DUNIACACAMARBA |
- [Video] Peristiwa Allahyarham Sheikh Ahmad Deedat Diminta BERHENTI Berucap Ketika Berceramah di Negara Islam MALAYSIA
- [TERKINI] 12 Anggota Penceroboh Kesultanan Sulu dan 3 Komando Polis Malaysia Terbunuh
- [Video] Tembak-menembak Kedengaran di Lahad Datu, Media Filipina Lapor Kehilangan Nyawa
- [PANAS] Bekas Ahli UMNO Bongkar Projek Khianat Negara
- Kalimah Allah: TGNA Ulangi Pendirian Orang Bukan Islam Boleh Guna Tetapi Tidak Boleh Terjemah Lord atau God kepada Allah
- Mengaku Rogol Budak Bawah Umur, Hukuman Hanya Setahun di Henry Gurney
Posted: 01 Mar 2013 07:41 AM PST Tindakan Pengacara Majlis menghentikan ceramah Sheikh Ahmad Deedat amat memalukan dan amat biadap. Tonton video di atas untuk melihat kebiadapan mereka! Macam lahanat! Siapa arahkan Allahyarham berhenti menyampaikan ceramahnya? Sampai begitu sekali mereka memalukan ulama tersohor dunia. Janganlah menjerit Islam, Islam, munafik!!!! Peristiwa yang amat memalukan ini berlaku pada 21 Feb 1992 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. | ||
[TERKINI] 12 Anggota Penceroboh Kesultanan Sulu dan 3 Komando Polis Malaysia Terbunuh Posted: 01 Mar 2013 05:00 AM PST Menurut laporan Philstar, sepuluh anggota tentera diraja Kesultanan Sulu terbunuh dan empat lagi cedera dalam serangan oleh pihak berkuasa Malaysia di Lahad Datu, Sabah, pagi tadi. Hal ini dimaklumkan oleh jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani yang mendakwa memperoleh maklumat tersebut daripada Kiram, saudara Sultan Jamalul Kiram III. Pertempuran yang turut mencederakan dua anggota keselamatan Malaysia seperti yang dilaporkan oleh Bernama berlaku sekitar sekitar pukul 10:15 pagi. Jurucakap Kesultanan Sulu berkata bahawa pegawai Kerajaan Filipina mahu "menutup kebenaran" apabila mendakwa tiada sesiapa yang tercedera dalam serangan itu. Walaupun ada yang terbunuh, namun pihak penceroboh akan meneruskan tuntutan mereka terhadap Sabah secara aman. Menurut Idjirani, pihak Kesultanan Sulu bercadang membawa hal ini ke Persidangan OIC. "Kesultanan Sulu ialah orang Islam dan Malaysia pula kerajaan Islam," kata Idjirani.-DCM Laporan awal di sini. Kemas Kini: Bernama melaporkan dua anggota komando polis Malaysia meninggal dunia akibat terkena serangan mortar. Laporan itu menyatakan: LAHAD DATU - Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini hari ini. Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo. Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu. "Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa. Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku. Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut. P/s: Menurut laporan beberapa blog, komando yang terbunuh itu ialah INSP. ZULKIFLI MAMAT DAN SJN SABARUDIN DR UNIT 69 KOMANDO. -Al fatihah! Kemas Kini (5 petang) Pencerobohan di Lahad Datu dilaporkan berakhir [MK] Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina, Raul Hernandez dilaporkan berkata pencerobohan pengikut sultan Sulu di Sabah sudah berakhir. ABS-CBNnews memetik Hernandez berkata bahawa pihak berkuasa Malaysia, khususnya pasukan polis, sedang memburu kumpulan tersebut. Menurutnya, dua anggota polis Malaysia terbunuh dan seorang lagi cedera selepas kenderaan mereka ditembak oleh kumpulan tersebut. ABS-CBNnewsmemetik Hernandez sebagai berkata duta telah memaklumkan bahawa pencerobohan itu telah tamat. Hernandez berkata, jabatan halehwal luar (DFA) sedang mengesahkan laporan dari pengikut Sultan Jamalul Kiram bahawa 10 pengikut Azzimudie terbunuh dan empat yang lain cedera. "Apa yang kita tahu dari duta Malaysia ialah 10 pengikut Azzimudie menyerah diri dan pemilik rumah tempat Azzimudie tinggal telah terbunuh. Di pihak berkuasa Malaysia, dua orang terbunuh dan seorang cedera selepas kenderaan polis Malaysia ditembak oleh kumpulan tersebut," demikian menurut kenyataan Hernandez. Laporan itu juga menyebut bahawa dua pengikut Azzimudie telah melarikan diri ke arah laut, menurut Duta Malaysia. Manila juga telah meminta kebenaran untuk membolehkan kapal Tentera Laut Filipina, AT-296 BRP Tagbanua, ke Lahad Datu untuk membolehkan kakitangan perubatan Filipina merawat mereka yang cedera dan membawa pulang baki anggota kumpulan itu ke kampung dan keluarga masing-masing. Sementara itu, akhbar The Star melaporkan polis di Lahad Datu berkata mereka tidak menerima sebarang arahan untuk menguatkuasakan perintah darurat. Ketua Polis Daerah Semporna Timbalan Supt Firdaus Francis Abdullah berkata mereka semua bersiap sedia, bersama-sama dengan pasukan keselamatan lain. "Kami masih belum menerima apa-apa perintah darurat dari pihak berkuasa atasan," kata Firdaus, sambil menambah bahawa langkah berjaga-jaga adalah perlu dan rakyat perlu bertenang. "Ramai yang bimbang masalah itu akan merebak ke Semporna, tetapi sebenarnya tidak perlu bimbang di sini sebagai lelaki bersenjata Sulu telah dikepung di Lahad Datu," katanya. Pihak polis juga menasihatkan orang ramai untuk tinggal di dalam rumah dan jangan mendengar khabar angin. Kemas Kini (9 malam): Senarai Anggota Keselamatan Malaysia yang Cedera dan Terkorban: 1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (Terkorban) 2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (Terkorban) 3. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (Cedera di tangan dan kaki – kini ditempatkan di Hospital Lahad Datu) 4. Koperal 135383 Azman B. Ampong (Cedera di punggung/peha – kini ditempatkan di Hospital Lahad Datu) – Baru diberitakan sekitar jam 6 petang tadi Kpl Azman telah meninggal dunia. 5. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum'aiqal B. Zolkifli (Cedera di bahu kanan dan kedua-dua kaki – kini ditempatkan di Hospital Sandakan) * Anggota ketiga yang terkorban masih belum diketahui identitinya. FIKIRKAN: KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA 1 MAC 2013 INSIDEN LAHAD DATU: KENAPA KERAJAAN AMBIL MUDAH ISU KESELAMATAN NEGARA? Saya ucapkan takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang terkorban dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah hari ini. Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Dato' Sri Najib Razak dan menteri yang bertanggungjawab menjaga urusan keselamatan dan pertahanan negara sewajarnya tampil menjelaskan kepada rakyat tentang peristiwa berdarah ini. Mengapa sebegitu mudah sempadan negara dibolosi oleh sekumpulan warga asing bersenjata dan mengapakah kerajaan begitu berkompromi dalam menyelesaikan isu ini? Isu keselamatan negara tak sewajarnya dipandang remeh dan diambil mudah oleh pihak kerajaan. Rakyat perlu diberikan maklumat mengenai apa yang berlaku. ANWAR IBRAHIM | ||
[Video] Tembak-menembak Kedengaran di Lahad Datu, Media Filipina Lapor Kehilangan Nyawa Posted: 28 Feb 2013 07:44 PM PST philstar.com shared a link.Media Filipina melaporkan bahawa beberapa orang telah terbunuh ketika penceroboh dari kesultanan Sulu berbalas tembak dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu. Walau bagaimanapun tidak dinyatakan anggota daripada pihak mana yang terbunuh dalam kejadian tersebut. Akhbar Philippine Star melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan terhadap kubu pihak penceroboh tersebut hari ini. Baca laporan media Filipina Philstar.com: Kemas Kini: Dua anggota tentera M'sia cedera di Lahad Datu [Bernama] Dua anggota tentera Malaysia yang cedera dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, tempat kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina berkubu, diterbangkan ke Hospital Lahad Datu. FIKIRKANMereka dibawa dengan sebuah helikopter tentera pada pukul 1.50 tengah hari ini. Sebaik tiba, seorang daripada mereka diusung dengan katil bergerak manakala seorang lagi dibawa dengan kerusi roda menuju ke wad kecemasan hospital berkenaan. Kedua-dua mereka dilihat mempunyai kesan darah pada pakaian celoreng mereka dengan wajah menahan kesakitan, menurut wartawan Bernama di hospital itu. | ||
[PANAS] Bekas Ahli UMNO Bongkar Projek Khianat Negara Posted: 28 Feb 2013 06:29 PM PST [KD] PETALING JAYA 28 FEB: Bekas ahli Umno, Siti Aminah Mahmud, 63, berkata, beliau bersama kumpulannya pernah membantu pendaftaran setengah juta kad pengenalan (IC) kepada pendatang tanpa izin di Sabah untuk dijadikan pengundi BN. Menurutnya, pendaftaran segera itu dibuat di bawah 'projek IC Mahathir' dari 1990 hingga 1994. "Setiap kali dihantar berguni-guni (IC). Ia diproses dalam jangka masa sebulan. Katakan (pendaftaran) dibuat pada satu hari bulan, maka ia (IC) akan diserahkan pada tarikh yang sama pada bulan yang akan datang," kata bekas ahli Umno Cawangan Skudai Kanan, Johor Bahru itu pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini. Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu ditemani Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin; Pengarah Guaman, Latheefa Koya dan Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN, Dayangku Intan. Siti Aminah berkata, pendaftaran projek IC itu bermula di pejabat Umno Sabah di Simbulan, dalam bangunan dimiliki Datu Mustafa Harun, pemimpin Usno Sabah. Dedahnya, projek itu dibuat 'dengan kerjasama' Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah yang turut mengarahkan penerima IC terbabit mengundi BN dalam pilihan raya umum. Siti Aminah berkata, semasa bertugas sebagai Pegawai Penerangan Umno, lima peranan beliau dalam 'projek IC Mahathir' adalah untuk membantu kempen Umno di Sabah, menambahkan undi Melayu, mencari pemastautin Sabah yang tidak memiliki IC dan memastikan Parti Bersatu Sabah (PBS) tumbang. "Masa mengurus untuk orang ambil IC, kita pergi ke tempat yang sudah sedia dengan satu 'ketua'. Bila kita sampai di satu-satu kawasan, senarai nama telah siap, meliputi nama asal atau bukan asal," katanya. "Bila kita tengok ada nama bertentangan dengan nama orang Islam, kita ubah jadi nama Islam. Lepas itu kita ambil gambar dan cap jari dan hantar ke pejabat Umno," jelas Siti Aminah lagi. Berita Berkaitan: "Ini projek IC Mahathir, takkan ditangkap" [KD] PETALING JAYA 28 FEB: Bekas tahanan ISA, Siti Aminah Mahmud diberi jaminan oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun bahawa mereka yang terlibat dalam projek IC segera Sabah tidak akan ditangkap. "Mula-mula saya takut ditangkap. Saya kata ini salah.Tapi Datu Mustafa kata projek ini diketuai oleh Dr Mahathir sendiri, (Tan Seri) Megat Junid. dan Aziz Shamsuddin.Takkan ditangkap," katanya kepada pemberita di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana, hari ini. Siti turut diberitahu Datu Mustafa, bekas pemimpin Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) itu dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Sabah sekiranya menang dalam pemilihan Umno. "Kita ada dengar dalam taklimat, di pejabat Umno di Simbulan pada awal tahun 1990-an dulu," katanya. Siti Aminah ditahan dibawah ISA pada 20 September 1995 selama 60 hari di Johor sebelum disambung perintah tahanan selama dua tahun di Kem Kamunting. Menurut Siti, pertuduhan dan sebab penanan ISA keatasnya adalah kerana memalsukan kad pengenalan, bersubahat dengan pegawai Jabatan Pendaftarn Negara (JPN) dan memalsukan borang JPN. "Saya ditahan di Bukit Aman. Megat Junid menandatangani surat dan melanjutkan penahanan saya. Sedangkan saya tak pernah tengok dimana IC palsu dibuat…dan borang JPN diambil di pejabat Umno di Simbulan," dedah Siti. Siti memaklumkan, kad pengenalan tersebut boleh dikenalpasti melalui kod khas di bahagian belakang dokumen tersebut. "Kod IC projek Mahathir ialah 04 dan 05. Kod ada di belakang kad pengenalan dan orang JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) boleh tahu," katanya. Tambah Siti, ada antara mereka yang terlibat dengan projek IC segera Sabah menjadi jutawan, berbanding dirinya yang hanya dibiaya tambang perjalanan hingga tiket 'penuh satu beg plastik'. "Bila diingat semula, sangat menyakitkan hari," kata Siti. | ||
Posted: 28 Feb 2013 05:52 PM PST [SH] KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah ALLAH, sebagaimana diputuskan Majlis Syura Ulama sebulan lalu. Sambil menegaskan perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu, Nik Abdul Aziz berkata, yang menjadi permasalahan kini ialah tidak boleh sama sekali menterjemahkan perkataan 'God' dan 'Lord' kepada ALLAH. "Kalimah ALLAH kita telah putuskan sebulan lepas, saya tak payah ulang dah benda ni, benda yang tak patut dijadikan isu, jadi isu. "Nama ALLAH telah digunakan oleh syaitan dan iblis di dalam syurga lagi. Iblis jumpa Nabi Adam di syurga, dia kena guna nama ALLAH, ayah Nabi Muhammad nama Abdullah, dia peluk Islam, jadi apa susah kita? Cuma masalahnya, terjemah God dan Lord kepada ALLAH, itu tak betul," katanya selepas merasmikan Karnival Antarabangsa Bio Kelantan 2013 Persidangan dan Pameran di Kelantan Trade Centre di sini, semalam. Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendedahkan persetujuan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam terjawab apabila ia ditandatangani Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri. Majlis Syura sebelum ini memutuskan bahawa sesiapapun boleh menggunakan kalimah ALLAH, namun tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia, begitu juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah ALLAH. Majlis itu turut memutuskan bahawa menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan ALLAH tidak dibolehkan kerana ia salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar selain boleh membawa kekeliruan yang nyata. Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz enggan mengulas lanjut menyarankan agar keputusan Majlis Syura Ulama sebelum ini dirujuk kembali bagi mendapat gambaran lebih jelas berhubung perkara itu (kalimah ALLAH). P/s: UMNO dan pencacai melalak menuduh PAS menggadaikan kalimah Allah demi politik. Siapa yang benarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible? Baca di sini. | ||
Mengaku Rogol Budak Bawah Umur, Hukuman Hanya Setahun di Henry Gurney Posted: 28 Feb 2013 04:41 PM PST [SH] KUALA TERENGGANU - Tindakan seorang gadis keluar rumah tanpa pengetahuan bapanya menyambut malam tahun baru bersama teman lelakinya mengundang padah apabila dia menjadi mangsa rogol pemuda berkenaan. Bagaimanapun, perbuatan tidak bertanggungjawab teman lelakinya yang berusia 20 tahun dari Kampung Imam Lapar, Kuala Telemong itu menerima pembalasan selepas diperintahkan ke Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka oleh Mahkamah Sesyen, di sini. Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris memutuskan perintah berkenaan selepas tertuduh mengaku bersalah telah merogol mangsa yang semasa kejadian berusia 13 tahun di tepi jalan Kampung Gelam Kuala Telemong, Hulu Terengganu, pada 31 Disember lalu, jam lebih kurang 10 malam. Memandangkan dia dikategorikan sebagai pesalah muda, Wan Fadhilah Nor memerintahkan dihantar ke sekolah tersebut sehingga mencapai usia 21 tahun bagi memberi pengajaran serta tauladan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Muhamad Hayatuddin Mohd. Terdahulu dalam rayuannya, dia memohon agar diringankan hukuman kerana mendakwa kejadian itu bukan paksaan, sebaliknya mangsa merelakan selain sudah insaf dan berjanji tidak akan melakukan perbuatan itu lagi. Dalam masa sama, dia turut mengakui perbuatan yang dilakukan itu adalah satu tindakan sangat bodoh kerana terlalu mengikut hawa nafsu. Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, lebih kurang jam 7 pagi, mangsa telah keluar rumah untuk berjumpa dengan tertuduh di hadapan kedai T-Shoppe Kuala Telemong, menaiki kereta milik bapanya tanpa pengetahuan bapanya itu. Tertuduh kemudiannya membawa mangsa ke rumahnya di Kampung Imam Lapar, Kuala Telemong, sebelum keluar berjalan-jalan di bandar raya ini sehingga jam 9 malam. Selepas itu, lebih kurang 20 minit kemudian, dalam perjalanan pulang, tertuduh telah memberhentikan kereta di tepi jalan Kampung Pelam, di sini, dan disitulah mangsa dirogol. Setelah dirogol, mangsa telah dihantar oleh tertuduh ke rumah mak angkat mangsa di Jalan Batas Baru, di sini, lebih kurang jam 2 pagi. Bagaimanapun, semasa di sana, mangsa terserempak dengan bapanya dan setelah disoal, mangsa menceritakan apa yang berlaku. Mangsa dan bapanya telah membuat laporan di Balai Polis Kuala Telemong pada keesokan harinya. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan