DIALOG RAKYAT |
- 10 penceroboh di Lahad Datu serah diri, kata kedutaan Malaysia
- Iklan Najib di Youtube, berapa kosnya?
- Bekas Ketua Puteri serah borang sertai Umno
- TPM: Manifesto BN diumum selepas Parlimen bubar
- Kenapa k'jaan ambil mudah isu keselamatan negara?
- Lahad Datu: Umat Islam diseru adakan solat hajat
- Najib: BN akan bentang manifesto 'janji yang ditepati'
- “Jeneral” pilihan raya BN mungkin bertukar?
- Ceroboh Sabah: 3 termasuk pemilik rumah maut
- PI Bala: Altantuya dakwa Razak Baginda suaminya
- Khutbah p’raya perlu dinilai Pakatan untuk pastikan tidak berpihak
- Ceroboh Sabah: Pakatan gesa PM panggil sidang khas Parlimen
- Ceroboh Sabah: 2 komando polis maut terkena mortar
- Media Filipina: 10 anggota tentera Sultan Sulu maut
- Gagal tunai janji: Pesara tentera mahu saman Kementah
- 2 rakyat terkorban di Lahad Datu bukti k’jaan remeh keselamatan negara
- Najib: Penceroboh sepatutnya serah diri, keluar Lahad Datu
- Ceroboh Sabah: Dua anggota tentera cedera, dibawa ke hospital
- Empat Pemuda PAS Bebas Tanpa Sabitan
- Pemimpin Umno Tidak Lulus Bahasa Melayu?
10 penceroboh di Lahad Datu serah diri, kata kedutaan Malaysia Posted: 01 Mar 2013 05:32 AM PST TERKINI @ 05:16:03 PM KUALA LUMPUR, — Sepuluh penceroboh Filipina di Lahad Datu dilaporkan menyerah diri selepas pertempuran bersenjata berlaku antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh berkenaan, kata Kedutaan Malaysia di Filipina. ABS-CBN News melaporkan memetik Duta Malaysia Mohammad Zamri Mohammad Kassim berkata pencerobohan tersebut telah berakhir. "Kedutaan berkata pencerobohan telah berakhir," kata jurucakap Kementerian Luar Filipina, Raul Hernandez. Portal The Philippine Daily Inquirer melaporkan jurucakap Kementerian Hubungan Luar Filipina Raul Hernandez hari ini berkata Mohammad Zamri telah bertemu dengan pihak Setiausaha Kementerian Hubungan Luar Albert Del Rosario di Manila untuk memaklumkan perkara itu. Hernandez dilaporkan berkata kerajaan Filipina masih lagi perlu mengesahkan kenyataan jurucakap penceroboh berkenaan bahawa 10 anggotanya terbunuh. Dua anggota komando polis Malaysia turut dilaporkan terbunuh selepas diserang menggunakan mortar. Pemilik rumah yang dirampas turut dilaporkan telah dibunuh menurut Mohammad Zamri, menjadikan jumlah kematian setakat ini 13 orang. Empat penceroboh dan empat anggota polis turut dilaporkan cedera. Dua penceroboh dilaporkan melarikan diri ke kawasan laut, menurut laporan ABN-CBN. Sementara itu Del Rosario meminta agar kumpulan penceroboh tersebut diberikan akses supaya kerajaan Filipina dapat membekalkan rawatan perubatan, kata Hernandez. "Setiausaha Del Rosario turut meminta jasa baik agar kapal tentera laut Filipina AT-296 BRP Tagbuana dibenarkan memasuki Lahad Datu untuk membolehkan pegawai perubatan Filipina memasuki kawasan tersebut dan merawat mereka yang tercedera dan membawa pulang baki penceroboh kepangkuan keluarga dan kampung halaman mereka, kata Hernandez, dipetik ABS-CBN. Kawasan Pantai Timur Sabah diletakkan dengan kawalan keselamatan yang ketat. Ketua Polis Semporna Deputy Supt Firdaus Francis Abdullah dilaporkan berkata kepada The Star Online pihak polis diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bersama dengan pasukan keselamatan lain untuk tindakan lanjut. Firdaus dilaporkan berkata penduduk di sana agar bertenang kerana ia hanya sebagai langkah berjaga-jaga. "Banyak pihak yang risau ia akan merebak ke Semporna, namun sebenarnya tidak perlu dibimbangkan kerana penceroboh Sulu telah disekat ke Lahad Datu," katanya. Semporna dan Lahad Datu, yang kedua-duanya terletak di kawasan pantai timur Sabah telah menerima serangan pada 1980an dan 1990an, terutamanya daripada lanun dari Selatan Filipina, lapor portal tersebut. Lahad Datu, yang berada dalam lingkungan 130km jaraknya dari lokasi pertempuran turut digambarkan sebagai "pekan berhantu", dengan semua kedai di pusat bandar ditutup dan anggota tentera dilihat mengadakan kawalan di beberapa kawasan termasuk sekolah dan hospital. Empat turut dilaporkan cedera, termasuk Puteri Jaycel Kiram, anak perempuan kepada Sultan Sulu Jamallul Kiram III (gambar), memetik laporan Philippine Daily Inquirer. Dianggarkan 180 pemberontak Filipina, termasuk 30 lelaki bersenjata menceroboh Sabah pada 9 Feburai lalu dan enggan beredar, walaupun telah diarahkan oleh kedua-dua kerajaan Malaysia dan Filipina. Mereka menegaskan lebih rela mati di Sabah dan tidak akan menyerah kalah. Penceroboh berkenaan mula memberontak apabila beberapa pengikut Agbimuddin mahu pulang ke Filipina, menurut portal berita The Star Online Isnin lalu. Kumpulan tersebut sebelum ini mengatakan tidak mahu pulang ke Sabah kerana mereka "adalah warga Kesultanan Sulu." | ||
Iklan Najib di Youtube, berapa kosnya? Posted: 01 Mar 2013 04:42 AM PST
Belum lagi terjawab berapakah jumlah yang telah dibelanjakan dari duit rakyat untuk membeli semuka penuh iklan di akhbar Washington Post bagi tujuan mengucapkan tahniah kepada Rosmah pada April 2011 lalu, kini terpampang pula iklan Moving Forward Together With Najib Raza' di laman utama Youtube. Promosi habis-habisan pembinaan imej Presiden Umno dalam rangka untuk mengekalkan tampuk kuasa menjelang PRU13 ini, tentunya menelan jutaan ringgit lagi wang rakyat. Tak cukup dengan memanipulasikan segenap ruang media perdana yang ada di Malaysia, sedang berlangsung sekarang jelajah Presiden dan Timbalan Presiden Umno ke seluruh negara untuk berkempen yang kosnya juga dibayar dari wang rakyat, menggunakan kemudahan milik rakyat sama ada pesawat khas yang dinaiki, helikopter, sekolah atau premis milik rakyat, peruntukan jamuan yang dibayar dari duit rakyat, cenderahati untuk Presiden Umno juga dibeli dari duit rakyat, belum lagi dikira kakitangan kerajaan yang sepatutnya berkhidmat untuk rakyat tetapi dikerah hadir ke program Presiden Umno dengan dibayar sagu hati dari duit rakyat juga. Pendek kata setiap langkah yang diatur Presiden Umno bagi tujuan kempen mengekalkan kuasa ditanggung oleh rakyat. Takrif rakyat tentunya bermakna bukan hanya yang penyokong Umno dan BN. Memang tepat ungkapan bahawa Umno akan mati bila hilang kuasa, kerana tonik yang memacu kelangsungan umno adalah wang dan wang tersebut adalah wang rakyat! Hanya dengan memiliki kuasa yang membolehkan wang rakyat menjadi wang Umno! Bagaimana caranya? Sangat mudah bagi mereka yang berada di puncak kuasa. BR1M, Bantuan Awal Persekolahan semuanya dari duit rakyat, tetapi sebelum menerimanya, rakyat dipaksa mendengar ucapan berbentuk bebelan panjang dari pemimpin-pemimpin Umno yang bersyarah seolah-olah duit tersebut mak bapak Umno yang bagi. Persoalan lain, dengan promosi habis-habisan apakah posisi Umno benar-benar terdesak dan berada dalam kedudukan defensif menjelang 'pertempuran' paling sengit di medan PRU13 nanti? | ||
Bekas Ketua Puteri serah borang sertai Umno Posted: 01 Mar 2013 04:39 AM PST
RANTAU PANJANG: Rosanah Yaacob ialah bekas Ketua Puteri Umno Kampung Pening Lalat. Sekarang aktif dalam wanita Umno. Anehnya media Umno semalam melaporkan dia menyerah borang menyertai Umno. Dalam laporan itu dia mendakwa tidak pernah mengundi Umno kerana menganggap PAS sebagai parti Islam. Ketua PAS Cawangan Gual Tok Deh, Azman Makhtar berkata, Rosanah tidak pernah menyertai PAS atau menjadi penyokong kerana dia aktivis wanita Umno sejak dari dahulu lagi. "Dia aktif bergiat dalam wanita Umno. Sebelum ini ketua puteri cawangan. Jadi mengapa pula tiba-tiba dia mengaku sebagai penyokong PAS yang baru menyertai Umno. "Ini adalah cerita lawak yang semakin menjadi-jadi di Rantau Panjang sekarang. Minggu lepas akhbar melaporkan 78 penyokong PAS menyertai Umno, sedangkan sebahagian mereka warga Thailand," katanya di sini. Media tajaan Umno semalam melaporkan 100 ahli PAS dari Kampung Pening Lalat, Gual Tokdeh menyertai Umno kerana kecewa dengan sikap pemimpin parti itu. Mereka dilaporkan menyerah borang kepada Ketua Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasin. Azman berkata, penduduk kampung terkejut dengan dakwaan Rosanah kononnya sebagai penyokong PAS, sedangkan semua orang tahu dia wanita Umno tulen. Menurutnya juga Kampung Pening Lalat hanya mempunyai sekitar 12 rumah dan sebahagian besar mereka penyokong tegar Umno sejak dari dahulu lagi. Azman berkata, Ketua Umno Rantau Panjang sekarang benar-benar terdesak sehingga terpaksa mencipta sesuatu yang tidak wujud kemungkinan impiannya untuk menjadi calon parlimen Rantau Panjang. "Kalau sebelum ini kita sering membaca laporan akhbar orang Umno sertai Umno di Pasir Puteh, namun sekarang berjangkit pula ke Rantau Panjang," ujarnya. Katanya juga laporan akhbar yang mendakwa Yaacob Mahmood, 78 sebagai ahli PAS juga cukup mengelirukan kerana dia tidak pernah berdaftar sebagai ahli PAS. Penghulu Mukim Lubok Gong, Syed Abu Bakar Syed Mohd Nor berkata, Umno Rantau Panjang benar-benar tertekan sekarang sehingga menciptakan cerita yang tidak wujud. Katanya, Ketua Bahagian Umno Rantau Panjang benar-benar gelisah sekarang sehingga kerap memanggil wartawan membuat laporan berdasar kepada lakonan sesama sendiri. "Datuk Abdullah bermasalah dengan jenteranya, malah kudis lama dengan bekas ketua bahagian, Datuk Mohd Zain masih belum sembuh. "Mungkin dengan taktik mancari publisiti murahan beliau menganggap populariti meningkat semula. Tetapi berdasar kepada percakapan sesama Umno, Abdullah hanya menanti masa untuk disingkir pada pemilihan Umno akan datang," ujarnya. Oleh itu beliau menasihat orang ramai tidak mempercayai laporan media terutamanya TV3 dan Utusan yang dilihat bersedia memaparkan banyak lagi lakonan arahan Abdullah. | ||
TPM: Manifesto BN diumum selepas Parlimen bubar Posted: 01 Mar 2013 04:35 AM PST Barisan Nasional (BN) kini dalam peringkat akhir menyiapkan manifesto pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dan ia akan diumumkan kepada rakyat selepas Parlimen dibubarkan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang meneliti beberapa perkara secara terperinci sebelum manifesto itu disiapkan sebelum perbincangan akhir diadakan dengan semua ketua parti komponen BN untuk mendapatkan input tambahan. "Selepas tarikh Parlimen dibubarkan masih ada tempoh masa supaya tidak terlalu awal dan tidak terlalu lambat untuk rakyat memberi penilaian tentang apa yang kita sediakan dalam manifesto itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Rakyat 1Malaysia di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan di Tunjong di Kota Bharu hari ini. Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN, berkata rakyat boleh membuat perbandingan antara Barisan Nasional dan pembangkang yang mana satu manifesto lebih menarik dan praktikal yang mampu dilaksanakan dan boleh memberi kebaikan kepada rakyat. "Di samping manifesto peringkat nasional, di peringkat negeri pun sedang dimuktamadkan oleh ketua Barisan Nasional negeri untuk mereka menambah perkara tertentu seperti di Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed sedang siapkan yang menjurus kepada kepentingan untuk rakyat Kelantan," katanya. Ditanya sama ada manifesto pakatan pembangkang yang diumumkan baru-baru ini realistik dan Islamik, Muhyiddin berkata rakyat boleh menilai dan antara yang diperjuangkan PAS ialah untuk menegakkan hukum hudud dan manifesto tersebut tidak disebut. "Kami sudah buat penilaian dan kami anggap ia tidak realistik, membawa negara kepada muflis dalam tempoh ke hadapan kalau mereka berkuasa. Mereka tidak menjelaskan satu persatu, sebut secara umum, mungkin dia akan layan kelompok tertentu, dia cakap nak hapuskan PTPTN, akan hapuskan tol dan lain-lain. "Apakah implikasi kepada kerajaan pusat yang disebut dalam manifesto itu...mana sumber kewangan, dia kata ada penjimatan kalau dapat kurangkan korupsi, kalau dapat kurangkan perbelanjaan tertentu, kami dalam kerajaan sudah 55 tahun menangani masalah itu tetapi ada had dan batas, kerana mereka (pembangkang) tidak ada pengalaman maka mereka membentangkan sesuatu yang tidak boleh dilaksanakan, mungkin kerana mereka kata manifesto bukan janji seperti di Selangor," katanya. Muhyiddin berkata tawaran dalam manifesto tersebut nampak macam percuma kepada rakyat tetapi kos kepada kerajaan untuk menanggungnya dan akhirnya kerajaan tidak boleh lagi menanggung beban tersebut. "Dia kata tak payah bayar tol tetapi kerajaan yang sudah ada kontrak dengan syarikat konsesi perlu bayar pampasan, duit dari mana nak cari," katanya yang turut mempersoal tawaran pembangkang untuk menurunkan harga minyak yang kini diberi subsidi oleh kerajaan. Beliau berkata pakar ekonomi juga menyatakan tawaran pembangkang itu tidak boleh dilaksanakan dan jika dilaksanakan akan membawa negara menjadi muflis. Mengenai dakwaan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kononnya Umno sama seperti komunis, Muhyiddin berkata "tak betul, itu fatwa songsang, memang lumrah dibuat oleh pembangkang khususnya PAS melabel ini sudah menjadi amalan biasa, tidak ada keistimewaannya, tidak berpandu kepada hukum, tidak berpandu kepada syariat Islam, tidak berpandu kepada hadis, dia sebut sahaja begitu". Beliau percaya rakyat tidak akan mudah terpedaya dengan tohmahan yang dilontarkan kepada Umno dan kerajaan Barisan Nasional.- Bernama | ||
Kenapa k'jaan ambil mudah isu keselamatan negara? Posted: 01 Mar 2013 04:28 AM PST
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ucapkan takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang terkorban dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah hari ini. Katanya, Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan menteri yang bertanggungjawab menjaga urusan keselamatan dan pertahanan negara sewajarnya tampil menjelaskan kepada rakyat tentang peristiwa berdarah ini. "Mengapa sebegitu mudah sempadan negara dibolosi oleh sekumpulan warga asing bersenjata dan mengapakah kerajaan begitu berkompromi dalam menyelesaikan isu ini?" tanya beliau dalam satu kenyataan ringkas. Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan isu keselamatan negara tidak sewajarnya dipandang remeh dan diambil mudah oleh pihak kerajaan. Justeru, ujar beliau, rakyat perlu diberikan maklumat mengenai apa yang berlaku. | ||
Lahad Datu: Umat Islam diseru adakan solat hajat Posted: 01 Mar 2013 04:26 AM PST
KOTA KINABALU: Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah hari ini menyeru kepada semua umat Islam di seluruh negara untuk mendirikan solat hajat secara berterusan bagi memelihara dan menyelamatkan negara ini daripada pencerobohan luar yang kini telah menumpahkan darah. Ketuanya, Nuruddin Ibrahim berkata, pihaknya juga mencadangkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) agar dapat mengeluarkan arahan kepada seluruh masjid dan surau di negeri ini untuk melakukan solat hajat bagi tujuan tersebut. "Kita minta kepada semua masyarakat Malaysia agar sama-sama mendirikan solat hajat sama ada secara bersendirian mahupun berjemaah bagi mendoakan keselamatan di bumi Sabah ini. "Kita juga telah memohon kerjasama pihak berkuasa agama negeri untuk mengarahkan masjid dan surau di seluruh negeri ini bagi mengadakan solat hajat. "Ini dapat menunjukkan kebersamaan dalam memastikan negara dan negeri ini berada dalam keadaan aman dan terpelihara daripada bahaya petaka," ujarnya. Sehingga kini, dua anggota polis Malaysia dilaporkan terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filiphina, Raul Hernandez bagaimanapun dilaporkan berkata pencerobohan pengikut Sultan Sulu di Sabah telah tamat. ABC-CBNnews memetik Hernandez berkata bahawa pihak berkuasa Malaysia, khususnya pasukan polis, sedang memburu kumpulan tersebut. | ||
Najib: BN akan bentang manifesto 'janji yang ditepati' Posted: 01 Mar 2013 04:22 AM PST Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) akan membentangkan manifesto yang akan menyedarkan rakyat bahawa bila BN buat sesuatu, ia yakin bahawa ia janji yang ditepati. "Manifesto BN ialah apa yang akan BN lakukan lima tahun akan datang dan apa yang telah dilakukan dalam masa empat tahun ini," kata perdana menteri kepada pemberita hari ini ketika diminta mengulas pembentangan manifesto pembangkang baru-baru ini yang dilihat tidak realistik oleh banyak pihak. Pengerusi BN itu berkata manifesto BN tidak langsung akan berpandukan manifesto pakatan pembangkang yang tidak ubah seperti "silap mata politik semata-mata mahu menyedapkan rakyat yang mendengar". Kerajaan akan memperjelas kepada rakyat tidak lama lagi bahawa manifesto pembangkang merupakan suatu yang tidak boleh ditunaikan. "Kita kena lihat secara menyeluruh manifesto pembangkang itu, sebab ada perkara yang disebut tidak diberi angka yang tepat," katanya selepas melancarkan Pusat Transformasi Luar Bandar Kuala Pahang di Pekan yang dihadiri 15,000 orang. "Contohnya (pembangkang) hendak kurangkan harga elektrik, harga minyak, bekalan air, hapuskan tol, pendidikan percuma dan jika ada kuasa, akhir penggal lima tahun pemerintahannya pendapatan setiap isi keluarga mencecah RM4,000 sebulan. "Tetapi dia tidak menyatakan bagaimana hendak melakukan dan apakah peruntukan dan dana yang perlu dikeluarkan untuk mereka sampai ke tahap itu, bila harga minyak dikurangkan, tidak sebut banyak mana," katanya. Oleh itu, kata perdana menteri, jelas ada silap mata politik dalam hal ini. "Untuk bagi sedap orang mendengarnya dan bila turun padang lihat kelompok yang dia (pembangkang) akan beri ucapan, (berdasarkan) kalau kelompok suka sesuatu isu, dia akan sebut perkara itu dan bila di tempat lain (dia akan) sebut isu lain, tidak sebut keseluruhan (manifesto)," katanya. Najib berkata BN akan bertindak balas dalam masa terdekat ini dengan memperjelas setiap janji pilihan raya pembangkang yang ternyata tidak boleh, dan tidak mungkin ditunaikan, sebab jika dicuba juga, pasti akan membawa kepada keruntuhan ekonomi negara. Mengenai RTC, Najib berkata pusat berkenaan membolehkan penduduk di kawasan sekitarnya mendapat pelbagai perkhidmatan kerajaan dengan selesa, selain bakal menjana pembangunan sosioekonomi penduduk sekitar. "Saya hendak jelaskan bahawa faedah yang boleh diperoleh masyarakat di sini dan mereka yang mengunjungi pusat RTC Kuala Pahang, ialah pelbagai perkhidmatan kerajaan tersedia dengan selesa dan istimewa. "Di sini ada juga Kedai Kain 1Malaysia dengan harga yang dijual cukup rendah pada tahap yang sukar dipercayai dan sudah tentu menambahkan kuasa pembeli dalam kalangan masyarakat setempat," katanya. Di RTC itu juga, katanya, akan disediakan pusat kegiatan rekreasi dan kafe, kedai Roti 1Malaysia oleh Fama dan pusat tumpuan pelajar (Universiti Malaysia Pahang) dan penduduk kampung Kuala Pahang. Najib turut melahirkan rasa kagum kerana pusat berkenaan yang berharga RM3.5 juta, disiapkan hanya dalam tempoh dua minggu. "Ia akan memberi impak besar dan cukup pantas dan perbelanjaan minimum, sebab itu kita boleh anggap ia kemudahan rakyat dan menepati falsafah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). "Saya berharap ia dapat mendekatkan pengeluar dan pembeli serta pasaran, kerana kita tidak boleh tingkatkan atau melonjakkan pendapatan petani, penternak dan nelayan kecuali mendekatkan mereka dengan pasaran dan kalau boleh produk yang dijual, dibeli dengan jumlah yang besar," katanya. Perdana menteri berharap kedua-dua pihak mendapat keuntungan daripada transaksi ini dan secara langsung mengawal inflasi. Bernama | ||
“Jeneral” pilihan raya BN mungkin bertukar? Posted: 01 Mar 2013 04:20 AM PST
BACHOK: Mungkinkah kepulangan bekas penyiasat persendirian, Balasubramaniam a/l Perumal (P1 Bala) menyebabkan "jeneral" pilihan raya BN bertukar tangan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13. Inilah isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang apabila Datuk Seri Najib Razak menukar tarikh hasrat pembubaran parlimen berkali-kali. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu membangkitkan siapakah yang bakal mengetuai jentera pilihan raya BN kali ini selepas P1 Bala pulang ke tanah air sekarang. "Bala orang terbabit secara langsung dalam akuan sumpah 1 dan akaun sumpah 2 dalam kes menyebabkan kematian menyayatkan warga Mongolia Altantuya Sharribuu," katanya pada ceramah Himpunan Kebangkitan Rakyat parlimen Bachok di sini kelmarin. Dan malam ini P1 Bala dijangka muncul di pentas sama di Kompleks Pendidikan Islam Bachok di Kampung Badak, kampung asal Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed. Bala akan bergandingan dengan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, CheguBard (Badrul Hisham Sharin). Sebelum ini laman berita media baru turut membayangkan Najib dijangka tidak akan mengetuai jentera BN pada PRU-13 memandangkan kes Altantuya kini dihangatkan semula. Mohamad berkata, sekarang zaman maklumat di hujung jari di mana segala perkara terdedah dalam masa sekelip mata. "Sekarang juga rakyat membuat pertimbangan berdasar kepada fakta dan bukan lagi dengan umpan projek pembangunan dan habuan lain. "Era mengumpan projek pembangunan hanya laku sekitar tahun 1970-an dan 1980-an, namun sekarang tidak lagi," katanya. Hadir sama pada ceramah itu Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamd, Adun Tawang, Ustaz Hassan Mohamood, Adun Jelawat, Abdul Azziz Kadir dan pendakwah bebas, Khairul Ikwan. Sempena program berkenaan Mohamd melancarkan pertubuhan Solidariti Anak Bachok Tuntut Royalti dan Pendaratan Minyak di Bachok (Cabar). Cabar diketuai Marzuk Shaari. | ||
Ceroboh Sabah: 3 termasuk pemilik rumah maut Posted: 01 Mar 2013 04:07 AM PST SINAR HARIAN Pemilik rumah di mana kumpulan penceroboh tinggal sejak 12 Februari lalu juga terbunuh, demikian menurut jurucakap Jabatan Luar Filipina, Raul Hernandez di sin, hari ini. Beliau yang dipetik AFP berkata, maklumat itu berdasarkan butiran diberikan oleh Duta Malaysia. Seorang anggota polis turut tercedera selepas kumpulan itu melepaskan tembakan. "Duta Malaysia (ke Filipina) ada menyebut bahawa baki anggota kumpulan (Sultan Sulu) Kiram di Lahad Datu telah melarikan diri ke arah kawasan perairan," kata beliau. Katanya, kira-kira 10 anggota kumpulan terbabit turut ditahan. Hernandez berkata, beliau tidak dapat mengesahkan dakwaan jurucakap kumpulan penceroboh di Manila bahawa 10 orang mereka telah terbunuh manakala empat yang lain cedera. Katanya, Manila juga telah meminta agar disediakan laporan lengkap berhubung operasi yang diadakan untuk menamatkan pencerobohan. | ||
PI Bala: Altantuya dakwa Razak Baginda suaminya Posted: 01 Mar 2013 04:05 AM PST Oleh Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR : Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) mendakwa, beliau pernah terserempak dengan Altantuya Shaariibuu di pejabat Abdul Razak Baginda, di Kuala Lumpur, sebelum wanita Mongolia itu dibunuh. Bala berkata, beliau berselisih dengan Altantuya yang ketika itu keluar dari lif lobi bangunan Getah Asli, di Jalan Tun Razak – pejabat Abdul Razak. Menurut Bala, beliau ke bangunan itu untuk bertemu Abdul Razak di pejabatnya – Perimekar Sdn Bhd. Abdul Razak adalah pemilik Perimekar yang didedah menerima komisen RM570 juta dalam urus niaga pembelian Scorpene dari DCNS di Perancis dengan bantuan Altantuya. Waktu itu, Bala bertugas sebagai pengawal peribadi Abdul Razak. Antara lain beliau dikehendaki mengawal keselamatan bangunan pejabat majikannya. "Apabila sampai (di bangunan Getah Asli), saya naik lif untuk ke tingkat 10 dan berselisih dengan Altantuya serta dua rakannya. "Saya berjumpa Razak di pejabatnya dan dia tunjuk satu nota yang mengandungi tulisan Altantuya berbunyi: "Tolong hubungi saya segera, saya menginap di Hotel Malaya di bilik bernombor **** dan nombor telefon bermula dengan 017," jelas Bala. Kata Bala, beliau kemudian turun ke lobi dan nampak Altantuya bersama dua lagi rakannya berada di kawasan itu dalam keadaan menunggu. "Saya suruh pembantu saya agar memberitahu tiga perempuan itu jangan berdiri di kawasan lobi. Mereka kemudian keluar dan menunggu di hadapan bangunan. Saya terus telefon polis dan beritahu ada tiga perempuan (muka macam) Cina datang buat kacau," katanya. "Kemudian unit peronda sampai dan tak jauh dari situ saya lihat pegawai unit peronda itu menemu ramah Altantuya. Saya dengar Altantuya cakap, "Suami saya di tingkat 10, namanya Razak Baginda, saya mahu bertemu dia," jelas Bala. Menurut Bala lagi, pertemuannya bersama Abdul Razak di bangunan tersebut selepas mendapat arahan majikannya itu menerusi telefon, selepas kira-kira tiga hari pertemuan mereka sebelum itu. Semua ini didedahkan Bala pada forum 'Pendedahan: Siapa bunuh Altantuya' di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, Rabu lalu. Ini kemunculan pertama Bala selepas pulang ke tanah air Ahad lalu sejak meninggalkan Malaysia pada 2009 kerana menerima ancaman. Skandal ini dikatakan turut berhubung kait dengan pembunuhan Altantuya yang dibunuh mengguna peledak C4 dari Kementerian Pertahanan pada 2006. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika itu Menteri Pertahanan, melulus pembelian kapal selam Scorpene. Bala yang membuat dua akuan bersumpah berkaitan skandal Altantuya, mengulangi kenyataan bahawa akuan bersumpah pertama adalah benar manakala akuan bersumpah kedua, palsu. | ||
Khutbah p’raya perlu dinilai Pakatan untuk pastikan tidak berpihak Posted: 01 Mar 2013 03:44 AM PST Oleh Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diingatkan supaya telus melaksanakan cadangan teks khutbah khas berkaitan pilihan raya, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan KEADILAN, Ahmad Kassim. Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang mahu mengkaji cadangan supaya diadakan teks khutbah khas berkaitan pilihan raya di semua masjid seluruh negara pada Jumaat terakhir sebelum hari pengundian. "Kita mahu janji dan jaminan Pengerusi SPR bahawa teks itu tidak akan berat sebelah dan memihak kepada mana-mana parti," kata Ahli Parlimen Kuala Kedah itu ketika dihubungi. Menurutnya, bagi memastikan ketelusan teks itu, ia perlu diagih kepada pimpinan Pakatan Rakyat untuk dinilai sebelum ia dibaca. "Ramai di kalangan pemimpin Pakatan yang ada kepakaran dan kemampuan untuk membaca dan menilai teks khutbah. Ia patut diberi kepada kita sebelum diedar kepada masjid-masjid. Jika berlaku bias dan hanya diketahui selepas dibacakan, sudah tidak bermakna," katanya. Ahmad berkata, teks khutbah itu perlu hanya mengandungi nasihat tentang tanggungjawab rakyat untuk mengundi, memilih kerajaan yang dirasakan baik dan kaedah membuang undi. "Bagaimanapun, kita menyambut baik cadangan itu kerana ia mengingatkan tanggungjawab rakyat untuk mengundi dan paling penting ia relevan dengan isu semasa dan masyarakat setempat," katanya. | ||
Ceroboh Sabah: Pakatan gesa PM panggil sidang khas Parlimen Posted: 01 Mar 2013 03:35 AM PST SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil sidang tergempar Parlimen segera ekoran perkembangan terbaru di Lahad Datu, Sabah susulan pencerobohan sekumpulan rakyat dari Filipina. Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, kerajaan pimpinan Najib harus mengadakan sidang tergempar bagi tujuan menjelaskan keadaan dan perkembangan di Lahad Datu sejak ia diceroboh pada 12 Februari lalu. "Saya mendesak perdana menteri panggil segera sidang tergempar Parlimen... ini bukan sahaja keselamatan negara, malah dilaporkan telah membabitkan soal anggota polis dan tentera," kata beliau petang ini. Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, rakyat wajar dimaklumkan apa yang sebenarnya berlaku di Lahad Datu sejak 12 Februari lalu. "Ini soal kedaulatan negara dan keselamatan rakyat termasuk anggota pasukan keselamatan," kata beliau. Laporan Bernama tengah hari tadi menyebut ada kedengaran tembakan di kampung yang dijadikan lokasi warga Filipina yang menceroboh berkumpul. Laporan yang menyusul menyebut dua anggota komando polis terbunuh. | ||
Ceroboh Sabah: 2 komando polis maut terkena mortar Posted: 01 Mar 2013 03:33 AM PST SINAR HARIAN LAHAD DATU - Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini hari ini. Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo. Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu. "Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa. Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku. Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut. - Bernama | ||
Media Filipina: 10 anggota tentera Sultan Sulu maut Posted: 01 Mar 2013 03:31 AM PST Jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani berkata, berdasarkan maklumat Raja Muda Agbimuddin Kiram, yang mengetuai kumpulan penceroboh di Lahad Datu, 10 anggota tentera diraja terbunuh dalam kejadian tembak membabitkan pihak berkuasa Malaysia sekitar 10.15 pagi tadi. Agbimuddin merupakan adik kepada Sultan Sulu Jamalul Kiram III. | ||
Gagal tunai janji: Pesara tentera mahu saman Kementah Posted: 01 Mar 2013 03:27 AM PST Oleh Arif Juhani PUTRAJAYA : NGO Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan) mendedahkan, Kementerian Pertahanan (Kementah) menipu berhubung janji pemberian tanah kepada pesara tentera. Pengerusinya, Asri Buang berkata, Kementah berjanji menganugerahkan 20 ekar tanah pertanian dan dua lot tapak rumah kepada pesara tentera. "Janji itu semuanya termaktub dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera 1973. Perintah ini juga tiada had dan kekal kerana ditandatangani Yang Dipertuan Agong," katanya. Ekoran itu, Pahlawan bakal saman Kementah dan kerajaan Persekutuan kerana gagal tunai janji dan mengabaikan kebajikan pesara tentera. "Sekarang Pahlawan akan menguar-uarkan perkara ini untuk menarik lebih banyak penyertaan ahli Pahlawan dan pesara tentera menyokong saman ini," jelas Asri ketika ditemui di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, hari ini. Beliau turut serta bersama delegasi Wanita KEADILAN untuk penyerahan memorandum skandal tanah oleh Ketua Wanita Umno Selangor, Datuk Raja Ropiaah Abdullah. "Tempoh tentera berkhidmat lama dan kami bersusah payah meninggalkan anak isteri. Malangnya, selepas bersara, kehidupan kami tidak selesa kerana kerajaan gagal menunaikan janji," katanya. "Kami berhak menyaman kerajaan ekoran jasa kami kepada negara," sambung Asri menyatakan saman itu akan dibuat dalam bulan ini. | ||
2 rakyat terkorban di Lahad Datu bukti k’jaan remeh keselamatan negara Posted: 01 Mar 2013 03:26 AM PST KEADILAN DAILYSaya ucapkan takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang terkorban dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah hari ini. Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan menteri yang bertanggungjawab menjaga urusan keselamatan dan pertahanan negara sewajarnya tampil menjelaskan kepada rakyat tentang peristiwa berdarah ini. Mengapa sebegitu mudah sempadan negara dibolosi oleh sekumpulan warga asing bersenjata dan mengapakah kerajaan begitu berkompromi dalam menyelesaikan isu ini? Isu keselamatan negara tak sewajarnya dipandang remeh dan diambil mudah oleh pihak kerajaan. Rakyat perlu diberikan maklumat mengenai apa yang berlaku. Datuk seri Anwar Ibrahim Ketua Umum KEADILAN | ||
Najib: Penceroboh sepatutnya serah diri, keluar Lahad Datu Posted: 01 Mar 2013 03:24 AM PST SINAR HARIAN PEKAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina yang berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu sepatutnya menerima tawaran menyerah diri dan keluar dari kawasan itu secepat mungkin. "Kita ambil sikap yang berhemah dalam mengendalikan masalah pencerobohan berkumpulan di Lahad Datu kerana kita cuba elak pertumpahan darah dan selesai masalah dengan baik, tetapi mereka yang terlibat harus sedar bahawa apa yang mereka lakukan itu merupakan kesalahan besar dan serius. "Mereka sepatutnya dapat menerima tawaran kita keluar dari kawasan kita dengan secepat mungkin. Lagi lama mereka kekal di situ mereka akan terdedah dengan bahaya dari segi apa yang boleh berlaku kepada mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Najib mengulas insiden tembakan di kawasan itu hari ini setelah kumpulan penceroboh yang diketuai adik kepada 'Sultan Jamalul Kiram III' Agbimuddin Kiram enggan meninggalkan kawasan itu setelah berkubu di kawasan itu lebih tiga minggu dengan membuat beberapa tuntutan. Bagaimanapun beliau bertegas bahawa kerajaan memandang serius apa yang sedang berlaku di Lahad Datu itu. "Kita tidak akan biarkan perkara ini berlanjutan tanpa sesuatu tindakan yang dilakukan pihak pasukan keselamatan, saya beri jaminan, kita pandang serius dan kita akan lakukan apa saja yang perlu dan menjamin kedaulatan negara kita," katanya. Najib juga memberi jaminan untuk mengambil langkah sewajarnya memperketat keselamatan Sabah. Beliau juga bersetuju dengan kenyataan Presiden Filipina Benigno Aquino III baru-baru ini bahawa kumpulan penceroboh itu agar jangan menguji kesabaran Malaysia. "Apa yang dikatakan Presiden Aquino memang tepat dengan pendirian kita. Jangan menguji kesabaran kita, kesabaran kita ada had, kita ada perancangan untuk mengusir mereka keluar, sebaik-baiknya mereka menyerah diri dan keluar dengan baik," katanya. Perdana menteri terdahulu melancarkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kuala Pahang di sini. - Bernama | ||
Ceroboh Sabah: Dua anggota tentera cedera, dibawa ke hospital Posted: 01 Mar 2013 03:22 AM PST SINAR HARIAN LAHAD DATU - Dua anggota tentera Malaysia yang cedera dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, tempat kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina berkubu, diterbangkan ke Hospital Lahad Datu di sini. Mereka dibawa dengan sebuah helikopter tentera pada pukul 1.50 tengah hari ini. Sebaik tiba, seorang daripada mereka diusung dengan katil bergerak manakala seorang lagi dibawa dengan kerusi roda menuju ke wad kecemasan hospital berkenaan. Kedua-dua mereka dilihat mempunyai kesan darah pada pakaian celoreng mereka dengan wajah menahan kesakitan, menurut wartawan Bernama di hospital itu. - Bernama | ||
Empat Pemuda PAS Bebas Tanpa Sabitan Posted: 28 Feb 2013 04:05 PM PST Skuad BOMenurut Ahli Jawatankuasa PAS DUN Pengkalan Berangan, Badaruddin Ismail, keempat-empat pemuda tersebut Roslam Abdullah, 35, Rosdi Abdullah, 34, Muhammad Lukman Abdullah, 28, dan Muhamad Musa, 38, dibebaskan pada jam 5 petang dari lokap polis Ibu Pejabat Polis daerah Marang, Khamis28 Februari. Beliau berkata, pihak polis memaklumkan, mereka dibebaskan dengan jaminan polis kerana tidak ada sabitan kes. "keempat pemuda PAS yang berani itu, telah dibebaskan pada jam 5 petang......saya dimaklumkan oleh IO (pegawai penyiassat) kes tersebut, Inspektor Wan Afzan Wan mukhtar tidak ada sabitan kes, (dan mereka) di bebaskan dengan ikat jamin polis,"ujarnya. [Gambar atas - Rosdi Abdullah mengangkat tangan tanda bebas...... Gambar bawah - Badaruddin (berkaca mata, tengah) bersama keempat-emat pemuda dan rakan-rakan seperjuangan dari Kampung Jerung Seberang, di depan IPD Marang] Katanya, empat pemuda tersebut yang ditahan pada 25 Februari lalu ekoran tindakan berani mereka bertemu dengan ketua penaja umno cawangan Bukit Cempedak yang baru ditubuhkan untuk meminta supaya satu kain rentang yang memfitnah PAS diturunkan. Beliau menambah, kain rentang 'provokasi' itu telah mensabitkan sesiapa yang mengundi PAS adalah menyokong kalimah Allah digunakan dalam Bible bahasa Melayu. Pembebasan pemuda terbabit, kata beliau, merupakan satu penjelasan kepada 'fitnah' yang telah dilaporkan oleh media berdasarkan laporan ketua penaja cawangan umno itu "Ini bukti laporan akhbar tidak tepat, berdasarkan laporan 'fitnah' semata-mata dan juga bukti jelas pemasangan kain rentang yang tidak bermoral dan penuh fitnah itu telah mencetus situasi yang tidak aman dalam masyrakat,"tambahnya. | ||
Pemimpin Umno Tidak Lulus Bahasa Melayu? Posted: 28 Feb 2013 03:58 PM PST Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz Nikmat dijadikan isu, kononnya Tuan Guru Nik Aziz menghina penerima BR1M. Sedangkan cukup banyak bahasa kiasan di dalam Bahasa Melayu seperti Anjing menyalak bukit, Rusa masuk kampung. Kucing dengan anjing, Lipas kudung, kera sumbang, Kera dapat bunga, Musang berbulu ayam, Kenapa Umno tidak melompat dengan pepatah tersebut. Kenapa pemimpinUmno tidak terasa mereka itu binatang bila membaca perumpamaan tersebut? Apakah pemimpin Umno tidak pernah membaca peribahasa ini ketika mengambil kertas Bahasa Melayu sewaktu di sekolah dulu. Adakah pemimpin Umno tidak lulus Bahasa Melayu?. Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz tidak kata pun penerima BR1M itu binatang. Malahan semua pemimpin Pas mengatakan wajib ambil kerana ini hak rakyat. Pemimpin Umno sahaja yang tidak malu menganggap wang BR1M ialah wang Umno. Sehingga rukun pemberian BR1M mesti diberi oleh pemimpin Umno BN. Rakyat dipaksa mendengar ceramah pemimpin Umno, walau pun mereka menyampah dengan leteran pemimpin Umno. Umno sudah kecewa dan ketandusan isu, maka persepakatan mereka dengan media Umno mesti dilakukan demi kepentingan politik Umno. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan