Sabtu, 2 Mac 2013

Biaqpila

Biaqpila


ANWAR DITUDUH MEMBAWA KEMUSNAHAN TANAMAN PADI KAH! KAH! KAH!

Posted: 02 Mar 2013 04:00 AM PST





Lihat (ada tanda soal) tuduhan dalam Utusan , sah berita fitnah lah tu


Takziah kepada 2 orang pegawai keselamatan yang gugur sebagai wira negara di Lahad Datu semalam.

Semoga jasa dan pengorbanan yang dicurahkan kerana mempertahankan kedaulatan negara diberikan ganjaran yang baik di sisi Allah SWT.....

Inilah hakikat negara ku oh Malaysia.. terbukti perairan negara mudah sangat dibolosi,baek yang datang bersenjata ataupun baek yang menaik tongkang untuk menjadi PATI kerana bermusafir mencari kerja atau mau menjadi kerakyatan di negara ini secara gelap..

Hari ini nak nulih isu yang ada berkait dengan Kes Lahat Datu....
Kes pencerobohan di Sabah ini dari mula sehingga semalam blog ini tidak memuat naik cerita ini..

Tetapi hari ini terpanggil dan tangan rasa gatai nak komen isu ini bila terbaca keratan akhbar yang paling meloya di muka bumi ini..

Lihat [gambar diatas] provok macam sial dari Utusan Malaysia.."Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?".

Utusan buat serkap jarang menuduh Anwar jadi dalang tetapi yang pelik kenapa ada tanda soal [question mark ] didalam tuduhan itu .Sejujurnya semua mengetauhui bila setiap kenyataan yang ditulis dengan tanda "question mark" bererti cerita yang siarkan itu belum pasti dan masih menjadi tanda tanya.

Utusan seolah olah sengaja memainkan sentimen menyuruh rakyat membenci   Anwar Ibrahim dengan tulisan yang masih belum pasti kesahihannya yang memang berniat jahat.

Utusan seperti tidak takut dan serik dengan saman,Cukup setia Utusan menjaga ketuanan hapraknya dengan memburuk buruk Anwar Ibrahim ...


Sikit sikit Anwar.... Semua salah Anwar..

Menteri jaga KDN tidur ka..!! auwwWWW..

Sampaikan kedaulatan negara di ceroboh masih boleh nak berdialog dengan penceroboh bersenjata..



Puiii...~~



Opppss neh satu lagi [ gambar bawah] projek menyalahkan Anwar ibrahim..

ha ha ha punya la banggaanGGGG..



V
V
V
V


kah kah kah kah






batuvskayu

Siswa GM13 cabar Najib debat di RTM

Posted: 01 Mar 2013 11:00 PM PST


Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) yang mengumumkan untuk meletakkan calonnya bertanding di kawasan Parlimen perdana menteri di Pekan, kali ini mahu berdebat pula dengan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung manifesto mahasiswa untuk pilihan raya umum akan datang.

Semalam, mereka menghantar surat permohonan kepada stesen RTM semalam supaya menganjurkan debat tersebut antara perdana menteri dengan pengerusi GM13, Syis Abdul Kadir.

Syis menyerahkan surat tersebut kepada Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Penyiaran Malaysia Mohd Nadzir Don kira-kira jam 12 tengahari semalam.

Seramai enam mahasiswa mengiringi beliau menyerahkan surat tersebut kepada Nadzir di pintu masuk Angkasapuri semalam.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam, Syis Abdul Kadir berkata antara intipati manifesto mereka boleh diperdebatkan adalah berkaitan dasar pengajian tinggi negara.

"Hal ini bertujuan untuk mengetahui maklum balas dari perdana menteri sendiri berhubung dengan segala isu yang telah berlaku kepada mahasiswa sebelum ini terutamanya berkenaan manifesto mahasiswa dalam menghadapi PRU-13," surat permohonan itu dipetik.

Dalam surat tersebut, mereka mencadangkan tajuk debat adalah "Barisan Nasional jadikan universiti sebagai kilang" dan mengesyorkan ia disiar secara langsung di Angkasapuri.

Syis yang juga presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (UM) berkata, pihaknya memberi tempoh sehingga 6 Mac ini kepada RTM untuk memberi keputusan.

Mahasiswa Akademi Pengajian Islam UM itu berkata, pihaknya juga akan menghantar salinan surat permohonan debat itu kepada Jabatan Perdana Menteri melalui emel Isnin ini.

Dalam perkembangan berkaitan, pihaknya akan melancarkan manifesto mahasiswa pada Isnin di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur jam 8.30 malam.

MK


VIDEO Mat-mat Motor dibayar RM15 untuk meramaikan majlis Muhyiddin

Posted: 01 Mar 2013 07:54 PM PST


















Dah jadi budaya UMNO nampaknya ini.. kerana yang menyokong mereka semakin berkurangan, terpaksalah dikeluarkan upah kepada remaja-remaja untuk meramaikan apa saja majlis mereka..

Dalam hal ini untuk meramaikan hadirin dalam majlis Muhyiddin di Kelantan, mereka terpaksa membayar upah kepada Mat Motor..

Tetapi upahnya lebih kurang dari kebiasaan yang diberikan oleh UMNO kepada hadirin upahan mereka iaitu RM50, disini hanya RM15 diberikan kepada Mat-mat Motor itu..

Berapa lapis punya filter ni?.. pakat makan sorang sikit ke?

Tapi.. duit siapa yang diedarkan tu?? Duit Muhyiddin ke atau duit siapa?

Ini laporan dari Bernama..


KOTA BAHARU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini untuk mengadakan lawatan sehari di Kelantan.

Muhyiddin yang ditemani isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman tiba pada pukul 9.35 pagi dan disambut Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussin, Pengerusi MIC negeri M. Kuppusamy dan Timbalan Pengerusi MCA Kelantan Tan Ken Ten serta barisan kepimpinan komponen Barisan Nasional Kelantan.

Sejurus tiba, Muhyiddin dan isteri menghadiri majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan di Tunjong di sini.

Muhyiddin kemudian akan menunaikan solat Jumaat bersama penduduk di Masjid Aril, Melor di sini, diikuti menghadiri jamuan rakyat di Masjid Kampung Tegayung juga di Melor pada pukul 2.20 petang.

Timbalan Perdana Menteri dan isteri kemudian akan menghadiri Himpunan Anak Muda Kelantan di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan di Tanjung Chat di sini pada pukul 3.50 petang yang dijangka dihadiri kira-kira 20,000 orang terdiri daripada anggota badan bukan kerajaan di negeri ini.

Muhyiddin dan isteri dijadual berlepas pulang ke ibu negara pada pukul 5.30 petang. BERNAMA

Ini video Mat-mat Motor itu dibayar...




darisungaiderhaka



Tiada ulasan: