Sabtu, 2 Mac 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Lebih 10 Ribu Hadir Dengar Cerita Balasubramaniam

Posted: 02 Mar 2013 07:08 AM PST

MSO

Semasa di Kelantan Bala kunjung Tokguru Nik Aziz.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang menjadi promoter membawa penyiasatan persendirian Balasuberamaniam a/l Perumal memaklumkan majlis talk show #Tanya Bala "Siapa Arah Bunuh Altantuya" siri kedua yang berlangsung di Bachok malam tadi dihadiri kira-kira 10 ribu orang.

Menurut satu kenyatan SAMM walaupun Talkshow PI Bala berlangsung di daerah Bachok, Kelantan, namun mereka yang hadir bukan sahaja dari sekitar pelusuk negeri Kelantan, malah kehadiran 10 ribu yang memenuhi padang di Kompleks Pendidikan Islam Kg Badak adalah termasuk pengunjung dari negeri jiran, Terengganu.

Menurut kenyataan itu kehadiran yang besar di Bachok ini menjadi bukti betapa isu pembunuhan wanita Monggolia yang berkait rapat dengan rasuah penyelewengan pembelian Scorpene, masih menjadi perhatian utama rakyat.


Lebih istimewa kata kenyataan itu yang di e-mailkan ke blog Merah Tinta, program malam tadi menyaksikan pertemuan Bala dengan Tokguru Nik Aziz bagi mendapat restu dan pedoman untuk meneruskan niat murni beliau untuk melihat negara ini dibebaskan dari cengkaman Barisan Nasional dan seterusnya memberi laluan kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir Malaysia. 

Bala percaya, beliau mampu memberi tekanan besar kepada Najib dan Rosmah melalui pendedahan pelbagai peringkat yang dibuatnya.
"Kami yakin dan percaya sebahagian besar rakyat negara ini mengikuti perjalanan kes pembunuhan misteri Altantuya dan rasuah Scorpene secara serius. Kerana itu juga kehadiran Bala sangatlah dinantikan dan peluang untuk bersama Bala sambil menghirup 'first hand information' tidak boleh dilepaskan," kata kenyataan itu.
Tegas kenyataan itu lagi, SAMM pimpinan Badrul Hisham Shahrin itu akan terus menjelajah ke seluruh negara membawa aksi demi aksi dengan pelbagai format Talkshow bersama PI Bala.

Episod ketiga Talkshow #TanyaBala, akan turun ke Johor pada tarikh 6 Mac, lokasinya di Parit Sulong, Batu Pahat akan dikendalikan oleh SAMM Johor dengan kerjasama warga tempatan. Manakala episod ke-4 pula SAMM akan membawa Bala terbang ke negeri Sabah pada tanggal 9 Mac 2013.
Tambah kenyataan itu lagi, SAMM dalam rangka menyusun fasa seterusnya untuk membawa Bala ke seluruh pelusuk negara dan juga meneruskan fasa kedua #AmaranPRU. SAMM juga mengalu-alukan sebarang sumbangan bantuan untuk program dan gerakan anak muda.

Utusan siar laporan seret Anwar dengan Lahad Datu

Posted: 02 Mar 2013 07:04 AM PST

MALAYSIA KINI


 
Utusan Malaysia menyiarkan laporan yang menyeret nama  Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pencerobohan di Lahad Datu.

Dalam berita pada halaman sembilan, akhbar itu memaparkan laporan sebuah laman blog bernama MPP Online yang memetik akhbar Inquirer News dari Filipina sebagai sumber dakwaan itu.

"Portal berita Filipina, Inquirer News mendedahkan, seorang pemimpin utama pakatan pembangkang di Sabah yang rapat dengan Anwar telah mengadakan pertemuan dengan pihak penceroboh dan menawarkan jaminan sokongan terhadap tuntutan kumpulan terbabit di Sabah.

"Inquirer News yang memetik sumber perisikan Filipina dilaporkan sebagai berkata, pertemuan itu berlaku November tahun lalu menyebabkan Sultan Sulu, Jamalul Kiram III mengarahkan pengikutnya menceroboh Kampung Tanduo bagi menuntut Sabah dari Malaysia," laporan di Utusan Malaysia itu dipetik.

Berita yang sama turut mendakwa Reuters memetik kenyataan seorang pegawai tentera Filipina yang berkata penceroboh berkenaan hadir atas jemputan pembangkang.

Ia turut memetik portal berita The Manila Times yang dilaporkan mendakwa "pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak".

Satu lagi berita pula memetik presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali yang percaya pencerobohan itu dirancang secara rapi dan didalangi pihak tertentu.

Beliau bagaimana pun enggan menamakan dalang tersebut sebaliknya "tidak menolak kemungkinan pihak terbabit adalah mereka yang kecewa dalam politik dan sanggup melakukan apa-apa sahaja demi mencapai matlamat politiknya".

'BN bayar RM1.2 j untuk propaganda anti-Anwar di AS'

Posted: 02 Mar 2013 07:02 AM PST

MALAYSIA KINI


 
BN atau sekutunya didakwa membayar beberapa penulis untuk menulis artikel propaganda dalam penerbitan arus perdana di Amerika Syarikat (AS), yang menurut portal berita AS - BuzzFeed - disasarkan terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Josh TrevinoPendedahan tersebut dibuat selepas Joshua Trevino (kanan),
yang digambarkan sebagai cendekiawan konservatif, memfailkan 'compulsory disclosure' pada 24 Februari di bawah satu undang-undang AS yang mengkehendaki ejen asing mendaftar.

Dokumen itu telah disiarkan dilamanweb Akta Pendaftaran Ejen Asing (Fara), Jabatan Kehakiman AS.

Dokumen tujuh halaman itu mendedahkan bahawa syarikat pelobi Apco Worldwide, David All Group dan FBC Media telah mendapatkan khidmat Trevino antara Mei 2008 dan April 2011 untuk bertindak bagi pihak  'kerajaan Malaysia, parti pemerintahnya, atau kepentingan yang rapat dengannya'.

Beliau dibayar sebanyak AS$389,724.70 (kira-kira RM1.2 juta) dan satu perjalanan ke Kuala Lumpur untuk kerja-kerja beliau, yang termasuk blog di lamanweb yang kini tidak berfungsi lagi malaysiamatters.com malaysiawatcher.com, dan mengupah  10 penulis, yang sesetengah daripadanya dikenali sebagai pro-Israel.

Bagaimanapun, Trevino, yang ketika itu merupakan pengarah perunding kumpulan Trevino Strategies and Media Inc, mendakwa dalam dokumen itu bahawa penulis terbabit diberi kebebasan editorial dan penerbitan tulisan mereka tidak tertakluk kepada kelulusannya atau pelanggannya.

NONETrevino sendiri turut menulis mengenai Malaysia di satu blog di
akhbar US, Huffington Post, termasuk tulisan pada Ogos 2010 yang mempertahankan perbicaraan Liwat 11 terhadap Anwar ketika itu.

Tulisannya yang lain, serta tulisan penulis lain yang diupah itu, adalah menyokong 'Pergerakan Global Kesederhanaan' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan usaha lain Najib untuk mengukuhkan hubungan antara agama.

Penulis lain yang diupah oleh Trevino juga menegaskan mereka diberi kebebasan dalam tulisan mereka apabila Buzzfeed menghubungi mereka untuk mendapatkan komen, termasuk penulis konservatif Ben Domenech.

Polis soal wartawan temubual Yazid

Posted: 02 Mar 2013 07:00 AM PST

MALAYSIA KINI


 
Polis menyoal bekas wartawan Malaysiakini, Aidila Razak semalam berhubung temubualnya dengan Yazid Sufaat tahun lepas sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap Yazid yang menghadapi tuduhan menggalakkan keganasan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Pasukan dua anggota polis yang diketuai Inspektor S Manivanan dari Unit Anti-Keganasan, menyoal Aidila di pejabat Malaysiakini di Bangsar Utama selama kira-kira dua jam.

Menurut Aidila, mereka bertanya mengenai tiga artikel yang disiarkan dalam Malaysiakini pada 20, 21 dan 22 Mac, yang berdasarkan kepada temubualnya dengan Yazid (kiri) sebagai sebahagian daripada siri laporan portal berita itu mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

NONEKatanya, mereka menyoalnya mengenai tulisannya yang menyentuh aktiviti Yazid (kiri) di Afghanistan, dakwaan hubungan Yazid dengan pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden dan pandangan Yazid mengenai serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia di New York pada tahun 2001.

"Mereka juga bertanya bagaimana Malaysiakini mengatur temubual tersebut, pendirian Malaysiakini tentang keganasan dan sama ada artikel tersebut boleh dilihat sebagai menggalakkan keganasan.

"Mereka membayangkan kemungkinan mereka juga akan bercakap dengan wartawan Malaysiakini yang lain yang terlibat dalam temubual tersebut," kata Aidila, yang kini bertugas dengan portal bersekutu Malaysiakini - KiniBiz.

Turut menemubual - yang menjadi orang pertama didakwa di bawah Sosma - di rumahnya ialah Ketua pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar dan wartawan Salhan K Ahmad.

Bekas tahanan ISA itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menggalakkan keganasan bagi mengugut orang awam di Syria di antara 1 Ogos hingga 20 Oktober tahun lalu.

1. Pekerja Yazid Sufaat mengaku tak bersalah tuduhan subahat

2. Yazid, Halimah mengaku tidak bersalah tuduhan keganasan

3. Kes Yazid Sufaat disebut di Mahkamah Tinggi Rabu

4. Yazid Sufaat dituduh menggalakkan keganasan

Aktivis alam sekitar Taiwan dilarang masuk M'sia

Posted: 02 Mar 2013 06:56 AM PST

 


 
Seorang aktivis alam sekitar Taiwan dilarang memasuki Malaysia dan dijangka dihantar lewat hari ini.

Grace Kan, yang melawat Pengerang di Johor untuk kempen anti-Rapid Julai lalu, sedang ditahan pihak Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini bahawa Kan tiba di KLIA pada jam 10.30 malam tadi untuk menghadiri Simposium Mamalia Marin Asia Tenggara ke-3 (Seamam III) di Langkawi.

NONEBagaimanapun dia ditahan pegawai Imigresen semasa
ketibaannya kerana namanya telah disenarai hitam ekoran aktivitinya di Malaysia tahun lepas.

Kan (kiri) melaporkan bahawa dia dilayan dengan baik walaupun telefon bimbitnya dirampas dan disimpan oleh pihak berkuasa, dan ekoran itu dia tidak boleh dihubungi.

Dia dijangka dihantar pulang ke Taiwan lewat hari ini.

Kan adalah aktivis asing kedua yang dilarang memasuki negara Malaysia tahun ini. Bulan lepas, Senator Australia Nick Xenophon diusir pulang selepas ditahan selama 15 jam di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) kerana didakwa menjadi 'musuh negara'.

[EDISI KANTOI & TONGONG] Orang Siam & Ahli UMNO Masuk UMNO Menjadi-jadi Di Kelantan

Posted: 02 Mar 2013 06:49 AM PST


KELAB GREENBOC

Bekas Ketua Puteri serah borang sertai Umno RANTAU PANJANG: Rosanah Yaacob ialah bekas Ketua Puteri Umno Kampung Pening Lalat. Sekarang aktif dalam wanita Umno.

Anehnya media Umno semalam melaporkan dia menyerah borang menyertai Umno.

Dalam laporan itu dia mendakwa tidak pernah mengundi Umno kerana menganggap PAS sebagai parti Islam.

Ketua PAS Cawangan Gual Tok Deh, Azman Makhtar berkata, Rosanah tidak pernah menyertai PAS atau menjadi penyokong kerana dia aktivis wanita Umno sejak dari dahulu lagi.

"Dia aktif bergiat dalam wanita Umno. Sebelum ini ketua puteri cawangan. Jadi mengapa pula tiba-tiba dia mengaku sebagai penyokong PAS yang baru menyertai Umno
.

"Ini adalah cerita lawak yang semakin menjadi-jadi di Rantau Panjang sekarang. Minggu lepas akhbar melaporkan 78 penyokong PAS menyertai Umno, sedangkan sebahagian mereka warga Thailand," katanya di sini.

Media tajaan Umno semalam melaporkan 100 ahli PAS dari Kampung Pening Lalat, Gual Tokdeh menyertai Umno kerana kecewa dengan sikap pemimpin parti itu.

Mereka dilaporkan menyerah borang kepada Ketua Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasin.

Azman berkata, penduduk kampung terkejut dengan dakwaan Rosanah kononnya sebagai penyokong PAS, sedangkan semua orang tahu dia wanita Umno tulen.

Menurutnya juga Kampung Pening Lalat hanya mempunyai sekitar 12 rumah dan sebahagian besar mereka penyokong tegar Umno sejak dari dahulu lagi.

Azman berkata, Ketua Umno Rantau Panjang sekarang benar-benar terdesak sehingga terpaksa mencipta sesuatu yang tidak wujud kemungkinan impiannya untuk menjadi calon parlimen Rantau Panjang.

"Kalau sebelum ini kita sering membaca laporan akhbar orang Umno sertai Umno di Pasir Puteh, namun sekarang berjangkit pula ke Rantau Panjang," ujarnya.

Katanya juga laporan akhbar yang mendakwa Yaacob Mahmood, 78 sebagai ahli PAS juga cukup mengelirukan kerana dia tidak pernah berdaftar sebagai ahli PAS.

Penghulu Mukim Lubok Gong, Syed Abu Bakar Syed Mohd Nor berkata, Umno Rantau Panjang benar-benar tertekan sekarang sehingga menciptakan cerita yang tidak wujud.

Katanya, Ketua Bahagian Umno Rantau Panjang benar-benar gelisah sekarang sehingga kerap memanggil wartawan membuat laporan berdasar kepada lakonan sesama sendiri.

"Datuk Abdullah bermasalah dengan jenteranya, malah kudis lama dengan bekas ketua bahagian, Datuk Mohd Zain masih belum sembuh.

"Mungkin dengan taktik mancari publisiti murahan beliau menganggap populariti meningkat semula. Tetapi berdasar kepada percakapan sesama Umno, Abdullah hanya menanti masa untuk disingkir pada pemilihan Umno akan datang," ujarnya.

Oleh itu beliau menasihat orang ramai tidak mempercayai laporan media terutamanya TV3 dan Utusan yang dilihat bersedia memaparkan banyak lagi lakonan arahan Abdullah.



Peralat warga Thailand berlakon sertai Umno



RANTAU PANJANG: Tanpa mengira seseorang itu berasal dari mana, Umno di sini terpaksa memperalatkan pihak berkenaan bagi menjayakan program penyokong PAS menyertai Umno baru-baru ini.

Itulah yang berlaku kepada beberapa penama yang didakwa kononnya bekas penyokong PAS, menyerah borang menyertai Umno kepada ketua bahagian Umno Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasin.

Noraini Dollah kini menetap di Kampung Tasik Bakong yang disebut menyertai Umno sebenarnya berasal dari Thailand dan tidak berdaftar sebagai pengundi.

Begitu juga Rahmah Che Noh kini tinggal di Kampung Tok Pelandok juga berasal dari Thailand.


Penghulu Mukim Padang Licin, Tasik Bakong, Wan Mohd Zain Wan Jaafar berkata, kedua-dua wanita berkenaan yang disebut media dan televisyen kononnya bekas ahli PAS adalah tidak benar.

Katanya, mereka tidak berdaftar sebagai pengundi kerana berasal dari negara jiran.

"Dakwaan Noraini kononnya dia keluar PAS kerana kesal dengan kenyataan Tok Guru Nik Abdul Aziz mengenai pemberian BR1M tidak betul sama sekali.

"Percakapannya seperti disiarkan televisen malam 22 Februari diajar seseorang yang berada di sebelahnya. Semua orang kampung tahu lakonan itu dibuat tergesa-gesa bagi menutup kemelut dalaman Umno Rantau Panjang sekarang," katanya di sini.

Baru-baru ini media tajaan Umno melaporkan seramai 78 ahli dan penyokong PAS menyertai Umno selepas kecewa dengan kenyataan Mursyidul Am PAS berkaitan BR1M.

Wan Mohd Zain berkata, warga dari negara jiran itu diperalatkan oleh Umno semata-mata bagi menghodohkan Menteri Besar dan kerajaan PAS Kelantan.

Menurutnya seorang lagi yang didakwa ahli PAS iaitu Zulkepli Mohd Don berasal dari keluarga Umno di kawasan Felda di Johor.

Kata beliau Zulkepli tidak pernah berdaftar sebagai ahli PAS dan tidak terbabit dengan sebarang aktiviti PAS di sini.

"Dia berasal dari keluarga Umno di Johor baru berhijrah ke sini," ujarnya
-HD


Ulasan GB

Pendedahan di atas membuktikan UMNO itu terdesak, UMNO itu penipu dan UMNO itu jahat.

Begitulah juga media pencacainya bernama Utusan Malaysia yang memang terkenal menyiarkan berita-berita fitnah dan menipu.

Hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya, yang menipu dan yang jahat itu pasti terhukum dengannya.

1000 Warga Perantau Dijangka Sertai HAT13

Posted: 02 Mar 2013 06:47 AM PST

 Editor BULETIN

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/HAT13%20diskusi.jpgKUALA LUMPUR - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang akan hadir dan memberikan ucapan perasmian pada penutup  Himpunan Anak Terengganu DiPerantauan 2013 (HAT13) diadakan pada hari Ahad, 3hb Mac, 2013 di Universiti Selangor (Unisel), kampus Shah Alam bermula jam 8.30 pagi

Menurut Setiausaha HAT13,  Zulhimi Abd Rahman atTakiri, program yang bermula dengan minum pagi bersama warga Perantau  itu akan turut memincangkan dua kertas kerja.

"sebanyak dua kertas bertajuk  Harapan Orang Terengganu (HOT) PRU ke-13 (HOT13) dan Cadangan Terengganu Negeri Maju (TerMAJU) disediakan untuk dibincangkan dalam sidang HAT13 kali ini,

"makala satu diskusi bertemakan Terengganu Maju: Harapan, Realiti dan Cabaran  akan dimoderatorkan oleh Profesor Madya Dr Kamarulzaman Yusof dari UKM akan dibarisi oleh empat Ahli panel, iaitu Dato' Ismail Hamzah, Raja Idris Raja Kamaruddin, Dato Raja Kamarul Baharin Shah Raja Ahmad dan seorang  wanita, Hajjah Mastura Mohamad,"katanya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Buletinonline.

Beliau berkata, sambutan amat menggalakkan dan Perantau menganggarkan HAT13 akan dihadiri oleh lebih 1,000 orang warga Perantau terutamanya di Lembah Kelang dan kawasan sekitarnya.

Katanya, pihak sekretariat juga sedang menghubungi dan mengalu-alukan tokoh-tokoh akademik, korporat dan pemimpin-pemimpin serta mahasiswa yang berasal dari Terengganu untuk hadir bersama-sama meriahkan HAT13 kali ini yang dinaungi oleh Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ibrahim Sultan Ismail.

Janji PAS; Caj Wad Kelas 3 Hospital Kerajaan Akan diTanggung Oleh Kerajaan Negeri

Posted: 02 Mar 2013 06:46 AM PST

Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/IMG_9740.jpgSETIU - PAS Terengganu berjanji dalam manifesto pilihnaraya umum kali ke-13 akan menangggung caj atau bayaran wad kelas 3 hospital kerajaan ekiranya diberi mandat oleh rakyat dan memerintah negeri Terengganu serta Pakatan Rakyat menguasai kerajaan Pusat.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Jabi, Dr. Azman Ibrahim menegaskan demikian ketika menziarahi warga emas yang uzur dan sakit bersama para doktor dari Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina (Papisma) ke rumah seorang warga emas di kampung Bukit Jeruk, Jabi, dekat sini semalam, pada Jumaat 1 Mac.

"InsyaAllah, jkalu kita dipilih jadi kerajaan nanti, tak payah bayar caj ini, bayaran wad kelas tiga kerajaan PAS akan tanggung sebab kita akan dapat royalti minyak sebanyak 20%, jadi kita akan tnaikan kebajikan dan beri hasil negeri untuk rakyat,"ujarnya, apabila ditunjukkan bil bayaran wad kelas 3 oleh seorang warga emas yang dilawati.

Sebanyak 32 rumah telah dilawati oleh kumpulan doktor tersebut, dalam rangka program 'Doktor Turun ke Kampung Bersama Rakyat' yang dianjurkan bersama oleh MTD Jabi dengan Papisma. [Lihat Video]

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/IMG_9745.jpgMengulas potensi kemenangan DUN Jabi menghadapi PRU-13 yang semakin hampir, beliau yang juga anggota Perhubungan PAS negeri, sangat optimis, DUN tersebut akan kembali ke tangan PAS setelah dua penggal 'dipinjam' oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, antara faktor utama yang akan meningkat undi PAS adalah pengundi muda yang rata-rata memiliki pemikiran yang lebih bebas dan terbuka.

"InsyaAllah kita akan ambl kembali DUN Jabi......kita beri pinjam ke Umno selama dua penggal, sebelum tu kita dah menang beberapa kali, jadi 'ini kalilah' pusingan kita sebab antara faktornya adalah pengundi muda,

"mereka ada pendidikan, mesra teknologi maklumat, pemikiran lebih terbuka dan bebas dari sebarang ikatan 'termakan budi'........sebab mereka tahu, apa yang mereka perolehi dari kerajaan bukan masalh budi, tetapi suatu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh kerajaan,"jelasnya.

Selain itu, katanya, antara yang menjadi percakapan rakyat adalah, wakil rakyat sedia ada sekarang, bukanlah mementingkan rakyat, tapi mementingkan diri sendiri.

"itu orang ramai, rakyat yang kata, sebab ada satu kes............ tanah yang dipohon oleh rakyat, tiba-tiba tidak diluluskan, bila sipemohon semak, rupa-rupanya bertindih dengan permohonan atas tanah yang sama oleh wakil rakyat,"tambahnya.

Treler 'Negara Berkebajikan PAS' Akan Jelajah Terengganu Pada 14, 15, 16 dan 17 Mac

Posted: 02 Mar 2013 06:43 AM PST

 Editor Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/treler1.jpgKUALA TERENGGANU - Kenderaan kempen pilihanraya umum ke-13 (PRU-13) Treler 'Negara Berkebajkan PAS'  yang dilancakan oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 21 Februari lalu akan mengadakan jelajah di negeri Terengganu selama empat hari pada 14, 15, 16 dan 17 Mac depan.

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu Ustaz Wan Syukairi Wan Abdullah, treler tersebut akan sampai di kawasan Kemaman pada 14 Mac dan membuat persinggahan di dua lokasi pada ebelah siangnya.

Selepas itu ia akan bergerak ke kawasan Dungun untuk program ceramah di sebelah malam.

"pada hari Khamis, 14hb Mac di Kemaman, dua tempat waktu siang dan bergerak ke kawasan Dungun untuk ceramah pada sebelah malamnya, kemudian ia akan begerak ke kawasan Kuala Terengganu pada 15hb Mac,

"berada di dua lokasi pada sebelah siang dan akan meneruskan jelajah ke satu lokasi bagi ceramah malam di kawasan Marang,"ujarnya

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/treler2.jpgBeliau berkata demikian ketika ditemui selepas Mesyuarat Lujnah Penerangan PAS Negeri Terengganu, semalam pada Jumaat 1 Mac, di Kuala Ibai, dekat sini.

Kemudian katanya, treler tersebut akan bergerak pada hari Sabtu 16hb Mac ke kawasan Kuala Nerus dan berada di dua lokasi pada waktu siang, sebelum ke kawasan Hulu Terengganu untuk program ceramah di waktu malam.

Manakala, pada hari Ahad 17hb Mac treler 'Negara Berkebajikan' itu akan berada di dua lokasi di kawasan Setiu dan pada sebelah malamnya berada di kawasan Besut .

"Program akan bermula dengan pembahagian risalah manifesto kepada orang ramai pada waktu selepas solat asar di tempat yg ditentukan oleh PAS kawasan terbabit dan sebelah malamnya akan mengadakan ceramah Manifesto PAS dan Pakatan Rakyat pada sebelah malam

"penceramah adalah terdiri daripada Timbalan Pesuruhjaya 1 Ustaz satiful Bahri Mamat, Timbalah Pesuruhjaya 2, Haji Muhyiddin Abdul Rashid dan Timbalan Pesurhjaya 3, YB Dr Alias Razak,"tambahnya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/HAT13%20diskusi.jpg
Pakatan menang besar jika Melayu undi DAP, kaum-kaum lain undi PAS, PKR
27 February 2013
JOHOR BAHRU, 27 FEB: Pakatan Rakyat akan mampu membentuk kerajaan melalui pilihanraya umum ke-13 nanti apabila orang Melayu berani mengundi DAP manakala kaum-kaum lain sanggup mengundi PAS dan PKR.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata formula itu amat penting di banyak negeri di Malaysia, khususnya di Johor, yang selama ini menjadi kubu buat UMNO-BN.
"Hanya dengan cara ini kita dapat menang di Johor dan membantu ubah kerajaan pusat dengan memberi mandat kepada Pakatan Rakyat," katanya apabila merasmikan Wisma DAP Johor di Nusajaya di sini petang ini.
Biasanya trend pengundian di Malaysia berasaskan kaum. Dengan pola yang sama dijangka terus kekal tetapi ditambah pula Melayu mengundi DAP manakala kaum lain mengundi PAS atau PKR, peluang Pakatan untuk menang besar semakin terserlah.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut merasmikan treler Ubah Johor di tempat yang sama. Treler itu menjadi antara sumber logistik DAP dan Pakatan Rakyat di Johor dalam usaha untuk Jom Ubah Johor.
Antara yang hadir di majlis itu ialah Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Penasihat Seumur Hidup DAP Dr Chen Man Hin, Naib Pengerusi DAP M. Kulasegaran, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke, Pengarah Pendidikan Politik DAP Liew Chin Tong, Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau dan bekas Timbalan Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw.
Tetamu Pakatan Rakyat terdiri daripada Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dan Pesuruhjaya PAS Johor Dr Mahfodz Mohamed.
Menurut Guan Eng, beliau gembira kerana DAP Johor, walaupun ada perbezaan pandangan, tetap rapat dengan PAS dan PKR dalam usaha untuk ubah Johor.
Beliau berharap kesemua pimpinan dan ahli-ahli komponen Pakatan saling memesan kepada kaum keluarga untuk keluar mengundi sewaktu PRU nanti, dengan sasaran 85% keluar mengundi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata kemampuan DAP Johor memiliki bangunan sendiri mungkin membawa tuah yang tersendiri.
"Pada akhir 2007, DAP Perak telah membeli bangunan sendiri. Lima bulan selepas itu, DAP bersama PAS dan PKR menang dalam PRU 2008.
"Kini 60 hari sebelum Parlimen bubar secara automatik, DAP Johor pula ada bangunan sendiri. Mungkin ini petanda BN akan tumbang di Johor. Ini petanda rakyat Johor mahu kepada Pakatan Rakyat," ujarnya. – Roketkini.com
- See more at: http://roketkini.com/2013/02/27/pakatan-menang-besar-jika-melayu-undi-dap-kaum-kaum-lain-undi-pas-pkr/#sthash.oT7zTv8V.dpuf

Pencacai Kantoi, Jambatan PKNS Yang Runtuh Diberi Zaman UMNO BN

Posted: 02 Mar 2013 06:34 AM PST


KELAB GREENBOC

Jejambat Cyberjaya runtuh bukan salah Pakatan, kata MB

KUALA LUMPUR — Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor tidak bertanggungjawab ke atas jejambat runtuh di Cyberjaya semalam, tegas Menteri Besar (MB) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

"Saya tidak berfikir begitu. Kontrak telah diberi pada 2007," kata Abdul Khalid apabila ditanya sama ada PR bertangungjawab atas insiden tersebut.

Abdul Khalid bagaimanapun berkongsi pandangan dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) supaya jejambat tersebut perlu dibina semula dan pihak pengurusannya akan menangani insiden tersebut secara profesional.

"Kami tidak akan cari kesalahan, tapi kami pastikan semuanya diperbetulkan," kata Abdul Khalid.

MB Selangor tersebut juga berkata PKNS telah menandatangani ikrar integriti yang akan membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat sebarang salahguna kuasa.

"Mereka akan lihat sama ada keputusan yang diambil adalah profesional dan selari dengan piawaian yang ditetapkan oleh badan korporat," ujar beliau yang merujuk kepada badan pencegah rasuah tersebut.

Abdul Khalid juga mengulangi dakwaan ahli majlis negeri (exco) Selangor Ronnie Liu mengatakan PKNS mungkin menyaman PLUS Malaysia Berhad jika bukti menunjukkan pengendali lebuh raya tersebut sebagai punca jejambat tersebut runtuh.

Dalam pada itu, pengurus besar PKNS Othman Omar hari ini berkata PKNS masih belum memutuskan sebarang tindakan undang-undang keatas mana-mana parti ekoran insiden tersebut.

Jejambat itu runtuh jam 12.30 tengah hari semalam dan kelihatan terbelah dua, menyebabkan paip yang menyalurkan air juga pecah.

Jejambat tersebut ialah susur keluar dari Lebuhraya Elite (KM P2.4) menuju Selangor Science Park 2 (SSP2).

Pembinaan projek jejambat bernilai RM7 juta itu dijalankan oleh BNI Construction dari Oktober 2007 dan siap pada November 2009.

Empat peneraju projek ini — PKNS, Utuh Aspirasi Sdn Bhd, Taraf Unggul Sdn Bhd dan Semai Ria Sdn Bhd berkongsi kos untuk pembinaan ini.

Difahamkan, tiada mangsa yang tercedera daripada insiden tersebut.

Minggu lepas, media melaporkan bumbung stadium di Kuala Terengganu juga runtuh semasa kerja-kerja membaiki runtuhan terdahulu sedang berjalan.



PKNS Akan Baiki Segera Persimpangan Bertingkat Taman Sains Selangor 2


SHAH ALAM, 1 MAC: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini menyatakan persimpangan bertingkat di Taman Sains Selangor 2 yang runtuh akan dibaiki dengan kadar segera.

Menurut Pengurus Besar PKNS, Othman Omar kerja-kerja pembersihan dijangka akan mengambil masa selama tiga minggu untuk disiapkan, manakala kerja baik pulih dijangka dalam masa lapan bulan.

"PKNS telah menubuhkan jawatankuasa siasatan teknikal bagi mengenalpasti punca kejadian ini," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan PKNS.

Dalam kenyataan media itu turut menyatakan PKNS dan Plus Bhd (Plus) berjaya mencapai persetujuan untuk melantik perunding bebas bagi mengenalpasti kerosakan yang telah berlaku di persimpangan bertingkat tersebut dengan kos ditanggung bersama.

Sebelum itu, persimpangan bertingkat berdekatan Kilometer 2.4 Lingkaran Putrajaya menghala ke Lebuhraya Elite runtuh kira-kira jam 12.30 hari semalam.

Semasa kejadian berlaku, kerja- kerja pembaikan jalan sedang dijalankan di bawah lokasi jambatan berkenaan.

Bagaimanapun tiada laporan kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian itu.

Jambatan persimpangan bertingkat yang mula dibina pada Oktober 2007 itu mula beroperasi pada November 2009 dan diserahkan kepada PLUS pada 22 Mac 2012.

Sebelum kejadian, jambatan tersebut telah ditutup kepada semua lalulintas mulai 7 Disember 2012 lalu dan dijangka dibuka semula pada 31 Disember 2013 nanti bagi memberi laluan kerja-kerja pembaikan.
-Selangorku


Ulasan GB

Kebenaran akhirnya terdedah juga.

Para pencacai UMNO termasuk akhbar Luncai bernama Utusan cuba menuding jari kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selanbgor di dalam insiden jambatan PKNS yang runtuh tempohari.

Setelah disiasat rupanya projek berkenaan telah mula dilaksanakan semenjak 2007, iaitu semasa Selangor masih dipperintah oleh UMNO BN di bawah Khir Toyo.

Dan kerajaan Pakatan Rakyat yang terpaksa membetulkan semua kelemahan dan keruntuhan yang telah dilakukan oleh kerajaan UMNO BN yang lalu... Itulah hakikatnya, itulah kebenarannya!

Tidak ada apa-apa yang ditakutkan jika kerajaan bertukar ganti

Posted: 02 Mar 2013 06:28 AM PST


ASPAN ALIAS

Seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat (AS) semasa 'Datum Economic Forum' di ibu kota semalam berkata pertukaran kerajaan dalam pilihanraya 2013 ini tidak akan menjejaskan ekonomi negara. Walau pihak mana pun mendapat mandat untuk mentadbir negara prestasi ekonomi negara tetap akan melalui kemajuannya secara natural.

Nouriel Roubini yang terkenal dengan ramalan-ramalan tentang pilihanraya berada di sini kerana menghadiri 'Datun Economic Forum' yang sedang berlangsung sekarang ini. Malaysia mempunyai asas keyakinan dan institusi yang tinggi dan peralihan kuasa itu tidak memberikan apa-apa impak negatif kepada ekonomi negara selepas pilihanraya itu.

Katanya di mana-mana demokrasi sekali pun tentunya akan ada tidak kepastian yang kecil tetapi ia selalunya akan pulih setelah polisi sesiapa yang mentadbir negara itu bertambah jelas dan ia akan hanya memakan masa yang sedikit untuk pemulihannya itu.

Sesungguhnya apa yang di katakan oleh ahli ekonomi AS itu sememangnya benar dan rakyat tidak perlu bimbang untuk melakukan yang terbaik untuk negara. Itu sebabnya kita memilih sistem demokrasi bagi rakyat memilih siapa dan pihak mana yang mereka lebih berkeyakinan untuk di berikan mandat dan kuasa itu.

Tidak ada satu parti atau kumpulan pun yang kekal untuk menjadi kerajaan dalam mana-mana demokrasi. Bertukar ganti kerajaan itu perkara dan fenomena biasa dan tidak sepatutnya ada halangan untuk proses demokrasi itu berlaku dengan mengadakan sekatan dan tindakan menghalang usaha pihak yang menyertai proses demokrasi itu berjalan.

Di negara kita BN telah mentadbir negara sejak merdeka dan ianya telah membawa satu budaya negatif yang telah di wujudkan oleh pimpinan BN itu. Rakyat telah begitu lama di dakyahkan yang pertukaran kerajaan itu seolah-olah satu jenayah tetapi keadaan itu sudah bertambah baik dengan kemajuan pendidikan dan penyebaran maklumat yang meluas di zaman teknologi informasi sekarang ini.

Keadaan dunia tanpa sempadan sekarang ini membuatkan rakyat bermaklumat dan tidak ada apa jenayah dan salah laku yang di lakukan oleh penyandang kuasa itu dapat di lindungi dari pengetahuan rakyat. Dalam masa beberapa minit sahaja seluruh masyarakat antarabangsa akan bersama-sama mengetahui apa yang berlaku di segenap pelusuk dunia yang tidak bersempadan ini.

Pembongkaran oleh PI Bala dua hari lepas telah di ikuti oleh puluhan juta rakyat negara dan masyarakat antarabangsa dalam masa beberapa jam sahaja segala pendedahan PI Bala itu di ketahui oleh semua.. Isu penglibatan Najib dan isterinya dalam isu pembunuhan Altantuya seperti yang di bongkar oleh Bala itu telah menjadi maklum kepada masyarakat antarabangsa dan tidak ada apa pun boleh menyekat dan melindungi tentang apa yang di bongkar itu dari makluman masyarakat yang sedang dalam pencarian sekarang ini.

Masyarakat tempatan dan antarabangsa ingin tahu bagai mana Razak Baginda merasa menyesal kerana tidak membayar Altantuya sebanyak 500,000 dollar sebagai komisyen dari pembelian Scorpene oleh kerajaan Malaysia beberapa tahun dahulu. Beberapa minit sahaja selepas PI Bala memberikan kenyataan tentang penyesalan Razak Baginda itu mayarakat umum telah mengetahuinya dan ini adalah kerana kemajuan teknologi maklumat.

Tuduhan Deepak tentang hubungan intim Najib dengan Flora Ong juga di ketahui umum di seluruh dunia apabila ahli perniaga 'carpet' itu membuat pendedahan tidak berapa lama dahulu.

Justeru apa yang di perkatakan oleh ahli ekonomi AS itu adalah perkara yang biasa dan tentunya perubahan kerajaan merupakan perkara yang lazim berlaku. Apa yang diperkatakan oleh Mahathir beberapa hari dahulu yang perubahan kerajaan itu tidak memberikan faedah itu elok kita biarkan sahaja.

Tentu beliau ada sebab beliau yang tersendiri kenapa beliau begitu takut tentang perubahan yang akan berlaku nanti. Tidak payah kita hiraukan kehendak beliau itu kerana kita mempunyai tanggungjawab yang lebih besar untuk negara, bukannya untuk kepentingan peribadi beliau semata-mata.

Rakyat negara ini telah sebegitu lama melindungi beliau dan tiba masanya bagi kita melindungi rakyat ramai pula dalam keadaan kita terpanggil untuk membawa perubahan kepada negara kita sekarang ini.

Jika semua pihak lakukan apa yang perlu, maka kita tidak perlu gundah untuk melakukan perubahan itu. Masih ada segelintiran yang takut untuk melakukan perubahan itu tetapi percayalah ketakutan itu ibarat ketakutan kanak-kanak untuk berkhatan sahaja. Apabila lalu pisau berkhatan itu segala-galanya akan menjadi baik.

Dalam tempuh tiga hari sahaja kanak-kanak yang berkhatan itu akan boleh kembali ke padang permainan untuk bermain seperti biasa.

Pertukaran ini pun begitu. Apabila bertukar sahaja kerajaan nanti, dalam tempuh beberapa ketika sahaja negara kita akan menjadi biasa dalam keadaan baru yang lebih baik dan memberangsangkan.

Semasa itu nanti, insyaallah kita akan berada di dalam suasana politik yang baik di mana setiap rakyat akan bersatu dengan kerajaan baru bagi melaksanakan tugas untuk terus membangunkan negara kita yang tercinta ini.

UMNO juga akan mendapat hikmahnya juga. Parti itu boleh lah tumpukan masa dan tenaga untuk memperbetulkan parti itu secara menyeluruh dan menjadi parti yang baik untuk masa depan siasah negara yang berkemajuan ini.

Rakyat juga mendapat hikmahnya dengan lebih besar. Sekarang rakyat tahu yang penentu kepada siapa yang di mandatkan untuk menjaga negara adalah mereka sendiri, bukannya UMNO.

Jejambat Cyberjaya runtuh bukan salah Pakatan, kata MB

Posted: 01 Mar 2013 04:08 PM PST

Oleh Zurairi AR

KUALA LUMPUR— Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor tidak bertanggungjawab ke atas jejambat runtuh di Cyberjaya semalam, tegas Menteri Besar (MB) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

"Saya tidak berfikir begitu. Kontrak telah diberi pada 2007," kata Abdul Khalid apabila ditanya sama ada PR bertangungjawab atas insiden tersebut.

Abdul Khalid (gambar) bagaimanapun berkongsi pandangan dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) supaya jejambat tersebut perlu dibina semula dan pihak pengurusannya akan menangani insiden tersebut secara profesional.

"Kami tidak akan cari kesalahan, tapi kami pastikan semuanya diperbetulkan," kata Abdul Khalid.

MB Selangor tersebut juga berkata PKNS telah menandatangani ikrar integriti yang akan membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat sebarang salahguna kuasa.

"Mereka akan lihat sama ada keputusan yang diambil adalah profesional dan selari dengan piawaian yang ditetapkan oleh badan korporat," ujar beliau yang merujuk kepada badan pencegah rasuah tersebut.

Abdul Khalid juga mengulangi dakwaan ahli majlis negeri (exco) Selangor Ronnie Liu mengatakan PKNS mungkin menyaman PLUS Malaysia Berhad jika bukti menunjukkan pengendali lebuh raya tersebut sebagai punca jejambat tersebut runtuh.

Dalam pada itu, pengurus besar PKNS Othman Omar hari ini berkata PKNS masih belum memutuskan sebarang tindakan undang-undang keatas mana-mana parti ekoran insiden tersebut.

Jejambat itu runtuh jam 12.30 tengah hari semalam dan kelihatan terbelah dua, menyebabkan paip yang menyalurkan air juga pecah.

Jejambat tersebut ialah susur keluar dari Lebuhraya Elite (KM P2.4) menuju Selangor Science Park 2 (SSP2).

Pembinaan projek jejambat bernilai RM7 juta itu dijalankan oleh BNI Construction dari Oktober 2007 dan siap pada November 2009. Empat peneraju projek ini — PKNS, Utuh Aspirasi Sdn Bhd, Taraf Unggul Sdn Bhd dan Semai Ria Sdn Bhd berkongsi kos untuk pembinaan ini.

Difahamkan, tiada mangsa yang tercedera daripada insiden tersebut.

Minggu lepas, media melaporkan bumbung stadium di Kuala Terengganu juga runtuh semasa kerja-kerja membaiki runtuhan terdahulu sedang berjalan.

BN siapkan manifesto berasingan untuk tawan kembali Selangor

Posted: 01 Mar 2013 04:00 PM PST

Oleh Syed Jaymal Zahiid

KUALA LUMPUR — Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan manifesto berasingan untuk Selangor bagi membolehkan parti kerajaan berkenaan menawan semula negeri terkaya itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13, kata bekas Menteri Besar Dr Mohd Khir Toyo.

The Malaysian Insider difahamkan BN mempunyai manifesto untuk seluruh negara, dan juga manifesto berasingan untuk Selangor, Sabah, dan wanita.

"Manifesto itu akan menyentuh isu di negeri, terutamanya ekonomi dan jurang pendapatan. Kami mempunyai penyelesaian untuk masalah itu," kata bekas menteri besar itu kepada The Malaysian Insider.

Beliau tewas dalam Pilihan Raya 2008 dan kemudiannya dijatuhkan hukuman oleh mahkamah pada 2011 atas kesalahan rasuah.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang itu bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci isi kandungan manifesto tersebut namun menegaskan BN akan membuat pengumuman sejurus Parlimen dibubarkan.

Malah, turut difahamkan penyediaan manifesto itu dibuat atas arahan Pengerusi BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri.

Najib sebelum ini telah dilantik sebagai pengarah pilihan raya negeri berkenaan, yang mana penganalisis melihat ianya sebagai satu "refleksi" keinginan pengerusi BN itu menawan semula Selangor.

Koordinator BN Selangor Datuk Mohd Zin Mohamed mengesahkan keputusan tersebut dibuat ketika mesyuarat BN negeri baru-baru ini, apabila pemimpin mengutarakan strategi terbaik untuk memastikan Pakatan Rakyat (PR) Selangor dapat ditumbangkan.

"Perdana Menteri, yang juga pengerusi BN negeri akan mengetuai jentera pilihan raya Selangor dan melihatkan usaha berterusan beliau untuk parti, dan menunjukkan keyakinan "tangannya" di Selangor.

Selain negeri terkaya itu, BN turut kehilangan tiga lagi negeri — Perak, Kedah, dan Pulau Pinang pada 2008 apabila pembangkang memperolehi 82 kerusi Parlimen dan menafikan dua pertiga majoriti BN.

Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan pada April 2009, Najib telah berjuang habis-habisan untuk Selangor, dan Khir berkata ia kemudiannya menjadi penyebab BN untuk menghasilkan manifesto berasingan bagi negeri undustri yang mana menurutnya isu di Selangor amat unik.

"Ia lebih mendalam. Isu kami bukan lagi mengenai bangunan, jambatan mahupun perparitan. Ia lebih daripada itu."

Ketika Pilihan Raya 2008, seteru politik BN, PR menjanjikan manifestonya yang mana termasuk 20 meter padu air percuma dan beberapa program kebajikan di Selangor.

Kerajaan pembangkang itu bagaimanapun dituduh melupakan beberapa janji dalam manifesto mereka apabila Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata "manifesto bukan janji" dan telah menjadi bahan kempen politik untuk BN.

"Kami bukan cakap kosong seperti mereka.

"Manifesto kami akan ditunaikan. Kesemuanya," tambah Khir (gambar) lagi.

Pemuda PAS lancar Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu

Posted: 01 Mar 2013 03:58 PM PST

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat akan melancarkan Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu bagi membantu keluarga perajurit yang gugur mempertahankan kedaulatan tanah air dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah hari ini.

"Insya-Allah DPPM akan melancarkan Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu dan DPPN Terengganu juga Selangor akan menziarahi keluarga perajurit yang gugur di medan untuk menghulurkan sumbangan tanda kebersamaan DPPM.

"Semoga Allah menganugerahkan pahala syahid buat mereka yang gugur di medan Lahad Datu. Al Faatihah," tulis Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan di Facebook beliau.

Dua anggota keselamatan negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando bersama 12 penceroboh bersenjata dari selatan Filipina maut dalam insiden tembakan. Tiga anggota polis dilaporkan cedera.

Dalam pada itu, Nasrudin (gambar kanan) turut menyeru rakyat berdoa mohon Allah swt selamatkan negara dan semua rakyat khasnya pasukan keselamatan yang sedang bertugas di Lahad Datu.

"Kebijaksanaan pihak berwajib sangat didambakan pada saat seperti ini. Keselamatan dan kedaulatan negara pastinya tidak boleh dipertaruhkan. Semoga negara, pasukan keselamatan dan penduduk Lahad Datu selamat.

"Ketegasan pihak kerajaan sangat diperlukan agar penceroboh tidak sampai mengancam nyawa rakyat kita serta merendahkan martabat serta kedaulatan negara," kata beliau.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib sementara itu dipetik berkata insiden tembakan antara pasukan keselamatan dan kumpulan penceroboh itu berlanjutan selama 20 minit.

Beliau menegaskan bahawa kumpulan penceroboh dari Filipina yang terlebih dahulu melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan Malaysia.

"Pihak komando polis terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri dan berlaku pertempuran antara kedua pihak," kata Hamza yang dipetik Bernama.

Siaran langsung Jelajah Merdeka Rakyat di Batu Pahat

Posted: 01 Mar 2013 03:47 PM PST

KEADILAN DAILY

JOHOR : Ceramah perdana sempena Siri Jelajah Merdeka Rakyat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Batu Pahat, Johor, boleh diikuti secara langsung melalui internet.
JM
 Mengikut jadual, Ketua Umum KEADILAN itu singgah di Batu 3, Tanjung Gading, Ledang sekitar jam 5 petang sebelum bersolat serta memberi tazkiran Maghrib di situ.

Antara jam 9 hingga 12 tengah malam, beliau berceramah di Pejabat KEADILAN Muar, Taman Seroja, Jalan Abdul Rahman, Parit Jawa, Muar dan  Markaz PAS Sungai Tongkang, Rengit, Batu Pahat

Selain Anwar, turut berucap Datuk Seri Chua Jui Meng, Nurul Izzah, Salahuddin Ayub,  Rafizi Ramli, Hassan Karim, Syed Hamid Ali, Datuk Mahfodz Mohamad dan Datuk Ariff Sabri.

Untuk tonton, KLIK INI, untuk radio internet Kobat FM, KLIK INI.

PERKASA lapor polis minta Bala henti ceramah

Posted: 01 Mar 2013 03:43 PM PST



 
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Selangor hari ini membuat tujuh laporan polis meminta supaya penyiasat persendirian P Balasubramaniam menghentikan siri ceramah yang didakwa memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
  
Yang Dipertua PERKASA Selangor, Abu Bakar Yahya berkata tindakan Balasubramaniam mengaitkan Perdana Menteri dengan satu kes pembunuhan, merupakan fitnah yang serius serta boleh mengundang buruk sangka terhadap pemimpin nombor satu negara itu.
  
"Kami berharap pihak berkuasa menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Balasubramaniam yang difahamkan sudah mula mengadakan ceramah dan forum mengenai dakwaan ini," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
  
Beliau berkata jika benar Balasubramaniam mempunyai bukti kukuh, dia sepatutnya tampil dan menyerahkannya kepada polis bagi membolehkan siasatan dilakukan, bukan menyebarkannya sesuka hati tanpa usul periksa.
  
Abu Bakar berkata jika Balasubramaniam enggan, ini jelas bahawa dia sebenarnya berniat jahat dan menjadi alat kepada pihak tidak bertanggungjawab serta boleh mendatangkan bahaya kepada keamanan negara.
  
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob ketika dihubungi mengesahkan mengenai laporan polis itu.
  
Di George Town, PERKASA Pulau Pinang turut membuat laporan polis yang sama dan menurut Ketua Wira PERKASA negeri itu, Mohd Rizuad Mohd Azudin, tindakan Balasubramaniam menyebarkan fitnah itu dalam siri ceramah anjuran pembangkang tidak boleh dibiarkan kerana berniat jahat dan mengelirukan rakyat.
  
"Itu tuduhan serius sekiranya Balasubramaniam tidak boleh mengemukakan bukti kukuh berhubung kenyataannya dia patut didakwa kerana mewujudkan keadaan tidak tenteram di negara ini," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di Shah Alam.
  
Beliau mendakwa kepulangan Balasubramaniam secara tiba-tiba menjelang pilihan raya umum ke-13 dipercayai bertujuan membantu pakatan pembangkang menghasut orang ramai dalam kempen pilihan raya akan datang.
  
Di Kuala Terengganu, PERKASA Terengganu mendesak Balasubramaniam mengemukakan bukti yang kukuh kerana mengaitkan pemimpin negara dengan kes pembunuhan itu.
  
Laporan itu dibuat Ketua Wiranita PERKASA Terengganu Wan Zakiah Wan Khalid di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu yang membantah sekeras-kerasnya kenyataan penyiasat persendirian itu.   
- Bernama

SPR tunjukkan diri sebagai benteng terakhir BN?

Posted: 01 Mar 2013 03:41 PM PST



Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB 

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah membuat saranan agar mana-mana parti tidak mengadakan demonstrasi sekiranya kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Kenyataan ini menunjukkan kecenderungan SPR dalam menjustifikasi perbuatan badan itu yang selama ini menjadi benteng terakhir kepada parti pemerintah untuk kekal berkuasa.

Seperti kata Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, kenyataan tersebut sekali gus membungkus terus harapan rakyat untuk melihat suatu pilihan raya yang adil dan bersih berlaku dalam PRU13.

Malah selaku parti lawan kepada pemerintah, PAS dan Pakatan Rakyat melihat bahawa ia sebagai satu 'hint' kepada keputusan pilihan raya akan datang.

Pilihan Raya Umum Ke-13 dijangka menjadi pilihan raya yang paling kotor dalam sejarah jika pengendalinya masih lagi statik prinsipnya yang bias kepada kerajaan memerintah.

Telahan Husam ini ada benarnya dengan melihat kepada analisis bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman bahawa perubahan yang kini dilakukan SPR bukanlah merujuk kepada perkara pokok yang menjamin pilihan raya di negara ini adil dan bersih.

Isu paling pokok dalam perjalana pilihan raya yang adik dan bersih adalah daftar undi dan akses media yang sehingga ke hari ini tidak diselesaikan oleh SPR.

Apabila Pakatan Rakyat menimbulkan isu daftar pemilih yang kotor, ada sahaja jawapan oleh SPR yang menjustifikasi perbuatan mereka bersama agensi lain kerajaan sebagai molek dan tiada cela.

Malah alasan kononnya jika pilihan raya berjalan dengan tempang, masakan pembangkang boleh menang dalam pilihan raya dibeberapa buah negeri langsung tidak logik.

SPR harus ditanya sama ada perubahan atau sebaliknya dalam isu akses media, penggunaan jentera kerajaan ketika waktu berkempen, rasuah dan habuan projek segera ketika musim pilihan raya, memindahkan pengundi, mendaftarkan pengundi warga asing dan lain-lain seperti yang didakwa oleh ramai pihak.

Paling kritikal isu daftar undi, dimana berlaku peningkatan yang sangat ketara sejak tahun 2011 hingga 2012 yang mana Selangor mencatat pertambahan luar biasa.

Jumlah pengundi di Selangor, Johor, Perak, Sabah, Sarawak, Kelantan dan Kedah masing-masing meningkat sekurang-kurangnya seramai 150,000 pengundi.

Kesemua mereka mendaftar sebagai pengundi selepas pilihan raya umum 2008.

Daripada tujuh negeri berkenaan, Selangor mencatatkan peningkatan terbesar bilangan pengundi baru iaitu sebanyak 29.06 peratus iaitu daripada 1,565,494 pada tahun 2008 kepada 2,020,500 pada suku ketiga tahun lalu.

Jumlah pengundi seramai 10.9 juta sewaktu pilihan raya umum 2008 meningkat perlahan-lahan kepada 11.1 juta pada 2010 sebelum ia meningkat mendadak pada kira-kira 700,000 setiap tahun.

Terbaharu, Naib Presiden KeADILan Fuziah Salleh mendedahkan di sebalik peningkatan pemilih baru begitu mendadak yang dikatakan SPR sebelum ini, sebenarnya melibatkan kesalahan jenayah yang termaktub di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5).

Fuziah sendiri menyebut bahawa penolong pendaftar dipercayai membuat daftar pemilih tanpa pengetahuan penama itu sendiri atau dalam erti kata lain membuat kenyataan permohonan pendaftaran pemilih secara palsu.

Pakatan Rakyat menerima beratus-ratus aduan berhubung perkara ini yang melibatkan pelajar di luar negara, pemilih cukup umur tetapi didaftarkan tanpa pengetahuan mereka, kumpulan dewasa yang tidak pernah mendaftar dan beberapa ahli Puteri Umno yang juga didaftarkan tanpa pengetahuan mereka.
Paling ramai melibatkan penuntut universiti manakala kira-kira 10 kes melibatkan ahli Puteri.

Isu ini sebenarnya bukan baharu, bermula dengan projek IC di Sabah, hinggakan beberapa kes selepasnya di Likas, di Terengganu (tahun 2004) dan di Selangor yang terbaharu dalam kes pemindahan dan pendaftaran pengundi baharu yang luar biasa.

Anwar tidak sama dengan Najib

Posted: 01 Mar 2013 03:39 PM PST



Oleh AZIZ MUDA
 
KUALA LUMPUR: Anak negarawan Tun Ghaffar Baba, Tamrin Ghaffar menyangkal keras laporan mengatakan Dato' Seri Najib Razak sama hebat dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, Najib bukanlah lawan kepada Anwar kerana Najib sentiasa tertinggal dalam banyak perkara berbanding dengan ketokohan Anwar yang berupaya membentuk mood rakyat.

"Najib mana hebat? Kalau Najib hebat dah lama dia debat dengan Anwar. Tetapi hingga hari ini dia tetap tidak berani debat.

"Pada hal, dia Perdana Menteri dan dia boleh dapatkan pelbagai information daripada pegawai-pegawai kerajaan untuk membantunya menghadapi Anwar dalam debat itu," katanya

Sebaliknya, Tamrin mengaku lebih menghormati Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ahmad Shabery Cheek kerana berani berdebat dengan Anwar, walaupun Shabery bukanlah lawan kepada Anwar.

Akhbar harian tempatan 22 Februari lalu melaporkan, PRU13 menjadi medan tempur di antara individu yang mempunyai pengaruh menentang individu berkuasa bagi meraih sokongan rakyat seterusnya membentuk kerajaan baru selepas PRU nanti.

Terbaru kajian populariti oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menunjukkan Najib memperolehi 43 peratus berbanding Anwar 42 peratus, untuk tokoh siapa calon paling layak menjadi Perdana Menteri selepas PRU13.

Kajian itu turut membabitkan Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang mendapat 26 peratus undian, manakala Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memperoleh 22 peratus.

Di kalangan Melayu, Najib adalah yang paling popular dengan 46 peratus, diikuti oleh Ustaz Abdul Hadi 36 peratus, Anwar 34 peratus dan Muhyiddin 26 peratus.

Keputusannya adalah berbeza di kalangan kaum Cina dengan Anwar muncul paling popular dengan 61 peratus, diikuti Najib 35 peratus dan Muhyiddin 15 peratus, manakala Ustaz Abdul Hadi hanya meraih dua peratus.

Mengulas lanjut, Tamrin berkata, bukti lain yang menunjukkan Najib bukan seorang pemimpin hebat boleh dirujuk kepada keputusannya yang sanggup mengurangkan malah menghapuskan kuota Bumiputera dalam DEB, akibat mendengar pandangan Dato' Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau kesal kerana Najib turut terpengaruh dengan pandangan Chua Soi Lek sehingga sanggup mengatakan negara akan huru- hara kalau dilaksanakan pemerintahan Islam.

"Dari segi pemimpin Islam, itu tak betul. Jadi Najib bukanlah seorang yang hebat. Anwar sebenarnya yang jauh lebih hebat berbanding Najib," tegas beliau.

Jenazah komando terkorban tiba di Subang malam ini

Posted: 01 Mar 2013 03:34 PM PST



 
Jenazah dua anggota komando polis pasukan gerakan khas 69 Komando yang terkorban dalam pertempuran dengan sekumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Lahad Datu, Sabah, hari ini, diterbangkan ke ibu negara malam ini.
  
Penerbangan itu dijadual tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada kira-kira 11.30 malam, kata Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yusof kepada Bernama.
  
Anggota terkorban yang berkhidmat di Kem Ulu Kinta itu ialah Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabarudin Daud, 46.
  
Allahyarham Zulkifli, yang berasal dari Kampung Kubang Ikan, Besut, Terengganu, meninggalkan seorang isteri, Noraziah Noor dan dua anak lelaki berusia empat dan satu tahun.
  
Sementara Allahyarham Sabarudin meninggalkan seorang isteri, Nurunisa Abu Bakar, dua anak lelaki dan seorang anak perempuan.
  
Allahyarham berasal dari Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor dan alamatnya kini adalah di Kem Polis Komando Ulu Kinta, Perak.

Tiga anggota komando polis yang cedera dalam kejadian itu ialah Koperal Mohd Tarmizi Hashim, 32, Koperal Azman Ampong, 39, dan Konstabel Mohamad Qaiyum'aiqal Zolkifli, 22.
  
Ramli berkata Mohd Tarmizi cedera di tangan dan kaki manakala Azman yang cedera di paha dan punggung, kini dirawat di Hospital Lahad Datu.

Manakala Mohamad Qaiyum'aiqal yang cedera di bahu kanan dan kedua-dua kaki kini ditempatkan di Hospital Sandakan, katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan perasaan sedih dengan kematian dua anggota komando tersebut. 

Perasaan itu diluahkan beliau melalui laman Twitternya malam ini.
  
"Saya turut berasa sedih di atas terkorbannya dua anggota VAT 69 Polis di Lahad Datu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya (mereka berdua). Al-Fatihah," katanya.
  
Kejadian kira-kira 10 pagi itu menyaksikan dua anggota komando polis berkenaan terkorban manakala 12 penceroboh bersenjata terbabit turut maut.
  
Ia turut mencederakan tiga lagi anggota pasukan keselamatan Malaysia.
  
Kesemua 12 penceroboh rakyat asing yang terbunuh itu adalah antara 180 pengikut 'Sultan Sulu' yang dikepung pasukan keselamatan di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo. Bernama

Keluarga Kpl Azman kesal laporan media tak tepat

Posted: 01 Mar 2013 03:33 PM PST



 
Keluarga seorang daripada anggota polis yang cedera dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo di Lahad Datu semalam, kesal dengan laporan media yang mengatakan anggota polis berkenaan terbunuh dalam kejadian itu.
  
Madun Buyung, 57, dari Kampung Tabanak, Lahad Datu, keluarga terdekat kepada Kpl Azman Ampong, meminta media massa supaya lebih berhati-hati sebelum menyiarkan laporan mereka.
  
"Semua media mesti pastikan maklumat mereka tepat. Dapatkan pengesahan daripada pihak doktor terlebih dahulu sebelum menyiarkan laporan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Lahad Datu semalam.
  
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah media elekronik kononnya Azman terbunuh dalam insiden itu sedangkan anggota berkenaan cuma cedera di tangan dan kaki.
  
Azman adalah antara tiga anggota polis yang cedera dan menerima rawatan di hospital di Lahad Datu.
  
Madun berkata laporan tidak tepat itu telah meresahkan anggota keluarganya.
  
"Setelah mendengar laporan itu di televisyen, saya bergegas ke hospital (Lahad Datu) dan apabila tiba di sini saya dapati anak saudara saya ini dalam keadaan stabil," katanya.
  
- Bernama
1. Polis sahkan 2 komando, 12 penceroboh terbunuh
2. Jenazah komando terkorban tiba di Subang malam ini
3. PM: Penceroboh mulakan dahulu serangan
4. Najib: Penceroboh sepatutnya terima tawaran M'sia
5. Lahad Datu: Dua komando polis M'sia terbunuh

Isteri komando pengsan terima berita suami terbunuh

Posted: 01 Mar 2013 03:31 PM PST

MALAYIA KINI


 
Noraziah Nor, 29, isteri kepada anggota komando Insp Zulkifli Mamat, 30, tidak dapat menahan sebak dan pengsan sejurus menerima berita kematian suaminya.
  
"Nak balik, Azi nak balik, tolong bawa Azi balik, tolonglah sesiapa hantar Azi balik...," begitulah rintihan Noraziah yang dilihat tidak berhenti-henti menangis ketika ditemui di kediaman bapa angkat pasangan itu di Bandar Baru Putra, Bercham di Ipoh.
  
Noraziah yang merupakan guru di sebuah sekolah di Tanjung Rambutan terpaksa dipimpin beberapa jiran dan anggota keluarga kerana pengsan sebelum dihantar ke klinik berhampiran.
  
Pasangan yang menetap di Bandar Baru Putra, Bercham itu mempunyai dua cahaya mata iaitu Mohammad Akmaluddin, 5, dan Mohammad Akhil, setahun dan Noraziah kini mengandung anak ketiga.
  
Zulkifli, adalah antara dua anggota komando yang terkorban dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah hari ini.
  
Sementara itu, bapa angkat pasangan itu, Sjn Hussain Harun, 53, yang merupakan jurulatih pusat latihan Pasukan Gerakan Am (PGA), Hulu Kinta berkata beliau menerima berita itu selepas solat Jumaat sebaik sahaja Noraziah datang ke rumahnya.
  
"Saya cukup terkejut apabila mengetahui berita ini dan Aziah terus pengsan sebaik memberitahu kami.
  
"Saya mengenali arwah pada tahun 2004 semasa dia menyertai Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) UUM dan saya merupakan pengajar untuk pandu arah peta," katanya sambil memberitahu kali terakhir beliau bertemu arwah ialah minggu lepas sebelum bertolak ke Lahad Datu.
  
Ibu angkat Allahyarham Noor Ainita Mohamad, 49, berkata Allahyarham seorang yang baik hati dan peramah.
  
"Arwah memang rapat dengan suami saya... sekiranya ada masalah arwah akan datang rumah dan cerita masalah dia pada kami. Kehilangannya sangat dirasai,"
katanya.- Bernama

Tiada ulasan: