbincang dengan Kesultanan Sulu kerana ianya pernah pernah mempunyai hubungan dengan kerajaan asing sewaktu berkuasa dulu. "Nandito ako para mag-apela. Kapwa Pilipino na natin ang pinapatay doon. Ako nasasaktan ho bilang isang Muslim at isang Pilipino ( Saya di sini untuk membuat satu rayuan. Rakyat kita dibunuh di sana.Saya sangat sedih sebagai seorang Muslim dan seorang Filipino), katanya.Lihat sumber di sini |
Perang Gerila di Sabah bermula ~ akhbar enggan melaporkan Posted: 02 Mar 2013 07:18 PM PST Mana satu laporan yang tepat? Cer lihat laporan Berita Hairan online ni dulu. Dalam laporannya yg terbaru, Ahad Mac 3, 2013 MYT 12:17:09 AM, ia menyatakan antara lain :
Dalam laporan sebelum itu,pada Ahad Mac 3, 2013 MYT 12:13:00 AM ia melaporkan antara lain : Seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu malam Sabtu. Konklusi melalui berita Hairan ialah, 1 anggota polis kita terkorban manakala 3 lagi cedera. Manakala Utusan Meloya pula melaporkan 3 anggota polis yang terkorban dan 3 lagi tercedera dalam insiden yang sama. Cer lihat Utusan Meloya melaporkan : Kita sangat berharap, media perdana kita akan melaporkan perkara yang benar supaya rakyat mendapat maklumat yang sahih. Walau apa pun, apa yang kita nampak sekarang ini ialah , bahawa kumpulan bersenjata Kesultanan Sulu telah melancarkan peperangan ala gerila ke atas pasukan keselamatan setelah 12 rakan seperjuangan mereka tewas ditangan polis elit kita di Lahad Datu pagi Jumaat lalu. Berapa ramai lagi yang akan terkorban? Islam sesama Islam dan sebangsa berbunuh-bunuhan antara satu dan lain. PM Najib yang dijaja kononnya cintakan keamanan, sepatutnya mengambil langkah yang lebih bijak menyelesaikan konflik ini di meja perundingan. Kerana kumpulan bersenjata Kesultanan Sulu ini amat percaya bahawa perjuangan mereka adalah jihad kerana menuntut hak ke atas tanah air nenek moyang mereka sebagaimana perjuangan orang-orang Arab Palestin. Setiap perjuangan jihad adalah merindukan syahid pada jalan Allah dan akan berterusan hingga mereka berjaya menuntut yang 'hak' atau terkorban dengan kemuliaan di sisi Allah. |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan