Selasa, 12 Mac 2013

.

.


Tenggara Sabah Selamat Yang Tidak Selamat?

Posted: 12 Mar 2013 04:28 AM PDT

ULAS SABAH                                                                                                                  

Saya tidak tahu hendak memulakan di mana catatan mengenai Sabah kali. Ada dua cerita yang ingin saya bawakan. Cerita ini pula bergabung di antara satu sama lain; perang dan politik. Walaupun pemergian ke Sabah dan berada di sana selama lima hari empat malam untuk meninjau keadaan di Lahad Datu dan kawasan-kawasan lain tetapi sebagai pemerhati dan penulis politik, saya tidak melepaskan peluang untuk membuat tinjaun politik Sabah di saat-saat akhir.

Salah satu kubu di jalan menuju ke Balai Polis di Lahad Datu.
Tentu juga ia akan digali peristiwa yang berlaku di Lahad Datu khasnya kejadian yang meragut nyawa 12 Mac itu memberi kesan langsung kepada politik Sabah.

Atau tepat lagi pemergian saya kali ini ialah untuk melihat kedua-dua keadaan dan situasi itu sekali gus, politik dan perang dan perang dan politik.


Biarlah saya menceritakan keadaan perang atau tragedi pencerobohan dulu kemudian diikuti dengan perkembangan politik di Sabah mutkahir ini atau pasca tragedi - 12 Mac mengenai kronologi pencerobohan puak Sulu dari versi di sana.

Sebenarnya versi tragedi itu tidak banyak beza dengan apa yang difaham dan sampai kepada kita dari Semenanjung. Cuma apa yang beza atau kelainannya mengenai susur galur kejadian itu saja serta bagaimana emosi orang menerima kejadian itu. Bagi kita di sini ia menakut dan membimbangkan sekali, kerana pencerobohan itu diberikan berbagai konatasi serta digambarkan kesadisan keadaan di sana.

Keadaan hari ini sudah tenang. Semalam tidak ada apa-apa kejadian buruk berlaku. Seperti mana dilaporkan oleh polis, begitulah juga yang saya perolehi dari penduduk di sana khasnya di Sandakan yang menjadi daerah terakhir gelajahan saya sebelum pulang. Kebimbangan orang ramai kepada sesuatu kejadian buruk sudah tidak ada lagi. Bahkan keadaan di Sandakan seperti daerah lain yang tidak terecer darah.

Sekatan jalan raya dijalan masuk ke Lahada Datu.
Sandakan adalah dearaha Tenggara Sabah yang saya kira tidak begitu terusik dengan kejadian di Lahad Datu itu. Hanya bagi sesetengah rakyat Sulu (mungkin yang tidak memilki dokumen dan IC) takut dan ramai yang 'coking bongan' melarikan diri pulang ke pulau-pulau asal mereka. "Mereka takut Encik, bila polis pergi gelidah rumah mereka, mereka bimbang ditangkap, maka mereka lari," begitu tutur seorang lelaki keturunan Sulu di Sandakan.

Sejak semalam membawa ke pagi ini angka kematian dikedua belah pihak tidak bertambah. Di pihak kita (keselamatan) kekal dengan angka lapan orang sahaja. Sementara di pihak penceroboh lebih 54 orang. Manakala lebih 100 orang ditahan kerana memasuki atau terlanggar masuk ke kawasan larangan, sempadan merah. Manakala seorang orang awam, budak lelaki maut apabila ditembak askar dan seorang cedera.

Pengesahan oleh polis bahawa Jeneral Haji Musa yang memimpin pencerobohan berdarah itu meninggal dunia ditembak pasukan keselamatan kita melegakan ramai orang. Orang yang ngeri dan merasa takut dengan kejadian itu akan berterusan dan merebak boleh menarik nafas lega. Kematian Haji Musa seakan menyegerakan episod pencerobohan.

Pun begitu keadaan di Tenggara Sabah itu tidak akan pulih seperti sedia kala dengan mudahnya. Haji Musa sudah meninggal, tetapi ini bukan bermakna perang atau pencerobohan itu berakhir? Perlu diingat Haji Musa ada meninggalkan anak buahnya. Kematian Haji Musa dan angkatan tentera Sultan Sulu itu akan didendami seperti mana dendamnya pasukan keselamatan kita atas kematian lapan orang anggota polis.

Berita kematian Haji Musa memberi kesan psikologi kepada tentera penceroboh dan juga masyarakat Sulu di Sabah. Suka atau tidak suka orang Sulu bersimpati dengan apa yang berlaku ke atas tentera itu. Kandati mereka tidak terlibat secara langsung mrenyokong dan mendoakan kejayaan pencerobohan itu, namun semangat dan sokongan dihulurkan kerana mereka bersetuju dengan matlamat pencerobohan itu untuk menakluki Sabah.

Berita kematian Haji Musa ini berbunyi sejak dua hari lepas dan ia baru diumumkan hari ini. Anihnya di Sandakan cerita Haji Musa tidak timbul. Sebaliknya kisah anih lain yang diperkatakan. Kononnya terdapat kalangan tentera Sulu tidak lut dek peluru atau kebal.

Telok Likas di Tawau yang biasa dipenuhi orang tetapi sepi.
Cerita ini tersebar secara halus dan senyap. Tetapi ia bukan menjadi rahsia sulit lagi. Ia bukan saja dari kalangan orang Sulu tetapi di kalangan rakyat Sabah lain juga. Kononnya mereka mengutip berita mengenai perkara ini dari pasukan keselamatan sendiri. Kononnya seorang tentera kita melihat sendiri bagaimana tubuh tentera Sulu yang ditembak bertubi-tubi tidak berbekas dan luka malahan mereka tersenyum saja menerima tembakan sambil menepis kesan-kesan peluru dibadan?

Betulkah? Saya mempersoalkan sendiri tanpa bertanya lebih lanjut. Bagi saya cerita itu mungkin sebagai propaganda dan dakwah saja. Atau tahyul perang. Kerana apa yang jelasnya pasukan keselamatan kita menunjuk foto jenazah tentera Sulu yang bergelimpangan menyembah bumi.

Kalau pun ada yang kebal dan tidak lut oleh peluru, bukan semua mungkin beberapa orang saja. Dan cerita ada orang kebal dan tidak lut ini bukan perkara baru dan dogengan.  Di samping cerita kebal itu ada juga cerita kononnya tentera Sulu boleh ghaib?

Apakah orang Sulu yang saya temui di Sandakan dan Lahad Datu itu tidak mahu mencerita akan kehebatan ilmu pertahan diri mereka? Atau sememangnya ia dongengan dan satu strategi psikologis saja? Walahu'alam.

Sebenarnya tragedi berdarah itu menimbulkan berbagai persepsi dari dari berbagai pihak di Sabah. Dari kalangan rakyat Sabah mereka menerima kejadian itu seperti biasa saja. Ini kerana mereka sudah terbiasa dengan kejadian tembak menebak yang kejam sebelum ini. Kejadian jenayah atau huruhara begitu bukan tidak pernah berlaku di Sabah. Kalau yang agak asing ialah pengeboman sahaja?

Manakala yang agak ketakutan dan bimbang ialah dari kalangan anak muda. Ini kerana mereka belum pernah mendengar tembakan begitu kuat dan panjang. Keadaan diburukkan lagi maklumat yang mereka terima dari internet. Penyebaran berita di internet yang sukar dikawal menimbulkan masalah dan ketakutan. Berita-berita liar dan pengeposan gambar menakutkan menjadikan fikiran dan jiwa sesiapa saja menerima maklumat itu akan ketakutan dan dihindik phobia.

Hal ini diakui sendiri oleh pihak polis. Menurut seorang pegawai polis ledakan media baru internet menyebabkan sukar untuk kawal keadaan. Pesanan ringkas dan twitter menjadikan, blog liar menjadi 'musuh' kepada pasukan keselamatan kerana ia menganggu kosentrasi dan juga usaha penyelamatan atau strategi dijalankan.

"SMS menyusahkan kami, dan ia menjadikan kawalan keselamatan sukar hendak dilakukan. Setiap hari kita menerima lebih 20 maklumat-maklumat berhubung kejadian dan ini menyebabkan perlu disaring untuk pengesahan. Ia juga tidak boleh diabaikan bimbang ianya benar," begitu luah seorang pegawai polis di Kunak penuh kekesalan.

Secara umumnya dalam perhatian saya, kedamaian di Tenggara Sabah itu masih belum pulih sepenuhnya. Ia boleh dianggap sebagai laut yang tenang tetapi jangan disangka tidak ada buaya. Mungkin kampung Tanduo sudah bersih dari penjenayah tetapi bukan di tempat lain. Beberapa kampung lain seperti Tanjung Batu, Sungai Bilis, Tanggung Batu dan beberapa lagi masih diberi kawalan ketat. Keadaan kampung itu juga bila menjelang malam menakutkan.

Betapa keadaan ini masih gawat apabila semua pintu masuk ke daerah-daerah yang digezetkan sebagai kawasan kawalan keselamatan khas dikawal ketat polis. Sekatan jalan raya dilakukan polis yang lengkap bersenjata dan kubu ada di mana-mana saja. Sekilas pandang apa yang wujud di Tenggtara Sabah itu tak ubah apa yang dilihat di Selatan Siam, Narathiwat, Petani, Bani Star dan lain-lain.

Manakala semua balai polis di daerah itu akan bergelap bila malam menjelma. Balas polis tidak dipasang lampu dan anggota akan berkubu di dalam kubu yang dibian di sekeliling balai polis. Apa yang boleh dihukumkan dengan situasi ini, melainkan keselamatan tidak terjamin dan polis serta askar terus bersiap siaga sepanjang 24 jam.

Mungkin tentera Sulu atau pun penceroboh yang mulai digelar pengganas (militian) sudah melarikan diri, tetapi, namun belum ada jaminan secara rasmi ia tidak akan berpatah balik. Istilah atau filsafah orang berlawan, undur setapak untuk mara seribu tapak harus diingat. Hanya apabila telah rasmi pihak tentera Sulu mengakui mereka mengaku kalah barulah, reben merah yang meliungkunig Tenggara Sabah itu boleh ditanggalkan. Selagi tidak ada tanda tangan megenai persetujuan itu maka Sabah masih dalam keadaan 'dharurat'. [wm.kl.6:59 pm 12/03/13]

Pulang Tengahari Membawa Ole-ole Misteri

Posted: 11 Mar 2013 03:40 PM PDT

SESUDAH SUBUH                                                                                                          

Hari ini saya akan kembali ke Semanjung setelah lima hari berada di Sabah. Ternyata banyak maklumat dan info-info yang menarik mengenai peritsiwa dan tragedi Laha Datu yang kini menjadi perhatian negara dan juga dunia sekitar.

Sedikit sebanyak apa yang berlaku di Sabah turut menjejaskan harapan ramai yang ingin melihat parlimen dibubarkan untuk membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan. Tidak pelik dan salah kalau ada yang membuat spekulasi kelewatan pembubaran parlimen sehingga Najib Razak sudah kehabisan tempoh sebagai PM adalah gara-gara tragedi berkenaan.

Tampak apa yang berlaku di Sabah ini bukan mudah untuk pulih dan sendik seperti sedia kala. Ia umpama sebiji gelas kaca yang terhempas ke batu. Walaupun ia bleh dicantum kembali, dipolis dan dikonkrit tetapi kesan retak tetap ada.

Kata orang biarpun sembuh tetapi luka tetap ada. Perasaan orang-orang Sulu dan begitu juga dengan rakyat dan pemerintah negara kita terluka dan terguris kerana peristiwa itu. Makanya mereka yang mencetuskan sehingga meledakkan mortar dan mengalirnya darah, menyebabkan ada isteri menjadi balu, anak menjadi yatim hendaklah bertanggungjawab.

Ingatlah tiada kemenangan hakikat did alam apa-apa perjuangan?

Hubungan antara bangsa Sulu dengan pemerintah tidak akan mesra seperti dulu. Tragedi yang membawa banyak nyawa terkorban itu akan menjadi detik hitam dan dendam buat kedua-dua pihak. Tidak siapa mahu ini, tetapi inilah yang sudah terjadi. Ia akan menjadi phobia. Apa juga pertelingkahan dan sengeketa selepas ini ia akan diheret kepada kejadian itu. Kejadian 12 Mach itu tetap akan diingat sebagai sejarah hitam dan merah untuk Malaysia dan bangsa Tagsung.

Mungkin ada pihak bergembira dengan tragedi itu kerana ia menjadi faktor penyebab banyak rayat Filipina 'melarikan' diri ke bumi mereka khasnya orang Sulu. Tetapi apakah kita boleh menjamin mereka tidak akan mampi lagi? Atau mereka akan mampir dengan semangat dan niat lebih huduh dari apa yang berlaku hari ini.

Justeru penyelesaian yang tuntas, penuh keadilan, timbangrasa dan semangat keangsaan dan agama perlulah dicari. Damai itu lebih baik dan perang.

Beberapa misteri dan maklunat yang saya peroeli disini insya-Allah akan dikongsikan di dalam blog. Saya akan membuat catatan seperti biasa tanpa janji akan memenuhi kesemuanya sekali kerana bergantung kepada masa dan ruang yang ada kepada saya. Isu yang berlegar di dalam kepala kini bukan saja isu Lahad Datu atau Sabah, tetapi isu-isu lain termasuklah mengenai kemungkinan kerajaan UBN yang sudah lanjut usia kini akan lupus.

Perkembangan mutakhir politik negara menunjukkan UBN kian terdesak dan kesediaan rakyat untuk membuat perubahan semakin jelas. Keterdesakan ini tergambar kepada tindakan, kenyataan, janji-janji politik yang berlaku dan dilafazkan semuanya diluar atau bersalahan dengan normal biasa.

Yang jelas UBN sudah menggunakan semua cara, semua kaedah, semua tektik, dan semua orang ataupun kumpulan untuk memastikan kemenangan. Sebaliknya dalam tindakan itu semua yang diguna dan dipakai tidak memberi jaminan UBN akan dapat kekal sebagai sebuah kerajaan.

Tunggulah ole-oleh dari Sabah di dalam blog saya dan doakan semoga saya diberikan kesihatan, kekuatan dan kerajinan luar biasa untuk mencatatnya. Salam. [sandakan.sbh.6:38 am 12/03/13]

Tokguru Turut Memberi Sumbangan Untuk Sumiati

Posted: 11 Mar 2013 04:38 AM PDT

BERITA LEWAT                                                                                                                                   

Balu Allahyarham Sarjan Major Halim Hamit salah seorang anggota polis yang terkorban dalam insiden di Semporna Sabah seminggu lalu, Sumiati Shurah, 49 tahun terharu atas ingatan Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut berdoa agar Allah mengampuni dosa suaminya dan menempatkan roh di makam orang-orang soleh.

Zainuddin menyampaikan sumbangan kepada Sumiati.
Sewaktu ingatan dan salam Nik Aziz itu disampikan kepadanya, Sumiati terdiam tidak terkata apa-apa mungkin tidak percaya MB Kelanan juga bersimpati dengan nasib yang menimpa dirinya bersama dua orang anak.

Salam dan sumbangan MB Kelantan itu disampikan oleh Adun Limbongan Drs Zainuddin Awang Hamad yang dikirimkan khas oleh MB untuk mengunjungi Sabah bagi melihat sendiri apa yang berlaku di Sabah dua tiga minggu ini ekoran tragedi pencerobohan di Lahad Datu dan serangan ke atas anggota polis di Semporna.

"Tok guru menyampaikan salam, assamualaikum.. kepada Puan serta mengucap takziah dan beliau berharap bersabar atas apa yang berlaku..," begitulah ujar Zainuddin kepada Sumiati dalam kunjungan ringkas ke atas balu perwira negara yang syahid dalam tragedi di Sempornan itu.

Ikut sama dalam kunjungan itu ialah Naib Yang Dipertua PAS Sepanggar Ali Hasan dan beberapa pimpinan lain.

Sumiati waktu ini mendiami rumah kakaknya di kampung Darau Menggatal Kota Kinabalu.

Sebahagian ahli Pertiwasa mengunjungi Suniati.
Serentak dengan kunjungan Zainddin itu juga sekumpulan NGO - Pertubuhan Tindakan Wanita Islam Sabah (Pertiwasa) turut mengunjungi rumah Sumiati untuk mengadakan tahlil. Ahi Pertiwasa yang mendengar perkhabaran Tok Guru itu juga turut terkejut dan terharu dengan sikap prihatin MB itu.

Mereka seakan tidak percaya apa yang mereka dengan dan saksikan. "Apa Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz menyampaikan salam dan sumbangan?" kata dan tanya salah seorang ahli Pertiwasa seakan tida bercaya setelah melihat Zainuddin menyampaikan sumbangan.

"Oh syukur alhamudulilah, amin...," katanya gembira bila mana dijelaskan apa yang berlaku. Mungkin bagi mereka tidak pernah mendengar atau tahu yang cara Nik Aziz memberi perhatian dan kepedulian kepada semua orang bukan saja hanya di negeri beliau, Kelantan tetapi di tempat lain juga.

"MB kami bukan saja prihatin dengan kejadian ini tetapi kejadian di luar negara juga seperti Palestin atau pun di Indonesia semasa rakyat negara tu ditimpa bencana alam tsunami dan tanah runtuh selalu asa sumbangan dari negeri Kami" jelas Zainuddin yang juga timbalan Exco Pelancongan Kelantan.

Di kesempatan itu juga Pertiwasa mengatakan hajat untuk mengunjungi rumah Tokguru kalau kebetulan mereka ada apa-apa acara di Semenanjung. "Apa kami boleh ke ruah Tuan Guru untuk berjumpa dengannya?" tanya salah seorang daripadanya.

"Silakan, pintu rumah negeri kami dan pintu rumah MB kami senantiasa terbuka," balas Zainuddin. Selepas itu ahli Pertiwasa dilihat bertukar maklumat dengan Zainuddin. Zainuddin juga mencadangkan kepada Pertiwasa untuk berjumpa dengan Pertubuhan Iseteri-Iseteri Wakil Rakyat Kelantan (Purnama) untuk mengeratkan tali silatrahim.

Sementara itu keluarga Sumiati mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Nik Aziz atas ingatan dan doa untuk keluarga mereka. "Sampaikan salam kami kepada beliau bila balik nanti," ujar abang ipar Sumiati dengan nada sedikit sebak. [sandakan sbh. 7:27 pm 11/03/13]

Tiada ulasan: