Kelab Greenboc |
- Dr Manuty Dedahkan KPN Akui Pakatan Rakyat Mungkin Tawan Putrajaya
- UMNO Ganas, Pakatan Rakyat Bakal Menang Lebih Besar
- "Kalau Saya Takut, Saya Tak Buat Apa-apa" - Bapa Saiful
- VIDEO-VIDEO Rakaman Macai Pro-UMNO Serang Pejabat PKR
- Hentikan Segera Bayaran Ufti Kepada Kesultanan Sulu - Karpal Singh
- [BERGAMBAR] Samseng UMNO Buat Onar, Baling Kayu, Telor Depan Pejabat PKR
- Kickdefella Gagal Untuk Heret Nik Aziz & Timbalan Ke Mahkamah
Dr Manuty Dedahkan KPN Akui Pakatan Rakyat Mungkin Tawan Putrajaya Posted: 12 Mar 2013 02:01 AM PDT Ketua Polis Negara sendiri akui Pakatan Rakyat ada kemungkinan besar tawan Putrajaya, dedah Pengerusi Biro Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty. Manuty mendedahkan maklumat tersebut dalam ceramahnya ketika sesi Jelajah Merdeka Rakyat di Lumut, Perak kelmarin. Katanya, Tan Sri Ismail Omar yang memegang jawatan Ketua Polis Negara sejak 2010, secara terbuka mengakui keupayaan Pakatan Rakyat menawan putrajaya. Kenyataan Ismail itu dipetik dari ucapannya dalam Kursus Tarbiah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di hadapan 200 orang profesor senior kira-kira tiga minggu lalu. "Kursus Tarbiah itu turut dihadiri Tun Mahathir, dia (Ismail) beritahu, Pakatan Rakyat ada potensi besar ke Putrajaya dan keadaan akan jadi huru hara. "Beliau terlupa, bila kita (PR) kata kita nak tawan putrajaya, kita dah sediakan persediaan rapi, kita ada empat orang general terlatih sebagai penasihat keselamatan kita "Isu huru-hara hanya dicipta untuk takutkan rakyat, tapi tak apalah, yang penting ketua polis sendiri akui kita mampu tawan putrajaya," Katanya. Kenyataan beliau dikuatkan lagi dengan kenyataan Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid yang turut mendedahkan persiapan rapi telah di lakukan oleh tentera untuk menghadapi perubahan kerajaan. "Pelan perancangan strategik telah dirancang oleh pihak polis. Kalau Anwar jadi Perdana Menteri, macam mana polis nak bawa dia (Anwar) ke Istana Negara untuk angkat sumpah, itu pun sudah ditunjukkan pada saya," katanya. Ceramah yang turut dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Sri Anwar Ibrahim turut menyaksikan pemimpin rakyat itu berjalan di bawah sinaran cahaya lampu suluh untuk naik ke pentas. Walaupun terpaksa bergelap, semua penyokong tetap bersama kontinjen Jelajah Merdeka Rakyat di Perak sehingga berakhir jam 2 pagi. |
UMNO Ganas, Pakatan Rakyat Bakal Menang Lebih Besar Posted: 11 Mar 2013 11:55 PM PDT Keganasan Umno akan memberi kemenangan lebih besar kepada Pakatan Rakyat, jadi tidak timbul soal bertindak balas, kata Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan. Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas keganasan yang mengancam nyawa apabila kayu dan telur dibaling ke arah bangunan ibu pejabat PKR di Damansara, semalam. Minggu lalu, keganasan juga telah berlaku dalam satu majlis ceramah di Bukit Katil, Melaka yang menyebabkan dua orang hadirin cedera berdarah di kepala. Katanya, semua keganasan itu berlaku dengan jumlah yang kerap semenjak Umno dan Barisan Nasional dilihat tidak mampu bangkit dari kekalahan PRU tahun 2008. Menurutnya, keyakinan terhadap mereka untuk terus memerintah terus merundum. Maka, ujarnya di atas kedudukan getir itu, penyokong Umno tertekan dan mula membuat kacau menyedari mereka masih dipelihara oleh undang-undang. "SAMM tidak terkejut dengan apa yang berlaku kerana ia telah banyak kali berlaku dan ia juga sebahagian dari proses perubahan," ujarnya dalam satu kenyataan. SAMM juga, kata beliau tidak terkejut mengetahui sebuah balai polis terletak selang dua pintu dari lokasi serangan berlaku dari Ibu Pejabat PKR. "Bagi SAMM, jika kekacauan seperti ini tidak dibendung, ia akan berlarutan hingga ke musim pilihanraya. Dijangka semakin dekat tarikh PRU pasti lebih banyak lagi keganasan dicetuskan," ujarnya. Justeru, katanya tangkapan harus dilakukan ke atas penganjur perhimpunan untuk kekang keganasan seterusnya. "Juga telah terbukti ia bukan perhimpunan yang aman apabila objek kayu dan telur dilontar membahayakan keselamatan awam. Terdapat beberapa video yang boleh dijadikan bahan bukti," katanya lagi. -HD |
"Kalau Saya Takut, Saya Tak Buat Apa-apa" - Bapa Saiful Posted: 11 Mar 2013 09:00 PM PDT Bapa kepada Saiful Bukhari mengulangi kenyataannya sebelum ini mengenai penglibatan Pegawai Khas kepada Datuk Seri Najib Razak sebagai antara dalang konspirasi kes Fitnah II. "Kenyataan saya jelas. Dalang di belakang kes liwat II ialah Khairil Anas Jusoh," kata Azlan Md Lazim ketika menjawab soalan wartawan pada sidang media semalam. Menyifatkan tiada keperluan untuk bersumpah bagi membuktikan kebenaran, Azlan juga sedia mengulangi pendedahannya berkaitan konspirasi berkenaan. "Dalam Malaysia ini, kita sudah tengok banyak orang bersumpah. Saya tegaskan dalam kenyataan, saya tidak takut. Kalau takut, saya tidak akan buat apa-apa," katanya. Bagaimanapun, beliau berkata, tindakannya mendedahkan hal sebenar berkaitan konspirasi itu bukan bertujuan menganiayai anaknya, Saiful Bukhari. "Kasih sayang saya tidak berbelah bagi. Sebagai bapa, saya tahu dengan lebih jelas apa yang berlaku di sebalik tabir, apa yang orang tak tahu. "Terpulang pada masyarakat untuk percaya," katanya yang menolak tanggapan kononnya pendedahan dan penyertaannya dalam KEADILAN, mengkhianati Saiful Bukhari. "Bukan bermakna saya menyertai KEADILAN, saya akan sisihkan Saiful dan anak-anak yang lain," katanya yang turut menyebut nama timbangan anaknya yang lain, 'Tati' dan 'Su'.
|
VIDEO-VIDEO Rakaman Macai Pro-UMNO Serang Pejabat PKR Posted: 11 Mar 2013 06:10 PM PDT Telor, kayu, batu dan kon plastik berterbangan ke arah bangunan ibu pejabat PKR petang ini, dipercayai dibuat oleh macai pro-Umno. Ekoran itu, beberapa bahagian bangunan itu pecah dan telor bertaburan di depan pintu masuk pejabat PKR itu. Serangan ini dipercayai untuk mengukuhkan dakwaan kononnya Tian Chua menghina pasukan keselamatan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pembelot negara ekoran tragedi Lahad Datu. Setiausaha Kerja Wanita PKR Pusat, Maisuri Zainal, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu sekumpulan 40 orang berbaju merah berhimpun di hadapan pejabat parti itu, di Tropicana. Difahamkan, kumpulan tersebut diketuai Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwandin Hamzah. "Kumpulan itu mula berhimpun dengan beberapa sepanduk yang dibawa oleh sekumpulan mat motor yang mengatakan 'Anwar pengkhianat' dan mengecam Tian Chua. "Ia berkaitan krisis Lahad Datu, kononnya. Selepas itu, mereka mula membaling telur dan memecahkan papan tanda pejabat kami," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily. Dalam pada itu, beliau turut melahirkan kekesalan kerana tiada sebarang tindakan dilakukan pihak polis yang turut berada di situ, biarpun sedar insiden tersebut. Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat di balai polis berhampiran. JMM, sebuah NGO yang menyokong Umno sebelum ini juga yang bertindak menghantar kek najis kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.-HD klik untuk baca |
Hentikan Segera Bayaran Ufti Kepada Kesultanan Sulu - Karpal Singh Posted: 11 Mar 2013 10:40 AM PDT Peguam Karpal Singh berkata kerajaan harus segera menghentikan bayaran penyerahan wilayah tahunan sebanyak RM5,300 kepada individu yang mendakwa diri keturunan Kesultanan Sulu. Karpal berpendapat bayaran itu adalah suatu kesilapan terutama selepas Sabah mencapai kemerdekaan dan berkata keturunan Kesultanan itu tidak mempunyai locus standi bagi menerima bayaran berkenaan. "Hanya kerajaan Filipina mengambil beberapa langkah dalam membuat tuntutan ke atas hak wilayah Sabah kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), namun selepas lawatan rasmi bekas Presiden Ferdinand Marcos pada lewat 1960-an dan perlakuan pentadbiran selepas beliau, mereka sudah mengetepikan tuntutan itu. "Ini boleh dilihat dengan jelas daripada tindakan kedua-dua kerajaan yang bersetuju mempertingkat hubungan diplomatik daripada status konsulat kepada duta, (yang membuktikan bahawa) kemerdekaan Sabah diiktiraf kerajaan Filipina," katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah di sini hari ini. Karpal juga berkata beliau bersetuju dengan pendirian tegas kerajaan yang tidak mahu berunding dengan penceroboh dan penggunaan kekerasan bagi mengusir mereka dari Sabah. "Pasukan keselamatan tidak seharusnya membenarkan sebarang kesilapan keselamatan selanjutnya dengan bertindak segera menghapus segala unsur ekstremis yang mungkin masih wujud di Sabah," katanya. - Bernama |
[BERGAMBAR] Samseng UMNO Buat Onar, Baling Kayu, Telor Depan Pejabat PKR Posted: 11 Mar 2013 08:24 AM PDT Hampir 30 samseng Umno membuat kecoh di hadapan ibu pejabat KEADILAN di Petaling Jaya petang tadi, menyebabkan seorang kakitangan cedera dan harta benda rosak. Kakitangan yang cedera, S Balakumaran berkata, lehernya terkena kayu, manakala dadanya dibaling batu dan telur. "Pada mulanya, mereka bakar bendera parti. Kemudian, mereka patahkan kayu bendera dan baling sehingga terkena leher saya dan luka. Mereka juga baling telur dan batu ke arah dada saya," katanya ketika dihubungi. Beliau memaklumkan kekecohan yang bermula kira-kira jam 5 petang itu berlangsung selama sejam. Sementara itu, Setiausaha Kerja Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Syed Badli Shah Syed Othman menyelar perbuatan samseng berkenaan yang menyebabkan kerosakan beberapa kemudahan. "Mereka buat kecoh dan baling telur, batu dan kayu. Kira-kira 4 kakitangan ibu pejabat terkena telur. Logo parti di pintu utama pecah dan tiang tempat letak kereta Setiausaha Agung KEADILAN (Datuk Saifuddin Nasution Ismail) patah," katanya. Katanya lagi, turut kelihatan bersama samseng itu adalah Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin dan Yang DiPertua GAPS Shah Alam, Wan Indra Putra Ahmad. Katanya, mereka mendakwa kononnya datang untuk membantah kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berhubung pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu. KEADILAN membuat laporan di Balai Polis Tropicana, Petaling Jaya berhubung insiden itu. -RM/KD
Ulasan GB Banyak laporan polis telah dibuat mengenai kes golongan yang pro-UMNO ini membaling kayu, batu dan telor. Tetapi malangnya pihak polis tidak mengambil tindakan sehingga menyebabkan gejala "samseng" ini menjadi-jadi. Beberapa hari lalu, di Melaka, anggota polis sendiri cedera terkena balingan batu oleh para samseng UMNO di sana, tetapi polis masih mempertahanka tindakan samseng itu, sebaliknya menyalahkan Pakatan. Baca di SINI. Tidak mengapa, hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Itu ketetapan sunnatullah yang tidak boleh dielakkan. Polis yang bersikap tidak professional dan pilih kasih di dalam menjalankan tugasnya akan tetap terhukum juga satu hari nanti. Itu pesanan kita. |
Kickdefella Gagal Untuk Heret Nik Aziz & Timbalan Ke Mahkamah Posted: 11 Mar 2013 04:35 AM PDT Mahkamah batal sapina, Nik Aziz dan timbalan tak perlu beri keterangan Kuantan - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yakob tidak perlu hadir memberikan keterangan sebagai saksi perbicaraan kes saman fitnah yang dikemukakan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa terhadap penulis blog, Kickdefella yang ditetapkan pada 2 dan 3 Mei depan. Mahkamah Tinggi Kuantan minggu lepas membenarkan permohonan dua pemimpin itu untuk membatalkan sapina yang diserahkan Kickdefella atau nama sebenarnya, Syed Azidi Syed Abdul Aziz selaku defendan kes saman tersebut. Keputusan dibuat Hakim Datuk Seri Mariana Yahya manakala permohonan dikemukakan peguam, Wan Jawahir Harun yang mewakili kedua-dua pemimpin itu. Sebelum ini, Husam memfailkan tuntutan saman RM5 juta terhadap Kickdefella berikutan penyiaran artikel yang didakwa berunsurkan fitnah terhadap beliau. Perbicaraan kes terbabit terpaksa diteruskan selepas kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah. Pada 19 Disember tahun lalu, Peguam, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos yang mewakili Kickdefella memaklumkan perbicaraan kes itu terpaksa diteruskan selepas kedua-dua pihak gagal mencari jalan penyelesaian di luar mahkamah. Menurutnya, untuk perbicaraan seterusnya yang ditetapkan pada 28 Februari hingga 8 Mac 2013, pihaknya akan mengemukakan lima saksi dan menyerahkan sapina untuk memanggil Nik Abdul Aziz, Ahmad Yakob, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan dan peguam, Nordin Noor. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan