Sabtu, 2 Mac 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Listen! Listen! Listen! 'Serah diri atau ...

Posted: 02 Mar 2013 08:30 AM PST

Korang semua tentu tidak percaya. Sebab korang pun tahu PM Najib ni memang takutkan bini. Rosmah pernah lempang Najib, seorang blogger Umno pernah hedohkan mengenainya dalam blognya suatu ketika dulu. 

Tapi macam mana tiba-tiba dia boleh tunjukan garangnya dengan kata-kata : 

Listen! Listen! Listen! 'Serah diri atau hadapi tindakan pihak berkuasa M'sia'

Itulah yang PM Najib katakan kepada kumpulan pengikut Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah di sini.

Begilah juga perintah Presiden Filipina kepada pengikut-pengikut Kesultanan Sulu di Lahad Datu Sabah, Listen! Listen! Listen! Serah diri tanpa sebarang syarat!

Puteri Jacel Kiram sedang melaporkan kepada bapanya, 
Sultan Sulu Jamalul Kiram III, mengenai pertumpahan 
darah pada hari Jumaat lalu dengan polis Malaysia 
 
Tetapi Sultan Sulu, Jamalul Kiram itu bukan jenis orang yang mudah ditakut-takutkan dan mudah ikut apa yang mereka suruh!

" Mereka hanya tahu menyuruh untuk menyerah! menyerah! Mengapa kita perlu menyerahkan rumah kita sendiri? Mereka (pengikut-pengikutnya kini di Sabah) tidak melakukan apa-apa yang buruk dalam rumah mereka sendiri), "  Jamalul Kiram berkata.

Anak perempuan Kiram, Jacel, berkata perintah Presiden supaya menyerah diri adalah "tidak boleh diterima."

"Dapat kasi rundingan, hindi Dapat dinidikta [Apa yang diperlukan ialah rundingan, tidak arahan]," katanya. 

"Tidak pernah ada sebarang opsyen, tiada opsyen diberikan tetapi suruh menyerah diri," katanya. 

Beliau berkata kebuntuan itu akan berterusan sehingga tiga pihak, Kesultanan dan kerajaan Filipina dan Malaysia-duduk membincangkan isu pemilikan Sabah. Baca di sini

Benarkah dua komando terbunuh terkena serangan mortar?

Posted: 02 Mar 2013 06:07 AM PST

Macam mana ni Najib ? Mana satu yang betul? Sebelum ini, kita semua diberitahu melalui laporan yang menyebut :

Dua komando polis terbunuh setelah terkena 'serangan mortar' di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di Lahad Datu hari ini. Lihat di sini

Kemudian Najib beritahu, bahawa kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah itu telah terlebih dahulu memulakan serangan terhadap pasukan keselamatan Malaysia apabila mereka mara 1.5 kilometer dari tempat mereka berkampung sebelum ini.Baca di sini

Terkini pula, petang tadi, Najib berkata beliau dimaklumkan bahawa dua anggota polis yang terbunuh itu telah melihat bendera putih dikibarkan sebelum rakan kumpulan penceroboh itu memerhati gerakan anggota polis itu sebelum melepaskan tembakan.

"Saya tidak menolak kemungkinan itu satu perangkap oleh kumpulan itu dan ianya adalah satu taktik pengecut," katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah dua anggota itu di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang hari ini. Baca di sini

Senjata mortar yang digunakan askar 
penceroboh Amerika di Iraq dulu

Korang tahu apa itu mortar? Tengoklah gambar mortar atas tu atau nak tahu maklumat lanjut pasal mortar , korang bolek klik di sini

Aku sendiri tidak tahu samada nak gelak atau tidak.Kalau aku gelak nanti korang kata aku tidak ada rasa simpati diatas kematian 14 korban yang jadi mangsa tragedi di Lahad Datu itu.Jom kita hadiahkan al-fateha kepada mereka yang terkorban.Sama-sama Islam, tapi masih lagi saling berbunuh-bunuhan …

Selepas ini nanti apa lagi yang akan diumumkan oleh Najib. Kita tunggu dan lihat lawak Najib seterusnya.

Tragedi Lahad Datu : Najib tidak tepati janji sebagaimana dia berjanji dengan Altantuya

Posted: 02 Mar 2013 02:32 AM PST


Penyiasat persendirian P Balasubramaniam pernah mendakwa penganalisis politik Abdul Razak Baginda menyatakan kekesalan kerana tidak membayar komisyen US$500,000 yang dituntut wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu.

Beliau mendakwa Razak berkata demikian sejurus sebelum ditahan pada 2006.Baca di sini

Kalau Altantuya dapat apa yang dia minta tu, dan malaon in tidak mungkir janji untuk bayar wang komisyen pembelian Skorpene, sudah tentu Najib tak kecut teloq macam sekarang ini!

Altantuya tidak perlu diletupkan.Azilah dan Sirul tidak akan gantung sampai mati.Razak Baginda tidak perlu lari keluar negara…
Jumaat lalu, 3 orang polis komando kita terkorban,12 orang Kesultan Sulu terbunuh dan beberapa lagi orang dikedua pihak cedera parah.

 "Saya sedih insiden ini berlaku kerana ini yang kami cuba elakkan, yang mana pertumpahan darah berlaku," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dipetik The Star Online.Sila baca di sini

Podahlah lu Najib! Semua ini gara-gara lulah Najib ~ nak kemut duit macam cerita diatas.

Adalah bukan rahsia lagi bahawa Malaysia membayar kepada kesultanan Sulu RM5, 300 setiap tahun untuk sewa pajakan ke atas Sabah. Ya,hanya RM5, 300 setiap tahun. Sila baca di sini

Mana masuk akal sewa hanya sebanyak itu? Sewa rumah pun kat Ipoh ni pun ada yang mencecah lebih dari itu untuk sebulan.Apatah lagi jika kat Kuala Lumpur! 

Bayangkanlah…ini sebuah negeri dan ada hasil mahsul minyak, balak dan lain-lain, Malaysia bayar sewa kepada kesultanan Sulu hanya RM5, 300 setahun! Kalau sebulan hanya berapa hinggit sangat?

Malaysia tidak menggempur kumpulan bersenjata ini dengan tentera tetapi menggunakan polis kerana kumpulan ini adalah anak negeri Sabah sendiri.Mereka bukan orang luar sebagaimana anggapan ramai.Malaysia bayar sewa pajakan kepada mereka bukan?

Menteri Auww sendiri akui, kumpulan bersenjata ini bukan teroris! Dan tidak beri laluan kepada tentera untuk masuk campur.Zaid Hamidi senyap terkedu tak cakap apa sebab dia pun bengap!

Aku percaya, kumpulan itu hanya nak tuntut bayaran sewa pajakan yang lebih sahaja.Mungkin mereka mahukan Malaysia menandatangi perjanjian pajakan baru dengan mereka kerana pajakan lama itu akan tamat tempohnya pada bulan Mac ini.

Najib berjanji untuk tidak akan meumpahkan darah konon.Inilah janji Najib yang tidak ditepati.Kalau dia bijak dan tidak buat langkah silap sebagaimana janjinya dengan Altantuya, sudah tentu tragedy Lahad Datu ini tidak akan terjadi.Najib akan menyesal lagi sebagaimana dia tidak menepati janjinya dengan Altantuya dulu …

Kita percaya isu ini akan berlanjutan kerana Kesultanan Sulu akan bawa tuntutan ke atas Sabah ke Mahkamah Antara Bangsa dan Bangsa-Bangsa Bersatu. 

Apakah benar, kemungkinan Sabah akan terjebak ke dalam kancah perang saudara sesama sendiri

Lahad Datu : Menteri Dalam Negeri Pembohong Besar

Posted: 01 Mar 2013 05:47 PM PST

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menulis di Twitter bahawa tembakan telah dilepaskan di kampung Sabah Lahad Datu, tetapi pasukan keselamatan tidak membalas dan bahawa kumpulan itu terus akan dikepung. 

"I confirm that our security forces have not taken a single shot but were shot at 10 a.m. this morning!" he tweeted.  ("Saya mengesahkan bahawa pasukan keselamatan kita tidak melepaskan sebarang tembakan tetapi telah ditembak pada 10 pagi pagi ini!" Dia menulis dalam tweetnya.) 

He later told The Star newspaper that there had been "no deaths". (Beliau kemudian memberitahu akhbar The Star bahawa "tiada kematian".) Cer baca nih

Nampak sangat pembohong besar Menteri Auww ini.Ternyata laporan terkini amat bercanggah dengan apa yang malaon ni cakap!

Inilah kesan tembakan amaran dan tiada kemalangan jiwa 
sebagaimana Menteri Auwww kita cakap!

Namun jurucakap Kiram, Abraham Idjirani mendakwa penembak tepat daripada pasukan Malaysia telah membunuh 10 pengikut sultan Sulu dan mencederakan empat orang anggota lain. 

"Saya bercakap dengan (pemimpin kumpulan) melalui telefon tadi dan bertanya kepadanya berapa ramai orang-orangnya yang telah mati syahid. Dia memberitahu saya 10. Saya bertanya tentang mereka yang cedera dan dia berkata empat, "Idjirani memberitahu sidang akhbar di rumah Manila Kiram. 

Laporan yang bercanggah sebegini menyebabkan timbul beberapa kekeliruan kepada orang ramai yang mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku. Nampaknya Menteri Auww kita tu langsung tidak ada integrity kerana pembohong .Tak boleh diharap langsung.Elok lah ditukarkan! 

Adakah patut dia kata : 

1.'Tidak ada kemalangan jiwa' ? Walhal sebenarnya laporan terkini mengatakan 14 nyawa melayang dan beberapa lagi cedera. 

 2. Dia kata 'polis kita tidak ada melepaskan sebarang tembakan, tetapi telah ditembak! ' Walhalnya telah berlaku tembak menembak pada pagi Jumaat itu antara pasukan keselamatan Malaysia dan "tentera diraja" kesultanan Sulu apabila dua "tentera diraja" keluar untuk membeli makanan, kata seorang diplomat kanan. 

Dua lelaki itu meninggalkan kampung pada jam 10:30 pagi untuk membeli makanan kerana terlalu lapar. 

Pasukan keselamatan melepaskan dua das tembakan amaran dan memberkas mereka yang tercedera. ( Cedera walaupun hanya tembakan amaran? Atau dua orang tu mati? Penembak tepat dari pasukan elit dilatih hanya untuk  menembak untuk membunu; bukan tembak amaran.Baca dari sumber di sini

Apa yang sebenarnya berlaku di Lahad Datu? Presiden Benigno Aquino III pada Jumaat kelmarin mengarahkan penyiasatan untuk menentukan apa yang benar-benar berlaku di Sabah kerana laporan yang bercanggah daripada pihak berkuasa Malaysia dan pengikut sultan Sulu. 

Pengikut sultan Sulu mendakwa 10 pengikut mereka telah dibunuh. Kami telah menerima notis dari Malaysia bahawa 10 orang pengikut sultan Sulu telah menyerah diri, dan [Agbimuddin] telah melarikan diri dari kawasan itu. Itu masih belum dapat disahkan. Di manakah dia sekarang, kita tidak tahu, "kata pegawai itu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Hamza Taib memberitahu satu sidang akhbar petang semalam bahawa 12 anggota kumpulan Agbimuddin terbunuh dalam pertembungan dengan polis. Dua anggota polis Malaysia terbunuh dan tiga atau empat cedera dalam pertempuran, menurut laporan berita dari Malaysia.

Kekeliruan mengenai apa yang sebenarnya berlaku di Sabah bermula apabila jurucakap timbalan presiden Abigail Valte menyatakan kepada pemberita bahawa polis Malaysia tidak melepaskan sebarang tembakan dan tidak ada kemalangan jiwa berlaku.(Saperti mana yang Menteri Auww tweet) 

Setiausaha Dalaman Roxas menambahkan kekliruan dengan laporannya sendiri bahawa Polis Malaysia melepaskan beberapa tembakan amaran dan tiada berlaku apa-apa kemalangan.

Kemudia Roxaz menyatakan ada laporan bahawa dua pengikut sultan terbunuh dalam dalam pertempuran tersebut dan 'keadaan telah bertukar tiba-tiba'

Pengikut sultan Sulu akan meneruskan tuntutan mereka ke atas Sabah ke Mahkamah Antara Bangsa dan Bangsa-Bangsa Bersatu .Baca di sini

Saya tidak percaya polis kita hanya melepaskan tembakan amaran bila du orang Sultan Sulu itu keluar untuk membeli makanan. Mana bisa penembak tepat daripada polis elit Malaysia melepas tembakan amaran? Mereka hanya akan melepaskan tembakan untuk membunuh. Tugas mereka adalah 'shoot to kill' Tidak ada istilah 'tembak amaran'  bagi pasukan elit ini. 

Situasi sekarang akan bertambah rumit.Isu tuntutan ke atas Sabah semakin bergelora.

Tiada ulasan: