Kelab Greenboc |
- Bekas Ahli UMNO Dakwa 500,000 Pendatang Terima IC Biru
- Kisah Pengislaman Adam Corrie: Dibawa Melihat Keindahan Syurga
- Empat Pemuda PAS Bebas Tanpa Sabitan Bukti Laporan BERNAMA Fitnah
- [PANAS] PI Bala Dedah Najib Dalang Pembunuhan Altantuya
- MB Selangor Selar Bernama Selewengkan Fakta Isu Air
- [BERGAMBAR] Sahih - Jejambat Dekat Tol Putrajaya/Cyberjaya Runtuh
Bekas Ahli UMNO Dakwa 500,000 Pendatang Terima IC Biru Posted: 01 Mar 2013 01:02 AM PST Bekas ahli Umno mendakwa kira-kira 500,000 kad pengenalan biru (IC) diberikan kepada pendatang dari Filipina dan Indonesia di Sabah sekitar awal 1990an atas arahan Ketua Umno Sabah ketika itu,Tun Datu Mustapha Harun. Siti Aminah Mahmud, yang bekerja secara sukarela di Pejabat Umno di Kota Kinabalu hari ini berkata, Mustapha, yang menjawat jawatan ketua menteri pada 1967 hingga 1975, berkata kepadanya, IC berkenaan diberikan untuk menyingkirkan kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS). "Datu Mustapha kata ini projek (Tun) Dr Mahathir (Mohamad). Jangan takut kena tangkap," kata Siti Aminah ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, merujuk kepada perbincangan Mustapha kepadanya dan juga ahli Umno di Kota Kinabalu pada 1990. "Datu Mustapha kata ia untuk meningkatkan pengundi Melayu untuk menjatuhkan PBS," kata wanita berusia 62 tahun itu lagi. Jelas Siti Aminah, dia bersama ahli Umno yg lain bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan ketua kampung untuk mengeluarkan 500,000 IC biru kepada pendatang Filipina dan Indonesia pada 1990 ke 1994 di beberapa kawasan di Sabah, termasuk Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Kota Kinabalu, dan Semporna. Tambahnya, dia ditahan di bawah Akta Dalam Negeri (ISA) pada 1995 hingga 1997 kerana didakwa mengeluarkan IC palsu dan memalsukan dokumen JPN. Pilihan Raya Negeri Sabah pada 1994 menyaksikan PBS hanya memenangi 25 daripada 48 kerusi Dewan Undangan Negeri. Namun beberapa wakil rakyat PBS kemudiannya menyertai Barisan Nasional (BN) menyebabkan kerajaan itu tumbang. Mustapha, yang merupakan pengasas parti United Sabah National Organisation (USNO), dianggap sebagai parti bapa kemerdekaan Sabah kerana rundingan berkenaan kebebasan negeri tersebut pada 1963, sebelum meninggal dunia pada 1995 ketika berumur 76 tahun. USNO menyertai Berjaya, diketuai bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh untuk membentuk Umno Sabah selepas PBS menewaskan Berjaya pada 1990. Dr Mahathir, perdana menteri paling lama berkhidmat sejak 1981 hingga 2003 dituduh menjadi dalang kepada skandal "Projek IC", yang mana kerakyatan didakwa diberikan kepada pendatang asing untuk membolehkan mereka mengundi. Beliau pada sidang media bulan lalu mengakui pendatang di Sabah diberikan kerakyatan, namun menegaskan ianya dilakukan mengikut "prinsip undang-undang. " Harris, yang mentadbir negeri tersebut sejak 1976 hingga 1985 bagaimanapun membuat penafian ketika Inkuiri Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang asing di Sabah dalam "Projek IC". Lebih sat suku daripada populasi di Sabah adalah pendatang asing, sekitar 889,000 daripada 3. 2 juta populasi keseluruhan di Sabah, atau 28 peratus, berdasarkan bancian pada 2010. Sabah mempunyai 926,638 pengundi berdaftar, berdasarkan laporan akhbar The Star pada Jun lalu. Siti Aminah berkata, satu no kad pengenalan akan dikeluarkan kepada 20 hingga 30 orang. "Satu alamat digunakan 20 orang," katanya. "Di satu-satu kawasan, akan ada ketua yang akan menghimpunkan orang ramai. Bila kami tiba, kami akan dapatkan nama mereka. Kami tidak bertanyakan agama mereka. Kami hanya melihat jika mereka mempunyai nama Muslim. Jika tidak, kami akan menukarkannya, dan mengambil gambar serta cap ibu jari kemudian menghantarnya ke pejabat Umno," tambahnya. Kad pengenalan biru itu jelas Siti Aisyah akan diserahkan dalam tempoh sebulan dan dihantar dalam karung kepada ketua kampung. "Kami akan mengarahkan ketua kampung,'Tok, arahkan penduduk kampung mengundi Umno," katanya. Siti Aminah, yang kini merupakan ahli PKR berkata beliau tidak mengetahui sekiranya pendatang berkenaan diberikan bayaran untuk IC tersebut. Pegawai atasan Cawangan Khas Supt Ahmad Fauzan Mohamad dalam testimoninya di RCI minggu lalu berkata sindiket yang melibatkan Pengarah JPN ketika itu mengaut sejumlah RM11 juta daripada penjualan IC kepada pendatang terbabit. Katanya lagi, tiada seorang pun daripada 94 individu berkenaan, yang ditahan di bawah ISA bermula 1995 hingga 2001 kerana penglibatan mereka dibicarakan di mahkamah. Siti Aminah berkata lagi, dirinya masih belum dipanggil untuk memberi keterangan dalam RCI. Beliau turut menegaskan nama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang ketika itu timbalan perdana menteri tidak pernah disebut dalam "Projek IC." "Anwar menentang Datu Mustapha dan Megat Junid dalam Projek IC," katanya. Siti Aminah berkata, menurut Mustapha, "Projek IC" di bawah Haris diberikan kod "03" dan "04", manakala "05" ketika pemerintahan Dr Mahathir. -TMI
|
Kisah Pengislaman Adam Corrie: Dibawa Melihat Keindahan Syurga Posted: 28 Feb 2013 11:35 PM PST Assalamualaikum sahabat-sahabat. Saya ada banyak menerima msg dari sahabat-sahabat di FB yang ingin tahu bagaimana saya boleh memeluk Islam. Saya ringkaskan di sini untuk sahabat-sahabat budiman Secara rasmi saya telah kembali pada fitrah. Berasal dari keluarga cina yang menganuti agama Budha. Saya giat belajar mengenal Islam sebelum memeluk Islam lagi. Belajar bagaimana solat, serba sedikit mengenai fardu ain. Saya telah mengucap 2 kali syahadah sebagai Adam Corrie Lee bin Abdullah. alhamdulillah dengan hidayah yang diberi di ketika usia 39 tahun. Impian pertama sebagai Muslim ialah ingin menjadi tetamu-Nya. Bagaimana boleh peluk Islam? 1. Kaabah - saya suka tengok kaabah. Ia membuatkan saya tenang dan rasa ingin ke sana. 2. Bersahabat baik saya anak ustaz ketika kanak-kanak, selalu bawa saya ke masjid. suka akan akhlak dan cara hidup mereka. 3. Mencari pedoman dan kebenaran dalam hidup. Telah banyak agama saya kaji sebelum membuat keputusan balik pada fitrah. Mendapat hidayah ketika di dalam mimpi setelah berdoa pada Allah sebelum tidur; "Ya Allah! sekiranya Islam adalah agama yang benar untuk aku pegang sepanjang hayat hayatku, Kau berikan lah pertunjuk pada aku Ya Allah." Ketika tidur saya telah bermimpi seperti berada di sayaurga, lalu didatangi seorang yang bercahaya putih, mukanya bersih tersenyum. Ia memberi satu ketenangan yang amat ketika itu. Insan tersebut seperti memberitahu Islam adalah peganganmu. Alhamdulillah impian pertama selepas memeluk Islam, perkara pertama ingin saya lakukan selepas pandai solat 5 waktu ialah menjadi Tetamu Allah. Alhamdulillah dalam masa 10 bulan menjadi saudara baru, Allah telah menjemput saya menjadi TetamuNya di Baitullah Makkah :) Belajar menghormati bangsa lain dan agama lain. |
Empat Pemuda PAS Bebas Tanpa Sabitan Bukti Laporan BERNAMA Fitnah Posted: 28 Feb 2013 07:15 PM PST Marang - Empat Orang Pemuda PAS dari Kampung Jerung Seberang, Wakai Tapai yang ditahan reman oleh polis kerana laporan 'fitnah' oleh Pengerusi Penaja Penubuhan Umno Cawangan Bukit Chempedak telah dibebaskan. Menurut Ahli Jawatankuasa PAS DUN Pengkalan Berangan, Badaruddin Ismail, keempat-empat pemuda tersebut Roslam Abdullah, 35, Rosdi Abdullah, 34, Muhammad Lukman Abdullah, 28, dan Muhamad Musa, 38, dibebaskan pada jam 5 petang dari lokap polis Ibu Pejabat Polis daerah Marang, Khamis28 Februari. Beliau berkata, pihak polis memaklumkan, mereka dibebaskan dengan jaminan polis kerana tidak ada sabitan kes. "keempat pemuda PAS yang berani itu, telah dibebaskan pada jam 5 petang....saya dimaklumkan oleh IO (pegawai penyiassat) kes tersebut, Inspektor Wan Afzan Wan mukhtar tidak ada sabitan kes, (dan mereka) di bebaskan dengan ikat jamin polis,"ujarnya. Katanya, empat pemuda tersebut yang ditahan pada 25 Februari lalu ekoran tindakan berani mereka bertemu dengan ketua penaja umno cawangan Bukit Cempedak yang baru ditubuhkan untuk meminta supaya satu kain rentang yang memfitnah PAS diturunkan. Beliau menambah, kain rentang 'provokasi' itu telah mensabitkan sesiapa yang mengundi PAS adalah menyokong kalimah Allah digunakan dalam Bible bahasa Melayu. Pembebasan pemuda terbabit, kata beliau, merupakan satu penjelasan kepada 'fitnah' yang telah dilaporkan oleh media berdasarkan laporan ketua penaja cawangan umno itu "Ini bukti laporan akhbar tidak tepat, berdasarkan laporan 'fitnah' semata-mata dan juga bukti jelas pemasangan kain rentang yang tidak bermoral dan penuh fitnah itu telah mencetus situasi yang tidak aman dalam masyrakat,"tambahnya. -BO
|
[PANAS] PI Bala Dedah Najib Dalang Pembunuhan Altantuya Posted: 28 Feb 2013 04:00 PM PST Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) mendedahkan, 'VVIP' yang terlibat menjadi dalang di sebalik pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Bala yang membuat pendedahan umum kali pertama malam tadi, sekembalinya ke tanah air Ahad lalu menceritakan kronologi pembunuhan Altantuya bermula beliau dipanggil bekerja oleh Abdul Razak Baginda. Menurut Bala, Razak, sekutu rapat dan orang kepercayaan Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri mengarahkan supaya beliau melindungi rumah dan anaknya 24 jam selama 10 hari. Beliau mendedahkan perbualan Razak bersama seorang individu ketika pertemuan mereka. "Semasa (saya) bertemu Razak, dia menerima panggilan dari seseorang bernama 'Tan' yang mengugut akan mencederakan anak Razak jika beliau tidak membayar wang 'wanita' itu," kata Bala, merujuk Altantuya. "Kemudian saya tanya kenapa tak buat laporan polis? Razak jawab tak boleh, sebab ada VVIP yang terlibat. Saya tanya lagi kenapa tak halang saja dia (Altantuya) dari masuk negara ini? Razak kata tak boleh, Altantuya ada banyak pasport," kata Bala di hadapan 3,000 hadirin pada forum 'Pendedahan: Siapa Arah Bunuh Altantuya?' di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH). Menurut Bala lagi, Razak memberitahunya, Altantuya menuntut bayaran sebagai perantara dalam urusan pembelian kapal selam di Perancis sebanyak USD500 juta dan tiga tiket kapal terbang pulang ke Mongolia. Kata Bala, kali terakhir dia melihat Altantuya pada 18 Oktober 2006 iaitu di hadapan rumah Razak. "Sebelum itu Razak cakap, kalau Altantuya ada depan rumahnya, (saya perlu) mesej beliau (dahulu). Saya hantar SMS kepada Razak memberitahunya (tentang kehadiran Altantuya). Kemudian Razak kata 'lengahkan dia, tunggu sampai orang saya sampai'," kata Bala. "20 minit kemudian, sebuah kereta Proton Aeroback warna merah tiba dengan seorang wanita dan dua lelaki. Wanita itu adalah Lans Korporal Rohaniza, dan dua orang lelaki itu adalah Azilah Hadri dan Sirul Azhar (Umar). Mereka semua berpakaian biasa. Azilah berjalan ke arah saya sementara dua yang lain menunggu dalam kereta," jelas Bala. "Azilah tanya saya dalam Bahasa Melayu: 'inikah perempuan itu', menyebabkan Altantuya tak faham apa yang kami cakap. Saya kata 'ya'. Azilah pula berkata, mereka (tiga individu berkenaan) akan bawa Altantuya pergi. Saya beritahu Altantuya bahawa dia ditahan dan perlu mengikut mereka naik kereta tersebut. Altantuya masuk dan duduk di belakang bersama Korporal Rohaniza, manakala Azilah dan Sirul berada di depan," kata Bala. Azilah dan Sirul – kedua-dua mereka adalah anggota polis yang ditugaskan menjaga keselamatan Najib. Mereka bersama-sama disabitkan kesalahan membunuh Altantuya di kawasan hutan di Shah Alam, hampir tujuh tahun lalu. Sah Najib terlibat Menurut Bala lagi, beliau hanya mengetahui kematian Altantuya selepas dipanggil ke Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) pada November 2006. "Sewaktu (saya) bertemu Razak dan peguam Puvanendran, Razak menerima SMS dan menunjukkan kepada kami kandungan SMS itu – "Meeting IGP at 11am, be cool". (Pada SMS itu) tertera nombor Datuk Seri Najib Razak. Maka terjawablah VVIP yang terlibat," kata Bala disambut sorakan hadirin. Mengesahkan lagi keterlibatan Najib, Bala memberitahu, adik Najib, Datuk Nazim Razak pernah berjumpanya, mengugut dan mengarahkan beliau menukar akuan bersumpah pertama. "Saya dipanggil ke hotel untuk bertemu Nazim. Nazim tanya saya, kamu sayang keluarga kamukan? Saya jadi takut dengan soalan-soalan ugutan seperti itu dan memutuskan untuk membuat akuan bersumpah kedua," jelas Bala yang meninggalkan Malaysia sejak 2009 disebabkan ugutan itu. Forum anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tersebut dipengerusikan Presiden Kumpulan Anak Muda Independan (Kami), Khalid Ismath. Panelis melibatkan kartunis politik, Zunar; Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel, manakala Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin selaku moderator. Hadir sama di kalangan pemimpin politik Pakatan Rakyat antaranya, Ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran, Ronnie Liu. Kehadiran Bala disambut meriah penyokong pelbagai kaum yang melimpah hingga ke luar dewan. Ekoran sambutan itu, penganjur memasang skrin di perkarangan dewan, supaya hadirin dapat sama mengikuti pendedahan yang dinanti-nantikan itu. Turut sama mengambil peluang, para peniaga yang membuka gerai jualan seperti baju dan makanan.-KD
klik untuk baca |
MB Selangor Selar Bernama Selewengkan Fakta Isu Air Posted: 28 Feb 2013 06:00 AM PST Bernama Diminta Perbetul Fakta Isu Air Selangor Kerajaan Negeri Selangor menegaskan bahawa artikel Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bertajuk 'Air Selangor Dalam Keadaan Kucar-kacir' yang disiarkan pada 26 Februari lalu oleh beberapa akhbar dan portal berita mengelirukan. Ia juga mengandungi kesalahan fakta berhubung usaha Kerajaan Negeri dalam memastikan rakyat mendapat perkhidmatan air yang lebih baik dan cekap pada kadar tarif munasabah. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam suratnya kepada Ketua Editor Bernama, Datuk Yong Soo Heong berkata, Kerajaan Negeri meletakkan tanggungjawab membetulkannya atas bahu Bernama yang cuai di dalam memilih pendapat 'pakar' yang meragukan. Ujar beliau, kenyataan seorang ahli akademik Dr Zaharuddin Ahmad Sabri yang mendakwa konon dirinya seorang pakar air, lantas Bernama merumuskan bahawa pengurusan dan insfrastruktur air di Selangor dalam keadaan kucar-kacir . "Agak sukar untuk mengiktiraf beliau sebagai pakar air kerana dari semakan yang lakukan, tiada satu makalah pun samada terbitan buku mahu pun artikel pendek yang pernah beliau hasilkan khusus dalam pengurusan industri air," kata Abdul Khalid. Tambah Abdul Khalid, kenyataan Dr Zaharuddin yang mempersoalkan kemampuan kewangan Kerajaan Negeri membiayai tawaran RM9.65 bilion bagi membeli empat syarikat konsesi air dipertikaikan. "Nampak jelas beliau sebenarnya tidak mengkaji Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) yang menerangkan secara terperinci penstrukturan semula industri perkhidmatan air. "Selaras dengan Akta 655, aset air negeri dipindahkan kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) pada nilai yang ditetapkan. "Oleh itu, pemerolehan aset air akan dibiayai oleh PAAB, sementara Kerajaan Negeri akan membiayai pemerolehan nilai ekuiti konsesi," katanya. Jelas Abdul Khalid, pada masa ini beberapa institusi kewangan tempatan dan asing menunjukkan minat untuk membiayai perjanjian ini bagi pihak rakyat Selangor. Tawaran ini munasabah kerana memberi pulangan 12 peratus setahun kepada kepada pemegang saham disamping semua asset dan liabiliti diambilalih Kerajaan Negeri. "Kita menegaskan bahawa penstrukturan semula industri perkhidmatan air adalah amat penting untuk memastikan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menikmati perkhidmatan air yang cekap dan berbaloi," ujar beliau. |
[BERGAMBAR] Sahih - Jejambat Dekat Tol Putrajaya/Cyberjaya Runtuh Posted: 28 Feb 2013 04:35 AM PST Satu jejambat di kawasan dekat Taman Sains Selangor, Cyberjaya runtuh dalam satu kejadian petang ini. Beberapa gambar yang menunjukkan jejambat yang runtuh merentasi satu jalan yang sedang dibina hari ini dikesan tersebar di laman Facebook dan Twitter. Tulisan di Twitter menyebut, tiada individu yang cedera akibat kejadian tersebut memandangkan jalan itu ditutup kepada pengguna. Balai polis Cyberjaya ketika dihubungi mengesahkan kejadian runtuhan jejambat tersebut, namun pegawai berkenaan berkata kawasan berkenaan berada bawah bidang kuasa balai polis Putra Perdana, yang tidak dapat dihubungi. Seorang pegawai polis di ibu pejabat daerah Sepang memberitahu Malaysiakini, mereka tidak mempunyai maklumat buat masa ini. "Pegawai kami sudah berada di sana namun kami masih belum mendapat sebarang maklumat," katanya. -mk |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan